You are on page 1of 19

PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian Kajian ini membincangkan metode penulisan Kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj

oleh Imam al-Nawawi. Ia meneliti kaedah yang digariskan dalam mengupas dan membahaskan kefahaman hadith dan nas. Kajian ini menzahirkan kekuatan fiqh yang jelas dalam perbahasan dan perbincangan hadith yang diketengahkan dalam kitab Al-Minhaj. Ia membentangkan kefahaman hadith dan menarik faedah fiqh yang dibahaskan. Kitab syarah hadith oleh Imam al-Nawawi ini merupakan antara kupasan terbaik terhadap Sahih Muslim. Ia diakui sebagai karya terbaik yang menghadapkan perbincangan substantif terhadap hadith. Huraian yang dibentangkan diperkukuh dengan nas dan dalil fiqh yang tuntas. Pandangannya diperjelas dengan hujah dan tafsiran Ulama yang muktabar. Beliau turut membahaskan kedudukan perawi dan menilai jalur periwayatan yang dikemukakan. Syarahannya menggariskan kefahaman dan pemikiran hadith yang ideal dan menggarap hujah dan kefahaman fiqh yang mantap dalam perbahasan hukum dan mazhab. Kitab Sharh Sahih Muslim yang dihasilkan oleh Imam al-Nawawi ini menampilkan manhaj terbaik dalam perbahasan hadith al-riwayah dan al-dirayah. Ia menzahirkan kupasan terperinci terhadap manhaj penulisan dan kaedah riwayat yang dikemukakan oleh Imam Muslim. Beliau mengamati kaedah khusus yang diperkenalkan oleh Imam Muslim dalam mentajrih dan mentadil rawi, menilai periwayat dan menghalusi isnad di samping meninjau latar belakang periwayatan dan penyampaian hadith. Beliau meneliti usaha pembukuan hadith dari peringkat awal, menghuraikan kriteria yang ditentukan oleh Ulama untuk menilai kejituan dan keabsahan nas dan menzahirkan pandangan yang tuntas tentang kekuatan riwayat dan rijal. Syarahannya 1

menggarap kefahaman hadith yang jelas dengan kekuatan manhaj dan kecanggihan hujah dalam perbahasan nas.

Masalah Kajian Permasalahan utama yang dibincangkan dalam tesis ini meliputi persoalan: 1. Apakah pendekatan dan metode yang digunakan untuk menghasilkan kitab Sharh Sahih Muslim? 2. Apakah kaedah yang diambil oleh Imam al-Nawawi untuk mengupas dan menghuraikan hadith dalam kitab al-Buyu? 3. Apakah kefahaman yang digarap dari perbincangan hadith yang dibentangkan dalam kitab al-Buyu? 4. Apakah kaedah dalam menentukan tahap kekuatan sesuatu riwayat yang disampaikan? 5. Apakah perbezaan dalam manhaj yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dengan Ulama-Ulama lain dalam menghuraikan kitab Sahih?

Tujuan Kajian Kajian ini diusahakan bagi mencapai matlamat dan objektif-objektif berikut: 1. Mengenalpasti kaedah syarah yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dalam menghurai dan mengupas nas-nas hadith yang terdapat dalam Kitab Sahih Muslim. 2. Meneliti kaedah yang digunakan dalam membincangkan hukum, mentafsir nas, mentarjih pandangan dan mengupas amalan dan syariat Islam. 3. Meneroka pandangan dan pendirian Ulama Islam berhubung amalan jual beli dan perniagaan sebagaimana dibincangkan dalam Kitab al-Buyu. 2

4. Membincangkan manhaj dalam membahas kekuatan hadith dan riwayat yang dikemukakan dalam Kitab Sahih. 5. Menghuraikan manhaj syarah yang dikemukakan oleh Ulama dalam mengupas dan merumuskan kefahaman hadith dan nas.

Kepentingan Kajian Antara faedah terpenting dan signifikan yang dirangkul dari kajian ini termasuklah: 1. Memperkukuh kefahaman hadith dan fiqh yang komprehensif. 2. Mengemukakan kaedah syarah yang terbaik yang digarap dari perbincangan kitab Sharh Muslim oleh Imam al-Nawawi. 3. Sebagai asas dan landasan bagi melanjutkan penerokaan kepada hadith-hadith sahih. 4. Mengemukakan pendekatan yang ideal dalam menghuraikan teks hadith. 5. Meningkatkan kefahaman terhadap ilmu syarah dan mustalah al-hadith. 6. Membandingkan manhaj yang dikemukakan oleh Ulama dalam menyusun kitabkitab syarah hadith yang muktabar. 7. Memperluas kajian dan penerokaan dalam bidang syarah dan Manhaj alMuhaddithin.

