P. 1
Folio Bahasa Melayu Tingkatan 2

Folio Bahasa Melayu Tingkatan 2

|Views: 2,321|Likes:
Published by Nurul Syazwin Zamri
Folio Bahasa Melayu Tingkatan Dua tajuk Kapten Hassan Wira Bangsa :)
Folio Bahasa Melayu Tingkatan Dua tajuk Kapten Hassan Wira Bangsa :)

More info:

Published by: Nurul Syazwin Zamri on Jun 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2013

pdf

text

original

KERJA KHUSUS BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 (2010

)

NAMA SEKOLAH: SEK. MEN. KEB. [A] AL-IRSHAD, POKOK SENA NAMA PELAJAR: NURUL SYAZWIN BINTI ZAMRI TINGKATAN: 1 IBNU RUSHD (2009) NOMBOR K/P: 960806-07-5852 NAMA GURU SUBJEK: EN.

No. 1.

Tajuk Novel Kapten Hassan Wira Bangsa - Sinopsis Tema dan Persoalan Latar Watak dan Perwatakan Plot Gaya Bahasa

Muka surat

2.

- Nilai dan Pengajaran Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa a) Puisi Tradisional - Pantun Perpisahan - Pantun Joget Pahang - Pantun Teka-Teki - Syair Pesanan Ibu - Syair Nur Alam Syah Lela Putera - Syair Mungkir Janji b) Sajak - Mata Ayah - Seuntai Kata Untuk Dirasa - Bicara Buat Guru - Pesan Tangan Kepada Jari - Cinta - Ruang

• Bab 1
Hassan bin Osman dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1927. Mendapat didikan di Sekolah Melayu Kuala Pajam dan di Sekolah Melayu Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Ayah Hassan mendapat pendidikan agama di Indonesia dan apabila pulang, beliau mendirikan Masjid Kampung Salak dan menjadi imam di masjid itu. Ibu Hassan meninggal dunia ketika Hassan berusia tujuh tahun. Hassan dibawa oleh datuk sebelah ibunya ke Kampung Pantai, Jalan Jelebu. Hassan menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kampung Pantai. Cita-citanya untuk menyambung pelajaran ke sekolah Inggeris terhalang kerana neneknya mahu Hassan belajar di sekolah agama. Hassan menyambung pelajaran di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Dia menuntut ilmu agama daripada Tuan Guru Haji Osman. Pengajian Hassan terhenti kerana Jepun menyerang dan menguasai Tanah Melayu.

• Bab 2
Pada zaman pemerintahan Jepun, ramai tenaga belia Melayu dikerah bekerja dengan Jepun. Belia yang enggan berbuat demikian dikerah bekerja di sempadan Thailand atau Burma untuk membuat landasan kereta api. Hassan berkahwin dengan Zabedah ketika berusia 17 tahun. Penghulu Ismail berbuat demikian untuk mengelakkan Hassan dikerah bekerja membuat landasan kereta api. Pelbagai pihak muncul untuk menentang Jepun termasuk Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA), Gerila Wataniah, Kumpulan Bintang Lima, Kumpulan Bintang Tiga dan lain-lain. Kumpulan Bintang Tiga yang aktif menentang Jepun diketuai oleh Lai Su Ting. Kumpulan ini bertindak sewenangwenangnya. Apabila Jepun kalah dan Tanah Melayu dikuasai oleh British, Kumpulan Bintang Tiga berpecah kepada dua dan salah satunya telah menyertai gerakan komunis untuk menentang Inggeris.

• Bab 3
Selepas berkahwin, Hassan tinggal bersama mentuanya, Hajah Siti Amai di Kampung Batu 8, Pantai, Jalan Jelebu. Kumpulan Bintang Tiga telah membunuh keluarga Hassan termasuk isteri Hassan, mentuanya, anak saudara isterinya dan nenek mentuanya. Mereka dibunuh kerana enggan memberi kerjasama kepala Kumpulan Bintang Tiga.

• Bab 4

Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua selepas gugurnya dua butir bom di Nagasaki dan Hiroshima. Kumpulan Bintang Tiga mengambil alih perhatian di Tanah Melayu sementara menunggu kedatangan British. Ada penduduk kampung yang ditangkap sewenang-wenangnya termasuk daruk Hassan, Haji Ismail. Hassan dan bapa saudaranya Ishak ke pekan Pantai untuk menyiasat perkara itu. Hassan berazam untuk menuntut bela atas kekejaman Kumpulan Bintang Tiga.

• Bab 5
Hassan mempelajari ilmu mempertahankan diri di Kampung Bukit Katil, Melaka. Sementara itu, Penghulu Ismail dibebaskan. Hassan turut mempelajari ilmu mempertahankan diri daripada Tuan Guru Ahmad Bakhtiar. Kontinjen pertama BMA tiba di Singapura untuk mengambil alih pemerintahan Jepun. Ada anggota Kumpulan Bintang Tiga kembali ke pangkuan masyarakat dan ada yang menyertai Parti Komunis Malaya yang diasaskan oleh Chin Peng dan dibantu oleh Rashid Maidin. Kerajaan mengisytiharkan Darurat untuk mengawal tindakan ganas kumpulan ini.

• Bab 6
Hassan memperoleh ijazah ilmu mempertahankan diri daripada Kiai Mohd. Salleh Rahimullah di Batu Pahat. Pada tahun 1946, Tentera Bratish di Tanah Melayu mengadakan pemilihan anggota baru bagi batalion rejimen Askar Melayu. Hassan mendaftar dan terpilih menjadi rekrut. Hassan melapor diri dalam Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu dan ditugaskan dalam Kompeni D. Hassan bertugas di beberapa tempat dan dinaikkan pangkat Lans Koperal dan memegang jawatan Penolong Ketua Seksyen dalam Platun 12, Kompeni D.

• Bab 7
Gerakan yang dijalankan oleh Kompeni D di Grik dan Temenggur. Gerombolan pengganas melarikan diri. Seorang anggota platun iaitu Mohd. Ali telah terpisah daripada rakan-rakannya dan dua hari kemudian dia ditemui di bawah belukar Sungai Temenggur.

• Bab 8

Kerajaan menambah beberapa batalion lagi untuk membenteras komunis. Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja ditempatkan di Port Dickson dan dipendihkan ke Mentakab untuk memburu pengganas disana. Koperal Hassan ditempatkan di Port Dickson dan dinaikkan pangkat Koperal dan menjadi Ketua Seksyen dalam Kompeni Raifal. Beliau diarahkan ke Mentakab dan bertempur dengan pengganas di Sungai Kawang. Keberanian Hassan membuatkan beliau dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1951.

• Bab 9
Pengganas Komunis yang menyerah diri telah ditempatkan di perkampungan baru yang dinamakan “Rancangan Briggs”. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membenteras komunis. Batalion Keempat berjaya membunuh 109 orang komunis, 28 dicederakan dan seorang ditangkap hidup-hidup. Kejayaan dan keberanian Hassan membuatkan dia dianugerahkan Bintang Penghormatan Tentera (MID).

• Bab 10
Sarjan Hassan bersama anggota platunnya membuat gerakan di hutan Pahang. Sarjan Hassan berjaya membunuh dua orang pengganas di sini. Sarjan Hassan dianugerahkan “Military Medal” oleh Ratu Elizabeth.

• Bab 11
Pihak Komunis berusaha menangkap Sarjan Hassan tetapi gagal. Pihak Komnis menghantar seorang wanita iaitu Ah Kiew untuk menggoda Hassan tetapi tidak berjaya. Akhirnya Ah Keiw terpengaruh dengan perjuangan Hassan dan menyuruh rakan-rakannya kembali ke pangkal jalan. Seramai 27 orang pengganas telah menyerah diri kepada kerajaan hasil daripada tindakan Ah Kiew itu.

• Bab 12
Sarjan Hassan menulis skrip drama pentas mengenai perjuangan perajurit pada zaman Darurat. Skrip itu mendapat perhatian P. Ramlee dan dibawa ke layar perak. Selepas Sarjan Hassan dinaikkan pangkat kepada Leftenan, beliau ditugaskan memimpin Ketua Platun 12, Kompeni D, Batalion Kelima yang beribu pejabat di Mentakab, Pahang. Beliau membuat gerakan di kawasan Slim RiverGajah Behrang di Tanjung Malim Perak.

