You are on page 1of 23

HBQE3103-TARANNUM AL-QURAN

TOPIK 1: KURIKULUM BACAAN AL-QURAN

1. Pendekatan Kurikulum Bacaan al-Quran:


a. Kur. Tahsin al-Quran (Tahsin al-Saut)
- Ia merupakan dua kalimah Arab yang disatukan yang memberikan maksud memperelokkan
suara.
- Bertujuan utk melunakkan suara mengikut tahap-tahap yang tertentu dalam membaca al-
Quran.
- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Abdullah bin Qays
dianugerahkan mizwar (suara yang sedap) dari jenis mizwar keluarga nabi Daud.
- Hujahnya: Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w telah memuji Abu Musa al-Ash’ari
yang mempunyai kelunakan suara dalam membaca al-Quran.

b. Kur. Al-Tarannum (lagu)


- Dari sudut istilah ia bermaksud ilmu atau kaedah suara yang dibunyikan menerusi nada,
rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan kelunakkan bacaan al-Quran.
- Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah dan
diakui oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran.
- Hujahnya: Hadis ini menunjukkan keizinan daripada Allah dan rasulNya s.a.w dalam
melagukan bacaan al-Quran.

c. Kur. Al-Tajwid
- bererti memperelokkan sesuatu.
- Dari sudut istilahnya ia bermaksud ilmu atau kaedah mengenai cara-cara membaca al-Quran
dengan baik dan sempurna berdasarkan hukum-hukum yang telah ditetapkan.
- Dalilnya firman Allah yang bermaksud ....Dan bacalah al-Quran itu secara tartil.
- Hujahnya: Ia menunjukkan kepentingan membaca al-Quran secara tartil iaitu
menyempurnakan hak-hak huruf dan sifat-sifatnya.

d. Kur. Al-Tartil
- kaedah yang dihasilkan oleh gabungan kaedah tahsin al-saut, tajwid dan tarannum. Ia juga
merupakan bacaan cantik yang lengkap dan sempurna.
- Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Furqan: 25:32:

Maksudnya: Dan kami membacanya (al-Quran) itu secara tartil.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menurunkan al-Quran ini dengan bacaan yang tartil.

2. Istilah-istilah dalam Ilmu Tarannum

Bil. Istilah Catatan


1 Ikhtilal al-Lahn Ia bermaksud membunyikan suara dengan nada
kesumbangan pada mana-mana irama yang tertentu.
Ia bertujuan meningkatkan kualiti dan teknik ketika
mempersembahkan bacaan al-Quran. Ia terbahagi
kepada dua bahagian iaitu:

a. Ikhtilal al-Lahn secara menurun.

b. Ikhtilal al-Lahn secara mendaki.


Burdah Ia bermaksud bunga-bunga lagu atau getaran suara.
Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a. Burdah Asli: Suara yang hidup dan


mempunyai getaran yang semula jadi.
2

b. Burdah Sina`i: Bunga-bunga suara yang


digubah dan disusun rapi mengikut kehendak
jenis tarannum yang dipersembahkan.
Nagham Ia bermaksud lagu-lagu seperti bayyati, nahawand
3
dan sebagainya.
Mahattah Ia bermaksud gaya penghujung (perhentian) kepada
4
sesuatu harakah yang tertentu.
Qit`ah Ia bermaksud gerak lagu yang paling pendek tanpa
5
mahattah yang tertentu.
Harakah Ia bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun
6 daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang
tertentu.
7 Taushih Ia bermaksud rangkap atau bait syair.

3. Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar

Bil. Perkara Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar


1 NADA Ia merupakan tingkatan atau tekanan bunyi suara.
2 RENTAK Ia merupakan pergerakan menghidupkan bunyi suara.
3 IRAMA Ia merupakan alunan atau bentuk bunyi.

