You are on page 1of 8

Golongan remaja merupakan aset negara yang paling istimewa, berharga dan bernilai, malah mereka juga merupakan

tulang belakang
negara dan penyambung generasi akan datang. Mereka juga bakal pernimpin agama, masyarakat dan negara. 

Bagaimanapun, kebelakangan ini kita sering mendengar masalah yang sering ditimbulkan oleh golongan remaja ini sehingga terfikir
adakah mereka ini yang bakal memimpin negara suatu masa nanti dan secara tidak langsung mencerminkan wajah bangsa kita. 

Jika rosak remaja, rosaklah sesebuah negara sebagaimana seorang penyair Arab, Shauqey Bek pernah menyebut, "Keunggulan bangsa
kerana akhlaknya, runtuh akhlak runtuhlah mereka.”(kertas kerja Dr. Che Noraini Hashim, UIA - internet)

Remaja dapat kita definisikan sebagai satu kumpulan anak anak muda yang berumur antara 12 hingga21 tahun atau 13 hingga 25
tahun. Perkataan ´remaja´ berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. Kamus Dewan (1984)
mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. 

Manakala dalam Islam tiada secara spesifik istilah remaja. Apa yang ada ialah takrif Balighl yang membezakan had umur kanak kanak
dan golongan mukallaf (dewasa / berakal).(ibid)

Golongan ini sentisa mempunyai perasaan ingin mencuba serta sedang menuju ke tahap matang untuk menjadi seorang dewasa, zaman
remaja merupakan satu jangka waktu bagi seseorang melengkapkan diri untuk menuju ke alam kedewasaan. 

Pelbagai langkah dan usaha telah dan sedang dijalankan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral dan keruntuhan akhlak remaja ini,
namun nampaknya semakin menjadi-jadi karenah mereka ini dan peratusan remaja dan pelajar kita yang terjebak dalam masalah sosial
ini semakin meningkat setiap tahun.

Apa yang akan berlaku kepada generasi dan warisan yang mencerminkan bangsa kita suatu masa nanti jika remaja hari ini terus hanyut
dalam keruntuhan akhlak seperti melepak, penagihan dadah, seks rambang, pembuangan bayi, jenayah juvana, lari dari rumah,
kelakuan lucah, bohsia, bohjan, minum arak, berdisko, merokok, ´mat rempit´ dan lain lain.

Sering terpapar di media massa dan cetak kisah remaja yang giat membuat onar sehingga menjadi api yang membakar secara
perlahan-lahan, meruntuhkan tamadun kemanusiaan dan menunjukkan memundurkan akhlak remaja negara kita. Amat sedih apabila
memikirkan golongan remaja dan pelajar yang terjebak dalam aktiviti tidak bermoral ini adalah antara genarasi yang bakal menerajui
negara bila kita tiada kelak. Tidakkah mereka ini sedar betapa besar peranan dan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan
negara?

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr. Che Noraini Hashim dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), banyak faktor yang mengundang
kepada salah laku remaja ini seperti kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, kegagalan memberikan pendidikan agama dan
moral, kegagalan memberikan keperluan semasa yang mencukupi serta kurangnya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. 

Faktor lain adalah seperti pengaruh rakan sebaya, pengaruh dari media – contohnya, rancangan yang berunsur keganasan atau seks
kerana media merupakan cara pantas remaja meniru gaya dan budaya yang ditontoni, kelemahan dalam sistem pendidikan seperti
kegagalan guru menyampaikan mesej atau lokasi sekolah yang berhampiran dengan pusat beli-belah dan faktor sekeliling juga boleh
mempengaruhi tingkah laku remaja seperti kelab-kelab malam, pub dan pusat karaoke yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan,
taman-taman rekreasi dan bunga yang menjadi tempat remaja bermadu asmara tanpa ada teguran daripada pihak yang
bertanggungjawab dan hotel yang tidak menghalang remaja lelaki perempuan yang bukan muhrim menghinap di permis mereka.

Walau apa sekalipun faktornya, remaja itu sendiri harus menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka untuk
menilai setiap perbuatan dan keputusan yang bakal mereka buat kerana akal ini yang membezakan manusia daripada binatang. Jangan
asyik menyalahkan ibu bapa, rakan-rakan dan perkembangan semasa jika akal yang ada tidak diguakan hanya untuk perhiasan. Biarpun
sehebat mana kemajuan yang dicapai semuanya tidak bererti jika akhlak remaja runtuh maka akan runtuhlah sesebuah negara.

“Cerminlah diri kerana anda remaja yang menjadi cermin bangsa.”