• Bab 13

Kemerdekaan negara akan diisytiharkan. Kompeni D, Batalion Kelima membuat kawalan dalam Perbarisan Kawalan Kehormat di Stadium Merdeka sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pihak polis mengetahui bahawa komunis ingin menggagalkan majlis tersebut. Leftenan Hassan membuat penyiasatan di Ladang Getah Waterfall. Anggota platunnya melihat beberapa orang pengganas tetapi mereka tidak bertindak sehingga melihat sekumpulan 30 hingga 40 orang penoreh getah. Leftenan Hassan dan anggota platunnya bertindak dan dua orang pengganas dan seorang ketua dibunuh. Penoreh-penoreh getah itu melarikan diri.

• Bab 14
Kejayaan Leftenan Hassan membunuh tiga orang pengganas mendapat liputan meluas termasuk di kalangan pemimpin negara. Kekejaman pengganas masih berleluasa termasuk pembunuhan pengurus ladang getah di Sungai Siput dan juga Pesuruhjaya Tinggi British iaitu Sir Henry Gurney. Bilangan pengganas semakin bertambah. Pelbagai usaha dilakukan oleh berbagai-bagai pihak untuk menghapuskan pengganas.

• Bab 15
Anggota Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja ditugaskan di Negeri Sembilan. Mereka membuat gerakan di Ulu Sungai Geliau dan juga di Ulu Geliau. Sekumpulan pengganas menyerah diri kepada Leftenan Hassan. Selepas berjaya memulihkan keadaan di Negeri Sembilan, anggota platun tersebut diarahkan pula ke Mentakab.

• Bab 16
Leftenan Hassan menasihati anggota platunnya agar sentiasa berdisiplin. Beliau juga menasihati agar anggota platunnya berhati-hati dengan setiap sogokan untuk melemahkan perjuangan. Leftenan Hassan pernah melaporkan perihal seorang pegawai kanan Batalion Kelima, di Jalan Ipoh yang membawa sorang wanita yang bukan muhrim ke bilik bujang. Pegawai itu dikenakan tindakan dan beliau memandang serong kepada Leftenan Hassan.

• Bab 17

Leftenan Hassan perlu menghadiri ujian kenaikan pangkat tetapi dalam masa yang sama, sebuah kapal Tentera Udara Diraja Tanah Melayu terhempas. Leftenan Hassan terlibat dalam gerakan mencari pesawat itu walaupun dia merayu tidak mahu berbuat demikian. Beliau juga ditugaskan mencari kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan Gemas. Leftenan Hassan dalam ujian. Perkhidmatan Leftenan Hassan dalam ketenteraan ditamatkan pada 5 Ogos 1962.

• Bab 18
Leftenan Hassan pulang ke kampungnya. Hidup beliau susah kerana tiada wang pencen. Beliau menemui Tun Abdul Razak dan merayu sehingga beliau ditawarkan semula berkhidmat dalam Kor Rejimen Askar Wataniah di Kem Rasah, berpangkat kapten. Kor Rejimen Askar Wataniah ditugaskan mengawal persisiran pantai ketika berlaku konfrontasi Malaysian dengan Indonesia. Kapten Hassan bersara daripada perkhidmatan ketenteraan pada 30 September 1967 dan beralih ke bidang perniagaan. Rakyat Malaysia tidak diancam komunis lagi. Perjanjian genjatan senjata diadakan di Thailand pada tahun 1989.

• Bab 19
Kejayaan Kapten Hassan juga bertolak daripada sokongan pada rakanrakannya. Beberapa orang pegawai atasan tentera memuji keberanian dan penglibatan Hassan dalam tentera. Beliau juga mempunya ilmu kenal, ilmu gerak rasa dan ilmu yang boleh menghalang penglihatan musuh.

• Bab 20
Selepas bersara, Hassan mengusahakan gerai makana “JASA PAHLAWAN” di Puduraya, Kuala Lumpur di samping memperoleh permit kereta sewa serta mengusahakan sebuah syarikat lori tangki. Beliau juga menjadi pengarah pilihan raya bagi Parti USNO di Lahad Datu.

• Tema
Tema novel ini ialah perjuangan anggota pasukan keselamatan negara dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air daripada ancaman musuh. Perjuangan ini dipaparkan dengan menonjol sekali melalui watak Kapten Hassan sepanjang kerjayanya sebagai anggota tentera.

• Persoalan
Beberapa persoalan dapat dikesan daripada novel Kapten Hassan Wira Bangsa ini. Antara persoalan-persoalan itu termasuklah seperti yang berikut. a) Kekejaman tidak akan dapat meraih sokongan. Kekejaman Bintang Lima atau pengganas komunis membangkitkan kemarahan dan menimbulkan kesedaran kepada rakyat tentang perlunya rakyat bekerjasama untuk menghadapinya. Misalnya, kekejaman yang berlaku kepada Hassan oleh Bintang Tiga telah membangkitkan semangat Hassan untuk berjuang dan menuntut keadilan. Penahanan Penghulu Ismail turut menyedarkan penduduk Mukim Pantai tentang perlunya mereka bersatu bagi menentang Bintang Tiga. b) Pengorbanan amat perlu untuk meraih kejayaan dan mewujudkan keamanan. Hassan berkorban masa, wang dan tenaga untuk mendalami ilmu agama dan ilmu kebatinan dengan beberapa tokoh agama di beberapa tempat sebagai persiapannya menuntut keadilan. Hassan ikut menjalani latihan dan kursus ketenteraan sebagai persiapan menentang pengganas komunis. Yang lebih penting, Hassan bersabung nyawauntuk menewaskan pengganas komunis demi keamanan dan kedaulatan negara. c) Pentingnya pendidikan agama sebagai pencetus semangat dan benteng daripada kehancuran. Untuk memperoleh ketabahan yang jitu, Hassan mendalami ilmu agama daripada beberapa orang tokoh agama. Kesannya, semangat dan disiplin Hassan tidak pernah goyah sepanjang perjuangannya menentang pengganas komunis. Imannya tetap utuh meskipun dia digoda untuk melakukan maksiat. Pentingnya agama turut ditekankan oleh Hassan kepada anggota-anggotanya untuk meningkatkan semangat juang mereka melawan pengganas komunis.

d) Kesabaran begitu penting dalam sebarang tindakan untuk memperoleh kejayaan. Hassan apat disabarkan oleh orang kampung daripada bertindak terburu-buru terhadap Bintang Tiga semasa penangkapan datuknya, Penghulu Ismail. Kesannya, Hassan dapat menuntut keadilan terhadap kekejaman Bintang Tiga dan pengganas komunis. Semasa meronda dan menjejak pengganas komunis di dalam hutan, kesabaran yang ditunjukkan oleh Hassan sebelum mengambil tindakan memungkinkan mencapai kejayaan demi kejayaan. Meskipun perlu mengambil ujian kenaikan pangkat, Hassan tetap bersabar mengikut arahan pegawai atasannya untuk beroperasi di serata tempat. Meskipun ‘dianiayai’ oleh pegawai atasannya hingga terpaksa berhenti dan tidak mendapat pencen. Hassan tidak bertindak ‘membabi buta’. Sebaliknya, Hassan bersabar dan membuat rayuan secara rasmi sehingga dia diterima berkhidmat semula. e) Jasa dan pengorbanan pejuang/pahlawan bangsa sewajarnya dihargai, dibalas dan dikenang. Jasa dan pengorbanan Hassan kepada negara tidak ternilai dan telah diberi penghargaan dan pembalasan yang setimpal. Pelbagai pingat keberanian dan kebesaran telah dianugerahkan kepadanya. Peluan kenaikan pangkat daripada soldadu hingga ke pangkat Leftenan dan kemudian Kapten telah diberikan kepada Hassan sepanjang kerjayanya sebagai anggota pasukan keselamatan negara. Apabila bersara, Hassan diberi peluang untuk berniaga pula sebagai mengenang sumbangan besarnya kepada negara.

