You are on page 1of 33

1. 2. 3. 4. 5. 6.

STRUKTUR ATOM FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA JADUAL BERKALA UNSUR IKATAN KIMIA ASID BES DAN GARAM BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

7. KADAR TINDAK BALAS 8. SEBATIAN KARBON 9. PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN 10. TERMOKIMIA 11. BAHAN KIMIA UNTUK PENGGUNA

BAB 1: STRUKTUR ATOM 1. Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. 2. Unsur ialah bahan kimia yang paling ringkas yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas secara kimia. Unsur terdiri daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya mungkin ialah atom atau molekul. 3. Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu secara kimia. Zarahnya mungkin ialah molekul atau ion. 4. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi sesuatu unsur yang mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia. 5. Molekul ialah zarah nuetral yang terdiri daripada dua atau lebih atom sama ada daripada unsur yang sama atau unsur yang berlainan yang berpadu secara kimia. 6. Ion ialah zarah-zarah yang sama ada terdiri daripada satu / beberapa atom yang bercas. 7. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit iaitu zarah yang sangat kecil dan wujud secara berasingan. 8. Teori kenetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang diskrit dan sentiasa bergerak. Zarah-zarah ini sentiasa berlanggaran antara satu sama lain. 9. Saiz satu zarah minyak adalah lebih kurang 10^-9m atau 10^-7m. Beberapa anggapan perlu dibuat iaitu: y Minyak yang tesebar pada permukaan air berbentuk silinder y Molekul minyak tersebar seluas-luasnya sehingga satu molekul tebal di permukaan air y Satu molekul minyak berbentuk sfera. 10. Gerakan Brown ialah gerakan rawak yang ditunjukkan oleh zarah-zarah yang dapat dilihat apabila berlanggaran dengan zarah-zarah yang tidak dapat dilihat. 11. Resapan gas ialah pergerakan zarah-zarah gas melalui ruang antara zarah-zarah udara. Zarah-zarah gas ini bergerak secara rawak. 12. (Perubahan keadaan jirim) ialah proses perubahan(keadaan jirim) kepada (keadaan jirim) pada suhu dan tekanan tertentu. 13. Takat lebur ialah suhu tetap di mana pepejal berubah manjadi cecair pada tekanan tetap. 14. Takat didih ialah suhu tetap di mana cecair berubah menjadi gas pada tekanan tertentu.

15. Semasa peleburan dan pendidihan, suhu menjadi tetap kerana tenaga haba yang dibekalkan digunakan untuk mengatasi / memutuskan ikatan antara zarah-zarah. 16. semasa pembekuan dan kondensasi, suhu menjadi tetap kerana tenaga telah dibebaskan apabila ikatan antara zarah-zarah terbentuk untuk mengantikan tenaga yang hilang ke sekeliling. 17. D r Can Tik Baik --- dalton --- rutherford --- chadwick --- thompson ---bohrs menemui atom menemui proton menemui neutron menemui elektron menemui petala

18. No. atom / no. proton ialah bilangan proton yang terdapat dalam nukleus sesuatu atom. 19. No. jisim / no. nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalan nukleus sesuatu atom. 20. Isotop ialah atom-atom berbeza bagi sesuatu unsur yang sama yang mempunyai nombor proton yang sama ttp no nukleon yang berbeza. 21. Isotop mempunyai sifat kimia yang sama tetapi sifat fizik yang berlainan kerana mempunyai bilangan elektron valens yang sama. 22. Kegunaan isotop : y Kobalt-60 --- membunuh sel-sel kanser y Iodin-131 ---merawat penyakit tiroid y Plutonium-238 --- bateri nuklear y Fosforus-32 dan strotium-90 --- merawat kanser kulit y Natrium-24 ---mengesan kebocaran paip bawah tanah dan pengealiran darah. 23. Elektron valens ialah elektron yang terletak pada petala terluar sesuatu atom unsur itu. 24. Kala mewakil petala manakala bilangan elektron valens mewakili kedudukan kumpulan. * cara untuk menghafal 20 unsur pertama: H He --- He Na --- Naza Li --- Like Mg --- Magnufacturers Al --- All Be --- Become B --- Big Si --- Simply P --- Pick C --- Car N --- Not S --- Some Cl --- Classic O --- Of F --- Ferrari Ar --- Artistic Ne --- Neon Ca --- Cars

BAB 2: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA 1. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala hidrogen) ialah bilangan kali jisim satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada jisim satu atom unsur Hidrogen. Jisim satu atom unsur Hidrogen dianggap sebagai satu dan digunakan sebagai piawai. 2. Keburukan penggunaan skala Hidrogen ialah : y Bukan semua bahan dapat berpadu dgn Hidrogen atau menyesarkan Hidrogen y Jisim beberapa unsur tidak tepat y Jisim atom Hidrogen sukar untuk diukur kerana berada dalam bentuk gas. 3. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala Karbon-12) ialah bilangan kali jisim satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom Karbon-12. Jisim satu atom Karbon-12 dianggap sebagai 12.000 dan digunakan sebagai piawai. 4. 1 mol bersamaan dengan 6.02 x 10^23 bilangan zarah. No avagrado ialah 6.02 x 10^23. 5. JAR Bilangan mol X JAR Jisim nombor Avogrado x no. Avogrado

Bil. zarah

isipadu molar gas Isipadu.

X isipadu molar gas

6. Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah palng ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu sebatian. 7. Formula mlekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu molekul bahan itu. 8. Penentuan formula kimia melalui jadual. Jadual itu harus mengandungi unsur, jisim bilangan mol atom dan nisbah mol paling ringkas.

BAB 3: JADUAL BERKALA UNSUR 1. Gas adi ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 18 Jadual Berkala Unsur yang terdiri daripada Helium, Neon. Argon, Kripton, Xenon, Radon. 2. Logam alkali ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 1 Jadual Berkala Unsur yang terdiri daripada Hidrogen, Litium, Natrium, Kalium, Rubidium, Cessium, Fransium. 3. Halogen ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 17 Jadual Berkala Unsur yang terdiri daripada Fluorin, Clorin, Bromin, Iodin, Astatin. 4.
KUMPULAN 1(LOGAM ALKALI) saiz atom semakin besar daya tarikan antara zarah semakin lemah wujud ikatan logam antara zarah takat lebur dan takat didih semakin rendah semakin kurang tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah mengkonduksikan arus elektrik konduktor haba yang baik ketumpatan semakin meningkat semakin reaktif / elektropositif agen penurunan yang baik mengalami pengoksidaan dengan membuang elektron MENURUNI KUMPULAN KUMPULAN 18(GAS ADI) saiz atom semakin besar daya tarikan antara zarah semakin kuat wujud ikatan van der waals antara zarah takat lebur dan takat didih semakin tinggi lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah tidak mengkunduksikan arus elektrik tidak mengkonduksikan haba ketumpatan semakin meningkat lengai secara kimia lengai secara kimia lengai secara kimia KUMPULAN 17(HALOGEN) saiz atom semakin besar daya tarikan antara zarah semakin kuat wujud ikatan van der waals antara zarah takat lebur dan takat didih semakin tinggi lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah tidak mengkunduksikan arus elektrik pengalir haba yang lemah ketumpatan semakin meningkat semakin kurang reaktif / elektronegetif agen pengoksidaan yang baik mengalami penurunan dengan menerima elektron

5. Keelektronegetifan ialah satu ukuran kekuatan atom unsur itu menarik elektron ke arah atom untuk menjadi anion. 6. Keelektropositifan ialah satu ukuran kesenagan atom unsur itu melepaskan elektron untuk menjadi kation. 7. Apabila merentasi kala dalan Jadual Berkala Unsur : y Saiz atom semakin berkurangan kerana bilangan proton bertambah menambahkan kekuatan tarikan nukleus atom. y Semakin elektronegetif tetapi semakin kurang elektropositif. y Berubah dari pepejal kepada gas y Daripada bersifat logam kepada separuh logam dan akhirnya kepada bukan logam

