P. 1
Folio Geografi Tingkatan 2

Folio Geografi Tingkatan 2

5.0

|Views: 9,328|Likes:
Published by Nurul Syazwin Zamri
Folio Geografi Tingkatan Dua tajuk Petempatan dan Perkembangan di Pokok Sena :)
Folio Geografi Tingkatan Dua tajuk Petempatan dan Perkembangan di Pokok Sena :)

More info:

Published by: Nurul Syazwin Zamri on Jun 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/28/2015

pdf

text

original

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2010

)

NAMA SEKOLAH: SEK. MEN. KEB. [A] AL-IRSHAD, POKOK SENA NAMA PELAJAR: NURUL SYAZWIN BINTI ZAMRI TINGKATAN: 2 IBNU SINA (2010) NOMBOR K/P: 960806-07-5852 TAJUK : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA. NAMA GURU SUBJEK: ENCIK MD. RADZI BIN HALIM.

KAJIAN TENTANG PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

BIL. 01 02 03

ISI KANDUNGAN Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan

MUKA SURAT

04 05 06 07

• •

Pendahuluan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian :Jenis dan Pola Petempatan di Kawasan Kajian Faktor-faktor yang Mempengaruhi Petempatan di

Kawasan Kajian • • 08 09 10 Masalah yang Berkaitan Petempatan di Kawasan Kajian Langkah Mengatasi Masalah Berkaitan di Kawasan Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Kajian Tentang Petempatan dan Perkembangannya” . Folio ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Geografi.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad (SMKAAI), Puan Salmah yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek Geografi saya, Encik Md. Radzi Bin Halim kerana memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana beliau memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya, Zamri Bin Ali dan Sharibanun Binti Shaarom kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Selain itu, tidak lupa juga kepada para responden yang juga merupakan penduduk di kawasan kajian ini yang sudi memberi dan berkongsi maklumat serta memberi komited ketika kajian dilakukan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihakpihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menyiapkan kerja khusus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Nama saya Nurul Syazwin Binti Zamri. Saya penuntut tingkatan 2 Ibnu Sina di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pokok Sena. Sebagai memenuhi kehendak subjek geografi, saya diwajibkan menyiapkan satu kerja lapangan Kajian Geografi yang bertajuk “Kajian Tentang Petempatan dan Perkembangannya di Kawasan Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang”. Kawasan lapangan yang telah saya pilih untuk kajian ini adalah kawasan perumahan di Taman Desa Sena.

Bahagian kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan tema-tema Geografi yang telah dipelajari dalam Sukatan Pelajaran Tingkatan Dua. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dan konsep yang telah dipelajari dalam tema penduduk, petempatan dan pengangkutan.

Sebelum menjalankan kajian ini pertama sekali, guru Geografi saya telah membincangkan dan menerangkan tentang kajian yang akan saya jalankan nanti. Saya menjalankan kajian ini pada hujung minggu. Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan, iaitu dari bulan Ogos sehingga September 2010. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Selain itu, saya telah menetap di kawasan ini lebih enam tahun. Selama saya menetap di sini, saya mempunyai ramai rakan-rakan, jiran tetangga dan keluarga yang yang dapat memudahkan saya menyiapkan folio ini. Di samping itu, kos kajian yang murah kerana tidak perlu menaiki bas, kereta dan teksi untuk pergi ke kawasan kajian.

Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod. Tempoh untuk saya menyiapkan kajian ini adalah lebih kurang 6 minggu.

Sepanjang tempoh Kajian Sejarah dijalankan, berbagai-bagai jenis kajian yang saya lakukan. Objektif kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kawasan kajian saya itu Taman Desa Sena, Kepala Batas. Kajian-kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif. Antara objektif khusus Geografi ini dijalankan adalah untuk:

✔ Menamakan dan menghuraikan jenis dan pola yang terdapat di Pokok Sena, Kepala Batas.

✔ Menghuraikan fungsi petempatan di Pokok Sena, Kepala Batas.

✔ Menyenarai dan menghurai masalah-masalah petempatan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut di Pokok Sena, Kepala Batas.

✔ Mengenal pasti perkembangan ekonomi yang terdapat di Pokok Sena, Kepala Batas.

✔ Bertujuan menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Saya sangat berbangga dan amat menghargai peluang untuk mengkaji tentang jenis dan pola petempatan yang terdapat di Kepala Batas dengan lebih lanjut.

