P. 1
DIDIK HIBUR 2011

DIDIK HIBUR 2011

|Views: 6,995|Likes:
Published by Idah Mohammad

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Idah Mohammad on Jun 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/06/2014

pdf

text

original

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI

LITERASI PERMAINAN / DIDIK HIBUR

ANJURAN

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGENALAN
* Didik hibur - satu kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. * Pengisian Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) dalam pelajaran Bahasa Melayu melalui kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan aspek tatabahasa.

MAKSUD DIDIK HIBUR
Didik Hibur - ajar - menyenangkan dan menggirangkan hati

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkan atau menggirangkan hati.

DEFINISI DIDIK HIBUR
‡ Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur ‡ Kamus Dewan: Didik sebagai pelihara, jaga, hati-hati dan ajar, ‡ Hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan ‡ Rumusan: Pengajaran bersifat santai, berhibur komponen jasmani dan rohani

CIRICIRI-CIRI DIDIK HIBUR
‡ Pembelajaran yang seronok dan ceria. ‡ Meningkatkan keyakinan, motivasi dan keyakinan,

kesediaan belajar murid
‡ Murid boleh berkomunikasi secara verbal

dan non verbal.
‡ Menunjukkan tahap perubahan tingkah

laku ± (tahu, faham, hayati) tahu, faham, hayati)
‡

Semangat kerjasama, berpasukan dan toleransi.

Objektif Didik Hibur
Tiga objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah. i. ii. Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur. Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita. Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

iii.

Nyanyian
ASPEK

Bercerita
DIDIK HIBUR

Berlakon

Berpuisi

NYANYIAN
‡ Nyanyian kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara. ‡ Iringan muzik memberi impak pada nyanyian.Muzik boleh diganti dengan bunyibunyian yang direka. ‡ Suara / vokal penyanyi. DH pentingkan teknik nyanyian dalam proses P&P. ‡ Proses ingatan bahasa yang dipelajari melalui nyanyian. ‡ Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat. ‡ Mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa.

PRINSIP NYANYIAN
‡ Lagu yang sesuai (tata bahasa, maksud, bahasa) ‡ Melodi yang mudah diikuti dan yang hampir dengan pengalaman murid. ‡ Sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian. ‡ Lagu yang mempunyai jalan cerita, pengajaran, nilai, motivasi ‡ Seronok dan ceria. Tidak membebankan guru dan murid. ‡ Berkisar dengan persekitaran dan kecenderungan.

KEPENTINGAN NYAYIAN DALAM P&P
‡ Mewujudkan suasana belajar yang seronok dan ceria ‡ Membantu murid mengingati apa-apa yang dipelajari. ‡ Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat. ‡ Mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa.
10

NYANYIAN 1 : LAGU TIGA KUPANG
Lagu tiga kupang Sagu penuh padi Enam ekor burung Masuk dalam kuali Bila sudah masak Burung nyanyi saja Tentu sedap makan Beri pada raja Raja dalam rumah Buat kira-kira Suri dalam dapur Makan roti gula«..HEY Dayang tepi kolam Mahu jemur tepung Datang burung hitam Patuk batang hidung

11

NYANYIAN 2 : AIR PASANG PAGI
Air pasang pagi Surut pukul lima Bangun pagi-pagi Siram pokok bunga Pokok bunga melur Tanam tepi batas Itik dah bertelur Ayam dah menetas

NYANYIAN 3 : Lagu Oh Bulan
Oh bulan mana bintang Atas pucuk kayu ara Oh tuan mana hilang Dalam dapur atas para Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan engkau makan Suruh ngaji engkau tak tahu

CONTOH NYANYIAN
Lompat si katak lompat Lompat dalam perigi Cepatlah adik cepat Cepatlah bangun pagi Lompat si katak lompat Lompat dalam perigi Cepatlah adik cepat Pergi mandi cuci gigi

NYANYIAN 5 : Pesan Ibu
Ayun-ayun tangan Sambil pegang bahu Waktu pergi taman Ingat pesan ibu Ayun-ayun tangan Pusing kanan kiri Waktu pergi taman Pandai jaga diri
Ayun-ayun tangan Jalan hentak kaki Waktu pergi taman Mesti hati-hati

BERCERITA
‡ Cerita - sesuatu yang dicakap, dibual, diungkap secara langsung kepada murid ‡ Kanak-kanak suka mendengar cerita. ‡ Guru perlu bersedia, bercerita secara natural ‡ Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni, dan menyuburkan imaginasi.

