P. 1
SAHSIAH DIRI DAN FAKTOR SALAH LAKU JENAYAH ( JUVANA ) DALAM KALANGAN REMAJA DI SEKOLAH HENRY GURNEY, MELAKA

SAHSIAH DIRI DAN FAKTOR SALAH LAKU JENAYAH ( JUVANA ) DALAM KALANGAN REMAJA DI SEKOLAH HENRY GURNEY, MELAKA

|Views: 6,360|Likes:
Published by Syed Umar

More info:

Published by: Syed Umar on Jun 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/18/2014

pdf

text

original

Sections

ii

iii

iv

v

DEDIKASI

Buat bonda dan ayahanda yang disanjungi,
Bonda Hjh Sharifah Shipah bt Syed Abd Rasid
Ayahanda Hj Syed Abdul Rahman bin Hj Syed Jaafar
Penat jerih kalian membesarkanku tanpa jemu

Buat penyelia yang dihormati,
Doktor Faizah binti Abdul Ghani
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang diberikan selama ini

Dan tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih di atas kerjasama dan dorongan yang diberikan,
Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita bersama.Insya’Allah

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersyukur saya ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keizinan-Nya maka terhasillah laporan bagi
projek sarjana ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga
kepada penyelia, Doktor Faizah Binti Abdul Ghani kerana bimbingan, buah fikiran serta
tunjuk ajar beliau. Sekalung penghargaan buat keluarga, terutama mak dan ayah kerana
tidak jemu memberikan dorongan dan perangsang untuk terus meneroka bidang ilmu
bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Tidak lupa juga kepada pensyarah dan rakan-rakan yang banyak
menyumbangkan idea serta membantu dalam menyiapkan projek sarjana ini. Akhir
sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
semasa projek sarjana ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa
baik kalian.

vii

ABSTRACT

This study was conducted to examine patterns of personality and personality
factors that influence the behavior of crime among juvenile offenders. The relationship
between personality and factors of influence personality were examined. There were
five personality being research such as Akidah, Ibadat, Muamalat, Muasyarat and
Akhlak. Five categories of factors influencing personality were parents influence, media
influence, peers influence and religious education influence. Participants were 175
juvenile offenders at Henry Gurney School, Melaka. The Juvenile offenders were given
the Instrument of Personality. The data was analyzed using The Statistical Packages for
Social Sciences ( SPSS ) version 17. Pearson correlation coefficients test were used for
data analysis. From the descriptive analysis, the Personality of Akidah was the highest
among juvenile offenders. The result showed significant relationship between Akidah
and at least two factors, there were parents influence and religious education influence.
However, the correlation relationship among of variable is weak.

viii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola sahsiah diri dan faktor yang
mempengaruhi sahsiah diri dalam kalangan pesalah laku jenayah juvana. Seterusnya
kajian ini akan melihat hubungan antara pola sahsiah diri dengan faktor yang
mempengaruhi sahsiah diri. Terdapat lima pola sahsiah diri yang dikaji iaitu akidah,
ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak. Manakala empat faktor yang mempengaruhi
pola sahsiah diri dikaji meliputi ibu bapa, media, rakan sebaya dan juga pendidikan
agama. Sebanyak 175 orang sampel terlibat dalam kajian yang terdiri daripada pesalah
laku juvana yang bertempat di Sekolah Henry Gurney, Melaka. Responden diberikan
satu set borang soal selidik yang terdiri Inventori Sahsiah Diri. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan Statistical Packages for Sosial Sciences ( SPSS ) versi 17. Data
deskriptif yang diperoleh menunjukkan bahawa pola akidah merupakan sahsiah diri
yang sangat tinggi dalam diri responden. Pengaruh Ibu Bapa mendahului peratus dari
empat faktor pengaruh sahsiah diri yang dikaji. Analisis inferensi korelasi Pearson yang
dijalankan menunjukkan pola sahsiah akidah mempunyai hubungan yang signifikan
sekurang-kurangnya dua faktor iaitu faktor pengaruh ibu bapa dan faktor pendidikan
agama. Namun begitu, hubungan korelasi yang diperoleh antara pemboleh ubah adalah
sangat lemah.

ix

SENARAI KANDUNGAN

BAB

TAJUK

MUKASURAT

DEKLARASI

ii

PENGESAHAN PENYELIA

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

ABSTRACT

vi

ABSTRAK

vii

SENARAI KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xviii

SENARAI RAJAH

xxi

SENARAI LAMPIRAN

xxii

SENARAI ISTILAH

xxiii

1

PENGENALAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

4

1.3

Pernyataan Masalah 8

1.4

Objektif Kajian 9

1.5

Persoalan Kajian

9

1.6

Hipotesis Kajian

10

1.7

Kerangka Konsep Kajian

11

1.8

Skop Kajian

13

1.9

Batasan Kajian

13

1.10Kepentingan Kajian

14

1.10.1Ibu Bapa

14

1.10.2Remaja

15

1.10.3Pihak Sekolah

15

1.10.4Pihak Kementerian Pendidikan, Malaysia

15

1.10.5Pihak Jab. Kebajikan Masyarakat ( JKM )

16

1.11Definisi Konsep dan Operasional

16

1.11.1Sahsiah

16

1.11.2Faktor

17

x

1.11.3Salah Laku

18

1.11.4Jenayah

18

1.11.5Juvana

19

1.11.6Remaja

19

1.12Kesimpulan

20

2

SOROTAN KAJIAN

21

2.1

Pengenalan

21

2.2

Teori Berkaitan Dengan Kajian

22

2.2.1Teori Psikososial Erikson

22

2.2.2Teori Ekologi Bronfenbrenner

23

2.2.2.1Mikrosistem

24

2.2.2.2Mesosistem

24

2.2.2.3Ekosistem

24

2.2.2.4Makrosistem

25

2.2.2.5Kronosistem

25

2.2.3Teori Heirarki Keperluan Maslow

25

2.2.4Pandangan Saidina Ali R.A.