Kajian ini dijalankan di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan ini terletak di daerah Kepala Batas. Saya memilih kawasan Kepala Batas sebagai kawasan kajian saya. Sebelum dibangunkan tapak perumahan Taman Desa Sena, merupakan kawasan pertanian ladang kelapa sawit. Kawasan ini mula dibangunkan kawasan perumahan kos sederhana dan kos rendah. Terdapat rumah pangsa, rumah teres dan rumah banglo. Terdapat juga pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk di sini seperti tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, balai raya dan bekalan elektrik. Segala kemudahan awam dan infrastruktur disediakan dan dijaga rapi.

Taman Desa Sena mempunyai keluasan seluas 30 kilometer persegi. Lokasi kawasan ini adalah di Seberang Perai Utara, (SPU) Pulau Pinang. Taman Desa Sena terletak berhampiran dengan kawasan yang lain juga seperti Pusat Sumber Pendidikan Negeri, (PSPN) Pulau Pinang, Kompleks Dato’ Kailan dan lain-lain lagi. Lihat peta yang

menunjukkan peta kawasan Kepala Batas.

Kawasan kajian

Peta menunjukkan kedudukan sekolah saya yang turut terletak dalam kawasan Kepala Batas. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa permukaan bumi kawasan ini hampir rata. Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan oleh sebab itu, kawasan ini dianugerahi tanih yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian teruatamanya menanam padi. Penanaman getah dan kelapa sawit juga turut terdapat di kawasan ini kerana kawasan yang bertanih laterit dan bersaliran baik.

Kawasan ini mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai tempat kediaman, sosial dan ekonomi. Kepala Batas juga merupakan kawasan tumpuan penduduk dan petempatan kerana kegiatan ekonomi tertumpu di tanah pamah. Jenis ekonomi yang dijalankan dikawasan kajian saya ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Contohnya, perniagaan makanan, barangan runcit, hiasan, perabot dan lain-lain lagi. Jenis perkhidmatan yang disediakan adalah seperti salon rambut, membuat cermin mata, pendidikan dan komputer. Perniagaan dan perkhidmatan inilah yang membangunkan Kepala Batas.

Taman Desa Sena adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan Cina.

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah:

✔ Kaedah pemerhatian: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti bentuk muka bumi kawasan kajian, fungsi petempatan dan jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan. Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti petempatan, sosial, ekonomi dan lainlain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan nanti.

Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap petempatan dan perkembangannya.

✔ Rujukan: Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian atau melalui kaedah soal selidik. Saya juga turut mengumpulkan maklumat tambahan dengan merujuk buku teks Tingkatan Dua dan beberapa buku rujukan yang dipinjam.

✔ Soal Selidik: Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kawasan kajian. Seramai 3 orang responden disoal untuk mengetahui pendapat mereka terhadap petempatan di Kepala Batas. Contoh borang soal selidik terdapat di bahagian lampiran. ✔ Temu bual :

Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan kajian. Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau menemukakan soalan, memimta pandangan dan pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan dimana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai, tuan imam, penghulu, orang tua dan penduduk di kawasan kajian.

JENIS DAN POLA PETEMPATAN DI KAWASAN KAJIAN

JENIS DAN POLA PETEMPATAN DI KAWASAN KAJIAN.

Jenis petempatan di Taman Desa Sena ialah bandar kerana ia terletak berhampiran dengan bandar Kepala Batas. Selain itu, Taman Desa Sena juga dikategorikan sebagai bandar kerana terdapat perlbagai kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, sekolah, dewan serbaguna, taman permainan dan sebagainya.

Pada awalnya, Taman Desa Sena merupakan sebuah kawasan yang tidak begitu maju, tetapi setelah dibina petempatan dan lebuhraya yang berdekatan, kawasan Taman Desa Sena Tersebut telah menjadi sebuah kawasan yang petempatan yang semakin maju dan berkembang pesat.

Bagi pola petempatan pula, Taman Desa Sena mempunyai pola petempatan yang berpusat. Peta minda di bawah merupakan ciri-ciri pola petempatan kawasan berpusat yang ingin saya kongsikan.

