You are on page 1of 5

Tajuk : Punca pengguna mengambil makanan segera dan langkah untuk mengatasinya.

Tarikh : 9 September 2008

Nama : Nur ‘Izzati bt Ahmad

Disediakan untuk : Kementerian Kesihatan Malaysia

1.0 Pengenalan

Pengharaman iklan makanan segera sebagai jalan yang terbaik dalam menangani isu pengambilan
makanan segera dikalangan masyarakat telah menimbulkan pelbagai kritikan tentang usaha ini.
Pengambilan makanan segera dikalangan masyarakat telah lama bertapak di negara kita. Umumnya
makanan segera telah menjadi penyumbang utama kepada keperluan pemakanan harian. Disebabkan
lebih gemar menikmati makanan segera, suasana kemesraan antara ibu bapa dan anak semakin
terhakis kerana budaya makan bersama satu keluarga kini semakin hilang. Tambahan pula,
kebanyakan ibu bekerja dan ada kalanya disebabkan penat atau tidak sempat memasak, mengambil
langkah mudah membeli makanan segera sebagai hidangan cepat untuk keluarga. Makanan segera
juga turut menyumbang pelbagai masalah kesihatan seperti kerosakan gigi, sembelit, kegemukan,
tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat dan penyakit kaardiovaskular. Namun begitu, tidak
semua makanan segera tidak berkhasiat dan menyumbang kepada pelbagai masalah tetapi cara
penyediaannya dan komposisi kandungan yang perlu dititikberatkan.

2.0 Tujuan
2.1 laporan ini ditulis supaya pihak Kementerian Kesihatan dapat mengetahui punca pengguna
mengambil makanan segera sebagai penyumbang utama dalam kehidupan seharian.
2.2 Laporan ini juga mengesyorkan beberapa langkah penyelesaian yang sesuai untuk pengguna
menghindarkan dari mengambil makanan segera yang tidak sihat.

3.0 Sinopsis

Kajian juga menunjukkan rakyat negara ini biasanya tidak mengambil makanan yang seimbang kerana
jadual kerja dan gaya hidup yang sibuk sebaliknya lebih gemar memesan makanan yang sudah siap
tersedia sama ada yang dibungkus atau yang ditinkan dan tanpa disedari ia mendedahkan kepada pelbagai
penyakit. Lazimnya makanan segera lebih enak berbanding dengan makanan yang berkhasiat dan kerana
itulah pengguna lebih berselera untuk menikmati makanan segera. Kewujudan produk makanan yang
pelbagai juga mendorong pengguna lebih gemar memilih makanan segera. Mereka boleh memilih menu
makanan yang disukai tanpa berusaha untuk menyediakannya. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa
seharusnya peneraju utama dalam mendidik anak-anak mengenai keburukan makanan segera dan
bukannya sibuk atau malas sebagai alasan. Selain itu, iklan makanan segera yang lebih interaktif dan
positif turut diwarkan kepada pengguna. Budaya membaca komposisi nutrien pada setiap produk perlu
digalakkan supaya pengguna dapat menilai makanan segera berkhasiat atau sebaliknya.
4.0 Punca pengguna memilih makanan segera
4.1 Kesibukan pengguna terutamanya masyarakat bandar kini telah mendorong pemilihan
makanan segera yang lebih mudah disediakan. Pengguna lebih gemar membeli makanan yang
telah siap tersedia kerana setelah kepenatan pulang dari bekerja mereka tidak perlu lagi
menyiapkan makanan. Dengan adanya restoran makanan segera seperti Baskin Robbins, MC
Donald, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut, jajan, coklat dan sebagainya ia
memudahkan mereka untuk memilih pelbagai makanan. Selain itu, makanan yang ditin dan
dipekkan juga menjadi sajian harian kerana mereka hanya perlu memanaskan sahaja. Hal ini
menyebabkan pengguna tidak memperdulikan lagi makanan yang seimbang asalkan ia
menjimatkan masa dalam penyediaannya.
4.2 Kewujudan produk-produk makanan segera yang kini dikatakan seperti cendawan tumbuh
selepas hujan telah menarik pengguna untuk memilih pelbagai makanan yang digemari.
Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang goreng dan sebagainya
boleh didapati dimana-mana. Di perhentian bas, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesyen
minyak turut menjual makanan seperti ini. Dengan itu, penjualan produk makanan segera
seharusnya dikurangkan kuantiti pengeluarannya.
4.3 Selain itu, rasa makanan segera yang lazat juga menyebabkan pengguna ketagih untuk
menikmatinya terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Perasa tambahan dan pewarna
tiruan digunakan untuk menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Sebagai contoh
minuman cola amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dan
kafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiatnya tetapi
disebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya sebagai
minuman walhal mereka memerlukan nutrien yang tinggi dalam pembesaran.

