You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSA 94950 PUSA

UJIAN SEMESTER SATU 2011 MATEMATIK TAHUN EMPAT

KERTAS SATU
MASA: 1 JAM SAHAJA

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

MARKAH

NAMA KELAS

: ___________________________ : ___________________________

KERTAS 1 (40 markah) KERTAS 2 (40 markah) MARKAH KESELURUHAN

BAHAGIAN A: PENDIDIKAN JASMANI (40 MARKAH)

A. Jawab semua soalan berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.

1. Bila badan kita cergas, kita berupaya untuk menyempurnakan tugas harian dengan menggunakanyang minimum tanpa cepat berasa letih dan lesu. A. Makanan B. Minuman C. Tenaga D. Otot

2. Bentuk tubuh badan dibahagikan kepada 3 bahagian berikut KECUALI.. A. Esdomorf B. Ektomorf C. Mesomorf D. Endomorf

3. Apakah yang dikatakan dengan daya tahan vaskular? A. Ketahanan mental semasa berfikir B. Kekuatan fizikal semasa bermain C. Keupayaan jantung berfungsi dalam tempoh yang lama D. Kebolehan melakukakan pergerakan fizikal

4. Untuk menjadi seorang yang cergas, kita perlu selalu ... A. Bersenam B. Menyanyi C. Makan D. Tidur

5. Larian Zig-zag boleh meningkatkan... A. Kelembapan B. Ketangkasan C. Ketegangan D. Kekuatan

6. Apakah aktiviti yang dapat mempertingkatkan daya tahan Kardiovaskular? A. Membaca buku 10 minit. B. Memancing 10 minit. C. Berlari 10 minit. D. Bersolek 10 minit.

7.

i. ii. iii. iv. v.

Kekuatan otot Daya tahan otot Kelenturan Daya tahan kardiovaskular. Komposisi tubuh badan.

Antara yang berikut yang manakah adalah komponen Kecergasan berasaskan Kesihatan? A. B. C. D. i, ii,dan iii ii, iii dan iv ii,iii, iv dan v semua di atas

8. Jika badan kita cergas, kita mampu bertindak dalam keadaan .. A. Bersantai. B. Kecemasan. C. Tidur. D. Harmoni

9. Apabila kita duduk menjangkau, kita tidak dapat menjangkau lebih jauh kerana kita mempunyai tahap kecergasan komponen . yang rendah. A. komposisi tubuh badan B. imbangan C. kelenturan D. masa tindak balas

10. Ahli arkobat mempunyai komponen .. pada tahap yang tinggi untuk membolehkannya berdiri di atas bahu kawan. A. B. C. D. imbangan masa tindak balas kelenturan komposisi tubuh badan

Jawab soalan 11 hingga 15 berdasarkan jawapan yang disediakan di bawah.

A. Daya Tahan Kardiovaskular A. Kelenturan B. Daya Tahan Otot C. Imbangan 11. Peserta marathon mempunyai kecergasan komponen . pada tahap yang tinggi.

12. Kita boleh berjalan di atas seutas dawai seperti ahli sarkas jika kita mempunyai komponen kecergasan . pada tahap yang tinggi.

13. Seekor monyet boleh bergayut dengan lama dan ianya ada kaitan dengan komponen kecergasan ini.

14. Meregang otot-otot kaki secara statik adalah komponen kecergasan

15. Dirian skala depan merupakan aktiviti dalam komponen kecergasan ..........

Gariskan jawapan yang betul di dalam kurungan

16. Sebelum melakukan aktiviti sukan, pastikan kawasan dalam keadaan selamat dan (berlubang / tidak berlubang)

17. Murid hendaklah mendengar dan mematuhi segala arahan tentang langkah- langkah (keselesaan / keselamatan) yang diberi oleh guru.

18. Membantu kesihatan tulang, gigi dan gusi serta mencegah jangkitan penyakit adalah dalam rangkaian (vitamin A / vitamin C)

19. Pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menganggu (fungsi sistem saraf / fungsi sistem pernafasan)

20. Glof, raket tenis dan jaring bola jaring adalah perlatan yang digunakan untuk permainan yang dimainkan di dalam (padang / gelanggang)

21. Menyimpan alatan sukan secara (saintifik / sistematik) boleh mengelakkan

kemalangan dan alatan tidak mudah rosak. 22. Ciri semangat kesukanan yang baik ialah (membantah keputusan pertandingan / menerima keputusan pertandingan walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan)

23. Semasa bertanding, kita perlu bersabar dan mengawal perasaan supaya tidak wujud suasana (kendur / tegang) dengan pasukan lawan.

Suaikan pernyataan di bawah dengan komponen kecergasan yang berkaitan.

24. Nani memenangi acara lari pecut dalam sukan yang lalu.

Koordinasi

25. Raju tidak mampu mengangkat


beg sekolahnya kerana berat.

Imbangan

26. Budak itu sering tidak dapat


memukul. 27. Kita boleh berjalan di atas seutas dawai seperti ahli sarkas.