• Latar Tempat
Ada banyak tempat yang penting dan yang kurang penting yang menjadi latar tempat dalam novel ini. Antara latar tempat yang penting dalam novel ini termasuklah seperti yang berikut. a) Mukim Pantai. Di sinilah Hassan dibesarkan oleh datuknya, Penghulu Ismail dan dikahwinkan dengan isteri pertamanya, Siti Zabedah. Di sinilah peristiwa kejam yang menyayat hati, yakni pembunuhan isteri Hassan, ibu mentuanya, nenek mentuanya dan anak buah isterinya berlaku. Di sinilah juga datuk Hassan ditangkap dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga. Kesan daripada peristiwa yang berlaku itu, semangat juang Hassan untuk menuntut keadilan dan menentang pengganas komunis membenih dan membara. b) Port Dickson. Di sinilah tempatnya Hassan menjalani latihan asas ketenteraan selama enam bulan dan tempat pertama Hassan bertugas sebagai anggota tentera selaku riflemen. c) Kem Tapah. Di sinilah Hassan cuba digoda oleh Ah Kiew, pengganas komunis wanita yang berpura-pura menyerah diri. Sebaliknya, Ah Kiew pula yang tewas oleh pujukan Hassan sehingga 27 orang rakan seperjuangan Ah Kiew yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak turut menyerah diri kepada pasukan keselamatan. d) Ladang Getah Waterfall. Di sinilah Hassan mengetuai pasukannya yang menyiasat dan menggagalkan percubaan komunis untuk menghalang sambutan kemerdekaan Tanah Melayu. e) Kem Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Di sinilah berlakunya pergeseran peribadi antara Leftenan Hassan dengan ketua kompeninya yang berpangkat mejar. Di sinilah perkhidmatan Hassan dalam angkatan tentera ditamatkan setelah dia gagal dalam ujian kenaikan pangkat. Rayuan Hassan supaya perkhidmatannya disambung semua ditolak oleh mejar berkenaan tanpa mengambil kira perkhidmatan cemerlang Hassan sepanjang kerjayanya, f) Hospital Besar Ipoh. Di sinilah tempatnya Hassan dimasukkan ke unit rawatan rapi sebagai akibat serangan sakit jantung dan kemudiannya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Usianya 64 tahun.

• Latar Masa
Latar masa novel ini cukup panjang, iaitu sepanjang hayat Kapten Hassan, bermula sejak beliau lahir pada bulan Julai 1927 dan berakhir apabila beliau meninggal dunia pada 30 April 1991. Latar masa ini dapat dibahagi-bahagikan seperti yang berikut. a) Julai 1927 hingga kedatangan Jepun. Dalam tempoh ini dimuatkan kisah peribadi Hassan, yakni pendidikan awalnya di Sekolah Melayu, kisah ringkas ibu bapa dan adik-beradiknya dan kisah Hassan memdapat pendidikan agamanya di Sekolah Pengajian Pondok sebagai mengikuti kehendak datuk yang memeliharanya, yakni Penghulu Ismail. Pengajian Hassan terhenti akibat daripada kedatangan Jepun. b) Zaman pendudukan Jepun. Dalam tempoh ini, diceritakan penderitaan rakyat kerana menjadi buruh paksa Jepun dan kesengseraan rakyat kerana sukarnya mendapatkan keperluan makanan. Pada saat-saat akhir pendudukan Jepun, dikisahkan kemunculan pelbagai kumpulan penentang pemerintahan Jepun, termasuk Bintang Tiga yang menganut faham komunis. c) Pengembalian semula pemerintahan British, kemerdekaan Tanah Melayu dan zaman darurat. Dalam tempoh ini dikisahkan kekejaman Bintang Tiga terhadap para penduduk yang tidak mahu membantu serta menyokong mereka. Hassan turut menjadi mangsa kekejaman Bintang Tiga apabila isteri dan anggota keluarga isterinya dibunuh oleh mereka. Seterusnya dikisahkan perjuangan dan keberanian Hassan sebagai anggota tentera menentang pengganas komunis di serata pelosok negara. Dikisahkan juga suatu pementasan drama yang mendapat sumbangan hangat yang skripnya dihasilkan oleh Hassan. d) Zaman konfrontasi dan persaraan Hassan. Dikisahkan dalam tempoh ini khidmat Hassan sebagai Kapten dalam Rejimen Askat Wataniah setelah diterima semula berkhidmat dalam angkatan tentera. Dikisahkan juga peranan Kapten Hassan secara ringkas semasa konfrontasi dengan Indonesia dan akhirnya persaraan Kapten Hassan daripada angkatan tentera. Dikisahkan juga bahawa apabila bersara, Hassan mengusahakan perniangaan gerai makanan dan perniagaan pengangkutan, di samping ikut terlibat dalam politik hingga beliau meninggal dunia.

Latar Masyarakat
Latar masyarakat dalam novel ini pada umumnya terbahagi kepada yang berikut : a) Orang-orang kampung, yakni kebanyakan orang Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya pada peringkat awal dalam novel ini. Orang-orang kampung ini kebanyakannya bertani dan hidup dalam keadaan serba sukar, baik semasa pendudukan Jepun mahupun semasa Bintang Tiga bermaharajalela. Sikap pasif dan sabar orang-orang kampung terhadap kekejaman Bintang Tiga berubah dengan penahanan dan penangkapan Penghulu Ismail. Mereka berpegang teguh kepada ajaran agama juga. b) Anggota pasukan keselamatan, yakni pasukan tentera yang berkhidmat di bawah panji Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah, di samping pasukan polis hutan. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada bangsa Melayu yang menjawat pelbagai pangkat tinggi dan rendah, kecuali pada zaman Inggeris. Kesemua anggota pasukan keselamatan ini berjuang dengan penuh semangat dan berdedikasi demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya daripada ancaman dalam negeri, misalnya sewaktu zaman konfrontasi. c) Kumpulan pengganas komunis, yang sebahagian besarnya berbangsa Cina tetapi turut disertai bangsa Melayu. Mereka yang pada asalnya mengangkat senjata untuk menentang pendudukan Jepun telah turut menentang Inggeris dan kerajaan yang dipilih rakyat. Mereka bersikap kejam dengan sewenang-wenang terhadap rakyat dan senantiasa menggugat keamanan negara. Namun demikian, perjuangan sia-sia mereka dari hutan berakhir juga dengan persetujuan mereka untuk meletakkan senjata.

• Watak
1) Watak utama dalam novel ini ialah Hassan 2) Watak sampingan pula ialah : • a) Penghulu Ismail Hajah Siti Amai Ah Kiew Tuk Janggut Pegawai tentera berpangkat mejar

Perwatakan

Hassan Nama penuhnya Hassan bin Haji Osman. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau anak ketiga daripada lima orang adik-beradik bagi pasangan Haji Osman dan Puan Zainab. Hassan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu sehingga Darjah Lima dan kemudian mendalami pengetahuan agama di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan sehingga kedatangan Jepun. Selain itu, Hassan ada juga menimba ilmu kebatinan dan kepahlawanan daripada beberapa orang tokoh agama. Hassan jujur, tekun, sabar, berani, bersemangat tinggi dan kuat beribadah. Disiplin yang tinggi dan taat akan perintah orang atasan menjadi pegangan dan amalannya. Semua sifat tersebut menyebabkan Hassan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kerjayanya sebagai ‘riflemen’ sehingga ke pangkat Kapten. Selain itu, Hassan berbakat menulis skrip dan pernah mengarahkan drama pentas yang mengisahkan kehidupan anggota keselamatan pada zaman darurat. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Hassan, pelbagai anugerah diberikan kepada beliau. Antaranya termasuklah pingat Keberanian MM, pingat Perkhidmatan Cemerlang MID, pingat Kelakuan Terpuji Negeri Pahang, pingat Jaksa Kebaktian, pingat Ahli Mangku Negara dan pingat Seri Mahkota Selangor. Hassan meninggal dunia di Hospital Besar Seremban kerana serangan sakit jantung.