8. Sifat-sifat rasmi unsur-unsur peralihan: y Kebanyakan bersifat logam y Dapat membentuk sebatian / ion kompleks y Mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza y Dapat membentuk sebatian yang berwarna-warni y Dapat berfungsi sebagai mangkin BAB 4: IKATAN KIMIA 1. Ikatan ion ialah ikatan kimia yang terbentuk hasil daripada pemindahan elektron daripada atom logam kepada atom bukan logam. 2. Ikatan kovaken ialah ikatan kimia yang terbentuk daripada perkongsian elektron antara dua / lebih atom bukan logam. 3. Huraian pembentukan ikatan ion: y Merupakan sejenis ikatan kimia yang melibatkan pemindahan elektron y Atom logam akan menyingkirkan elektron y Atom bukan logam akan menerima elektron y Ion(positif dan negetif) telah mencapai susunan oktet y Wujud daya tarikan elektrostatic yang kuat antara ion-ion. 4.
IKATAN ION terbentuk ant atom logam dengan atom bukan logam berlaku pemindahan elektron atom logam akan membuang elektron menjadi kation manakala atom bukan logam akan menerima elektron menjadi anion IKATAN KOVALEN terbentuk antara atom bukan logam berlaku perkongsian elektron

kedua-dua atom bukan logam akan menyumbangkan elektron untuk perkongsian atom-atom akan mencapai susunan oktet dgn ion-ion akan mencapai susunan oktet(gas adi) berkongsi elektron wujud daya elektrostatik wujud daya van der waals SIFAT-SIFAT mempunyai takat didih dan takat lebur yang mempunyai takat didih dan takat lebur yang tinggi rendah daya tarikan ant ion-ion yang kuat daya tarikan ant atom-atom yang lemah kemeruapan yang rendah kemeruapan yang tinggi sangat larut dalam air tidak larut dalam air tidak larut dalam pelarut organik sangat larut dalam pelarut organik mengkonduksikan arus elektrik tidak mengkonduksikan arus elektrik

BAB 5: ELEKTROLISIS 1. Bahan elektrolit ialah bahan yang dapat mengkonduksikan arus elektrik dalam keadaan leburan atau dalam keadaan larutan akueus dan mengalami perubahan kimia. 2. Bahan bukan elektrolit ialah bahan yang tidak mengkonduksikan arus elektrik walaupun dalam keadaan leburan ataupun larutan akueus. 3. Bahan elektrolit dapat mengkonduksikan arus elektrik kerana kehadiran ion-ion yang bebas bergerak dalam elektrolit. 4. Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. 5. Elektrod terbahagi kepada 2 jenis iaitu elektrod yang lengai dan elektrod tidak lengai. Elektrod lengai ialah elektrod yang tidak bertindak balas dengan elektrolit manakala elektrod tak lengai ialah elektrod yang bertindak balas dengan elektrolit. 6. Kation ialah ion positif yang bergerak ke arah elektrod katod manakala anion ialah ion negetif yang bergerak ke arah elektrod anod. 7. Penerangan elektrolisis haruslah mgd penerangan: y Ion-ion yang hadir y Pergerakan ion-ion ke anod atau ke katod y Proses nyahcas yang berlaku di anod atau katod. 8. Bagi proses elektrolisis bahan leburan, unsur juzuk logam akan terbentuk di katod manakala unsur juzuk bukan logam akan terbentuk di anod. 9. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcaskan ialah: y Kedudukan ion dalam siri elektrokimia : ion yang berada semakin bawah di dalam SEK akan dipilih untuk dinyahcaskan y Kepekatan ion dalam suatu larutan : ion yang lebih pekat akan dipilih untuk dinyahcaskan kecuali ion 5 ahli kation teratas dan 3 ahli anion teratas. y Jenis elektrod yang digunakan : elektrod selain daripada platinium, karbon dan grafit akan bertindak balas dengan elektrolit. 10. Proses pengekstrakan logam ialah proses mengekstrakan logam-logam reaktif melalui proses elektrolisis sebatian leburannya. 11. Pengekstrakkan logam aluminium adalah daripada proses elektrolisis bijih bauksit. Kriolit(NaAlF6) akan ditambahkan untuk menurunkan takat lebur aluminium oksida. 12. Pengekstrakan logam Natrium adalah daripada proses elektrolisis leburan natrium klorida. Kalsium klorida ditambah untuk merendahkan takat lebur Natrium Klorida. Anod terdiri daripada grafit manakala katod terdiri daripada ferum.

13. Penulenan logam ialah proses menulenkan logam yang tidak tulen melalui proses elektrolisis. Logam tulen akan dijadikan katod manakala logam tidak tulen akan dijadikan anod. 14. Penyaduran logam ialah proses menyadurkan sesuatu bahan dengan suatu logam melalui proses elektrolisis. Tujuan penyaduran logam ialah untuk mengelakkan kakisan logam reaktif dan memperbaiki rupa logam tertentu. 15. Syarat yang diperlukan ialah : y Logam penyadur dijadikan anod y Bahan yang ingin disadur dijadikan katod y Elektrolit harus mempunyai ion logam penyadur. 16. Sel kimia ialah sel yang menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Syarat yang perlu dipenuhi oleh sel kimia ialah: y Mencelupkan dua keping logam yang berlainan dalam suatu elektrolit y Menyambungkan dua keping logam itu melalui luar pada sebuah mentol,voltmeter / galvonometer. 17. Sel Daniell mempunyai titian garam(kalium klorida / kalium nitrat) atau pasu berliang yang berfungsi untuk membenarkan anion-anion sahaja mengalir melaluinya untuk melengkapkan litar dan mengelakkan kedua-dua elektrolit bercampur. 18.
PERSAMAAN SEL KIMIA Mengandungi elektrolit Terdiri daripada dua elektrod Melibatkan tindak balas kehilangan dan penerimaan elektron mempunyai elektrod positif dan negatif PERBEZAAN tenaga elektrik kpd tenaga PERUBAHAN BENTUK tenaga kimia kpd tenaga kimia TENAGA elektrik dari terminal positif ke terminal dari terminal negatif ke negatif terminal positif ALIRAN ELEKTRON kehilangan elektron TERMINAL POSITIF penerimaan elektron penerimaan elektron TERMINAL NEGATIF kehilangan elektron grafit atau dua jenis logam JENIS ELEKTROD dua jenis logam yang berlainan yang sama SEL ELEKTROLISIS

19. Siri elektrokimia ialah satu siri susunan logam-logam mengikut tertib kecenderungan logam mengion. Dapat dibina melalui perbezaan voltan dan kebolehan logam menyesarkan logam yang lain. 20. Pembinaan SEK melalui perbezaan voltan: y Semakin jauh kedudukan dua logam dalam SEK semakin besar nilai voltan y Logam yg lebih cenderung mengion menjadi terminal (-) manakala satu lagi manjadi terminal(+)

21. Pembinaan SEK melalui kebolehan menyesarkan logam yang lain: y Logam yang berada lebih atas adalah lebih cenderung untuk menyesarkan logam lain di bawahnya daripada larutan garam logam itu. y Tindak balas yang berlaku juga dikenali sebagai tindak balas penyesaran. 22. Siri elektrokimia ini penting untuk menentukan terminal sel, voltan sel dan kebolehan logam menyesarkan logam lain daripada larutan garamnya.

BAB 6: ASID BES DAN GARAM 1. Asid ialah bahan kimia yang menghasikan ion Hidrogen / ion Hidroksonium yang bebas bergerak apabila dilarutkan dalam air. 2. Bes ialah bahan kimia yang dapat bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air. 3. Alkali ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidroksida yang bebas bergerak apabila dilarutkan dalam air. Semua alkali ialah bes ttp bukan semua bes merupakan alkali kerana kebanyakan bes tidak larut dalam air. 4. Asid dan alkali hanya akan menunjukkan sifat kimianya apabila dilarutkan dalam air kerana asid dan alkali hanya akan terion untuk menghasilkan ion Hidrogen dan ion hidroksida yang bebas bergerak. 5. Sekiranya asid dan alkali dalam keadaan pepejal ataupun dilarutkan dalam pelarut organik, asid dan alkali tidak menunjukkan sebarang sifat kimianya kerana asid dan alkali berada dalam bentuk molekul. 6. Kebesan asid: y Asid monobes ialah asid yang memerlukan 1 molnya utk secukup-cukup bertindak balas dengan satu mol bes. y Asid dwibes ialah asid yang memerlukan 1 molnya untuk secukup-cukup bertindak balas dengan 2 mol bes. y Asid tribes ialah asid yang memerlukan 1 molnya untuk secukup-cukup bertindakbalas dengan 3 mol bes. 7. Asid kuat ialah asid yang bercerai dengan lengkap dalam air, mempunyai darjah penceraian yang tinggi dan menghasilkan kepekatan ion Hidrogen yang tinggi apabila dilarutkan dalam air. 8. Asid lemah ialah asid yang bercerai separa dalam air, mempunyai darjah penceraian yang rendah dan menghasilkan kepekatan ion Hidrogen yang rendah apabila dilarutkan dalam air.