Remaja yang bersemangat patriotik merupakan satu aset yang tidak ternilai buat mana-mana negara
termasuklah Malaysia. Golongan ini yang masih muda dan penuh dengan impian boleh memberikan
sumbangan yang bermakna kepada negara jika diasuh dengan betul oleh generasi lama. Kegagalan
melakukan tindakan yang betul mampu menjadikan generasi remaja ini satu bebanan pula kepada
masyarakat di negara ini. Lantaran itu, banyak kepentingan yang boleh wujud menerusi remaja yang
bersemangat patriotik ini jika usaha-usaha memupuknya berjalan lancar.

Mengapakah semangat patriotik ini penting wujud dalam jiwa remaja kita? Semangat ini berguna
dipupuk kerana mampu mengurangkan risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini. Masyarakat
kita yang berbilang bangsa menjadikan perkara ini satu risiko yang boleh berlaku dalam sekelip mata
sahaja. Jika rusuhan kaum tercetus di negara ini maka semua pembangunan yang dirancang selama
ini akan hilang begitu sahaja. Jelaslah, semangat patriotik harus dipupuk dalam jiwa anak remaja
kita.

Selain itu, pemupukan semangat patriotik ini berupaya menjamin keseinambungan pembangunan
negara pada masa hadapan tanpa sebarang kekangan. Remaja bakal meneraju pucuk pimpinan
negara pada masa hadapan dan tanpa sikap patriotik sudah pasti mereka menganggap
pembangunan negara itu sesuatu yang tidak bermakna untuk diteruskan usahanya. Negara memang
memerlukan jiwa remaja yang penuh kreativiti dan inovatif itu dalam memastikan pembangunan
negara berjalan lancar. Maka, kewujudan semangat patriotik memang penting untuk memastikan
arus pembangunan negara mampu diteruskan.

Salah satu cara yang mudah untuk menanam sikap patriotik ini ialah Program Latihan Khidmat
Negara. Program ini menyuntik pelbagai pengetahuan tentang negara ke dalam jiwa remaja
sepanjang mereka menyertai aktiviti positif ini. Semua aktiviti yang dijalankan dalam program ini
juga melibatkan konsep kekitaan yang mengutamakan hubungan sesame kaum untuk mencapai
kejayaan. Sesungguhnya, program yang mudah tetapi efektif ini harus diteruskan untuk menanam
sikap patriotik dalam jiwa remaja.

Malahan, mata pelajaran Sejarah boleh digunakan sebagai alat untuk menyemai sikap patriotik
dalam minda remaja kita. Subjek ini yang penuh dengan fakta dan kisah perjuangan pejuang negara
mampu dihayati oleh pelajar jika cara penyampaiannya lebih berkesan dan praktikal. Pelajar yang
memahami dan menghargai subjek Sejarah sudah pasti akan mempunyai satu pandangan positif
tentang negaranya kerana menyedari betapa besarnya pengorbanan yang sudah dilakukan oleh
generasi sebelum mereka untuk memastikan negara ini terus wujud di persada dunia. Justeru,
subjek Sejarah boleh dijadikan medium yang berkesan untuk memastikan setiap remaja kita memiliki
sikap patriotik yang mendalam.

Natijahnya, semangat patriotik ini harus ditanam dengan mendalam dalam jiwa remaja kita. Semua
pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan usaha murni ini berjaya dilaksanakan dengan
mudah. Kejayaan menanam sikap positif ini mampu menjadikan negara ini kebal daripada arus
perubahan politik dan sosial yang melanda seluruh dunia kini. Cuma, kita harus sedar lebih awal kita
melaksanakannya maka lebih baiklah buat remaja kita sendiri.
KEPEMIMPINAN elemen penting dalam kehidupan seseorang manusia. Apabila kita mampu memimpin diri ke arah syahsiah cemerlang, ia satu kejayaan sebelum kita
memimpin orang lain. Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah membentuk generasi al-
Quran.
Remaja hari ini menjadi satu kelompok besar yang perlu diberi perhatian demi kepentingan negara dan umat Islam seluruhnya. Remaja adalah pewaris bangsa dan bakal
pemimpin pada masa hadapan. Justeru, latihan dan bimbingan secukupnya perlu diberikan bagi memastikan mereka bersedia untuk memimpin kelak.
Kesempatan ketika remaja masa paling sesuai untuk menyuburkan budaya ilmu dan kepemimpinan kerana mereka lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan.
Hakikat ini ditunjukkan ketika Nabi Muhammad mula menyebarkan ajaran Islam, golongan muda yang menyatakan sokongan dan seterusnya beriman dengan apa yang
dibawa oleh Rasulullah itu.

