You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

M / SURAT

1.1 1.2 1.3 1.4

Rawatan air boiler Objektif rawatan air boiler Tujuan rawatan air boiler Fungsi rawatan kimia

1 1 1 2

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12

Peringkat awal rawatan air Rawatan air luar boiler Penggunaan softener Kaedah lain dalam rawatan air luar boiler Rawatan air dalam boiler Fungsi rawatan air dalam boiler Jenis bahan kimia untuk rawatan air dalam boiler Kesan penggunaan air yang tidak dirawat Kawalan endapan Kandungan endapan Silika Carta alir rawatan air boiler

3 3 4 4 6 6 7 8 9 9 10 11

1.1

RAWATAN AIR BOILER

Air merupakan media berguna dan murah untuk pengaliran haba ke suatu proses. Kualiti stim yang terhasil dalam sistem boiler dipengaruhi oleh pengolahan air yang betul. Kualiti air yang dibekalkan ke dalam boiler juga memberi kesan kepada kecekapan operasi dan jangka hayat boiler.

Air mengandungi pelbagai bahan yang terlarut seperti galian, gas-gas campuran dan benda asing yang seperti kotoran dan sebagainya. Apabila berlaku kenaikan haba dan tekanan terhadap air, hampir semua bahan-bahan terlarut akan terpisah dari larutan menjadi pepejal-pepejal zarah yang jika dibiarkan akan terjadinya pembentukan mendapan dan kerak air. Air boiler harus bebas daripada mendapan padat supaya proses pemindahan haba berlaku dengan cepat dan cekap.

1.2

OBJEKTIF RAWATAN AIR BOILER i. Menghasilkan stim yang bersih dan berkualiti.

ii. Sebagai pencegahan kotoran pada boiler yang terhasil daripada komponenkomponen terlarut dalam air. iii. Mencegah daripada berlakunya hakisan dalam boiler. iv. Mencegah retak akibat hakisan yang terjadi dalam boiler.

1.3 i. ii. iii. iv.

TUJUAN RAWATAN AIR BOILER

Memanjangkan hayat operasi boiler. Mencegah pembentukan kerak/sisik (scale) pada permukaan aras. Mengawal jumlah enapan cemar (sludge) dalam boiler. Mengurangkan berlakunya kakisan (corrosion).

v.

Mengurangkan berlakunya bawa sebelah (carry over) yang boleh menghasilkan stim basah dan seterusnya menghasilkan stim bersih.

vi.

Mencegah berlakunya rapuh kaustik (caustic fragile) pada plat sambungan bagi boiler.

vii.

Menyingkirkan oksigen yang terlarut kerana ianya boleh mengakibatkan kakisan yang berulang dan gas-gas lain seperti ammonia dan karbon dioksida.

viii.

Kotoran umum dalam bekalan air semulajadi seperti gas-gas larut, kekerasan dan benda asing lain yang dialirkan masuk melalui proses pengaliran tersebut sebelum ianya dipam masuk ke dalam boiler.

1.4 i.

FUNGSI RAWATAN KIMIA

Penambahan pelembut lime soda (lime-soda sortering) digunakan untuk bertindak balas dengan mineral larut dan dari bahan asing terkumpul.

ii. iii.

Penapisan mengeluarkan bahan asing dan bahan-bahan organik yang tidak larut. Penukaran ion mengeluarkan bahan-bahan larut ketika air melalui kawasan neutral.

iv.

Osmasis songsang memaksa laluan bekalan yang melaluinya hanya pada satu arah sahaja kepada permukaan membran. Berdekatannya air bersih yang melalui permukaan membran meninggalkan ion dan benda asing dalam bentuk gumpalan. Kemudian diikuti aliran yang merentasi permukaan membran dan bahan-bahan terlarut yang tidak dikehendaki dibuang tetapi tak bercampur dan menjadi kepingan pada membran dan dibersihkan oleh laluan pengumpul.

2.1

PERINGKAT AWAL RAWATAN AIR

Umumnya air semulajadi mengandungi pelbagai jenis galian dan gas-gas campuran. Pada peringkat awal rawatan air, sumber air seperti sungai di pam ke tangki pembersih (clarifier) untuk meneutralkan kandungan air. Peneutralan air dilakukan dalam Proses Pengumpulan (coagulation) dan Proses Pengelompokan (flocculation) di mana campuran aluminium sulfat dengan natrium hidroksida digunakan dalam tangki pembersih.