4. Peranan Harakah
Bil. Perkara Catatan
1 SECARA UMUM  
2 SECARA KHUSUS Harakah Pertama Hendaklah disesuaikan dengan harakah
yang terakhir pada lagu sebelumnya sama
ada gaya, tabaqah dan susunannya.
Harakah Kedua Ia merupakan harakah penggerak atau
rangsangan kepada harakah yang
berikutnya.
Harakah Ketiga Ia merupakan harakah jawab (harakah
tinggi) pada tiap-tiap lagu.
Harakah Keempat Ia merupakan harakah jawab al-jawab
(harakah tertinggi) pada tiap-tiap lagu.
Harakah Kelima Ia merupakan harakah persedian untuk
menurun.
Harakah Keenam Ia merupakan harakah penutup kepada
sesuatu lagu.

5. Ciri-ciri Mutu dan Kualiti Harakah


Bil. Perkara Ciri-ciri Tarannum yang Berkualiti
NADA Harakah yang mempunyai tangga-tangga atau peringkat
1
untuk menurun.
RENTAK Harakah yang mempunyai tangga-tangga atau peringkat
2
untuk menaik.
IRAMA Harakah yang mempunyai gabungan dua angin lagu atau
3
lebih.
IKHTILAL AL-LAHN Harakah yang mempunyai kesumbangan untuk menurun dan
4
menaik.
BURDAH Harakah yang mempunyai bunga-bungaan yang menarik
5
ketika mempersembahkan bacaan al-Quran.

6. Dua Kumpulan Mazhab Disokong oleh Pendapat Para Sahabat dan Tabi`in

Bil. Kumpulan Catatan


1 MAZHAB MALIKI DAN  Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat
HANBALI sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in
seperti Anas bin Malik, Sa`id bin al-Musayyib,
Sa`id bin Jubayr, al-Hassan al-Basri, Ibnu Sirin
dan lain-lain lagi.

 Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini


ialah:

i. Tarannum boleh mencacatkan keaslian


lafaz al- Quran seperti menambah huruf,
memanjang dan sebagainya.

ii. Tarannum boleh melekakan daripada


memahami dan menghayati isi kandungan
al-Quran.
 Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat
sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in
seperti Umar bin al-Khattab, Ibnu Abbas, Ibnu
Mas`ud, Abu Ja`far al-Tabari, Abu Bakr al-`Arabi
dan lain-lain lagi.

 Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini


ialah:

i. Tarannum boleh menarik minat


2 MAZHAB SHAFI`I DAN HANAFI masyarakat untuk mendekati al-Quran.

ii. Tarannum boleh menjadi medium


pengajaran dan pembelajaran.

iii. Tarannum mempunyai budaya seni yang


mengajak ke arah khusyuk dan menginsafi
mukjizat al-Quran.

7. Hukum Tarannum al-Quran

Bil. Hukum Catatan


 Sekiranya dapat mempertingkatkan syiar Islam.
 Dapat menarik perhatian orang ramai meminati al-
Quran.
 menarik minat terhadap proses pengajian dan
1 SUNNAH
pengajaran al-Quran.

 Dapat menzahirkan nilai ketinggian mukjizat al-


Quran.
 SSekiranya tidak mencacatkan al-Quran.
 Tidak mengganggu ketenteraman awam.
2 HARUS  Tidak menghalang ketenangan dalam beribadah.

 Tidak menimbulkan fitnah.


 Sekiranya mengganggu ketenteraman awam.
 Mengganggu ketenangan dalam beribadah.
3 MAKRUH  Menimbulkan fitnah.

 Mengganggu khusyuk dalam mentadabbur al-Quran.


4 HARAM  Sekiranya merosakkan keaslian al-Quran.
 Menjatuhkan dan menghina kemukjizatan al-Quran.
 Menghalang kemajuan dan perkembangan proses
meninggikan kedudukan al-Quran.