26

2.2.5Prespektif Hadith dan Al-Quram

27

2.2.6Pendekatan Tokoh-tokoh Islam

28

2.2.6.1Imam Al-Ghazali

28

2.2.6.2Ibnu Khaldun

29

2.2.6.3Ibnu Jauzi

29

2.2.6.4 Luqman Al-Hakim

29

2.3

Pembangunan Sahsiah

29

2.4

Konsep Akidah

32

2.4.1Sumber-sumber Akidah

32

2.4.2Skop Akidah

33

2.4.2.1Kecintaan Mutlak kepada Allah

33

Dan Rasulnya
2.4.2.2Kebebesan jiwa raga dan kehormatan

33

Diri
2.4.2.3Memilik Sifat Berani dan Kekuatan

34

Pembelaan Diri
2.4.2.4Mencapai Ketenangan Jiwa yang

34

Maksimum

2.5

Konsep Akhlak

34

2.5.1Sumber-sumber Akhlak Islam

35

2.5.2Skop Akhlak Islam

36

2.6

Konsep Muasyarat

36

2.6.1Komponen Muasyarat

37

2.7

Konsep Muamalat

38

2.7.1Sumber Muamalat

38

2.7.2Skop Muamalat

39

2.7.3Komponen Muamalat

40

2.8

Konsep Ibadat

41

xi

2.9

Kepentingan Akidah, Akhlak, Muasyarat, Muamalat

42

Dan Ibadat
2.9.1Memberi pandangan dunia kepada satu-satu

42

Budaya manusia
2.9.2Menjawab soalan yang tidak terjawab

42
2.9.3Mewujukan kekitaan pada satu kelompok manusia42
2.9.4Kawalan Sosial

43

2.10Sebaik-baik Agama adalah Islam

43

2.10.1Islam membawa manusia ke arah cahaya

44

2.10.2Islam membawa perubahan dan pembangunan

44

2.10.3Islam menitikberatkan ilmu pengetahuan

44

2.10.4Islam prihatin terhadap semua masyarakat

45

2.11Faktor mempengaruhi keruntuhan akhlak remaja

45

2.11.1Hubungan kekeluargaan

45

2.11.2Pengaruh Media massa

46

2.11.3Pengaruh persekitaran

47

2.11.4Pengaruh di sekolah

48

2.11.5Perasaan Ingin tahu dan ingin mencuba

49

2.11.6Pengaruh rakan sebaya

49

2.12Kajian – kajian lepas yang berkaitan

50

2.12.1Kajian Luar Negara

50

2.12.2Kajian Dalam Negara

53

2.13Penutup

55

3

METODOLOGI KAJIAN

56

3.1

Pengenalan

56

3.2

Rekabentuk Kajian

57

3.3

Populasi, Sampel dan Tempat Kajian

57

3.4

Kaedah Persampelan

60

3.5

Instrumen Kajian

61

3.5.1Bahagian A: Demografi Sampel

62

3.5.1.1 Demografi Responden

63

3.5.1.2Demografi Ibu Bapa/ Penjaga

63

3.5.2Bahagian C: Pola Sahsiah Diri

65

3.5.3Bahagian D : Faktor yang mempengaruhi Pola

66

Sahsiah

3.6

Kajian Rintis

67

3.7

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

68

3.8

Proses Pengumpulan Data

69

3.9

Penganalisaan Data

70

3.9.1Kaedah Deskriptif

71

3.9.2Analisis Min

71

3.9.3Kaedah Inferensi

72

3.10Kesimpulan

80

4

DAPATAN KAJIAN

81

4.1

Pengenalan

81

xii

4.2

Analisis Bahagian A : Demografi Responden

82

4.2.1Umur

82

4.2.2Bangsa

83

4.2.3Jantina

83

4.2.4Jenis salah laku

84

4.2.5Taraf pendidikan

84

4.3

Analisis Bahagian B: Demografi Ibu Bapa atau penjaga

85

Responden
4.3.1Umur

85

4.3.2Bangsa

85

4.3.3Tahap pendidikan

86

4.3.4Jenis pekerjaan

87

4.3.5Tempat tinggal

88

4.4

Analisis Bahagian C : Pola Sahsiah Diri

88

4.4.1Analisis Pola Akidah

89

4.4.2Analisis Pola Ibadat

92

4.4.3Analisis Pola Akhlak

95

4.4.4Analisis Pola Muasyarat

98

4.4.5Analisis Pola Muamalat

101

4.5

Analisis Bahagian D : Faktor-faktor mempengaruhi pola104
Sahsiah diri
4.5.1Analisis Pengaruh Ibu bapa / penjaga

105

4.5.2Analisis Pengaruh Media

107

4.5.3Analisis Pengaruh Pendidikan Agama

109

4.5.4Analisis Pengaruh Rakan Sebaya

111

4.6

Hubungan Pola Sahsiah Diri dan Faktor Mempengaruhi

113

Sahsiah Diri
4.6.1 Hipotesis 1: Terdapat hubungan yang signifikan 114
antara pola sahsiah akidah dengan faktor ibu bapa
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.2Hipotesis 2: Terdapat hubungan yang signifikan 114
antara pola sahsiah akidah dengan faktor media
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.3Hipotesis 3: Terdapat hubungan yang signifikan 115
antara pola sahsiah akidah dengan faktor rakan
sebayamempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.4Hipotesis 4: Terdapat hubungan yang signifikan 116
antara pola sahsiah akidah dengan faktor pendidikan
agama mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.5 Hipotesis 5: Terdapat hubungan yang signifikan 116
antara pola sahsiah ibadat dengan faktor ibu bapa
mempengaruhi pola sahsiah diri