Proses coagulation dan flocculation kotoran bertukar menjadi mendakan seperti lumpur dan pepejal. Lumpur dan pepejal ini akan dibuang setiap kali melakukan Ujian Jar (jar test) iaitu pada setiap 8 jam bagi memastikan kandungan campuran aluminium sulfat dengan natrium hidroksida sentiasa cukup.

Air yang telah bersih akan disalurkan ke tangki simpanan manakala air yang masih mengandungi kotoran halus akan disalurkan ke dalam bekas penapis pasir (sand filter). Air bersih ini kemudiannya dicampurkan dengan klorin untuk membunuh bakteria dan disalurkan ke kawasan perumahan dan industri mengikut keperluan tertentu.

2.2

RAWATAN AIR LUAR BOILER

Ia dijalankan di loji rawatan air di tempat lain sebelum air dibekalkan ke dandang. Rawatan jenis ini adalah untuk mengasingkan pepejal-pepejal zarah, gas-gas campuran dan benda asing yang wujud dengan beberapa kaedah iaitu:

i. ii. iii.

Rawatan menggunakan pepejal. Rawatan menggunakan bekas pelembut (softener). Rawatan lime soda.

2.3 i. ii.

PENGGUNAAN SOFTENER.

Mempunyai resin yang mengandungi cas-cas ion natrium. Ion-ion kalsium dan magnesium dalam air keras menukarkan kekerasan air menjadi air pelembut.

iii.

Apabila ion natrium dalam resin telah berkurang ini akan menyebabkan air yang keluar menjadi air keras semula dan pembangunan semula (regeneration) perlu dijalankan bagi meningkatkan semula ion natrium dalam resin.

iv.

Regeneration boleh dijalankan secara manual atau automatik. Cara kerja regeneration adalah seperti berikut: a. b. Backwash cuci dan susun semula resin. Sedut masuk garam Air garam yang disedut mengalir masuk melalui resin akan menggantikan ion-ion magnesium dan kalsium dengan ion natrium . c. Cuci cepat (conditioning) mencuci bersih resin dan garam selepas selesai proses masuk garam. d. Ujian baikpulih (service run) Softener digunakan selepas menyemak nilai kekerasan (hardeness) adalah 0.

2.4 i.

KAEDAH LAIN DALAM RAWATAN AIR LUAR BOILER

Menggunakan penyejat (evaporator). Digunakan di mana air tambahan (make up water) adalah kecil (1-4%). Kaedah ini digunakan untuk dandang tekanan rendah. Ia menghasilkan air tulen yang bermutu tinggi. Prinsip alat kerja adalah seperti berikut: Berbentuk kebuk tertutup yang diperbuat daripada plat keluli. Dalam kebuk ini terdapat beberapa tiub stim yang dikelilingi oleh air. Air yang tersejat dialirkan ke pemeluwap di mana air tulen diperolehi.

ii.

Rawatan lime soda. Menggunakan kalsium hidroksida (lime) dan natrium karbonat (abu soda) untuk tindak balas dengan kalsium dan magnesium untuk memendapkannya.
5

Tindak balas boleh berlaku dalam air panas atau sejuk. Tetapi cara panas adalah lebih tepat.

iii.

Rawatan lime soda Sejuk. Campurkan kalsium hidroksida dan natrium karbonat dengan kadar sukatan yang betul kepada air yang menyah yang sejuk. Kalsium dimendakkan sebagai kalsium karbonat dan magnesium sebagai hidroksida. Dalam loji yang besar, air dan bahan kimia dicampurkan dan dibiarkan mendap selama beberapa jam supaya dapat menanggalkan kebanyakan mendapan yang telah terbentuk itu. Air yang telah mendap kemudiannya ditapis untuk menanggalkan bendabenda terapung. Kekerasan air yang ditapis bergantung kepada: Ketepatan nisbah lime dan abu soda dengan air. Masa yang diperlukan untuk tindak balas mendakan (precipitate). Suhu air yang tinggi dapat mempercepatkan tindak balas. Sama ada alat mekanik digunakan atau tidak. natrium aluminat dicampurkan untuk membantu mempercepat proses mendapan dengan membekalkan nukleus untuk penghabluran mendakan dan juga untuk memendapkan sebatian-sebatian yang tidak larut. Boleh mengurangkan kekerasan air kepada 15 hingga 25 ppm CaCO. Keseluruhan rawatan lime soda panas adalah lebih sesuai untuk air yang mempunyai kekerasan yang rendah. Biasanya rawatan ini digabungkan dengan rawatan lain untuk menjimatkan kos.

iv.