9. Alkali kuat ialah alkali yang bercerai dengan lengkap dalam air , mempunyai darjah penceraian yang tinggi dan menghasilkan kepekatan ion Hidroksida yang tinggi apabila dilarutkan dalam air. 10. Alkali lemah ialah alkali yang bercerai separa dalam air, mempunyai darjah penceraian yang rendah dan menghasilkan kepekatan ion hidroksida yang rendah apabila dilarutkan dalam air. 11.
NAMA PENUNJUK LITMUS FENOLFTALEIN METIL JINGGA METIL MERAH BROMOTIMOL BIRU KRESOL UNGU WARNA DALAM ASID Merah Tidak berwarna Merah jambu Merah jambu Kuning Kuning WARNA PD NEUTRAL Ungu Hampir tidak berwarna Jingga Jingga Hijau Hijau WARNA DALAM ALKALI Biru Merah jambu Kuning Kuning Biru Ungu

12. Larutan ialah satu campuran yang terbentuk apabila satu zat terlarut dilarutkan dalam satu pelarut. 13. Kepekatan susuatu zat terlarut ialah satu ukuran tentang kuantiti zat terlarut yang terlarut dalam satu kuantit pelarut tertentu. 14. Kemolaran ialah satu unit kepekatan yang menunjukkan bilangan mol zat terlarut dalam 1 dm(-3) larutan. 15. Jisim molar zat terlarut Kepekatan dalam g dm(-3) X Jisim molar zat terlarut 16. Peneutralan ialah suatu tindak balas antara asid dan bes untuk menghasilkan garam dan air. Peneutralan antara asid kuat dengan alkali kuat merupakan satu tindak balas antara yang melibatkan perpaduan antara ion H(+) daripada asid dan ion OH(-) daripada alkali untuk menghasilkan satu mol molekul air. 17. Pentitratan asid-bes ialah satu kaedah analisis kualitatif untuk menentukan isipadu asid yang diperlukan dgn tepat untuk meneutralkan satu alkali yang mempunyai isipadu tertentu dengan bantuan satu penunjuk yang sesuai. 18. Garam merupakan sebatian ion yang terhasil apabila ion Hidrogen di dalam sesuatu asid diganti oleh ion logam atau ion ammonium. Kepekatan dalam mol dm(-3)

19.

LARUT SEMUA SEMUA SEMUA SEMUA Na, K, NH Na, K, Ca, NH Na, K, Ca, NH

GARAM NATRIUM,KALIUM, AMMONIUM NITRAT KLORIDA SULFAT KARBONAT OKSIDA HIDROKSIDA

TAK LARUT TIADA TIADA Ag, Hg dan Pb Ba, Ca, Pb SEMUA SEMUA SEMUA

20. Garam terlarutkan dapat disediakan melalui tindak balas: y Ant asid dgn alkali garam dan air y Ant asid dgn oksida bes garam dan air y Ant asid dgn logam garam dan gas hidrogen y Ant asid dgn logam karbonat garam, gas karbon dioksida dan air. 21. Garam tak terlarutkan dapat disediakan dengan kaedah pemendakan melalui tindak balas penguraian ganda dua. Tindak balas penguraian ganda dua ialah tindak balas yang dapat diwakili oleh XY + AB XB + AY di mana X dan A ialah radikal logam manakala Y dan B ialah radikal asid. Tindak balas ini berlaku secara saling menukarkan radikalnya untuk membentuk dua sebatian baru. 22. Sifat fizik hablur ialah: y Mempunyai bentuk geometri tertentu y Mempunyai permukaan rata, sisi lurus dan bucu tajam y Sudut antara dua permukaan bersebelahan adalah tetap y Rupa bentuk hablur sesuatu bahan adalah sentiasa tetap 23.
UNSUR OKSIGEN HIDROGEN KARBON DIOKSIDA KLORIN AMMONIA HIDROGEN KLORIDA SULFUR DIOKSIDA NITROGEN OKSIDA UJIAN Kayu uji berbara Kayu uji menyala Air kapur Kertas Litmus(Hijau Muda) HCl pekat Kertas Litmus Ammonia akueus Kalium Manganat IV Kalium Dikromat IV Kertas Litmus(Perang) PEMERHATIAN Kayu uji berbara akan menyala semula Bunyi pop akan kedengaran Air kapur menjadi keruh Biru kpd merah kpd terluntur Wasap putih terhasil Merah kpd biru Wasap putih terhasil Warna ungu terlumtur Jingga kpd hijau Biru kpd merah

24.

GARAM KARBONAT KALIUM DAN NATRIUM Hg, Ag dan Au AMMONIA LAIN-LAIN

KESAN HABA Tidak diuraikan oleh haba Terurai menhasilkan gas oksigen, gas karbon dioksida dan logamnya Terurai membentuk gas ammonia, gas karbon dioksida dan air terurai membentuk gas karbon dioksida dan oksida logam KESAN HABA terurai membentuk nitrus oksida dan air Terurai membentuk nitrit logam dan oksigen Terurai membentuk nitrogen oksida, oksigen dan logamnya Terurai membentuk oksida logam, nitrogen oksida dan gas oksigen

25.

GARAM NITRAT AMMONIUM KALIUM DAN NATRIUM Hg, Ag dan Au LAIN-LAIN

26. Semua garam sulfat tidak dapat diuraikan oleh haba kecuali Ferum(II)Sulfat, Zink Sulfat, Kuprum(II)Sulfat dan Ferum (III)Sulfat. Masing-masing akan membebaskan gas sulfur trioksida dan oksida logamnya. 27 Semua garam klorida tidak terurai oleh haba kecuali ammonia klorida. Hasilnya ialah gas ammonia dan gas HCl. 28. Pengesahan anion klorida : y Menggunakan bahan HNO3 cair, AgNO3 y Hasilnya ialah mendakan putih yang larut dlm NH3 berlebihan 29. Pengesahan anion sulfat: y Menggunakan bahan HNO3, BaNO3 y Hasilnya ialah mendakan putih yg tdk larut dalam asid yg berlebihan 30. Pengesahan anion nitrat: y Ujian cincin perang digunakan y Bahan yang digunakan ialah H2SO4 cair, FeSO4 dan H2SO4 pekat y Cincin yang berwarna perang akan terhasil. 31. Pengesahan kation dengan menggunakan larutan NaOH y ZAP larut dalam berlebihan y Ca dan Mg tidak larut dalam berlebihan 32. Pengesahan kation dengan menggunakan laruan ammonia akueus: y MAP tidak larut dalam berlebihan y Zn sangat larut dlm berlebihan y Ca tiada tindak balas.

33. Pengesahan ferum(II): y Kalium Heksasianoferat(II) mendakan biru muda y Kalium Heksasianoferat (III) mendakan biru tua y Kalium tiosionat mendakan merah pudar y Kalium manganat(VII) warna ungu turluntur 34. Pengesahan ferum(III): y Kalium Heksasianoferat(II) mendakan biru tua y Kalium Heksasianoferat (III) mendakan perang kehijauan y Kalium tiosionat mendakan merah darah 35. Pengesahan ion Plumbum: y Dengan larutan ion Cl: mendakan putih larut dalam air panas y Dengan larutan ion Iodida: mendakan kuning larut dalam air panas 36. Pengesahan Ammonium: y Sebarang ujian yang menghasilkan gas ammonia y Dengan ujian Nessler iaitu merkuri(II)iodida, mendakan perang akan terbentuk. 37. Pengesahan dengan Natrium Sulfat: y Mendakan putih terbentuk dengan cepat y Mendakan putih terbentuk dengan lama ion Plumbum ion kalsium

BAB 7: BAHAN BUATAN DALAM INDURTRI 1. Proses Sentuh ialah proses yang digunakan untuk menghasilkan asid sulfurik. y Keadaan yang diperlukan ialah suhu(400 500C), tekanan(1 atm)dan mangkin Vanadium(V)oksida / Platinium. Proses: 1. S + O2 SO2 2. SO2 + O2 SO3 3. SO3 + H2SO4 H2S2O7(oleum) 4. H2S2O7 + H2O H2SO4 + banyak haba 2. Proses Ostwald ialah proses yang menghasilkan asid nitrik. y Keadaan yang diperlukan ialah mangkin platinium. y Proses: 1. 4NH3 + 5O2 4NO + 6H2O 2. 2NO + O2 2NO2 3. 4NO2 + O2 + 2H2O 4HNO3 3. Proses Haber ialah proses yang menghasilkan ammonia: y Keadaan yang diperlukan ialah suhu(450C), tekanan(200atm)dan mangkin(besi) y Proses: N2 + 3H2 2NH3

4. Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang tertentu di mana unsur utamanya ialah logam. 5. kehadiran atom asing pd aloi mengganggu susunan teratur bagi atom logam tulen dan mengelakkan atom-atom logamtulen daripada bergelongsor. 6. Tujuan pengaloian ialah: menambahkan kekuatan dan kekerasan logan tulen mencegah kakisan logam membaiki rupa logam 7.
ALOI DURALUMIN GANGSA KELULI KELULI NIRKARAT LOYANG PIUTER PENGGUNAAN Badan kapal terbang dan kabel elektrik Piala dan patung Landasan kereta api,jambatan,badan keretadan kapal Sudu,gerpu dan pisau Barang hiasan dan alat elektrik barangan hiasan dan puiter. KOMPOSISI Al + Cu Cu + timah Besi + Karbon Fe + Cr + Ni + C Cu + Zn Cu + antimoni + timah

8. Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan beberapa unit kesil yg dikenali sebagai monomer. 9. Polimer semula jadi ialah polimer yang terdapat dalam benda hidupspt kanji dan protein. Plomer sintetik ialah polimer buatan manusia spt plastik dan getah sintetik. 10.
POLIMER POLIPROPENA POLIVINIL KLORIDA POLISTIRENA PERSPEKS TEFLON NEOPRENA STIRENA-BUTADIENA NILON POLIESTER PENGGUNAAN PLASTIK membuat paip dan bekas membuat baju hujan, batang paip dan pembalut kabel elktrik membuat bahagian dalam peti sejuk, radio alat permainan kanakkanak penganti kaca alas alat memasak dan bebola GETAH SINTETIK salur getah tayar dan kasut LAIN-LAIN kain baju,berus gigi,benang kail,gentian bulu,sikat dan payung kain baju,payung terjun,stoking dan jala ikan

*Nilon ialah polimer sintetik dgn poliamida yang dihasilkan daripada diamina dan diasid. *Poliester polimer sintetil dgn kump polimer yg dihasikan drpd diol dan diasid *Getah Sintetik kump polimer sintetik yg menyerupai getah asli

11. Kaca Fotokromik juga dikenali sbg kaca berbalik. Merupakan kaca yang menunjukkan perubahan warna apabila dikenakan cahaya. 12. Kaca Mengkonduksikan ialah kaca yang dapat mengalirkan arus elektrik. Terhasil dgn menambahkan ITO(Indium Stanum Oxide) 13. Penggunaan seramik ialah untuk membuat: y Bahan binaan krn sifatnya yang keras, tahan haba dan tahan tekanan. y Barangan hiasan krn sifatnya yang lengai, tahan karat dan tahan lama y Penebat elektrik y Semi konduktor dan dapat menyimpan cas y Bidang perubatan iaitu membuat anggota badan yang palsu. 14. Super konduktor ialah bahan konduktor elektrik yang hampir tidak mempunyai ringtangan elektrik. Seramik ini dikenali sebagai perovskite dan hanya berfungsi sebagai super konduktor pd suhu -196. 15. Bahan komposit ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis bahan yang digabungkan dengan bahan lainuntuk menghasilkan bahan baru yang menyatukan kelebihan kedua-dua bahan asal.

BAB 8: KADAR TINDAK BALAS 1. Kadar tindak balas ialah sukatan perubahan sesuatu kuantiti semasa tindak balas dalam satu unit masa. 2. Kadar tindak balas berkadar songsang dengan masa tindak balas. 3. Kadar tindak balas yang tinggi mengambil masa yang singkat untuk selesai bertindak balas. Begitu juga sebaliknya. 4. Kadar tindak balas purata ialah purata kadar tindak balas yang berlaku dalam satu tempoh masa tertentu. 5. Kadar tindak balas pada masa tertentu ialah kadar tindak balas sebenar yang berlaku pada masa tersebut. 6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas: y Jumlah luas permukaan bahan tindak balas : semakin besar JLP semakin tinggi kadar tindak balas. bahan yang lebih kecil mempunyai JLP yang terdedah kpd tindak balas yg lebih besar. Jadi peluang utk pelanggaran bertambah iaitu frekuensi pelanggaran bertambah. Hal ini juga akan menambahkan bilangan perlanggaran dengan orientasi yang betul.

Lantas, frekuensi pelanggaran berkesan juga akan turut bertambah dan kadar tindak balas pun bertambah. y Kepekatan : semakin tinggi kepekatan semakin tinggi kadar tindak balas. pertambahan kepekatan bahan tindak balas bermakna bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran akan bertambah. Oleh itu, zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Frekuensi pelanggaran bertambah. Orientasi pelanggaran yang betul juga bertambah. Maka,frekuensi pelanggaran berkesan juga bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas. y

Suhu semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindak balas suhu yang tinggi akan menambahkan tenaga kinetik zarah bahan tindak balas. Oleh itu, zarah bahan tindak balas bergerak dengan lebih pantas dan frekuensi perlanggaran bertambah. Maka, frekuensi perlanggaran berkesan juga bertambah. Tenaga yang dipunyai zarah oleh zarah bahan tindak balas juga bertambah apabila suhu meningkat. Oleh itu, lebih banyak zarah yang mempunyai tenaga pengaktifan untuk menghasilkan perlanggaran berkesan. Pertambahan frekuensi perlanggaran berkesan meninggikan kadar tndak balas. y Mangkin kehadiran mangkin positif akan meningkatkan kadar tindak balas. kehadiran mangkin positif membekalkan suatu lintasa alternatif bagi tindak balas berlaku. Lintasan alternatif ini mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Oleh itu, bilangan zarah yang mempunyaibahan tindak balas yang mempunyai tanaga pengaktifan yang lebih rendah ini adalah lebih banyak. Maka,frekuensi perlanggaran berkesan bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas. y

Tekanan tekanan yang semakin tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas. pertambahan tekanan campuran bahan tindak balas bermakna pertambahan bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu campuran tindak balas. Pertambahan tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas adalah sama seperti pertambahan kepekatan bahan tindak balas. Hal ini menambahkan bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran tindak balas. Zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran berkesan akan bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas. 7. Mangkin ialah bahan yang mengubah kadar sesuatu tindak balas dan tmangkin tidak akan mengalami sebarang perubahan kimia pada akhir tindak balas. 8. Mangkin bersifat: tidak berubah dari segi kuantiti dan komposis kimia tindakan mangkin adalah khusus mangkin hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil tidak mengubah kuanti hasil tindak balas. menyediakan satu jalan alternatif yang mempunyai tenaga pengaktifan yang rendah.

9. Perlanggaran berkesan ialah perlanggaran yang menghasilkan tindak balas dengan mencapai tenaga minimum yang mencukupi dan orientasi pelanggaran yang betul 10. Tenaga pengaktifan ialah tenaga yang mesti dipunyai oleh zarah-zarah bahan tindak balas yang berlanggar. Tenaga ini mesti diatasi oleh bahan-bahan tindak balas yang berlanggar supaya tindak balas dapat berlaku untuk memberikan hasil tindak balas. 11. Frekuensi pelanggaran berkesan ialah bilangan perlanggaran berkesan yang berlaku dalam sesaat.

BAB 9: SEBATIAN KARBON 1. Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi juzuk unsur karbon. 2. Sebatian organik ialah sebatian yang sumber aslinya ialah organisma dan mempunyai satu atau lebih atom karbon sebagai juzuk utamanya. 3. Sebatian tak organik ialah sebatian yang tidak tergolong dalam kumpulan sebatian organik. 4. Sebatian tak organik yang mgd karbon ialah sebatian karbonat, sebatian hidrogen karbonat, sebatian sianida, sebatian karbida gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida. 5. Pembakaran sebatian organik dengan bekalan oksigen yang berlebihan atau mencukupi akan menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Pembakaran lengkap berlaku. 6. Pembakaran sebatian organik dgn bekalan oksigen yang tidak mencukupi atau berkurangan akan menghasilkan campuran gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida, air dan jelaga. Pembakaran tidak lengkap berlaku. 7. Hidrokarbon ialah sebatian kimia yang hanya terdiri daripada unsur Hidrogen dan unsur Karbon. 8. Satu atom H hanya akan membentuk satu ikatan tunggal. Setiap atom C pula akan mempunyai 4 ikatan sahaja. 9. Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon yang semua atom karbonnya terikat ant satu sama lain melalui ikatan kovalen tunggal sahaja. alkana 10. hidrokarbon tidak tepu ialah hidrokarbon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen berganda antara atom karbonnya.