Remaja merupakan aset berharga kepada negara

Siapa pun tidak dapat menafikan bahawa remaja adalah aset dan golongan yang sangat perlu dipelihara kerana masa depan sesebuah masyarakat dan negara terletak
sepenuhnya di bahu mereka. Mereka adalah pewaris yang sah kepada tamadun masa kini untuk dilanjut dan dipertingkatkan kualitinya pada masa akan datang.
Remaja hari ini diingatkan bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan demi memelihara keagungan agama, bangsa dan umat seluruhnya.
Tidak dinafikan remaja aset yang sepatutnya dijaga dan diasuh sebaik mungkin ibarat menatang minyak yang penuh. Bahkan Rasulullah menggariskan panduan yang
sewajarnya diikuti dalam mendidik anak. Ini ditunjukkan menerusi sabdanya yang bermaksud:  “Ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya tujuh tahun dan pukul mereka
(seandainya enggan) apabila umurnya 10 tahun.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Kedua-dua contoh di atas menunjukkan betapa Islam memandang serius terhadap didikan anak. Tempoh umur antara kanak-kanak hingga zaman remaja waktu yang
paling berharga dan penting kepada setiap manusia.
Pada masa ini proses perkembangan jiwa dan minda berlaku. Justeru, remaja perlu kental dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup di samping
memiliki iman yang teguh. Jika tidak, sudah tentu mereka akan mudah terjerumus dan terperangkap ke lembah kebinasaan.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Kedua-dua kaki anak Adam itu tetap akan berdiri di hadapan Tuhannya pada hari kiamat kelak sehingga selesai ditanya empat perkara:

 Umurnya untuk apa dihabiskan;

 Masa mudanya untuk apa dipergunakan;

 Hartanya dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan;

 Ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.”

Berdasarkan maksud hadis itu, jelaslah setiap manusia akan dipersoalkan setiap perkara yang dikurniakan kepadanya termasuk peluang yang diberikan ketika muda.
Umum mengetahui, banyak perkara boleh dilakukan pada masa muda kerana pada usia sebeginilah kita dikurniakan tubuh yang sihat, bertenaga dan cerdas akal fikiran.
Amat rugilah jika kesempatan sebegini tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Ketika pensyarah atau guru memberi syarahan atau kuliah, pelajar hanya berperanan sebagai pemanas kerusi sahaja. Tetapi dalam kelas yang
mengamalkan kaedah perbincangan, perkara sebaliknya berlaku di mana pelajar digalakan supaya aktif dan berfikir. Jika guru menjalankan tugasnya
dengan baik, semua pelajar akan dapat merasa terangsang untuk berfikir sebanyak mungkin. Oleh itu, semua guru dan pendidik harus tahu bagaimana
mengendalikan strategi perbincangan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Proses pengajaran adalah begitu
mencabar dan sebahagian dari cabaran ini ialah untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran. Satu cara yang
boleh dilakukan ialah dengan mengemukakan soalan yang membolehkan pelajar membuat refleksi kepada idea perbincangan dan memberikan sedikit
masa untuk mereka menyediakan jawapan. Guru tidak perlu bercakap panjang sepanjang masa dalam bilik darjah (Noren, 1997).
Pelajar di sekolah, maktab dan institusi pengajian tinggi jarang disuruh untuk berfikir, mencetuskan idea dan emosi, dilatih untuk membuat keputusan
dan bertindak balas dengan keputusan itu. Tradisi amalan pendidik di negara kita adalah guru memberikan segalanya kepada murid. Oleh itu menjadi
tugas guru untuk merangsang pelajar bagi melakukan penemuan semula terhadap ilmu pengetahuan yang telah dipelajari, bukan sekadar untuk
mendapatkannya dan menyimpan selama beberapa bulan sebelum meluahkannya kembali di atas kertas peperiksaan akhir atau peperiksaan awam.
Mungkin sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menggalakan guru bertindak demikian.
Kementerian Pelajaran Malaysia akhir-akhir ini menekankan bahawa kemahiran berfikir perlu diberikan perhatian yang lebih di sekolah. Kurikulum latihan
perguruan telah memasukkan unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) ke kurikulum masing-masing. Institusi pendidikan guru
seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) dan fakulti pendidikan di universiti awam tempatan (IPTA) mewajibkan semua pelajar bacelor pendidikan
mengambil kursus atau program kemahiran berfikir. Di peringkat sekolah pula, mata pelajar sains jelas telah mengandungi unsur-unsur kemahiran berfikir
dalam kemahiran proses sains dimana kerana pelajar dikehendaki membuat andaian, hipotesis dan sebagainya. Kementerian Pelajaran juga telah mula
menambahkan unsur-unsur penilaian berterusan dalam sistem pendidikan dengan mengadakan peperiksaan lisan, dan amali dalam beberapa mata
pelajaran tertentu. Semoga suatu hari kelak sistem penilaian di negara kita tidak begitu memberatkan ke arah 'exam orientation'. Perkembangan diri
murid daripada segi sahsiah dan intelektual (akademik) perlu dinilai secara berperingkat-peringkat. Penilaian berasaskan sekolah perlu diperhebatkan
lagi. Terdapat sesetengah pelajar sukakan peluang yang diberi oleh guru semasa di dalam kelas semasa perbincangan kerana mereka dapat
mengemukakan idea dan pendapat mereka sentiasa ingin menerangkan idea masing-masing dengan panjang lebar. Tetapi sesetengah pelajar merasakan
mereka tidak belajar sepenuhnya jika hanya duduk diam dan mendengar penerangan guru secara pasif. Persoalannya, mengapa sebilangan pelajar pusat
pengajian tinggi memilih untuk mendengar syarahan semata-mata? Jawapannya adalah mudah, mereka sudah melalui pengalaman di sekolah menengah
selama lima hingga tujuh tahun dengan mengikuti kelas, mendengar guru mereka memberikan jawapan yang akan dikeluarkan di dalam dewan
peperiksaan. Sudah tertanam di dalam minda mereka bahawa inilah cara untuk menjadi orang yang terpelajar. Masih terdapat ramai guru dan pensyarah
sama ada di sekolah, maktab dan universiti awam atau swasta menggunakan kaedah bersyarah atau berkuliah ketika menyampaikan maklumat dan isi
kandungan pelajaran. Dengan melalui proses pemilihan dan pengisihan (melalui beberapa peringkat peperiksaan) pelajar akhirnya berjaya menjejaki
tangga universiti. Jika kita masih percaya bahawa inilah caranya untuk menghasilkan para ilmuan, maka kaedah syarahan perlu dikekalkan. Namun
cabaran masa kini memerlukan seseorang ilmuan yang lebih kreatif dan praktikal dengan setiap tindakan yang diambil. Satu tema simposium pendidikan
di Universiti Groningen, Belanda berbunyi “Non Scholae, Sed Vitae Discimus” bermaksud “ Anda tidak belajar hanya untuk peperiksaan, tetapi belajar
untuk kehidupan anda selepas persekolahan” (Tuijnman dan Van Der Kamp, 1992). Sebenarnya kaedah syarahan versus perbincangan kelihatan seperti
suatu masalah yang rumit tetapi hakikatnya adalah mudah. Terdapat institusi pengajian tinggi kita masih lagi mengamalkan kaedah syarahan yang mana
sudah ketinggalan 50 tahun ke belakang. Kita sudah mengalami kesan ‘halo’. Adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang terpelajar menyatakan bahawa
universiti atau kolej itu dan ini adalah sesuatu institusi yang baik, tetapi hakikatnya tidak. Mereka mengajar perkara yang baik dengan cara yang salah.

