PROSEDUR KERJA DAN PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN YANG PERLU DIIKUTI DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP 1.

0 PENGENALAN Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktiviti. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan. Bengkel Kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran Manipulatif (KMT), bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup (KMT) yang paling banyak digunakan. Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4 bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel Enjin. Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap

1

mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.

2.0

DEFINISI Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan muridmurid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan. Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya.

2

Kemalangan berlaku sekiranya perkara berikut tidak diambil berat : y Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja dengan kerja yang dilakukan. Memakai pakaian yang sesuai semasa menggendalikan mesin.3. Setiap alat hendaklah digunakan dengan betul. Rajah: Mesin yang mempunyai tali sawat dan penghadang 3 .0 PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL Sebahagian besar kemalangan yang berlaku di tempat kerja melibatkan pelajar baru. Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih dalam keadaan sempurna. Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang sesuai. Lazimnya kemalangan boleh berpunca daripada penyalahgunaan alatan tangan dan mesin.1 Penyalahgunaan Alatan Dan Mesin Berbagai-bagai alatan tangan dan mesin terdapat dibengkel. keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan kelalaian pelajar itu sendiri. y y Menggunakan alatan tangan yang pemegangnya tidak sesuai. Berikut adalah perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum menggunakan mesin : y y y y Mesin hendaklah diuji sebelum digunakan. Mesin hendaklah mempunyai penghadang keselamatan. 3. Perhatian yang penting hendaklah diberi terhadap penggunaan mesin kerana pelajar yang menggunakan mesin tersebut terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi.

Rajah: Gambar keadaan di dalam bengkel 3. Susun atur mesin dan meja hendaklah mempunyai ruang legar yang mencukupi. Pendawaian elektrik hendaklah mengikut peraturan. Sikap pelajar itu sendiri semasa bekerja juga memainkan peranan yang penting. Memakai kelengkapan perlindungan keselamatan semasa membuat kerja. Mengambil kira kemampuan diri sendiri. y y y y y Saiz bengkel hendaklah bersesuain dengan bilangan pelajar. Semasa bertugas di bengkel perkara yang berikut haruslah diberi perhatian : y y Cahaya di dalam bengkelperlu mencukupi.2 Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai. suasana kerja dan alatan yang baik belum menjamin keselamatan. Mengendalikan mesin setelah mengetahui kaedah menggunakannya. Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 4 .3 Kelalaian pelajar Keadaan bengkel. Pengalihudaraan hendaklah mencukupi. Alat pemadam api hendaklah diletakkan pada tempat strategik. Sikap lalai dan tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kemalangan dan ia boleh dielakkan sekiranya pelajar : y y y y Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan. Keadaan bengkel atau tapak binaan boleh mempengaruhi keselamatan pelajar.3.

mesin. alat. Pakaian hendaklah kemas dan sesuai Pastikan dalam keadaan baik Pastikan dalam keadaan baik Sistem pengudaraan yang baik bagi mengelak dari terhidu gas beracun 3.3. Pakai pakaian Keselamatan Pastikan dalam keadaan baik 4. Bagi menghidari daripada Kecederaan fizikal Bagi menghidari daripada Kerosakan Bagi menghidari daripada Kerosakan 2. mesin kimpalan arka dan kimpalan gas Berikut merupakan perbezaannya: Perkakasan Bil Diri Memesin/ Mesin/Alat Mesin Kimpalan Arka Peralatan Kimpalan Gas Bagi menghidari daripada Letupan atau Kebakaran Pastikan dalam keadaan baik Sistem pengudaraan yang baik Periksa peralatan sebelum digunakan dan pastikan tiada kebocoran gas 1.4 Perbezaan diantara keselamatan diri. perkakasan memesin. Pakaian keselamatan yang dipakai hendaklah sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan Tidak Rosak/ Penghadang keselamatan ditempat yang betul Mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik 5 .

y y Rajah: antara mesin yang digunakan. Penilaian oleh guru terhadap nilai-nilai murni. hasil kerja dan keadaan tempat kerja untuk memastikan semua tugasan dilakukan dengan penuh sistematik.4. Menyusun atur: y Alatan dan bahan disusun dengan kemas dan disimpan di tempat yang telah ditetapkan supaya mudah diambil dan disimpan semula selepas digunakan. Kebersihan mental iaitu dari aspek fikiran ialah memberi tumpuan dalam bengkel. y 6 . apron dan berkasut getah. Kebersihan bengkel supaya selamat untuk menjalankan kerja-kerja. Murid membuat penilaian terhadap diri sendiri dari segi ketepatan langkah kerja.0 LANGKAH KESELAMATAN Amalan 4M terdiri daripada : Membersih : y y Aspek fizikal iaitu memakai pakaian yang sesuai. y Menilai: y Bangku-bangku diletak jauh semasa bekerja. Mesin penyedut hampagas (vacuum cleaner) dan mesin pemampat udara (air compressor/air blower) digalakkan kerana alatan ini lebih berkesan membersihkan debu dan sisa-sisa kayu.

