You are on page 1of 3

KERTAS KERJA 2006/1 BIRO KECERIAAN Gotong Royong 1.

0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan gotong royong di Sekolah Kebangsaan Danau Kota. 2.0 Pendahuluan Biro Keceriaan, PIBG bercadang mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan keceriaan kawasan SK Danau Kota. 3.0 Objektif 3.1 Merapatkan silaturrahim diantara ibubapa, guru dan murid SK Danau Kota. 3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum 3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan anak-anak sewaktu belajar. 4.0 Kumpulan Sasaran Semua warga SK Danau Kota iaitu Ibubapa, Murid-murid tahap 2 dan Guru-guru. 5.0 Rasional Menjayakan Program 5.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah. 5.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. 6.0 Justifikasi Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang. 7.0 Anjuran Biro Keceriaan, PIBG, SK Danau Kota. 8.0 Lokasi Cadangan Kawasan sekolah SK Danau Kota

9.0 Tarikh Perlaksanaan 12 Ogos 2006 bersamaan hari Sabtu 10.0 Struktur Organisasi Penasihat YDP Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Peralatan Jamuan Hj. Mohd Zulkapli Mohd Zin Hj. Khairul Azhar Hj Hashim Pn. Sabariah Jusoh En. Hassan Mohd Amin Pn. Juraidah Mat Jan Cik Norfashidah Muhamad Dahalan En. Mohd Shariful Hisham Ibrahim & En. Ahad Harun Cik Norfashidah Muhamad Dahalan & Pn. Mumtaj Begam Kader Ansari

Susur Semarak En. Basri Nawawi Taman-Taman En. Azizi Bolak, En. Hairul Azhar, En. Mohd Fahbell Md Yassin dan Pn. Rosalina Atan 11.0 Tentatif Program 8:00 pagi 8:15 pagi 8:20 pagi 8:25 pagi 10:00 pagi 10:45 pagi 11:45 pagi 12:00 tengahari Berkumpul di Tapak Perhimpunan Ucapan YDP PIBG Ucapan GB SKDK Taklimat ringkas dan pembahagian lokasi REHAT Aktiviti diteruskan lagi Berkumpul dan menyimpan alatan BERSURAI

13.0 Anggaran Perbelanjaan 1. Peralatan mengecat RM200.00

2. Jamuan RM2.50 X 200 orang Jumlah 14.0 Penutup

RM500.00 RM700.00

Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Biro Keceriaan bagi tahun 2006 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan guru-guru SKDanau Kota. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, rumahku".

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

You might also like