Metodologi Kajian Metode Dokumentasi Kajian ini dikendalikan berasaskan kaedah kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan perpustakaan yang menyediakan data dan sumber-sumber maklumat bercetak dan elektronik berupa koleksi tesis, kertas projek, kitab-kitab hadith klasik,

makalah ilmiah, jurnal, kertas persidangan dan sumber sejarah yang signifikan yang berkait dengan tajuk kajian dan projek penyelidikan yang dijalankan. Penyelidikan diusahakan dari bahan terpenting kumpulan data primer dan sekunder berupa dokumen sejarah dan penerbitan ilmiah, monograf,1 mikroform2, media elektronik3 termasuk internet dan salinan dokumentasi tidak bercetak yang lain yang mampu memenuhi keperluan penyelidikan dan menyediakan maklumat terperinci bagi tujuan dokumentasi dan pembukuan. Metode Analisis Data Memandangkan kajian ini bersifat deskriptif, maka kaedah yang digunakan untuk mentafsir maklumat adalah melalui analisis kandungan. Ia membuat pemerhatian rapi pada rangka teks dan dokumen yang dikaji. Rangka kajian dibangun mengikut kaedah saintifik yang bersifat integratif dan tematik dan fokus kajian tertumpu pada Kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj. Kajian ini menggunakan kaedah induktif dan deduktif untuk memproses dan mengolah data. Melalui kaedah induktif, kesimpulan dibuat dengan menilai pandangan dan pendapat yang diutarakan oleh Imam al-Nawawi dan analisis ijtihad yang dikemukakannya. Pendekatan deduktif pula diambil dengan meneliti teks dan fakta yang dikemuka dan membuat inferens berasaskan teknik taakulan dan pemerhatian dan interpretasi dari kenyataan dan pandangan yang disampaikan. Kajian ini turut menggunakan kaedah komparatif dan kontrastif bagi meneliti persamaan dan membandingkan perbezaan dalam pendekatan yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dengan Ulama lain dalam menghurai Kitab Sahih Muslim. Ini
1

Monograf berupa kompilasi kertas-kertas persidangan yang dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Islam Imam al-Nawawi (rad) anjuran JAKIM (1990) dan Persidangan Antarabangsa Al-Qurn dan Al-Hadith: Metodologi Tafsir dan Syarah anjuran UIAM (2006). 2 Salinan mikro filem yang dibekalkan oleh British Thesis Service, Godstone, Surrey, 1998. Tesis sarjana (M.Phil) saudari Khogali W.A. berjudul The Life and Works of Muhyi al-Din al-Nawawi dari Kings College, University of London, 1987. 3 Laman-laman web yang menyediakan rujukan dan penulisan berkaitan Imam al-Nawawiseperti laman http://www.nawawi.org, http://en.wikipedia.org/wiki/Nawawi, www.islamworld.net/nawawi.html, www.central-mosque.com/biographies/nawawi.htm dan lain-lain.

berguna bagi memahami cara penyampaian dan tafsiran hadith oleh Imam dan mengenalpasti serta mengesan pendekatan beliau dalam merumus dan mentakwil nas.

Bidang dan Ruang Lingkup Kajian Bidang kajian ini adalah dalam ruang perbahasan metodologi Muhaddithin yang membincangkan metode syarah hadith yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam huraiannya terhadap Kitab Sahih Muslim. Ia mengkaji pendekatan Imam dalam menghuraikan kefahaman hadith dan nas. Kajian ini meneliti pendapat yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam mentarjih dan merumus pandangan hukum dan menghuraikan kaedah fiqh dan istinbat. Kajian ini turut membahaskan pandangan jumhur dalam mentarjih dan mengemukakan hujah fiqh yang berkesan. Ia mengupas pandangan Ulama dalam membincangkan kefahaman isnad dan riwayat dan menzahirkan hujah yang tuntas dalam perbahasan hadith dan nas. Fokus perbahasan tertumpu pada perbincangan yang dikemukakan dalam Kitab Al-Buyu. Kitab Al-Buyu ini mengemukakan analisis khusus dalam perbahasan fiqh almuamalah yang menzahirkan metodologi syarah yang signifikan dalam perbincangan hadith. Ia meninjau metode yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dalam mengupas dan menghuraikan isnad, membahaskan kefahaman hukum dan mentarjih pandangan mazhab.

