You are on page 1of 43

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN
Pengenalan Pendaftaran Penyedia Latihan Program-program Latihan Yang Diluluskan (PROLUS) Terma-terma dan Syarat-syarat Bagi Pemberian Taraf PROLUS Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS Senarai Program-program Latihan PROLUS Tanggungjawab Penyedia Latihan Kriteria Kelayakan Majikan Pendaftaran Program E-Learning Pembaharuan Program PROLUS Pembayaran Geran Latihan Carta Alir Permohonan Pendaftaran Program Latihan Di Bawah Skim PROLUS Proses Kerja Permohonan Pendaftaran Program Latihan Di Bawah Skim PROLUS Carta Alir Permohonan Menukar Kandungan / Maklumat Program Latihan Proses Kerja Permohonan Menukar Kandungan / Maklumat Program Latihan Lampiran-lampiran

MUKA SURAT
1 1 2 4

6 6 7 8 9 11 12 13

15

18

19

21

PENGENALAN
Skim PROLUS (Program Latihan Yang Diluluskan) adalah merupakan salah satu daripada skim latihan di bawah KWPSM. Di bawah skim ini, penyedia-penyedia latihan hendaklah berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) terlebih dahulu di mana mereka perlu mengemukakan program-program latihan untuk dipertimbangkan bagi pemberian taraf PROLUS. Untuk program latihan/kursus tersebut, majikan-majikan tidak perlu mendapatkan kelulusan PSMB terlebih dahulu untuk memulakan latihan. Sebaliknya, majikan-majikan dengan mudah boleh memilih mana-mana program latihan/kursus di bawah Skim PROLUS untuk melatih pekerja masing-masing. Selepas latihan disempurnakan dengan jayanya, majikan-majikan bolehlah mengemukakan tuntutan untuk pembayaran kos yang dibenarkan kepada PSMB. Kos-kos yang dibenarkan adalah seperti yang ditetapkan dalam GARIS PANDUAN AM MENGENAI KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA.

PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN


Sebelum sesuatu program latihan diberi status PROLUS, penyedia latihan, sama ada penyedia latihan swasta atau awam, hendaklah berdaftar di bawah PSMB terlebih dahulu. Penyedia latihan boleh memilih untuk berdaftar mengikut kategori seperti berikut; (i) Kategori A : Penyedia Latihan dibenarkan untuk melaksana program-program soft skill dan hard skill di bawah semua skim latihan PSMB seperti Skim SBL, SBL-KHAS, PROLUS (termasuk E1

(ii)

Learning), PERLA dan Perantisan. Yuran pendaftaran adalah RM1,300. Kategori B : Penyedia Latihan dibenarkan untuk melaksana program-program di bawah Skim SBL, SBL-KHAS, & PROLUS (Sijil kehadiran). Yuran pendaftaran adalah RM800.

Sila rujuk Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 1/2009, berkenaan Prosedur baru Pendaftaran Penyedia Latihan dengan PSMB untuk syarat-syarat kelayakkan yang lebih terperinci serta semakan semula terhadap terma-terma serta syarat-syarat pendaftaran.

PROGRAM-PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN (PROLUS)


Permohonan bagi pemberian taraf PROLUS bolehlah dikemukakan oleh penyedia-penyedia latihan selepas mendapatkan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kategori A atau B sahaja. Program-program latihan/kursus yang ditawarkan secara umum dan memenuhi keperluan latihan majikan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi taraf PROLUS di bawah Skim PROLUS. Program-program latihan/kursus tersebut bolehlah dikategorikan seperti berikut: Kemahiran Pengurusan/Pentadbiran/Penyeliaan Kemahiran Teknikal Kemahiran yang berkaitan dengan kualiti/produktiviti Kemahiran yang berkaitan dengan Komputer Program perantisan sepenuh masa

(Sila rujuk Lampiran A untuk senarai terperinci)

Pendaftaran Program Latihan Di Bawah Skim Prolus Secara Online Bermula 3 Mei 2007, PSMB telah memperluaskan perkhidmatan online yang disediakan kepada penyedia latihan untuk Pendaftaran Program Latihan mereka secara Online. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyedia latihan dalam mendaftarkan program latihan secara online; i. Membuat bayaran sebanyak RM300 bagi setiap satu program latihan yang ingin didaftarkan di mana-mana cawangan Public Bank. Sila bawa bersama slip bayaran PSMB bagi memudahkan pihak bank mengenalpasti tujuan pembayaran; Oleh kerana pendaftaran program latihan dilakukan secara online, penyedia latihan perlu mempunyai katalaluan (password) sebelum boleh memasuki TPIS (Training Provider Information System); Setelah memasuki TPIS, penyedia latihan boleh mengikuti langkah-langkah yang telah disediakan bersama dengan contoh-contoh bagi mengisi borang pendaftaran secara online tersebut; Sila pastikan borang tersebut lengkap diisi dan sebarang dokumen yang perlu disertakan discan dan disertakan bersama-sama permohonan secara online tersebut; dan Permohonan pendaftaran program latihan di bawah Skim PROLUS hanya akan diproses setelah semua butir-butir tersebut disediakan : Bayaran proses sebanyak RM300.00 bagi setiap program latihan 1 set manual latihan yang komprehensif yang mengandungi:- Objektif kursus/ program latihan - Kumpulan sasaran - Kandungan kursus - Metodologi Latihan 3

ii.

iii.

iv.

v.

biodata tenaga pengajar (sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap satu kursus) Salinan sijil Train-The-Trainer/Surat pengecualian pengajar. Borang penilaian atau senarai kehadiran pelatih bagi satu (1) kursus yang telah dijalankan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT BAGI PEMBERIAN TARAF PROLUS