11. Alkana ialah satu siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada unsur hidrogen dan unsur karbon.sahaja dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+2). Ahli pertamanya ialah Metana. 12. Alkena ialah satu siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n). 13. Alkohol ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi OH dan diwakili dengan formula am C(n)H(2N+1)OH. 14. Asid Karbosilik ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi COOH dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+1)COOH. 15. Ester ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi COO dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+1)C(m)H(2m+1). 15. Sifat fizik kumpulan homolog hidrokarbon.
SIFAT FIZIK SAIZ MOLEKUL TAKAT DIDIH DAN TAKAT LEBUR KEADAAN FIZIK KETUMPATAN KETERLARUTAN AIR KETERLARUTAN PELARUT ORGANIK KEKONDUKSIAN ELEKTRIK ALKANA Bertambah Bertambah 4 gas 5 cecair dan seterusnya pepejal Bertambah Tidak Larut Tidak ALKENA Bertambah Bertambah 3 gas 5 cecair dan seterusnya pepejal Bertambah Tidak Larut Tidak ALKOHOL Bertambah Bertambah 12 cecair dan seterusnya pepejal Bertambah 3 ahli pertama Larut Tidak ASID KARBOKSILIT Bertambah Bertambah 9 cecair dan seterusnya pepejal Bertambah HC yg berantai pendek HC yg berantai panjang Tidak

16. Takat lebur dan takat didih semakin bertambah kerana saiz molekul semakin bertambah. Jadi daya tarikan van der waals antara molekul semakin bertambah kuat. Oleh itu lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan tersebut. 17. Ketumpatan juga bertambah kerana jisim molekul bertambah. Semakin bertambah jisim molekul semakin kuat daya tarikan antara molekul maka semakin padat molekul HC tersebut. 18. Semua alkana dan alkena tidak larut dalan air kerana rantai hidrokarbon adalah hidrofobik tetapi dapat larut dalam pelarut organik. Hanya rantai hirdrkarbon alkohol dan asid karbosilik yang pendek sahaja larut dalam air kerana dipengaruhi oleh kumpulan berfungsinya.

19. Formula struktur sesuatu bahan ialah formula kimia yang menunjukkan cara atomatom diikat melalui ikatan kovalen antara satu sama lain dalam satu molekul bahan tersebut. 20. Sifat kimia alkana: y Alkana adalah tidak reaktif secara kimia dan bersifat neutral. y Tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila ditindak balas dengan asid HCl, NaOH, KMnO(4) berasid dan air bromin. y Pembakaran alkana terbahagi kepada pembakaran lengkap dan pembakaran tidak lengkap. y Mengalami tindak balas penukargantian dengan syarat kehadiran UV dan hanya akan bertindak balas dgn Cl, Br dan I. 21. Sifat kimia alkena: y Bersifat neutral. Lebih reaktif daripada alkana y Dapat mengalami pembakaran lengkap dan pembakaran tidak lengkap\ y Mengalami penghidrogenan dgn syarat adanya mangkin platinium / nikel yang panas. Hasilnya alkena alkana. y Mengalami penghalogenan dgn air klorin dan bromin untuk menghasilkan dibromoalkana / dikloroalkana. y Mengalami penghalidaan dgn HCl, HBr dan HI untuk menghasilkan halogenoalkana y Mengalami penghidratan dgn penambahan stim(air) pada suhu dan tekanan yang tinggi di makmal manakala secara industri adalah dgn menggunakan mangkin asid fosforik pd suhu 300C dan tekanan 60atm. Alkohol akan dihasilkan. y Mengalami pengoksidaan[KMnO(4)] untuk menghasilkan alkana-diol. *alkana dan alkena dapat dibezakan melalui tindak balas pengoksidaan oleh air bromin dan Kalium mannganat(VII) 22. Proses penyediaan alkohol: y Alkohol dapat disedikan di makmal melalui proses penapaian karbohidrat danjuga melalui industri secara besar-besaran. y Proses penapaian ialah proses penguraian molekul organik yang besar kepada molekul-molekul yang lebih kecil dgn bantuan enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma. y Secara industri alkohol dapat disediakan dengan mangalirkan campuran etana dgn stim melalui mangkin asid fosforik pd suhu 300C dan tekanan 60atm. 23. Sifat kimia alkohol: y Bersifat neutral. y Boleh terbakar dengan lengkap atau tidak lengkap y Mengalami pengoksidaan oleh agen pengoksidaan[KMnO(4)] atau [K(2)CrO(7)] untuk menghasikan asid karboksilik y Mengalami pengdehidratan dengan membuangkan molekul air untuk menghasilkan alkena. Memerlukan mangkin serpihan porselin panas.

24. Penyediaan asid karbosilik: y Dalam makmal malalui proses pengoksidaan y Dalam industri melalui proses peretakan petroleum dan pemanasan gas asli. 25. Sifat kimia asid karbosilik: y Merupakan sejenis asid dan menunujukkan sifat asid. y Bertindak balas dgn bes, logam, karbonat logam seperti t/b asid dan alkali. y Bertindak balas dgn alkohol dan kehadiran mangkin asid sulfurik utk menghasilkan ester. s 26. Penghasilan ester: y Melalui proses pengesteran ant asid karbosilik dan alkohol di dalam makmal secarqa refluks dan asid sulfurik bertindak sebagai mangkin. y Air akan disingkirkan. Jadi proses ini juga dikenali sebagai tindak balas kondensasi. * isomerisme ialah satu fenomena di mana dua atau lebih molekul mempunyai atom-atom yang sama tetapi susunan mereka berlainan. *isomer merupakan molekul-molekul yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi formula struktur yang berlainan 27. Lemak ialah sekumpulan sebatian organik semula jadi yang terdiri daripada ester. 30. Terbahagi kepada dua jenis iaitu lemak dan minyak.
LEMAK PERSAMAAN MINYAK Terdiri drpd hidrogen karbon dan oksigen. Merupakan molekul ester yang besar. PERBEZAAN Haiwan SUMBER Tumbuhan Pepejal KEADAAN FIZIK Cecair

31. Lemak dihasilkan daripada proses pengesteran ant satu molekul gliserol dengan tiga molekul asid lemak. Lemak merupakan propan-1,2,3-triol 32. Asid lemak tepu ialah asid lemak yang hanya mempunyai ikatan tunggal sahaja. Lemak yang mgd asid lemak tepu dikenali sebagai lemak tepu. 33. Asid lemak tak tepu ialah asid lemak yang mgd sekurang-kurangnya satu ikatan dubel. Lemak yang mengandungi asid lemak tak tepu dikenali sebagai lemak tak tepu.

34. Perbezaan ant lemak tepu dan lemak tak tepu


LEMAK TEPU Asid lemak tepu Ikatan tunggal shj Maksimum Tinggi Pepejal Haiwan Tinggi ASPEK JENIS ASID LEMAK JENIS IKATAN KANDUNGAN ATOM HIDROGEN TAKAT LEBUR KEADAAN FIZIK SUMBER KANDUNGAN KOLESTEROL LEMAK TAK TEPU Asid lemak tak tepu Sekurang-kurangnya satu ikatan dubel Masih boleh menerima Hidrogen Rendah Cecair Tumbuhan Rendah

35. Penghidrogenan merupakan tindak balas penambahan hidrogen yang menukarkan lemak tak tepu kepada lemak tepu dengan syarat kehadiran mangkin nikel. 36. Pengekstrakan minyak sawit secara industri 1. pensterilan buah sawit dikukus pd suhu 140C selama 75 90minit 2. pengasingan mengasingkan buah daripada tandan 3. pencernaan diputar dgn kuat dlm stim utk menanggalkan sabut 4. pemerahan minyak buah ditekan dan minyak yg terhasil akan diasingkan drpd gentian sabut &biji sawit 5. penulenan campuran dibiarkan terenap dan minyak pd lapisan atas dikeluarkan 6. pengeringan minyak tersebut diemparkan dgn laju dan dihantar ke kebuk pengeringan vakum utk dikeringkan. 7. penapisan menyingkirkan warna,gam dan bau. Hasil yg diperoleh berwarna keemasan. 8. pemeringkatan mengasingkan trigliserida yg bertakat didih daripada trigliserida yang bertakat didih . 37. Kebaikan minyak sawit ialah: y selamat untuk kesihatan y kaya dgn beta-karotena y dapat meningkatkan aras kolesterol yang berfaedah dan menurunkan aras kolesterol yang berbahaya y mengurangkan kecenderungan darah membeku y daya tahan yang tinggi terhadap pengoksidaan y tidak mempengaruhi rasa dan bau masakan 38. Pempolimeran ialah proses penghasilan polimer . Terdapat dua jenis polimer iaitu polimer semula jadi dan polimer sintetik. Polimer semula jadi getah asli. 39. Getah asli merupakan polimer penambahan yang dihasilkan daripada gabungan monomer-monomer isoprena(2-metil-1,3-diena) untuk membentuk poliisoprena.

