You are on page 1of 5

Definisi Bimbingan dan Kaunseling Portal Privasi

27 Ogos 2008 ... Bimbingan dan Kaunseling. Apa itu kaunseling? Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. ... kaunseling.wordpress.com/.../definisi-bimbingan-dan-kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling Apa itu kaunseling? Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmatkaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu. Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunselingmerangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan olehkaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien. Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikankaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Definisi Bimbingan Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka. fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.

perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan. Pendekatan Bimbingan Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K) Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. Guru ini tidak digelar kaunselor MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan. Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan. Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunselingpengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok. Perkhidmatan lebih bersifat terbuka . Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin. Perkhidmatan bersifat pelbagai modality
Ogos 27, 2008 Kategori: Tugas kaunselor . Tag:Tugas kaunselor . Pengarang: Prof.h4ck3r Like One blogger likes this post.

Tinggalkan Komen Tiada komen. RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik Tinggalkan Jawapan Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen. Frequently Asked Questions on Marriage and Family TherapistsPengenalan

Bimbingan & Kaunseling


29 Ogos 2003 ... PENGERTIAN, RASIONAL DAN OBJEKTIF BIMBAINGAN DANKAUNSELING Dalam usaha ke arah mencapai status negara maju, pelbagai masalah sosial dialami ... chansiewhon.tripod.com/interest.htm

PENGERTIAN, RASIONAL DAN OBJEKTIF BIMBAINGAN DAN KAUNSELING Dalam usaha ke arah mencapai status negara maju, pelbagai masalah sosial dialami. Para pelajar terdedah kepada berbagaibagai pengaruh seperti media massa, internet, kumpulan liar dan sebagainya. Dalam senario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru dalam sesebuah negara yang pesat pembangunannya. Mari kita teliti secara dekat maksud pergertian bimbingan dan kaunseling serta rasional dan objektifnya.

PERGERTIAN BIMBINGAN D.W. Lefever menjelaskan bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Ia bertujuan membantu seseorang individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat agar memperoleh kesejahteraan hidup. Menurut McDaniel dan Shaftell, bimbingan ialah suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.

Rajah 1.1 Aktiviti-aktiviti bimbingan

Shertzer dan Stone pula berpendapat bahawa bimbingan adalah suatu proses yang menolong individu-individu memahami diri dan dunia mereka. Implikasi definisi ini ialah individu-individu akan dibantu oleh pembimbing agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri mereka. Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, 0individu dapat mengembangkan kebolehannya ke suatu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Alice Crow menerangkan bahawa bimbingan ialah bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu. Bimbingan bukan merupakan proses memberi arahan kerana pembimbing tidak membuat keputusan untuk pelajar atau klien. Apa sahaja langkah, matlamat atau hasil yang dicapai merupakan usaha individu itu sendiri. Pembimbing tidak menentukan cara-cara

individu itu memenuhi kehendak, keperluan atau minatnya. Kesemua ini diikhtiarkan oleh individu itu sendiri. Kini, bimbingan yang diberi kepada para pelajar bertujuan membantu mereka mengembangkan diri secara maksimum sejajar dengan kebolehan dan minat mereka.

RASIONAL BIMBINGAN Para pelajar di sesebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainan. Mereka mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza. Selain itu, sahsiah mereka juga berlainan. Misal, ada pelajar yang bersifat ekstrovert iaitu gemar bercampur gaul dan ada pula yang sebaliknya. Ada pelajar yang mudah tersinggung dan ada pula yang boleh menerima kritikan. Sebahagian pelajar begitu berminat terhadap pelajaran manakala ada pula yang menganggap pelajran sebagai sesuatu yang begitu membosankan. Sesetengah pelajar berasal dari keluarga yang bahagia. Sebaliknya ada pelajar yang pulang ke rumah yang kosong atau ibu dan bapanya telah bercerai. Memandangkan senario di atas, guru akan mengalami pelbagai masalah disiplin. Masalah ini mungkin terdiri daripada gangguan biasa di dalam kelas atau pelajar yang selalu ponteng. Dengan itu, bimbingan diperlukan bagi membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

You might also like