Bagi memastikan program latihan yang ditawarkan adalah pada standard yang diharapkan, berkualiti dan bersesuaian dengan keperluan majikan, syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi; (i) Penyedia latihan perlu berdaftar di bawah PSMB terlebih dahulu dan mesti mengemukakan program-program latihan untuk diluluskan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh sijil pendaftaran dikeluarkan. Program-program latihan yang dikemukakan mestilah sekurang-kurangnya telah dilaksanakan satu (1) kali dan disokong dengan borang penilaian sebagai bukti (Sila rujuk Lampiran C). Bagi program latihan diperingkat Sijil, ia perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali. Walau bagaimanapun, syarat ini dikecualikan bagi program-program teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) diperingkat kepakaran, teknologi baru, program diploma dan bahasa. Pembelajaran terbuka atau jarak jauh hanya boleh dipertimbangkan di peringkat Diploma sahaja. Kesemua program latihan akan dinilai oleh Ahli Jawatankuasa penganugerahan status PROLUS yang bersidang sebulan sekali. Setiap program latihan PROLUS mempunyai tempoh sah laku selama 3 tahun. Program latihan/kursus mestilah keperluan latihan majikan. 4 relevan dengan

(ii)

(iii)

(iv)

Setiap program mestilah mempunyai sekurangkurangnya dua (2) orang pengajar berkelayakan dan jika salah seorang tenaga pengajar adalah warganegara asing tenaga pengajar yang seorang lagi hendaklah tenaga pengajar tempatan. Setiap program latihan/kursus mestilah ditawarkan secara umum dan dijalankan dipremis penyedia latihan, hotel dan sewa tempat latihan. Bagi program teknikal/komputer program latihan/kursus mestilah dijalankan dipremis penyedia latihan yang diluluskan sahaja. Bagi memastikan keberkesanan sesuatu program latihan/kursus, bilangan pelatih hendaklah di antara 15 hingga 35 orang bagi program Soft Skills dan 15 hingga 25 orang bagi program Hard Skills; Program latihan/kursus mestilah mempunyai mekanisme bagi menilai keberkesanan. Sesebuah penyedia latihan yang memohon taraf PROLUS mesti memberi bukti tentang wujudnya perkara-perkara berikut:a) Ujian selepas kursus bagi mengukur kefahaman pelatih terhadap bahan-bahan rujukan kursus; dan Penilaian pelatih pada penghujung setiap program latihan/kursus untuk menilai keberkesanan keupayaan dan jurulatihjurulatih / tenaga pengajar.

(v)

(vi)

(vii)

(b)

(viii)

Tempoh latihan bagi sesuatu program latihan di bawah skim PROLUS hendaklah; (i) tujuh (7) jam sehari termasuk waktu rehat di belah pagi dan petang bagi program-program latihan di bawah kategori Sijil Kehadiran; 5

(ii) sekurang-kurangnya 36 jam bagi program latihan di peringkat Sijil; dan (iii) sekurang-kurangnya 600 jam bagi program latihan di peringkat Diploma. (ix) Hanya satu (1) yuran latihan dibenarkan bagi setiap program latihan.

Bagi program latihan yang telah diberikan taraf PROLUS dan telah ditawarkan kepada majikan, penyedia latihan adalah dikehendaki mengemukakan satu salinan borang penilaian bagi setiap pelatih ke PSMB untuk tujuan Kajian Keberkesanan. Borang-borang tersebut hendaklah dihantar ke PSMB pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

JAWATANKUASA PEMBERIAN TARAF PROLUS


Bagi memastikan program-program latihan yang diberi taraf PROLUS mempunyai kualiti dan bersesuaian dengan keperluan latihan majikan, semua permohonan taraf PROLUS akan dipertimbangkan oleh sebuah jawatankuasa yang digelarkan JAWATANKUASA PEMBERIAN TARAF PROLUS (ATP). Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil-wakil majikan, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif / Timbalan Ketua Eksekutif PSMB atau Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Latihan, PSMB.

SENARAI PROGRAM-PROGRAM LATIHAN PROLUS


Satu senarai program-program latihan/kursus-kursus bertaraf PROLUS yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia latihan akan dipaparkan di dalam laman web PSMB. Senarai ini 6

merupakan satu senarai yang dinamik dan akan berubah dari masa ke semasa mengikut pengetahuan/kemahiran yang diperlukan oleh majikan.

TANGGUNGJAWAB PENYEDIA LATIHAN


Penyedia latihan perlu mengagihkan borang tuntutan PSMB/PRO/T/06 (Sila rujuk Lampiran D) dan senarai kehadiran PSMB/PRO/4/06 (Sila rujuk Lampiran D1) kepada pelatih-pelatih berkenaan pada penghujung program latihan. Setelah kursus itu tamat, borang PSMB/PRO/4/06 mestilah dilengkapkan dan disahkan oleh penyedia latihan. Syarikatsyarikat perlu mengemukakan borang tuntutan dan senarai kehadiran kepada PSMB bagi tujuan tuntutan geran latihan. Resit yang dikeluarkan oleh penyedia latihan bagi tujuan pembayaran yuran hendaklah dikepilkan bersama semasa mengemukakan borang tuntutan. Penyedia latihan hendaklah memastikan bahawa syarikatsyarikat yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk menjalani kursus perlu dimaklumkan tentang peraturan-peraturan PSMB berikut:(a) Pelatih-pelatih mestilah berwarganegara Malaysia untuk layak mendapatkan bantuan kewangan; Pelatih-pelatih mestilah menamatkan kursus dan menghadiri latihan sekurang-kurangnya 75% dari setiap modul dan mestilah menduduki semua peperiksaan dan/atau menyempurnakan semua kertas kerja yang ditetapkan jika kursus berkenaan merupakan kursus bersijil; Tuntutan bayaran bantuan kewangan hendaklah dibuat dalam borang tuntutan rasmi PSMB/PRO/T/06; 7

(b)

(c)

(d)

Borang-borang tuntutan dan senarai kehadiran asal hendaklah diserahkan kepada PSMB hanya setelah sesuatu kursus itu tamat; dan Geran latihan hanya akan dibiayai selepas tamatnya kursus dan semua peperiksaan dan/atau kertas kerja jika kursus berkenaan kursus bersijil.

