You are on page 1of 7

Rangka karangan

Sekolah anda baru selesai mengadakan hari kantin peringkat sekolah. Tulis
sepucuk surat kepada kawan anda untuk menceritakan suasana hari kantin di
sekolah anda

Pendahuluan

- Alamat pengirim
- Tarikh
- Kata-kata aluan dan bertanya khabar

Isi utama
1. pihak sekolah mengadakan hari kantin dan kelas saya menyertainya
2. menjual burger dan berbincang tentang pengagihan tugas
3. mendapat sambutan menggalakkan, terpaksa menambah pesanan
bekalan roti dan daging burger, menjadi tumpuan
4. memperoleh keuntungan memberansangkan, sebanyak RM 280 dan
menagihkan keuntungan

Penutup
- gembira kerana mendapat pengalaman baru
Jamili Bin Ismail,
No. 25, Kampung Sungai Korok,
32800 Parit,
Perak.

3 April 2008

Menemui sahabatku yang dirindui selalu. Apa khabar saudara di samping


keluarga? Kami di sini sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menulis surat ini adalah
untuk menceritakan sambutan hari kantin di sekolah saya.
Untuk makluman saudara, pada minggu lepas sekolah saya telah
mengadakan hari kantin . Pada tahun ini, saya dan rakan-rakan sekelas turut
melibatkan diri dalam menjayakan program tersebut.
Kami telah bersetuju untuk menjual burger dan saya telah dilantik menjadi
ketua. Pada peringkat awal, kami telah berbincang untuk mengagihkan tugas
masing-masing.
Semasa hari kantin, gerai kami telah mendapat sambutan yang
menggalakkan. Oleh sebab itu, kami terpaksa memesan tambahan bekalan roti
dan daging burger. Gerai kami menjadi tumpuan kerana rasa burger kami lain
daripada yang lain.
Untuk pengetahuan saudara, gerai kami beroleh keuntungan yang
memberangsangkan. Keuntungan sebanyak RM280.00 telah kami agihkan
kepada semua yang terlibat.
Kami berasa sungguh gembira kerana dapat satu pengalaman baru
tentang aktiviti berniaga. Saya berharap agar saudara dapat menceritakan
suasana hari kantin di sekolah saudara pula.

Sahabatmu,
Jamili
Rangka karangan

Sekolah anda akan mengadakan ekspedisi ke gua tempurung pada 5 Ogos dan
6 Ogos 2008. Tulis sepucuk surat meminta kebenaran daripada ibu untuk
menyertai ekspedisi tersebut.

Pendahuluan

- Alamat pengirim
- Tarikh
- Kata-kata aluan dan bertanya khabar

Isi utama
1. meminta kebenaran daripada ibu untuk menyertai ekspedisi ke Gua
Tempurung.
2. berharap ibu memberi keizinan dan menandatangani surat kebenaran
meminta wang pebelanjaan RM 100.
3. tujuan ekspedisi adalah untuk menikmati keindahan di dalam gua dan
alam, tempat persembunyian Komunis.
Penutup
- Berjanji akan menjaga diri dengan baik
Asrama Putera,
Sekolah Kebangsaan Parit,
32800 Parit,
Perak.

23 Julai 2008

Kehadapan bonda yang dirindui yang kini berada di Jerteh Terengganu.


Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Bonda,
Untuk pengetahuan bonda, tujuan anakanda menulis surat ini adalah
untuk meminta keizinan daripada bonda untuk menyertai ekspedisi ke Gua
Tempurung. Ekspedisi ini adalah anjuran pihak sekolah dan tarikh ekspedisi
ialah pada 5 Ogos hingga 6 Ogos 2008.

Saya berharap bonda memberi keizinan dan menandatangani borang


kebenaran yang anakanda lampirkan. Selain itu, anakanda ingin meminta sedikit
wang sebanyak RM 100 untuk perbelanjaan semasa ekspedisi nanti.

Untuk pengetahuan bonda, ekspedisi ini adalah bertujuan untuk


mengenali keindahan alam dan keadaan di dalam Gua Tempurung. Semasa era
keganasan komunis gua tersebut telah menjadi tempat persembunyian komunis
daripada pemburuan pihak tentera British.

Oleh itu, anakanda berharap agar bonda dapat mengizinkan anakanda


mengikuti ekspedisi tersebut. Anakanda berjanji akan menjaga diri dengan baik.
Sekian buat kali ini, sambutlah salam rindu daripada anakanda yang jauh.

Sekian, wasalam.

Anakandamu,
Rangka karangan

Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk
surat kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana.

Pendahuluan

- Alamat pengirim
- Tarikh
- Kata-kata aluan dan bertanya khabar

Isi utama
1. menceritakan pekerjaan utama masyarakat sebagai nelayan sebagai
punca rezeki
2. berpeluang mempelajari selok-belok tentang kehidupan nelayan, pergi ke
pantai untuk melihat nelayan pergi dan pulang
3. masyarakat yang ramah dan selalu senyum, mudah mendapat kawan,
satu sekolah dengan dengan saya
4. sekolah berhampiran dengan rumah, tidak mempunyai masalah dalam
pelajaran, sering membantu rakan-rakan, guru sering memberi nasihat
dan peransang

Penutup
- menjemput rakan untuk bercuti
Blok A – 4 – 4,
Kampong Ayer Tawar,
22200 Besut,
Terengganu.

23 Julai 2008

Menemui sahabatku Azman yang kurindui selalu. Diharapkan saudara


sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar
dan menceritakan pengalaman baru saya.
Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama
masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.
Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.
Di samping itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang selok-
belok kehidupan nelayan. Pada pagi hari cuti sekolah, saya pergi ke pantai untuk
melihat nelayan-nelayan pergi ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya
menunggu nelayan – nelayan pulang dengan membawa ikan-ikan segar.
Selain itu, masyarakat di sini kebanyakannya ramah dan tidak lokek
dengan senyuman. Saya mudah mendapat kawan-kawan baru dan
kebanyakannya bersekolah satu sekolah dengan saya. Mereka sering membantu
saya untuk memahami loghat Terengganu.
Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan
rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran malah saya
sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik
belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya.
Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa
menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda
sudi membalas surat saya dan bercuti di sini.

Sahabatmu
Amirull

You might also like