4.6.6Hipotesis 6: Terdapat hubungan yang signifikan 117
antara pola sahsiah ibadat dengan faktor media
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.7Hipotesis 7: Terdapat hubungan yang signifikan 118

xiii

antara pola sahsiah ibadat dengan faktor rakan
sebayamempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.8Hipotesis 8: Terdapat hubungan yang signifikan 118
antara pola sahsiah ibadat dengan faktor pendidikan
agama mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.9Hipotesis 9: Terdapat hubungan yang signifikan 119
antara pola muamalat akidah dengan faktor ibu bapa
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.10Hipotesis 10: Terdapat hubungan yang signifikan 120
antara pola sahsiah muamalat dengan faktor media
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.11Hipotesis 11: Terdapat hubungan yang signifikan 120
antara pola sahsiah muamalat dengan faktor rakan
sebaya mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.12Hipotesis 12: Terdapat hubungan yang signifikan 121
antara pola sahsiah muamalat dengan faktor pendidikan
agama mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.13Hipotesis 13: Terdapat hubungan yang signifikan 122
antara pola sahsiah muasyarat dengan faktor ibu bapa
mempengaruhi pola sahsiah diri

4.6.14Hipotesis 14: Terdapat hubungan yang signifikan 122
antara pola sahsiah muasyarat dengan faktor media
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.15Hipotesis 15: Terdapat hubungan yang signifikan 123
antara pola sahsiah muasyarat dengan faktor rakan
sebaya mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.16Hipotesis 16: Terdapat hubungan yang signifikan 124
antara pola sahsiah muasyaratdengan faktor pendidikan
agama mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.17Hipotesis 17: Terdapat hubungan yang signifikan 124
antara pola sahsiah akhlak dengan faktor ibu bapa
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.18Hipotesis 18: Terdapat hubungan yang signifikan 125
antara pola sahsiah akhlak dengan faktor media
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.19Hipotesis 19: Terdapat hubungan yang signifikan 126
antara pola sahsiah akhlak dengan faktor rakan sebaya
mempengaruhi pola sahsiah diri
4.6.20Hipotesis 20: Terdapat hubungan yang signifikan 126
antara pola sahsiah akhlak dengan faktor pendidikan
agama mempengaruhi pola sahsiah diri

4.7

Kesimpulan

127

5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

129

xiv

5.1

Pengenalan

129

5.2

Perbincangan Dapatan Analisis Deskriptif Maklumat

130

Demografi Sampel

5.3

Perbincangan Dapatan Analisis Deskriptif

132

Maklumat ibu bapa atau penjaga responden

5.4

Perbincangan Dapatan Analisis Deskriptif Pola

135

Sahsiah Diri

5.5

Perbincangan Dapatan Analisis Deskriptif Faktor

138

Yang mempengaruhi Pola Sahsiah Diri

5.6

Perbincangan Dapatan Analisis Inferensi Pola Sahsiah

140

Dan faktor Pengaruh Sahsiah Diri

5.7

Cadangan

144

5.7.1Cadangan Kepada Individu Remaja

145
5.7.2Cadangan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga Remaja145
5.7.3Cadangan Kepada Sekolah

146
5.7.4Cadangan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia147
5.7.5Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang

147

5.7

Penutup

148

RUJUKAN

149

LAMPIRAN

158

xv

SENARAI JADUAL

NO.

TAJUK

MUKASURAT

2.1

Tahap Kehidupan seseorang Anak

26

3.1

Jadual penentuan sampel berdasarkan Krejie dan Morgan59

3.2

Demografi Responden

62

3.3

Demografi ibu bapa atau penjaga responden

64

3.4

Skala Lima Mata Inventori Sahsiah Diri

65

3.5

Taburan Subskala bagi setiap Item

65

3.6

Skala Lima Mata Inventori Faktor mempengaruhi sahsiah66
Diri

3.7

Taburan subskala bagi setiap item

66

3.8

Garis panduan Guilford’s Rule of Thumbs

74

3.9

Nilai koefisien dan hubungan antara dua pemboleh ubah

74

3.10

Penentuan hipotesis kajian berdasarkan nilai signifikan

75

3.11

Pengujian Hipotesis Mengikut Subskala

76

4.1

Umur sampel

82

4.2

Bangsa sampel

83

4.3

Jantina sampel

83

4.4

Jenis Salah Laku

84

4.5

Taraf pendidikan

84

4.6

Jantina ibu / bapa atau penjaga sampel

85

4.7

Tahap pendidikan ibu/bapa atau penjaga sampel

86

4.8

Jenis pekerjaan ibu/bapa atau penjaga sampel

87

4.9

Tempat tinggal ibu/bapa atau penjaga sampel

88

4.10

Taburan min pola sahsiah diri

89

4.11

Taburan kekerapan dan peratusan pola Akidah

89

4.12

Taburan kekerapan dan peratusan pola Ibadat

92

4.13

Taburan kekerapan dan peratusan pola Akhlak

95

4.14

Taburan kekerapan dan peratusan pola Muasyarat

98

4.15

Taburan kekerapan dan peratusan pola Muamalat

101

4.16

Taburan min faktor-faktor mempengaruhi sahsiah diri

104

4.17

Taburan kekerapan dan peratusan pengaruh ibu bapa

105

4.18

Taburan kekerapan dan peratusan pengaruh media

107

4.19

Taburan kekerapan dan peratusan pengaruh pend. agama109

4.20

Taburan kekerapan dan peratusan pengaruh rakan sebaya111

4.21

Korelasi pola akidah dengan faktor ibu bapa

114

4.22

Korelasi pola akidah dengan faktor media

114

4.23

Korelasi pola akidah dengan faktor rakan sebaya

115

4.24

Korelasi pola akidah dengan faktor pendidikan agama

116

xvi

4.25

Korelasi pola ibadat dengan faktor ibu bapa

116

4.26

Korelasi pola ibadat dengan faktor media

117

4.27

Korelasi pola ibadat dengan faktor rakan sebaya

118

4.28

Korelasi pola ibadat dengan faktor pendidikan agama

118

4.29

Korelasi pola muamalat dengan faktor ibu bapa

119

4.30

Korelasi pola muamalat dengan faktor media

120

4.31

Korelasi pola muamalat dengan faktor rakan sebaya

120

4.32

Korelasi pola muamalat dengan faktor pendidikan agama121

4.33

Korelasi pola muasyarat dengan faktor ibu bapa

122

4.34

Korelasi pola muasyarat dengan faktor media

122

4.35

Korelasi pola muasyarat dengan faktor rakan sebaya

123

4.36

Korelasi pola muasyarat dengan faktor pendidikan agama124

4.37

Korelasi pola akhlak dengan faktor ibu bapa

124

4.38

Korelasi pola akhlak dengan faktor media

125

4.39

Korelasi pola akhlak dengan faktor rakan sebaya

126

4.40

Korelasi pola akhlak dengan faktor pendidikan agama

126

4.41

Jadual keputusan untuk setiap hipotesis kajian

127

xvii

SENARAI RAJAH

NO.