(e)

Taraf PROLUS bagi sesuatu program tidak boleh dipindahmilik. Kebenaran dari Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum apa-apa perubahan boleh dibuat kepada butir-butir berikut:(a) (b) (c) (d) Tajuk Kursus; Tempoh Kursus; Kandungan Kursus; Yuran Kursus - Permohonan untuk kenaikkan harga yuran kursus tidak akan dipertimbangkan sekiranya kelulusan terdahulu masih belum melebihi 2 tahun dan kadar kenaikan yuran hanya diterima setakat 10% sahaja; dan Pengajar/jurulatih - Permohonan pertukaran atau penambahan pengajar/jurulatih boleh dikemukakan pada bila-bila masa dengan menghantar surat serta biodata untuk mendapatkan kelulusan dari PSMB.

(e)

KRITERIA KELAYAKAN MAJIKAN


Semua majikan yang berdaftar dengan PSMB dan telah membayar levi Pembangunan Sumber Manusia selepas pendaftaran adalah layak untuk memohon geran latihan, tertakluk kepada kadar bantuan kewangan yang telah ditetapkan bagi membiayai sepenuhnya atau sebahagian daripada kos latihan bagi para pekerja. Majikan-majikan juga mestilah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:8

(i)

Semua perbelanjaan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh syarikat dan bukannya oleh pelatih. Bantuan kewangan adalah bertujuan membiayai sepenuhnya atau sebahagian daripada kos latihan yang ditanggung oleh syarikat dan bukan untuk membolehkan individu-individu menjalani latihan untuk mempertingkatkan kemahiran peribadi. Ini adalah untuk mengurangkan pembaziran dalam latihan kemahiran yang tiada kaitan di tempat kerja; Majikan-majikan tidak boleh membiayai kos program luaran hanya apabila program berkenaan disempurnakan dengan jayanya oleh pelatih-pelatih. Pembayaran balik seperti ini yang lazimnya dibuat kepada pekerja di bawah Skim Bantuan Pendidikan adalah dianggap oleh PSMB sebagai sebahagian daripada pakej faedah syarikat kepada pekerja; Pelatih-pelatih mesti menyempurnakan kursus dengan kehadiran sekurang-kurangnya 75% bagi setiap program atau modul dan menduduki semua peperiksaan dan / atau menyempurnakan semua tugasan yang dinyatakan, jika diwajibkan. Pembayaran geran hanya akan dibuat apabila kedua-dua syarat tersebut dipatuhi.

(ii)

(iii)

PENDAFTARAN PROGRAM E-LEARNING

a) Bagi menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan majikan-majikan dan pekerja-pekerja yang diliputi di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, program E-Learning telah diperkenalkan pada tahun 2001. Penyedia-penyedia latihan boleh memohon untuk mendaftar program E-Learning di bawah tiga (3) kategori seperti berikut: -

(i) Program Full E-learning; (ii) Program Blended E-Learning; dan (iii) E-Learning melalui langganan Penyedia latihan perlu mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 untuk mendaftarkan program E-Learning (Sila rujuk Lampiran E). Program Full E-Learning (i) Tempoh latihan yang minimum bagi program ELearning adalah sekurang-kurangnya 48 jam dan memenuhi struktur berikut: (ii) Pembelajaran sendiri (60%) Pembelajaran interaktif (30%) Pembelajaran bersemuka (10%)

Penyedia-penyedia latihan yang berkenaan dikehendaki membuat demonstrasi mengenai perlaksanaan program E-Learning dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS (ATP).

Program Blended E-Learning (i) Program Blended E-Learning ini meliputi kombinasi pembelajaran E-Learning dalam bilik latihan melalui Local Area Network (LAN) dan Full E-Learning melalui Wide Area Network (WAN); Bagi E-Learning dalam bilik latihan, pengajar akan melatih peserta mengenai cara-cara menggunakan komputer sebagai alat untuk pembelajaran sendiri. Sebagai contoh, jika terdapat 10 modul dalam program E-Learning, peserta kursus kehendaki menghadiri tiga (3) modul dalam bilik latihan selama tiga (3) hari yang mana mereka akan dibimbing oleh pengajar pada hari pertama. Bagi hari ke dua dan ketiga, mereka dikehendaki untuk melaksanakan 10

(ii)

(iii)

pembelajaran secara bersendiri. Selepas menamatkan latihan tiga modul tersebut, mereka dikehendaki meneruskan latihan bagi tujuh (7) modul yang lain secara berdikari sama ada di rumah ataupun di pejabat. Sebaik sahaja menyempurnakan latihan sebanyak 10 modul peserta akan ditauliahkan Sijil Kehadiran atau Sijil Kekompetenan yang mana berkaitan; dan Penyedia latihan perlu mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 untuk mendaftarkan program ELearning.

Program E-Learning Melalui Langganan (i) Penyedia-penyedia latihan juga boleh menawarkan program-program E-Learning melalui langganan kepada majikan-majikan yang berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Di bawah pendekatan ini, majikan-majikan akan ditawarkan program latihan dalam pelbagai pakej, tertakluk kepada jumlah program latihan yang diperlukan (contoh 50 atau 100 program) dan jumlah pengguna (contoh 10 atau 50 atau 100) untuk satu jangka masa (contoh 3 atau 6 atau 12 bulan); dan Penyedia latihan perlu mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 untuk mendaftarkan program ELearning.

(ii)

PEMBAHARUAN PROGRAM PROLUS


Kelulusan untuk sesuatu program latihan adalah bagi tempoh tiga tahun dan ianya hendaklah diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut. Pembaharuan program latihan hendaklah dilakukan secara online di laman web PSMB iaitu di ruangan TPIS (Training Provider Information System).