Pola petempatan berpusat mempunyai kepadatan rumah yang tinggi dan bersusun rapat di anatara satu dengan yang lain. Petempatan ini biasanya terdapat di simpang jalan raya dan landasan kereta api. Pola petempatan ini banyak terdapat di pekan, bandar dan bandar raya.

Kediaman penduduk di kawasan ini dibina rapat dengan susun aturnya yang berlapislapis. Rumah dan bangunan dibina bertumpu di persimpangan jalan, masjid dan sekolah. Selain itu, penduduk yang amat ramai juga telah mendorong kepada terjadinya pola petempatan berpusat ini.

Sementara itu, berdasarkan hasil pemerhatian yang dibuat di sekitar Taman Desa Sena, terdapat pelbagai jenis bangunan dan rumah yang telah dibina seperti rumah teres dua tingkat dan berkembar, flat dan rumah teres setingkat.

Taman Desa Sena adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan Cina.

Saya sebagai seorang pelajar yang telah melakukan kajian di Taman Desa Sena begitu berbangga dan dan bersyukur kerana kawasan petempatan ini mempunyai penduduk yang peramah dan mempunyai sifat suka membantu.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Petempatan Di Kawasan kajian

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI KAWASAN KAJIAN.

Kegiatan sosio-ekonomi

Kemudahan sosial

Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

Bentuk muka bumi

Darjah ketersampaian yang sesuai

Seperti yang kita ketahui, Kepala Batas merupakan kawasan yang strategik untuk membina sebuah petempatan. Ini kerana terdapat banyak faktor yang mempengarahi petempatan di kawasan ini.

Faktor yang pertama ialah, fakor kegiatan sosio-ekonominya. Ini kerana pelbagai jenis perniagaan seperti kedai runcit, restoran, kedai hardware, perkhidmatan Internet, kedai dobi dan pengangkutan awam yang mudah didapati disini. Ia memberikan banyak peluang pekerjaan bagi penduduk disini. Kegiatan ekonomi yang dijalankan di bandar ini adalah

seperti perniagaan dan perkhidmatan. Kedua-dua jenis ekonomi ini antara yang paling terkenal.

Di samping itu, bentuk muka bumi di Kepala Batas adalah tanah pamah. Selalunya, kawasan tanah pamah pasti akan menjadi kawasan tumpuan manusia untuk membuat petempatan baru kerana keadaan tanahnya yang rata, luas dan subur. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan ini dikelilingi tanaman getah.

Dari faktor kemudahan sosial pula, terdapat perlbagai kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, sekolah, dewan serbaguna, taman permainan dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatia saya, saya dapati di kawasan ini terdapat beberapa buah sekolah untuk penduduk iaitu tadika, PASTI, SK Pokok Sena, SMK Pokok Sena dan SMK Al-Irshad.

Kesemua sekolah ini menyediakan pendidikan awal kepada pelajar yang bersekolah di sekitar ini untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti kelak. Selain itu, penduduk di sini kebanyakannya beragama Islam. Oleh itu, masjid telah dibina untuk penduduk di sini bagi melakukan aktiviti keagamaan seperti semasa Hari raya Korban. Dewan serbaguna juga dibina kerana tempat ini menjadi tempat perkumpulan penduduk untuk membuat majlis bagi mengeratkan silaturahim atau sebagai tempat mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa (AJK).

Disebabkan darjah ketersampaian yang bersesuaian, ramai penduduk yang menetap di Taman Desa Sena bekerja di kawasan ini. Disebabkan itu juga, setengah penduduk di Taman Desa Sena telah menyewa rumah. Saya telah melakukan kaedah kajian soal selidik terhadap penduduk di Taman Desa Sena untuk mengetahui bilangan penduduk membeli atau menyewa rumah di Taman Desa Sena. Saya telah nyatakan dalam bentuk jadual di bawah. Membeli/Menyewa Beli Sewa Jumlah Responden yang Terbabit 13 7 20

Jadual diatas menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Taman Desa Sena telah membeli rumah di kawasan ini. Mereka membeli rumah di kawasan ini adalah kerana kemudahan infrastruktur yang bagus dan lengkap.

Saya berasa sangat bersyukur kerana petempatan di Taman Desa Sena, Kepala Batas tidak padat petempatan polanya. Ini kerana kawasan ini masih boleh menampung rakyat yang ramai. Jika penduduk di sesuatu kawasan itu padat, ia boleh menyebabkan berlakunya bermacam-macam masalah.

Masalah yang berkaitan petempatan DI KAWASAN KAJIAN

MASALAH YANG BERKAITAN PETEMPATAN DI KAWASAN KAJIAN.

Kesesakan lalu lintas

Pencemaran udara

Masalah Yang Berkaitan Petempatan Di Kawasan Kajian Jalan pintas Mat rempit

Pencemaran bunyi

Pembuangan sampah sarap

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk-penduduk yang menetap di bandar ini ialah masalah kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas kerap berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad ketika para pelajar pergi dan pulang dari sekolah. Tambahan lagi, masalah ini juga berlaku pada waktu puncak iaitu semasa penduduk pergi dan balik dari kerja. Kesesakan lalu lintas ini sering berlaku disebabkan penggunaan kenderaan persendirian.

Selain itu, masalah pencemaran udara yang berlaku berpunca daripada asap dari kenderaan bermotor dan pembakaran sampah secara terbuka. Ini menjejaskan kualiti udara. Asap kenderaan yang mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

Masalah yang seterusnya ialah masalah yang dinyatakan oleh Encik Abdull Rahman bin Ahmad iaitu masalah jalan dalam Taman Desa Sena dijadikan jalan pintas oleh

kenderaan-kenderaan luar. Keadaan ini menyesakkan lorong-lorong di kawasan ini. Kenderaan luar ini sering keluar masuk ke dalam taman bagi mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.

Di samping itu, jumlah pertambahan kenderaan yang dinaiki mengakibatkan pencemaran bunyi. Punca bunyi ini datangnya daripada bas, motosikal, kereta, kapal

terbang dan sebagainya.

Kemudian, masalah mat rempit juga terjadi disini. Masalah ini pula dinyatakan oleh Encik Zamri bin Ali dan Encil Ruzihan bin Said. Kata mereka, mat rempit sering menggunakan lorong-lorong dan jalan sebagai tempat berlumba. Keadaan ini amat membahayakan kepada para pengguna dan penduduk di kawasan ini. Tambahan, terdapat ramai kanak-kanak yang sering bermain bola di lorong-lorong yang ada. Bertambah bahayalah keselamatan mereka.

Masalah yang lain pula ialah masalah pembuangan sampah sarap ke dalam longkang. Ini akan menyebabkan terdapat longkang-langkang yang tersumbat. Tambahan lagi apabila ada musim perayaan seperti sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bazaar Ramadhan akan dibuka di kawasan ini. Oleh itu, plastik-plastik makanan yang dibeli akan dibuang begitu sahaja.

Setiap tempat sudah semestinya mempunyai masalah yang tersendiri seperti Taman Desa Sena, Kepala Batas. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita seharusnya peka dengan masalah yang sedang berlaku dipersekitaran kita supaya dapat bersama-sama memikirkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, kita perlu bekerjasama dan berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak akan berlarutan.

Langkah Mengatasi masalah berkaitan di kawasan kajian

LANGKAH MENGATASI MASALAH BERKAITAN DI KAWASAN KAJIAN
Wujudkan Kawasan Hijau Gotong-royong Langkah Mengatasi Masalah Berkaitan di Kawasan Kajian

Membina bonggol jalan

Melaporkan kepada polis

Penggunaan ‘catalytic converter’

Kongsi kereta

Bagi langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan yang dihadapi oleh penduduk di Taman Desa Sena, Kepala Batas bagi masalah perparitan yang sering tersumbat oleh sampah-sampah sarap yang dibuang. Untuk mengurangkan masalah perparitan yang dihadapi di kawasan ini, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat satu aktiviti bergotong-royong bagi mengelakkan longkang tersumbat. Mereka perlulah menulis surat kepada pihak yang terlibat dalam memperdalamkan lagi parit supaya masalah ini tidak akan berlaku lagi.

Di samping itu, langkah bagi mengatasi masalah pencemaran udara pula adalah dengan mewujudkan Kawasan Hijau (Green Belt) di kawasan petempatan. Kawasan ini ditanami dengan pokok-pokok yang boleh mengurangkan kandungan karbon dioksida di udara. Tambahan lagi, pokok-pokok ini turut boleh memberikan penduduk petempatan suasana yang segar.

Selain dari langkah diatas bagi membendung masalah pencemaran udara ialah penggunaan ‘catalytic converter’ dalam ekzos kereta bermotor juga boleh mengurangkan karbon monoksida yang dilepaskan oleh kereta bermotor. Alat ini dapat menukarkan karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida.

Bagi menyelesaikan masalah yang diberitahu oleh Encik Abdull Rahman bin Ahmad, beliau menyarankan agar melarang kepada para pengguna luar yang keluar masuk dari memasuki jalan dalam taman perumahan. beliau menyarankan agar Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membina lebih banyak bonggol jalan.

Bagi membendung masalah mat rempit atau mat motor ini pula, Encik Zamri bin Ali mencadangkan agar meminta pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membina lebih banyak bonggol jalan. Bagi Encik Ruzihan bin Said pula, beliau ingin memberitahu kepada pihak berkuasa bagi membendung masalah ini.

Malah, masalah kesesakan lalu lintas juga boleh diatasi dengan mengamalkan kempen yang diperkenalkan kerajaan iaitu kongsi kereta atau menggunakan pengangkutan seperti bas. Langkah ini boleh mengurangkan bilangan kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan seterusnya pengguna boleh sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat. Setiap pemasalahan semestinya ada jalan penyelesainnya seperti masalah yang dihadapi di Taman Desa Sena, Kepala Batas. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan yang selesa, tidak seperti negara lain yang mengalami kepadatan penduduk sehingga sebahagian rakyat di sana tidak mempunyai tempat tinggal. Contohnya ialah Bangkok, Thailand. Keberkesanan segala langkah yang bakal dilakukan bergantung sepenuhnya kepada setiap diri kita.

Setelah menyiapkan Kerja Khusus Geografi ini, saya telah banyak mempelajari daripadanya. Pengalaman ini amat berguna dan menarik. Kajian ini membolehkan saya untuk mengenal pasti masalah yang sering berlaku di Pokok Sena, Kepala Batas serta mengenal pasti kelebihan dan kepentingan yang terdapat di kawasan tersebut. Kini, saya lebih

memahami bahawa di kawasan kajian saya mempunyai pelbagai fungsi dalam segi ekonomi, petempatan dan sosial.

Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan kediaman mereka mempunyai banyak keistimewaan. Di samping itu, saya berasa amat bangga kerana kawasan Pokok Sena, Kepala Batas ini mempunyai penduduk yang peramah. Saya juga bersyukur kerana terdapat banyan kelebihan dan kebaikan yang ada di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penduduk di kawasan kajian terdiri daripada masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Ia merupakan salah satu kawasan perumahan yang padat dengan petempatan di sini dan sedang pesat membangun kerana faktor-faktor muka buminya yang rata, kawasan perumahan yang dibina secara tersusun dan pemandangan yang menarik. Selain itu, kegiatan sosio-ekonominya yang banyak memberi peluang pekerjaan serta infrastrukturnya yang baik, banyak mempengaruhi petempatan disini.

Dewasa ini, masalah-masalah persekitaran yang berkembang dengan cepat, yang dipengaruhi dengan pertumbuhan pesat bilangan penduduk, kerosakan persekitaran, eksploitasi bahan alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat yang sangat serius terhadap alam sekitar. Sebagai rumusannya, alam sekeliling harus menanggung keharmonian proses-proses biologi, atau mikrobiologi yang ada. Keadaan ini mendorong sikap sebahagian masyarakat berubah.

Peta Daerah Pulau Pinang

Peta Daerah Kepala Batas

U

Peta Kawasan Kajian

::Rujukan Secara Temu Bual:: • 3 orang responden di kawasan kajian

::Buku Ilmiah:: • Lim Jin Choon, Haji Abdul Aziz Bin Abdul Rahman dan Ratnam Karuppiah Servai, Geografi Tingkatan 2, 2006, Pan Asia Publications Sdn.Bhd, ISBN 983-3237-10-X

Cindy Lim Soh Bee, SW Kritsya, Haji Norisin Bin Mohamad dan Hajjah Awanis Binti Mohd, Logman Super Skor Geografi Tingkatan 2, 2010, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. (4409-W)

::Rujukan Internet:: • • • http://www.scribd.com/doc/3878177/Kerja-Kursus-Geografi-2008 http://maps.google.com hdsttp://www.scribd.com/doc/16150886/Folio-Geografi-2009

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->