You are on page 1of 26

TAJUK:

PENGARUH FUNGSI EKONOMI DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDUDUK DAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI PULAU LANGKAWI,KEDAH DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PULAU PHUKET,THAILAND

NAMA CALON NO. KAD PENGENALAN NO MAKTAB GURU PENILAI

: MOHAMMAD ALWI NAZRI BIN YUSRI : 950725-02-5977 : 08326 : CIKGU ABARAHAN BIN AWANG

TARIKH PENGHANTARAN : 19 JULAI 2009

MARKAH .........

TANDATANGAN GURU

/50
[ ]

GRED

MRSM LANGKAWI 08326

MRSM LANGKAWI 08326

KANDUNGAN
PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN METODOLOGI KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN PENILAIAN UMUM

M/S
1 3 5 6 11 13 22 24 52 53

MRSM LANGKAWI 08326

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W. T. kerana dengan keizinanNya ,saya dapat menyempurnakan Kerja Kursus Geografi yang telah diamanahkan kepada saya ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Maktab Rendah Sains Mara Langkawi kerana telah memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan kajian ini.Di samping itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Ayahanda Pengetua, Encik Mahzan bin Atan kerana telah memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat guru yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya selama ini terutamanya dalam menjalankan kajian ini iaitu, Encik Abarahan bin awang.

MRSM LANGKAWI 08326 Selain itu, penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga saya lafazkan buat kedua-dua ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberikan motivasi serta sokongan padu agar saya dapat siapkan tugasan yang diberi ini.Seterusnya segala bantuan daripada rakan-rakan saya iaitu, Nizarul, Nazmi, Jufri, Afif, Hafizi, dan ahli-ahli Xcellent Youth Culture, serta rakan-rakan seperjuangan lain yang rajin dan bekerjasama melaksanakan kajian ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana tanpa mereka ,agak sukar bagi saya untuk melakukan tugasan ini seorang diri.

Akhir sekali, seluas penghargaan saya lakarkan buat pegawai daerah bahagian Langkawi dan semua responden yang memberikan kerjasama sewaktu saya dan rakan-rakan menemu ramah mereka.Segala bantuan dan pengorbanan daripada semua pihak di atas akan mendapat balasan kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.Insya-Allah.

Wassalam...

MRSM LANGKAWI 08326

PENDAHULUAN
Tugasan kajian pada tahun ini terbahagi kepada dua pilihan.Saya Mohammad Alwi Nazri Bin Yusri, salah seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara Langkawi telah memilih tajuk yang pertama di mana ia mengkehendakkan calon untuk mengkaji tentang pengaruh fungsi ekonomi dalam mempengaruhi perkembangan penduduk dan jaringan pengangkutan di kawasan kajian serta membandingkannya dengan kawasan luar negara.

Saya telah memillih Pulau Langkawi sebagai kawasan kajian saya pada tahun ini manakala Pulau Phuket sebagai negara bandingannya.Tujuan saya memilih Pulau Langkawi sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai serta

menarik minat saya untuk mengkaji perkembangan ekonomi pelancongannya yang dapat mempengaruhi taburan penduduk dan jaringan pengangkutan di situ. Di samping itu, saya juga memilih Pulau Langkawi kerana sekolah tempat saya belajar berada di kawasan tersebut dan ia memudahkan saya untuk menjalankan kajian dengan lebih terperinci lagi.

MRSM LANGKAWI 08326

Seterusnya, tujuan saya memilih Pulau Phuket sebagai negara bandingan adalah kerana persaingan antara ekonomi di Langkawi dengan ekonomi di pulau ini sangat sengit, malahan juga ekonomi di Phuket dipacu oleh ekonomi

pelancongan yang dapat menarik ramai pengunjung untuk datang ke Phuket pada setiap tahun.

Tempoh menjalankan kajian ini adalah bermula daripada awal bulan April hingga awal bulan Ogos 2009. Ia memakan masa lebih kurang 5 bulan. Walaubagaimanapun, tugasan ini dilanjutkan sehingga awal bulan September 2009 atas masalah virus-virus komputer yang telah merosakkan kajian kami ini.

Saya berharap agar kajian ini akan membuat saya dapat mengenalpasti Pulau Langkawi ini dengan lebih terperinci lagi.Saya berasa bangga kerana saya dapat menjalankan kajian di salah satu pulau yang terkenal di Malaysia.

