You are on page 1of 9

MAKSUD GRAFIK Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan

satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. GRAFIK Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan atau ukiran . Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi. Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu. Kepentingan Grafik

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web. Format Fail Grafik untuk internet Biasanya bagi penggunaan grafik di dalam internet, sambungan atau format fail yang biasa digunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group). GIF (Graphic Interchange Format) Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ianya merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan buletin (bulletin board) yang terkemuka. Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun. Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi talian internet. Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ianya mempunyai satu kelemahan di mana ianya tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.

JPEG (Joint Photographic Expert Group) Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF. Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar. Format Fail Grafik Yang lain BMP (Bitmap) BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar. Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima ofrmat fail ini. TIFF (Tagged Image File Format) TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya. PICT PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.

TGA (Targa) TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia juga sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik.

EPS (Encapsulated PostScript) merupakan format fail yang piawai bagi menyimpan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi. Format jenis ini juga sesuai digunakan bagi meyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh mahupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik. WMF (Windows Metafile Format) Format ini digunakan bersama sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya clipart . Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini. Jenis-jenis Grafik Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya. Fotograf (Gambar Foto) Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik. Lukisan Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.

Kartun Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang menbantu serta membimbing pengguna disepanjang perlajanan sesebuah aplikasi. Diagram Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar. Graf/Carta Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf. Perisian-perisian Grafik Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal (dari hasil imbasan misalnya) biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakan perisian bahasa gubahan. Namun adalakanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Microsoft Paint atau Paint Brush Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator Corel Draw Painter 3D Macromedia Freehand Micrograft Designer Autocad

Elemen Multimedia Grafik Grafik ialah persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi carta dan lain-lain. Grafik digital atau grafik berkomputer ialah hasil kerja grafik yang dihasilkan menggunakan sama ada perkakasan ataupun perisian komputer. Grafik digital ialah imej yang mudah seperti garisan, bulatan ataupun papran imej yang kompleks yang dihasilkan oleh komputer. Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan. Grafik juga membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat secara lebih berkesan. Grafik menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan hidup. Dalam aplikasi multimedia, elemen teks sahaja tidak memadai untuk menyampaikan maksud kerana ianya terbatas. Grafik berupaya menyampaikan bukan sahaja maksud tetapi situasi, perasaan, tonasi serta deria rasa secara lebih terperinci bagi sesuatu keadaan. Grafik digunakan di dalam aplikasi multimedia di dalam keadaankeadaan berikut : Elemen pelengkap. - Grafik biasanya merupakan latar belakang dan tekstur di mana ianya menjadi pelengkap terhadap maksud yang ingin disampaikan melalui paparan. Fokus utama. - Logo, imej, lukisan, rajah dan fotograf yang menghiasi paparan memainkan

Grafik boleh dibahagikan kepada dua kategori asas, iaitu grafik vektor dan grafik bitmap. Grafik jenis vektor merujuk kepada grafik berorientasi objek yang dihasilkan menerusi arahan matematik. Contohnya, sebiji bola di dalam format grafik vektor terbina daripada definisi matematik, di mana sebuah bulatan dengan radius tertentu, ditetapkan pada lokasi tertentu dan diisi dengan warna tertentu. Walaupun bola tersebut dialih

lokasi, diubah saiz mahupun di tukar warnanya, kualiti grafik yang dihasilkan tetap sama. Grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi. Imej vektor boleh diubah saiz dan juga dicetak dengan mana-mana pencetak tidak kira berapa resolusinya tanpa kehilangan kualiti imej tersebut. Ruang ingatan yang digunakan untuk menyimpan maklumat jenis vektor juga agak kecil. Grafik vektor adalah paling sesuai untuk teks (terutamanya teks yang kecil) dan grafik yang tebal (bold) di mana apabila diubah saiznya, kualitinya tetap sama. Sebagai contoh - logo. Antara aplikasi yang menyediakan persekitaran berasaskan vektor ialah Macromedia Freehand, Adobe IIIustrator dan Corel Draw. Grafik Bitmap Grafik bitmap juga dikenali sebagai imej raster atau imej peta bit. Imej bitmap terhasil daripada titik-titik yang disusun secara spesifik dalam bentuk matrik. Titik-titik ini dikenali sebagai piksel (Pixels = Picture + Element). Imej-imej piksel ini dinamakan imej bitmap. Piksel-piksel ini disusun mengikut saiz, warna, dan lokasi. Kombinasi kesemua piksel pada skrin komputer inilah yang menghasilkan imej. Setiap piksel atau titik yang membentuk imej bitmap terdiri daripada 3 warna iaitu Merah, Hijau dan Biru atau lebih dikenali sebagai warna RGB.(Red, Green, Blue). Walau bagaimanapun piksel-piksel ini juga boleh terdiri daripada warna hitam dan putih (monochrome) atau warna kelabu atau mempunyai 256 warna hingga 16 juta warna.

Cara yang boleh diikuti untuk menghasilkan imej bitmap:a) Menghasilkan imej dari mula dengan menggunakan program lukisan komputer seperti Paint Program. b) Menangkap imej terus dari skrin (screen capture) dan kemudian menampal (paste) imej tersebut ke dalam program lukisan komputer atau aplikasi anda. c) Menangkap imej dari foto, lukisan atau imej televisyen dengan menggunakan pengimbas atau kad pendigital video untuk mendigitkan imej

Grafik digital ialah sebarang bentuk gambar hasil reka letak, cetakan, susunan grafik atau rekaan grafik yang dihasil dan diproses menggunakan perisian serta peralatan ICT. Contoh-contoh bahan grafik digital adalah seperti berikut: Reka letak: Buku aturcara, Kad jemputan, banner, brocur, buku, majalah, poster, logo dll Gambar: Gambar pegun, pemandangan, gambar super impose dll Kebaikan Grafik Digital: Peralatan mudah didapati Bahan grafik digital mudah disimpan & digunakan pada bila-bila masa Boleh diubahsuai Bahan grafik digital mampu menarik perhatian dan minat pelajar Kelemahan: Kemahiran yang tinggi diperlukan untuk mengendalikan alat dan menggunakan software Keperluan: Minat & kreatif Mahir menggunakan alat dan perisian Mengetahui jenis-jenis format grafik digital Mengetahui perisian yang sesuai untuk menghasilkan bahan grafik digital Beberapa jenis contoh perisian untuk menghasilkan bahan grafik digital Perisian berasaskan Adobe seperti Photoshop, Indesign dan Illustrator Corel Draw Auto Cad Paint Shop Pro SmartDraw dan banyak lagi

You might also like