b) Penghulu Ismail

Beliau merupakan datuk Hassan sebelah ibunya , (Puan Zainab), yang telah memelihara Hassan di Mukim Pantai. Penghulu Ismail diiktiraf sebagai Pegawai Pentadbir Mukim Pantai dan sangat disenangi dan dihormati oleh orang-orang kampung. Beliau pernah ditangkap secara kasar dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga yang mencuba mengambil alih kuasa. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan tanpa syarat oleh Bintang Tiga yang ketakutan setelah beberapa kejadian aneh berlaku. c) Hajah Siti Amai Beliau adalah ibu mentua Hassan, yakni ibu kepada isteri pertama Hassan, Siti Zabedah. Hajah Siti Amai agak berada agaknya; mempunyai simpanan mata wang pound British, mengusahakan kebun serta memelihara lembu dan kerbau. Beliau akhirnya mati dibunuh dengan kejamnya oleh Bintang Tiga kerana enggan menyerahkan wang hasil jualan lembu dan kerbau, wang simpanan serta barang kemasnya kepada mereka. d) Ah Kiew Dia pengganas komunis wanita yang cantik yang dikenal juga sebagai Ah Kiew. Dia diarahkan supaya berpura-pura menyerah diri di Kem Tapah, yakni kem tempat Hassan bertugas ketika itu. Tugas utamanya ialah menggoda Hassan supaya Hassan terjebak dalam maksiat. Tujuannya supaya ilmu kebatinan yang dimiliki dan diamalkan oleh Hassan tercemar dan tidak dapat digunakan. Hal ini bagi memudahkan pihak komunis menghapuskan Hassan kelak. Walau bagaimanapun Ah Kiew pula yang termakan pujukan Hassan supaya kembali ke pangkuan masyarakat dan meninggalkan perjuangan komunis yang sia-sia. Malah, sesudah Ah Kiew sedar dan berubah, dia telah berjaya memujuk 27 orang pengganas komunis yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak supaya menyerah. Tidak beberapa kemudian, Ah Kiew berkahwin dengan pemuda pilihannya dan dia telah mengundang Hassan ke majlis perkahwinannya itu. e) Tuk Janggut Dia Ketua Tertinggi Komunis di perak yang berbangsa Melayu. Dia dikatakan memiliki ilmu kebal dan dapat menghilangkan diri sekelip mata. Kononnya, oleh sebab itulah dia amat digeruni oleh anggota tentera yang beroperasi di dalam hutan. Setelah cabar-mencabar, Tuk Janggut melepaskan tembakan bertalu-talu kearah Hassan tetapi anehnya tidak berkesan kepada Hassan. Selepas itu, Hassan melepaskan tembakan bertalu-talu kearah Tuk Janggut pula. Tembakan Hassan tidak berkesan juga kepada Tuk Janggut yang kemudiannya menghilangkan diri sekelip mata. f) Pegawai Tentera Berpangkat Mejar

Dia pegawai kanan Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja yang berpengkalan di Kem Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, iaitu tempat Hassan bertugas ketika menyandang pangkat Leftenan. Dia telah melanggar disiplin dan peraturan di kem yang melarang anggota tentera membawa wanita yang bukan muhrim ke dalam kem. Kejadian sumbang itu dilaporkan oleh Leftenan Hassan kepada pegawai pemerintahan batalion berkenaan sehingga mejar tersebut dikenakan tindakan tata tertib. Sebagai akibatnya, dia memandang serong terhadap Hassan. Ketika mejar tersebut menjadi ketua kompeni dan Hassan menjadi ketua platun tempur dalam kompeni berkenaan, berlaku pergeseran peribadi antara mereka. Dia tetap mengarahkan Hassan mengetuai pasukan untuk gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa pesawat yang terhempas di kawasan Bukit Tinggi, meskipun mengetahui bahawa Hassan akan menduduki ujian kenaikan pangkat tidak lama lagi. Dia jugalah yang bertanggungjawab menolak rayuan Hassan untuk terus berkhidmat dalam angkatan tentera apabila perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa mengambil kira sumbangan cemerlang Hassan kepada bangsa dan negara.

• Permulaan Cerita
Menampilkan kisah sejarah hidup Hassan dan keluarganya. Diceritakan mengenai tarikh dan tempat kelahirannya dan juga persekolahannya. Bahagian itu turut menampilkan kisah kematian ibunya. Hassan dipelihara oleh datuknya sebelah ibunya di Kampung Pantai, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan.

• Perkembangan Cerita
Mengisahkan tentang kesukaran penduduk semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, ancaman Bintang Tiga dan juga pengganas komunis. Dijelaskan tentang kekejaman Kumpulan Bintang Tiga yermasuk membunuh keluarga Hassan. Hassan ingin menuntut bela atas kematian keluarganya. Dia menuntut ilmu mempertahankan diri dan akhirnya dia memasuki angkatan tentera.

• Perumitan Cerita
Semasa negara ingin diisytiharkan kemerdekaan, pengganas komunis ingin menggagalkan upacara Sambutan Hari Kemerdekaan. Sarjan Hassan ditugaskan untuk menumpaskan pengganas yang mahu menggagalkan sambutan tersebut. Pertempuran berlaku di Ladang Getah Waterfall, Rawang dan Sarjan Hassan berjaya menyekat niat buruk pengganas itu.

• Puncak Cerita
Sarjan Hassan gagal dalam ujian kenaikan pangkat. Dia diberhentikan daripada perkhidmatan angkatan tentera dan pulang ke kampung halamannya. Dia berasal sukar mengendalikan hidup kerana tidak mendapat wang pencen.

• Peleraian Cerita
Hassan menjadi kapten dalam Kor Rejimen Askar Wataniah. Apabila tamat dalam perkhidmatan tersebut, dia menjadi ahli perniagaan. Dia meninggal dunia di Hospital Besar Seremban pada tahun 1991.

• Diksi
a) Diksi Pemilihan kata dalam novel ini sesuai dengan tema dan persoalan. Terdapat kata-kata yang berbau perjuangan seperti ‘bunyi tembakan’, ‘kawasan perkhemahan’, melakukan serangan’, ‘menentang musuh’ dan sebagainya. Sesuai dengan zaman darurat pengarang memilih kata-kata yang sesuai iaitu ‘magazin peluru’, ‘pistol Browning’, ‘senapang patah’ dan lain-lain lagi. Kata-kata yang sesuai dengan zaman perang dan penjajahan seperti ‘ketua pemerintah’, ‘laftenan’, ‘kapten’, ‘koperal’ dan lainlain.

b) Bahasa Inggeris Terdapat penggunaan perkataan Inggeris seperti ‘box office’, ‘Quarter Master’, ‘Browning’ dan beberapa lagi. c) Bahasa Jepun Terdapat penggunaan perkataan Jepun seperti ‘aiho’, ‘kabotai’ dan beberapa lagi. d) Bahasa Arab Terdapat juga penggunaan perkataan Arab seperti al-Quran, zikirullah, Allahyarham, syariah dan lain-lain lagi. e) Perkataan singkatan Ah Moi pernah menyatakan kepada Sarjan Hassan, “Saya tak menyangka askar macam awak ni, baik. Dulu kalaw saya ternampak askar, saya rerus cabut lari.”

• Gaya Bahasa
a) Simile .. Bagi mereka, orang-orang kampung Mukim Pantai pada ketika itu ibarat harimau yang tidak bertaring dan tidak berkuku, yang boleh mendengus sahaja. “Bahawa gugur kamu ibarat gugugrnya kuntum-kuntum melati yang mengharumkan nama nusa dan bangsa. b) Metafora Dalam usaha merentasi Sungai Temenggur yang mengalir deras, Hassan dengan diketuai oleh Koperal Mohd Jali telah bergerak dengan pantasnya dalam hujan tembakan pengganas sehinggalah mereka sampai di tebing sebelah sana. Keberanian Koperal Hassan mara secara sendirian dalam hujan peluru komunis telah mendapat perhatian daripada pegawai pemerintahnya, .. c) Personafikasi - .. Mereka seolah-olah dapat merasakan bayang maut datang menerjah dari segenap penjuru. d) Simpulan bahasa/peribahasa - Hassan, walaupun baru menempuh alam perkahwinan, terpaksa membanting tulang mengusahakan tanah pertanian yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak pentadbiran tentera Jepun. - “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.” - Kisah kejayaan sebelum ini telah menjadi buah mulut anggota batalion tersebut.

• Nilai Kemanusian
a) Keberanian dalam mempertahankan maruah negara. b) Tanggungjawab menjaga keamanan negara. c) Taat setia orang bawahan terhadap ketua. d) Kerjasama melakukan tugas. e) Mengenang budi orang yang banyak berjasa kepada tanah air.

Nilai Kemasyarakatan
a) Masyarakat yang hidup bekerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas. b) Masyarakat yang diamanahkan. bertanggungjawab terhadap tugas yang

c) Masyarakat yang penyayang yang mempunyai kasih sayang sesama mereka. d) Masyarakat yang berani dalam menempuh cabaran atau bahaya.

Nilai Keislaman/Moral
a) Bersyukur apabila diri terselamat daripada bahaya seperti berterima kasih kepada Tuhan yang telah menyelamatkan nyawa. b) Mempertahan tanah air daripada ancama musuh. c) Bersembahyang dengan melakukan amal ibadat kepada Tuhan. d) Berzikir memohon pertolongan Allah apabila berada dalam kesusahan. e) Menambahkan ilmu mempertahankan diri. keagamaan sebagai salah satu usaha

Pengajaran

a) Kita harus bertenang dan bersabar supaya dapat mengawal diri daripada bertindak terburu-buru. b) Kita harus bersatu padu agar kita dihormati dan tidak diperlekeh oleh orang atau kumpulan tertentu. c) Dalam sesuatu pasukan, kita hendaklah bekerjasama dengan anggota sepasukan dan tidak mementingkan diri sendiri. d) Sesuatu azam perlu disertai dengan usaha yang gigih secara berterusan untuk menempa kejayaan. e) Kita harus berhati-hati dan tidak mudah termakan oleh pujuk rayu seseorang yang mungkin mempunyai niat buruk. f) Keberanian dan percaya akan kebolehan diri merupakan kunci ke arah kejayaan yang cemerlang. g) Kita perlu patuh akan perintah ketua tanpa menaruh prasangka dan dendam. h) Kita harus membuat pertimbangan yang adil sebelum membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira sumbangan dan jasa yang diberikan. i) Kita harus mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan yang diberikan.