TAJUK

MUKASURAT

1.1

Kerangka Konsep Kajian

12

2.1

Kerangka Konsep Kajian ( Carta Alir )

22

3.1

Pembahagian pola sahsiah diri berdasarkan nilai min

72

3.2

Pengukuran korelasi dari -1 sehingga +1

73

xviii

SENARAI LAMPIRAN

NO.

TAJUK

MUKASURAT

A

Borang soal selidik kajian

158

B

Analisis Statistik

167

C

Borang Pengesahan Pelajar / Pakar

189

xix

SENARAI ISTILAH

SAW

-Shallallahu A’laihi Wassalam
( Allah memberi salam dan berselawat ke atas Nabi
Muhammad )

SWT

-Subahanawata’ala
( Maha Suci dan Maha Tinggi Allah )

SPSS

-Statistical Package for Social Science

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Generasi muda merupakan pemimpin pada masa hadapan. Mereka merupakan
aset yang sangat penting dalam sesebuah negara. Ada cendekiawan Islam yang
menyatakan bahawa anugerah Allah yang terbaik bagi manusia adalah zaman belianya.
Zaman remaja adalah zaman yang sangat berproduktif, membangun serta membina.
Mengikut satu bancian terbaru, 20 peratus daripada penduduk dunia terdiri daripada
golongan remaja (Utusan Malaysia, 7 November 1997). Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) memberikan definisi golongan remaja sebagai "mereka yang berada dalam
lingkungan usia 10 hingga 19 tahun". Di dalam lingkungan usia yang dinyatakan ini
sepatutnya ialah satu peringkat umur di mana mereka berada di bangku sekolah untuk
menimba ilmu pengetahuan. Remaja juga adalah golongan yang dikategorikan sebagai
golongan belia. Belia yang berumur di antara 15 ke 40 tahun. Mewakili 43.1% atau 10
juta orang dari keseluruhan penduduk negara seramai 23.3 juta orang

Di dalam lingkungan umur ini belia khususnya remaja mempunyai banyak
tenaga kudrat, tinggi cita-cita dan besar idealisme untuk diri sendiri, keluarga dan
masyarakat. Islam juga menggariskan bahawa waktu usia remaja adalah satu
jangkamasa waktu yang terbaik untuk melakukan perkara-perkara yang membawa

2

kebaikan. Dengan mencari ilmu pengetahuan untuk mengenal Pencipta, mengetahui
keterbatasan dalam kehidupan dan juga meraih segala kebaikan dunia sebagai jambatan
akhirat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Gunakanlah lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempitan: sihatmu
sebelum datangnya sakit, mudamu sebelum datang kesibukan, lapangmu
sebelum datang kesibukan, mudamu sebelum datang hari tua, kayamu sebelum
datang kemiskinan dan kesempatan masa hidupmu sebelum datang
kematianmu.”

( Riwayat Hakim dan Ibnu Abi Syaibah )

Hadith ini membawa pesanan bahawa usia adalah antara perkara penting di
dalam sesebuah kehidupan manusia di muka bumi ini untuk mencari kesenangan di
dunia dan kebahagian di akhirat. Maka sehebat-hebat usia adalah berada di alam usia
yang muda iaitu remaja.

Menurut Dr. Noraini Ahmad ( 1995 ) seseorang remaja itu ditentukan dengan
faktor biologi dan seterusnya dipengaruhi oleh budaya masyarakat. Perkembangan
remaja boleh dikategorikan kepada awal usia remaja antara 13 hingga 18 tahun dan masa
akhir remaja ialah antara 18 hingga 24 tahun. Menurut Granville Stanley ( 1924 ),
mengatakan bahawa remaja adalah dipenuhi dengan gelora dan tekanan ( storm and
stress
). Pemikiran remaja, perasaan dan tindakannya adalah berdasarkan kepada
kerendahan hati, kebaikan, godaan, kegembiraan dan kesedihan. Remaja memerlukan
kepada rakan-rakan apabila keseorangan diri. Menurut Santrock, John W ( 2001 ),
pandangan tentang remaja ialah suatu zaman yang kacau-bilau dipenuhi dengan konflik
dan keadaan hati yang berubah-rubah dengan secara tiba-tiba sahaja.

Menurut Zainal Madon dan Mohd Shahrani Ahmad ( 2005 ), remaja adalah satu
tempoh transisi daripada zaman kanak-kanak ke alam kedewasaan yang memberikan

3

kesan kepada masyarakat. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan Corey &
Corey ( 2006 ), proses remaja merupakan perubahan bagi membentuk keyakinan diri
seseorang melalui perkembangan berperingkat-peringkat secara kritikal, memupuk nilai
kasih sayang dan penerokaan kendiri dalam membentuk keyakinan diri.

Menurut Ahmad Sarji ( 2001 ), remaja merupakan satu golongan yang terbesar di
dalam sesebuah masyarakat. Mereka mempunyai potensi yang amat besar untuk
membangunkan sesebuah negara sekiranya potensi remaja digunakan sepenuhnya.
Sebaliknya remaja juga mempunyai potensi yang besar untuk meruntuhkan dan
memusnahkan sesebuah negara dan tamadun sekiranya potensi mereka digunakan
kepada aspek-aspek yang negatif ( Faiza Tamby Chik, 2001 ). Pembangunan dalam
sesebuah negara adalah daripada pertimbangan dan keharmonian di antara pembangunan
kebendaan dan juga pembangunan sahsiah diri.