Remaja merupakan aset berharga negara. Ini kerana remaja merupakan pewaris bangsa dan pelapis kepimpinan negara. Namun remaja yang kecundang

agamanya tidak akan sekali-kali mampu untuk bersinar sebagai aset negara.

Rata-rata remaja pada hari ini, sudah menanggalkan pakaian akhlak daripada diri mereka. Ini terbukti dengan meningkatnya aktiviti juvana dan gejala sosial

yang makin meruncing akhir-akhir ini. Saban hari di dada akhbar dan kaca televisyen tidak terlepas daripada diisi dengan pelbagai berita berkenaan aktiviti

juvana dan gejala sosial seperti meragut, merogol, membunuh dan sebagainya.
Justeru pelbagai pihak harus membuka mata dalam mencari penyelesaian kepada isu ini. PAS sebagai jemaah yang menitikberatkan aspek dakwah juga tidak

terlepas daripada memikul tanggungjawab ini. Oleh itu, sempena tahun baru 2010 ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang akan menjalankan sebuah

operasi cegah gejala sosial ini.

Operasi yang dinamakan OPS KASIH REMAJA DPPNPP sempena tahun baru 2010 ini telah disusunatur di dua lokasi. Lokasi pertama ialah di Pantai Seagate dan

lokasi kedua ialah di Padang Kota Lama. Operasi dimulakan seawal pukul 7 malam dengan berkumpul di dua buah masjid iaitu Masjid Sungai Nibong dan Masjid

Kelawai Baru.

Semoga usaha kecil ini mendapat pertolongan dan keberkatan daripada Allah dan perjalanan OPS KASIH REMAJA ini akan berlangsung dengan lancar.

Bentuk jati diri pelajar

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR


utusankelantan@utusan.com.my

BACHOK 13 Ogos - Jarang sekali kedengaran pertunjukan tatu Polis Diraja Malaysia (PDRM)
diadakan di padang sekolah semata-mata untuk tontonan para pelajar dan guru.
Abd. Rahim Hanafi (berkaca mata gelap)
bersama guru dan pelajar Sekolah Menengah
Ini kerana, lazimnya persembahan tatu menjadi acara istimewa pada sambutan hari-hari kebesaran Teknik (SMT) di Bachok, baru-baru ini. -
tertentu seperti Hari Kemerdekaan, Hari Polis dan sebagainya. UTUSAN/Zuharman

Namun, warga Sekolah Menengah Teknik (SMT) Bachok bertuah apabila pertunjukan tatu
dipertontonkan khusus kepada mereka sempena majlis pelancaran Bulan Disiplin sekolah
berkenaan baru-baru ini.

