You are on page 1of 24

SEKOLAH MENENGAH SAINS SABAH PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

TEMA MALAYSIA

: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

NAMA PROJEK :KEPELBAGAIANKAUM KADAZAN DUSUN TARIKH : 6 JUN 2011

TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK :1 JUN 2011- 10 JUN 2011 NAMA :NESEA JANOH KELAS :3 ALPHA GURU PENASIHAT :PUAN HAJJAH RABITAH BINTI ABD. MANAF

PENGENALAN

Laporan projek Kepelbagaian Kaum Kadazan Dusun ini disediakan untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.Tajuk projek yang dipilih adalah berdasarkan tema Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia.Semua maklumat saya dapat daripada internet.

OBJEKTIF PROJEK

Projek Kepelbagaian Kaum Kada zan Dusun dipilih berdasarkan objektif yang berikut.
1. Memahami kepelbagaian kaum Kadazan Dusun. 2. Bangga terhadap budaya dan adat resam kaum Kadazan Dusun.

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Pengetua Sekolah Menegah Sains Sabah, Tuan Haji Zaini bin Zair kerana telah memberikan keizinan kepada kami untuk melakukan projek ini. Seterusnya.saya ucapkan kepada Puan Hajjah Rabitah binti Abd. Manaf, guru mata pelajaran Pendidikan Sivik tingkatan 3 Alpha kerana sudah memberi tunjuk ajar yang secukupnya kepada kami. Selain itu, saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada kedua -ibu bapa saya keran sudah banyak membantu saya sepanjang saya menjalankan projek ini.Terima kasih kerana sudah memberi kemudahan internet kepada saya untuk mencari maklumat tentang kaum Kadazan Dusun.

HASIL KAJIAN
Kadazan-Dusun

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan -Dusun dipilih sebagai tolakansur. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Du sun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah beras al (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya

Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah -daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama -agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia . KADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan pet ani, tetapi dengan per kembangan sosio-ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka. Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama "Kadazan" secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh ' kerana masih ter dapat etnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti "Dusun", istilah "Kadazan" dan "Dusun"dipersatukan menjadi "Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat "kesatuan" di kalangan mereka.

Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari j umlah 1.8 juta orang penduduk Sabah, ter dapat 372;089 orang Kadazandusun. Angga ran jumlah penduduk Kadazandusun pada tahun1994 ber tambah menjadi 433,600 orang, yang mana ianya terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazandusun dan Murut . Sebilangan besar dari mereka terdapat di daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort , Kuala Penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat . Pitas, Labuk Sugut , Paitan, Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan. Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) dan di dalam perlembagaannya, Kadazandusun mer ujuk kepada empat puluh etnik seperti berikut : Bonggi,Lingkabau,Nabai,Tatana,Bundu,Liwan,Paitan,Tangara,Dumpas, Lobu,Pi ngas,Tidong,Gana, Lotud, Rumanau,Tindal,Garo,Lundayo, Rungus, Tobilung Idaan, Makiang,Sinobu, Tolinting,Kadayan,Malapi, Sinorupu,Tombonuo,Kimaragang,Mangkaak,Sonsogon,Tuhawon, Kolobuan,Minokok,Sukang,Tutung,Kuijau, Murut , Sungai, Bisaya. Kesemua etnik ini mempercayai bahawa mereka berasal dari Nunuk Ragang,iaitu satu petempatan awal Kadazandusun y ang terletak di Kawasan perkampungan Tompios dalam daerah Ranau. Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal -usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal -usul, lagenda dan per kembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum

Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio bu daya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka.Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat , sebutan dan ejaan banyak dipe ngaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di neger i Sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan so sio budaya sukukaum Kadazandusun.Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu.Setiap etnik dalam Kadazandusun mempuny ai

pakaian tradisinya sendiri.

Suku kaum yang membentuk Kadazandusun Kadazandusun terdiri daripada empat puluh suku kaum Dusun dan Kadazan.
y

Bisaya Bonggi Bundu Dumpas Gana Garo Idaan Kedayan Kimaragang Kolobuan Kuijau Labuk Lingkabau Liwan Lobu Lotud Lundayeh

Makiang Malapi Mangkaak/k unatong Minokok

Tatana Tangara Tidong Tindal Tobilung Tolinting Tombonuo Tuhawon Tutung

y y

y y

Murut
y

Ngabai
y

Paitan
y

Pingas
y

Rumanau Rungus Sinobu Sinorupu Sonsogon Sukang Sungai Tagahas

Perayaan Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita". Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat). Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan." Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah

akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. Makanan Tradisional Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.

