You are on page 1of 12

Menghuraikan enam langkah model ASSURE untuk membina pakej pembelajaran bagi satu sub topik pelajaran : Mata

Pelajaran: Pendidikan Muzik Tajuk : Rekorder 1. A : Analyse Learner (Analisis Pelajar) Dalam langkah menganalisis pelajar, terdapat tiga aspek yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. 1.1. Ciri-ciri umum Ciri-ciri umum pelajar yang boleh dianalisis bagi tajuk Rekorder ialah jantina, taraf sosio ekonomi dan petempatan. Di dalam kelas Tahun 4 Amanah yang saya ajar terdapat sejumlah murid seramai 30 orang. Daripada jumlah tersebut, 12 orang merupakan murid lelaki manakala 18 orang merupakan murid perempuan. Taraf sosio ekonomi murid-murid kelas tersebut pula boleh dikatakan sederhana sahaja. Ini adalah kerana, ibubapa para pelajar tersebut berpendapatan sederhana. Petempatan para murid ini pula boleh di kawasan pedalaman. 1.2. Kompetensi khusus peringkat masuk Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Rekorder telah dikenalpasti kerana mereka telah didedahkan dengan teori dan peralatan muzik sejak dari darjah satu. Seandainya diadakan sesi soal jawab, saya bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai tajuk Rekorder bagi mengimbas semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut. Sebagai contoh, saya akan bertanya dan berbincang dengan murid mengenai rupa bentuk dan pic yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut. Saya bolehlah memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid terhadap tajuk Rekorder. Saya juga boleh meminta murid untuk melukis gambar rekorder untuk menguji sejauh mana ilmu mereka terhadap tajuk tersebut. Selain pengetahuan sedia ada murid tentang rekorder, mereka juga telah didedahkan 1.3. Stail pembelajaran Apabila saya mula menjejakkan kaki di dalam bilik darjah, saya akan berhadapan dengan berbagai telatah murid. Ada pelajar yang kelihatan ceria, peramah, suka berinteraksi dan ada juga murid yang pendiam dan menjadi pemerhati sahaja. Ada pelajar yang kelihatan cergas dan ada murid yang malas dan suka tidur dalam bilik darjah. Terdapat juga murid yang suka membuat bising dan mengganggu pengajaran guru. Senario ini terjadi disebabkan terdapatnya perbezaan individu dalam berbagai aspek. Untuk menjadi guru yang berkesan, saya perlu

menyedari perkara ini dan memikirkan pendekatan pengajaran dan aktiviti yang sesuai untuk mereka. Setiap individu pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza, sama ada dari segi fizikal, afektif dan kognitif dan ini menghasilkan perbezaan dalam proses pembelajaran atau ringkasnya cara belajar. Cara belajar ini, dari segi istilahnya disebut sebagai stail pembelajaran. Setelah dibuat analisa dan pemerhatian melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya dapati murid-murid kelas 4 Amanah ini mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Gaya pembelajaran yang pertama ialah pelajar visual. Pelajar visual merupakan pelajar yang lebih suka menjalani pembelajaran melalui deria penglihatan mereka. Sewaktu belajar, mereka perlu menatap wajah guru mereka yang menyampaikan isi pelajaran dengan bantuan bahasa isyarat, imej gambar-gambar, paparan visual termasuk rajah-rajah, buku-buku teks yang mempunyai ilustrasi, tranperansi, video, carta dan edaran-edaran bahasa. Sebilangan murid 4 Amanah juga merupakan pelajar kinestetik. Hal yang demikian kerana saya dapati mereka lebih suka belajar melalui pengalaman. Mereka memerlukan kombinasi rangsanganrangsangan melalui penglihatan, pendengaran dan kemudian melibatkan diri secara fizikal dalam pembelajaran seperti terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan, dan main peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar memahami perkara baru.Mereka juga suka mendengar muzik yang ringan semasa belajar,menghiasi meja tempat belajar dengan poster-poster dan formula-formula. Selain itu terdapat juga pelajar yang suka belajar secara berkumpulan. Mereka belajar dengan lebih mudah sekiranya berteman kerana dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain , mengingati maklumat apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain dan stimulasi daripada rakan membantu anda memahami perkara baru. Pelajar yang gemar mengamalkan gaya ini suka dibimbing oleh orang yang disanjungi dan tidak boleh menentukan objektif pembelajaran diri sendiri . Interaksi dalam kumpulan membantu meningkatkan pembelajaran mereka. Aspek sosialisasi antara ahli kumpulan adalah sangat perlu bagi mereka kerana mereka mempunyai sikap menurut perintah dan belajar apa yang diajar tanpa menyoal.