11

Dalam melaksanakan pembaharuan program secara online, penyedia latihan dikehendaki untuk mempunyai katalaluan (password) dan mempunyai akses ke laman web PSMB iaitu www.hrdf.com.my. Bayaran bagi pembaharuan program tersebut hendaklah dilakukan di mana-mana cawangan Public Bank atas nama Pembangunan Sumber Manusia Berhad melalui nombor akaun 3-99906000-3. Bagi memastikan program PROLUS yang didaftarkan mendapat sambutan dikalangan majikan yang berdaftar dengan PSMB, hanya program yang aktif sahaja akan dipertimbangkan untuk tujuan pembaharuan. AKTIF disini bermaksud program tersebut hendaklah dijalankan kepada majikan yang berdaftar dengan PSMB sekurang-kurangnya sekali (1) kali sepanjang tempoh tiga (3) tahun.

PEMBAYARAN GERAN LATIHAN


Pembayaran geran latihan hanya akan dibuat berasaskan kepada tuntutan yang dikemukakan selepas tamatnya sesuatu program latihan/kursus itu. Sila rujuk kepada GARIS PANDUAN AM untuk maklumat lanjut.

URUSETIA, PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 12

CARTA ALIR PERMOHONAN PENDAFTARAN PROGRAM LATIHAN DI BAWAH SKIM PROLUS MULA Menerima/mengecop/ merekod tarikh penerimaan surat Merekod dan menyemak permohonan dan Dokumen Sokongan

2 Meminta Maklumat Tambahan 3.1 Daripada Penyedia Latihan Atau Menolak Permohonan

Tidak

3
Ya

Permohonan Lengkap

Memasukkan maklumat ke dalam komputer

Menilai dan membuat cadangan

Membuat persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS Membentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS

A 13

A
Lulus Bersyarat

Meminta 8.1 maklumat tambahan yang dikehendaki Perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa PROLUS Keputusan Pengerusi 9

Tolak

Keputusan Mesyuarat

Lulus

10

Tolak

Lulus

11

Memasukkan status program ke dalam komputer Mengeluar Surat Kelulusan/Penolakan Berasaskan keputusan Jawatankuasa

12

TAMAT

14

PROSES KERJA PERMOHONAN PENDAFTARAN PROGRAM LATIHAN DI BAWAH SKIM PROLUS Langkah 1 Proses Kerja Menerima/mengecop dan penerimaan borang PSMB/TPe/PRO/2/06 merekod tarikh permohonan

Menyemak permohonan dari penyedia latihan. Perkara-perkara yang disemak adalah seperti berikut: Satu set manual latihan yang mengandungi tajuk kursus, objektif kursus, kumpulan sasar, kandungan kursus, biodata pengajar dan metodologi kursus); Salinan sijil Train-The-Trainer/Surat pengecualian pengajar; Senarai kehadiran atau borang penilaian kursus; dan Salinan slip bayaran sebanyak RM300 bagi setiap program latihan/kursus.

3 3.1

Permohonan lengkap atau tidak lengkap Sekiranya tidak lengkap Urusetia akan meminta maklumat tambahan dari penyedia latihan Sekiranya lengkap, permohonan tersebut akan diproses ke peringkat selanjutnya

15

Maklumat kursus/program latihan dimasukkan ke dalam pengkalan data melalui komputer

Menilai dan membuat cadangan terhadap program latihan/kursus untuk dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS (ATP)

Menyusun borang PSMB/TPe/PRO/2/06, dokumen-dokumen sokongan, manual latihan, maklumbalas mesyuarat yang lepas serta hal-hal lain mesyuarat

Membentangkan cadangan program kepada Ahli Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS

Keputusan mesyuarat adalah seperti berikut: (i) Lulus bersyarat; (ii) Tolak; dan (iii) Lulus. Bagi kelulusan bersyarat Urusetia akan mengeluarkan surat Kelulusan Bersyarat bagi meminta maklumat tambahan yang dikehendaki daripada penyedia latihan

8.1

Urusetia akan mengadakan perbincangan dengan pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS mengenai maklumbalas yang dikemukakan oleh penyedia latihan berkenaan maklumat tambahan bagi kelulusan bersyarat yang diberikan

16

10

Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS akan membuat keputusan sama ada meluluskan atau menolak permohonan penyedia latihan. Permohonan akan ditolak jika:(i) Maklumbalas yang dikemukakan melebihi tempoh sebulan dari tarikh surat dikeluarkan atau maklumbalas yang dikemukakan tidak lengkap. Permohonan akan diluluskan jika:(ii) Maklumbalas yang dikemukakan adalah dalam tempoh sebulan dari tarikh surat dikeluarkan dan maklumbalas tersebut adalah lengkap

11

Memasukkan status sesuatu program latihan ke dalam pengkalan data sama ada diluluskan atau tidak

12

Mengeluarkan surat kelulusan atau penolakan kepada penyedia latihan

17

CARTA ALIR PERMOHONAN MENUKAR KANDUNGAN / MAKLUMAT PROGRAM LATIHAN MULA


Menerima/mengecop/ merekod tarikh penerimaan surat permohonan Mengkaji/membuat cadangan Dibawa kepada Ketua Eksekutif /Timbalan Ketua Eksekutif atau Ketua Bahagian Mengeluar surat penolakan

2
Membentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS / Ketua Bahagian / Ketua Eksekutif
Meminta maklumat tambahan

3a

3b

Lulus Bersyarat

Tolak

4.1

4.2
Lulus

Perbincangan dengan Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Keputusan Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS

4.3

4.4
Tolak Lulus

Mengeluar surat kelulusan/penolakan

TAMAT

18

PROSES KERJA PERMOHONAN MENUKAR KANDUNGAN / MAKLUMAT PROGRAM LATIHAN

Langkah 1

Proses Kerja Menerima/mengecop dan merekod penerimaan surat permohonan tarikh

Mengkaji dan membuat cadangan permohonan perubahan maklumat latihan/kursus seperti berikut:(i) Kadar yuran; (ii) Tajuk kursus; (iii) Tempoh Latihan; dan (iv) Tenaga Pengajar.

terhadap program

(a) Membentangkan di dalam Mesyuarat Pemberian Taraf PROLUS sekiranya perubahan tersebut melibatkan tajuk kursus, kadar yuran dan tempoh latihan (b) Mengemukakan cadangan kepada Ketua Eksekutif/Timbalan Ketua Eksekutif atau Ketua Bahagian sekiranya perubahan melibatkan tenaga pengajar sahaja

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS/ Ketua Eksekutif atau Ketua Bahagian adalah seperti berikut:(i) Lulus; (ii) Lulus Bersyarat; dan (iii) Tolak.

19

4.1

Permohonan akan ditolak sekiranya:i. Kadar Yuran Kenaikan kadar yuran melebihi 10% dan program latihan tersebut tidak mempunyai status PROLUS lebih dari 2 tahun ii. Tempoh Latihan Perubahan tempoh latihan menjejaskan sukatan kandungan kursus yang telah diluluskan iii. Tenaga Pengajar Tiada kelulusan akademik atau pengalaman yang bersesuaian dengan kursus yang hendak diajar Permohonan akan dikuiri sekiranya Mesyuarat memerlukan maklumat tambahan selain yang dikemukakan oleh penyedia latihan

4.2

4.3

Perbincangan dengan pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS bagi maklumbalas yang diberikan oleh penyedia latihan atas kelulusan bersyarat Keputusan Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS. Pengerusi akan memberikan kelulusan sekiranya maklumbalas yang dikemukakan oleh penyedia latihan adalah lengkap dan akan menolak permohonan sekiranya maklumbalas yang dikemukakan adalah tidak lengkap

4.4

Mengeluarkan surat kelulusan/penolakan

20

Lampiran A

A.

Kemahiran Pengurusan/Pentadbiran/Penyeliaan (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) Perakaunan Dan Kewangan Pengurusan Perniagaan Pengurusan Dan Perancangan Pengeluaran Perhubungan Perusahaan Penjualan/Pemasaran Latihan Dan Pembangunan/Latihan Pengajar Kemahiran Pengurusan/Penyeliaan Pengawasan Pembelian Dan Pendaftaran Barang-barang Pengurusan Bahan-bahan

B.

Kemahiran Teknikal (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) Elektrik/Elektronik/Jentera Hidrolik dan Pneumatik Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Kepersian Optik Percetakan Pemesenan Yang Persis Elektronik Yang Berdigit dan Baikpulih Pengawal Logik Aturcara Kawalan Berangka Terkomputer Elektronik Keadaan Padu Perindustrian

21

C.

Kemahiran Berkaitan Dengan Kualiti/Produktiviti (1) (2) (3) (4) Kawalan Proses Statik Dan Kawalan Mutu Kesedaran Dan Kawalan Mutu Teknik Kawalan Bagi Peningkatan Muta Kawalan Mutu Untuk Pengeluaran

D.

Kemahiran Berkaitan Dengan Komputer (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) Rekabentuk Terbantu Komputer Perkilangan Berasaskan Komputer Kejuruteraan Terbantu Komputer Aturcara Komputer Kuasa Teknologi Maklumat Prosesan Data Penggunaan Komputer Untuk Perniagaan Sistem Perakaunan Berkomputer Penggunaan Dan Aturcara Komputer Mikro

E.

Perantisan Jangka Masa Penuh (1) (2) (3) (4) (5) Pemesinan Kayu Kimpalan/Kimpalan Arka/Kimpalan Gas Percetakan Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara Pemesinan Bilik Perkakas

22

Lampiran B
SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN UNTUK MENDAFTAR PROGRAM LATIHAN DENGAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD DI BAWAH SKIM PROLUS Nama Program Latihan : ___________________________________________ Bersama-sama ini disertakan borang permohonan dan dokumen berkaitan untuk mendaftarkan program latihan dengan PSMB di bawah Skim PROLUS [sila tandakan ( ) dalam kotak yang berkaitan]. Slip Bayaran Bank (Lampiran F) sebanyak RM300.00 untuk setiap program latihan yang dibayar di Public Bank Berhad (PBB)

1 salinan Lampiran B1 program latihan / ringkasan kursus yang merangkumi:i. ii. iii. iv. Tajuk program / kursus; Kumpulan sasaran; Objective program / kursus; dan Methodologi Latihan

1 salinan Lampiran B3 untuk biodata Tenaga Pengajar (sekurang-kurangnya 2 orang tenaga pengajar untuk setiap program latihan lengkap dengan tandatangan mereka) 1 salinan Sijil Train-The-Trainer PSMB / Surat Pengecualian daripada menghadiri Program Train-The-Trainer PSMB 1 salinan manual latihan yang komprehensif. hantar ke PSMB secara pos / tangan) Surat kelulusan untuk menggunakan manual latihan daripada :_________________________________________________________ (jika manual latihan telah disediakan/yang dimiliki oleh pihak lain) 1 salinan Borang Penilaian Program Latihan / Senarai Kehadiran dengan sekurang-kurangnya satu sesi.

23

Surat penurunan kuasa daripada Kementerian Pendidikan / MQA / institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara (untuk Program Diploma dan Program Francais) Pecahan jam latihan dan yuran kursus untuk setiap modul bagi Program Latihan di peringkat Sijil / Diploma (Rujuk kepada contoh dalam LampiranB2) Kaset video atau peralatan simulasi lain yang digunakan semasa program latihan dijalankan (sekiranya digunakan semasa sesi latihan)

Senarai semak ini mesti dikemukakan oleh Penyedia Latihan bagi setiap program latihan/kursus yang dipohon untuk mendapatkan status PROLUS/ATP.