CIRI-CIRI TEKNIK BERCERITA
‡ Masa bercerita yang sesuai ‡ Ruang dan suasana yang kondusif. (Sudut bercerita) ‡ Peralatan cerita yang menarik digunakan. ‡ Bentuk dan jenis cerita harus ringkas. ‡ Mesej yang jelas serta bermakna. ‡ Berupaya meningkatkan bahasa dan kemahiran asas berbahasa murid. ‡ Penglibatan menyeluruh murid

JENIS CERITA TANPA ALAT
- Kekuatan vokal ( contoh) - Bahasa badan / aksi

MENGGUNAKAN ALATAN
- Tali - Boneka - Lakaran - Kertas - Kain

Teknik Bercerita

Tanpa Alat

Prinsip Bercerita Tanpa Alat
‡ Nada suara dan mimik yang beri gambaran watak, suasana dan emosi. (sejuk, sayang, takut dll) ‡ Ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita seperti terkejut, marah dan gembira. ‡ Elakkan cerita yang sukar digarap oleh kanakkanak. ‡ Bahasa yang mudah dan berulang-ulang. ‡ Hubungan mata antara pencerita dengan pendengar.

Prinsip Bercerita Tanpa Alat
‡ Kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat menjelaskan isi cerita. ‡ Pencerita atau guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak. Halangan atau gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah diatasi agar tidak berpanjangan. ‡ Libatkan kanak-kanak dalam penceritaan.

Contoh Cerita :

Pemotong kayu dan Kapaknya

Pemotong kayu sudah tua sedang menebang pokok dengan sebilah kapak besi yang buruk. Tiba-tiba kapaknya tercampak ke dalam kolam. Dia meratap kesedihan. Tidak lama kemudian, turun pari-pari dari kayangan dan sanggup menolong PK itu. Pari pari membawa sebilah kapak emas dari kolam tersebut. PK tidak mahu kerana kapak itu bukan miliknya. Kemudian, Pari pari membawa sebilah kapak perak, Namun, PK masih tidak mahu menerimanya. Akhirnya, pari pari membawa sebilah kapak besi. Kalinya PK menerima kapaknya dengan rasa gembira sekali. Pari pari memberikan kapak emas dan perak kepada PK kerana kejujurannya itu.

Teknik Bercerita

Menggunakan Alat

TEKNIK IKATAN / TALI
Fungsi tali semasa bercerita
ÙMembentuk imej ÙMenggambarkan peristiwa / keadaan ÙMenjelaskan cerita

Tujuan
ÙMencungkil kreativiti seni ikatan ketika bercerita ÙMenarik minat ÙMeningkatkan kemahiran mendengar ÙMencerna minda, daya imaginasi, berfikir secara kreatif dan kritis

Keperluan
ÙTali (panjang 100 cm) ÙBahan cerita yang sesuai

CERITA REKAAN : KISAH PEMOTONG KAYU
‡ Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung yang bernama Kampung Pinang Sebatang. Dulunya, kampung ini sangat harmoni dan aman damai. Namun, sejak kebelakangan ini, penduduk kampung berada dalam ketakutan dan hidup dalam kebimbangan. Hal ini disebabkan kejadian kecurian yang kian menjadi-jadi. ‡ Di kampung ini ada seorang pemotong kayu yang sangat miskin dan tinggal di sebuah rumah yang sangat buruk. Kerjanya hanya mencari kayu di hutan dan kayu-kayu ini dijual di pasar untuk menyara dirinya. Walau pun miskin, Antong sangat berani dan rajin berusaha. ‡ Pada suatu hari, dia membawa sebilah kapak dan seutas tali ke hutan untuk mencari kayu. Setelah beberapa jam, Antong telah memotong dan mengumpulkan kayu-kayu tersebut. Kayu-kayu ini diikat dengan kemas untuk dibawa ke pasar. ‡ Dalam perjalanan pulang, dia ternampak sebuah perigi buta. Dia berasa hairan kerana perigi ditutupi dengan daun-daun kering dan kulit-kulit kayu. kenapa macam ni? , fikir Antong kehairanan. Dia cuba menghampiri perigi. Selangkah demi selangkah. Tiba-tiba