• Rangkap 1
Maksudnya ialah hari ini kita berkumpul dan bertemu dan keesokannya kita berpisah dan membawa haluan masing-masing.

• Rangkap 2
Maksudnya ialah menyatakan hasrat ingin bertemu semula tetapi tidak ditentukan masanya.

• Rangkap 3
Maksudnya ialah kehilangan seseorang sukar ditentukan sehingga menimbulkan tanda tanya dan salah sangka.

• Rangkap 4
Maksudnya ialah perpisahan yang berlaku lambat-laun akan kembali bertemu semula.

• Rangkap 5
Maksudnya ialah merelakan pemergian orang yang dikasihi dan menasihatinya agar bijak membawa diri semasa berada di perantauan.

• Rangkap 6
Maksudnya ialah kesedihan seseorang yang meninggalkan kampung halaman yang banyak pengalaman.

• Rangkap 7
Maksudnya ialah sekiranya ada masa dan dipanjangkan umur, dapatlah kita bertemu lagi.

• Tema
Tema pantun tersebut ialah perpisahan membawa pelbagai perasaan seperti sedih, rindu, kasih dan sebagainya.

• Persoalan
a) Perasaan kasih sayang dan kesedihan apabila berlaku perpisahan. b) Keinginan untuk bertemu kembali dengan orang yang disayangi. c) Perlu pandai menjaga diri walau di mana juga berada.

Terikat Pantun empat kerat Mengandungi 7 rangkap Setiap rangkap mempunyai 4 baris Bilangan kata: 1 baris mengandungi 4 perkataan Bilangan suku kata: 9 hingga 11 Rima akhir abab

Gaya Bahasa Anafora Responsi Inversi Hiperbola Hari ini menjual jagung,

Contoh

Hari esok menugal jelai; Bintang Barat terbit petang, Bintang Barat terbit pagi; Hari esok kota bercerai Seribu tahun kembali juga

• Asonansi
Dalam pantun ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Berdaun sehelai dimakan kuda (pengulangan vokal a) Pandai-pandai menjaga diri (pengulangan vokal i) •

Aliterasi

Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Tinggal kampung tinggal halaman (pengulangan konsonan n)

• Nilai
a) Kasih sayang membuatkan kita berasa sedih apabila menghadapi saatsaat perpisahan.

b) Kesetiaan kepada seseorang membuatkan kita sanggup menunggu kepulangannya walaupun sudah lama terpisah. c) Patriotik seperti cinta akan kampung halaman membuatkan kita sentiasa merindui tempat kelahiran kita. d) Kehidupan dalam masyarakat amat berkait rapat dengan kerjasama dan saling membantu.

Pengajaran
a) Kita hendaklah menghargai sesuatu persahabatan agar ia terus berkekalan walaupun telah berpisah. b) Kita hendaklah pandai menjaga diri ketika berada di tempatorang sama ada untuk menuntut ilmu atau bekerja, adat, tatasusila dan sopan santun mestilah dijaga supaya kita diterima oleh masyarakat. c) Semangat cinta akan kampung halaman hendaklah ada dalam diri setiap orang. Mereka sepatutnya pulang ke kampung halaman meskipun telah bekerja di tempat lain.

• Rangkap 1

Maksudnya ialah kita perlulah meraikan kehadiran tetamu dan berharap mereka tidak mengata sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan.

• Rangkap 2
Maksudnya ialah berhasrat ingin membuat kebaikan dengan harapan usahausaha murni itu akan diperkenankan Tuhan. •

Rangkap 3

Maksudnya ialah sebagai seorang perantau, mereka amat mengharapkan belas kasihan daripada orang-orang setempat.

• Tema
Tema pantun tersebut menggambarkan perasaan gembira menerima tetamu dan adab sopan yang perlu dijaga ketika berada di tempat orang.

• Persoalan
a) Adab bertamu b) Niat suci untuk berjasa d) Adab berdagang

Terikat Pantun empat kerat Mengandungi 3 rangkap Setiap rangkap mempunyai 4 baris

-

Bilangan kata: 1 baris mengandungi 4 perkataan Bilangan suku kata: 9 hingga 11 Rima akhir abab

Gaya Bahasa Inversi Kata Ganda Sinkof

Contoh Apa yang kurang dikeji jangan Kaya dengan tumbuh-tumbuhan Dalam majlis tari-menari Niat di hati nak buat jasa,

• Asonansi
Dalam pantun ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Negeri Pahang aman sentosa (pengulangan vokal a) singgah di Johor beli barangan (pengulangan vokal i)

• Aliterasi
Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan.

Contohnya: Pukul gendang kulit kerbau (pengulangan konsonan k) Singgah di Johor beli barangan (pengulangan konsonan n)

• Nilai
a) Kita perlu hormat-menghormati antara tetamu yang datang untuk menjalin ikatan persaudaraan antara sesama manusia. b) Kita haruslah menghargai setiap layanan yang diterima , janganlah mencari kelemahan orang lain sebaliknya berterima kasih atas segala pemberian orang terhadap kita. c) Merendah diri dapat mengelakkan kita daripada bersikap angkuh, sombong dan bangga diri. Sikap merendah diri akan menyebabkan kita mudah diterima oleh orang lain walau di mana kita berada. d) Kejujuran dalam segala perbuatan agar diberkati Tuhan.

• Pengajaran
a) Kita perlulah menghormati dan memuliakan tetamu. b) Jangan sekali-kali kekurangan. mengeji sekiranya terdapat kelemahan dan

c) Kita hendaklah suka berbuat jasa. d) Kita perlulah pandai membawa diri terutama ketika berada di tempat orang.

• Rangkap 1
Menguji tentang apakah binatang yang mengejar tiada berkaki manakala yang dikejar tiada berekor.

• Rangkap 2
Soalan tentang makanan yang dimasak dalam batang buluh.

• Rangkap 3

Bertanya tentang benda yang dapat berjalan apabila diikat dan berhenti apabila ikatannya dibuka.

• Rangkap 4
Soalan yang berkaitan dengan benda yang mempunyai ramai anak dan satu ibu, apabila digoreskan ia akan menyala.

• Rangkap 5
Bersoal jawab mengenai sesuatu benda yang akan naik apabila hujan turun.

• Tema
Tema pantun tersebut ialah menduga atau menguji kecerdasan akal fikiran mengenai benda-benda di sekelilling manusia.

• Persoalan
a) Kemampuan seseorang untuk berfikir secara rasional. b) Kepentingan alam sekeliling kepada manusia.

Terikat Pantun empat kerat Mengandungi 5 rangkap Setiap rangkap mempunyai 4 baris Bilangan kata: 1 baris mengandungi 4 perkataan Bilangan suku kata: 9 hingga 11 Rima akhir abab

Gaya Bahasa Anafora Kata Ganda Metafora Bila diikat ia berjalan Bila dibuka ia berhenti Turun-temurun Malam-malam Mulut manis

Contoh

• Asonansi
Dalam pantun ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Bila diikat ia berjalan (pengulangan vokal i) Itulah amalan turun menurun (pengulangan vokal u)

• Aliterasi
Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Malam-malam tanak nasi (pengulangan konsonan m) Bila dibuka ia berhenti (pengulangan konsonan b)

• Nilai
a) Mencintai alam sekeliling. b) Rasional merujuk kebolehan membuat pertimbangan memberikan keputusan terhadap sesuatu perkara. c) Suka akan cabaran. sebelum

Pengajaran
a) Kita hendaklah berfikiran kritis dan kreatif. b) Alam sekelilng banyak membantu proses pemikiran manusia. c) Kita perlulah menyedari bahawa akal fikiran kita mestilah selalu digilap. d) Kita perlulah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

• Rangkap 1
Pentingnya generasi muda menuntut ilmu untuk bekalan masa depan.

• Rangkap 2
Orang yang berilmu itu diibaratkan seperti cahaya yang menyinar terang.

• Rangkap 3
Masa remaja hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah agar tidak menyesal kemudian hari.