Generasi muda perlu mampu menjana pembangunan seiring dengan
pembangunan sahsiah. Menurut Muhd Yusof ( 2001 ) tidak ada manusia yang menolak
pembangunan, tetapi pembangunan yang tidak disertai dan disepadukan dengan
pembangunan insan akan mencacatkan seluruh pembangunan itu sendiri. Sasaran
pembangunan adalah manusia, bukan haiwan kerana manusia bukan hanya terdiri
daripada fizikal akan tetapi dikurniakan oleh Allah SWT dengan akal fikiran. Menurut
Abdul Monir ( 2001 ), pembangunan sesebuah negara dari segi sosial, politik, ekonomi,
pucuk kepimpinan, ekonomi dan sebagainya adalah bergantung kepada remaja masa
kini. Remaja merupakan pewaris hala tuju masa depan sesebuah negara. Membangun
atau runtuh sesebuah negara itu adalah bergantung sepenuhnya kepada pewaris.
Tanggungjawab kepada nusa, bangsa dan agama juga terletak sepenuhnya kepada
golongan remaja kini.

Menurut Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996 – 2000 ) bilangan remaja pada tahun
1995 ialah kira-kira 19.2 peratus. Apabila menjelang tahun 2020, bilangannya
bertambah kepada 20 juta orang di dalam Malaysia. Remaja merupakan golongan yang

4

ternyata satu kumpulan yang sangat signifikan dalam tampuk pemerintahan negara pada
masa hadapan. Golongan remaja ini merupakan penyumbang kepada pembangunan
negara ( Dewan Siswa, 2000 ). Mutakhir ini, isu keruntuhan akhlak dan masalah sosial
yang dijelmakan melalui tingkah laku manusia yang buruk seperti penyalahgunaan
dadah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pembuangan bayi, bilangan
penghidap penyakit AIDS, kumpulan remaja nakal di sekolah, mat rempit dan
sebagainya merupakan isu utama yang dirasakan boleh menggugat kestabilan dan
pembangunan sesebuah negara. Permasalahan yang dinyatakan tadi melibatkan secara
langsung dengan golongan remaja yang menjadi pelapis masa depan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Mengikut tafsiran ahli psikologi, zaman remaja merupakan satu fasa
perkembangan hidup manusia daripada peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa.
Menurut Asmah Bee (1993 ), remaja yang normal akan mengalami perubahan
kematangan fizikal dan fisiologi, mental dan emosi dan perasaan, sosial, personaliti dan
kejiwaan.

Menurut Lefrancois ( 1993 ), faktor berlakunya kes jenayah juvana ini terdapat
pelbagai sebab antaranya adalah disebabkan kelas sosial dalam sesebuah masyarakat.
Kecerdasan mental seseorang remaja adalah menentukan bagaimana individu tersebut
membuat pilihan dan keputusan untuk dirinya. Menurut beliau lagi, keadaan dirumah
yang tidak terurus dan pengaruh rakan sebaya juga adalah faktor penyebab berlakunya
penambahan kes juvana dalam masyarakat kini. Kebanyakan permasalahan salahlaku
jenayah ini sering didengari berlaku di bandar-bandar yang sedang mengalami proses
urbanisasi. Remaja yang tinggal dikawasan itu lazimnya daripada golongan kelas sosial
bawahan lebih ramai yang terdedah melakukan juvana kerana mereka inginkan kepada
kemewahan dan melakukan penentangan terhadap orang dewasa. Menurut Said Hj
Abdullah ( 2002 ), kebanyakan remaja terdiri daripada kelas sosial rendah di Malaysia

5

lebih ramai melakukan kesalahan kecil yang dikategorikan melanggar displin sekolah.
Manakala menurut Zainuddin Awang Hamat ( 2001 ), kelas sosial bukan faktor penting
dikaitkan dengan perlakuan juvana. Penglibatan jenayah juvana ini bukan hanya terdiri
daripada remaja kelas rendah, akan tetapi remaja ini terdiri daripada pelbagai kelas
sosial yang terlibat.

Kemelut keruntuhan akhlak dan permasalahan displin kini semakin meruncing
semua pihak. Ianya boleh dilihat melalui kaca-kaca media elektronik dan cetak tentang
permasalah sosial di kalangan remaja. Keadaan ini sangat membimbangkan dan
membawa pelbagai implikasi kepada masyarakat dan seterusnya kepada pembangunan
negara. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, peningkatan salah laku displin di sekolah
kini semakin meningkat merangkumi seramai 34 628 pelajar sekolah rendah dan
menengah pada tahun 2001 ( Rohaniza Idris, 2001 ). Mengikut statistik yang
dikeluarkan pada sidang parlimen antara tahun 1999 dan pertengahan 2001 didapati
terdapat 12 kes bunuh, 123 kes merogol dan 51 kes rompakan di kalangan remaja yang
masih bersekolah.

Kehangatan isu sosial dikalangan remaja semakin bertambah serius. Penglibatan
remaja kini dalam kes pembuangan bayi semakin berleluasa dan meruncingkan apabila
Kementerian Pelajaran mengesan sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung luar nikah
di sekolah bandar dan luar bandar antara tahun 2006 hingga 2010. ( Utusan, 28 Julai
2010 ). Menurut Dr. Mohd. Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran berkata, 12 kes
yang direkodkan itu berlaku di sekolah luar bandar sementara sembilan kes lagi berlaku
di sekolah bandar. Menurutnya lagi sebanyak 20 kes adalah berdasarkan suka sama
suka dan satu kes melibatkan jenayah rogol. Kes sosial yang semakin popular ini boleh
bertambah berikutan naluri kedewasaan remaja dan kebebasan yang keterlaluan
sehingga berlaku di rumah dan bilik pelajar itu sendiri ( Sumber Jabatan Pelajaran dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah ).