Ketangkasan

Daya Tahan Otot

28. Saya boleh bergayut lebih lama pada palang besi itu.

Kekuatan Otot

29. Jika kita ingin menjadi ahli sukan yang sihat, kita perlu tingkatkan kecergasan berasaskan ..... Kesihatan

(12 markah) 30. Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah kegemukan? A. Bersenam dan tidur B. Bersenam dan banyak makan C. Bersenam dan makan makanan yang seimbang D. Bersenam dan kurangkan makan

31. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN cirri semangat kesukanan? A. Bekerjasama B. Adil C. Jujur D. Sikap

32. Berikut ialah kemahiran di dalam permainan sofbol KECUALI.. A. Menangkap B. Membaling C. Menampan D. Meleret

33. Kawasan permainan sofbol adalah berbentuk. A. Segitiga B. Hexagon C. Diamond D. Piramid

34. Berikut adalah alatan yang digunakan semasa permainan sofbol kecuali. A. Bet B. Plat C. Topi D. Glof

BAHAGIAN A: PENDIDIKAN KESIHATAN (40 MARKAH) 1. Kemungkinan . akan tumbuh pada muka seseorang apabila mengalami akil baligh. A. Kutil B. Panau C. Kurap D. Jerawat

2. Remaja perempuan akan mengalami .. sebagai tanda mengalami proses akil baligh. A. Demam panas B. Haid C. Karies D. Ihtilam

3. Dibawah merupakan perubahan seorang perempuan semasa akil baligh KECUALI.. A. Pertumbuhan payudara B. Punggung besar C. suara semakin garau D. Kedatangan haid

4. Organ apakah yang mengepam darah ke seluruh tubuh badan manusia? A. Paru-paru B. Salur darah C. Limpa D. Jantung

5. Antara berikut yang manakah merupakan salah laku murid di sekolah? i. ii. iii. Berbahasa lucah dan kesat Melawan pengawas Menghormati guru C. i dan iii sahaja D. i, ii dan iii sahaja

A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja

6. Berikut merupakan norma kehidupan yang baik untuk mengatasi salah laku KECUALI.. A. Menyertai kumpulan samseng B. Mendalami bidang keagamaan C. Menyertai unit beruniform D. Memupuk semangat kekeluargaan

7. Kenyataan berikut merupakan salah laku murid di sekolah KECUALI. A. Ponteng sekolah B. Mencalar kereta guru C. Menyiapkan kerjarumah D. Mencuri barang di stor sukan

8. Apakah komponen kecergasan yang penting dalam tubuh badan kita? A. Daya tahan kardiovaskular B. Kesopanan C. Kesantunan D. Kebersihan

9. Nyatakan jenis penyakit kulit yang mungkin akan terjadi sekiranya kita mengabaikan kebersihan diri. A. Panau B. HIV C. Demam D. Selsema

10.Kenyataan di bawah merupakan cara untuk menjaga kebersihan tubuh badan KECUALI. A. Mencuci tangan B. Membasuh basikal C. Menggosok gigi D. Berpakaian bersih

11. Pilih pernyataan yang salah. A. Makanan diperlukan untuk memberi tenaga. B. Makanan diperlukan untuk membekal haba. C. Makanan diperlukan untuk kenyang dan tidur lena. D. Makanan diperlukan untuk melindungi badan daripada serangan penyakit.

12. Nutrien ialah .. A. perisa makanan. B. zat makanan. C. peralatan memasak. D. bahan pengawet. 13. Mengapa makanan yang telah dimasak perlu ditutup dengan penutup ? A. Supaya tidak dihinggapi lalat dan dimasuki habuk.

B. Supaya tidak dimasuki pencuri. C. Supaya tidak tidak mudah basi. D. Supaya makanan sentiasa segar dan menyelerakan.

14. Makanan yang dikunyah sehingga hancur dapat .. dengan baik. A. dikumuh B. dicerna C. ditelan D. diproses

15. Amalan gaya hidup sihat boleh membantu kita menjauhi. A. kawan B. lawan C. Penyakit D. makanan

16. Makanan tercemar boleh menyebabkan . makanan. A. kekotoran B. keracunan C. rosak D. zat

17. Apakah jenis khasiat yang perlu kita makan dengan kadar yang banyak? A. Lemak B. Protein C. Vitamin D. Karbohidrat

18. Kita akan menjadi sihat sekiranya kita mengamalkan makan --------------A. makanan pelbagai B. makanan yang telah ditimbang C. makanan seimbang D. makanan yang disediakan ibu

19. Tubuh badan memerlukan ------------ untuk membesar dan bertenaga

A. nutrien B. tongkat ali C. peralatan senaman D. pakaian baru

20. Merokok boleh membahayakan A. keselamatan B. lalu lintas C. tanaman D. Kesihatan

MENGENAL TUBUH BADAN

Baca petikan di bawah ini dan senaraikan perubahan fizikal yang berlaku terhadap remaja lelaki dan perempuan. Perubahan fizikal remaja amat ketara antara umur 12 hingga 16 tahun. Pada masa ini sifat-sifat jantina sekunder akan mula terbentuk pada diri kita. Bagi remaja lelaki, kelenjar seksnya akan mengeluarkan hormon androgen. Hormon ini akan menggalakkan pertumbuhan bulu-bulu badan dan suara menjadi garau. Selain itu, halkum juga jelas kelihatan. Hormon tiroksina pula membentuk otot-otot pada tubuh mereka. Perubahan dari ketinggian dan berat badan turut berlaku. Remaja juga akan mengalami pertumbuhan jerawat. Kelenjar seks remaja perempuan akan mengeluarkan hormon estrogen. Hormon ini akan merangsang pertumbuhan payu dara dan sel lemak. Ia akan menyebabkan punggung menjadi lebar. Rembesan hormon progesteron pula akan mengakibatkan berlakunya haid. Remaja perempuan turut mengalami perubahan ketinggian dan berat badan serta ditumbuhi jerawat.

Senaraikan 5 perubahan yang dialami oleh remaja lelaki dan perempuan. 1. Remaja Perempuan (10 markah)

2. Remaja Lelaki

(10 markah)

---KERTAS SOALAN TAMAT---

You might also like