2. State Objektif (Menyatakan Objektif) Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak mencapainya, apa yang hendak dicapai, bagaimana hendak mencapai dan

ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Rekorder, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif, psikomotor dan objektif afektif. Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak mencapainya, apa yang hendak dicapai, bagaimana hendak mencapai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Rekorder, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu objektif kognitif, psikomotor dan afektif. Objektif kognitif yang perlu dicapai oleh murid ialah mereka dapat mengenali not B, A dan G mengikut penjarian rekorder. Mereka juga dapat membuat Bagi objektif afektif ialah murid- murid dapat menerapkan nilai kerjasama berkumpulan ketika melakukan persembahan esembel rekorder. 3. Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber 3.1. Menentukan kaedah yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi tajuk Rekorder, saya telah memilih beberapa kaedah pengajaran yang bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran permainan rekorder memerlukan murid-murid menjalani proses latihan yang berterusan. Bagi memenuhi tujuan tersebut, saya menggunakan kaedah pengajaran secara berkumpulan. Murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil yang mempunyai pelbagai aras kebolehan. Murid yang mempunyai kemahiran yang lebih akan membantu rakan yang lemah. Dengan menggunakan kaedah ini, Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan mengembangkan bakat kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat dapat juga dibina. Begitu juga halnya dengan pemupukan semangat kerjasama, mengukuhkan sikap bertimbang rasa, bertanggung jawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan melalui aktiviti persembahan esembel rekorder secara berkumpulan pada akhir pengajaran. Selain kaedah pengajaran secara berkumpulan, saya juga akan menggunakan kaedah penggabungjalinan iaitu menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam Pendidikan Muzik. Kaedah ini amat sesuai digunakan bagi mengelak kebosanan yang mungkin dialami oleh murid-murid. Dalam kaedah pengajaran untuk muzik, aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat amat sesuai digabungjalinkan. Setiap kemahiran muzik perlu diaplikasikan melalui latihan yang berterusan untuk

3.2. Memilih media yang sesuai dan boleh diselaraskan atau diselarikan dengan kaedah

yang dipilih. Dari segi pemilihan media pula, saya memilih perisian power point sebagai medium utama pengajaran. Semasa membina dan menyediakan media pengajaran ini, saya telah meneliti beberapa perkara yang boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Contohnya untuk memastikan interaksi dua hala antara guru dan murid, beberapa soalan berkaitan dan menguji minda mereka diajukan sebelum diajar melalui paparan skrin. Powerpoint yang memaparkan audio alatan genderang disediakan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Ini untuk memastikan bahawa murid-murid betul memahami pengajaran yang disampaikan selain objektif dapat dicapai. Semasa sesi menjawab soalan ini, beberapa orang murid akan dipilih secara rawak untuk menjawab soalan ringkas di skrin komputer. Perisian power point juga digunakan untuk memaparkan skor-skor lagu serta latihan penjarian yang akan dilakukan oleh murid-murid. Penggunaan powerpoint ini dapat menjimatkan masa dan kawalan kelas yang berkesan. Selain powerpoint, saya juga menggunakan perisian muzik khas forte iaitu perisian yang membantu saya membina skor lagu dan kaunter melodi yang akan digunakan oleh murid-murid sebagai latihan. 3.2. Memilih bahan yang sesuai dan boleh diselaraskan atau diselarikan dengan kaedah yang dipilih. Bahan yang perlu disediakan dalam pengajaran tajuk Rekorder adalah bahan maujud iaitu rekorder, skor lagu iaitu lagu Mary Had A Little Lamb dan helaian skor latihan serta ilustrasi penjarian not rekorder 4. U : Utilize media and materials (Guna media dan bahan) Bagi pengajaran tajuk Rekorder, saya haruslah mengkaji samada media yang digunakan berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum digunakan. Komputer yang mengandungi perisian powerpoint perlu dipastikan berfungsi. Selepas itu, saya seharusnya menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, saya juga harus merancang penggunaan model-model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalam sesi main peranan. Saya perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun model tersebut agar mudah dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaan model-model tersebut perlulah secara optimum dalam sesi main peranan. 4. R : Require learner participation (Libatkan pelajar)

