You are on page 1of 7

APLIKASI ICT DALAM PENGAJIAN AL-QURAN & AL-SUNNAH

Desediakan oleh:

Ainul Hafizah bt. Ishak (10BI02055)


Nurul Huda bt. Mohd Tahir (10BI02074)

ICT

DEFINISI ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information


and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi
Maklumat

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang


digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)
atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat
tanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi
maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,
telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima.

Definisi maklumat
Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripoada Brown (1997)m
"Information can be defined both structurally and functionally. Structurally
it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved and
manipulated and functionally it is something that alters a person's cognitive
organisation" . Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang
memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. ia terkandung di dalam
mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Definisi komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again


may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange
or its function in affecting people's iunderstanding and knowledge.
Information and communication are, therefor, inextricably linked (Brown
1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai
proses penukaran maklumat (interchanging information).

Manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan


telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat.
Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit, telegraf.

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele'
yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran
maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi


maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan
sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan
menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk
menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara,
animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan
tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan kemampuan.
Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu
bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak
terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui
rangkaian setempat atau global. Teknologi maklumat dan komunikasi
dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam perlu dimanfaatkan
secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif
dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran
nilai dan etika bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu
Islam Beraja.

PERKEMBANGAN ICT

Kaedah penyebaran maklumat berkembang mengikut peredaran zaman.


Peringkat perkembangan penyebaran maklumat adalah seperti berikut 1:

Peringkat 1: Maklumat dipindah dari seorang kepada seseorang lain secara


lisan. Dalam keadaan tertentu lakaran atau lukisan dan binaan fizikal
digunakan. Contohnya, di Malaysia, beduk atau kentung dipalu untuk
memberitahu penduduk sesebuah kawasan mengenai waktu solat atau
kematian di kawasan tersebut.

Peringkat 2: Maklumat dipindahkan dengan menulis atau melakar pada


tanah liat, daun, batu dan cebisan kulit. Ia disampaikan kepada pihak lain
menggunakan perantaraan haiwan atau manusia. Contohnya, burung
merpati digunakan untuk menghantar mesej dari seorang pembesar kepada
pembesar yang lain.

Peringkat 3: Penciptaan teknologi percetakan membolehkan maklumat


disebarkan kepada ramai orang di pelbagai tempat dengan kos yang murah.
Teknologi percetakan member impak kepada pembangunan masyarakat
terutamanya di Negara Barat.
1
Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Etika, Undang-undan dan Sosial.
Peringkat 4: Telekominikasi moden bermula di England pada tahun 1937
dengan pengenalan peralatan telegrafik oleh Cooke dan Wheatstone (Low,
2000). Ketika itu telegraf merupakan perkhidmatan yang mahal dan hanya
digunakan oleh industry tertentu seperti pasaran saham, akhbar dan
ketenteraan. Keadaan tidak berubah sehinggalah Alexander Graham Bell
mencipta telefon pada tahun 1875.

Teknologi komunikasi terus berkembang dengan pesat. Penggunaan media


elektronik seperti tetuang udara (radio), televisyen dan telefon Berjaya
mengurangi masa pemindahan maklumat. Polisi digubal untuk menetukan
kos penyimpanan dan pemindahan maklumat secara elektronik. Pada
peringkat ini kebanyakan maklumat elektronik (kecuali telefon)
memindahkan atau memancarkan maklumat secara satu hala sahaja.
Maklumat ini pula terletak pada tangan para penyiar, wartawan dan juga
pengiklanan komersial yang beroperasi dalam kerangka peraturan awam.

Peringkat 5: Teknologi media elektronik dan computer digital bergabung


untuk membentuk komunikasi computer. Teknologi gabungan ini Berjaya
menjimatkan masa, ruang serta berkesan kos.

Dapat dirumuskan bahawa pembangunan teknologi maklumat Berjaya


mengubah hubungan antara tiga dimensi: masa (kepantasan menghantar
atau menerima maklumat), ruang (berapa jarak jauh yang boleh anda
hantar atau capai maklumat dalam masa yang tertentu, dan kos
(berapakah kos yang perlu dibayar untuk menghantar atau menerima
maklumat).

Teknologi maklumat dan komunikasi secara ringkasnya boleh dibahagikan


kepada berikut:

 Teknologi sensing – Alat yang membantu mengumpul data.

Contohnya: pengimbas imej, pembaca kod palang dan sensor.