5.0 langkah untuk mengatasi pengguna memilih makanan segera

Disini terdapat beberapa langkah dan saranan untuk mengatasi masalah pengguna memilih makanan
segera sebagai makanan seharian.

5.1 Pendidikan awal sedari kanak-kanak perlulah dititikberatkan. Penekanan dalam mendidik
kanak-kanak daripada ibu bapa adalah penting kerana mereka boleh megetahui apa itu
makanan segera serta komposisi nutirent yang terdapat dalam makanan tersebut. Ibu bapa juga
haruslah menyekat pemakanan anak mereka dan membekalkan makanan yang mengandungi
semua khasiat seperti protein, karbohidrat, serat dan kalsium. Ibu bapa juga boleh
menyediakan makanan yang sama seperti makanan segera misalnya burger dan nugget kerana
tiada bahan pengawet dan perasa tambahan yang digunakan. Cara ini dapat mengurangkan
pengguna memilih makanan segera.
5.2 Pengguna juga perlu membudayakan amalan membaca label untuk memastikan makanan yang
dipilih adalah berkhasiat. Oleh itu disarankan semua pengusaha makanan segera mempunyai
maklumat komposisi makanan yang mudah dibaca oleh pengguna agar mereka boleh memilih
makanan segera yang berkhasiat.
5.3 Pengiklanan pula tidak seharusnya diharamkan tetapi dilakukan secara positif dan informatif
seperti mengiklankan makanan segera atau snek yang berkhasiat sahaja dan makanan yang
tidak berkhasiat dan memudaratkan perlu disekat. Pengiklanan yang memberi tumpuan kepada
alat permainan yang disertakan bersama snek perlu diberhentikan. Semua pihak termasuk
pengusaha makanan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik perlu memainkan
peranan masing-masing dalam membantu kerajaan memastikan maklumat tentang makanan
adalah tepat bagi kebaikan pengguna.

6.0 Penutup

Pengambilan makanan segera perlu dikurangkan sebaliknya pengambilan makanan yang


berkhasiat perlu dititikberatkan. Buah-buahan dan sayuran haruslah diamalkan selain menjalani
aktiviti riadah dan bersukan supaya tubuh dapat berfungsi dengan baik. Pengguna seharusnya
bijak dalam memilih makanan dan menjaga kesihatan agar sebarang penyakit yang berbahaya
dapat dielakkan dan mutu hidup dapat ditingkatkan.

Bagi saya, jalan penyelesaiannya ialah melalui pendidikan. Kita perlu beritahu kepada pengguna apa itu
sebenarnya makanan segera, apa yang terdapat dalam makanan segera iaitu komposisi nutrient. Setelah
pengguna mendapat semua maklumat yang penting mengenai makanan segera, terpulanglah kepada pengguna
untuk membuat pilihan yang bijak. Kita tidak perlu mengharamkan iklan kerana ia bukan tindakan yang baik.
Contohnya iklan rokok dan arak telah diharamkan tetapi masih ramai yang menghisap rokok walaupun sudah
tahu keburukannya.

Pendidikan dan kesedaran pengguna adalah penting untuk mereka membuat pilihan yang bijak. Kerajaan perlu
mewajibkan pelabelan dan menggalakkan pelabelan fakta nutrien pada sebahagian besar makanan yang
dibungkus dan dikomersialkan. JusteruMakanan segera boleh menjadi penyumbang kepada keperluan
pemakanan harian. Kepelbagaian dalam pengambilan makanan adalah cara terbaik untuk memenuhi keperluan
nutrien bagi tujuan tumbesaran, penyelenggaraan dan aktiviti harian. Kesederhanaan dan keseimbangan dalam
pengambilan makanan adalah penting dalam menjaga kesihatan selain daripada amalan beriadah yang sesuai.
Mempelbagaikan makanan kita juga perlu, tidak boleh makan sejenis makanan berulangkali. Ini bermaksud kita
kena makan banyak ikan, sayur- sayuran, buah-buahan.
Menteri Kesihatan yang menyifatkan makanan segera sebagai pembunuh senyap tentulah mendapat maklumat
dan nasihat daripada pegawai-pegawainya sehingg