Dalam pengajaran rekorder, penggunaan bahan sumber seperti rekorder dan alatan muzik sampingan seperti gendang, kerincing dan kastenet akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan perubahan tingkah laku yang diharapkan iaitu murid-murid dapat mempraktikkan cara permainan alat tersebut. Penggunaan video semasa sesi penutup mengenai tajuk Rekorder adalah sangat sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid- murid nampak dengan jelas sesuatu pembelajaran dan dapat diulang tayang. Dalam tajuk Rekorder, saya boleh menayangkan video persembahan esembel rekorder dalam bentuk orkestra. Semasa tayangan video ini berjalan, saya boleh mengemukakan soalan yang berkaitan dengan kemahiran yang telah mereka lakukan. Murid-murid juga boleh berkongsi pandangan serta pendapat masing-masing tanpa sebarang sekatan. Contoh penglibatan aktif murid-murid dalam pembelajaran Rekorder adalah seperti sesi permainan rekorder secara esembel dalam kumpulan. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk pertandingan yang mana setiap murid perlu bergerak aktif dalam kumpulan masingmasing. serta sesi perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran Saya juga seharusnya memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, aktif, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Saya juga perlu memastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Walaubagaimanapun, saya juga perlu ingat bahawa tidak sama sekali membiarkan isi yang ingin disampaikan adalah berterusan dan meleret kerana hal ini akan membuat murid- murid berasa bosan. Ini juga akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu menjadi pasif.

2.1.6 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian Setelah sesi pengajaran tamat, saya akan menilai apa yang telah dilakukan dan dihasilkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalah aspek terpenting yang mana melibatkan guru dan murid. saya akan menilai sama ada proses pengajaran memberi kesan atau tidak kepada murid-murid di samping pemilihan media, kaedah dan bahan yang sesuai atau tidak dan objektif yang telah dirangka tercapai atau sebaliknya. Antara yang boleh saya dilakukan untuk menilai semua ini adalah dengan bersoal jawab tentang soalan yang dipaparkan melalui perisian power point. Sekiranya pencapaian adalah baik, ini

menggambarkan objektif yang dirancang telah tercapai, penggunaan media, kaedah dan bahan adalah tepat dan bersesuaian. Untuk penilaian pembelajaran, murid-murid dapat dinilai melalui pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan untuk menangani masalah pembelajaran murid-murid boleh diambil seperti mengubah kaedah,bahan dan sebagainya. Langkah ini diambil adalah untuk memastikan bahawa tindakan susulan yang sesuai dapat diambil dalam kadar segera seperti tindakan pemulihan untuk murid-murid yang lemah supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk dan tindakan pengukuhan untuk murid-murid yang dapat menguasai sesuatu kemahiran bagi memperkembangkan mereka dengan optimum Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran rekorder, saya perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid. Saya juga boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran dan pembelajran yang telah dijalankan. Sesi refleksi ini juga dapat membantu saya menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajaran saya serta dapat menilai yang objektif P&P dicapai atau tidak. Penilaian terhadap murid dapat dilakukan melalui aktiviti amali yang telah mereka lakukan. Penilaian juga harus dibuat terhadap keberkesanan penggunaan kaedah, media dan bahan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penutup Daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru di sekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu. Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses

pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan. Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya di dalam kelas. Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Diharapkan agar apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya dapat mempraktikkan penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah. Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas.