 Menyeleweng ke arah perkara-perkara yang dilarang


Islam.
 Sekiranya boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-
Quran.
 Boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran.
 Boleh menghilangkan keraguan terhadap mukjizat
5 FARDU KIFAYAH
al-Quran.

 Boleh memantapkan pemahaman kefahaman


terhadap al-Quran.

TOPIK 2: SENI SUARA MENURUT ISLAM

1. Definisi suara : suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke
rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain
mengikut kehendak yang tertentu.

2. Kategori suara

Bil Sifat Catatan


Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, rendah,
1 SUARA TERBAIK
garau, lembut, manis, licin, bersih, terang, lantang dan tajam.
Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada, sederhana, rendah,
2 SUARA BAIK
garau, lembut, manis, licin, bersih, terang dan lantang.
Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, kecil,
3 SUARA KURANG BAIK
lembut, manis, licin, bersih, terang dan tajam.
Ia mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah, keras,
4 SUARA TIDAK BAIK serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam, tersepit, terputus,
tercekik dan sebagainy

3. Kepentingan suara dalam membaca al-Quran

a. Seni muzik dan seni suara adalah sama hukumnya dengan memenuhi keperluan pancaindera yang
lain seperti makanan yang lazat dan pemandangan yang indah.
b. Islam menetapkan kesederhanaan dalam semua aspek termasuk menghayati seni musik dan seni
suara.
c. Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni muzik dan seni suara bila ada tujuan yang sesuai dan
munasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yang tidak berlandaskan Islam.
d. Seni muzik dan suara semuanya tertakluk di bawah kelulusan Ilahi yang bersifat umum.

4. Peranan suara
Bil Peranan Suara Catatan
Menentukan bunyi sesuatu huruf atau kalimah al- Iaitu menerusi alat-alat pertuturan yang
1
Quran dengan tetap. tertentu seperti Halqi, Lisani dan Shafawi.
Iaitu menerusi alat-alat pembesaran dan
Menentukan bunyi sifat-sifat huruf mengikut lahjah
2 penyuburan suara seperti Halqum,
yang dikehendaki.
Khayshum dan Jawf.
Menentukan tekanan bunyi yang menarik seperti Iaitu menerusi saluran udara dan
3
lembut, keras, halus, kasar dan licin. pernafasan yang tertentu.
Iaitu menerusi alat proses suara seperti
Menentukan peningkatan (Tabaqah) rendah,
4 dada, tekak, rongga hidung dan rongga
sederhana, tinggi dan tertinggi.
otak.
Iaitu menerusi proses penyusunan perkara-
5 Menentukan nada dan irama (lagu) yang tertentu. perkara di atas dengan teknikteknik yang
tertentu.

5. Paras Tingkatan Suara atau Tabaqah

Bil Tabaqah Suara Catatan


1 QARAR Ianya berfungsi di dada.
2 NAWA Ianya berfungsi pada tekak.
3 JAWAB Ianya berfungsi pada rongga hidung.
4 JAWAB AL-JAWAB Ianya berfungsi pada rongga otak.

6. Bahagian Burdah

Bil Burdah Suara Catatan


1 BURDAH ASLI Iaitu suara yang hidup dan mempunyai getaran yang semulajadi.
Iaitu bunga-bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi
2 BURDAH SINA`I
mengikut kehendak jenis tarannum yang diperdengarkan.

7. Peranan Burdah Suara

Bil Jenis Burdah Catatan


1 Kasar dan Jarang Bertujuan untuk menghidupkan persembahan.
2 Kecil dan Rapat-rapat Bertujuan untuk mencantikkan persembahan.
3 Lembut dan Bersih Bertujuan untuk melahirkan seni persembahan.
4 Keras dan Tegas Bertujuan untuk menyemarakkan persembahan.

8. ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah seperti berikut:

a. Kemanisan dan kebasahan suara.


b. Gema suara yang meninggi ke arah Khayshum
c. Kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban.
d. Pergerakan suara di samping burdah yang berbudaya kearaban.
9. Cara Memelihara Kualiti Suara

Bil Kualiti Suara Catatan


Dengan cara menjaga aspek pemakanan yang seimbang dan
1 Menjaga Kesihatan Fizikal
bersukan atau bersenam.
Dengan cara menjauhkan makanan yang terlampau pedas,
kelat, bergetah, berminyak dan yang boleh membawa kesan
2 Menjaga Kesihatan Suara
berubahnya suhu badan. Dari segi minuman pula, elakkan
minum air yang terlalu panas dan jauhkan dari merokok.
Banyakkan Memakan Buahan Dengan cara melazimi memakan buah-buahan dan sayuran
3
dan Sayuran yang berzat.
Dengan cara melazimi minum air panas suam atau air sejuk
4 Banyakkan Minum Air
tanpa ais. Amalkan cara ini sehingga melebihi 5 liter sehari.

10. Kaedah Melatih Suara

Bil Kualiti Suara


1 Latihan suara dalam Harakah supaya dapat memantapkan Maqam.
2 Lataihan suara dengan cara membentuk Tabaqah.
3 Latihan suara dengan cara sebutan Lahjah Arab.
4 Latihan suara dengan cara Sulalam Nuzul dan Sulalam Su`ud.
5 Latihan suara untuk menghidupkan Ikhtilal al-Lahn.
6 Latihan suara dengan membawa Burdah.
7 Latihan suara untuk mendapatkan Jawab al-Jawab.
8 Latihan suara dengan menggunakan Qit`ah dan Mahattah.
9 Latihan suara secara menyumbang Tabaqah.
10 Latihan suara dalam Fasohah dengan Lahjah Arab.
11 Latihan suara secara memainkan lagu di dalam persembahan.
12 Latihan suara untuk melembutkan nada suara di dalam bacaan.
13 Latihan suara untuk menyampaikan kepada tahap yang dikehendaki.

11. Kaedah Latihan Memanjangkan Nafas (latihan pernafasan)

Bil Sistem Latihan Memanjangkan Nafas


1 Tegakkan kedudukan badan di dalam keadaan bersedia.
2 Tarik nafas panjang-panjang kemudian kumpulkannya di bahagian perut.
Lepaskan nafas perlahan-lahan tanpa suara dan beransur-ansur serta lakukannya berulang kali.
3
Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan bersuara secara beransur-ansur dan terkawal serta
4
lakukannya berulang kali.
Lepaskan nafas di samping menyebut beberapa patah kalimah dalam keadaan terkawal serta
5
lakukannya berulang kali.
Lepaskan nafas di samping membaca bacaan ayat-ayat atau surah-surah yang panjang dalam satu
6
nafas dalam keadaan terkawal serta lakukannya berulang kali.
TOPIK 3: PERKEMBANGAN TARANNUM AL-QURAN

1. Tarannum pada Zaman Rasulullah s.a.w

Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua aset yang tidak boleh dipisahkan.

Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada Baginda s.a.w selaku pemikul amanah Allah
s.w.t, penyampai risalahNya, penerang segala isi kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya.

Oleh sebab itu, menjadi hobi dan mainan bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci al- Quran.

Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya seperti berikut:
Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari
pembukaan kota Makkah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu
baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi kandungannya).

2. Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a dan Pascanya

Zaman para Tabi`in r.a merupakan zaman bermulanya perkembangan yang begitu rancak dari sudut
kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan.

Pelopor/Tabi‛in Tarannum al-Quran pada Zaman Tabi`in r.a dan Pascanya

Bil. Para Tabi`In Tempat


1 Sa`id bin al-Musayb Di Kota Madinah
2 Abdullah bin al-Sa'ib Di Kota Makkah
3 Amar bin Abdullah Di Kota Basrah
4 Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota Kuffah
5 Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham

3. Falsafah dan Peranan Tarannum dalam Bacaan al-Quran

Falsafahnya adalah berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah
memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syara'
bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati keagungan Allah sebagai
Maha Pencipta.