Pengertian Tajuk Berikut menghuraikan maksud dan pengertian tajuk disertasi: 1. Metode: Disebut juga dengan istilah metodologi atau metodik. Bermaksud sistem atau aturan.4 Iaitu kaedah yang menjadi pertimbangan untuk dianalisa. 2. Sharh Muslim: Adalah kitab syarah kepada Sahih Muslim karya Imam alNawawi. 3. Al-Nawawi (631676 H/1233-1277 M): Beliau ialah Muhy al-Din, Abu Zakariyya, Yahya bin Sharaf bin Muri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jumuah bin Hizam al-Hizami al-Nawawi al-Hawrani al-Dimashqi.5 Imam al-Nawawi adalah tokoh yang dibahaskan dalam kajian ini. 4. Analisis: Pencerakinan, penghuraian, pengkajian, penelitian, pemeriksaan, penyelidikan, penyiasatan, penilaian.6 Iaitu pengkajian yang dilakukan oleh peneliti dari data yang diperoleh melalui penelitian lapangan atau daripada pengumpulan teks. 5. Teks: Kandungan bahagian isi. Tulisan pengarangnya yang asli.7 Teks yang dikaji dalam penyelidikan ini ialah Kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim alHajjaj. 6. Kitab: Buku yang mengandungi ajaran atau hukum.8 Perkataan kitab yang dimaksudkan di sini ialah sebuah bahagian yang dipecahkan mengikut tajuk dalam perbincangan-perbincangan besar terhadap hadith-hadith yang

dikemukakan dalam Kitab Sahih Muslim.

4 5

Noor Ein Mohd Noor et al. (1953), Tesaurus Bahasa Melayu. Singapore: Times Books International, hal. 385. Ibn Attar, Ala al-din Ali ibn Ibrahim (1991), Tuhfat al-Talibin fi Tarjumat al-Imam Muhyi al-Din. Iskandariah: Muassasah Shabab Jamiah, hal. 39. 6 Mashitah Bt. Taharin eds. (2005), Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 27. 7 Hj. Hasan Hj. Hamzah et al. (2004), Kamus Zaba, cet. 2. Shah Alam: Pustaka Antara Books Sdn. Bhd., hal. 1129. 8 Ibid, hal. 641.

7. Al-Buyu: perkataan Jama (banyak) yang diambil daripada perkataan al-bay bermaksud jual beli. Merupakan nama kepada sebuah bahagian dari kumpulan tajuk besar yang dikemukakan dalam Kitab Sahih Muslim.

Tinjauan Literatur Merujuk pada kajian perpustakaan dan penelitian semula hasil-hasil penulisan yang berkait dengan perbahasan yang dikemukakan dalam disertasi ini, sepanjang pengetahuan penyelidik, belum terdapat teks yang membuat penerokaan menyeluruh tentang manhaj syarah yang dikemukakan Imam al-Nawawi dalam Sahih Muslim, cuma terdapat beberapa kajian ringkas yang menyentuh tentang kupasan dan syarahan hadith dalam kitab Sahih. Kajian lain tertumpu pada biografi Imam al-Nawawi, dan sumbangan serta pengaruhnya dalam ilmu hadith dan fiqh. Projek penterjemahan karya-karya Imam alNawawi turut diusahakan oleh ramai pemikir agung dari dunia timur dan barat. Kajiankajian lain tertumpu pada perbincangan fatwa dan pemikiran beliau dalam ilmu fiqh dan usul yang banyak dihasilkan di Eropah. Penulisan-penulisan ini amat penting bagi membantu penyelidik merungkai dan menggalur semula idea-idea yang terhasil dan merumuskan penemuan dan fakta baru yang diperoleh tentang Imam al-Nawawi. Kajian ini secara khusus akan menyumbang dalam memberikan huraian dan kupasan terperinci terhadap kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj. Berikut adalah beberapa kajian yang membincangkan sumbangan Imam al-Nawawi terhadap ilmu hadith dan pemikiran syarah yang dikemukakannya secara am: 1. Buku Sharh Sahih Muslim li al-Imam al-Nawawi. Ditahqiq oleh al-Fadil Shaykh Khalil al-Maiys.9
9

Al-Nawawi, Muhyi al-din Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf. (1993). Sharh Sahih Muslim. Khalil al-Maiys (ed.). Beirut: Dar alQalam.