• Rangkap 4
Kesabaran dan ketabahan amat perlu jika ditimpa masalah atau kesusahan.

• Rangkap 5

Elakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah kerana implikasinya amat buruk.

• Rangkap 6
Jangan suka membuang masa kerana masa yang telah berlalu tidak akan berulang.

• Rangkap 7
Pelbagai pancaroba terdapat dalam kehidupan ini. Banyak orang hanyut kerana mengikut hawa nafsu keduniaan.

• Rangkap 8
Memberi kita peringatan supaya jangan sekali-kali menggadaikan tanah pusaka. Jika harta pusaka jatuh ke tangan orang lain, kehidupan kita akan bertambah susah.

• Tema
Tema syair ini ialah tentang beberapa nasihat daripada seorang ibu kepada anaknya untuk dijadikan pedoman hidup.

• Persoalan
a) Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Kelebihan orang berilmu. c) Dugaan dan cabaran semasa remaja. d) Keburukan dadah. e) Tipu muslihat keduniaan. f) Semangat patriotik.

Terikat Empat baris dalam satu rangkap Setiap baris merupakan maksud dan mempunyai kesatuan makna Rima akhir aaaa Mengandungi antara 4 hingga 5 patah perkataan dalam satu baris Mengandungi 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.

Gaya Bahasa Simile Anafora Sinkof Inversi

Contoh Seperti sinar intan baiduri Bagaikan permata amat berharga Jangan mengambil jalan mudah Jangan sekali mencuba dadah Sesal tak sudah Anakku sayang Di hari tua sesal mendatang

Asonansi

Terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Ilmu itu pelindung diri (pengulangan vokal i)

Kalau hidup terasa susah

(pengulangan vokal a)

• Aliterasi
Terdapat juga pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Mengingatkan waktu yang telah hilang (pengulangan konsonan g) Jangan terlepas ke tangan orang (pengulangan konsonan n)

• Nilai
a) Kegigihan dalam menuntut ilmu. b) Menghargai masa kerana masa yang lepas tidak akan kembali. c) Kesabaran dan ketabahan perlu ditanamkan dalam jiwa bagi menempuh cabaran dan dugaan dalam kehidupan. d) Semangat patriotik seperti menyayangi harta pusaka termasuk tanah air tercinta dapat menjamin kebahagiaan bangsa. e) keduniaan. Senantiasa berwaspada dengan tipu muslihat

Pengajaran
a) b) berharga. c) masalah. d) mata. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu. Remaja janganlah suka membuang masa yang begitu Kita perlulah tabah dan sabar terutama ketika ditimpa Jangan mudah tergoda oleh tuntutan duniawi semata-

e) Kita perlulah memelihara dan mempertahankan tanah pusaka tinggalan nenek moyang.

Syair ini menceritakan sebuah negeri bernama Jenaka Asyik yang diperintah oleh raja Diladal Bahri. Negeri ini amat masyhur kerana keindahan serta sistem pentadbirannya yang baik. Selain itu, negeri Jenaka Asyik merupakan sebuah pusat perdagangan yang terkenal di samping mempunyai bala tentera yang ramai. Sultannya adil dan disayangi oleh rakyat. Malangnya baginda tidak mempunyai anak. Baginda telah mengerahkan seluruh rakyat berdoa semoga dikurniakan cahaya mata. Dengan kekuasaan Tuhan, akhirnya permaisuri telah mengandung. Permaisuri selamat melahirkan seorang putera yang dinamakan Nur Alam Shah Lela Putera.

• Tema
Tema syair ini adalah tentang kehebatan negeri Jenaka Asyik dan pemerintahnya, iaitu Sultan Diladal Bahri.

• Persoalan
a) Kekuatan sebuah negara berteraskan sistem perdagangan.

b) Keinginan untuk menimang cahaya mata untuk mengantikan tampuk pemerintahan baginda.

Terikat Empat baris dalam satu rangkap Setiap baris merupakan maksud dan mempunyai kesatuan makna Rima akhir aaaa Mengandungi antara 4 hingga 5 patah perkataan dalam satu baris Mengandungi 9 hingga 11 suku kata dalam satu baris.

Gaya Bahasa Epifora Responsi Hiperbola Bahasa Klasik Bahasa Istana Bahasa Arab Inversi

Contoh Diladal Bahri nama rajanya Sakti pendekar lagi beraninya Kepada baginda lalu diberikan Disambut baginda dengan kesukaan Mahligai indah tiada terperi Bertatahkan emas bersalut pudi Seturi, padi, terperi, biti bahari Beta, baginda, puteri, gering, anakanda Fakir, khilaf, wallah, asyik Banyaklah masuk dagang senteri Berputeralah konon peri Syah Alam

Asonansi

Dalam syair ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Beberapa rakyat mencari perdana (pengulangan vokal e) Mahligai indah tiada terperi (pengulangan vokal i)

• Aliterasi
Dalam syair ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Sangatlah pandai memerintah negeri (pengulangan konsonan n) Beberapa hulubalang yang garang-garang (pengulangan konsonan g)

• Nilai
a) Keadilan. b) Murah hati. c) Kebijaksanaan. d) Menghormati pemimpin.

Pengajaran
a) Para pemerintah hendaklah memerintah negara dengan adil dan bijaksana. b) saksama. c) Rakyat akan mengasihi pemerintah yang adil dan Amalan bersedekah hendaklah dilakukan dengan ikhlas.

Rangkap 1

Ikatan perjanjian telah dibuat walaupun telah dinasihati agar membatalkan saja hasrat tersebut. Namun, perjanjian tetap dimeterai.

Rangkap 2

Akhirnya perjanjian tersebut dimungkiri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipercayai.

Rangkap 3

Sanggup bersama-sama dihina dan dikeji apabila cita-cita tidak kesampaian.

Rangkap 4

Cepat benar melupakan janji yang telah dibuat apabila ditimpa sedikit masalah atau kesusahan.

Rangkap 5

Tujuan syair ini ditulis adalah untuk menghilangkan perasaan resah dan bosan.

• Tema
Tema syair ini ialah tentang kelakuan dan sikap buruk manusia kerana telah memungkiri janji.

• Persoalan
a) Perlu berhati-hati memilih kawan. b) Janji yang diucapkan hendaklah dikotakan. c) Masa dan persekitaran boleh mengubah sikap manusia. d) Menerima perpisahan dengan hati terbuka.

Terikat Empat baris dalam satu rangkap Setiap baris merupakan maksud dan mempunyai kesatuan makna Rima akhir aaaa Mengandungi antara 4 patah perkataan dalam satu baris Mengandungi 9 hingga 11 suku kata dalam satu baris.

Gaya Bahasa Simile Peribahasa Inversi Hiperbola

Contoh Umpama lebah membuang sengat Umpama sungai tiada berhalangan Daripada hidup berputih mata Tidakkah ingat tuan berkata Biarlah tulang tercampak ke kota

Asonansi

Dalam syair ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Mengaku bersama menyinsing lengan (pengulangan vokal e) Rupanya tuan meluahkan ludah (pengulangan vokal u)

• Aliterasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Mengaku bersama menyinsing lengan (pengulangan konsonan g)

• Nilai
a) Kesetiaan dalam persahabatan. b) Ketabahan dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam kehidupan. c) Menghormati rakan dapat membantu mengekalkan persahabatan. d) Menepati janji.

• Pengajaran
a) Jangan sekali-kali memungkiri janji. b) Kita perlulah berhati-hati memilih kawan.

c) Jangan cepat berubah hati. d) Elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang negatif. e) Kita janganlah mementingkan diri sendiri.

• Rangkap 1
Penyajak pulang ke kampung disambut oleh ayahnya yang telah tua dengan perasaan gembira.

• Rangkap 2
Walaupun ayahnya gembira, penyajak dapat merasakan bahawa ayahnya itu hidup dalam penderitaan.

• Rangkap 3
Penyajak sedar bahawa ayahnya itu tidak mahu menunjukkan penderitaan yang ditanggung kepada penyajak yang pulang ke kampung untuk menikmati beras baru.

• Rangkap 4
Walaupun ayahnya sendiri telah rela menerima penderitaan tersebut sebagai sebahagian daripada kehidupan yang mesti dilalui, penyajak sangat sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh ayahnya.

• Tema
Sajak Mata Ayah mengungkapkan tema tentang kemanusiaan, iaitu pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

• Persoalan
a) Peranan dan tanggungjawab anak untuk membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban. b) Kegigihan seorang ayah untuk meneruskan penghidupan yang penuh penderitaan. c) Bertakwa, iaitu bersyukur dan menyerah diri kepada Allah walaupun hidup menderita.