0 PERATURAN DAN KESELAMATAN Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. 7 . Lengan baju yang panjang dilipat kemas. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel. y y y y y y Rambut mestilah pendek dan kemas. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.Mendisiplin: y Murid sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan dengan mengikut langkah-langkah kerja yang ditetapkan dan menggunakan alatan yang betul untuk melakukan sesuatu projek. 5. bersih dan teratur. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. Pemakaian apron yang betul.1 Keselamatan Umum y Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. Keselamatan am bengkel meliputi aspek yang berikut: (i) (ii) (iii) Keselamatan umum Keselamatan diri dan rakan Keselamatan alatan dan bahan 5. y y y y y Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas.

Bekerja dengan teratur dan sistematik. y y y Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan. Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi dengan baik. Peralatan perlindungan y 8 . Pastikan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas terdapat dalam bengkel. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan. laporkan kepada guru dengan segera. 5. Laporkan dan rekodkan sebarang kemalangan tersebut dalam buku rekod kemalangan dan kecederaan.2 Keselamatan Diri Dan Rakan y y Pastikan pakaian kemas dan sesuai semasa bekerja di makmal. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya. Pastikan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup terang dan peredaran udara yang baik. y y y y y y y Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan. Pakaian am b. segera beritahu guru yang berkenaan.y Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru. Simpankan semua alatan di tempat yang dikhaskan. Tumpukan perhatian pada kerja yang dibuat. Pastikan setiap bilik makmal dilengkapi dengan alat pemadam api. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga a. y y y Sekiranya berlaku situasi yang berbahaya. Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja. Pakaian perlindungan c.

II.1 Pakaian am I. 5. Elakkan memakai barang perhiasan seperti rantai. Pakaian mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar Rambut sentiasa pendekdan kemas bagi lelaki manakala bagi perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dan yang bertudung disisipkan dalam baju III.2.5. 9 .2 Peralatan Perlindungan Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan.2.jam tangan dan sebagainya Contoh pakaian yang sesuai semasa di dalam bengkel.

Gunakan kasut keselamatan Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang bahan dan alatan Gunakan apron atau pekaian keselamatan yang diperbuat untuk melindungi tubuh semasa mengimpal Gunakan gogal dan pelindung muka semasa bekerja daripada kulit Rajah: kasut getah yang sesuai dipakai di dalam bengkel Rajah: penggunaan gogal Rajah: sarung tangan kulit Rajah: Seorang pekerja yang lengkap dengan peralatan perlindungan ketika melakukan kerja kimpalan. III.2. IV. 10 . II.3 Pakaian perlindungan I.5.

Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak.3 y y Keselamatan Alatan Dan Bahan Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat. y Penyimpanan bahan mudah terbakar. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH. Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan semula alatan di tempat yang dikhaskan. mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai y y y penggunaannya. y y Laporkan alatan yang rosak.5. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. y Rajah: Susunan peralatan pertukangan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel 11 . hilang dan berbahaya kepada guru dengan segera.

1 Bahan Mudah Terbakar y Terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol. serta bahan toksik.6. Bahan tersebut hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara. bahan yang berat dan panjang.Antara bahan yang biasa digunakan di tempat kerja ialah bahan mudah terbakar. 6.2 Bahan Berat Dan Panjang y Terdiri daripada bahan berbentik pepejal pelbagai saiz seperti logam dan komponen mesin y y Bahan berat dan panjang mestilah diletakkan diatas rak yang kukuh dan kuat Rak yang dibina hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar dicapai 12 . kerosin dan sebagainya y Bahan ini mesti disimpan dalam bekas tertutup dan tidak mudah terdedah pada udara y y Simpan di tempat yang jauh dari punca api Tempat simpanannya hendaklah dilabelkan dengan tanda amaran seperti Awas Bahan Mudah Terbakar y Bahan mudah terbakar perlu disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik Label bahan mudah terbakar dan Silinder gas 6.0 PENGALIHAN DAN PENYIMPANAN BAHAN-BAHAN Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti kejuruteraan.diesel.

Antara peraturannya adalah seperti yang berikut: a.4 Penggunaan Alat Dan Kelengkapan Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pengguna di tempat kerja. Jika salah menggunakannya atau mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan.3 Bahan Toksik y Terdiri daripada bahan kimia dan hendaklah diasingkan dari bahan mudah terbakar dan bahan lain y y Bekas bahan toksik mestilah dilabelkan Apabila bahan hendak dialihkan gunakan troli dan bekas tertutup bagi mengelakkan tumpahan Contoh label untuk bahan toksik. 13 . 6.y Apabila bahan berat hendak dialih lakukan dengan berhati-hati dengan bantuan rakan atau dengan bantuan jek atau troli y Bagi bahan panjang dapatkan bantuan rakan untuk memudahkan kerja pengalihan 6. b. Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak tahu kaedah penggunaannya. Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan.

Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan logam pahat semasa memahat.Rajah: Pemampat udara yang mempunyai pelindung c. a) Pahat yang selamat digunakan.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan. Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam Rajah 3. Pemasangan soket tiga pin yang betul 14 .4. b) Pahat yang tidak selamat digunakan d. Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah 3.

Gunakan peralatan dan mesin dengan betul. penggunaan elektrik yang tidak disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. selamat dan sistematik. 7. Penebatan pula amat perlu bagi setiap alat elektrik sebagai pelindung untuk mengawal pengaliran arus. Fungsi pembumian adalah untuk menghindarkan pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku kebocoran pada pendawaian elektrik. Bagaimanapun.0 PENGGUNAAN KUASA ELEKTRIK Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan pembuatan. Sebab itu. Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan. Arus dan voltan yang berlebihan semasa alat elektrik digunakan boleh membahayakan pengguna dan merosakkan alat tersebut. alat pelindung diperlukan 15 . Pembumian ialah satu sambungan antara pendawaian elektrik dengan bumi yang terdapat pada alat elektrik. Antara langkah yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kemalangan elektrik adalah dengan memastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan pembumian dan penebatan. kikir berfungsi hanya untuk mengikir dan bukannya mengetuk f. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cepat.Contohnya. Bagi mengelakkan kemalangan elektrik.e. pekerja mestilah sentiasa berwaspada dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Penggunaan kuasa elektrik dengan cara yang tidak selamat seperti boleh menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran.

hendaklah a. Jangan bebankan litar elektrik dengan menggunakan penyuai 3 hala. 8. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik. 5. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan. Guru dan pelajar mestilah tahu bagaimana bertindak apabila berlaku y y y Kecederaan dan kemalangan Kejutan elektrik Kebakaran 4. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai.1 Keselamatan Penggunaan Elektrik 1. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandungi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. 10. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999.Alat pelindung atau peranti pelindung yang biasa digunakan ialah fius dan pemutus litar. 9. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencegah kebakaran yang berfungsi di setiap bengkel. Peranti pelindung berfungsi memutuskan aliran elektrik dalam litar jika berlaku kebocoran elektrik atau sekiranya tenaga elektrik digunakan secara berlebihan. kemalangan elektrik mungkin boleh berlaku. semasa menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel 3. Matikan suis sebelum dan selepas menggunakan alatan elektrik. 7. Jangan gunakan alatan elektrik yang telah haus atau rosak. 7. 11. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan. 2. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat 6. Matikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel 16 .Jika tiada peranti perlindung.

2 Aspek Keselamatan Dan Penggunaan Elektrik Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat. gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik c. Dapatkan pertolongan dengan segera 7.b. 17 . Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan. Lakukan pemulihan pernafasan d.

Antaranya termasuklah: a. Biasanya. renjatan elektrik boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. Renjatan juga akan menyebabkan mangsa melecur. pengsan dan perlu di beri rawatan segera.Jangan cuba menggantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama 7. Semasa renjatan elektrik berlaku. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah. mungkin boleh mengakibatkan kematian kepada mangsa. Kesilapan pendawaian elektrik semasa dibaiki dan diubahsuai oleh orang yang tidak bertauliah. sambungan yang rosak dan tiada pembumian. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik. c. d. Kerosakan alat elektrik.badan mangsa akan berfungsi sebagai pengalir arus elektrik. b. Persekitaran yang basah. pengguna akan terdedah kepada bahaya elektrik sehingga masalah yang menyebabkan renjatan dapat diatasi.3 Renjatan Elektrik Apabila berlaku renjatan elektrik. Berikut merupakan langkah yang perlu diambil apabila berlaku 18 . Sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Berlaku litar pintas yang disebabkan oleh kerosakan pada pendawaian. petrol dan sebagainya. Antaranya ialah: i. jangan sesekali menyentuh mangsa sebelum bekalan diputuskan. iii. Bagi mengelakkan kebakaran. Berlaku kerosakan pada sistem penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas.4 Kebakaran Elektrik juga boleh menyebabkan kebakaran. antaranya : a. kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. c.5 Pencegahan Kebakaran Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.renjatan elektrik: a. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebakaran. 7. Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat. Umumnya. Kecuaian pekerja yang tidak mematuhi peraturan semasa bekerja dengan bahan api dan merokok di tempat kerja. d. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. b. b. Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau pernafasannya terhenti. Penyambungan litar yang longgar pada peranti 7. ii. c. Penggunaan fius yang salah d. peralatan dan mesin. terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. Bahan mudah terbakar seperti gas. Putuskan bekalan utama elektrik. pengguna mesti sentiasa mematuhi peraturan 19 .