Kitab Sharh Sahih Muslim ini adalah bahasan penuh kajian ini. Melalui sentuhan komentarnya oleh Shaikh Khalil al-Maiys, beliau telah berhasil memperbaiki dan memperbaharui tatacara penyusunan kitab Sharh berdasarkan naskhah yang disunting sebelumnya oleh Shaikh Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Shaikh Khalil al-Maiys telah mengemukakan perbahasan yang mantap dalam menghuraikan metode penulisan hadith oleh Imam al-Nawawi. Beliau turut menyelitkan beberapa ulasan dan keterangan tambahan yang menghuraikan pendekatan Imam dalam mengulas dan mentakwil nas dan mentarjih pendapat mazhab. Beliau turut mengemukakan pandangan beberapa Ulama terkenal yang turut mengupas dan menghuraikan kitab Sahih, seperti Imam al-Suyuti, al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Dar al-Qutni dan Ibn al-Salah. Melalui kitab Sharh Sahih Muslim ini, Imam al-Nawawi telah menyumbang dalam meneliti dan menyingkap semula lembaran teks-teks klasik yang ternyata merupakan landasan dan kerangka besar dalam tradisi Islam. Beliau telah memberikan penjelasan dengan kupasan dan tafsiran menyeluruh terhadap kitab Sahih. Melalui wadah inilah, terbina pemahaman tulen tentang khittah dan kerangka ilmu hadith yang dirangkul dari perbahasan dan kupasan kitab al-Sahih. Bagaimanapun kitab yang ditahqiq oleh Shaikh Khalil al-Maiys ini tidak menghuraikan secara terperinci manhaj syarah yang dikemukakan oleh Imam alNawawi dalam kitab al-Minhaj. Justeru penulisan ini akan membahaskan manhaj dan ittijahat syarah yang komprehensif yang dizahirkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Minhaj dan membandingkan pendekatannya dengan kaedah syarah yang digariskan Ulama hadith yang lain.

2. Kertas kerja berjudul Lamhat min Manhaj al-Imam al-Nawawi fi Sharh Sahih Muslim. Tulisan Dr. Abd al-Karim Mastur al-Qarni.10 Kertas yang dibentangkan ini membincangkan secara ringkas metode syarah hadith yang digariskan oleh Imam al-Nawawi dalam kupasannya terhadap kitab Sahih Muslim. Ia meneliti manhaj yang digunakan dalam mengumpul nas, merungkai kekhilafan hadith, menghuraikan kefahaman hukum, menukil hujah mazhab, mentafsir nas al-Quran, menarik faedah hadith, merumus pandangan fiqh, dan mentakwil serta mengistinbat dalil. Ia turut meneliti prinsip dan kaedah yang diambil dalam mentakwil dan menghuraikan hadith-hadith musykil dalam kitab Sahih. Kertas ini turut

membincangkan pengaruh dan pengiktirafan Ulama terhadap kitab Sharh Sahih Muslim. Kajian ini sangat baik untuk dilanjut dan diperluaskan skop bahasannya. Ia banyak membantu penyelidik dalam memahami kaedah yang digunakan oleh Imam alNawawi dalam menghasilkan kitab Sharh dan memperhalusi corak perbahasan yang dikemukakan. Bagaimanapun makalah ini tidak menyentuh tentang manhaj yang dikemukakan dalam kitab al-Buyu. Justeru penulisan ini akan mengungkapkan manhaj syarah yang komprehensif yang dilakarkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Buyu dan membincangkan faedah dan kefahaman yang digarap dari perbahasan yang dibentangkan. 3. Koleksi Kertas Kerja Seminar al-Imam al-Nawawi, anjuran Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.11