6

Permasalahan sosial di kalangan remaja dan pelajar yang masih bersekolah
melanda masyarakat semakin bertambah. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah, Polis
Diraja Malaysia ( PDRM ), Bukit Aman melaporkan bahawa pada tahun 2008 sebanyak
5115 kes juvana yang melibatkan 7126 orang kanak-kanak dan remaja telah difailkan.
Kes-kes juvana ini antara umur 7 hingga 18 tahun adalah sangat muda berbanding
dengan jenis jenayah yang dilakukan. Ini termasuklah kes mencuri motor, mencuri,
pecah rumah, merogol dan samun. Angka ini semakin lama semakin bertambah
sekiranya tidak dibendung oleh semua lapisan masyarakat. Perkara ini tidak perlu
dituding kepada mana-mana pihak, akan tetapi ianya bermula daripada rumah bagi
mencegah kes-kes juvana dan gejala sosial ini. Kerana Firman Allah SWT jelas
menyatakan bahawa :

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, Janganlah kamu mengkhianati (
amanah ) Allah dan Rasulullah dan ( janganlah )kamu mengkhianati amanah-
amanah kamu sedang kamu mengetahui ( salahnya ).

( Surah al-Anfal : 27 )

Remaja kini semakin berani dengan melakukan aktiviti yang tidak bermoral.
Dengan melakukan hubungan kelamin sebelum perkahwinan adalah satu perkara biasa
pada remaja tidak bermoral. Menurut Adawiyah Abdullah ( 2007 ) berkongsi tentang
laporan Hospital Besar Kuala Lumpur pada Ogos 2006 menunjukkan bilangan ibu yang
tidak berkahwin kian meningkat dari 202 pada tahun 2000 kepada 388 orang pada tahun
2005. Penyakit Human Immunodeficiency Virus ( HIV ) telah dikesan kepada mereka
yang berumur kurang dari 25 tahun hingga mencecah seramai 7000 orang pada tahun
2002.

Menurut Syuhada Choo Abdullah ( 2010 ) kajian terkini yang dilaksanakan oleh
Universiti Putra Malaysia ( UPM ) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan
luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku
seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Menurut kajian
itu, mereka terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat

7

kegagalan institusi kekeluargaan tetapi adalah berpunca daripada pengaruh rakan
sebaya. Sebahagian besar mereka mereka juga mengakui menerima pendidikan agama
mencukupi.

Dalam satu kajian yang lebih terperinci sekitar enam bulan di kawasan bandar
dan bandar, dapatan memperolehi 400 responden diantara berusia antara Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun adalah terlibat secara
langsung dengan salah laku seksual ( Syuhada Choo, 2010 ). Di dapati responden
mengakui terdedah dunia seksual ini seawal sekolah rendah termasuk muat turun gambar
lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web ponografi (
Prof. Madya Mohammad Satar ). Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada
mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi
dosa malah menyifatkan pergaulan berkenaan sebagai menyeronokkan. Menurut Prof
Madya Mohammad Satar ( 2010 ) permasalahan yang membabitkan jumlah yang
seimbang dari responden lelaki dan perempuan. Dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah
laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk
sehingga peringkat berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Berdasarkan peristiwa dan statistik yang dikemukakan, ternyata masalah sosial
semakin berleluasa. Bertambah merunsingkan ianya melibatkan golongan remaja seawal
usia 13 hingga awal 18 tahun. Peningkatan kes-kes jenayah juvana meningkatkan akibat
dari remaja yang melakukan permasalahan sosial ( Rohaiza Idris, 2001 ; Adawiyah
Abdullah, 2007 ; Syuhada Choo, 2010 ). Masalah juvana ini terus menular di kalangan
remaja seandainya tiada tindakan yang drastik untuk membendung masalah ini. Remaja
yang dianggap sebagai waris negara akan semakin hanyut dengan dunia meraka.

8

1.3

Penyataan Masalah

Malaysia merupakan antara sebuha negara yang pesat membangun. Dalam usaha
mengejar kemodenan dan kemajuan seiring dengan globalisasi dan wawasan 2020, nilai
peradaban masyarakat semakin mundur tidak sejajar dengan pembangunan ekonomi
Malaysia. Menurut Nurul Adlina Kamaludin & Hafizah Iszahanid ( 2009 ) menyatakan
dewasa ini, pelbagai masalah atau gejala-gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat
terutamanya pada golongan remaja. Kekurangan penghayatan nilai-nilai agama, krisis
rumah tangga, kurang pendidikan sekolah, ketidakpekaan daripada ibu bapa, pengaruh
rakan sebaya yang negatif mahupun pengaruh media antara faktor yang mempengaruhi
keruntuhan sahsiah kini. Sekaligus ianya membawa kepada gejala-gejala yang lebih
serius seperti merogol, membunuh, merompak dan pelbagai kes jenayah. Kerapuhan
pegangan agama, krisis jiwa dan keruntuhan akhlak yang banyak membajai seseorang
remaja itu menjerumuskan diri ke dalam kancah perkara tidak bermoral.

Masalah persekitaran yang sangat serius ini memberikan impak kepada remaja.
Ketidakmampuan remaja untuk mengawal emosi dan perasaan, membawa tekanan
kepada mereka. Tekanan ini boleh dikawal sekiranya seseorang remaja itu mempunyai
kecerdasan emosi, kestabilan sosial dan keseimbangan intelek mahupun pegangan
agama yang utuh. Senario remaja yang melakukan salah laku kini amat serius, bermula
dengan salah laku di sekolah seperti merokok, ponteng sekolah atau buli membawa
kepada kes jenayah yang berat seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya.
Dalam lingkungan yang muda ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk belajar
mahupun bekerja bagi membantu keluarga. Dengan kata lain menjadi puncanya adalah
daripada ketidakseimbangan dalam peribadi seseorang individu. Adakah senario ini
perlu dikekalkan untuk pembentukan negara bangsa yang akan datang? Apakah budaya
ini perlu ada kepada remaja yang bakal menjadi pemimpin negara? Bagaimana yang
dikatakan pemimpin idola pada masa akan datang jika masih dibelenggu permasalahan
ini? Lantas itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti pembentukan sahsiah

9

seseorang remaja dan faktor-faktor yang mendorong remaja melibatkan diri dalam salah
laku jenayah.

1.4

Objektif

Pengkaji mempunyai objektif yang tertentu dalam kajian ini merangkumi :

1.Mengenal pasti pola pembangunan sahsiah diri dalam kalangan pesalah laku
jenayah juvana dalam aspek akidah, ibadah, muamalat, muasyarat dan akhlak.