Rawatan Zeolit (Zeolite). Sama ada natrium zeolit atau hidrogen zeolit. Zeolit adalah sejenis bahan yang mempunyi struktur kimia yang kompleks dengan tekstur berpasir. Fungsinya untuk mengasingkankan beberapa jenis ion dari air dan digantikan pula dengan ion-ion lain dengan cas yang sama. Dalam proses natrium zeolit, natrium yang terdapat di dalam lapisan pelembut menggantikan kalsium dan megnasium yang menyebabkan air menjadi keras.
6

Garam natrium yang terhasil akan keluar bersama air yang telah dirawat. Apabila lapisan zeolit tidak boleh membekal ion natrium lagi, ia dijanakan semula dengan garam natrium klorida. Untuk hidrogen zeolit penjanaan semula dilakukan dengan asid sulfurik. Rawatan zeolit boleh menanggalkan hampir semua kekerasan tetapi tidak dapat mengurangkan kealkalian. Ini juga mempunyai had suhu sehingga 70C.

2.5 i.

RAWATAN AIR DALAM BOILER

Tindakan campuran untuk melembutkan air yang berlaku. Ia sesuai bagi loji yang bersaiz kecil dan sederhana di mana syarat kendaliannya tidak begitu ketat.

ii.

Kaedah ini menggunakan bahan kimia dengan memasukkan terus ke dalam air bekalan boiler. Tindak balas ini menghasilkan: a. b. c. Reaksi kimia utama berlaku pada tekanan dan suhu kendalian boiler. Hasil tindak balas kimia tinggal di dalam dandang sebagai endapan. Kepadatan pepejal boleh dikawal pada had yang selamat dengan mengadakan cuci-alir (blowdown) iaitu membuang air dari boiler dari jeda masa tertentu atau secara terus menerus dari boiler.

2.6 i.

FUNGSI RAWATAN AIR DALAM BOILER

Rawatan air bertindak sebagai: a. Mencegah daripada berlakunya kerak/sisik (scale) pada permukaan dalam paip. b. Mengurangkan daripada berlakunya bawa sebelah (carry over) bagi tujuan menghasilkan stim yang bersih. c. d. e. Mengawal berlakunya endapan cemar (sludge). Mencegah daripada berlakunya kakisan. Mencegah rapuh kaustik.

2.7

JENIS BAHAN KIMIA UNTUK RAWATAN AIR DALAM BOILER

Bahan Kimia Natrium hidroksida (Soda kaustik) Natrium karbonat (Soda ash) Menambah Kealkalian. Menambah nilai PH.

Fungsi

Mendapkan Magnesium. Menambah Kealkalian. Menambah nilai PH. Mendapkan Magnesium. Mendapkan Kalsium. Mendapkan Kalsium. Mencegah kakisan oksigen. Mencegah repuh kaustik. Mencegah endapan saluran bekal. Untuk menghasilkan bendalir endapan cemar yang tak mudah melekat pada permukaan panas boiler.

Garam fosfat Garam aluminat Garam Sulfit Garam Nitrat Garam aliginate Garam manurote

Tannis, kanji, glukos, terbitan lignin Antiform polimid

Menambahkan endapan cemar yang air. Mengurangkan bawa sebelah. Mengurangkan pembuihan air boiler yang padat.

2.8 i.

KESAN PENGGUNAAN AIR TIDAK DIRAWAT Kerak (scale) dan endapan cemar (sludge). Ia akan mengurangkan pemindahan haba kerana endapan ini mempunyai kekonduksian haba yang rendah. Dengan itu logam tiub akan mengalami panas lampau dan boleh menyebabkan ia retak atau pecah. Lubang tiub juga akan mengecil dan menyebabkan peredaran air yang kurang baik serta mengurangkan muatan sejatan boiler. Endapan cemar juga akan mengurangkan kecekapan melalui pembaziran bahan api.

ii.