Dalam mencapai matlamat dan falsafah tarannum, peranannya juga merupakan aset yang perlu
diketahui oleh setiap Qari dan Qariah, di antaranya ialah:

Bil Peranan Tarannum


1 Untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar
2 Untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama
3 Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan
4 Untuk mendapat rahmat daripada Allah s.w.t
5 Untuk mewarnai seni bacaan al-Quran

4. Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia

Bil Jenis Lagu/Tarannum  


1 Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast 50% Qari dan Qariah mengamalkan kedua-
2 Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan Sikah dua bahagian ini.
30% Qari dan Qariah mengamalkan
3 Bayyati - Nahawand - Rast - Sikah dan Jiharkah
bahagian ini.
15% Qari dan Qariah mengamalkan
4 Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan Sikah
bahagian ini.
5% Qari dan Qariah mengamalkan
5 Bayyati - 'Iraqi - Hijaz - Sikah dan Rast
bahagian ini.

5. Kompenan-kompenan sistem / Ciri-ciri Persembahan Tarannum yang Baik:


TOPIK 4 : TARANNUM BAYYATI

1. Definisi Bayyati dan Sejarah Perkembangannya

"Bayyati" adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas pertimbangan asal perkataan)
baytun yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.

Manakala dari sudut istilahnya pula, "Bayyati" bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum
atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari Mesir.

Diperkenalkan di Malaysia kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan
tarannum lahjah Arab Misri.

2. Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika itu
adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di
Universiti al-Azhar, Mesir.

Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di sana, sebilangan daripada pelajar ini bukan sahaja pulang
dengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya
dalam bidang tarannum al-Quran.

Kemudian tugas mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu tersebut kepada
masyarakat umum. Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang.

Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya, ia menjadikan tarannum ini
sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak memasukkan tarannum ini, maka
dirasakan seumpama masakan yang tidak cukup perisanya.
3. Sifat-sifat alunan tarannum Bayyati.

4. Peranan tarannum Bayyati.

5. TARANNUM YANG DIWASLAH DENGAN BAYYATI

Mna-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Bayyati', seperti bacaan
Husayni, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:

a. Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau
`Iraqi.
b. Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Husayni dan
sebagainya mengikut kemahiran para Qari dan Qariah itu sendiri.

6. Husayni: Pengertian dan Peranannya

Perkataan "Husayni" adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan Husn yang bermaksud
cantik, anggun dan indah.

Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, "Husayni" bermaksud nama khusus bagi suatu jenis
alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah

Taranum al-Husayni ini adalah merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati sama seperti al-
Shuri, al- Khiyari dan al-Asli

7. Sifat alunan tarannum Husayni

8. : Peranan dan tugasan tarannum husayni


9. Kurdi: Pengertian dan Peranannya

'Kurdi' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari bangsa Kurdi

Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir

sifat-sifat alunan Tarannum al-Kurdi

Peranan dan tugasan tarannum Kurdi


10. Iraqi: Pengertian dan Peranannya

'Iraqi' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari Negara Iraq mengikut suasana kebudayaan bangsa

Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir

Di antara sifat-sifat alunan tarannum al-`Iraqi.

Peranan dan tugasan tarannum `Iraqi


TOPIK 5: TARANNUM NAHAWAND

1. Definisi Nahawand dan Sejarah Perkembangannya

Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan 'Nahawand' adalah nama bagi tempat yang
terletak di daerah Hamadan, Parsi.

Manakala dari sudut istilahnya pula, 'Nahawand' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan
tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan
sosiobudayanya yang tersendiri.

Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau
sekarang dikenali sebagai Iran.yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah
karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan,
iaitu Ibnu Sina

tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan. Perkara ini berlaku hasil daripada
pengubahsuaian para QurraÊ dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka.

