You are on page 1of 26

TAKLIMAT MULTIMEDIA

Perumahan Honeycomb Mampu Milik

Konsep Perumahan demi Memakmurkan Rakyat dan Negeri

Rumah Murah

Rumah murah yang sediada di tanah air kita ada banyak kekurangannya. Kajian UPM telah mendapati tahap ketidak-puasan yang tinggi terutamanya rumah terlampau panas, dapur terlalu kecil dan atap bocor, Keselamatan dari jenayah merupakan satu lagi isu yang rumit. Tinjauan IKMAS and NST tahun lalu menunjukkan isu inilah menjadi kerunsingan utama. Satu lagi aspek keselamatan adalah bahaya kenderaan: jalan-jalan lurus yang terdapat di hadapan rumah-rumah teres terlalu bahaya untuk kanak kanak(5).

Bukan sahaja dalam rumah sahaja yang panas. Suhu kawasan luar rumahpun semakin panas. Menurut rekod yang ada Kuala Lumpur bertambah panas dengan kadar 0.6 darjah Celsius setiap dekad (6,7). Ini disebabkan bandaraya ini makin lama makin menjadi hutan batu. Walaupun sekarang lebih banyak pokok di tanam, kita dapati dari segi ekologi ia seperti gurun. Hidupan liar yang nampaknya sesuai dengan keadaan bandar kita adalah gagak dan nyamuk..

Problem: Heat Island Effect


Many cities are getting hotter

by 0.10C to 0.60C per decade


Baltimore USA Shanghai China Oakland USA Tokyo Japan Los Angeles USA Kuala Lumpur 0.1 0C per decade 0.1 0.2 0.3 0.4 0.6

Conclusion: KL holds the world record !

POLISI RUMAH MURAH HARUS DIKAJI SEMULA


Bukan sahaja susunatur rumah teres begitu membosankan dari segi astetik (8), mereka juga menjadi sarang masaalah sosial. Di Selangor terdapat banyak rumah murah yang tak terjual. Seorang pemaju mengeloh kami tak mahu bina rumah muarah yang merugikan kami, tapi kerajaan paksa bila siap rakyat tak mahu beli. Kerajaan Selangor telah giat mengimplementasikan polisi setiggan sifar. Tapi rumah rumah baru yang dibina tidak popular. Dikawasan setinggan sebelum dipindah selalunya banyak bendera UMNO. Tapi dekat flat flat yang baru pula, susah nak cari,. Tiap-tiap hari ada notis lelong dalam surat khabar. Harga rezab banyak rumah murah di kawas -an Bukit Rawang di utara Kuala Lumpu, harga rezabnya begitu rendah RM35,000, RM25,000, bawah RM20,000 pun ada. Kesian orang-orang miskin yang tak berdaya membayar hutang bank: orang kaya beli rumah naik harga, orang miskin beli rumah turun harga, Polisi perumahan melibatkan banyak aspek; perancangan fisikal hanya satu daripada faktor-faktor yang mustahak. Namun ia merupakan satu isu yang pokok.

Figure 8

Perumahan Honeycomb Mampu Milik


Mazlin Ghazali tessellar@gmail.com Pengenalan Konsep perumahan Honeycomb, boleh dilihat pengganti kepada susunatur rumah teres. Kami cadangkan setiap rumah disusun sekeliling satu halaman dimana terdapat pokok-pokok rendang (1). Halaman cul-de-sac bukan semata-mata untuk laluan kenderaan: ia merupakan ruang yang selamat dari bahaya kenderaan laju dan gejala jenayah, malah cukup selamat sebagai ruang bermain, sekalipun untuk kanak-kanak yang belum sekolah.