40. Penggumpalan lateks: y molekul-molekul polimer getah diselaputi oleh membran protein yg membawa cas negatif. y Jadi semua zarah getah adalah bercas negetif. Maka wujud daya tolakan antara zarah getah dan menghalang penggumpalan. y Apabila asid ditambah, cas negatif membran protein dinyahcaskan dan daya tolakan zarah koloid dihapuskan, y Pelanggaran berlaku ant zarah getah dan ini akan memecahkan membran protein. y Polier-polimer getah terbebas dan bergabung menghasilkan gumpalan. *cara mengelakkan gumpalan ialah dgn menambahkan ammonia ke dalan lateks untuk meneutralkan asid drpd bakteria dan kulat(asid laktik). 41. Getah tervulkan ialah getah yang telah ditindakan dengan sulfur. Dapat dihasilkan dengan memanaskan getah asli dengan serbuk sulfur. 42. Barangan getah ini dapat divulkan dengan mendedahkannya kepada wasap disulfur diklorida(dalam larutan metilbenzena) untuk jangka masa tertentu. 43. Sulfur akan bertindak balas dgn ikatan dubel pada rantai polimer polimer getah untuk membentuk ikatan CSSC antara rantai polimer. Ini dapat menghalang polimerpolimer getah daripada bergelongsor. 44. Kehadiran rangkai silang sulfur menyebabkan getah tervulkan mempunyai lebih banyak kelebihan. Antaranya : y lebih kuat : daya tahan regangan yang tinggi dan tidak mudah putus. y Lebih tahan haba y Lebih tahan kepada pengoksidaan

BAB 10: PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN 1. Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan proses pengoksidaan dan proses penurunan yang berlaku secara serentak. 2. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami penambahan oksigen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami pengurangan oksigen. 3. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan mengalami kehilangan hidrogen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami penambahan hidrogen. 4. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami kehilangan elektron. Penurunan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami pertambahan elektron.

5. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami pertambahan nombor pengoksidaan. Penurunan ialah suatu tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami pengurangan nombor pengoksidaaan. 6. Bahan yang mengalami proses pengoksidaan merupakan agen penurunan manakala bahan yang mengalami proses penurunan merupakan agen pengoksidaan. 7. Nombor pengoksidaan sesuatu unsur dalam suatu sebatian ialah cas yang diperoleh oleh unsur itu apabila unsur itu wujud sebagai ion dalam sebatian tersebut dengan membuat anggapan bahawa semua ikatan yang wujud dalam sebatian tersebut tidak kira sebatian ion atau sebatian kovalen merupakan ikatan ion. 8. Ion ferum(II) akan doksidakan kepada ion ferum(III) apabila dicampurkan dengan air(Br,Cl atau I). Ion ferum(III) pula akan ditukarkan kepada ion ferum(II) oleh logam zink dan logam magnesium. 9. Air (Cl, Br dan I) bertindak sebagai agen pengoksidaan dan mengalami penurunan. Ion ferum(II) pula akan mengalami pengoksidaan dan merupakan agen penurunan. 10. Logam Zink dan Magnesium pula mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai agen penurunan. Ion ferum(III) pula akan mengalami penurunan dan bertindak sebagai agen pengoksidaan. 11. Agen pengoksidaan : Kalium Manganat(VII), Kalium Dikromat(VI), Hidrogen Peroksida dan Asid Nitrik Pekat. 12. Tindak balas penyesaran juga merupakan salah satu tindak balas redoks. Logam yang berada lebih tinggi dalam SEK akan menyesarkan logam yang berada di bawahnya. Logam yang lebih tinggi akan mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai agen penurunan. Halogen yang lebih tinggi akan menyesarkan halogen yang berada di bawahnya daripada larutan halidanya. 13. Warna halogen dalam:
HALOGEN KLORIN BROMIN IODIN WARNA DALAM LARUTAN AK Kuning pucat / hampir tdk berwarna Perang / kuning keperangan Perang / kuning keperangan WARNA DALAM LARUTAN CCl(4) Kuning pucat / hampir tdk berwarna Perang / jingga Ungu

14. Apabila sesuatu bahan mengalami pengoksidaan, bahan itu bertindak sebagai agen penurunan, merupakan anod dan merupakan terminal negatif sel. 15. Apabila sesuatu bahan mengalami penurunan, bahan itu bertindak sebagai agen pengoksidaan, merupakan katod dan merupakan terminal positif sel..

16. Tindak balas redoks juga melibatkan pemindahan elektron pada satu jarak jauh haruslah menggunakan elektrolit yang berupa asid sulfurik cair. Asid sulfurik cair berfungsi untuk memisahkan dua larutan dan membenarkan ion-ion mengalir untuk melengkapkan litar. 17. Tindak balas redoks dapat berlaku dalam keadaan agen pengoksidaan bersentuhan atau tidak bersentuhan. 18. Kakisan logam ialah satu tindak balas redoks di mana logam itu dioksidakan secara spontan melalui kehilangan elektron untuk membentuk ion-ion logam. 19. Logam kalium dan natrium mudah terkakis. Logam yang berada lebih atas dalam SEK lebih mudah terkakisan daripada logam di bawahnya. Bermula daripada logam kuprum dan seterusnya adalah tahan kakis. 20. Logam aluminium, zink, kromium dan nikel tidak akan trkakis kerana lapisan oksida pada permukaan logam ini yang bersifat keras, sukar retak dan tidak telap air dapat melindunginya daripada kakisan yang berterusan. 21. Pengaratan besi merupakan satu tindak balas redoks yang akan mengalami proses pengoksidaan di permukaan besi yang bersentuhan dengan air Logam ferum akan dioksidakan kpd ion ferum(II)+ proses penurunan berlaku di sisi titisan air Oksigen berpadu dengan air untukmenghasilkan ion OH(-) ion OH dan Ferum(II) akan berpadu utk menghasilkan ferum(II)hidroksida[Fe(OH)(2)] Ferum(II)hidrksida pula akan teroksida kepada Ferum(III)oksida terhidrat[Fe(2)O(3).2H2O]. benda ini berwarna perang dan merupakan karat. 22. Pengaratan besi akan dipercepatkan dengan kehadiran elektrolit seperti asid dan larutan garam. Pengaratan juga akan bertambah cepat apabila bersama-sama dgn logam yang kurang elektropositif. 23. Pengaratan besi dapat diperlahankan apabila bersentuhan dengan logam yang lebih elektropositif, disadur atau disalut dengan selapisan logam yang lebih elektropositif daripada besi. 24. Pengaratan juga dapat dihalang sekiranya lapisan permukaan besi dapat dihalang daripada bersentuhan dengan air dan oksigen. Oleh itu, besi dapat dicegah daripada berkarat dengan menyapu cat, gris/minyak dan disalut dengan plastik. 25. Pengaratan besi akan menghasilkan ion OH yang menunjukkan sifat alkali. Jadi penunjuk fenolfalein digunakan untuk mengesan kehadiran ion OH. 26. Selain itu, kalium heksasianoferat(II) dan kalium heksasianoferat(III) juga digunakan untuk mengesan kehadiran ion Ferum(II). Bagi Kalium heksasianoferat(II), mendakan

biru muda akan terbentuk dan bagi kalium heksasianoferat(III), mendakan biru tua akan terhasil sekiranya ion ferum(II) hadir. 27. Apabila logam bertindak balas dengan oksigen utk membentuk oksida logam, tindak balas redoks berlaku. 28. Semakin reaktif sesuatu logam terhadap oksigen semakin terang dan cepat pembakaran logam yang berlaku. 29. Pemanasan kalium manganat(VII), campuran kalium klorat(V) dengan mangan(IV) oksida, dan pemanasan kalium nitrat akan menghasilkan oksigen untuk tindak balas pembakaran logam. 30. Sekiranya logam dapat menyingkirkan oksigen daripada karbon dioksida untuk membentuk oksida logam dan karbon , logam itu lebih reaktif daripada karbon. Sebaliknya logam itu adalah kurang reaktif daripada karbon. 31. Sekiranya karbon dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk membentuk karbon dioksida dan logam maka karbon lebih reaktif daripada logam itu. Sebaliknya karbon adalah kurang reaktif daripada logam itu. 32. Sekiranya hidrogen dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk membentuk logam dan air, hidrogen adalah lebih reaktif daripada logam itu. Sebaliknya hidrogen adalah kurang reaktif daripada logam itu. 33. Gas hidrogen dapat dihasilkan melalui tindak balas antara asid HCl dengan logam Zn dan dimangkinkan oleh Kuprum(II) Sulfat. Gas hidrogen dikeringkan dengan mengalirkan Hidrogen melalui Kalsium Klorida kontang. 34. Susunan siri kereaktifan logam: K, Na, Ca, Mg, Al, C, Zn, H, Fe, Sn, Pb, Cu, Hg, Ag, Au 35. Pengekstrakan besi daripada bijihnya: y Bijihnya ialah hematit(Fe2O3) dan magnetit(Fe3O4) y Bijih besi + arang kok + Kalsium karbonat dimasukkan ke dalam relau bagas y Kalsium karbonat akan diuraikan oleh haba kpd kalsium oksida dan CO2 y Arang kok juga akan terbakar menghasilkan CO2 y Arang kok dan karbon monoksida akan menurunkan bijih besi kepada leburan besi yang tenggelam di bawah relau y Kalsium oksida akan terapung di atas leburan besi dan bergabung dgn pasir untukmenjadi sanga. y Lebuaran besi pula akan disejukkan menjadi besi tuangan. y Leburan besi ini juga akan dimasukkan ke dalam relau oksigen untuk manghasilkan besi tulen, keluli atau besi tuangan.