Bebas Bentuk kuatren, iaitu empat baris dalam satu rangkap Setiap baris mengandungi 4 perkataan Rima akhir : Rangkap 1: aaaa (bentuk syair) Rangkap 2: aabb Rangkap 3: abcd Rangkap 4: abcb Mengandungi 9 hingga 11 suku kata dalam satu baris.

-

Gaya Bahasa Personafikasi Metafora Sinkof Inversi Simile Repitisi Mataku tersenyum Matanya menyapa Kolam-kolam derita

Contoh

Pudar bulan pagi Tak, padaku Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah Bagai dalam suratnya dalam kata-kata riang Tapi matanya, mata yang menatapku

Asonansi

Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Tapi matanya, mata yang menatapku (pengulangan vokal a) garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram(pengulangan vokal i)

• Aliterasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Matanya tersenyum, matanya menyapa (pengulangan konsonan m) Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk (pengulangan konsonan k)

Romantik Penyajak melahirkan rasa rindu dan kasih terhadap ayang yang telah berkorban untuk membesarkannya. Penyajak menyedari kesusahan hidup yang dilalui oleh ayahnya, tetapi ayahnya tetap bahagia dengan kehadiran anaknya.

• Nilai
a) Kasih sayang antara anak dan ayah akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. b) c) d) Kesyukuran dengan apa jua kurniaan Tuhan. Bertanggungjawab. Simpati.

Pengajaran

a) Kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu bapa. b) Kita hendaklah menziarahi ibu bapa di kampung. c) Kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Tuhan. d) Kita hendaklah prihatin dengan masalah petani.

• Rangkap 1
Seseorang yang mempunyai cita-cita dalam hidup, mereka hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan leka atau membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja.

• Rangkap 2
Dalam usaha mengejar cita-cita tersebut, kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup “diam-diam ubi berisi”, iaitu berusaha secara berterusan tanpa kenal erti putus asa sehingga berjaya. Bukan seperti “ayam bertelur sebiji riuh sekampung” yang cakap besar, berlagak ke sana ke mari tetapi gagal dalam semua perkara.

• Rangkap
Sekarang telah tiba masanya untuk kita mengubah sikap. Janganlah asyik berangan-angan atau cakap yang sia-sia, sebaliknya kita tumpukan perhatian dan kekuatan untuk menyusun strategi bagaimana hendak memperoleh kejayaan agar menjadi manusia yang berguna.

• Tema
Sajak Seuntai Kata untuk Dirasa mengungkapkan perjuangan untuk mencapai cita-cita dalam kehidupan. tema semangat

• Persoalan
a) Cita-cita perlu disertai dengan usaha. b) Pentingnya kerjasama dalam mengatur strategi c) Sikap dan resmi manusia.

Bebas Bentuk kuatren, iaitu empat baris dalam satu rangkap Setiap baris mengandungi 4 perkataan Rima akhir : Rangkap 1: aaaa (bentuk syair) Rangkap 2: aabb Rangkap 3: aaba Mengandungi 9 hingga 11 suku kata dalam satu baris.

Gaya Bahasa Anafora Responsi Inversi Peribahasa

Contoh Sekarang singkirkan semua bicara Sekarang kumpulkan tenaga raksasa Panas usah membakar dada Suara usah menggegar sahaja Serentak mara kita bersama Ubi diam berisi

Asonansi

Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Panas usah membakar dada (pengulangan vokal a) Ayam bertelur sekampung tahu (pengulangan vokal u)

• Aliterasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Sekarang kumpulkan tenaga raksasa (pengulangan konsonan k) Sekarang singkirkan semua bicara (pengulangan konsonan s)

Patriotik Penyajak menyeru anak-anak muda agar bangkit menentang musuh yang mahu menghancurkan negara. Bagi penyajak, adalah tidak berguna jika kita sebagai warganegara hanya berdiam diri tanpa berusaha ke arah itu.

• Nilai
a) Untuk mencapai sesuatu maklumat perlu ada kesungguhan.

b) c)

Kebijaksanaan. Kerjasama

Pengajaran

a) Setiap orang mesti mempunyai cita-cita dalam hidup supaya mereka ada arah tujuan yang tertentu. b) Orang yang berjaya ialah orang yang ada perancangan dalam hidup. Mereka merancang langkah-langkah yang patut diambil supaya cita-cita yang diidam-idamkan tercapai. c) Langkah pertama ke arah kejayaan hidup ialah berfikir ke arah positif dan senantiasa berfikiran terbuka. d) Orang yang mahu menjadi manusia yang berjaya mestilah mengamalkan falsafah hidup yang mendorong mereka ke arah kejayaan. Contohilah sifat ubi yang diam berisi, bukan seperti ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.

Rangkap 1

Penyajak ingin mencontohi perjuangan gurunya yang selama ini telah banyak menabur budi.

• Rangkap 2
Penyajak ingin mencontohi juga perjuangan gurunya yang senantiasa mengasihi semua anak didik secara ikhlas di samping mengajar pelbagai ilmu pengetahuan sebagai bekalan hidup.

• Rangkap 3
Penyajak ingin berjuang bersama-sama dengan gurunya untuk mendidik anak bangsa dengan perasaan mesra dan rasa tanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang berjiwa besar.

• Rangkap 4
Penyajak ingin sekali merasai nimat menjadi guru kerana tugas guru adalah paling mulia di sisi masyarakat. Gurulah yang mengasuh anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna agar dapat berkhidmat untuk negara.

• Tema
Sajak Bicara Buat Guru mengungkapkan tema mengenang jasa guru yang telah banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat,

• Persoalan
a) Pekerjaan sebagai guru sangat mulia di sisi masyarakat. Guru ialah manusia yang banyak berbudi dan membuat jasa kepada bangsa dan negara. b) Peranan guru sangat penting di sisi masyarakat. Guru bukan sahaja membekalkan ilmu pengetahuan behkan mendidik anak-anak didiknya agar dapat hidup berdikari untuk meneruskan kehidupan. c) Guru berkhidmat secara ikhlas. Guru tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak didiknya. Kejayaan mereka sudah cukup memberikan kepuasan kepada guru. d) Guru harus dihormati dan disanjungi seumur hidup kerana jasa mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Bebas Terdapat daripada 5 rangkap Rangkap 1 dan 2 mengandungi 4 baris Rangkap 3 dan 4 terdiri daripada 5 baris Rangkap 5 mengandungi 5 baris Mengandungi 3 hingga 6 perkataan dalam satu baris Mengandungi 5 hingga 15 suku kata dalam satu baris Rima akhir : Rangkap 1: aabc Rangkap 2: aabb Rangkap 3: abcbb Rangkap 4: aabca Rangkap 5: aaabbc

Gaya Bahasa Pengulangan Epifora Metafora Hiperbola Ingin sekali aku Berkongsi kerinduanmu

Contoh

Tatkala mereka tidak bersamamu Secangkir kasih Mendukung keagungan Menghampar selautan harapan

Inversi Sinkof

Perlu kaumerdekakan jiwanya Perlu kaumerdekakan jiwanya

Asonansi

Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Bertepuk utuh pasakmu teguh (pengulangan vokal u) Berada di takhta muliamu (pengulangan vokal a)

• Aliterasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Ketika kauketemu mereka di jalanan (pengulangan konsonan k) Bersapa mesra (pengulangan konsonan s)

Romantik Penyajak melahirkan rasa kasih dan rindunya pada guru yang telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa.

• Nilai
a) Mengenang jasa guru kerana guru telah mendampingi dan mendidik kita sejak sekian lama.

b) Menghargai ilmu kerana ilmu memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah negara. c) Bekerja dengan penuh keikhlasan akan memberi kepuasan dan ketenangan dalam diri. d) Semangat patriotik.

• Pengajaran
a) Kita hendaklah bekerja dengan ikhlas dan jujur. b) Kita hendaklah mendidik anak bangsa dengan sempurna. c) Masyarakat hendaklah menghargai pengorbanan guru.

• Rangkap 1
Apabila memilih ketua, seharusnya pilihlah ketua yang dapat menyatupadukan rakyat agar dapat melahirkan masyarakat yang bekerjasama dan berjiwa cemerlang.

• Rangkap 2
Jika seseorang itu telah menyandang jawatan pemimpin, maka jadilah pemimpin yang baik, amanaj, jujur dan bertanggungjawab supaya senantiasa menjadi kebanggaan rakyat.