Sila lihat contoh format seperti di Lampiran B1, B2, B3 & B4.

24

Lampiran B1
RINGKASAN CONTOH PROGRAM LATIHAN

KAWAL SELIA DAN PENGURUSAN PROJEK 1.0 SIAPA PATUT HADIR Program ini bersesuaian dengan personal dikalangan Pengurusan Pertengahan, Pengurus Projek, Jurutera-jurutera Projek yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek-projek baru syarikat-syarikat mereka. 2.0 OBJEKTIF Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pada akhir program latihan ini, pelatih-pelatih boleh menggunakan teknik-teknik merancang secara sistematik untuk merancang dan menyelaraskan semua projek yang berkaitan bagi mengurangkan masa dan kos secara efisyen. 3.0 RANGKA PROGRAM LATIHAN 3.1 Pengenalan kepada Projek dan Aktiviti Pengurusan serta Rangkaian Logik. Anggaran tempoh masa aktiviti tempoh masa Critical RouteDeferment dan Floats. Mengira kebarangkalian ke atas 3 kali anggaran projek berasaskan kepada tempoh masa yang diberi. Masalah-masalah dalam Agihan Sumber. Kawalselia dikemaskini. Projek-Status Laporan-Maklumbalas yang

3.2

3.3

3.4 3.5

4.0

METODOLOGI 4.1 Penyampaian latihan meliputi ceramah, perbincangan secara berkumpulan, latihan praktikal dan persembahan video.

25

Lampiran B2
CONTOH MODUL, YURAN LATIHAN KURSUS, PENGAJAR DAN PECAHAN JUMLAH JAM UNTUK PROGRAM LATIHAN DIPLOMA MODUL TAJUK TEMPOH MASA LATIHAN (JAM) 252 252 252 252 252 252 252 YURAN LATIHAN KURSUS UNTUK SETIAP MODUL (RM) 725 725 725 725 725 725 650

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Teknologi dan Sistem Komputer Komunikasi Perniagaan Sistem Perniagaan Metodologi Pengaturcaraan Komputer Projek Pengaturcaraan Bersepadu Pembangunan Multimedia Teknik Kuantitatif untuk Sistem Maklumat JUMLAH

1764 SENARAI PENGAJAR

5000

Bil.

Nama Pengajar

Modul

Kelayakan (Bidang Pengajian) MSc Information Technology BSc (Education) Diploma in Management

Nama Institusi Pengajian Tinggi Universiti Sains Malaysia

1.

Ahmad bin Ismail

i.

Sistem Perniagaan

ii. Teknik Kuantitatif untuk Sistem Maklumat

Universiti Sains Malaysia Malaysian Institute of Management

26

2.

Ahmad bin Jaafar

i.

Sistem Perniagaan Pembangunan Multimedia

MSc (Information Technology) BSc Information Technology

Universiti Sains Malaysia

Universiti Utara Malaysia

3.

Chong Ah Kau

i.

Teknologi dan Sistem Komputer

MSc (Information Technology)

Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia

BA (Hons) ii. Projek Pengaturcaraan Bersepadu

4.

Ang Mei Mei

i.

Metodologi MSc Pengaturcaraan Information Komputer Technology BSc Information Technology

Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia

27

Lampiran B3
STANDARD BIODATA

A.

LATARBELAKANG PENGAJAR NAMA NO. KAD PENGENALAN KEWARGANEGARAAN NO. TELEFON NO. FAKS : : : : :

B. C. D.

KELAYAKAN AKADEMIK : merangkumi kelayakkan, institusi serta tahun KELAYAKAN PROFESIONAL : KURSUS JANGKA PENDEK YANG PERNAH DIHADIRI : TEMPOH TAHUN PENGALAMAN BEKERJA : merangkumi jawatan, syarikat serta tahun PENGALAMAN DALAM LATIHAN PEKERJAAN TERKINI LAIN-LAIN MAKLUMAT

E.

F.

: subjek / program yang pernah dikendalikan : :

G. H.

TANDATANGAN PENGAJAR : _______________________________ TARIKH : ____________________________

28

Lampiran C
PSMB/PRO/E/06 (BORANG INI UNTUK SKIM PROLUS SAHAJA) BORANG PENILAIAN PROGRAM LATIHAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001 (AKTA 612) Penyedia Latihan yang telah berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) hendaklah memastikan semua peserta dari majikanmajikan terbabit mengisi borang ini. Borang-borang ini (setelah diisi) hendaklah disimpan dan dihantar kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada Januari dan Julai setiap tahun. Pendaftaran anda akan dibatalkan sekiranya anda gagal menyediakan borang ini. Objektif borang ini adalah untuk menilai kualiti program latihan yang ditawarkan. Borang ini disimpan secara sulit. MAKLUMAT AM * Sila tanda ( ) diruangan berkaitan 1. Nama Peserta : _____________________________________________ Lelaki Perempuan

2.

Jawatan Peserta :

Tahap Pengurusan Tahap Eksekutif

Tahap Perkeranian Operator/ Tahap Bukan Perkeranian

Lain-lain (sila nyatakan) : 3. Kategori Syarikat Peserta : Perkilangan Perkhidmatan

29

4.

Saiz Syarikat

Kecil (10 49 pekerja) Sederhana (50 199 pekerja)

Besar (200 & lebih pekerja)

5. 6.

Nama Program Latihan : ______________________________________ Nama Penyedia Latihan : _____________________________________ Tarikh : _____________ Tempat : ______________________

7.

