You are on page 1of 4

Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.

Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada 4 mazhab yang utama iaitu behavouris, kognitif, sosial dan humanis. Keempat-empat teori ini mempunyai konsep yang berbeza dari segi pendekatannya. Menurut teori kognitif Piaget, implikasi pembelajaran disusun seperti berikut: Isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak Konkrit kepada abstrak Senang kepada susah Praktikal Kinestetik Pembelajaran adalah perubahan bentuk tingkah laku Pembelajaran adalah kompleks Berdasarkan kenyataan di atas, seorang guru sekolah rendah perlulah menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Ini kerana murid-murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep pembelajaran yang berasaskan pengalaman konkrit. Oleh itu alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan konsep pelajaran dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dimulakan dengan memperkenalkan konsep-konsep yang mudah agar murid mempunyai tahap capaian minda yang benarbenar bersedia untuk belajar. Ketika murid telah bersedia untuk belajar dan menerokai sesuatu tajuk, maka guru menstrukturkan pembelajaran kepada tahap yang sederhana Pengalaman Visual Audio

sukar kepada yang sukar. Namun begitu, guru mestilah memastikan murid diberikan bimbingan yang sewajarnya agar objektif tercapai. Semua konsep pelajaran baru harus diperkenalkan melalui paparan video, audio visual dan sebagainya. Langsungnya di sini, murid-murid dapat menghayati konsep yang hendak disampaikan dan dasar pemikiran murid juga dapat dibuka dengan luas berbanding hanya mendengar sesuatu perkara dan hanya berasaskan pengetahuan yang amat terkongkong. Di dalam bilik darjah, guru haruslah menyediakan bahan pembelajaran yang dapat memotivasikan murid agar kesediaan murid untuk belajar dapat diwujudkan. Selain menggunakan medium seperti hadiah dan sebagainya untuk memberikan galakkan, namun penggunaan bahan yang dapat memberikan rangsangan murid belajar secara aktif juga amat perlu dititik-beratkan. Membangkitkan semangat ingin tahu murid dan mewujudkan suasana hampir sebenar satu-satu situasi dalam pembelajaran juga amat membantu. Proses ini menyebabkan murid mempunyai perasaan seronok dengan tajuk yang dipelajari dan pembelajaran akan berjalan dengan berkesan. Namun di dalam sesebuah bilik darjah, adakalanya terdapat murid yang lemah dan pasif dengan aktiviti. Oleh itu, pelajaran yang hendak diajar perlu disusun iaitu penyampaian pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai. Tahap kecekapan minda pelajar ini, perlu diasah dan diasuh agar dapat mengikut pelajaran seperti murid-murid yang aktif lain. Membimbing murid menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal yang kreatif atau lebih tepat lagi menggunakan alat multimedia serta menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk

membimbing murid dupaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapatkan kesimpulan atau generalisasi. Keperluan asas, keperluan keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hirarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana

keperluan-keperluan murid dapat dipenuhi. Oleh itu, untuk mencapai objektif pelajaran, guru harus mempertimbangkan langkah-langkah yang disarankan seperti berikut: 1. Pastikan keperluan asas murid telah dipenuhi.

2. Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran-pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira,

harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya.

3. Bersifat penyayang untuk memenuhi kepeluan kasih sayang.

4. Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberikan motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersugguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran.

5. Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka, iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

6. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan arah hidup dan masa depan sendiri yang tertinggi.

Selain itu, penerapan ilmu berasaskan teori konstruktivisme sesuai bagi murid yang telah mempunyai tahap kematangan dan kemahiran berfikir. Di mana , pedagogi yang digunakan ialah pemusatan murid dengan menyediakan peluang-peluang untuk murid dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa

depan. Teori Pembelajaran konstruktivisme menggunakan pendekatan menekankan pembelajaran janaan, penyoalan atau strategi-strategi inkuiri dan kemahiran metakognitif yang lain. Justeru guru harus memberi ruang kepada pelajar untuk menerokai tajuk-tajuk pelajaran untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator untuk memberikan garis panduan dan menyelesaikan masalah yang timbul ketika sesi pembelajaran sedang berjalan. Guru juga bertindak sebagai orang yang meyampaikan maklumat secara berstruktur serta membimbing pengajaran agar pelajar memperoleh alat-alat

pembelajaran. Dalam proses ini, guru hendaklah sentiasa bersedia dengan sumbersumber yang diperlukan kerana seandainya maklumat yang disampaikan tidak distrukturkan boleh menyebabkan murid-murid akan keluar dari tajuk atau objektif pembelajaran tidak tercapai.

You might also like