Tarian Tradisional Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan. Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik.Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain

alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togungguatau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat .Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan. Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut.Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri.Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun.Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan.

Kadazandusun merupakan satu kelompok masyarakat etnik peribumi yang terbesar di Sabah yang dikenal juga sebagai suku kaum Dusun. Suku kaum Dusun ini sebahagian besarnya tinggal di Bahagian 2 Pantai Barat , Pedalaman, dan Pantai Timur Sabah. Suku-suku kaum Dusun bermukim di kawasan yang berasingan serta menggunakan dialek yang berlainan,

tetapi tidak timbul masalah kekangan komunikasi antara satu suku dengan suku yang lain, lantaran ciri- ciri budaya yang dikongsi berdasarkan warisan bersama. Terdapat suku kaum Dusun di Sabah yang dikenali dengan nama 'Kadazan' . Pada mulanya ' Kadazan' turut diklasifikasi sebagai bangsa yang sama serumpun dengan ' Dusun' . Apabila dimensi politik dilibatkan untuk mengelaskan sukusuku tersebut , keadaan menjadi tidak menentu. Bangsa Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa dan budaya serupa, meskipun dengan perbezaan dalam dialek. Hal Yang membezakan bangsa Kadazan dan Dusun adalah disebabkan faktor kedudukan geografi tempat tinggal mereka. Bangsa Kadazan, menduduki tanah delta yang landai, yang sesuai untuk sawah pertanian, manakala bangsa Dusun pula, biasanya menduduki kawasan-kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pendalaman Sabah. Perkataan "Kadazan" bermaksud "Kedai". Ini mengambarkan bahawa bangsa Kadazandusun ini menghuni dikawasan bandar bandar , yang terdapat kedai-kedai, pendekatan kaum Khadazandusun ialah bangsa "Dusun" yang hidup didalam bandar . Dalam sebutan bahasa Malaysia ia disebut "Kekedaian" ataupun "Kekedazan" dalam bahasa dusun. Secara teorinya kaum ini sepatutnya hanya dipanggil bangsa "Dusun" dan bukannya Khadazandusun, memandangkan mereka ini adalah dari suku kaum yang sama. LAGENDA NUNUK RAGANG Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para

ahli Sains Sosial dan cerita legenda. Nunuk Ragang merupakan satu kaitan yang rapat dalam membuka lembaran sejarah yang dikaitkan dengan masyarakat KadazanDusun.Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji budaya, telah berjaya membongkar asal usul masyarakat KadazanDusun.Masyarakat KadazanDusun mempercayai bahawa nenek moyang mereka berasal dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang yang ber makna Pohon Ara berwarna merah.Tempat tersebut terletak di satu kawasan hulu Labuk yang pada masa sekarang terletak di Daerah Ranau.Nunuk Ragang dikatakan mempunyai dua buah sungai iaitu Sungai Liwagu dan Sungai Gelibang.Sungaisungai ini mengalir ke arah timur Ranau dan juga Tambunan.Sungai-sungai ini memainkan peranan penting sebagai laluan utama perpindahan beramai-ramai masyarakat KadazanDusun ke seluruh pelosok tempat di Negeri Sabah. Menurut sumber cerita lisan yang diperolehi daripada masyarakat KadazanDusun itu sendiri, pokok atau pohon Ara tersebut adalah sebesar enam depa lingkungan tangan yang memeluknya, daun- daun yang merimbun pula dapat melindungi di bawahnya sebanyak tujuh buah pondok kecil masyarakat KadazanDusun dahulu kala yang ber saiz 240 kaki per segi. Pada mulanya, nenek moyang mer eka hidup bebas dan menikmati limpahan rezeki yang ada di sekeliling mereka. Tetapi lama-kelamaan apabila penduduk di tempat itu semakin ramai dan bertambah sesak serta pencarian makanan pun bertambah sukar , ketua mereka telah memerintahkan pahlawan-pahlawannya pergi mengembara dan mencari