Wassalam...

MRSM LANGKAWI 08326

OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kerja kursus ini bagi memenuhi objektif berikut:

Untuk melihat pengaruh fungsi ekonomi tehadap perkembangan penduduk di kawasan kajian dengan kawasan bandingan.

Untuk mengkaji pengaruh fungsi ekonomi terhadap jaringan pengangkutan di kawasan kajian dengan kawasan bandingan.

Untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan kajian dengan kawasan bandingan.

Untuk mengkaji jenis-jenis ekonomi yang terdapat di kawasan kajian dengan kawasan bandingan.

MRSM LANGKAWI 08326 Untuk mengkaji tahap keefisyenan jaringan pengangkutan di kawasan kajian dengan kawasan bandingan.

KAWASAN KAJIAN
Pulau Langkawi merupakan salah sebuah pulau yang kaya dengan keindahan flora dan fauna. Kebanyakan jenis fauna yang terdapat di sini merupakan berasal daripada hidupan laut.

Asal-usul nama Langkawi dikatakan berasal daripada Lang atau Burung Helang dan Kawi sejenis ubi yang bewarna perang. Pulau Langkawi terdiri daripada gugusan 106 buah pulau yang terletak di utara, luar pantai barat laut Malaysia. Jaraknya adalah 30 kilometer dari Kuala Perlis dan 51.5 kilometer dari Kuala Kedah, 109 kilometer dari Pulau Pinang dan 55 kilometer dari Satun, Thailand. Titik rujukan kawasan kajian saya di Pulau Langkawi ini ialah Mukim Kuah.

Kawasan ini pada asalnya hanyalah merupakan sebuah kawasan yang kurang terkenal.Ia mula berkembang apabila perniagaan demi perniagaan mula dijalankan. Kawasan ini diliputi oleh pelbagai bangunan perniagaan dan pelbagai jenis hotel yang menarik minat pelancong. Keluasan sebenar bagi kawasan Mukim Kuah ialah lebih kurang 153.59km2 . Lokasi kawasan Pekan Kuah terletak lebih

MRSM LANGKAWI 08326 kurang 5km daripada jeti.Ia secara tidak lansung dapat membantu para pelancong untuk melawat ke kawasan ini kerana jaraknya daripada jeti yang mengajak mereka untuk berhenti berehat serta menikmati kemudahan yang terdapat di sini. Pulau Phuket (atau wilayah Phuket) ialah salah satu wilayah di selatan Thailand. Dahulu dikenali sebagai Pulau Talang. Talang ialah sejenis ikan, dalam bahasa Melayu. Sememangnya ramai orang Melayu di Pulau Phuket. Ini termasuklah keturunan Mahsuri yang berhijrah ke sini. Jiran yang berdekatan ialah Phang Nga dan Krabi, tetapi Phuket merupakan sebuah pulau tanpa sebarang sempadan. Pulau ini dihubungi melalui kapal terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket terletak di selatan pulau ini. Phuket sempena nama 'bukit' dalam bahasa Melayu. Sebelum dipanggil Talang, orang Melayu di sini memanggilnya 'Telong' yang bermaksud tanjung. Bentuk Phuket dari satelit memang seperti sebuah tanjung atau semenanjung yang terjuntai-juntai. Keluasan bagi Pulau Phuket ialah lebih kurang 543.0 km2.

Wassalam

MRSM LANGKAWI 08326

KAEDAH KAJIAN
Berikut merupakan antara kaedah-kaedah yang saya gunakan semasa menjalankan kerja kursus ini:

1) Pemerhatian -Saya dan beberapa orang rakan telah melawat kawasan Pulau Langkawi untuk melihat taburan penduduk dan jaringan pengangkutannya terhadap ekonomi kawasan tersebut.

2) Temu bual -Saya bersama rakan sekumpulan telah menemu bual sebanyak 4 orang responden yang tinggal berdekatan untuk mendapatkan pandangan serta pendapat mereka terhadap kawasan kajian.

MRSM LANGKAWI 08326

3) Soal selidik -Saya telah menggunakan kaedah soal selidik dengan berjumpa dengan 20 orang responden.Setiap responden telah saya soal dengan soalan yang sama dan hasilnya dinyatakan dalam hasil kajian saya ini.