Teknologi sensing membantu anda melihat, menggambar dan

mengumpul maklumat dari persekitaran.

 Teknologi komunikasi – Teknologi komunikasi menjalinkan sensing,

analisis dan teknologi paparan. Contoh: faksimili, telefon selular,

rangkaian computer dan modem.

 Teknologi analisis - Komputer mengambil data dari cara sensing dan

komunikasi. Data ini disimpan dan diproses untu memperoleh

maklumat yang berguna. Contoh: perkakasan dan perisian computer.

 Teknologo paparan – Alat dan perisian yang membolehkan data yang

diproses sampai kepaa pengguna sama ada melalui penglihatan atau

suara. Teknologi paparan membentuk antara muka atau menjadi

penghubung di antara sensing, komunikasi dan teknologi analisis.

Contoh, LCD, pencetak dan lain-lain.

KEPENTINGAN ICT

Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia


digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan
sebagai pengesan gerakkan.

Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana


teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada penerima.

PANDANGAN PARA ILMUAN TERHADAP ICT


 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang
menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan
permudahkan baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya
para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu
sebagai tanda meredai usahanya”. Hadis ini memanifestasikan betapa
menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredai dan dituntut
dalam Islam.

 Menurut al-Attas (1978) kekaburan dan ketidaktepatan konsep ilmu


yang dipimpin oleh pandangan alam Barat secular telah
mengakibatkan banyak kezaliman kepada kehidupan manusia dan
alam. Dengan bantuan ICT, manusia pada hari ini sememangnya
mengetahui banyak perkara. Namun kebanyakan perkara yang
diketahuinya itu tidak memasukkan hakikat-hakikat penting dalam
kehidupan seperti kewujudan Tuhan, hari pembalasan, roh dirinya
sendiri dan lain-lain yang hanya dapat diketahui melalui sumber
wahyu.

 Ilmuan Islam mempunyai pandangan yang pelbagai tentang


pengertian dan konsep ilmu. Umumnya mereka bersepakat bahawa
semua sumber ilmu pada hakikatnya dating daripada sumber yang
satu. Ruang lingkup ilmu amat luas dan tidak terbatas. Oleh itu ilmu
yang sempurna atau mutlak adalah mutlak adalah milik Allah.

 Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak disebut sebagai ilmu


walaupun ia menawarkan pelbagai maklumat yang rencam
bentuknya. Komputer yang amat canggih dan memiliki keupayaan
menyimpan maklumat yang sangat banyak juga tidak dianggap
sebagai berilmu kerana maklumat tersebut tidak memberi apa-apa
makna kepadanya.

 Dalam era moden ini, telah banyak diperkatakan orang bahawa umat
Islam ketinggalan dalam banyak bidang sains dan teknologi. Namun
sedarkah kita bahawa para saintis barat yang menemui banyak
penemuan yang merubah pandangan dan cara kita menjalani
kehidupan, sebenarnya menggunakan dan mengasaskan kajian
mereka dari penemuan para ilmuan Islam kita yang terdahulu.

 Dengan kefahaman bahawa ICT adalah wasilah yang perlu


dimanfaatkan secara optimum untuk melaksanakan proses
kesepaduan ilmu yang sebenar, al-Attas mencadangkan supaya
seseorang itu mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu fardhu ain
yang bertepatan dengan peringkat kehidupannya.

 Menyedari hakikat bahawa pemilikan ilmu dapat menguasai elemen


strategis yang sangat diperlukan oleh kehidupan manusia,
kepentingan mengamalkan pendekatan selektif dan proaktif seperti
yang cuba dilakukan Osman Bakar, Syed Hussien Nasr dan ramai
lagi tokoh saintis moden Islam terhadap sains dan teknologi Barat
perlu dipandang serius.

 Usaha ini disokong oleh ulama tersohor al-Qardhawi. Menurutnya,


tidak terdapat sebarang dalil syariah yang melarang umat Islam
mengambil pemikiran, kaedah atau system asing yang bermanfaat
selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ia akan menjadi lebih
sempurna sekiranya nilai-nilai kerohanian Islam dapat diterapkan.

 Islam mengangkat manusia sebagai khalifah sekalian alam. Umat


Islam yang seharusnya menyedari hakikat ini amat digalakkan untuk
meneroka, menggunakan dan meneliti secara bijaksana demi
menjalankan tanggungjawabnya memakmurkan alam sebagai tempat
yang selesa didiami disamping menghayati keesaan, kekuasaan dan
keagungan Maha Pencipta.

You might also like