10

Al-Qarni, Abd al-Karim Mastur (2006), Lamhat min Manhaj al-Imam al-Nawawi fi Sharh Sahih Muslim (Seminar Antarabangsa al-Quran dan al-Hadith: Metodologi Tafsir dan Syarah. Kuala Lumpur: Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). 11 Bahagian Hal Ehwal Islam (1990), Koleksi Kertas Kerja Seminar al-Imam al-Nawawi. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Koleksi kertas kerja ini menghimpunkan pandangan para ilmuwan tentang Imam al-Nawawi sebagai pemikir dan mujtahid Islam yang unggul. Ia memuatkan kajian ringkas sekitar riwayat hidup dan kesan pemikiran dan penulisan yang dihasilkannya dalam bidang hadith, fiqh, tafsir, pendidikan dan perundangan Islam. Seminar seumpama ini amat berfaedah bagi penyelidik yang mengusahakan kajian tentang Imam al-Nawawi untuk mengkaji dan memanfaatkan pandangan dan penemuan yang dihasilkan. Penyelidik turut terkesan dengan usul yang diputuskan yang menyeru supaya ditingkatkan kajian tentang sumbangan dan peranan Ulama Islam dalam pelbagai bidang pemikiran. Sebuah tajuk khusus yang dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Hayei bin Abdul Shakur bertajuk Metodologi al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Sharh Sahih Muslim turut memberikan asas yang melakar idea yang terpancar dalam tesis ini. Kertas ini mengemukakan perbincangan ringkas tentang uslub syarah yang diketengahkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Minhaj dan menghuraikan kaedah dan latar penulisan kitab Sharh. Ia meransang penyelidik untuk melakukan penelitian serius dan melanjutkan kajian tentang kaedah syarah yang dikemukakan oleh Imam. Kertas-kertas kerja yang lain turut berperanan menghimbau ketokohan Imam alNawawi dalam ilmu hadith dan pengaruhnya dalam tradisi pemikiran dan peradaban Islam. Koleksi ini menampilkan perbahasan yang komprehensif tentang Imam alNawawi yang memberikan ruang kepada penyelidik untuk menggarap sebaiknya idea dan hujah yang dikemukakan. Ia menguji minat dan kesungguhan penyelidik untuk meninjau dan merujuk semula karya dan kitab-kitab yang dikemukakan oleh para pembentang dalam setiap sesi perbincangan.

10

Bagaimanapun kertas-kertas kerja yang dikemukakan tidak menghuraikan manhaj dan kefahaman yang dirangkul dari kitab al-Buyu. Justeru penulisan ini akan mengupas dan menzahirkan kefahaman yang digarap dari perbahasan kitab al-Buyu dan mengetengahkan pemikiran dan hujah yang dikemukakan dalam perbincangan hukum dan nas.

4. Disertasi sarjana bertajuk Al-Imam al-Nawawi dan Sumbangannya kepada alHadith: Satu Kajian Mengenai Bab al-Tib wa al-Marad wa al-Ruqa Menerusi Kitabnya Sharh Sahih Muslim. Penulis Mohd. Muhiden Abd. Rahman.12 Kajian ini membahaskan sumbangan Imam al-Nawawi kepada ilmu hadith menerusi perbincangan terperinci terhadap kitabnya Sharh Sahih Muslim. Ia turut membincangkan sumbangannya dalam ilmu hadith al-riwayah dan al-dirayah menerusi karya-karya hadith yang dihasilkan seperti kitab Riyad al-Salihin, Matn al-Arbain, Al-Majmu sharh al-Muhadhdhab, al-Adhkar, al-Taqrib, Tahdhib al-Asma wa alLughat dan lain-lainnya. Kajian ini turut membahaskan sumbangannya dalam mengangkat dan memperbaharui kefahaman dan memartabat tradisi ilmu dan pemikiran. Imam alNawawi telah menyumbangkan karya dalam segenap bidang keilmuan seperti ilmu hadith, lughah, tabaqat, fiqh, usul dan aqidah Islam. Karya-karya yang dihasilkannya dalam ilmu hadith mencakup tiga bahasan penting, iaitu syarahan kepada kitab-kitab hadith yang terawal, pengenalan kepada disiplin dan pengetahuan baru dalam ilmu hadith dan ringkasan pada karya-karya besar yang dihasilkan oleh Ulama terdahulu.

12

Mohd. Muhiden Abd. Rahman (1994), Al-Imam al-Nawawi dan Sumbangannya kepada al-Hadith: Satu Kajian Mengenai Bab al-Tib wa al-Marad wa al-Ruqa Menerusi Kitabnya Sharh Sahih Muslim. (Disertasi Sarjana, Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya).

11

Kajian ini secara khusus mengkaji sebuah bab dalam kitab al-Salam iaitu bab al-tib wa al-marad wa al-ruqa. Ia membahaskan pandangan Islam tentang kebenaran al-ayn (pandangan hasad). Ia turut menghuraikan kaedah syarak dalam menjampi dan merawat bersandarkan nas dan dalil yang muhkam. Kajian ini amat bermakna kepada penyelidik bagi mendapatkan kefahaman tentang kaedah syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi. Ia memberikan kefahaman yang tuntas tentang manhaj yang dilakarkan dalam perbahasan hadith dan kekuatan serta keberkesanan hujah yang ditampilkan dalam penelitian nas. Bagaimanapun disertasi ini hanya difokuskan pada bab al-tib wa al-marad wa al-ruqa tanpa mengupas secara terperinci manhaj syarah yang dilakarkan dalam kitab al-Minhaj. Justeru penulisan ini akan mengemukakan kaedah syarah yang komprehensif dan sistemik yang ditampilkan dalam kitab al-Minhaj dan membahaskan dalil dan kekuatan hujah yang dizahirkan dalam perbincangan nas.