Sememangnya rumah-rumah cul-de-sac (2) telah lama popular di negara maju seperti US dan Australia. Namun apa yang dicadangkan di sini, bukan sahaja untuk perumahan mewah, malah juga sesuai sebagai alternatif kepada rekabentuk rumah kos sederhana-rendah dan kos rendah

Sekira disekeliling setiap halaman kita bina rumah banglo, tentu sekali rumah sedemikian merupakan rumah mewah harga tinggi. Kalau di pinggir Kuala Lumpur harga satu rumah lebih dari RM 1juta! Tetapi macam mana jika kita bahagikan rumah itu kepada dua pintu rumah, satu menghadap kearah satu halaman dan satu lagi kearah halaman yang lain (3). Sebagai contoh, katakan rumah banglo yang asal, keluasan bangunannya 4000 kp dan keluasan tanah 6000kp. Jadi, rumah yang kami belah dua tadi, kelasan bangunannya hanya 2000kp dan keluasan tanah, 3000. Kalau kami belah tiga pula? Maka keluasan bangunan kembar tiga ini keluasa terbinanya turun kepada lebih kurang 1300kp dan keluasan lotnya, 2000kp.
Jadi kita boleh lihat bagaimana rumah harga sejuta lebih tadi dibuat lebih sesuai untuk golongan pendapatan menengah.

Macam mana pula kalau kita belah empat dua unit menghadap satu halaman, dan yang dua lagi berdepankan halaman yang lain. Keluasan terbina rumah kembar empat ini hanya 1000kp dan keluasan tanahnya 1500kp. Ini dah seperti rumah teres biasa. Sekiranya kami bahagikan pula kepada enam pintu, setiap rumah keluasan bangunan setiap pintu hanya 670kp, dan keluasan tanah hanya 1000kp. Ini setara dengan keluasan rumah murah diatas lot 20X50!
Setiap kali kita memecahkan bangunan supaya mengandungi lebih banyak unit, maka keluasan bangunan lagi kecil, jumlah unit bertambah, oleh itu kepadatan susunaturpun meningkat. Maka harga rumah dapat di kurangkan. Patutlah sekiranya mutu kemasan dan keluasan bangunan dan tanah rumah mewah adalah berkali-kali ganda rumah yang murah. Tetapi cuba lihat pula bagaimana mutu kualiti persekitaran yang terdapat pada halaman cul-de-sac yang kami sediakan tidak langsung terjejas. Sama-ada untuk perumahan mewah harga sejuta lebih, ataupun untuk rumah kos rendah sekalipun keluasan dan mutu halaman adalah sama sahaja.

Matlamat Honeycomb Tujuan kami adalah untuk membentuk semula dalam perumahan baru kami elemen sosial dan fisikal yang terbaik yang pernah wujud dalam kampung halaman kita semua: dimana depan rumah kita ada ruang yang hijau dan rendang; dimana anak-anak kita boleh bermain diluar kawasan rumah bersama-sama kawan tanpa was was yang timbul dari bahaya jenayah dan lalulintas kenderaan; dimana kita kenal siapa dia jiran-jiran kita, dengan wujudnya pertalian sahabat dan semangat masyarakat setempat. Tentunya sesuatu yang lebih menarik sekira dibanding degan rekabentuk dan susunatur rumah teres yang begitu lumrah. Lebih dari itu, konsep honeycomb bukan sahaja boleh menyesaikan masaalah mutu perumahan dari segi fisikal dan sosial, tetapi pendekatan ini tidak meningkatkan kos pembangunan. Malah dengan kaedah ini, jumlah unit yang boleh dibina dalam setiap ekar boleh ditingkatkan dan kos prasarana dapat dikurangkan.

Asas Teori Rekabentuk Honeycomb Konsep Honeycomb adalah diilhamkan dari konsep tessellasi atau cantuman-adu iaitu satu cabangan ilmu hisab yang mengkaji rekabentuk dan penyusunan jubin. Dalam seluruh sejarah rekabentuk dan peyusunan jubin, ahli seni dan karyawan Islamlah yang teragong. Umpamanya corak dibawah dari Alhambra di selatan Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam dikurun ke15.