Lebih istimewa apabila persembahan tatu itu turut melibatkan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Rahim Hanafi yang tampil dengan berbaju Melayu lengkap mempamerkan
pelbagai aksi menarik menggunakan sebuah motosikal berkuasa tinggi milik PDRM.

Kehebatan Abd. Rahim itu memukau ratusan pelajar dan guru sekolah berkenaan. Turut menyaksikan persembahan beliau ialah Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi
Supritendan Yahya Salleh.

Bagaimanapun, mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh Ketua Polis negeri itu ialah bukan menunjuk lagak, sebaliknya mahu pelajar membentuk jati diri sebagai
seorang insan yang berdisiplin tidak kira walau di mana sahaja mereka berada.

Abd. Rahim berkata, pelbagai aksi dalam pertunjukkan motosikal berkuasa tinggi itu bukan untuk ditiru tetapi lebih kepada membentuk kekuatan fizikal, emosi dan
kerohanian para pelajar.

"Daya keterampilan perlu ada, misalnya cara berinteraksi, cara berjalan dan inilah yang mahu diterapkan kepada mereka supaya memiliki ketahanan mental dalam
memperkasakan disiplin diri," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Dalam ucapan itu juga, beliau menekankan kepentingan disiplin sebagai satu elemen penting yang harus disemai dalam kehidupan seseorang individu tidak terkecuali
pelajar.

Ini kerana katanya, tanpa disiplin jarang sekali kerja dilakukan menghasilkan impak yang baik serta boleh memuaskan hati setiap individu.

"Disiplin memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang lebih-lebih lagi remaja yang masih di bangku sekolah.

"Ini kerana perkembangan arus globalisasi menyaksikan terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui dan ditempuhi oleh seseorang pelajar," katanya.

Justeru menurut Abd. Rahim, disiplin diri adalah menjadi faktor utama dalam memacu perkembangan dan potensi seseorang pelajar untuk menjadi generasi yang
seimbang dari segi mental dan fizikalnya.

Tegasnya, masyarakat yang berilmu serta berakhlak mulia adalah masyarakat yang lahir melalui pembentukan disiplin yang baik, bahkan itulah masyarakat yang bakal
menjana keharmonian dan kemakmuran agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil kepada pengawas sekolah dan asrama sekolah berkenaan.

SMT Bachok dibina pada 22 Julai 1997 dan mula digunakan pada 1 Januari 2000 dengan kuantiti pelajar hanya seramai 313 orang berbanding sekarang mencecah
hampir 2,000 pelajar.

Sekolah tersebut pernah menerima anugerah Sekolah Harapan Negara 2004 di samping Anugerah Kualiti Kementerian Pelajaran bagi 'Pengurusan Kewangan dan Aset'
pada tahun sama.
Sementara itu Setiausaha Kokurikulum sekolah berkenaan, Zulkifli Awang berkata, rasional pihak sekolah menjemput pihak PDRM merasmikan pelancaran program
tersebut berdasarkan prinsip jabatan berkenaan yang memperkasakan disiplinnya.

"Asas atau kecemerlangan berdisiplin pihak PDRM memang diakui umum dan kita inginkan ilmu itu dikongsi dengan pelajar-pelajar untuk memantapkan disiplin mereka,"
katanya.

Mengulas pelancaran Bulan Disiplin sekolah itu beliau berkata, ia bertujuan melahirkan warga negara yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan berkeupayaan
dalam mencapai kesejahteraan diri.

Cabaran Membentuk Jati Diri Remaja ( part 1)


Dicatat oleh etuza di 2:19 PM

Realitinya, bukan mudah sekarang membentuk diri sebagai seorang muslim dan muslimah yang mempunyai jati diri agama yang kuat dan kental. Tidak
dinafikan, di dalam diri setiap remaja mempunyai bayangan dan keinginan untuk membentuk diri mereka sebagai seorang yang berdisiplin, berilmu,
berketrampilan dan berguna bagi diri, keluarga, masyarakat , negara dan umat Islam seluruhnya. Namun kebanyakan keinginan dan bayangan ini kecundang
dan tewas di tengah-tengah medan tempur yang dihadapi setiap hari. Sehinggalah sampai ke satu tahap remaja menjadi hanyut dan lemas dalam keadaan yang
melalaikan daripada menyedari dan melaksanakan tanggungjawab. Lama kelamaan mereka menjadi lali dengan keadaan ini. Pada masa ini dengan mudah
mereka akan ditelan oleh jerung di lautan ganas.