2. Sifat-sifat Alunan Nahawand


3. Peranan Nahawand
4. TARANNUM YANG DIWASLAH DENGAN NAHAWAND

Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan
Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:

a. Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau
`Iraqi.
b. Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum `Ajam atau
Rast.

5. Ajam: Pengertian dan Peranannya

‘`Ajam’ adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap

Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, ‘`Ajam’ atau `Ajami' bermaksud nama khusus bagi suatu
jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah) dengan
sedikit pengubahsuaian mengikut suasana budayanya.

sifat-sifat alunan tarannum `Ajam.


peranan dan tugasan tarannum `Ajam.

6. Nawa Asar dan`Ushshaq: Pengertian dan Peranannya


Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq juga mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Nahawand.

Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq

Bil. Tarannum Catatan 


Perkataan Nawa berasal dari bahasa Arab
BAHASA yang bermaksud biji benih kejadian.

Nama khusus bagi suatu jenis alunan


tarannum atau maqamat yang dipopularkan
ISTILAH
oleh para Qari dari Tanah Arab.

1 NAWA ASAR Ia diterima daripada Shaykh Taha al-Fashni


(pakar tarannum berasal dari Mesir) dan
CATATAN diambil oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin
Maksum Pergau (suatu tempat di Kelantan).

Perkataan `Ushshaq juga berasal dari bahasa


BAHASA Arab yang bermaksud rindu atau cinta.

Nama khusus bagi suatu jenis alunan


tarannum atau maqamat yang dipopularkan
ISTILAH
oleh para Qari dari Tanah Arab.
2 `USHSHAQ
Ia diterima daripada Shaykh Abdul Hamid
Mus`al (seorang profesor muzik Arabi
CATATAN
berasal dari Mesir).

TOPIK 6: TARANNUM RAST

1. Definisi Rast dan Sejarah Perkembangannya


'Rast' adalah bermaksud benar-benar lurus. Ia merupakan satu maqam dalam seni lagu timur dan dianggap
sebagai yang paling utama dalam dunia seni lagu timur bahkan ia lebih sinonim sebagai imej kepada seni
lagu timur.

Tinjauan dari sudut sejarah pula mendapati bahawa tarannum Rast adalah berasal daripada negara Parsi
(sekarang, Iran) atau lebih tepat lagi dari kalangan kelompok bangsa Kurdi.

Kemudiannya, ia telah diambil dan diubahsuai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari negara Hijaz.
Tarannum ini seterusnya telah tersebar dengan meluas di kalangan Qari dan Qariah seluruh dunia Islam.

Selain itu, ia juga telah mengalami sedikit perubahan mengikut zauq yang berasaskan lahjah Arab Hijazi.

Para Qurra dari negara Mesir khususnya yang telah mengolah semula tarannum Rast ini mengikut
kesesuaian budaya mereka.

2. Sifat-sifat Tarannum Rast

3. Peranan Tarannum Rast

4. Peranan Waslah al-Mumasalah dalam Tarannum Rast

a. Mengelakkan Ketegangan dalam Persembahan


Sekiranya berlaku ketegangan dalam bacaan sewaktu membawa lagu Rast, maka ia bolehlah
diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah ataupun Sikah.
b. Mengelakkan Kelembapan dalam Bacaan
Sekiranya bacaan menjadi agak lemah, maka bolehlah diwaslahkan kepada Husaini supaya bacaan
tersebut menjadi bertenaga kembali.

c. Memberi Gambaran tentang Lagu Seterusnya


Jika seseorang Qari mewaslahkan lagu Rast dengan Sikah, Jiharkah ataupun sebagainya, maka
kebiasaannya ia adalah petunjuk bahawa Qari tersebut akan meneruskan bacaannya dengan
tarannum yang digunakan semasa waslah tersebut.

TOPIK 7: TARANNUM SOBA

1.

You might also like