Selayang pandang (5), tentulah kita fikir corak jubin ini sungguh rumit hendak disusunkan. Ada bintang sembilan, the bintang empat, bentuk mata lembing, bentuk daun,dan lain lain. Akan tetapi corak yang kompleks ini dibina dari hanya satu carak jubin yang kecil dan begitu simple. Di sinilah letaknya kemahiran kreatif karyawan jubin tamaddun Islam pada satu masa dahulu - corak dan rekabentuk jubin yang begitu halus dan kompleks boleh dihasilkan kaedah yang begitu mudah. Dalam konsep Honeycomb kami mengapplikasikan kuasa kreatif ilmu cantuman-adu ini kepada bidang perancangan bandar!

Perancangan Honeycomb Kita bermula dengan corak jubin yang berbentuk segi enam yang mengandungi tapak-tapak lot dan bangunan rumah (warna merah), jalan akses (kuning) yang membulat dan kawasan lapang (hijau) di bahagian tengah. Sekumpulan rumah yang kecil, 16 pintu dalam contoh ini (6), disusun sekeling halaman, bagaikan keluarga duduk semeja. Kelumpuk sejiran ini disempadankan dengan pagar belakang rumah. Hanya ada satu jalan masuk. Taman hijau di tengah halaman menjadi medan untuk anak anak bermain dan interaksi sosial. Satu ruang yang boleh dikirakan sebagai seauatu yang menjadi milik bersama. FaKtor inilah yang boleh menolong mewujudkan semangat kekitaan dikalangan jiran sehalaman ini. Kami menjadikan corak sehalaman ini sebagai carak jubin asas kawasan perumahan yang hendak dirancangkan.

Corak ini boleh disusun-adu untuk membentuk pula kelumpuk yang lebih besar, iaitu satu komuniti cul-de-sac yang mengandungi tiga halaman berasingan dengan 46 pintu rumah yang mana hanya ada satu jalan masuk. Bentuk ini boleh dicantum-adukan lagi untuk membina satu kejiranan taman yang mengandungi 250 buah rumah yang dikelilingi jalan pengagih atau distribution road. Berdasarkan elemen-elemen ini kita boleh menyusun-atur mana-mana tapak.

Dalam contoh iberikuti, tapak 80 ekar ini disusun dengan corak jubin kejiranan taman.(9). Kemudian jubin jubin ini di potong supaya mengikut bentuk sempadan. Seterusnya satu sistem jalan menurut hierarki di bentuk ada jalan utama yang merentasi taman ini, diikuti dengan jalan secondary yang semulanya bertembung dengan jalan utama. Setiap rumah terletak dalam kelumpuk sehalaman atau kelumpuk cul-de-sac yang jalan-masuknya adalah melalui jalan utama atau jalan secondary tersebut. Dengan sistem jalan hierarki ini masalah takut sesat dapat diatasi .

Konsep Kejiranan Baru


Konsep kejiranan dalam perancangan sedia-ada berasaskan idea neighburhood unit yang diperintis oleh pakar sosiologi Amerika, Clarence Perry pada tahun 1927, dimana saiz kejiranan itu diantara 6000 hingga 9000 penduduk, iaitu jumlah penduduk yang boleh memerlu satu sekolah rendah. Rumusan yang kita boleh dapati dari penyelidikan sosiologi yang terkini yang berkisar kepada konsep conversation group, sympathy group, kerjasama sosial dan masaalah bystander problem, freerider dan social loafing. Kesemua penyelidikan ini memperkatakan bagaimana interaksi, perhubungan dan kerjasama sosial dan harus ada dalam demi mewujudkan semangat kejiranan tidak effektif dalam kumpulan yang terlalu besar. Menurut konsep kejiranan Honeycomb seorang individu sebahagian dari keluarga, yang sebahagian daripada komuniti sehalaman, yang sebahagian daripada komuniti taman, yang menjadi sebahagian daripada komuniti negeri dan seterusnya.