36. Pengekstrakan timah daripada bijihnya: y Bijihnya ialah kasiterit(SnO2) y Bijih kasiterit terlebih dahulu akan melalui cara apungan y Di sini bijih timah akan dihancurkan dan digoncang dgn air berminyak. y Timah akan melekat pada minyak dan terapung pada permukaan air y Bijih timah kemudian akan dipanggang untuk mengeluarkan benda asing spt sulfur,minyak dan karbon. y Akhirnya bijih timah akan dicampur dgn arang kok dan dimasukkan ke dalam relau bagas. y Bijih timah akan diturunkan kepada timah oleh agen penurunan CO dan karbon. y Jongkong timah akan dihasilkan.

BAB 11: TERMOKIMIA 1. Tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran. 2. Tindak balas endotermik ialah tindak balas yang menyerap haba daripada persekitaran. 3. Kebanyakan tindak balas ialah tindak balas eksotermik. Hanya sebilangan tindak balas yang merupakan tindak balas endotermik iaitu: y Penguraian terma garam karbonat y Penguraian terma garam nitrat y Pemanasan garam terhidrat y Tindak balas ant asid dgn hidrogen karbonat y Pemelarutan pepejal garam dan t / b perubahan keadaan fizik yang berkaitan. 4. Perubahan tenaga haba dalam t / b eksotermik ialah negetif manakala t / b endotermik pula ialah positif. 5. Gambar rajah aras tenaga ialah graf yang menunjukkan aras kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas. Nilai delta H adalah dalam unit KJ mol(-1). 6. Keadaan piawai untuk tindak balas ialah: y Suhu=25C / 298 K y Tekanan=1atm y Kepekatan larutan=1 mol dm(-3) y Bahan t / b mesti berada pada keadaan fizik yg biasa pd suhu dan tekanan bilik 7. Perubahan haba = mc . Hada tindak balas ialah (mc / bilangan mol bahan yang digunakan.)

8. Haba pemendakan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan mendakan terbentuk daripada tindak balas ionnya pada keadaan piawai. 9. Langkah-langkah untuk eksp utk haba pemendakan argentum nitrat: y Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit. y Larutan haruslah dituang dgn seberapa cepat dan cermat yang boleh umtuk mengelakkan kehilangan haba ke sekeliling dan elakkan tumpahan y Campuran dalam larutan haruslah sentiasa dikacau spy suhu larutan sekata y Bacaan termometer diperhatikan sepanjang masa supaya suhu tertinggi yang dicapai dicatatkan. 10. Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan disesarkan daripada larutan garamnya pada keadaan piawai oleh logam yang lebih reaktif. 11. Langkah berjaga-jaga untuk eksp utk haba penyesaran kuprum: y Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit. y Suhu akhir yang dicatatkan mestilah suhu yang tertinggi yang dicapai oleh larutan campuran y Serbuk logam digunakan dan bukan ketulan logam digunakan unutk mengelakkan haba hilang ke sekeliling. 12. Haba peneutralan ialah perubahan yang berlaku apabila 1 mol ion H(+) daripada asid bergabung dengan 1 mol ion hidroksida untuk membentuk 1 mol air pada keadaan piawai. 13. Haba yang dibebaskan akan dipengaruhi oleh kepekatan asid dan alkali, kuantiti asid dan alkali yang digunakan dan kekuatan asid dan alkali. 14. Haba peneutralan antara asid kuat dgn alkali kuat ialah -57Kjmol(-1) tetapi haba peneutralan ant asid lemah dgn alkali kuat adalah kurang drpd -57Kjmol(-1) kerana sebahagian haba peneutralan yang dibebaskan telah diserap semula unutk memutuskan ikatan ant molekul asid lemah yang tdk terion itu. 15. Langkah berjaga-jaga untuk eksp haba peneutralan ialah: y Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit y Larutan dituang dgn seberapa cepat dan cermat yang boleh untuk mengelakkan kehilangan haba ke sekeliling dan mengelakkan tumpahan y Campuran larutan haruslah sentiasa dikacau spy suhu adalah sekata y Bacaan termometer diperhatikan sepanjang masa spy suhu tertinggi yang tercapai dicatatkan. 16. Hanya perubahan kepekatan sahaja akan mengubah perubahan suhu. Perubahan isipadu tidak akan mengubah perubahan suhu. 17. Asid dwibes akan membebaskan 2(57kJmol) haba manala asid tribes pula akan membebaskan 3(57kJmol)haba.

18. Haba pembakaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen pada keadaan piawai. 19. Pembakaran alkohol : nilai haba pembakaran akan bertambah apabila bilangan karbon dan hidrogen bertambah dalam alkohol yang dibakar. 20. Langkah berjaga-jaga utk eksp haba pembakaran: y Bekas logam yang berdinding nipis digunakan krn merupakan konduktor haba yang baik. y Bekas logam tidak dialaskan dengan kasa dawai utk mengelakkan penyerapan haba oleh kasa dawai y Kedudukan pelita diselaraskan supaya nyalaan dapat sampai ke dasar bekas kuprum y Jangan mendedahkan alkohol pada api krn alkohol mudah meruap. y Pelita dan kandungannya ditimbang secepat mungkin untuk mengelakkan pengurangan jisim melalui penyejatan y Air dalam bekas logam sentiasa dikacau untuk memastikan pemanasan air adalah sekata. y Pengadang angin digunakan utk melindungi myalaan daripada tiupan angin. 21. Bahan api ialah bahan yang dapat dibakar untuk menghasilkan tenaga haba. 22. Nilai bahan api ialah kuantiti haba yang dibebaskan daripada pembakaran lengkap 1g bahan api.

BAB 11: BAHAN KIMIA UNTUK PENGGUNA 1. Sabun ialah garam natrium atau garam kalium bagi asid lemak 2. Asid lemak merupakan asid karboksilik berantai panjang yang mempunyai 1218 atom carbon per molekul. 3. Formula am bagi sabun ialah RCOO(-)Na(+) / RCOO(-)K(+). 4. Proses saponifikasi ialah proses menyediaan sabun. 5. Sabun dapat dihasilkan dgn mendidihkan satu campuran lemak / minyak sayuran dengan larutan alkali pekat(Na / K) 6. Dalam proses ini, ester asid lemak akan dihidrolisiskan dalam larutan beralkali kepada asid lemak dan gliserol.(natrium klorida juga ditambah untuk utk mengurangkan keterlarutan sabun dalam air) 7. Asid lemak akan berpadu dengan ion Na / ion K untuk membentuk garam asid lemak iaitu sabun dan gliserol ialah bahan sampingan.