Adakah ini merupakan kali pertama anda ditaja oleh organisasi anda di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM)? Tidak Ya

ISI KANDUNGAN PROGRAM LATIHAN * Sila tanda ( ) diruang berkaitan 1


Sangat lemah

2
Lemah

3
Sederhana

4
Baik

5
Cemerlangan

1. Sejaun mana program latihan ini memenuhi objektif?* 2. Bagaimana anda penilai keberkesanan kandungan kursus?* 2.1 Menepati kehendak saya Membantu meningkat kualitit kerja saya Meningkatkan produktiviti kerja saya

2.2

2.3

30

3. Bagaimana anda menilai bahan pembelajaran program latihan?* 3.1 Bahan latihan adalah komprehensif Menambah pengetahuan dan pemahaman saya Boleh apa yang telah dipelajari ke arah kerja saya

3.2

3.3

4. Bagaimana anda menilai kandungan program latihan 4.1 Tajuk yang mengikut urutan Kandungan berkaitan dengan kerja saya Contoh diberi adalah mencukupi Sesi perbincangan mencukupi

4.2

4.3

4.4

31

PENGAJAR PROGRAM LATIHAN 1. Nama Pengajar Pertama : ________________________________________ Nama Pengajar Kedua : __________________________________________ (jika berkaitan) * Sila tanda ( ) diruang berkaitan 1
Sangat lemah

2
Lemah

3
Sederhana

4
Baik

5
Cemerlangan

2. Bagaimana anda menilai pengajar berdasarkan kriteria berikut:2.1 Persediaan Pengajar :Pengajar 1

Pengajar 2

2.2

Pengetahuan terhadap tajuk :Pengajar 1

Pengajar 2

2.3

Kemahiran merujuk kepada tajuk:Pengajar 1

Pengajar 2

32

2.4

Kemahiran persembahan:Pengajar 1

Pengajar 2

2.5

Kebolehan menarik perhatian penyertaan peserta :Pengajar 1

Pengajar 2

2.6

Penilaian keseluruhan terhadap pengajar:Pengajar 1

Pengajar 2

33

PENILAIAN AM KE ATAS PROGRAM LATIHAN * Sila tanda ( ) diruang berkaitan 1 FAKTOR-FAKTOR


1. Bagaimana anda menilai program latihan berdasarkan kriteria berikut: 1.1 Tahap pemahaman Pentadbiran dan lain-lain kemudahan Tempat latihan yang bersesuaian Keselesaan persekitaran Yuran latihan yang berpatutan Makan dan minum (jika ada)
Sangat lemah

2
Lemah

3
Sederhana

4
Baik

5
Cemerlangan

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

2. Adakah anda akan mengesyorkan rakan-rakan anda untuk menghadiri program latihan ini? Tidak Ya

URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD TINGKAT 7, WISMA CHASE PERDANA OFF JALAN SEMANTAN BUKIT DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

34

Lampiran D
PSMB/PRO/T/06 UNTUK SKIM PROLUS NO. KOD MAJIKAN :

TUNTUTAN BAYARAN DI BAWAH AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001 (AKTA 612)

1.

NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR SYARIKAT :

Pegawai untuk dihubungi:

No. Tel : _____________

2.

Tajuk Kursus/Program :

3.

Nama Institusi/Penyedia Latihan :

4.

Tarikh Bermula : _____________

Tarikh Akhir : _____________

Tempoh Masa Latihan : __________ jam / _________ hari Adakah latihan diadakan pada waktu kerja pelatih-pelatih?* Ya Tidak

5.

MAKLUMAT JAWATAN PELATIH JAWATAN SEMASA BILANGAN PELATIH JANTINA


Lelaki Perem puan Bumi putera

KAUM
Cina India Lain-lain (sila nyatakan)

________ ________ ________ ________ ________

_________ _________ _________ _________ _________

___ ___ ___ ___ ___

____ ____ ____ ____ ____

___ ___ ___ ___ ___

___ ___ ___ ___ ___

___ ___ ___ ___ ___

_____ _____ _____ _____ _____

Jumlah (Sila sertakan berasingan sekiranya perlu) + Sila tanda ( ) di ruang berkenaan

35

6.

Adakah Penyedia Latihan menyediakan kemudahan makan/minum semasa latihan?

Ya

Tidak

7.

Bilangan pelatih berkelayakan : _______________________________ (Sila sertakan Senarai Kehadiran ASAL PSMB/PRO/4/06 disediakan oleh institusi/penyedia latihan) Yuran Kursus : @ RM _______ seorang pelatih x bilangan pelatih _______ Elaun Harian Pelatih : @ RM _______ seorang pelatih x bilangan pelatih _______ Tambang Kapalterbang Kelas Ekonomi, jika berkaitan : @ RM _______ seorang pelatih x bilangan pelatih _______ Bahan latihan guna habis, jika berkaitan : Sila nyatakan : _________________________ _____________________________________ Jumlah Kos Latihan RM ___________

RM ___________

RM ___________

RM ___________

36

8.

PENGAKUAN MAJIKAN (a) Kami mengaku bahawa semua pelatih adalah pekerja yang tersenarai dalam senarai gaji syarikat kami. Kami faham dan sekiranya kami memperolehi geran latihan melalui kenyataan palsu atau tidak benar, kami boleh didakwa di bawah Seksyen 41, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Akta 612) dan di samping itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad atas budibicaranya, menarik balik geran latihan ini dan dengan serta merta menuntut sebarang amaun yang telah dibayar kepada kami sebelum ini. Kami mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberi berhubung dengan tuntutan ini dan juga maklumat yang disertakan adalah benar dan segala perbelanjaan yang dituntut telah dibiayai oleh kami dan selain dari tuntutan ini, tidak ada apa-apa tuntutan lain dibuat mengenai perbelanjaan tersebut. Semua dokumen yang berkaitan dengan tuntutan ini adalah disimpan oleh kami dan boleh diperiksa oleh Urusetia Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Kami mengaku bahawa terma-terma dan syarat-syarat untuk penganugerahan geran tersebut telah kami patuhi.