Realiti sebagai cabaran yang dihadapi oleh para remaja dalam perjalanan hidup harian mereka antaranya ialah:-

1. Hawa nafsu yang cenderung kepada perkara tidak berfaedah.

Hawa nafsu tidak nampak dek mata. Tidak terjangkau oleh fikiran. Ia tersembunyi di dalam diri remaja. Ia bergerak aktif tanpa mengenal erti rehat dan jemu
yang sentiasa mendorong dan menyalurkan keinginan ke arah perkara yang tidak berfaedah. Mudah, relaks dan menyeronokkan ( happy go lucky) adalah tiga
umpan berkesan yang disogokkan oleh hawa nafsu kepada setiap individu untuk melalaikan mereka daripada memikirkan dan melakukan perkara yang berfaedah
bagi diri sendiri dan oang lain.

2. Iblis dan syaitan yang membisikkan keindahan maksiat.

Iblis adalah musuh manusia sepanjang zaman, di segenap tempat dan dalam semua keadaan. Ia sentiasa mendampingi manusia dan memperdayakan mereka
supaya melakukan perkara yang memudaratkan. Iblis memperhiaskan perkara jahat sebagai suatu yang baik dan menguntungkan. Mereka telah bersumpah di
hadapan Allah SWT akan menghalang keturunan Adam daripada mengikut jalan Islam yang lurus. Iblis membisikkan ke telinga para remaja bahawa hidup
mengikut jalan agama adalah membebankan dan membosankan. Sebaliknya membisikkan ke telinga remaja supaya hidup bersuka ria, bebas dan tanpa
tanggungjawab sebagai suatu yang menguntungkan, mententeramkan dan menggembirakan hati.

3. Rakan dan kawan jahat yang memberikan hasutan supaya turut serta dalam kejahatan.

Semua orang mahu hidup berkawan. Hidup keseorangan adalah membosankan dan merupakan penjara dunia. Namun kadang-kadang remaja kecundang dalam
berkawan apabila terpengaruh dengan perlakuan-perlakuan yang tidak baik.

4. Bahan hiburan dan bacaan yang menjauhkan remaja dari Agama.

Terlalu banyak bahan hiburan dan bahan bacaan yang melalaikan para remaja daripada mengingati Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Dewasa
ini, berbagai bentuk filem yang memujuk jiwa remaja ke arah perkara yang tidak berguna dan tidak berfaedah. Tidak kurang pula peniaga-peniaga mengaut
keuntungan melalui penghasilan bahan - bahan yang mengkhayalkan remaja. Peniaga mendapat untung, remaja menjadi rosak dan kadang-kadang terjerumus
ke lembah jenayah yang membinasakannya.

Bila remaja terdedah kepada bahan-bahan ini, kesannya ialah mereka hanyut dengan paparan yang di saksikan atau dibaca. Akhirnya remaja tidak dapat
mengawal diri daripada mencontohi perlakuan dan tindakan yang telah ditonton atau dibaca. Siapakah yang rugi? Peniaga yang menjual bahan atau diri remaja
itu sendiri ?

5. Kekurangan pembimbiing dan pendakwah yang mengajak ke jalan kebaikan.

Setiap manusia perlu peringatan terutama genarasi muda dan remaja. Namun malang menimpa mereka. Sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah diserang bertubi-
tubi oleh musuh dari segenap penjuru, orang yang mahu menyelamatkan mereka pula tidak ramai.

Langkah menyelamatkan diri . ( membina benteng dan perisai yang kebal )

1. Benteng dalaman..

Tunaikan solat lima waktu dengan penuh penghayatan. Solat yang ditunaikan dengan penuh penhayatan akan dapat menghalang diri daripada melakukan
kemungkaran. Fahami makna-makna bacaan dalam solat. Hayati perbuatan-perbuatan yang dilakukan dalam solat.

2. Elakkan diri daripada melakukan dosa dengan sengaja.


Apabila seorang insan muslim telah mencapai umur mukallaf, maka dia telah dipertanggungjawabkan atas segala kerja dan perbuatan yang dilakukannya. Kerja
baik mendapat pahala. Manakala kerja yang jahat atau maksiat akan mendapat dosa. Doa ini akan menyebabkan titik hitam pada hati manusia. Hati pula adalah
raja kepada tubuh badan manusia. Apabila hati bersih maka manusia akan menjadi baik. Sebalikkna apabila hati hitam dan kotor, manusia menjadi jahat.
Berterusan melakukan dosa akan menyebabkan hati menjadi hitam dan kotor.

Manusia yang hatinya hitam dan kotor akan lebih mudah dan terdorong melakukan kejahatan. Sebaliknya dia amat susah dan berat untuk melakukan kerja baik.
Apa akan terjadi pada manusia sekiranya keadaan ini berterusan? Hatinya semakin hitam pekat. hatinya langsung tidak nampak jalan melakukan kebaikan.
Segala ilham dan hidupnya akan dicurahkan ke arah kejahatan. Bukan sahaja cenderung kepada kejahatan, malah akan turut membenci orang yang melakukan
kebaikan dan berasa senang bergaul dengan orang jahat sepertinya.