kawasan-kawasan penempatan baru yang lebih sesuai dan mempunyai sumber makanan yang lebih banyak. Ekoran daripada pengembaraan yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan inilah, mereka akhirnya telah menemui pelbagai tempat dan terus menceritakan tentang penemuan yang telah mereka perolehi.Maka, berlakulah penghijrahan secara beramai-ramai dan dalam beberapa kumpulan yang diketuai oleh pahlawan-pahlawan tadi dan sekaligus menjadi penyebab terjadinya pemisahan dan penyelerakan orang-orang KadazanDusun seperti mana yang ada pada masa sekarang. Sebenarnya, jika dilihat daripada konteks masyarakat, Nunuk Ragang ini adalah satu tanda kemunculan kaum KadazanDusun yang ada di Sabah ini dan secara tidak langsung menjadikan budaya ini begitu unik sekali. Ini hanya disebabkan oleh sebatang pohon ara yang besar yang dijadikan sebagai tempat berlindung dan akhirnya telah berkembang dan terciptanya sebuah kaum yang besar dan kaya dengan pelbagai seni kebudayaan yang tersendiri iaitu kaum KadazanDusun. Seharusnya sejarah kemunculan awal kaum KadazanDusun ini dipelihara rapi dan perlu diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Perspektif masyarakat kini terhadap lagenda Nunuk Ragang adalah pelbagai. Menurut Pengarah Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Negeri Sabah, Encik Chua Tek Luwi, masyarakat mempunyai perbezaan pendapat mengenai proses pengembangan kaum KadazanDusun ini. Selain itu, tanpa disedari ekoran daripada perkembangan ini secara tidak langsung menyumbang kepada perpecahan kepada kaum

KadazanDusun. Namun, perpecahan ini bukanlah menjurus kepada perpecahan yang negatif tetapi ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kewujudan kepelbagaian cara hidup dan juga bentuk etnik yang berlainan dalam kaum KadazanDusun itu sendiri. Bagi perspektif golongan muda pula, mereka ini kurang didedahkan dengan cerita-cerita Nunuk Ragang mahupun cerita lagenda yang lain. Golongan muda kini tidak begitu mengenali ataupun mengetahui lagenda yang ada di Sabah.Hal ini berlaku disebabkan pendedahan yang amat terhad oleh golongan tertentu selain daripada kurangnya minat dari golongan muda itu sendiri.Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memperkenalkan cerita dan juga lagenda Nunuk Ragang ini kepada mereka. Jika diamati keseluruhan cerita Nunuk ragang ini, secara simboliknya ia menyampaikan mesej yang positif dari segi pembentukan perpaduan di kalangan masyarakat KadazanDusun. Oleh itu, sebagai ahli masyarakat Sabah, sudah menjadi satu kewajipan untuk menjaga dan meneruskan pewarisan budaya yang ada agar ia tetap kekal dalam nilai estet ika kebudayaan masing-masing. Lihat saja kepada cerita Nunuk Ragang ini, ia mempunyai nilai perumpamaan yang perlu ditetliti kembali sekiranya kita inginkan perpaduan itu kekal dalam masyarakat kita.

TEORI SAINS SOSIAL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun. Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (I vor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965); Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "IndoMalayan" (T.R. Williams: 1965). Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (I vor H.N. Evans:1923 dan Owen Rut t er :19220 Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai. Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar , yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahanmerahan" masing- masing dengan telatah dan perangainya. Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke " kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu

ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/ Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Mer ah. Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah. Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini. Masyarkat Kadazandusun sehingga kini masih mempercayai bahawa pokok dan tempat Nunuk Ragang itu adalah "keramat" dan disegani. Untuk memelihara sejarah lisan kaum Kadazandusun" Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), pada tahun 1969 telah meminta bantuan daripada kerajaan negeri Sabah untuk mendirikan sebuah Tugu Peringatan Nunuk Ragang yang telah pun siap dibina pada 23 September , 1995. Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk).Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahandahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut , berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandimanda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat , bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rendang Nunuk tersebut . Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir . Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakj ubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang". KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini. Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogit abang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun omonit inginawo. Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan

mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menambah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot ,dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/ raya dll). Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubusawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll). Legenda Nunuk Ragang turut memuatkan cerita berhubung dengan pengembara-pengembara China di kawasan Kinabatangan dan Labuk, di mana mereka dikatakan mempunyai beberapa siri pertemuan yang terawal dengan penduduk-penduduk Nunuk Ragang.

Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu

semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan. Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan

proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut. Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh. Asal usul Magavau Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama. Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orangorangnya supaya tidak mati kebuluran.

L M

You might also like