2.Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan jenayah di kalangan
pesalah laku jenayah juvana.

3.Mengenal pasti hubungan antara pembangunan sahsiah diri dengan faktor-faktor
yang mempengaruhi perlakuan jenayah di kalangan pesalah laku jenayah juvana.

1.5

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membangkitkan beberapa persoalan :

1.Apakah pola pembangunan sahsiah diri dalam kalangan pesalah laku jenayah
juvana dalam aspek akidah, ibadah, muamalat, muasyarat dan akhlak?

2.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan jenayah di kalangan pesalah
laku jenayah juvana?

3.Apakah hubungan antara pembangunan sahsiah diri dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi perlakuan jenayah di kalangan pesalah laku jenayah juvana?

10

1.6

Hipotesis

Kajian ini mempunyai 20 hipotesis, hipotesis kajian merangkumi :

H1 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akidah dengan faktor ibu bapa.

H2 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akidah dengan faktor media massa.

H3 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akidah dengan faktor rakan sebaya.

H4 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akidah dengan faktor pendidikan
agama

H5 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola ibadat dengan faktor ibu bapa.

H6 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola ibadat dengan faktor media massa.

H7 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola ibadat dengan faktor rakan sebaya.

H8 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola ibadat dengan faktor pendidikan
agama.

H9 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muamalat dengan faktor ibu bapa.

H10 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muamalat dengan faktor media
massa.

H11 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muamalat dengan faktor rakan
sebaya.

11

H12 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muamalat dengan faktor
pendidikan agama.

H13 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muasyarat dengan faktor ibu bapa.

H14 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muasyarat dengan faktor media
massa.

H15 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muasyarat dengan faktor rakan
sebaya.

H16 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muasyarat dengan faktor
pendidikan agama.

H17 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor ibu bapa.

H18 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor media massa.

H19 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor rakan sebaya.

H20 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor pendidikan
agama.

1.7

Kerangka Konsep Kajian

Kerangka kajian dalam Rajah 1.1 menunjukkan perkaitan antara sahsiah diri
dengan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang untuk melakukan apa jua tindakan.
Kerangka kajian dalam konteks kajian ini menunjukkan hubungan antara sahsiah diri

12

seseorang individu dengan faktor-faktor yang mempengaruhi individu tersebut
melakukan kesalahan.

Sahsiah seseorang terbentuk dari pengaruh faktor dalaman ( internal ) dan faktor
luaran ( external ) seseorang. Menurut Imam Al-Nawawi, menyatakan pembangunan
pembangunan sahsiah merangkumi aspek pembangunan akhlak dengan Allah, akhlak
sesama manusia, sosial, adab kehidupan, ibadat, jihad, ilmu dan pengetahuan batasan
agama ( Kamarul Azmi, 2001 ).

Menurut seorang pengkaji Barat iaitu Bronfenbrenner mengatakan bahawa
perkembangan seseorang individu dipengaruhi oleh pelbagai faktor sekeliling termasuk
keluarga ( ibu bapa ), media massa, pengaruh rakan sebaya dan juga pendidikan
( Santrock, 2008 )

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

( Sumber : Diadaptasikan daripada Imam Al-Nawawi, 2001 dan Bronfenbrenner, 2008 )

INDIVID
U

UMUR /
JANTINA

MEDIA MASSA

IBU BAPA

RAKAN SEBAYA

PENDIDIKAN AGAMA

AKHLAK

MUAMALAT

MUASYARAT

IBADAH

TAUHID

13

1.8

Skop Kajian

Kajian dijalankan disebuah Sekolah Menengah Henry Gurney Telok Mas,
Melaka. Hal ini disebabkan semua pesalah-pesalah juvana di tempatkan di sekolah ini.
Kajian dijalankan terhad kepada beberapa faktor penyebab utama berlakunya jenayah
juvana dikalangan remaja. Menjadi tumpuan dalam kajian ini adalah mengenalpasti
pembangunan diri seseorang individu tersebut melalui akidah, ibadah muamalat
muasyarat, dan akhlak.

1.9

Batasan Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini terdapat beberapa batasan kajian yang

dijalankan, iaitu :

1.Kajian dijalankan adalah tertumpu kepada pesalah laku remaja yang telah
disabitkan bersalah dalam akta Juvana bertempat di Sekolah Menengah Henry
Gurney.

2.Kajian dijalankan dengan menggunakan sistem survey iaitu dengan mengumpul
segala data dan dianalisis berpandukan borang soal selidik yang telah di isi oleh
responden tersebut.

3.Segala dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya kepada responden.
Kebolehkepercayaan hasil kajian bergantung kepada jawapan responden dalam
menjawab berdasarkan kepada pendirian tahap kejujuran dan tingkat kefahaman
responden.

14

4.Kajian ini terbatas dan sesuai dilakukan ke atas populasi kajian serta tidak boleh
digeneralisasikan ke atas semua pesalah laku jenayah di Sekolah Menengah
Henry Gurney di Malaysia.

5.Kajian ini dijalankan hanya untuk mengetahui hubungan dari segi sahsiah
berdasarkan aspek tauhid, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak dengan diri
individu seseorang pesalah laku.

6.Kajian ini dijalankan hanya untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
individu pesalah untuk melakukan salah laku juvana.

1.10Kepentingan Kajian

Hampir setiap hari ada sahaja berlakunya salah laku dikalangan remaja baik
dalam bentuk yang kecil seperti ponteng sekolah, melawan guru dan sebagainya
sehinggalah kepada salah laku yang lebih serius seperti pergaulan bebas,
bersekedudukan, pelakuan pengguguran dan pembuangan bayi. Oleh yang demikian,
diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi kepentingan kepada :

1.10.1

Ibu bapa

Peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam membentuk sahsiah seseorang
anak yang bergelar remaja. Ini kerana, permasalahan kini ibu bapa yang terlalu sibuk
atau mengabaikan tanggungjawab mereka hingga menyebabkan anak-anak terbiar. Anak
remaja ini berjumpa dengan kenalan mereka dan bertanggapan rakan-rakan ini adalah
orang yang sangat memahami. Adalah diharapkan dapatan kajian ini sedikit sebanyak
menyedarkan dan membina hubungan yang lebih produktif dengan anak-anak. Peranan
memberi kasih sayang, mendorong, membimbing, mengajar dan memperbetulkan

15

sekiranya salah dapat diwujudkan secara menyeluruh dalam pembentukan sahsiah
remaja kini.