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

Meneka bunyi alat muzik / genderang.

1. Guru memainkan beberapa bunyi alat muzik / genderang 2. Murid-murid mendengar dan meneka bunyi-bunyi instrument / genderang yang diperdengarkan. 3. Murid meneka bunyi yang dimainkan melalui slaid powerpoint. 4. Murid-murid mendapat jawapan melalui tayangan klip video. 5. Guru memberi jawapan dengan menayangkan klip video bunyi alatan yang diperdengarkan tadi. - Laptop - Powerpoint - LCD projector Media dan Bahan

Langkah 1 ( 10 minit )

Guru memperkenalkan sistem penomboran pada jari.

1. Guru menayangkan slaid powerpoint sistem penomboran pada jari. 2. Guru menerangkan sistem penomboran pada jari. 3. Murid memerhati dan mendengar dengan teliti. ABM : laptop, LCD

Guru memperkenalkan sistem penomboran pada rekoder.

1. Guru menayangkan slaid powerpoint sistem penomboran pada rekoder. 2. Guru menerangkan sistem penomboran pada rekoder. 3. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.

Mengaitkan penjarian dengan rekoder.

1. Guru menayangkan slide powerpoint kaitan di antara penjarian dengan rekoder. 2. Guru menerangkan cara meletakkan jari pada lubang rekoder iaitu dengan meletakkan jari dan lubang dengan nombor yang sama. 3. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti. Nilai : Berdikari, teliti, sabar.

Pengenalan Not Rekoder

1. Guru menayangkan beberapa slide tentang not rekoder dan penjarian yang betul. 2. Guru memberi penerangan dan menunjuk cara bagaimana meletakkan penjarian yang betul untuk not B, not A dan not G. 2. Murid dalam kumpulan Melakukan penjarian not B, A, dan G dengan pemantauan guru.

Media dan bahan -Forte -Skor lagu Powerpoint

Penglidahan

1. Guru menerangkan kaedah tiupan pada rekoder dengan membunyikan tu..tu..tu.. 2. Guru menayang dan membunyikan not-not melalui skor lagu yang ditayangkan. 3. Guru meminta murid meniup rekoder dengan penglidahan yang betul, (tu) 4. Murid meniup rekoder mengikut arahan guru. 5. Guru memastikan murid mengikut arahan.

Media dan bahan Laptop, LCD Projector, rekoder. Forte

Nilai Disiplin, mengikut arahan

Penutup (4 minit)

Tayangan klip video

Guru menayangkan klip video pertandingan assemble rekoder . Murid melihat dengan penuh minat.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Kelas : Empat Amanah Masa : 9.15 pagi 10.15 pagi Bilangan murid : 30 orang ( 12 lelaki dan 18 perempuan ) Aspek : Permainan Rekoder Item : Pengenalan Rekoder Tajuk Lagu : Mary Had A Little Lamb Kemahiran : - Memainkan rekoder dengan mempraktikkan teknik yang betul secara berpandu. - Mengenal penjarian rekoder not BAG. . Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh: 1. Bermain rekoder mengikut penjarian not B, A dan G dengan betul. 2. Meniup rekorder dengan pic yang tepat dan betul 3. Murid dapat bekerjasama dalam kumpulan 4. .

Kompentensi Peringkat Masuk : Murid pernah melihat rekoder. Kaedah Pengajaran Bahan Pengajaran : Berkumpulan, Demonstrasi : Skor lagu, Rekorder, Alatan Genderang Media Pengajaran : Laptop, LCD Projector, kibod, video

You might also like