KUALA LUMPUR 21 Mac ? Pengambilan makanan segera merupakan antara faktor yang boleh
memendekkan jangka hayat rakyat Malaysia. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah
Choon berkata, kajian mendapati sebahagian besar daripada makanan tersebut mempunyai lemak, gula
dan garam yang berlebihan. ??Jika kita tidak berjaga-jaga apabila terus memakan makanan yang tidak
sihat, ia akan memendekkan jangka hayat kita,? katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk
Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) mengenai kesan pengambilan makanan segera terhadap jangka hayat
rakyat negara ini. Menurut Kah Choon, sebab-sebab lain yang memendekkan umur rakyat Malaysia ialah
kemalangan jalan raya yang merupakan bilangan kes tertinggi diikuti penyakit dan faktor semula jadi.
Menjawab soalan asal Tan Sri Dr. Ting Chew Peh (BN-Gopeng), Kah Choon berkata, purata jangka hayat
kaum Cina adalah paling panjang berbanding kaum lain iaitu 73.6 tahun bagi lelaki dan 78.8 tahun bagi
perempuan. Katanya, jangka hayat kaum Bumiputera ialah 70.4 tahun bagi lelaki dan 74.8 tahun
(perempuan) manakala kaum India 67.4 tahun (lelaki) dan 75.4 tahun (perempuan). Utusan Malaysia
22/03/07
Tiada guna kita mengharamkan iklan tetapi pada masa yang sama makanan segera dan makanan ringan
dijual berleluasa di sekolah. Anak-anak dan pelajar perlu dididik dengan berkesan tentang baik buruk
makanan segera.

PENSYARAH Sosiologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Fatimah Daud
berpendapat, langkah kerajaan mewajibkan pengeluar makanan segera mempamerkan kandungan produk
mereka dilihat sebagai perang psikologi. Itu adalah tindakan yang dirasakan wajar dalam usaha
menyedarkan orang ramai supaya lebih berhati-hati akan kesan makanan segera terhadap kesihatan
menerusi peringatan berterusan.

“Tidak dinafikan bukan semua akan membelek fakta kandungan kalori makanan yang mereka beli atau
makan, tetapi sekurang-kurangnya maklumat itu ada depan mata. Jika tidak hari-hari, sekali sekala pasti
terbaca juga.

“Masyarakat perlu sentiasa didedah dan diingatkan kesan makanan segera terhadap kesihatan mereka.
Cara terbaik ialah menerusi pendidikan berterusan termasuk meletakkan maklumat khasiat makanan,”
katanya.

Beliau berkata, selain menyebabkan penyakit kronik dan obesiti, budaya menjadikan makanan segera
sebagai pilihan utama turut mendatangkan kesan terhadap institusi keluarga.

Prof Fatimah berkata, remaja hari ini menganggap makanan segera sebagai satu gaya hidup dan tidak
hairan jika setiap hari restoran makanan segera dipenuhi golongan berkenaan.

Beliau berkata, disebabkan lebih gemar menikmati makanan segera, suasana kemesraan antara ibu bapa
dan anak semakin terhakis kerana budaya makan bersama satu keluarga kini semakin hilang.

Tambahan pula, kebanyakan ibu bekerja dan ada kalanya disebabkan penat atau tidak sempat memasak,
mengambil langkah mudah membeli makanan segera sebagai hidangan cepat untuk keluarga.

“Sebab itu ada anak yang tidak sayang ibu bapa mereka kerana tidak makan air tangan emak, asyik
makan makanan segera. Bagi pasangan yang baru kahwin, makan luar terutama di restoran makanan
segera menjadikan mereka malas masak.

“Perkara ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak, tetapi ia tetap menjejaskan hubungan
kekeluargaan seterusnya memberi kesan kepada pembangunan masyarakat yang ahlinya terdiri daripada
institusi keluarga,’ katanya.

Beliau berkata, ekonomi keluarga juga boleh terjejas dan amalan menyimpan tidak dapat dilaksanakan
apabila wang lebih kerap dibelanjakan untuk membeli makanan segera.
Pof Fatimah berkata, pengaruh makanan segera turut menyebabkan remaja sekarang sudah tidak kenal
makanan tradisional yang menjadi kebanggaan setiap negeri di negara ini.

“Inilah yang berlaku apabila makanan segera sudah menguasai kehidupan masyarakat hari ini. Anak sudah
tidak kenal nasi kerabu dan nasi dagang kerana lebih terdedah kepada makanan segera,” katanya.

You might also like