CERITA REKAAN : KISAH PEMOTONG KAYU
y

y

y

y

y

Hoi, apa kau buat ni? Kau ganggu kerja aku. Nanti kau.. Serjah lelaki separuh umur itu. Lelaki itu cuba menangkap Antong. Antong lari. Tetapi, kakinya tersandung akar kayu lalu dia terjatuh ke dalam perigi buta. Lelaki itu menyangka Antong sudah melarikan diri. Di dalam perigi, Antong dapati banyak barang. Dia mengesaki bahawa barang-barang tersebut merupakan hasil pencurian lelaki tadi. Lelaki itu menyembunyi barang-barang itu di dalam perigi. Antong berfikir bagaimana untuk keluar daripada perigi itu. Dia teringat akan segulung tali yang dibawanya. Dia ikat badannya dan melemparkan hujung tali ke arah sebatang pokok yang berdekatan. Antong keluar daripada perigi dengan menggunakan tali tersebut. Sampai di atas, dia terlihat pencuri sedang tertidur. Antong mengikat pencuri itu dengan talinya. Namun, pencuri itu dapat melepaskan dirinya dengan mudah sekali. Pencuri cuba menangkap Antong. Tetapi, kali ini Antong lebih bersedia. Dia mengikat pencuri itu dengan rantai / tali yang lebih kuat. Antong mengheret pencuri mengadap raja. Raja sangat suka hati. Raja memberikan hadiah kepada Antong. Kini, Antong tidak miskin lagi.

TEKNIK LIPATAN : KAIN / KERTAS
Watak dan jalan cerita Haiwan cth burung, ikan, ketam dan arnab Pemilihan haiwan kerana fitrah psikologi kanakkanak Watak manusia atau tumbuhan boleh juga digunakan. Jalan cerita perlulah bersesuaian dengan tahap pemikiran kanak-kanak Setiap cerita perlu ada penerapan kemahiran dan aktiviti p&p Origami ± seni lipatan kertas yang popular.

CONTOH CERITA TEKNIK LIPATAN KAIN Mak Leha hendak melipat kain. Dia membentangkan sehelai kain. Tiba-tiba Mak Leha terkejut. Kain yang dibentang tadi bergerak-gerak. Dia perhatikan betul-betul. Mak Leha menggulung hujung kain tersebut. Gulung sedikit demi sedikit. Tapi masih bergerak-gerak lagi. Mak leha terus menggulung kain. Masih ada yang bergerak. Terus menggulung atas dan bawah. Berselang seli. Setelah selesai menggulung kain, Mak Leha terus mencari benda yang bergerak itu. Dibelek-belek kain tersebut. Akhirnya, Mak Leha terjumpa

CONTOH CERITA TEKNIK LIPATAN KERTAS 2 Anak Ikan dan Anak Ketam
y Anak ikan dan anak ketam berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka bermainmain di pantai pada setiap hari. Ibu ikan dan ketam selalu melarang mereka bermain terlalu jauh kerana bimbang tentang keselamatan. y Pada suatu petang, mereka berjumpa dengan seekor burung. Anak ikan dan anak ketam teringin untuk terbang. Burung bersetuju membawa mereka terbang. y Burung menggigit sebatang kayu. Anak ketam menyepit kayu sebelah kanan dan anak ikan menggigit kayu sebelah kiri. Maka, mereka pun terbang tinggi. y Anak ikan dan anak ketam begitu seronok dengan bernyanyi-nyanyi. Rupanya, kegembiraan mereka tidak lama. Tidak disangka-sangka «««««««««««««««««««««««««««««««««« «««««««««««««««««««««««««««««««««« «.. (selesaikan)

TEKNIK LAKARAN / LUKISAN
‡ Proses pemindahan maklumat kepada bentuk grafik ‡ Kanak-kanak mentafsir maklumat ‡ Menggalakkan permainan minda ‡ Pengamatan : Sensori deria ‡ Jalan cerita mudah ± sesuai dengan tahap pemikiran kanak-kanak ‡ Pelibatan kanak-kanak yang menyeluruh

CONTOH CERITA TEKNIK LAKARAN Siti, murid tahun Dua. Dia suka berangan-angan. Ada sebuah rumah kecil dua tingkat. Ada pintu di tingkat bawah dan sepasang tingkap di tingkat atas. Dikelilingi pelbagai jenis bunga-bunga yang berwarna-warni. Di kiri dan kanan rumah itu

ditanam pokok ru yang cantik. Batu-batu pelbagai saiz dijadikan jalan pemijak hingga ke pintu rumah.