Salam informasi tentang masalah remaja & punca serba sedikit.

Tiada satu pun etnik dinegara ini terpinggir daripada arus kemajuan Negara malah semuanya
menikmati hasil kekayaan dibumi yang amat bertuah ini. Malah, Malaysia turut menjadi “syurga”
kepada pendatang asing mencari rezeki untuk menanggung keluarga mereka dinegara asal

Tidak dinafikan dalam era dunia tanpa sempadan, masih terdapat segelintir rakyat dinegara ini yang
hidup dalam arus kemiskinan. Namun, perlu di ingatkan bahawa segala dasar dan perancangan yang
dilaksanakan oleh kerajaan menurunkan paras kemiskinan daripada 52.2 peratus pada 1970 kepada
3.6 peratus pada 2007. Begitu juga peratusan miskin tegar sebanyak 4.0 peratus pada 1990 berjaya
diturunkan kepada 0.7 peratus pada 2007. Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini jauh lebih sempurna
berbanding dengan sebelum merdeka

Keberanian pihak tertentu untuk mengugat keharmonian dan keamanan Negara sejak kebelakangan
ini mencalarkan maruah dan kedaulatan Negara. Pelbagai onak dan duri diharungi oleh generasi
terdahulu dalam perjuangan menegakkan kemerdekaan ini dijiwa dan pemikiran setiap rakyat
Malaysia mutakhir kini kelihatannya lebih sukar

Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaungkan
konsep “Satu Malaysia”. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini
saling berkongsi satu wawasan, matlamat, impian tanpa mengira fahaman agama, ideologi politik,
taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian Negara
secara berterusan

Mesej “Satu Malaysia” perlu dihayati oleh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan
tersirat disebaliknya. Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara,
memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta
menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan Negara. Penyatuan
etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri
sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Rakyat Negara ini
tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan
penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan
kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku disesetengah Negara

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan
kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa
berharganya keamanan Negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata perpatah
“Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”

Rencana

 Cetak .   Emel Rakan . 

Membentuk jati diri mengharungi globalisasi, krisis identiti


Oleh Hasliza Hassan dan Ratinawati Rasidi
rencanabh@bharian.com.my
2011/02/01
Generasi muda perlu ada ciri unik jadi lambang keperibadian rakyat Malaysia berlandaskan Perlembagaan 

JATI diri akan membentuk ketahanan diri bagi membolehkan seseorang berhadapan hidup yang semakin mencabar dan membentuk ketrampilan diri yang memberi
gambaran mengenai sesuatu bangsa atau negara asal mereka.

Malangnya, jati diri terutama generasi muda kini semakin terpinggir menyebabkan mereka dilihat tidak memiliki keyakinan diri hingga ada sesetengahnya terjebak dalam
krisis identiti.

Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata globalisasi yang bercanggah dengan jati diri menggugat
usaha membina negara bangsa hingga berlaku kecelaruan dalam menetapkan identiti sesuatu bangsa. 

Justeru, kefahaman mengenai maksud jati diri perlu supaya perkataan besar yang membawa maksud pelbagai itu dapat difahami seterusnya diterjemahkan dalam setiap
aspek kehidupan rakyat pelbagai bangsa di negara ini untuk membina negara bangsa Malaysia. 

“Banyak tafsiran jati diri kerana ada kata jati diri ialah identiti seperti kad pengenalan. Jati diri sebenarnya untuk menjadi insan berdisiplin dan memiliki daya ketrampilan,”
katanya pada Forum Jati Diri yang membincangkan tajuk ‘Jati Diri Pelajar Dalam Konteks Gagasan 1Malaysia’. 

Oleh itu, katanya, gagasan 1Malaysia bukan mainan politik, sebaliknya usaha membina kekuatan jati diri melalui semangat patriotisme, kasih sayang dan mentaati
undang-undang negara seperti termaktub dalam Perlembagaan serta Rukun Negara. 
Forum Jati Diri anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JPN), Berita Harian, GAPENA, Persatuan Sarjana Komunikasi Malaysia (PERSKOM) dengan kerjasama
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). 

Ahli panel yang turut menjayakan forum kali ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr Ahmad Faiz
Abdul Hamid. Sesi forum dipengerusikan Ketua Pengarah JPN, Datuk Abdullah Morad. 

Abdul Latif berkata, jati diri boleh dibahagikan kepada perwatakan yang nampak seperti pakaian dan perwatakan tidak nampak membabitkan emosi atau karakter
seseorang hasil dan terbentuk daripada latar belakang keluarga serta persekitaran. 

Katanya, perwatakan nampak dan tidak nampak itu menentukan ketrampilan individu yang mewakili bangsa, budaya, etnik seterusnya diperkenalkan sebagai jati diri
Malaysia. 

