You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

DEFINISI KONTRAK Kontrak adalah undang-undang yang mengawal urusan perjanjian. Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan sesuatu perkara. Perlulah difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yang mempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang

Ciri-ciri asas Perlulah difahami bahawa ciri-ciri asas sesuatu kontrak berbeza di antara negara-negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang berbeza. Di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem "Common Law" seperti England, Malaysia dan India, ciri-ciri asas sesuatu Kontrak adalah seperti berikut: 1. Ada tawaran; 2. Ada penerimaan; 3. Ada balasan. Sekiranya ciri-ciri asas itu tidak wujud, maka di negara-negara yang mengamalkan sistem "Common Law" suatu kontrak yang sah dianggap tidak wujud. Yang mungkin wujud hanyalah perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah

Kebaikan : 1. Sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan cepat 2. Para pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang paling minimum. 3. Cara ini dapat mendorong kontraktor melipatgandakan usaha serta berlumba untuk menyiapkan projek berkenaan. Keburukan : 1. Angka atau jumlah anggaran 2. Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih tinggi dari harga anggaran. 3. Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak pelanggan dan kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran.

OBJEKTIF

Melalui tugasan yang kami jalankan ini, kami telah mengenalpasti beberapa objektif tugasan yang terlibat. Objektif tugasan adalah seperti berikut :

y y y

Memahami kontrak kos pembayaran ganti dengan lebih jelas. Mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai kontrak kos pembayaran ganti Memahami mekanisme kontrak kos pembayaran ganti

RUJUKAN

y y y y y

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_di_Malaysia http://www.jpa.gov.my/docs/pilmu/bukukew/cd2/Bil%20Kontrak.pdf http://baciti.blogspot.com/2010/02/jenis-kontrak.html http://www.scribd.com/doc/34167995/c2006-jenis-kontrak

KESIMPULAN

Kontrak kos pembayaran ganti merupakan satu kontrak dimana pemilik perlu membayar semula kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kontraktor. Kontrak jenis ini sesuai untuk projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan dengan cepat. Walaubagaimanapun, jumlah kos yang perlu dibayar hanyalah anggaran dan bonus atau denda perlu dibayar jika jumlah belanja sebenar kurang atau lebih tinggi daripada harga pasaran. Dalam kontrak ini, terdapat beberapa perkara penting yang harus dipersetujui oelh kedua-dua pihak iaitu jumlah kos sasaran, bonus atau denda yang perlu dibayar dan kualiti kerja yang perlu dicapai. Dengan ini, kontraktor mempunyai inisiatif untuk menjimatkan kos pembinaan dan mencepatkan penyiapan projek.

You might also like