4) Rujukan -Saya juga telah melayari beberapa laman web dan mencari buku rujukan perpustakaan yang mengandungi maklumat berkaitan kawasan kajian terutama sekali bagi kawasan Pulau Phuket di Thailand.

MRSM LANGKAWI 08326

HASIL KAJIAN

MRSM LANGKAWI 08326

PULAU LANGKAWI Pulau Langkawi berfungsi sebagai pusat pelancongan yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia. Pekan Kuah menjadi tarikan pelancong kerana terkenal sebagai pusat membeli-belah bebas cukai. Di sekitar pulau ini terdapat pantai-pantai yang bersih dan berair jernih seperti Pantai Cenang dan Pantai Tengah. Terdapat juga gugusan pulau yang indah seperti Pulau Dayang Bunting dan Pulau Payar. Pelbagai kemudahan yang selesa disediakan di pulau ini. Jadual serta carta pai di bawah menunjukkan jawapan penduduk terhadap keselesaan kemudahan asas yang disediakan. JAWAPAN JUMLAH PERATUS NILAI SUDUT SELESA 15 75% 270o TIDAK SELESA 5 25% 90o TIDAK PASTI 0 0% 0o

MRSM LANGKAWI 08326

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2009

Selain itu , kawasan sekitar Pulau Langkawi juga membangun dengan maju. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan jaringan pengangkutan yang cukup memuaskan. Segala kemudahan pengangkutan disediakan dengan harga yang memuaskan. Pelancong yang datang ke Pulau Langkawi tidak perlu risau kerana setiap penjuru di dalam daerah Langkawi ada tempat yang boleh untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan. Jadual dan graf di bawah menunjukkan tahap kepuasan penduduk Pulau Langkawi terhadap jaringan pengangkutan awam seperti bas dan teksi di sekitar kawasan Pulau Langkawi. JAWAPAN JUMLAH PERATUS PUAS HATI 17 85% TIDAK BERPUAS HATI 3 15%

MRSM LANGKAWI 08326

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2009 Di samping itu, Pulau Langkawi juga merupakan salah satu industri pelancongan yang menjadi perhatian utama dimana pelancong ke Langkawi secara mendadak berlaku pada tahun 1987 sebaik sahaja Langkawi diberi taraf pelabuhan bebas cukai.

Pecahan pelancong adalah seperti berikut :-

TAHUN 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996

JUMLAH 209,763 310,000 438,000 658,000 780,000 879,000 1.046 juta 1.321 juta 1.5 juta 1.8 juta 1.712,940 juta

1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007

1.623,045 juta 1.550,686 juta 1.401,946 juta 1,809,784 1,919,113 1,916,451 1,724,452 2,176,596 1,835,713 2,110,361 2,334,794

MRSM LANGKAWI 08326

SUMBER : PEJABAT DAERAH LANGKAWI Jumlah penduduk semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ini kerana apabila industri pelancongan bertambah maju menyebabkan terdapatnya peluang pekerjaan yang banyak. Banyak hotel dibina untuk kemudahan pelancong. Selaras dengan pertambahan penduduk, rumah-rumah kediaman juga turut dibina bagi menampung jumlah penduduk yang ramai.

Pertambahan penduduk juga memberi kesan kepada alam sekitar. Banyak hutan ditebang untuk membina rumah-rumah kediaman contohnya Taman Langkawi, Taman Berlian dan Taman Dayang.

Penduduk yang ramai memerlukan pengangkutan yang banyak. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal. Ada juga yang mempunyai lebih dari sebuah kereta. Ini menyebabkan pencemaran udara yang berpunca dari asap kenderaan. Pencemaran bunyi juga menjadi satu masalah kepada penduduk.

MRSM LANGKAWI 08326

PULAU PHUKET Bagi kawasan Phuket, banyak potensi sememangnya tertumpu kepada sektor perkhidmatan iaitu berkaitan industri perhotelan.Hal ini berikutan kawasan pulau ini juga sering menjadi tumpuan para pelancong untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan yang utama.berikut merupakan antara hotel yang terdapat di Pulau Phuket.