Shared Streets
Rangkaian jalanraya Honeycomb mengandungi culde-sac and jalan penghubung yang pendek dan jalanjalan ini memebawa kepada jalan penghubung yang melingkar (10). Pemandu kenderaan tidak boleh bergerak laju dengan corak jalan sebegini, oleh itu ia lebih selamat untuk pejalan kaki dan kanak-kanak. Konsep shared street dimana kereta, pejalan kaki dan kanak-kanak berkongsi kegunaan jalanraya kawasan perumahan adalah satu idea yang telah dilaksanakan di negari Belanda, Jerman, Austria dan Britain, dan didapati konsep ini disukai ramai samping berjaya menurukan kadar kemalangan(11). Terdapat juga ruang yang sesuai untuk tempat kereta pelawat dalam rangkaian jalan Honeycomb

Defensible space
Susun-atur Honeycomb dengan sendirinya mewujudkan satu hierarki ruang dimana terdapat ruang persendirian, ruang separa persendirian, ruang separa awam dan ruang awam. Penduduk ada pengaruh keatas persekitaran di hadapan pintu pagar mereka; para pelawat boleh dapat merasai bila mereka memasuki kawasan separa persendirian. Rekabentuk halaman Honeycomb membenarkan penduduk memerhati dengan senang apa yang berlaku di luar. Mereka boleh kenal siapa jiran dan siapa orang luar. Inilah maksudnya ruang yang boleh dipertahankan. Tambah lagi, lorong belakang - ia itu punca 30% dari kes pecah masuk lansung tidak ada.

Kawasan sosial dan riadah bagi setiap lapisan rakyat Ruang di depan rumah yang ibu-bapaboleh memerhati, yang selamat dari lalulintas dan orang yang tidak dikenali menjadi kawasan bermain yang sesuai unyuk kanak-kanak pra-sekolah. Kanak-kanak lebih besar boleh bermain di padang yang terletak lebih jauh dari rumah. Kawasan taman d tengah halaman juga sesuai untuk warga tua dan kurang upaya. Tanpa peluang untuk bergaul dengan masyarakat setempat mereka akan rasa terpencil. Inilah yang berkurangan sangat di taman-taman perumahan yang sedia-ada.

SUASANA MESRA ALAM Perumahan kontur


Untuk membina rumah teres yang panjang dengan murah, bukit perlu dicantas, lembah dan sungai ditimbus. Unit-unit rumah Honeycomb adalah lebih kecil dan padat; pertukaran paras boleh dilakukan di antara bangunan. Ini mengurangkan isipadu tanah cantas dan timbus

Mengurangkan kesan pulau haba


Bahagian bahu jalan rumah teres dengan kabel,longkang dan saluran paip tidak sesuai untuk pokok-pokok : pohon besar dan rendang boleh hidup dengan suburnya di taman-taman yang terdapat di depan setiap rumah Honeycomb. Penebangan pokok-pokok untuk membina hutan batu adalah penyebab utama kesan heat-island.

Peneduhkan jalan dan binaan landskap luar adalah oleh rimbunan pokok mengurangkan suhu luaran. Tambah lagi penyejatan atau codensation daun-daun akan menyejukkan lagi udara

Biodiversiy dalam kawasan bandar


Lanskap di kawasan perumahan Honeycomb bukan sahaja untuk kecantikan persekitaran malah boleh menjadi sumber makanan dan habitat untuk spesis binatang kecil terutama sekali burung-burung. UPM sedang mengkaji bagaimana spesis rama-rama, burung dan mamalia kecil boleh dikembang-biak di kawasan bandar.

Rekabentuk rumah generasi baru


Rumah teres yang begitu lumrah itu sudah berkali-kali direkabentuk semula. Merekabentuk rumah teres telah menjadi kerja membosankan. Perumahan Honeycomb merupakan cabaran baruPendekatan menghasilkan jenis rumah yang barui. Bentuk baru ini memberi ruang yang lebih besar lagi kepada para arkitek.

Banglo dengan tampak hadapan terbuka luas Rumah banglo buka hadapannya biasany berukuran 60. Ini mengakibatkan tampak hadapan yang sempit. Rumah banglo bentuk Honeycomb memiliki tampak hadapan yang jauh lebih luas, yang menghasilkan pemandangan tampak hadapan yang lebih menarik.