• Rangkap 3

Pemimpin yang berjiwa rakyat sudah pasti mendapat penghormatan dan layanan mesra daripada rakyat behkan kebaikan akan senantiasa dikenang.

• Rangkap 4
Kekalkanlah sikap kepimpinan kamu (pemimpin) selama ini supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan menjadi barisan penyokong yang setia.

• Rangkap 5
Sesungguhnya pemimpin itu adalah model yang menjadi ikutan rakyat. Oleh itu, pemimpin mestilah senantiasa berwaspada dalam sebarang tindakan. Pemikiran dan tindak-tanduk mereka akan menjadi ikutan. Sikap pemimpin hari ini akan mencorakkan kehidupan rakyat pada masa hadapan.

• Tema
Sajak Pesan Tangan Kepada Jari mengungkapkan tema tentang ciri-ciri kepimpinan. Maju mundur sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada pemimpin. Oleh itu, pilihlah pemimpin yang berkaliber dan berwawasan supaya dapat melahirkan masyarakat yang maju dan aman makmur.

• Persoalan
a) Betapa pentingnya peranan seseorang pemimpin kerana merekalah yang bertanggungjawab menentukan corak kehidupan rakyat pada masa akan datang. b) Pemimpin mesti menjaga tingkah laku dan budi pekerti kerana mereka akan menjadi ikutan atau model kepada masyarakat. c) Pemimpin yang berjiwa rakyat akan mendapat sokongan padu dan kerjasama daripada rakyat.

d) Pemimpin mesti menjalankan tanggungjawab kepercayaan rakyat dan menbangunkan negara.

untuk

memenuhi

Bebas Terdapat daripada 5 rangkap Mengandungi 2 bahagian Bahagian 1 mengandungi 3 rangkap dan 2 rangkap lagi pada bahagian 2 4 rangkap mengandungi 4 baris dan rangkap ke lima mengandungi 6 baris Ada baris yang hanya mengandungi 1 perkataan Rima akhir : Rangkap 1: aabc Rangkap 2: abac Rangkap 3: abac Rangkap 4: aabb Rangkap 5: abacd

Gaya Bahasa Metafora Personafikasi Hiperbola Sinkof Dusun hati Kesuburan budi Peganglah kebaikan Melentur mimpi Tak Ketuamu

Contoh

Asonansi

Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u.

Contohnya: Nescaya tak akan terlepas Barisan diri

(pengulangan vokal a) (pengulangan vokal i)

• Aliterasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Pancuran mesra (pengulangan konsonan r) Perkukuhkanlah letakmu (pengulangan konsonan k)

Patriotik Penyajak amat sayang akan negara. Beliau mahu setiap rakyat melaksanakan tanggungjawab untuk memilih pemimpin dengan hati-hati. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang boleh membawa kesejahteraan kepada negara.

• Nilai
a) Berhati-hati memilih ketua atau pemimpin. b) Bertanggungjawab, jujur dan amanah. c) Bersatu padu menjadi tonggak keamanan dan kemajuan sesebuah masyarakat. d) Berbudi pekerti dalam melaksanakan tugas.

Pengajaran

a) Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan semasa memilih pemimpin.

b) Pemimpin hendaklah melaksanakan amanah.

• Rangkap 1
Penyajak memerhatikan keadaan laut yang terbentang luas dan senantiasa bergelora seolah-olah dapat melatih dirinya menjadi lelaki yang berani menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

• Rangkap 2
Penyajak juga memerhatikan keadaan langit yang terbentang luas seolah-olah melatih ia memjadi berani merantau untuk mencari pengalaman di negara orang. Hal ini sudah tentu dapat menjadikan penyajak lebih matang kerana telah terlepas daripada lingkungan adat.

• Rangkap 3
Penyajak juga memerhatikan gunung yang tinggi-tinggi kerana gunung tersebut akan melatih penyajak menjadi manusia yang tidak kenal erti putus asa. Penyajak akan menjadi lebih berani, kuat dan berkeyakinan tinggi.

• Tema

Sajak Cinta mengungkapkan tema tentang semangat untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dari masa ke masa supaya menjadi manusia yang lebih berani, bijak dan berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran hidup.

• Persoalan
a) Semangat kental untuk menjalani kehidupan. b) Hubungan alam dengan manusia. c) Pentingnya berfikir dengan bijak.

Bebas Mengandungi 3 rangkap Setiap rangkap terdiri daripada 5 baris Bilangan kata 3-5 perkataan dalam satu baris Bilangan suku kata 7-11 dalam satu baris Ada baris yang hanya mengandungi 1 perkataan Rima akhir bebas : Rangkap 1: abcbd Rangkap 2: abbcd Rangkap 3: abbcc

Gaya Bahasa Pengulangan suluruh ayat Simbolik Aku cinta padamu Laut yang bergelora Langit yang luas Hiperbola

Contoh

menggambarkan cabaran

Gunung yang tinggi Kerana aku bisa terbang bebas Menjelajah dunia saujana

Asonansi

Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Wahai gunung yang tinggi (pengulangan vokal i) Yang tidak cepat menyerah kalah (pengulangan vokal a)

• Aliterasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Kerana aku bisa terbang bebas (pengulangan konsonan b) Menjelajah dunia saujana (pengulangan konsonan j)

Romantik Penyajak berasa kagum dengan ciptaan Tuhan. Segala yang dicipta seperti laut, langit dan gunung memberikan sumber untuk penyajak berfikir tentang kehidupan.

• Nilai
a) Kegigihan dan ketabahan untuk mencapai kejayaan. b) Kesyukuran c) Keberanian

• Pengajaran
a) Kita hendaklah menjadikan alam sebagai sumber inspirasi. b) Kita hendaklah berani menghadapi dugaan hidup. c) Kita hendaklah memelihara keindahan alam semulajadi.

• Rangkap 1
Tuhan telah memberi manusia ruang atau tempat untuk hidup. Di samping itu, Tuhan telah memberi manusia udara untuk bernafas. Sungguhpun begitu, kehidupan manusia di muka bumi adalah tertakluk kepada hukum alam. Pada waktu siang manusia berasa sangat panas kerana matahari memancarkan cahayanya manakala pada waktu malam manusia berasa sejuk lebih-labih lagi apabila menjelang tengah malam. Proses ini telah ditetapkan oleh pencipta alam, Tuhan.

• Rangkap 2
Tuhan telah banyak memberikan peluang kepada manusia di muka bumi ini untuk berusaha sungguh-sungguh supaya dapat memperoleh kejayaan mengikut haluan masing-masing. Walau bagaimanapun kejayaan yang telah diperoleh itu sebenarnya belum pasti dapat memberikan kebahagian kepadanya.

• Tema
Sajak Ruang mengungkapkan tema tentang kemanusiaan, iaitu manusia mestilah beruasaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

• Persoalan
a) Keagungan kuasa Tuhan. b) Keterbatasan keupayaan dan ilmu pengetahuan manusia.

c) Kehidupan manusia tertakluk kepada hukum alam.

Bebas 3 rangkap Rangkap 1 mengandungi 5 baris Rangkap 2 mengandungi 8 baris Bilangan kata 3-7 dalam satu baris Bilangan suku kata 8-15 dalam satu baris Rima akhir bebas : Rangkap 1: abcdb Rangkap 2: aabbacbb

Gaya Bahasa Metafora Personafikasi Pengulangan Sinkof Bukit-bukit harapan

Contoh

Hujung malam Mendaki bukit-bukit harapan Udara dingin yang mencengkamku Tuhan memberikan ruang dan udara Kau, tak, ku

Asonansi

Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal, iaitu a, e, i, o, u. Contohnya: Panas usah membakar dada (pengulangan vokal a) Ayam bertelur sekampung tahu (pengulangan vokal u)

• Aliterasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: Sekarang kumpulkan tenaga raksasa (pengulangan konsonan k) Sekarang singkirkan semua bicara (pengulangan konsonan s)

Romantik Penyajak merasa rendah diri dan melahirkan kesyukuran terhadap Tuhan yang telah menganugerahkan alam kepada manusia.

• Nilai
a) b) c) d) Bersyukur. Gigih Menghargai alam Ketabahan

Pengajaran

a) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan yang telah memberi kita kesempatan untuk hidup dan merasai nikmat dunia. b) Kita harus berusaha bersungguh-sungguh kerana Tuhan telah memberikan ruang dan tempat kepada manusia yang mahu akan kejayaan hidup di muka bumi ini. c) Setelah berusaha, manusia hendaklah menyerahkan diri di samping bertawakal kepada Tuhan kerana segala yang berlaku di muka bumi tidak terlepas daripada hukum alam.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->