You are on page 1of 3

Amalan rasuah melumpuhkan negara. Bagaimana gejala ini ditangani?

Marcapada ini, amalan rasuah dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa. Amalan rasuah melibatkan wang ringgit, harta benda atau perkhidmatan mampu melenyapkan nilai kejujuran dan kepercayaan antara satu sama yang lain dalam sesebuah masyarakat. Amalan rasuah yang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah, di seluruh dunia ini perlu ditangani dengan segera. Justeru, demi melahirkan masyarakat Malaysia berintegriti, pihak kerajaan terutamanya masyarakat sendiri perlu mengambil beberapa inisiatif untuk menangani gejala ini.Berikut merupakan beberapa langkah bagi menangani gejala rasuah.

Yang pertama ialah penguatkuasaan undang-undang yang berkenaan dengan rasuah. Hanya dengan penguatkuasaan undang-undang sahaja yang mampu membawa pengamal rasuah dibawa ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang setimpal. Hal ini kerana, hukuman dan denda dapat memberi pengajaran kepada merekadan orang lain agar menjauhirasuah. Oleh yang demikian, pihak yang terlibat terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) haruslah mengambil langkah segera bagi menangani gejala ini.

Selain itu, kempen tangani rasuah juga perlu diadakan. Kempen yang sedemikian dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenaikesan negatif amalan rasuah. Hal ini juga dapat memberi kesan yang positif kepadapemikiran masyarakat. Oleh itu, masyarakat dapat berfikir sebelum melibatkan diri dengan rasuah.

Seterusnya ialah, memupuks emangat anti-rasuah dalam kalangan belia. Langkah ini dapat membantu untuk mengurangkan amalan rasuah yang turut dikenali dikenali sebagai jenayah kolar putih ini memandangkan pendedahan awal telah diberikan kepada mereka. Bagi membentuk generasi yang bagus dan standing dengan masyarakat dunia yang lain, penerapan ini sangat penting untuk menjadikan belia lebih bertanggungjawab dan amanah. Rasa benci terhadap rasuah akan membebaskan negara kita dari amalan rasuah.

Bukan itu sahaja, kerjasama antara masyarakat sangat penting. Jika tiada kerjasama yang wujud dalam kalangan masyarakat maka negara sukar untuk menangani gejala rasuah ini.Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, kerjasama antara masyarakat penting sekali bagi menangani isur asuah.

Akhir sekali, keprihatinan majikan terhadap pekerja juga perlu ada untuk menangani gejala rasuah ini. Hal ini kerana, keprihatinan yang diberikan mampu melahirkan rasa tanggungjawab terhadap pekerjaan yang dilakukan. Justeru, pekerja tidak akan melahirkan rasa ingin mencuba dan mengamalkan rasuah dalam tugasan.

Tuntasnya, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah tidak memandang enteng terhadap gejala rasuah ini agar negara dapat membangun dengan lebih maju serta dapat melahirkan masyarakat 1 Malaysia berintegriti tanpa wujudnya gejala rasuah sebegini.

You might also like