You are on page 1of 2

Kebaikan sukan kepada Negara

      

    SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan
kemahiran dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi
menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat
global. Acara sukan serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat
penting dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau
sebagainya. Bertitik tolak daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun
antarabangsa telah dituan rumahkan oleh Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan
Olimpik semata-mata  untuk memartabatkan sukan di mata masyarakat.

          Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya
berbibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar
membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash
negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita
yang telah banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi
selain menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang
masing-masing. Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang
apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa
mereka mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.   
          Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan
melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran
wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang
seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara
dalam kejohanan  juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh
digunakan sebagai dana untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara
agar dapat bersaing dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan
acara sukan yang lebih banyak memberi  kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

         Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam
mempamilkan skil-skil permainan  dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah
menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikannya. Oleh
sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat dunia  mengambil berat terhadap pembagunan sukan
dan perkembangannya berbaloi bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-
juta dana sebagai pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan
kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.  

You might also like