8. Apabila sabun dilarutkan dalam air, sabun akan terion untuk membentuk ion natrium dan ion sabun. 9. Ion palmitat(sabun) mempunyai bahagian hidrokarbon berantai panjang yang bersifat hidrofobik dan bahagian berion yang hidrofilik. 10. Sabun juga berfungsi untuk mengurangkan tegangan permukaan air bagi membantu membasahi permukaan 11. Gris yang ditanggalkan oleh sabun bercas negatif dan saling menolak. Jadi, titisan gris tdk dapat bergabung dan diapungkan oleh buih yang dibentuk oleh sabun. 12. Detergen ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik yang mempunyai 1218 atom karbon. 13. Terdapat dua jenis detergen iaitu garam natrium alkil sulfat dan garam natrium alkil benzena sulfonat. 14. Penghasilan garam natrium alkilbenzena sulfonat: y Pengalkilan : alkena + benzena alkilbenzena y Pensulfonan : alkilbenzena + asid sulfurik pekat asid alkilbenzena sulfonik. y Peneutralan : asid alkilbenzena sulfonik + natrium hidroksida garam natrium alkilbenzena sulfonat 15. Penghasilan garam natrium alkil sulfat: asid alkil sulfonik y Pensulfonan : alkohol alifatik + asid sulfurik pekat y Peneutralan : asid alkil sulfonik + NaOH garam natrium alkil sulfat 16. Tindakan pencucian detergen sama dengan sabun. Detergen akan terion kpd ion dedokanil sulfat / ion 4dedokanilbenzena sulfonat dan ion Natrium. 17. Bahan tambah detergen :
BAHAN TAMBAH DETERGEN Natrium perborat Bahan berpendaflour Enzim biologi Natrium tripolifosfat(bahan fosfat) Natrium sulfat dan Natrium silikat Alkil monoetanolamida Natrium karboksimetil selulosa Bahan pewangi FUNGSI Agen pemutih Menjadikan kain kelihatan lebih bersinar Menanggalkan kotoron yg bersifat organik Menyingkirkan kotoran berlumpur Bahan pengering dan mengurangkan keasidan air Bahan Penstabil yg mengurangkan pembentukan buih Menghalang kotoran melekat pada kain semula Memberikan bau wangi pada pakaian.

18. Kelebihan dan kelemahan sabun dan detergen:


SABUN DETERGEN KELEBIHAN pencuci yg berkesan dlm air lembut dan air bahan terbiodegradasi liat tdk menimbulkan masalah pencemaran alam tidak akan membentuk kekat dgn air liat sekitar tidak beracun terhadap hidupan akuatik berkesan dalam air berasid juga KELEMAHAN tidak berkesan dalam air liat akan membentuk kekat dgn air liat tidak berkesan dalam air liat tidak terbiodegradasi menunjukkan sifat asal apabila dialirkan ke laut menghalang keterlarutan oksigen

19. Bahan yang terbiodegradasi ialah sebatian kompleks yg dpt diurai dan direputkan kepada bahan yang lebih ringkas oleh bakteria di alam sekitar. 22. Air liat mengandungi ion Kalsium dan ion Magnesium yang akan bergabung dgn ion sabun utk membentuk kekat iaitu pepejal putih. Kekat akan melekat pada kain dan sukar utk ditanggalkan. Dalam detergen, Ca dan Mg juga akan berpadu dgn ion detergen ttp sebatian ion ini adalah larut dalam air. 23. Pengawet merupakan bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan untuk menghalang pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat dalam makanan dan membuat makanan tahan lebih lama.. 24.
BAHAN PENGAWET GARAM BIASA GULA REMPAH NATRIUM NITRAT NATRIUM BENZOAT CUKA SULFUR DIOKSIDA TEKNIK PENGERINGAN PENGETINAN PEMBEKUAN FUNGSI memberi rasa masin dan mengeluarkan air daripada makanan memberi rasa manis dan mengeluarkan air daripada makanan menghalang pembiakan mikrooganisma pengawet dalam daging beku pengawet dalam pelb jenis jus dan sos bakteria tdk dpt hidup dlm keadaan berasid pengawet minuman bergas. FUNGSI mikroorganisma tidak dapat hidup dalam keadaan kering haba yang tinggi membunuh mikroorganisma melambatkan perubahan biokimia dalam makanan

25. Antipengoksidaan ialah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan berminyak utk mencegah minyak dalam makanan dioksidakana oleh oksigen di udara. Contoh antipengoksidaan ialah asid (askorbik,sitrik) & askobil palmitat & isopropil sitrat.

26. Perisa ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan untuk memberi atau meningkatkan rasa makanan. 27.
PERISA MONONATRIUM GLUTAMAT ASPARTAME ASESULFAME-K ESTER FUNGSI meningkatkan rasa makanan perisa sintetik yg memberi rasa manis memberi rasa 200 kali lebih manis memberikan rasa buah-buahan

28. Penstabil ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan utk membantu air dan minyak dalam makanan bercampur dgn sebati dan kekal dalam keadaan emulsi sepanjang masa. *gam acacia dan agar-agar 29. Pemekat ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan untuk mengubah struktur asal bahan makanan kepada sesuatu yang mempunyai tekstur yang halus dan licin *pektin 30. Pewarna ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan utk memberikan warna tertentu kepada makanan. *tartrazinakuning ; brilliant blue FCFbiru ; sebatian azokuning merah perang hitam; sebatian trifenilhijau biru lembayung 31. Kesan bahan tambah makanan terhadap kesihatan:
BAHAN TAMBAH MAKANAN NARTIUM NITRAT NATRIUM BENZOAT MSG TARTRAZINA KESAN menyebabkan penyakit kenser gangguan urat saraf dan alergi sesak nafas,sakit dada,pitam,pening,lemah badan,muntah keaktifan lampau,asma,ruam

32. Ubat tradisional ialah ubat yang diperoleh daripada bahan semula jadi dan tidak diproses melalui tindak balas kimia. 33. kegunaan ubat tradisional:
UBAT TRADISIONAL pundi hempedu ular & daging penyu rumput serani ginseng lidah buaya(aleo vera) pudina UBAT TRADISIONAL KEGUNAAN lemah jantung dan asma merawat gigitan binatang berbisa menguatkan badan merawat kegatalan kulit,lecur luka meningkatkan suhu badan KEGUNAAN

kuinina kokaina bawang putih halia limau

merawat malaria ubat bius antibiotik yg menghalang jangkitan bakteria melegakan sakit sengal membersihkan sistembadan,menghapuskan bisul dan merawat penyakit kulit

34. Ubat moden dapat disediakan menyediakan sebatian kimia yang mempunyai struktur yang hampir sama atau sama dgn struktur molekul bahan aktif dalam ubat tradisional tertentu. 35. Analgesik ialah ubat yang dapat menghilangkan kesakitan walaupun pesakit masih berada dalam keadaan sedar. y Aspirin(asid asetil salisilik) disediakan daripada asid salisilik. Dpt meredakan sakit, demam, artritis dan mencegah sakit jantung. Merupakan kump asid dan tidak boleh dimbil oleh pesakit gastrik. y Parasetamol untuk meredakan sakit kepala dan demam. Dapat menggantikan aspirin. y Kodeina untuk ubat sakit kepala dan ubat batuk. 36. Antibiotik ialah satu kumpulan ubat yang digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria dan dapat diperoleh daripada mikroorganisma. y Penisilin diperoleh daripada penisilium notatum dan digunakan untuk merawat penyakit gonorea,sifilis,antraks,pneumonia dan meningtis. y Streptomisin digunakan unutk merawat penyakit batuk kering, jangkitan urinari, penyakit tibi, pneumonia dan disentri. 47. Ubat psikoteraputik ialah ubat yang digunakan utk merawat penyakit psikoteraputik. Terbahagi kpd stimulant, antidepresan dan antipsikotik. 48. Stimulant ialah ubat yang digunakan untuk menambahkan kegiatan otakdan badan pesakit psikiatrik utk menambahkan keyakinan dan kecergasan pesakit. 49. Antidepersan ialah ubat yang digunakan utk mengawal keadaan kemasygulan (depresen) pasakit. y Barbituratubat tidur ; bersifat sedatif / hipnotik y Trankuilizer ubat penenang ; menghilangkan rasa resah,cemas dan menenangkan fikiran 49. Antipsikotik merupakan ubat yang digunakan utk merawat gejala-gejala penyakit skizofrenia. 50. Skizofrenia ialah penyakit mental yang mengganggu kebolehan seseorang utk menginterpretasikan realiti dgn betul.

51. Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin manusia untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis. Hormon berfungsi utk mengarahkan sel-sel di organ menjalankan fungsinya. y Hormon insulin diambil oleh pesakit diabetes melitus. 52. Steroid ialah sebatian lipid semula jadi y Steroid anabolik : berfungsi membantu pertumbuhan dan pembinaan tisu, mencegah kehilangan otot pesakit. y Kortikosteroid : cth ialah kortison dan predison ; bersifat antiinflamasi utk merawat penyakit spt asma, artritis reumatoid, kebengkakan,kesakitan dan kekejangan sendi-sendi tulang. 53. Kesan sampingan ubat:
UBAT ASPIRIN PENISILIN AMFETAMIN BARBITURAT ANTIPSIKOTIK(haloperidol) STEROID KESAN perut berlubang / gastrik yang teruk / pendarahan dalam perut alahan ketagihan, penyakit mental ketagihan berasa sedatif, pening kadar denyutan jantung yang tinggi berat badan bertambah, tekanan darah tinggi,lemah jantung

*HAK CIPTA TERPELIHARA *KELUARAN STANLEY 2006

................................ (STANLEY) TARIKH: / /

You might also like