1.10.2

Remaja

Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat membuka mata remaja kini,
bahawasanya menceburkan diri ke dalam gejala sosial ini hanya sia-sia belaka. Seolah-
olah menempah bilik-bilik besi sekiranya melakukan aktiviti yang salah disisi undang-
undang. Secara tidak langsung, remaja yang asyik melakukan gejala sosial ini mulai
sedar dan melakukan anjakan paradigma untuk berubah dan tidak melakukan lagi
perbuatan itu. Memberi pendedahan yang menyeluruh kepada semua remaja agar tidak
mudah terpedaya dan terpengaruh dengan dunia barat yang sentiasa menghalalkan cara
walaupun salah disisi syariat dan undang-undang.

1.10.3

Pihak Sekolah

Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk
mengenerialisasikan remaja dalam pembentukan sahsiah. Pembentukan secara dalaman
dan luaran membantu pihak sekolah meniliti cara yang terbaik bagi meneruskan proses
P&P. Mewujudkan budaya school-oriented di mana sekolah adalah tempat mesra antara
pihak guru dan pelajar. Guru kini perlu bijak menguruskan pelajar-pelajar ini dan
seterusnya mewujudkan teknik dan corak yang variasi bagi berhadapan dengan remaja
yang agresif ini.

1.10.4

Pihak Kementerian Pendidkan, Malaysia

Kajian ini diharapakan dapat membuka mata tentang permasalahan yang semakin
merungsingkan. Membentuk satu program atau aktiviti yang berkesesuaian dengan
remaja kini yang tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata. Aktiviti –
aktiviti sosial yang berfaedah dan melahirkan nilai-nilai murni perlu dipertingkatkan

16

lagi. Ini membuka mata pelajar agar sentiasa peka dan mengetahui bahawa remaja
adalah satu kominiti yang sangat besar dalam sebuah negara. Tenaga dan idea remaja
sangat diperlukan bagi membentuk negara bangsa yang maju dan bertamadun.

1.10.5Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia ( JKM )

Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Malaysia khususnya dalam mengurangkan masalah sosial yang begitu rancak di negara
kita ini. Membantu pihak JKM mengenali faktor utama penyebab remaja melibatkan diri
ke kancah gejala sosial. Membina dan merekacipta modul atau kaedah yang terbaik
kepada pelajar Sekolah Henry Gurney dan seterusnya kepada remaja yang berada di luar
sana.

1.11Definisi Konsep dan Operasional

Dalam kajian ini, pengkaji menerangkan beberapa istilah yang perlu ditunjukkan agar
menepati kajian ini :

1.11.1

Sahsiah

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga ( 2002 ) sahsiah adalah sesuatu yang
personaliti yang membawa kepada positif atau negatif, ianya membentuk sikap dan sifat
seseorang individu. Menurut Mohd (2004) pembangunan sahsiah merupakan satu
elemen yang penting dalam pencegahan masalah gejala sosial di kalangan pelajar pada
masa kini. Pembangunan sahsiah yang dilakukan ialah pembangunan yang seiring dari
segi semua aspek iaitu aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berpandukan

17

dengan al-Quran dan al-Sunnah. Dalam konteks kajian ini, pengkaji menyatakan
pembentukan sahsiah ini adalah merangkumi kepada beberapa elemen, iaitu

Akidah : pengkaji melihat pegangan dan kekukuhan tentang agama pada

seseorang pesalah. Memahami dan mengamalkan cara hidup dengan
mempraktikkan apa yang disarankan oleh agama, kerana setiap agama menuntut
hambanya melakukan kebaikan.

Ibadat :pengkaji melihat sejauhmana hubungan ibadah dengan diri seseorang

individu, dengan melaksanakan ibadah adalah cara terbaik untuk menyucikan
diri atau dengan kekurangan ilmu ibadah maka individu hilang pandu arah.

Muamalat : pengkaji mengkhususkan kepada bagaimana pesalahlaku menjalani

kehidupan dengan masyarakat lain. Skop muamalat ini merangkumi tatacara dan
peraturan yang memenuhi keperluan manusia.

Muasyarat : pengkaji menjeruskan kepada bentuk pergaulan oleh seseorang

pesalah kepada individu yang lain merangkumi adab-adab pergaulan dan
keterbatasan dalam menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling

Akhlak : pengkaji menyatakan bahawa akhlak melibatkan bahagian ruhiyah

( roh ). Merangkumi akhlak bersama-sama manusia dan seterusnya membentuk
cara hidup seseorang pesalah.

1.11.2

Faktor

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 1992 ), faktor ditakrifkan sebagai perara
yang mengakibatkan sesuatu yang lalin, unsur, punca. Merujuk kepada Kamus Melayu
Global ( 1997 ) faktor diiktirafkan sebagai punca keadaan yang dapat mempengaruhi

18

dan mengubah sesuatu yang lain. Dalam kajian ini pengkaji melihat empat faktor yang
merangkumi :

Ibu Bapa : Pengkaji melihat perkembangan pesalah dengan pendidikan dan

sokongan awal di rumah iaitu ibu bapa.

Media : Pengkaji meniliti perkembangan diri pesalah adalah dipengaruhi dengan

wujudnya media berbentuk elektronika dan melalui media cetak.

Rakan Sebaya : Pengkaji melihat pergaulan pesalah dengan sekeliling

khususnya dengan rakan kenalan merangkumi sikap dan identiti pesalah.

Pendidikan Agama : Pengkaji meniliti perkembangan pesalah dengan

pendidikan, khususnya pendidikan agama.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->