Pastikan peralatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan. 20 . Pastikan bahan mudah terbakar tersimpan di tempat yang selamat dan jauh dari punca api iv. Pastikan pendawaian elektrik di tempat kerja dalam keadaan sempurna.dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan. iii. ii. Antara langkah yang perlu diambil dan dipatuhi ialah: i. pengguna dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini demi keselamatan semua pihak. Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga. Letakkannya di tempat yang mudah dicapai.

Terdapat pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran.8.kain. pasir dan air juga boleh digunakan bagi memadamkan kebakaran yang berpunca daripada bahan seperti tilam. Biasanya. Apabila berlaku kebakaran. Selain itu. alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan kebakaran yang kecil dan punca kebakaran sebelum pihak bomba datang membantu. Alat pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder.0 ALAT PEMADAM API Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat pemadam api yang disediakan mesti digunakan dengan betul dan dapat membantu memadamkan kebakaran.setiap pekerja yang berada di tempat kerja perlu bersedia mengambil tindakan yang cepat dan tepat. Adalah satu kesalahan sekiranya mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana ia amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain. Kaedah menggunakan alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang betul.kayu dan perabot 21 .

lekar. Buih thinner.1 Pengelasan Alat Pemadam Api JENIS BAHAN PEMADAM API PUNCA API/BAHAN BAKAR LABEL Kayu. sampah sarap. petrol. lekar. peralatan elektrik Karbon Dioksida Label BC 22 . plastik. cat. cat. gas Label B Semua jenis bahan pemadam api jenis karbon dioksida Debu Kering Label ABC Minyak. petrol. Air kain Label A Minyak. gas.8.

Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api. Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur 23 . Keluarkan pin picu 2.2 Langkah Menggunakan Alat Pemadam Api 1. 3.8.

Di samping itu. Kapas 8. Penampal Luka (Plaster) 24 . Senarai alat dan ubat yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas serta kegunaannya. Krim Antiseptik 7. Larutan Flavin 5. tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Peti kecemasan dan peralatannya Peti ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila ingin digunakan.9. Alat/Ubat Kegunaan Mengampu lengan yang patah atau terseliuh Membalut luka atau anggota yang terseliuh Memotong Merawat luka Merawat luka Merawat luka Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka Membalut luka kecil 1. Larutan Antiseptik 6. Kain anduh 2.0 PETI PERTOLONGAN KECEMASAN Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau kecemasan di tempat kerja. Senarai kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam kotak peti pertolongan cemas serta kegunaannya ditunjukkan dalam Jadual. Kain Pembalut Kasa 3. Gunting 4.

hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat. Malahan. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan. kecederaan terhadap fizikal. imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Dengan itu. Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan.10. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi. Selain itu juga. terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan.0 KESIMPULAN Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel pada setiap masa. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel. 25 . keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku. Kesedaran terhadap keselamatan bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja. kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja. Seterusnya menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani aktiviti di bengkel. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan.

terdapat peraturan-peraturan keselamatan bengkel di sekolah tetapi bagi pelajar yang masih mentah dan kurang pengalaman. 26 . latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar kelak. adakah mereka akan sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. kemahiran dan amalan serta suasana juga merupakan faktor penting dalam pelaksanaan kepentingan keselamatan bengkel.Secara lazimnya. langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar yang terbabit. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri. Dengan itu. Pendedahan awal di alam persekolahan akan dapat membiasakan diri pelajar apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar kelak. Hal ini kerana pengetahuan. Oleh yang demikian. alatan dan persekitaran. orang lain. Walaupun pelaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan kepada para pelajar ia tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus semasa menjalankan amali di bengkel.

Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4.members.Azmi Bin Mohd Yassir.fortunecity.html Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada.Sdn. 2008.com/rescue991/jpa3.scribd. (On-line).Ramli Bin Asun. Zainal Bin Abdul Rahim Dan Tuslah Binti Abdan.Bhd. Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada.htm Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada.blogspot.ws/bab1bengkel..Dewan Bahasa Dan Pustaka Zulkifli Bin Mohd Salleh.com/ Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada. http://www. http://nota. (On-line).BIBLIOGRAFI Buku teks: Pengajian Kejuteraan awam (tingkatan 4) Buku teks: Teknologi Binaan Bangunan Kaharrudin bin Ismail. Peraturan Dan Keselamatan. Selangor. Apakah Kemahiran Hidup? (On-line) http://kemahiranhidupbestari..Kuala Lumpur.com/doc/. www. Cerdik Publications.could./Peraturan-Keselamatan-Dlm-Bengkel 27 . Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful