You are on page 1of 9

Teori Pembelajaran Kepelbagaian Kecerdasan Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr.

Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Idea beliau ke atas tingkah laku pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi jenis bilik darjah merentasi dunia berdasarkan cara di mana beliau mencabar pendapat yang menyatakan kecerdasan telah ditetapkan ( heckly 1997). Teori C Kepelbagaian Kecerdasan Gardner menarik para pendidik untuk mula memikirkan tentang kecerdasan sebagai satu set bagi kebanyakan kemahiran dan kebolehan yang berbeza yang menolong seseorang individu pelajar memahami, menyelidik dan memberi reaksi kepada banyak jenis kandungan bagi tujuan menyelesaikan masalah atau untuk membuat sesuatu yang dinilai dalam satu atau banyak perkembangan kecerdasan manusia Checkly ( 1997). Dr. Gardner mencadangkan bahawa setiap orang memiliki lapan kecerdasan yang pelbagai iaitu cara di mana individu memberi reaksi dalam cara yang berbeza terhadap jenis kandungan yang berbeza. Ringkasan bagi lapan Kepelbagaian Kecerdasan adalah seperti berikut : Kebolehan untuk menggunakan satu badan, atau anggota bagi satu badan, untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu, atau meletakkan ke atas satu penghasilan. Keupayaan untuk memahami, berkomunikasi dan berhubung dengan orang dan kumpulan lain. Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan sebab dan akibat sesuatu sistem. Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis secara berkesan Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak

Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Logikal/Matematikal Muzikal/Lirik Semulajadi Verbal/Linguistik Visual/Spatial

Menurut Dr. Gardner, seseorang individu tidak seharusnya mempunyai kekuatan yang sama dalam setia bahagian p atau gabungan kecerdasan yang sama taranya. Seseorang individu boleh memajukan setiap kecerdasan, walaupun hipotesis menunjukkan kebanyakannya akan lebih bersedia untuk maju dalam satu bahagian berbanding dengan bahagian yang lain. Pengajaran dan pembelajaran bagi sistem pengurusan pangkalan data dengan menggunakan perisian MS Access sesuai menggunakan kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan logikal/matematikal, kecerdasan verbal/linguistik dan kecerdasan visual/spatial. Penggunaan komputer semasa mempelajari MS Access telah mengaplikasikan kecerdasan kinestatik tubuh melalui penggunaan papan kekunci dan tetikus. Contohnya pelajar yang pernah menggunakan tetikus untuk klik pada butang tanda panah tunggal pada kotak dialog Report Wizard bagi memindahkan nama medan yang dipilih satu demi satu untuk dipaparkan dalam borang menggunakan Form Wizard akan boleh mengingat butang tersebut lebih baik berbanding jika guru memberitahu bentuk butang yang berkenaan. Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dalam membangunkan pangkalan data secara tidak langsung menggunakan kecerdasan interpersonal dalam berbincang tentang struktur jadual. Pelajar yang mempunyai kecerdasan interpersonal biasanya menonj l untuk memimpin kumpulan dalam menjana idea semasa o perbincangan. Penilaian kendiri berkenaan dengan tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran menggunakan MS Access melibatkan kemahiran intrapersonel. Pelajar dikehendaki membahagikan tugas membangunkan sistem pengurusan pangkalan data secara seimbang, bukannya mengharapkan seorang ahli yang telah mahir. Kecerdasan logikal/matematikal merupakan kecerdasan yang paling banyak diterapkan dalam membangunkan sistem pengurusan pangkalan data. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa untuk mencipta sesuatu kuiri memerlukan kepada kefahaman tentang logik apab memilih kriteria-kriteria bagi medan jadual yang terlibat. ila Perisian MS Access itu sendiri menjadi berkuasa kerana keupayaannya dalam menghasilkan kuiri. Sesi persembahan sistem pengurusan pangkalan data yang telah dibangunkan pula merupakan medan pel ajar menggunakan kecerdasan verbal/linguistik. Dalam sesi ini pelajar dari setiap kumpulan akan menyampaikan penerangan berkenaan dengan pangkalan data yang telah dibangunkan kepada rakan sekelas. PEMIKIRAN LAHIR--Pemikiran lahir yang dimaksudkan di sini ialah pemikiran otak manusia. Ia banyak tertumpu kepada perkembangan fizikal otak manusia dan pembinaan minda di peringkat awal kanak-kanak mulai daripada pembentukannya dalam rahim sehingga kepada umurnya enam tahun. Perkembangan awal tentang pemikiran sangat penting kerana dari situlah manusia boleh melihat, mendengar, merasa, bertutur dan bergerak lalu boleh

memahami kehidupannya. Pemikiran lahir ialah suatu corak pemikiran yang semulajadi yang menggunakan elemen fizikal dalam diri manusia sebagai asas untuk mentelesaikan sesuatu masalah. Terutamanya menggunakan Hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri yang ternyata banyak memberi hasil yang baik dalam menyelesaikan masalah. Malah jika didalami secara lebih terperinci kita akan mendapat beberapa atau banyak kelebihan kerana dalam diri manusia terdapat minda sedar, minda separa sedar. Melalui pemikiran lahir, jika dimanfaatkan sepenuhnya akan dapat menghasilkan satu hasil yang amat menakjubkan. Kita dapat memahami dan menghafaz sesuatu dengan mudah di samping dapat melakukan perkara-perkara yang kita sendiri tidak sangka kita boleh lakukan. Contoh yang jelas ialah bagaimana seorang pakar pemikiran dalam satu jenis pemikiran yang berkaiatan dengan pemikiran lahir berjaya memandu kereta dengan matanya ditutup melalui jalan-jalan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Secara amnya, manusia terdiri daripada empat unsur iaiatu jasmani, rohani, intelek dan emosi. Kajian barat membahagikannya kepada tiga unsur iaitu cognitive, affective dan psycmotor. Oleh itu untuk perkenbangan menyeluruh, manusia memerlukan banyak perkara yang oleh memberi kesan kepada emua unsurunsur itu seperti makanan untuk jasad, kasih sayang untuk jiwa dan rangsangan untuk pemikiran dan seumpamanya. KEUPAYAAN OTAK MANUSIA ---Otak secara fizikalnya ialah organ yang terdapat di bahagian kepala. Ia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu cerebral cortex, corpus callosum, cerebellum, thalamus, hypoyhalamus, pons, medulla dan spinal cord. Semuanya memepunyai fungsi tersendiri. Dilihat dari segi bukan fizikal, otak ialah alat yang membolehkan manusia berfikir. Maka dari situ otak boleh dibahagikan kepada dua hemisfera mengikut fungsi ini: 1. Hemisfera otak kanan (HOKA) Hemisfera otak kanan mengawal bahagian kiri anggota badan. Ia memproses maklumat yang bercorak intutif, kreatif dan kesenian. Ia mengawal perasaan dan persepsi visual. Ia melihat secara keseluruhandan bukan satu persatu. Contoh yang paling jelas orang-orang yang dikuasai oleh HOKA ialah pelukis, penari pengukir dan pemuzik. 2. Hemisfera otak kiri (HOKI) Hemisfera otak kiri pula mengawal bahagian kanan anggota badan. Ia berfikir tentang hal-hal yang bercorak analitik. Ia bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan bahasa, angka, fakta dan penyelesaian masalah. Contoh paling jelas orang-orang yang dikuasai oleh HOKI ialah ahli sains, ahli matematik, pemain catur, pakar geografi dan dan sebagainya. Banyak tanda yang menunjukkan atau yang dapat membezakan sama ada seseorang itu menggunakan HOKA atau HOKI. Menurut pakar pemikiran kebanyakan orang menggunakan otak kanan akan sentiasa meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri manakala orang yang sentiasa meletakkan tan gan kiri di atas tangan kanan ialah orang yang menggunakan HOKA. Apabila membincangkan soal pemikiran lahir kita tidak boleh lari dari mengungkapkan nama-nama tokoh terkenal dalam bidang pemikiran Lahir kerana kita sentiasa merujuk kepada kajian-kajian yang mereka lakukan seperti Roger Sperry, Paul Mclean, Robert Ornstein, Ned Hermann. Otak mempunyai empat keupayaan yang besar iaitu: 1. Keupayaan Meningkatkan Pancaindera. 2. Keupayaan Menggunakan Maklumat Dan Stimuli. 3. Keupayaan Menggunakan Pengalaman. 4. Keupayaan Menggunakan Daya Intuit dan Wawasan. Hal ini perlu dimaklumi kerana telah banyak kajian yang menghuraikan kepelbagaian ini dan kekuatan luar biasa otak dalam pelbagai bidang terutamanya hafalan. Oleh kerana otak boleh melakukan apa sahajamaka hasil akhir daripada pemikiran itu ialah cetusan pelbagai idea.. Walau sehebat mana pun ia akan tetap tunduk kepada pengaruh luaran yang terdapat di sekitarnya berdasarkan fungsi panca indera yang ada iaitu a) Daya Penglihatan Melalui Mata. b) Daya Pendengaran Melalui Telinga. c) Daya Sentuhan Melalui Kulit. d) Daya Hiduan Melalui Hidung. e) Daya Rasaan Melalui Lidah. Semua deria rasa memainkan peranan penting dalam proses berfikir kerana ia melalui deria-deria tersebut isyarat atau maklumat akan disampaikan kepada otak untuk tindakan selanjutnya. Otak yang mendapat rangsangan daripada deria tersebut akan melakukan proses-proses yang sepatutnya. Dari sini timbulah kenyataan bahawa otak itu sukar dimusnahkan tetapi mudah dipengaruhi oleh alam sekitar sekeliling dan pancaindera.

Kesimpulannya potensi yang ada pada pemikiran Lahir ternyata amat besar dan seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin agar perkembangan minda akan berkembang secara sihat dan cemerlang. Rangsangan perlu sentiasa diberikan kepada pemikiran corak ini kerana ia amat sensitif terhadap rangsangan. Bagaimana pun tekanan yang terlalu tinggi tidak harus dibebankan ke atas pemikiran jenis ini kerana ia mungkin menjejaskan prospek pemikiran seseorang atas dasar bahawa pemikiran corak ini amat cemerlang. Melalui teknik pernafsan alfa , beta dan beberapa lagi teknik yang mengunakan sepenuhnya pemikiran lahir nyata ia amat berkesan dalam membentuk satu formula yang hebat untuk manusia meneruskan kehidupan. Ramai yang masih lagi belum mengetahui sepenuhnya tentang getaran-getaran dalam otak yang boleh dimanfaatkan dan boleh dijadikan batu lompatan untuk manusia melakukan yang lebih baik dalam kehidupan mereka.

PERHUBUNGAN PEMIKIRAN LAHIR DENGAN MATEMATIK ---Secara amnya manusia yang dikuasai oleh HOKI berfikir secara analitik seperti ahli matematik. Mereka ini akan cuba sedaya upaya mereka akan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan angka. Dalam melatih kanak-kanak agar mahir dalam bidang matematik sebuah organisasi yang dikenali sebagi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak (NURY) telah menjalankan usaha dengan tujuan melahirkan kanak-kanak pintar yang pada masa nanti boleh menjadi tenaga pentng dalam i pembangunan negara. NURY menggunakan lima prinsip dalam membangunkan potensi otak kanak-kanak iaitu: 1. Prinsip NURY 1 : Potensi anak 2. Prinsip NURY 2 : Pengasasan awal anak 3. Prinsip NURY 3 : Ibu bapa dan institusi rumah 4. Prinsip NURY 4 : Hubungan simbiotik 5. Prinsip NURY 5 : Adat resam keluarga dan masyarakat. Untuk melaksanakan lima prinsip ini, NURY telah mengataur program-program pembangunan manusia seperti berikut: 1. Program bacaan 2. Program cetusan intelek 3. Program matematik dan kuantiti 4. Program muzik 5. Program kreatif 6. Program makanan dan pemakanan 7. Program pertuturan dan bahasa 8. Program manipulasi 9. Program pembangunan jasmani 10. Program kesihatan Dalam program matematik dan kuantiti NURY telah mengatur beberapa aktiviti sebagai menguji kepintaran otak kanak-kanak tentang matematik. Pada permulaanya kanak-kanak ini diajar mengenal angka dalam matematik. Apabila kanak-kanak tersebut telah mengenali angka-angka tersebut, mereka pula diajar cara-cara mengira dalam matematik. Mereka akan diajar dengan menggunakan jari, batu, sempuo dan sebagainya. Aktiviti ini mengajar mereka menggunakan alatan terbabit dalam pengiraan matematik dengan cepat dan pantas tanpamengambil masa yang lama. Dalam program ini juga, kanak-kanak dilatih dengan menggunakan angka agar mereka biasa dengannya. Mereka ini juga akan menyebut angka-angka yang diapaparkan oleh guru mereka dalam usaha untuk mengingatkan mereka dengan angka-angka matematik. Aktivit pembelajaran yang di buat oleh NURY ini amat berfaedah sekali kerana dapat membantu kanak-kanak memahirkan diri dalam ilmu matematik. Program -program yang dijalankan oleh NURY ini amatlah sesuai dengan konsep atau teori yang dikemukakan oleh Howard Gardner te ntang 'the 7 intelligence' iaitu 7 kebijaksanaan manusia. Tujuh kebijaksanaan yang diajukan oleh beliau ialah: 1.Kebijaksanaan logik-matematik 2. Kemahiran berbahasa 3. Kebolehan muzik 4. Kemahiran menguasai ruang 5. Kebijaksanaan gerak badan 6. Kebijaksanaan hubungan antara manusia 7. Kebolehan dalam diri Dalam kebijaksanaan logik-matematik seseorang itu berkebolehan dalam kuantitati yang berdasarkan fakta dan sains. Kemahiran ini terdapat pada golongan ahli-ahli sains, ahli matematik dan ilmu logik. Mereka ini terdiri daripada peguam, jurutera, penyiasat, polis dan pengesan. Ahli matematik akan cuba menyelesaikan masalah melibatkan matematik atau cuba memperkenalkan teknik-teknik baru dalam menyelesaikan masalah matematik. Kebijaksanaan yang dimilikinya akan cuba digunakan sepenuhnya dalam membantu mereka yang mengalami masalah dalam matematik. Ahli -ahli matematik ini akan memperkenalkan teori-teori dan produk baru mereka kepada umum dalam usaha membantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran matematik. Mereka ini akan

menerbitkan buku bagi memudahkan para pelajar mendapatkan lmu matematik ini. Mereka juga akan mengadakan i seminar-seminar di sekolah-sekolah dalam usaha menjayakan objektif mereka. Mereka ini akan cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat dalam memahami ilmu matematik sebaik mungkin. Kebijaksanaan yang dimiliki oleh mereka akan digunakan untuk menolong para pelajar dan masyarakat mempelajari ilmu matematik yang dikatakan sukar oleh kedua-dua sasaran ini. Ahli matematik juga akan mengeluarkan buku hasil tulisan mereka sebagai rujukan masyarakat dan pelajar dalam mempelajari matematik. Dalam buku ini biasanya dijelaskan secara terperinci mengenai matematik daripada asas sehingga penyelesaian masalah yang sukar. Melalui cara ini masyarakat dam pelajar dapat memahami dengan lebih jelas lagi mengenai ilmu matematik apabila membacanya nanti. Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah dalam kajian pakar-pakar perkembangan otak merumuskan bahawa 95% daripada kematangan otak seseorang manusia sudah berlaku pada peringkat umur enam tahun. Justeru aspek ini perlu diberi perhatian dalam pendidikan matematik kerana ia boleh digunakan dan dijadikan asas kepada usaha membentuk asas matematik yang kukuh. Dalam pepatah arab turut mengungkapkan madah seperti berikut: Belajar Sewaktu Kecil Ibarat Mengukir Atas Batu Belajar Sewaktu Dewasa Ibarat Memahat Atas Pasir Daripada pepatah Arab tersebut bolehlah kita simpulkan kebenarannya dengan kajian yang dilakuk oleh an pakar-pakar pemikiran yang mengatakan bahawa 95% daripada kematangan otak adalah bermula sejak umur enam tahun lagi. Justeru ia perlu diambil perhatian terutamanya bagi seorang guru prasekolah untuk sedaya mungkin cuba menanamkan rasa suka terhadap matematik, seterusnya individu berkenaan akan dapat mendalami ilmu matematik dengan lebih mantap lagi. Dalam banyak kajian menyatakan bahawa sebenarnya otak manusia mat mengkagumkan dan hebat. Kehebatannnya mengalahkan komputer jika digunakan sepenu hnya. Dalam pengkajian beberapa ahli yang arif tentang otak mendedahkan bahawa terdapat berbilion -bilion sel dalam otak manusia. Tetapi hanya beberapa peratus sahaja yang kebanyakan insan gunakan. Banyak lagi bukti yang menunjukkan bahawa pemikiran lahir mempunyai kehebatan yang luar biasa. Contohnya apa yang digelar human calculator di mana otak manusia dapat mengira dengan lebih pantas berbanding mesin kira. Ini menunjukkan betapa hebatnya otak manusia. Banyak yang boleh diaplikasikan dalam matemati tentang k pemikiran lahir ini. Manusia yang benar-benar dapat menggunakan pemikiran lahir ini akan dapat melakukan sesuatu yang tidak disangka oleh pemikiran ramai umpamanya dapat menghafal 100 nombor 7 digit yang diberikan secara lisan, menyusunnya semula dan mengungkapkan kembali nombor-nombor tersebut dengan kaedah menurun! Sekali imbas ia sememangnya tidak masuk akal tetapi realitinya ia memang berlaku dan pernah dipraktikkan. Ia boleh diaplikasikan dalam pembelajaran matematik untuk menghafal for ula, sifir atau rumus yang berkaitan m dengan mudah kerana ia merupakan sesuatu yang tidak mustahil. Seorang kanak-kanak yang diajar menggunakan pemikiran lahir sejak dari kecil lagi Insya -Allah akan dapat menguasai ilmu matematik dengan cepat kerana seni matematik amat bergantung dengan keupayaan pemikiran lahir. Sejauh mana pemikiran lahir dapat dikembangkan maka sejauh itulah ilmu matematik akan dapat diperkembangkan. Maksudnya semakin majulah ilmu matematik yang ada pada diri orang yang pintar mempergunakan corak pemikiran lahir, iaitu bagaimana hendak merangsang minda dalam keadaan tertentu. Dan dalam matematik kita boleh menggunakan kehebatan minda untuk membayangkan bagaimana sempoa berfungsi untuk pengiraan secara mudah dalam matematik. Justeru amat nyata sekali bahawa pemikiran lahir amat sesuai sekali digunakan dalam pendidikan matematik terutamanya dalam mendidik anak -anak kecil menggunakannya dan menerangkannya sejak dari kecil lagi kearana mereka akan dapat mengaplikasikannya dalam pembelajaran matematik apabila belajar di sekolah seperti mana yang telah berlaku di Amerika Syarikat. Teori 'Multiple Intelligences' (Pelbagai Kepintaran) Howard Gardner Dr. Howard Gardner ialah professor pendidikan di sekolah sarjana pendidikan Harvard dan professor adjunct neurologi di sekolah perubatan Universiti Boston. Pada tahun 1983, beliau telah menghasilkan buku, 'Frames of Minds: The Theory of Multiple Intelligences' .Dalam buku ini, beliau telah memperkenalkan teorinya mengenai 'multiple intelligences' (pelbagai kepintaran). Jangkaan Gardner ialah teori itu akan membangkitkan banyak reaksi di kalangan rakan ahli ahli psikologi.Bagaimanapun, kebanyakan response kepada teori ini adalah positif terutamanya daripada kalangan pendidik. Semasa penerbitan buku ini, sebanyak tujuh pelbagai kepintaran telah diketengahkan. Dalam tahun 1997, satu lagi jenis kepintaran telah diperkenalkan menjadikan kesemuanya lapan sehingga kini. Teori 'multiple intelligences', pada asasnya, menolak kepintaran yang semata-mata didasarkan kepada parameter logic matematik dan linguistik, yang kebiasaannya digunakan untuk ujian-ujian IQ .kini dan rata-rata dalam sistem pendidikan. Gardner berpandangan bahawa manusia mempunyai kepintaran -kepintaran lain selain daripada kepintaran logic matematik dan linguistik. Terdapat sekurang-kurangnya enam lagi kepintaran selain daripada dua yang disebut di atas. Enam yang lainnya ialah kepintaran-kepintaran muzikal, spatial-visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan 'naturalist'. Mengikut teori ini, semua manusia memiliki kesemua lapan kepintaran ini sebagai sebahagian daripada

lumrah species. Disebabkan faktor-faktor genetik dan persekitaran, tiada dua individu memiliki profail kepintaran yang sama walaupun antara pasangan kembar identikal. Bagi memperjelaskan pelabagai kepintaran yang dimaksudkan, Gardner telah memilih tujuh individu yang dikatakanmemiliki setiap kepintaran secara menonjol dalam bukunya, 'Creating minds: An Anatomy of Creativity' (1993). Bagi mewakili kepintaran 'naturalist' (kelapan) yang diperkenalkan pada tahun 1997, Charles Darwin telah dipilih. 1. Kepintaran Linguistik. Kepintaran linguistik terdapat pada individu yang mempamirkan kebolehan menggunakan perkataan dengan mudah dan berkesan. Bahasa menjadi s esuatu alat yang paling penting dan indah bagi melahirkan perasaan, menjelaskan sesuatu yang kompleks serta untuk menyerap maklumat. T S Eliot, seorang penyajak mewakili kepintaran linguistik. , 2. Kepintaran Logikal-Matematikal. Albert Einstein, ahli fizik terkenal dikatakan memiliki kepintaran logikalmatematikal yang mengagumkan. Kepintaran ini memberi pemiliknya keupayaan memaharni perkara -perkara kompleks yang melibatkan penguasaan angka numeral bagi tujuan anali is dan penyelesaian masalah. Kekuatan s adalah terletak kepada kemampuan melihat dengan jelas pola dan hubungan antara objek dan angka. 3. Kepintaran Muzikal - Kepintaran ini memberi kebolehan kepada seseorang untuk memahami mengintepretasikan, melahir serta membentuk dan memanipulasikan bunyi -bunyian secara kreatif . Individu yang mewakili kepintaran ini ialah Igor Stravinsky, seorang pemuzik. Mereka yang mempunyai kepintaran ini sangat sensitif kepada prinsip-prinsip melodi, rentak dan kualiti tone dalam seni muzik. 4. Kepintaran Visual-Spatial Individu yang memiliki kepintaran Inl berkebolehan melihat persekitaran dalam tiga dimensi dan menilai ruang daripada perspektif perhubungan elemen-elemen dalam persekitaran. Kepintaran Ini member kelebihan kepada pemiliknya untuk membaca, mentafsir dan menghasil peta, carta, pelan dan lukisan serta mempunyai daya arah yang baik. Kepintaran ini diwakili oleh pelukis Pablo Picasso. 5. Kepintaran Kinestetik - Kepintaran ini dimiliki oleh individu-individu yang telah menguasai pergerakan motor badan sehingga mampu membawanya ke satu tahap yang membolehkannya mahir dalam bidang -bidang seperti sukan padang, jimnastik, renang dan aktiviti fizikal yang lainnya. Gardner telah memilih Martha Graham, seorang penari untuk mewakili kepintaran ini. Mereka yang mempunyai kepintaran ini biasanya suka kepada pekerjaan atau usaha yang melibatkan manipulasi objek dan pergerakan. 6. Kepintaran Interpersonal - Kepintaran ini diwakili oleh Mahatma Gandhi, yang dikatakan memiliki kelebihan dalam berkomunikasi dengan manusia daripada pelbagai etnik dan agama untuk mencapai sesuatu kebaikan kepada semua. Individu seperti ini mempunyai keupayaan memahami dan mampu membezakan perasaan dan tujuan orang serta boleh berinteraksi dan memberi arah tuju. 7. Kepintaran Intrapersonal - Kepintaran ini berrnaksud kebolehan memproses/berkomunikasi secara dalaman ke arah membentuk kefahaman mengenai diri dan menggunakannya untuk sesuatu kebaikan. Sigmund Freud (ahli neurologi/psikologi) dipilih oleh Gardner sebagai mewakili kepintaran ini. 8. Kepintaran Naturalist - Kepintaran ini adalah tambahan terakhir, sungguhpun diperkatakan bahawa kepintaran 'spiritual/existentialist' mungkin dipertimbangkan sebagai yang kesembilan. Kepintaran 'naturalist' yang diw akili oleh Charles Darwin dikatakan satu kebolehan mengasing, mengklasifikasi dan mempergunakan ciri ciri alam persekitaran. Dalam kehidupan harian, mereka yang mempunyai kepintaran ini lebih sensitif dan mendekati kepada kebimbangan/isu persekitaran global, isu kemanusiaan dan kehidupan sejagat. Teori Howard Gardner ini menarik untuk kita berfikir bersama. Jika kita perhatikan, kemahiran-kemahiran yang dikatakan 'pelbagai kepintaran' ini memang boleh diperhatikan wujud di kalangan kita. Tetapi sama ada kemahiran-kemahiran ini berdiri sebagai 'kepintaran berasingan' (walaupun kesemuanya bertindak bukan secara berasingan) atau dipacu oleh satu 'kepintaran' yang pada asasnya menentukan keupayaan kita untuk menguasai lain-lain kemahiran adalah satu perkara yang patut direnungi. Tapi sebelum sesuatu posisi diambil, elok juga dikaji dahulu definisi kepintaran dan juga premis-premis asas (8 kriteria bagi mengenalpasti kepintaran: lihat http://surfaquarium.com/micrit.htm yang ditetapkan oleh Howard Gardner dalam mengutarakan teorinya. (Kepintaran, mengikut Gardner ialah kebolehan mencari dan menyelesaikan masalah dan menghasilkan produkproduk bernilai dalam conteks budaya sendiri ). Apa pun, teori Gardner telah banyak mencetuskan minat di kalangan pendidik untuk terus mengkaji dan mencipta gaya dan metodologi pembelajaran daripada sudut bagaimana seseorang itu belajar, berlainan dengan cara yang berlandaskan linguistik dan logik-matematik semata-mata.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI, MULTIPLE INTELLIGENCES, Howard Ga rdner RUJUKAN DEFINISI: http://www.cikgu.net.my & http://www.thomasarmstrong.com SUSUNAN SEMULA: Amiene Rev Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis

kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusi , kanak-kanak dan a dewasa. Kecerdasankecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: 1. Linguistic intelligence ("word smart"): 2. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart") 3. Spatial intelligence ("picture smart") 4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart") 5. Musical intelligence ("music smart") 6. Interpersonal intelligence ("people smart") 7. Intrapersonal intelligence ("self smart") 8. Naturalist intelligence ("nature smart") Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut: 1. PERKATAAN (linguistic intelligence) 2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence) 3. GAMBAR (spatial intelligence) 4. MUZIK (musical intelligence) 5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence) 6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence) 7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or 8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence) 1. Kecerdasan Verbal - Linguistik Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera. CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle 2. Kecerdasan Logik - Matematik Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton 3. Kecerdasan Fizikal - Kinestatik Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri. KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis. CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan 4. Kecerdasan Visual - Spatial Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif,peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek. CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci 5. Kecerdasan Muzikal-Ritma Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik. CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar 6. Kecerdasan Intrapersonal Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tep tentang diri at sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget 7. Kecerdasan Interpersonal Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi 8. Kecerdasan Naturalis Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas menempa nama dalam bidang masingmasing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia, dihormati sepanjang zaman. TEORI KECERDASAN PELBAGAI, MULTIPLE INTELLIGENCES, Howard Gardner TAK jarang kita dibuat terperangah oleh sikap seorang ibu, yang memarahi putra atau putrinya nan tengah berceloteh dengan manis. Lebih mengenaskan lagi, ada orangtua yang memarahi anak -anak mereka dengan mengatakan,Bicara pinter, tetapi matematika bodoh. Tampaknya orangtua tersebut tidak berbeda dengan kebanyakan orangtua lainnya, tidak tahu bahwa anaknya memiliki aspek Kecerdasan Linguistik yang menonjol. Tetapi mereka justru menganggap matematika sebagai tolok ukur kecerdasan anak-anak. Umumnya para orangtua sangat sedih bila anak-anak mereka tidak mendapat nilai bagus untuk pelajaran matematika. Berbagai upaya dilakukan agar si anak menjadi pintar, termasuk dengan memaksa mereka mengikuti les matematika bahkan dengan menggaji guru privat. Para orang tua mestinya menyadari bahwa kecerdasan, menurut perkembangan teori terbaru, mempunyaiSembilan aspek yang disebut dengan istilah Multiple Intelligences. Kesembilan aspek itu adalah Kecerdasan Linguistik,Kecerdasan Logika Matematika, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Spasial (Ruang-Tempat), Kecerdasan Bermusik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis, dan Kecerdasan Moral. Setiap anak memiliki Multiple Intelligences (Kecerdaan Berganda) itu, tetapi pada masing-masing mereka ada aspek-aspek yang paling menonjol. Dari sini terlihat, anak yang mempunya Kecerdasan Linguistik atau Kemampuan Berbahasa lebih baik dari anak-anak lain, akan mendapat nilai tinggi untuk pelajaran bahasa. Artinya, ia memiliki Kecerdasan Linguistik di atas rata-rata. Ini prestasi bagus.Kecerdasan Linguistik sendiri adalah kemampuan berbicara, berbahasa, dan menggunakan kata-kata secara efektif. Setiap anak bahkan setiap orang memiliki kecerdasan linguistik berbedabeda. Ada yang mampu berbicara dan menguasai bahasa dengan lebih mudah dibandingkan orang-orang lain, karena memiliki kecerdasan linguistik di atas rata-rata. Ciri-ciri anak dengan Kecerdasan Linguistik yang menonjol antara lain; Mempunyai keterampilan pendengaran sangat berkembang y Menikmati bermain-main dengan bahasa bunyi y Paling cepat belajar dengan menggunakan kata-kata, mendengar, atau melihatnya y Gemar membaca y Sibuk menulis cerita atau puisi y Suka bercerita atau mendongeng y Sangat mudah menghafal lirik lagu, kalimat ringkas. Dalam kehidupan, Kecerdasan Linguistik memberikan kemampuan dalam berbicara, mendengarkan, membaca berbagai simbol dan tanda, karya tulis mulai dari sebuah memo, koran, majalah, buku hingga karya sastra yang bermutu tinggi. Dalam hal menulis pun, orang dengan Kecerdasan Linguistik tinggi akan mampu membuat tulisan mulai dari menulis memo, kalimat pendek, pantun, puisi, ringkasan laporan hingga laporan yang butuh analisa lengkap. Di era modern ini, banyak orang memiliki Kecerdasan Linguistik yang menonjol menjadi seleberiti atau figur-figur public yang sukses. Sebut saja di ataranya, Dr Andi Alfian Mallarangeng, yang di samping seorang ahli tata negara, juga merupakan pembicara sekaligus presenter hebat. Demikian pula dengan para penyiar, pengamat sosial, sekretaris, bahkan politisi. Para pakar kecerdasan menyarankan ibu-ibu merangsang Kecerdasan Linguistik anak-anak dengan; 1. Aktif mengajak mereka berkomunikasi sejak masih dalam kandungan. 2. Ketika anak berusia balita, ibu harus sering mengajaknya berbicara, mendongeng, dan m endengarkan berbagai bunyibunyian. 3. Nutrisi yang tepat mesti diberikan, dengan tidak lupa memberi mereka susu, bahkan sejak si anak masih dalam kandungan hingga masa pertumbuhkan. Ciri-ciri lebih lanjut anak-akan memiliki potensi Kecerdasan Linguistik antara lain suka menulis kreatif, mengkhayal atau bercerita, mengeja kata-kata dengan tepat dan mudah, suka mengisi teka-teki silang, menikmati mendengarkan katakata dan cerita, mendengarkan radio, dongeng, mempunyai kosa kata yang lebih baik untuk anak -anak seusianya, dan unggul dalam pelajaran bahasa. Bila memiliki anak-anak dengan tanda-tanda di atas, para orangtua tidak boleh memarahi mereka karena itu akan merusak Kecerdasan Linguistik mereka. Sebaliknya, biarkanlah

kecerdasan itu terus berkembang dan terasah dengan baik dibantu oleh lingkungan--orang-orang terdekat dengannya, untuk selanjutnya terus meluas seiring meluasnya pergaulan sosial si anak. TEORI KECERDASAN PELBAGAI, MULTIPLE INTELLIGENCES, Howard Gardner Pada dasamya anak-anak sebagai generasi yang unggul tidak akan tumbuh dengan sendirinya. Mereka sungguh memerlukan Iingkungan yang subur yang sengaja diciptakan untuk itu, yang memungkinkan potensi mereka dapat tumbuh dengan optimal. Dengan demikian, para orang tua memegang peranan penting untuk menciptakan Iingkungan tersebut guna merangsang segenap potensi anakagar dapat berkembang secara maksimal. Suasana penuh kasih sayang, mau menerima anak sebagaimana adanya, rnenghargai potensi anak, memberi rangsangan yang kaya untuk segala aspek perkembangan anak, baik secara kognitif, efektif maupun psikomotorik, semua sungguh merupakan jawaban nyata bagi tumbuhnya generasi unggul di masa yang akan datang. Inilah yang perlu kita persiapkan pada anak-anak guna menyongsong milenium ke - III. Kecerdasan Anak Howani Gardner dalam bukunya yang berjudul 'Multiple Intelligences" menegaskan bahwa skala kecerdasan yang selarna in dipakai ternyata memiliki banyak keterbatasan sehingga kurang dapat meramalkan kinerja yang sukses untuk masa depan seseorang. Gambaran mengenai spectrurn kecerdasan yang luas telah membuka mata para orang tua maupun gurutentang adanya wilayah-wilayah yang secara spontan akan diminati oleh anak-anak dengan semangat yang tinggi. Dengan demikian, masing-masing anak tersebut akan merasa pas menguasai bidangnya masing-masing. Bukan hanya cakap pada bidang-bidang tersebut yang memang sesuai dengan minatnya tersebut, namun juga akan sangat menguasainya sehingga menjadi amat ahli. Menurut Gardner, kecerdasan seseorang meliputi unsur-unsur: y Kecerdasan matematik-logika y Kecerdasan bahasa y Kecerdasan musikal y Kecerdasan visual spasial y Kecerdasan kinestetik y Kecerdasan inter-personal y Kecerdasan intra-personal y Kecerdasan naturalis Disampaikan dalam Seminar "Menjadikan Anak Yang Terbaik Menuju Milenium III" yang diselenggarakan oleh RS. Mitra Keluarga Bekasi. Bekasi - 27 November 1999 Kecerdasan matematik-logika sendiri memuat kemampuan seseorang dalam berpikir secara induktif dan deduktif, kemampuan berpikir menurut aturan logika, memahami dan menganalisa pola angka-angka serta rnemecahkan masalah dengan menggunakan kemampuan berpikir. Anak-anak dengan kecerdasan matematik-logika tinggi cenderung menyenangi kegiatan menganalisa dan mempelajari sebab-akibat terjadinya sesuatu. Ia menyenangi berpikir secara konseptual, yaitu misalnya menyusun hipotesis, mengadakan kategorisasi dan klasifikasi terhadap apa yang dihadapinya. Anak-anak semacam ini cenderung menyukai aktifitas berhitung dan memiliki kecepatan tinggi dalam menyelesaikan problem matematika. Apabila kurang memahami, maka mereka akan cenderung berusaha untuk bertanya dan mencari jawaban atas hal yang kurang dipahami tersebut. Anak-anak ini juga sangat menyukai berbagai permainan yang banyak melibatkan kegiatan berpikir aktif, seperti : catur, bermain teka-teki dan sebagainya. Kecerdasan bahasa memuat kemampuan seseorang untuk rnenggunakan bahasa dan kata-kata, baik secara tertulis maupun lisan dalarn berbagai bentuk yang berbeda untuk mengekspresikan gagasan -gagasannya. Anak-anak dengan kecerdasan bahasa yang tinggi, umumnya ditandai dengan kesenangannya pada kegiatan yang berkaitan dengan penggunaan suatu bahasa seperti membaca, menulis karangan, membuat puisi, menyusun katakata mutiara dan sebagainya. Anak-anak seperti ini juga cenderung memiliki daya ingat yang kuat misalnya terhadap nama-nama seseorang, istilah-istilah baru maupun hal-hal yang sifatnya detil. Mereka cenderung lebih mudah belajar dengan cara mendengarkan dan verbalisasi. Dalam hal penguasan suata bahasa baru, anak-anak ini umumnya memiliki kemampuan yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak -anak lainnya. Kecerdasan musical memuat kemampuan seseorang untuk peka terhadap suara-suara non verbal yang berada di sekelilingnya. Termasuk dalam hal ini adalah nada dan irama Anak-anak jenis ini cenderung senang sekali mendengarkan nada dan irama yang indah, apakah itu melalui senandung yang dilagukannya sendiri, mendengarkan kaset/ radio, pertunjukan orkestra atau alat musik yang dimainkannya sendiri. Mereka juga lebih mudah mengingat sesuatu dan mengekspresikan gagasan gagasan apabila dikaitkan dengan musik. Kecerdasan visual spasial memuat kemampuan seseorang untuk memahami secara lebih mendalam hubungan antara obyek dan ruang. Anak - anak ini memiliki kemampuan misalnya untuk menciptakan imajinasi bentuk dalam pikirannya, atau kemampuan untuk menciptakan bentuk-bentuk tiga dimensi seperti dijumpai pada orang dewasa yang menjadi pemahat patung atau arsitek suatu bangunan. Kemampuan membayangkan suatu bentuknyata dan kemudian memecahkan berbagai masalah sehubungan dengan kemampuan ini adalah hal yang menonjol pada jenis kecerdasan visualspasial ini. Anak-anak demikian akan unggul dalam pernainan mencari jejak pada suatu kegiatan di kepramukaan misalnya.

Kecerdasan kinestetik memuat kemampuan seseorang untuk secara aktif menggunakan bagian-bagian atau seluruh tubuhnya untuk berkomunikasi dan memecahkan berbagai masalah. Hal ini dapat dijumpai pada anakanak yang unggul pada salah satu cabang olaraga, seperti misalnya bulu tangkis, sepakbola, tenis, berenang, dan sebagainya. Atau bisa pula tampil pada anak-anak yang pandai menari, trampil bermain acrobat atau unggul dalam bermain sulap. Kecerdasan Inter-personal menunjukkan kemampuan seseorang untuk peka terhadap perasaan orang lain, Mereka cenderung untuk memahami dan berinteraksi dengan orang lain, sehingga rnudah dalam bersosialisasi dengan lingkungan disekelilingnya. Kecerdasan semacam ini juga sering disebut sebagai kecerdasan sosial, dimana selain seorang anak mampu rnenjalin persahabatan yang akrab dengan teman-termannya juga termasuk kemampuan seperti memimpin, mengorganisasi, menangani perselisihan antar teman, memperoleh simpati dari anak-anak yang lain, dan sebagainya. Kecerdasan Intra-personal menunjukkan kemampuan seseorang untuk peka terhadap perasaaan dirinya sendiri, Ia cenderung mampu untuk mengenali berbagai kekuatan maupun kelemahan yang ada pada dirinya sendiri. Anak-anak semacam ini senang melakukan introspeksi diri, mengkoreksi kekurangan maupun kelemahannya, kemudian mencoba untuk memperbaiki diri. Beberapa diantaranya cenderung menyukai kesunyian dan kesendirian, merenung dan berdialog dengan dirinya sendiri. Kecerdasan Naturalis yaitu kemampuan seseorang untuk peka terhadap Lingkungan alam. Misalnya senang berada di lingkungan alam yang terbuka seperti pantai, gunung, cagar alam, hutan, dan sebagainya. Anakanak dengan kecerdasan seperti ini cenderung suka mengobservasilingkungan alam seperti aneka macam bebatuan, jenis-jenis lapisan tanah, aneka macam flora dan fauna, benda-benda di angkasa, dan sebagainya. Melalui konsepnya mengenali kecerdasan multiple atau kecerdasan ganda ini, Gardner ingin mengkoreksi keterbatasan cara berpikir yang konvensional mengenai kecerdasan. Dimana seolah-olah kecerdasan hanya terbatas pada apa yang diukur oleh beberapa test inteligensi yang sempit saja, atau sekedar melihat prestasi yang ditampilkan seorang anak melalui ulangan maupun ujian di sekolah belaka.

Kecerdasan pelbagai Perbincangan ttg kecerdasan pelbagai bermula apabila howard gardner (1983) terbitkan buku berjudulFrames of mind: the theory of multiple intelligences. Menurutnya semua insane mempunyai beberapa aspek kecerdasan yg tertentu.setiap kecerdasan melibatkan satu set kemahiran yang membolehkan individu ini menyelesaikan masalah. Ada antara kecerdasan ini yang boleh berkembang ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan kecerdasan yang lain.ada 7 iaitu 1) Kecerdasan lingusitik 2) Kecerdasan Logical matematik 3) Kecerdasan Ruang 4) Kecerdasan Muzik 5) Kecerdasan Tubuh-kinestik 6) Kecerdasan Intrapersonal 7) Kecerdasan Interpersonal Baru2 ini menambahkan lagi kecerdasan lain iaitu naturalist. Oleh itu terdapat 8 jenis kecerdasan

You might also like