RUMAH BANGLO BIASA

RUMAH HONEYCOMB SESEBUAH

Bentuk serupa banglo Rumah berangkai Honeycombsesuai disambungkan belakang rumah dengan belakang rumah, manakala jalan masuk rumah pula adalah dari halaman yang berlainan. Rumah Kembar Dua dan Kembar Tiga kelihatan seperti rumah Banglo apabila dipandang dari depan (19-21)

KEMBAR DUA KEMBAR DUA KEMBAR TIGA

1 2

Gambarajah 21

KEMBAR TIGA

Bentuk serupa rumah kembar Rumah Kembar Empat serta Enam Lapan boleh disambung antara tepi dengan tepi atau belakang dengan belakang dan kelihatan seperti rumah Kembar

KEMBAR ENAM

KEMBAR EMPAT

3 1 4 2

KEMBAR EMPAT

KEMBAR ENAM

PENGGUNAAN TANAH LEBIH EFISYEN


Susunatur Honeycomb yang mengandungi 5 unit rumah jenis kembar empat dan kembar enam di bandingkan dengan tata-atur rumah teres yang bersamaan dengan 5 unit tadi. Kami dapati susunan Honeycomb adalah lebih efisyen kerana peratusan keluasan jalan telah menurun dari 41% untuk rumah teres kepada hanya 26%: tanah rumah banglo yang boleh dijual meningkat dari 52% ke 67%. (25-26).
5 UNIT HONEYCOMB HOUSE (SM) (%) ROAD 334 26 GREEN 93 7 HOUSE 861 67 TOTAL 1288 100 16 UNIT HONEYCOMB HOUSE (SM) (%) ROAD 879 23 GREEN 264 7 HOUSE 2721 70
TOTAL 3864 100

Kami buat pula perbandingan 16 unit. Di sini keluasan jalan susunatur Honeycomb hanya 23% berbanding dengan 35% untuk rumah teres; keluasan tanah yang boleh dijual adalah70%, meningkat dari 58%. Jelas dari rajah di bawah penggunaan tanah kaedah Honeycomb jauh lebih berkesan.

Gambarajah 26

TERRACE HOUSE (SM) (%) 611 41 103 7 761 52 1475 100

TERRACE HOUSE (SM) (%) 1323 35 269 7 2190 58


3782 100

Kita lihat pula dua tapak yang mana ukuran masing-masing sesuai sekali untuk susunatur rumah teres dan rumah Honeycomb. Di sini lagi sekali kita dapat lihat bagaimana kaedah Honeycomb menghasilkan jumlah keluasan jalan yang lebih rendah dan jumlah tanah rumah yang lebih tinggi. Dalam contoh ini peratusan kawasan lapang dan jumlah unit disamakan; oleh kerana itu, purata saiz sebuah rumah . meningkat 30% (Rajah 26-28).

Terrace Road 47% 33%

Saleable land
Green area Number of units per acre Average lot size

44%
9% 15 units 1261 sf

58%
9% 15 units 1658 sf 30% larger!

Kami telah membuat beberapa kajian terperinci yang membuat perbandingan di antara susunatur teres yang disediakan oleh pemaju dan tata-atur Honeycomb. Hasilnya semua sangat menyakinkan. Perbandingan untuk projek diatas tapak 18 ekar di Demak Laut, Kuching adalah satu contoh (29-30)

RUMAH TERES

SUSUNATUR HONEYCOMB

Di sini jumlah unit adalah sama.. Alternatif rumah teres hanya menghasilkan tanah jualan 40% daripada keluasan keseluruhan. Ini adalah biasa untuk kebanyakkan projek perumahan. Tetapi, bagi susunan Honeycomb, tanah untuk di jual mencapai tahap 43%, manakala kawasan lapang juga lebih besar. Ini adalah akibat penjimatan tanah untuk rezab jalan yang menurun 15% (31)!