5. Latihan ilmiah berjudul Metod Pentarjihan Imam al-Nawawi dalam Kitab alMajmu. Penulis Ahmad Shahir Jiri.13 Kajian ini membahaskan metode pentarjihan yang dibentangkan dalam kitab alMajmu sharh al-Muhadhdhab oleh Imam al-Nawawi. Ia membincangkan kefahaman hukum yang digarap dari pendapat fiqh al-Shafii dan kepakaran Imam dalam mentarjih dan merumuskan pendapat Ulama fiqh yang berlainan. Beliau

membandingkan pandangan dan hujah yang dikemukakan dan mengambil pandangan yang terbaik yang diiktiraf dalam mazhab. Buku ini menggariskan kaedah tarjih yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi bagi menetapkan hukum iaitu dengan mengutamakan pendapat yang lebih kuat dan
13

Ahmad Shahir Jiri (2002), Metod Pentarjihan Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Majmu. (Latihan Ilmiah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

12

terkemudian ke atas pendapat yang terdahulu dan difikirkan lemah. Beliau mengutarakan pandangan dan hujah Imam al-Shafii dan Ulama mazhab yang lain dalam mempertahankan hukum mengikut keperluan maslahah dan uruf. Imam al-Nawawi telah membangunkan kaedah fiqh yang ideal dan menggariskan manhaj hukum yang berkesan yang dirangkul dari pandangan UlamaUlama salaf yang muktabar. Fatwa-fatwa yang dikemukakannya dimuatkan dalam Kitab Adab al-Fatwa wal Mufti wal Mustafti dan Kitab al-Masail al-Manthurat susunan al-Shaykh Ala al-Din ibn al-Attar. Kepakaran beliau dalam mentarjih dizahirkan dengan keupayaannya menggarap dan merumuskan pendapat Ulama dan mengemukakan pandangan dan rincian tersendiri yang ternyata telah diterima pakai dan menjadi sandaran utama dalam mazhab. Kitab al-Majmu yang dikemukakan ini merupakan syarahan besarnya dalam ilmu fiqh yang memuatkan beberapa kritikan ke atas pendapat Ulama terdahulu serta penambahan dan analisis khusus yang membicarakan kelebihan dan kekuatan mazhab Imam al-Shafii. Kajian ini dibentangkan secara ringkas dan tidak terlalu ghairah membicarakan keseluruhan persoalan sesuai dengan kenyataannya sebagai sebuah latihan ilmiah peringkat Mahasiswa. Penyelidik telah mendapat manfaat besar dari kajian ini hasil dari penerangan tentang metode pentarjihan Imam al-Nawawi dan penemuan beberapa manhaj utama dalam pendekatan dan kaedah tarjih yang masih kekal dan diraikan dalam perbahasan fiqh dan usul. Bagaimanapun kajian ini hanya difokuskan pada manhaj yang dizahirkan dalam kitab al-Majmu tanpa membandingkan pentarjihan yang dikemukakan dalam kitab alMinhaj. Justeru penulisan ini akan mengemukakan manhaj tarjih yang digariskan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Minhaj khususnya dalam perbincangan kitab alBuyu. 13

6. Disertasi berjudul Metodologi Penyusunan Hadith di dalam Riyad al-Salihin oleh Imam al-Nawawi. Karangan Fahmi AlKautsar.14 Kajian ini membahaskan kaedah penyusunan hadith dalam kitab Riyad alSalihin. Ia membahaskan kedudukan hadith yang dimuatkan dalam kitab Riyad alSalihin dan mengupas kekuatan dan ketinggian riwayat yang dikeluarkan. Ia turut menghuraikan maksud dan kefahaman hadith dari aspek aqidah, hukum dan akhlak. Kajian ini turut memperhalusi manhaj yang dilakarkan oleh Imam al-Nawawi dalam mentarjih dan mengeluarkan hadith dari kitab-kitab hadith yang terpilih. Ia turut mengemukakan sumber yang dirujuk oleh Imam dalam menghasilkan kitab Riyad alSalihin dan manhajnya dalam merangka dan mengemukakan tarjamah bab. Kajian ini turut membincangkan kaedah pengelasan dan penyusunan bab berdasarkan maksud hadith yang dikemukakan. Kajian ini turut menzahirkan pengaruh dan kekuatan kitab Riyad al-Salihin dan kesannya terhadap pemikiran dan harakat umat. Ia cukup bermanfaat dalam membantu penyelidik memahami kaedah penyusunan kitab Riyad al-Salihin dan meneliti hubungannya dengan manhaj yang dilakarkan dalam kitab Sharh Sahih Muslim. Ini penting untuk mengesan dan mendapatkan perkaitan antara setiap karya yang dihasilkan oleh Imam dan memahami kaedah perbahasan yang dikemukakan dan memberikan keyakinan dalam menghadapi teks-teks karangan Imam. Bagaimanapun disertasi ini hanya tertumpu pada perbincangan kitab Riyad alSalihin tanpa menyentuh tentang perbahasan yang dibentangkan dalam kitab alMinhaj. Justeru, penulisan ini akan membahaskan secara terperinci kaedah syarah yang