Pembusaan (foaming) Pembusaan adalah pembentukan buih-buih kecil yang stabil pada permukaan air di dalam gelendong (drum). Buih ini mungkin memenuhi ruang stim di dalam dram tersebut. Buih tersebut mempunyai kulit yang liat dan sukar untuk dipecah. Punca utama adalah kealkalian garam natrium yang lebih serta minyak. Pembusaan boleh juga menyebabkan penyebuan dan bawa sebelah.

iii.

Penyebuan (priming) Adalah satu keadaan di mana air di dalam gelendong (drum) menerjah dengan kuat menyebabkan ketulan-ketulan air terbawa kedalam stim yang keluar. Selain pembusaan, paras air yang tinggi, pembakaran yang tidak sama yang tinggi juga boleh menyebabkan penyebuan.

iv.

Bawa sebelah (carry over) Lembapan dan pepejal yang keluar bersama dengan stim dari boiler. Ia adalah disebabkan oleh pembusaan dan penyebuan. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada alatan kerana membawa pepejal.

v.

Rapuh kaustik (caustic fragile)


9

Kerapuhan yang berlaku pada keluli, sambungan berivet serta sambungan hujung tiub disebabkan oleh serangan air tak dirawat pada suhu tinggi di dalam sempadan ira (grain boundry) struktur keluli. Ini menyebabkan ia retak atau pecah.

2.9

KAWALAN ENDAPAN

Endapan dalam boiler boleh diakibatkan dari keliatan air umpan dan hasil kakisan dari sistem kondensat dan air umpan. Keliatan air umpan ataupun kekerasan air boleh berlaku kerana kurangnya pelembut (softener). Endapan dan kakisan menyebabkan kehilangan kecekapan yang mengakibatkan kegagalan dalam paip boiler dan juga ketidakmampuan menghasilkan stim. Endapan bertindak sebagai isolator dan melambatkan perpindahan panas.

Sejumlah besar mendapan diseluruh boiler boleh mengurangkan perpindahan panas yang secara signifikan dapat menurunkan kecekapan boiler. Perbagai jenis endapan akan mempengaruhi kecekapan boiler secara berbeza-beza. Oleh itu menganalisis ciriciri endapan adalah sangat penting. Kesan pengisolasian terhadap endapan menyebabkan suhu logam boiler naik sekaligus boleh menyebabkan kegagalan paip kerana pemanasan berlebihan.

2.10

KANDUNGAN ENDAPAN

Bahan kimia yang paling penting dalam air yang mempengaruhi pembentukan endapan dalam boiler adalah garam kalsium dan magnesium yang juga dikenali sebagai garam liat. Kalsium dan magnesium bikarbonat larut dalam air yang membentuk larutan bes/alkali dan garam yang dipanggil sebagai keliatan alkali. Garam-garam ini akan melepaskan gas karbon dioksida kerana ikatannya akan terurai apabila dikenakan pemanasan dan akan membentuk lumpur yang kemudiannya mengendap. Proses ini dipanggil sebagai keliatan sementara (keliatan yang boleh disingkirkan dengan proses pendidihan).
10

Kalsium dan magnesium sulfat, klorida dan nitrat jika dilarutkan dalam air secara kimia akan bersifat neutral dan dikenali sebagai keliatan bukan alkali. Endapan yang terbentuk ini merupakan bahan kimia liat kekal di mana membentuk kerak keras pada dinding boiler yang sukar dihilangkan. Bahan kimia keliatan bukan alkali terlepas dari larutannya kerana penurunan daya larut dengan peningkatan suhu, dengan pemekatan kerana pengewapan yang berlangsung dalam boiler atau dengan perubahan bahan kimia menjadikannya sebatian kurang larut.

2.11

SILIKA

Kewujudan silika dalam air boiler dapat meningkatkan pembentukan kerak silika yang keras. Silika boleh juga bertindak balas dengan garam kalsium dan magnesium membentuk silikat kalsium dan silikat magnesium dengan kebolehan mengalirkan haba yang rendah. Silika dapat meningkatkan mendapan pada sirip turbin setelah terbawa dalam bentuk titisan air dalam stim atau dalam bentuk yang mudah meruap dalam stim pada tekanan tinggi.

11

2.12

CARTA ALIR RAWATAN AIR BOILER


12

You might also like