(b)

(c)

(d)

COP SYARIKAT

TANDATANGAN : _________________________ NAMA : _________________________________ JAWATAN : ______________________________ (Pengerusi/Pengarah Urusan/Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/Akauntan/Pegawai Bertanggungjawab sila nyatakan jawatan) + TARIKH : ________________________________

+ Potong mana yang tidak berkenaan

37

Lampiran D1
UNTUK SKIM PROLUS SAHAJA Senarai kehadiran ini mestilah disertakan bersama apabila mengemukakan borang tuntutan PSMB/PRO/T/06

PSMB/PRO/4/06

SENARAI KEHADIRAN (Untuk diisi oleh Penyedia Latihan)

Tajuk ____________________ Kursus : ___________________ Tarikh Mula ____________ Kursus : Tamat ___________ Bilangan Jam ___________ Jam latihan : Bilangan hari ___________ Hari sebenar latihan

Modul/Sijil : ______________________ (jika berkaitan) Nama Majikan : ___________________ Tempat Latihan : __________________

Jarak tempat latihan dengan premis majikan : <50KM >50KM (Tandakan mana yang berkaitan)

Cara latihan dijalankan (nyatakan bilangan hari) : 1) (a) Kelas Petang : (b) 4 jam dan ke atas sehari : Hari (b) Kelas Hujung Minggu Kurang dari 4 jam sehari YA Hari

2)

Hari

(c)

Hari

Makan disediakan oleh Penyedia Latihan : Bil. Nama No. Kad Pengenalan

TIDAK (Tanda mana berkenaan) Tarikh Latihan dan Tandatangan Pelatih*

Warganegara Malaysia (Ya/Tidak)

* Ruangan tandatangan perlu ditandatangani pada setiap hari latihan. Sila buat lampiran sekiranya ruangan tidak mencukupi.

38

Saya mengisytiharkan bahawa fakta-fakta dalam borang ini dan juga maklumatmaklumat yang disertakan bersama adalah benar dan saya tidak menyembunyikan atau memutarbelitkan sebarang fakta penting. Saya mengisytiharkan bahawa segala terma dan syarat di bawah Skim PROLUS telah kami patuhi. Saya juga mengesahkan bahawa kesemua tandatangan di atas telah dibuat oleh pelatih sendiri selaras dengan kehadiran sebenar mereka.

NAMA : ________________________ JAWATAN & : ___________________ COP PENYEDIA LATIHAN

TANDATANGAN : _____________ TARIKH : ____________________

AMARAN : Seksyen 40, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Akta 612) memperuntukan bahawa: Mana-mana orang yang (a) membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa pengisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini, atau manamana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir; dan tidak atau enggan memberikan atau mengemukakan apa-apa pengisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya diberikan atau dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya. Borang ini boleh diperolehi dari laman web PSMB www.hrdnet.com.my

(b)

39

Lampiran E
PERMOHONAN PENDAFTARAN PROGRAM E-LEARNING DI BAWAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

PSMB/PRO/EL/06

NO. RUJUKAN PSMB :

SENARAI SEMAK 1. Kemukakan satu dilengkapkan. (1) set borang PSMB/PRO/EL/06 yang telah

2.

Yuran pemprosesan sebanyak RM300 bagi setiap program latihan di bawah Full E-Learning, Blended E-Learning dan E-Learning by Subcription. Bayaran dalam bentuk cek, wang pos atau kiriman wang atau deraf bank. Kemukakan kertas cadangan yang mengandungi maklumat mengenai tujuan, kandungan, kaedah penyampaian, yuran latihan dan faedahfaedah e-learning kepada pelatih.

3.

1.

Nama Program Latihan :

2.

Jenis E-Learning [sila tandakan ( ) dalam ruang yang berkaitan] Full E-Learning (1) Blended ELearning (2) E-Learning by Subscription (3)

3.

Bahasa Penghantar * Bahasa Melayu (1) Bahasa Inggeris (2) Lain-lain (3) Sila sebutkan: ___________

40

4.

Jumlah Jam Latihan (tidak berkenaan untuk E-Learning melalui langganan) (i) Belajar Bersendirian (ii) Belajar Secara Interaktif (iii) Belajar Secara Bersemuka : _________ jam : _________ jam : _________ jam

5.

Kelayakan Akademik Minimum Pelatih * SPM/SPMV/MCE atau setaraf (1) Sijil Politeknik atau setaraf (3) Diploma atau setaraf (5) MLVK asas/pertengahan/ tinggi + (2) STPM/HSC atau setaraf (4)

Ijazah dan ke atas (6)

Lain-lain, sila nyatakan (7) : _______________

6.

Yuran Latihan : (a) Setiap pelatih di bawah Full E-Learning/Blended E-Learning : ________________________ Untuk E-Learning by Subscription berdasarkan pakej pembelajaran dipersetujui : _______________________________

(b)

7.

Jumlah pengajar bagi program Blended _____________________________________ (sila kemukakan biodata pengajar)

E-Learning

sahaja

8.

Alamat laman web : _____________________________________

41

Kami mengaku bahawa semua fakta yang dinyatakan dalam permohonan ini dan maklumat-maklumat yang disertakan adalah benar dan betul dan kami tidak menyimpan/memutarbelitkan sebarang fakta. Kami memahami jika sekiranya memperolehi status PROLUS dengan memberi maklumat-maklumat yang salah atau mengelirukan, tindakan terhadap kami boleh diambil di bawah Seksyen 41, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Akta 612) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad boleh membatalkan status PROLUS tersebut dengan serta merta.

Tandatangan : _________________ Nama & Jawatan : ______________ (Pengerusi/Pengarah Urusan/ Pengurus Besar/Pengarah) + Cop Syarikat :

Tandatangan : _________________ Nama & Jawatan : ______________ (Pegawai Bertanggungjawab)

Tarikh : ______________________

+ Sila potong jika tidak berkaitan

42

You might also like