14

Fahmi AlKautsar (2004), Metodologi Penyusunan Hadith di dalam Riyad al-Salihin oleh Imam al-Nawawi. (Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia).

14

digariskan dalam kitab al-Minhaj dan menghuraikan kefahaman yang dirangkul dari perbincangan fiqh dan nas.

7. Disertasi Ilmiah berjudul Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks terhadap Kitab Riyad al-Salihin. Pengarang Kamarul Azmi Jasmi.15 Kajian ini mengemukakan kefahaman yang tuntas tentang kerangka

pembangunan dan pemberdayaan insan dari sudut fikrah, rohaniah dan akal budi. Ia merujuk pada tulisan Imam al-Nawawi yang khusus membahaskan tentang nilai dan martabat insan dalam kitabnya, Riyad al-Salihin. Kajian ini menghuraikan kefahaman hadith tentang nilai kemajuan dan ketrampilan insan dan membandingkan pandangan Islam dan Barat dalam menilai potensi insan dan mengukur keupayaannya untuk membangun dan berkembang. Kajian hadith dalam kitab Riyad al-Salihin dikhususkan kepada hadith-hadith yang menyentuh tentang dimensi pembangunan yang mengungkapkan makna dan idealisme pembangunan berpangkalkan aqidah dan tasawwur Islamiyah manawiyah. Ia turut mengemukakan hadith-hadith yang merangkul kefahaman fiqh yang tuntas. Kajian ini menzahirkan kaedah dan pendekatan Imam al-Nawawi dalam menyusun kitab Riyad al-Salihin. Ia membahaskan hadith-hadith yang menyentuh tentang fikrah insan dan ketinggian nilai kehidupan dan akal budi. Kajian turut menampilkan manhaj Imam dalam menghalusi dan merumuskan pandangan hukum dan mengetengahkan kefahaman hadith yang segar. Bagaimanapun kajian ini tidak menyentuh tentang manhaj yang dilakarkan dalam kitab al-Minhaj. Justeru penulisan ini akan menghuraikan manhaj yang digarap
15

Kamarul Azmi Jasmi (2002), Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks terhadap Kitab Riyad al-Salihin. (Disertasi Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya).

15

dari perbincangan kitab al-Minhaj dan mengupas pemikiran hadith yang diungkapkan dalam syarahan nas.

8. Buku Al-Imam al-Nawawi wa-Atharuhu fi al-Hadith wa-Ulumihi. Karya Shaykh Ahmad Abd al-Aziz Qasim al-Haddad.16 Buku ini adalah kajian ulung yang membincangkan kesan dan pengaruh pemikiran Imam al-Nawawi kepada hadith dan ilmunya. Ia membahaskan sumbangannya dalam memperjuangkan ilmu hadith dan kecekalan dan iltizamnya berdakwah. Kitab ini turut membahaskan pemikiran dan pandangan serta fatwa yang dikemukakannya menerusi karya-karya dan penulisannya yang cukup hebat dan berpengaruh. Kitab ini menelusuri latar kehidupan Imam al-Nawawi di Nawa dan menyingkap aliran pemikiran dan politik yang berkembang di zamannya. Ia turut menghuraikan pengalamannya sewaktu menuntut di Damsyik dengan keupayaan menguasai teks-teks hadith dan fiqh yang penting. Kajian ini turut membincangkan sumbangan Imam al-Nawawi dalam ilmu hadith al-riwayah dan al-dirayah. Ia membandingkan pandangan yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab Khulasat al-Ahkam dan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Tahdhib al-Tahdhib dalam menetapkan hukum terhadap periwayat hadith. Perbahasan tentang pendirian Imam dan pengecualiannya dari beberapa pendapat Ulama dalam pertikaian hukum turut dibahaskan dengan terperinci.