Lakonan Aksi Dialog Lakon Semula Boneka
SPONTAN SKRIP SITUASI  LAGU

LAKONAN
i. Aktiviti atau pergerakan tubuh badan, atau segala perlakuan manusia. ii. Dilakonkan oleh watak-watak tertentu yang mencerminkan keadaan sebenar atau meniru gaya kegiatan manusia dalam masyarakat. iii.Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

KEBAIKAN LAKONAN
‡ Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul. ‡ Menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul. ‡ Membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur. ‡ Membolehkan mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka.

KEBAIKAN LAKONAN
‡ Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat. ‡ Menyuburkan semangat kekitaan,bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan. ‡ Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid. ‡ Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negetif lain. ‡ Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar.

PRINSIP LAKONAN
‡ Menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid. ‡ Mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan murid. ‡ Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai. (mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami) ‡ Mudah dilaksanakan. ‡ Semua murid diberi peluang ikut kebolehan. ‡ Merangsang kemahiran intelek, emosi dan fizikal.

CADANGAN LAKONAN
‡ Membuat lakonan ringkas. (cth : beri ucap selamat, tahniah) ‡ Meniru aksi (cth : pemburu, pendaki) ‡ Melakonkan semula situasi (cth : penjual ikan) ‡ Melakonkan dialog yang disediakan. ‡ Meniru aksi yang pernah dilihat ‡ Melakonkan semula adegan yang pernah dilihat ( cth : filem) ‡ Melakonkan adegan berdasarkan dialog / skrip mudah dengan

menggunakan perkataan sendiri.
‡ Melakonkan dengan menggunakan alatan (cth : boneka, buah

/ sayur)
‡ Lakonan dan nyanyian ( contoh)

Puisi 
PANTUN 2 kerat GURINDAM (gunakan bait pantun)
PENGAYAAN  pantun 4 kerat  lagu puisi (guna senikata lagu) ( contoh)

PUISI TAHUN 1 KSSR PUISI TAHUN 1 KSSR

Teknik Penyampaian - Lagu puisi - Sajak - Bacaan berirama

Teknik Penyampaian - Pantun - Gurindam

PANTUN DALAM KSSR
‡ Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisan masyarakat Melayu. ‡ Pantun menggambarkan atau merupakan refleksi minda, sosial, budaya dan kemasyarakat Melayu lama. ‡ Pantun adalah puisi berangkap. ‡ Ada beberapa jenis pantun: pantun dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap dan lapan rangkap.

PRINSIP BERPANTUN
i. Aktiviti dirancang supaya menepati objektif pengajaran Bahasa Malaysia. ii. Pantun sebagai medium untuk memperkembang bakat seni yang ada dalam diri murid- beri peluang kepada semua murid yang terlibat dalam aktiviti berpantun. iii. Pilih pantun yang mudah. iv. Guru membimbing murid mencipta pantun.

V. Guru pilih pantun yang mempunyai maksud yang senang diingat, diucap dan mempunyai makna khusus. VI. Guru bimbing murid mengujar dan mengucapkan pantun dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. V. Pantun diajar secara didik hibur supaya murid minat mempelajari bahasa Malaysia.

CONTOH PANTUN DUA KERAT
Singgah di gerai bersama Amar, Jagalah sungai jangan tercemar. Subur bercambah daun semalu, Kutip sampah janganlah malu. Tanam sirih waktu petang, Sungai bersih cantik dipandang. Tumbuh di sawah pohon ara, Sungai indah hati gembira. Dicelah batu ikan kelisa, Bantu-membantu hidup selesa.

CONTOH PANTUN DUA KERAT
Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. Dahulu parang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci. Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Anak dara pergi ke kedai, Rindu di hati rasa nak longlai.

Contoh Lagu untuk Konstruk 4
Tanya Sama Pokok Tanya sama pokok Apa sebab goyang Nanti jawab pokok Angin yang goncang. Tanya sama angin Apa sebab hujan Nanti jawab angin Tanyalah awan. Awan nanti kata Aku kandung air Sampai tempat sejuk Aku pun cair Lihat dalam air Nampak bayang-bayang Campak satu batu Bayang pun hilang.

Renungan
Kalau jadi guru biar serba tahu Kalau jadi pendidik biar serba selidik Kalau jadi pengajar biar serba belajar Kalau jadi penerang jangan sekali berang Kalau jadi penyumbang jangan berlangkah sumbang

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->