Naithon & Nai Yang & Bang Tao Surin & Laem Singh & Kamala Patong & Kalim & Tri-Trang Karon & Kata Nai Harn & Rawai & Nearby Phuket City Phi Phi Island Khaolak Other

Peta di sebelah menunjukkan kawasan kebanyakan hotel didirikan:

MRSM LANGKAWI 08326

MRSM LANGKAWI 08326

MRSM LANGKAWI 08326

Seterusnya, Pulau Phuket juga berpotensi untuk menjadi pusat pelancongan yang terkenal.Sektor ini berkembang kerana disebabkan oleh bentuk muka bumi pinggir laut yang mana terdiri daripada keindahan pantai dan pasirnya.

Terdapat banyak kawasan pelancongan yang terkenal di Pulau Phuket. Kebanyakan tempat pelancongan terletak di kawasan tanah pamah dan tanah tinggi. Berikut merupakan antara aktiviti pelancongan yang terdapat di Pulau Phuket ini:

MRSM LANGKAWI 08326

Antara Aktiviti Pelancongan di Pulau Phuket


Khao Sok Full Day Jungle Safari from Phuket
Phuket to Phi Phi Islands by Speedboat

Phang Nga Bay Eco Tour from Phuket including Lunch


Khao Sok Full Day Jungle Safari from Phuket Phuket to Phi Phi Islands By Express Ferry including Lunch Trekking and Rafting Adventure from Phuket

Bagi di kawasan Phuket, pencemaran yang berlaku adalah di kawasan laut berdekatan dengan salah sebuah pulau di situ.Hal ini berikutan terdapat beberapa kapal yang membuang sisa minyak ke dalam laut tersebut tanpa memikirkan kesannya.Kebanyakan hidupan di laut tersebut didapati berkurangan kerana mati akibat terminum sisa buangan minyak tersebut.selain itu, kawasan Di Pulau Phuket turut mengalami pencemaran darat yang mana berlaku akibat pembuangan sampah oleh pelancong yang datang ke situ.Kesemua maklumat di atas adalah merupakan hasil yang didapati menurut laporan daripada internet.

Wassalam

RUMUSAN

MRSM LANGKAWI 08326 Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya maka saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus saya ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Saya berpuas hati kerana objektif saya dalam menjalankan kajian ini dapat dicapai hasil usaha saya dan melalui bantuan rakan yang lain terutamanya daripada rakan sekumpulan. Beberapa pengetahuan am yang saya perolehi ialah dapat mengenali Pulau Langkawi dan Pulau Phuket terutamanya kawasan yang dikaji dengan lebih mendalam lagi.

Seterusnya ialah saya dapat mengetahui kedudukan tempat-tempat menarik serta ekonomi yang terletak di dalam kawasan kajian. Ia secara tidak langsung membantu saya sekiranya saya ingin melawati tempat-tempat tersebut di satu hari nanti melalui peta kawasan kajian.

Saya juga mempunyai beberapa cadangan berkaitan kegiatan ekonomi di kawasan Pulau Langkawi ini.Pihak kerajaan perlu meningkatkan lagi tahap kebersihan di Pulau Langkawi terutamanya di Pekan Kuah supaya ia dapat menarik lebih ramai pelancong pada masa akan datang.Bagi kawasan Pulau Phuket pula, perlu ada pihak yang mengawasi tahap keselamatan di situ di mana ia akan dapat mendatangkan kesan terhadap pelancong yang melawat ke tempat tersebut.Hal ini kerana kawasan tersebut kini sering dilanda ombak yang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa pelancong.

MRSM LANGKAWI 08326

Akhir sekali saya berasa sungguh bangga kerana segala kelebihan terhadap ekonomi di negara luar juga dimiliki oleh negara kita sendiri yang mana menunjukkan bahawa negara kita kini sudah begitu pesat membangun.Saya sememangnya berasa bangga kerana dilahirkan di negara yang bebas daripada bencana alam yang besar.Saya juga akan terus memupuk semangat cinta akan negara ini sehingga ke akhir hayat.

Wassalam

MRSM LANGKAWI 08326

LAMPIRAN

MRSM LANGKAWI 08326

RUJUKAN
LAMAN WEB www.wikipedia.org www.google.com.my www.yahoo.com www.bharian.com.my

BUKU TEKS Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Percetakan Saufi, 2003. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai, Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Percetakan Rina Sdn.Bhd. , 2003. BUKU RUJUKAN Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh, Buku Rujukan Focus Super Hot Geografi, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. , 2008.

You might also like