16

Al-Haddad, Ahmad Abd al-Aziz Qasim (1992), Al-Imam al-Nawawi wa-Atharuhu fi al-Hadith wa-Ulumihi. Bayrut: Dar alBashair al-Islamiyah.

16

Kajian ini penting dalam menzahirkan pandangan dan fikrah Imam dalam merungkai kekhilafan hukum dan menganalisis pandangan mazhab. Beliau menolak hujah dari sumber hadith yang lemah dan menyangkal pandangan yang jumud dan kaku serta pegangan tasub pada mazhab. Hujah yang dikemukakan diperkuat dengan dalil yang mantap dan kritis. Kajian ini banyak membantu penyelidik dalam merangka dan memperincikan idea dan strategi penulisan. Bagaimanapun, kajian ini hanya menyentuh secara ringkas tentang manhaj yang dikemukakan dalam kitab al-Minhaj. Justeru penulisan ini akan mengupas secara komprehensif manhaj syarah yang disempurnakan dalam kitab al-Minhaj dan membahas kefahaman dan faedah hukum yang digarap dari perbincangan kitab alBuyu.

9. Kitab al-Mufhim lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim. Tulisan Imam al-Hafiz Abu al-Abbas al-Qurtubi.17 Buku ini adalah kitab syarah kepada sebuah kitab terdahulu yang dikarang oleh Imam al-Qurtubi berupa ringkasan kepada Sahih Muslim. Ia menjadi sandaran khusus Imam al-Nawawi dalam menyedia kerangka besar kitab syarahnya. Melalui kitab ini, Imam al-Qurtubi telah memperkenal kaedah syarah yang berkesan dengan menggarap hujah yang dinukil dari ijtihad fuqaha dan Ulama salaf. Kitab ini mengemukakan penelitian baru terhadap Sahih Muslim dengan pandangan yang tuntas yang digarap dari kupasan Ulama mazhab. Ia menghuraikan lafaz dan kefahaman nas dan mempertahankan pandangan mazhab dengan penjelasan dan kupasan yang substantif dan berkesan.
17

Al-Qurtubi, Abu al-Abbas Ahmad b. Umar b. Ibrahim (1996), Al-Mufhim lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim. Muhyi aldin Dib Mastu (eds.), 7 j. Dimashq: Dar Ibn Kathir.

17

Kitab ini cukup bermakna pada penyelidik bagi meneliti uslub syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi dan kaedah yang disandarkan oleh Imam alNawawi dalam menghuraikan kitab Sahih Muslim. Ia menzahirkan kaedah penyusunan dan penulisan hadith yang terperinci dan melakarkan khittah dan manhaj penulisan yang tuntas dan meyakinkan. Melalui wadah inilah, penyelidik memperoleh ruang untuk menyingkap semula lembaran teks-teks hadith yang besar yang terus diiktiraf dan diungkap semula secara tersusun.

Rangka Jadual Kerja Kajian ini terbahagi ke dalam lima tema perbincangan yang utama. Bahagian pertama mengemukakan rangka kerja penyelidikan dengan membahaskan metod kajian dan tujuan penyelidikan dijalankan serta faedah yang terhasil dari projek penyelidikan di samping meninjau tulisan-tulisan awal yang membincangkan tentang Imam alNawawi. Bab pertama membincangkan perkembangan ilmu syarah sejak kurun kedua Hijrah. Ia menzahirkan manhaj yang diketengahkan oleh Ulama dalam penulisan kitab syarah dan menampilkan kekuatan serta pengaruh kitab-kitab syarah hadith yang muktabar. Bab kedua menghuraikan sejarah kehidupan Imam al-Nawawi dan membahaskan pemikiran dan idealisme hadith dan fiqhnya. Ia turut membincangkan kerangka Kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj. Ia membandingkan metode syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dengan Ulama lain dalam menghuraikan Kitab Sahih. Bab ketiga membincangkan manhaj syarah yang dikemukakan oleh Imam alNawawi dalam penulisan kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj. Ia

18

membentangkan kaedah syarah yang komprehensif dan menjelaskan metode pentarjihan dan pentafsiran hukum dan nas. Bahagian yang keempat menerangkan kaedah syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Buyu. Ia menghuraikan teknik penyampaian dan kaedah perbahasan yang dikemukakan dalam perbincangan hadith dan nas. Ia turut membincangkan pandangan dan hujah yang dikemukakan dalam perbahasan fiqh dan mazhab. Bab kelima adalah kesimpulan dan analisis umum tentang manhaj syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi. Ia menzahirkan saranan dan cadangan yang terhasil dari perbahasan dan perbincangan hadith yang dikemukakan.

19

You might also like