“Contohnya, baju kebangsaan tidak dikaitkan dengan emosi dan perwatakan kerana semua rakyat negara ini tidak kira bangsa memakai baju kebangsaan. Ini
menunjukkan hidup yang sopan santun melalui pakaian saja,” katanya. 

Katanya, mahasiswa perlu menguatkan jati diri dengan mengamalkan cara hidup bangsa Malaysia antaranya bertutur secara halus dan bersopan terutama ketika
berinteraksi dengan pensyarah dan sesama rakan mahasiswa. 

Beliau berkata, jika di kampung pelajar boleh mengamalkan gaya hidup bersopan santun, perlakuan itu sepatutnya terus kekal ketika berada di universiti, bukan
mengubah gaya hidup yang bercanggah dengan jati diri sebagai pelajar. 

Justeru beliau menyarankan mahasiswa menganjurkan aktiviti untuk memastikan jati diri dan semangat patriotisme terus tumbuh segar dalam diri setiap individu seperti
mengadakan program memakai baju kebangsaan di institusi pengajian tinggi (IPT). 

“Kita jangan jadi orang putih yang menunjukkan kasih sayang dengan cara menendang atau bantai kepala. Ini bukan jati diri kita. Kerajaan ingin kita bersatu padu dengan
membentuk satu jati diri rakyat Malaysia berlandaskan kepada Perlembagaan. 

“Ini termasuk menghormati pucuk pimpinan, terutama institusi Raja Melayu kerana Raja bukan untuk orang Melayu semata-mata, tetapi Raja kepada rakyat. Sekarang
ada segelintir rakyat tidak menghormati Raja dan ini bercanggah dengan jati diri kita,” katanya. 

Katanya, dalam konteks 1Malaysia ada nilai aspirasi patut dimiliki mahasiswa seperti komitmen untuk meningkatkan prestasi tinggi yang relevan dengan keperluan
mahasiswa semasa. 

Ahmad Faiz berkata, mahasiswa perlu mempunyai komitmen tinggi terhadap pengajian kerana kebanyakan universiti di negara ini masih belum mampu melahirkan
pelajar berprestasi tinggi dalam skala besar, walaupun mempunyai jumlah besar pelajar yang cemerlang. 

“Apabila bercakap mengenai jati diri 1Malaysia, kita mesti memastikan kita adalah yang terbaik kerana mengamalkan budaya kecemerlangan. Jangan hanya ada budaya
lebih kurang, jangan hanya hendak masuk universiti atau hendak dapat ijazah saja. 

“Sudah tiba masanya, mahasiswa mempunyai budaya berprestasi tinggi untuk memastikan kelangsungan di universiti,” katanya yang tidak menolak berdasarkan kajian,
pelajar Melayu gagal mempertahankan kedudukan teratas dalam bidang akademik. 

Selain itu, beliau menekankan budaya ketepatan masa dalam kehidupan seharian mahasiswa, terutama kalangan mahasiswa Melayu yang masih gagal menguasai
kemahiran pengurusan masa. 

“Oleh itu, kita perlu kembali kepada jati diri kerana pepatah Melayu ada mengatakan masa itu emas. Nenek moyang kita yang dulu tidak mempunyai jam pun tahu
menghargai masa. Janganlah mahasiswa membuang masa,” katanya. 

Katanya, mahasiswa juga perlu menguasai setiap ilmu yang mereka pelajari demi memastikan ilmu itu bukan sekadar dipelajari untuk lulus peperiksaan sebaliknya
dimanfaatkan demi membangun diri, bangsa dan negara. 

Ahmad Faiz berkata, semangat patriotisme perlu diterapkan dalam jiwa setiap mahasiswa untuk memupuk sifat sayangkan negara kerana seseorang individu yang
patriotik menjadi ikon kepada bangsanya sendiri. 

Sementara itu, pengerusi forum, ketika merumuskan perbincangan forum itu mengakui banyak lagi nilai yang perlu diterapkan kepada mahasiswa untuk membina jati diri
bangsa Malaysia yang berketrampilan. 

Abdullah berkata, selain tumpuan kepada jurusan bidang pengajian, mahasiswa juga bertanggungjawab pastikan keperibadian mencerminkan semangat serta jiwa
bangsa negara ini diperlihatkan dalam kehidupan seharian mereka.

Katanya, semangat perpaduan yang menjadi antara nilai terkandung dalam gagasan 1Malaysia yang sudah tertanam dalam hubungan antara mahasiswa berbilang
bangsa yang menjadi warga IPT perlu dibaja supaya terus semarak. 

“Memahami konsep jati diri bangsa Malaysia bukan boleh dicapai dalam tempoh singkat. Banyak yang perlu dipelajari dan semua pihak perlu mengambil inisiatif supaya
jati diri bangsa Malaysia menjadi amalan yang diterjemahkan dalam semua aspek kehidupan rakyat negara ini,” katanya. 

You might also like