COMPARISON BETWEEN TERRACE HOUSING AND TESSELLATION

Jarak dan keluasan susunatur rumah Hneycomb kembari-enam dan tatatur perumahan teres yang setara boleh di nyatakan dalam bentuk variable x, y, dan seterusnya. Dengan menggunaTeorem Pythagoras dan Penyelesaian Persamaan Kuadratik, satu model matematik yang membandingi dua alternatif ini dapat dihasilkan (32-33). Kita dapat mengkaji bagaimana efisyensi dan kepadatan dipengaruhi keluasan tepubina rumah, iaitu kawasan rumah yang dibenarkan mendirikan bangunan selepas Dengan memasukkan input yang berlainan bagi keluasan tepubina, hasilnya, ia itu % tanah yang boleh dijual atau kepadatan, boleh direkod di atas gambarajah (34-35)
Kami dapat buktikan secara matematik bahawa jenis rumah kembar-enam dalam perumahan Cantuman-Adu sentiasa lebih padat dan efisyen dari perumahan teres.
SUSUNATUR HONEYCOMB

RUMAH TERES

PANGSAPURI
Kita boleh juga pakai konsep Honeycomb untik apartmen. Sebagai alternatif kepada flat 5 tingkat yang memanjang dan berderet, adalah blok pangsapuri Honeycomb yang padat yang disusun dalam kelumpuk segi-enam. Terdapat halaman komuniti di tengah-tengah setiap kelumpuk blok. Tambah lagi, disetiap tingkat, unit unit pangsapuri disusun mengelilingi lobi yang berbentuk bulat. Lobi ini menjadi kawasan luar untuk dinikmati bersama oleh jiran-jiran di tingkat yang sama. Boleh diletak perkakas permainan atau taman dalaman ataupun pancutan air. Pangsapuri disini direkabentuk supaya memiliki tingkap yang menghala kearah lobi ini supaya ianya boleh diperhati oleh para penduduk demi keselamatan bersama dan menghindari dari gejala vandalisme.

Gambarajah 37

Ini adalah contoh pangsapuri 850 kp. Tidak begitu susah hendak merekabentuk blok segi-enam ini. Ada pintu masuk utama ke ruang makan dan ruang tamu. Ada juga pintu kedua melalui tempat jemur kain dan dapur yang luas. Kesemua kawasan basah dikumpulkan bersama untuk menyenangkan pembinaan; akses kepada 3 bilk tidur adalah melalui ruang keluarga. Ruang tamu dan makan memiliki pemandangan luar melalui balkoni dan pintu gelongsor yang lebar.

Gambarajah 40

Perumahan yang memakmurkan rakyat


Hampir semua orang ingin memiliki rumah sendiri. Bagi mereka yang sudah ada rumah, lazimnya, inilah aset mereka yang terbesar. Jadi dimanakah terletaknya nilai sesbuah rumah itu? Jawapan dari valuer atau estate agent, ada 3 faktor lokasi, lojasi, lokasi. Bukan batu-bata dan konkrit, atau mutu kemasan dalaman sama ada marmar atau jubin biasa, atau style senireka yang menjadi penentu nilai sesebuah rumah. Dan bila kita katakan lokasi, ia bukan semata-mata soal geografi yang mudah.. Flet Bangsar Baru di Kuala Lumpur umpamanya di tengah bandar tetapi harganya tidak tinggi. Siapa mahu duduk dalam sarang masaalah sosial - slum dimana ada kematian kerana terhempap basikal yang dibuang dari tingkat atas!
Rumah-rumah yang selesa, dalam kawasan yang selamat dengan jiran-jiran yang baik, yang dilihat sebagai lokasi yang agak sunyi dan eksklusif, dengan pokok yang rendang dan hijau. Rumah-rumah beginilah yang boleh naik harga. Pemilik-pemilik rumah Honeycomb yang hidup dengan harmoni sesama sendiri, menjaga dan memperbaiki halaman di depan rumah masing-masing, yang sama sama mewujudkan semangat kejiranan dan kekitaan, mereka bukan sahaja mendapat menfaat dari quality of life yang baik, tetapi juga mendapat manfaat dari peningkatan nilai aset mereka.

Table 42

You might also like