You are on page 1of 17

Kepentingan Perpaduan 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini. Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Kepentingan Perpaduan Kaum Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh

yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.Namum,persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia.Tambah pula,aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia.Oleh sebab itu,setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam hal ini,perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia.Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).Oleh itu,perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicta,ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia. Seperkara lagi,perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia .Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu,Cina dan India yang mempunyai pelbagai adapt resam,agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu.Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman,Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta.Kini,sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi.Melalui perpaduan dan keharmonian,Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.Tambahan pula,ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara, Dalam nada yang sama,perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia.Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2,Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970,beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Impak positif daripada formulasi ini,wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan.Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar.Intihanya,usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum. Akhirulkalam,tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama.Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpinpemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa,maupun budaya.Oleh itu marilah sama-sama kita

menghayati cogan kata bersatu teguh,bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

KEPENTINGAN PERPADUAN DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN (TEMA PERPADUAN) Pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar oleh kerajaan adalah bertujuan untuk menekankan peri pentingnya melahirkan masyarakat yang adil dan bersatu padu. Bincangkan kepentingan perpaduan rakyat kepada negara dan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk perpaduan rakyat yang lebih erat. Pendahuluan Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia. Kepentingan Perpaduan Rakyat Kepada Negara 1. Menjadikan Negara Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020 * Perpaduaan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah Negara yang utuh * Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia * Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa Negara kita ke tahap kemajuan yang optimum * Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia 2. Mengekalkan Keharmonian Dan Kedamaian * Malaysia yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. * Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. * Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia * Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian Negara. * Kaum yang berlainan menyambut perayaan seperti tahun Baru Cina dan Depavali bersama melalui amalan rumah terbuka. Langkah-Langkah 3. Peranan Kerajaan * Bersikap adill and saksama. * Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga dan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang

erat sesama masyarakat berbilang kaum. * Kewujudan unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum. * Melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya.

4.Peranan Masyarakat Sikap saling memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif.

* Kebebasan bersuara dan penerbitan perlu dikawal. * Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau kebangsaan. * Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau pemikiran. * Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan penduduk. Kesimpulan Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia umpama bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara aman, damai dan sejahtera

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.

Terda Pengenalan Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara. SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.

Definisi Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu. Wawasan 2020 Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benarbenar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.

Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaanZ PengakuanZ matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama PermulaanZ kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia Mewujudkan sistemZ peperiksaan yang sama bagi semua Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulisZ dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh danZ unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum alaZ Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik danZ vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahunZ Z Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995 Sistem pendidikanZ kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara Falsafah Pendidikan Negara dijadikanZ Tempoh pendidikan rendah adalahZlandasan kepada dasar pendidikan kebangsaan antara 5-7 tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistemZ Pendidikan kebangsaan Pendidikan teknikZ & politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikanZ swasta

Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan: Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budakbudak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan 12, 1956) .Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan Pembangunan Negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepe rcayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.eg menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang sewajarnya. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. TERAS STRATEGIK PIPP Membina NegaraZ Bangsa Membangunkan Modal InsanZ Memperkasakan Sekolah KebangsaanZ Z Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion KeguruanZ

Z Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Membina Negara Bangsa Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui: Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalanganZ murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang Untuk memupukZ semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

Untuk melahirkanZ generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu Untuk menggalakkan interaksiZ yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah Untuk menjayakan danZ merealisasikan Wawasan RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010 Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional (2006-2010) ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara. Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan. Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia. Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.

Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah. Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsipprinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Sekolah Penyayang Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar. Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk

melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu. Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan. Penyertaan Dalam Kokurikulum Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan -persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Lawatan Sambil Belajar Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumahrumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanakkanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara

diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Acara kebudayaan dan kesenianPelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan. Perkhemahan Bina Insan Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil. Sistem Rumah Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat kepada pelajar mengikuti proses persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah yang mempunyai semangat bersatu padu.

Kesimpulan Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk

kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan

,"bulat air kerana pemb -Selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi, selagi kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar bahawa kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama kesejahteraan negara. Oleh itu, pelbagai langkah dikenalpastikan untuk merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negara harmoni yang kita lama harapkan. -Pertama sekali, dasar-dasar kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam mendorong perpaduan antara kaum. Sebagai contohnya, Perdana Menteri yang kini 'Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak' menperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti yang dinyatakan 'rakyat didahulukan'. Ertinya kerajaan Malaysia amat mementingkan integrasi antara kaum. Walaupun kemajuan sains dan teknologi penting sekali dalam membangunkan negara, perpaduan kaum juga tidak boleh diabaikan. -Tambahan pula, dengan mengadakan kempen, aktiviti dan program -program yang berkaitan dengan perpaduan kaum dapat merapatkan jurang perkauman. Pihak berkenaan bolehlah mengadakan pelbagai aktiviti seperti 'Larian 1 Malaysia' yang baru-baru ini berjaya memainkan peranan dalam memupuk kepentingan antara kaum. Selain itu, kempen kesedaran boleh diadakan dalam kalangan remaja. Ini disebabkan semangat ini perlu diperihara sejak kecil sekali. -Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjaminkan perpaduan kaum. Negara kita yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran

kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada perpaduan. Kita boleh mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal sendiri dalam menjayakan perkara ini. -Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Ibu bapa perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan perpaduan antara kaum. Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama diri sendiri. Pemikiran positif tentang perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil kerana fikiran anak dan remaja yang masih mental. Ibu bapa juga merupakan panutan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat perpaduan dihadapan anak-anak mereke supaya boleh dicontohi. -Kesimpulannya, semangat perpaduan antara kaum kepada sesebuah negara merupakan unsur pertama kerjayaan dan kesejahteraan negara. Kita perlulah menjamin dan meningkatkan semangat perpaduan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk negara membolehkan kita menrealisasikan Wawasan 2020.
y

Re: Esei 1: Laras Sastera Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu dapat memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin pertumbuhan sosial-ekonomi, DAN membekal sumber tenaga yang berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020. Namun, masyarakat kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu sentimen perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita. Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaunglaungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di masyrakat negara kita. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di masyarakat kita dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Contohnya, pihak kerajaan telah menyeragam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020 dan lain-lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan belia yang berlainan kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah pembangunan negara. Selain itu, pihak kerajaan jugapun telah memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman. Antaranya ialan Dasar Ekonomi Baru ,Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Nasional yang memainkan peranan penting dalam menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan aktiviti ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan bumiputera dalam aktiviti komersial, mencampur-adukan orang dari pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubun antara gan satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa yang manakah ini dapat mengkagumkan negara lain di tahap antarabangsa.

Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakan saluran yang dapat mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial ma syarakat. Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"! Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan melalui Barisan Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan "1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan cabaran yang utama bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruan kerajaan untuk menjana pembangunan negara. Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita. Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarkat majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah pembangunan dan pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-sama.

Perpaduan merupakan kunci kejayaan negara kita. Tanpa keamanan dan keharmonian, Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang dinikmati pada hari ini. Kerajaan telah sedar akan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Perpaduan dapat mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu dan stabil. Masyarakat yang stabil dapat membangunkan negara dari segi ekonomi dan sosial. Dengan kewujudan persefahaman antara kaum, rakyat dapat bersama-sama membangunkan negara tanpa mengira kaum, ras dan agama. Pencapaian Wawasan 2020 juga menjadi lebih mudah. Hal ini juga dapat menarik pelaburan asing. Oleh itu, ekonomi negara dapat diperkembang dan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Selain itu, perpaduan membentuk masyarakat yang menjalin ikatan kukuh dari segi kekeluargaan dan keagamaan. Hal ini dapat melahirkan rakyat yang mementingkan prinsip bertoleransi, hormat-menghormati dan sabar. Dengan adanya rakyat yang berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip ini, perselisihan faham dapat dikurangkan. Pergaduhan dan perpecahan kaum juga dapat dielakkan. Rusuhan kaum juga tidak akan berlaku. Justeru, masyarakat dapat disatukan di bawah satu bumbung yang kukuh. Langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan ialah kerajaan mewujudkan konsep sekolah wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India. Langkah ini lebih berkesan jika dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak

dapat bergaul dengan rakan-rakan berbilang kaum sejak kecil lagi. Kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Wahana ini dapat menjamin perpaduan rakyat. Di samping itu, kerajaan juga melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 dengan hasrat menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar kerajaan dapat melahirkan masyarakat yang lebih adil dari segi sosioekonomi. Hal ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta menyemarakkan kemakmuran dari segi politik dan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Wawasan 2020 yang diperkenalkan juga dapat mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Melalui wadah ini, perpaduan rakyat dapat diwujudkan. Kesimpulannya, perpaduan merupakan komponen utama dalam pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi negara. Langkah-langkah proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara kaum supaya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang teguh, bersatu padu dan berdaya saing. k mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Dengan perpaduan se mua bangsa, negara kita barulah akan maju dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan sentiasa memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita. ----- Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembentukan keadaan politik yang stabil. Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan ini, kerajaan barulah dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan negara. Sebaliknya, sesebuah negara akan berada dalam keadaan kacau-bilau maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu. Tambahan pula. negara itu akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti akan hidup dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman kependudukan Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan yang adil dan saksama. ----- Selain itu, perpaduan juga akan menggalkkan perlaburan asing dalam negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan asing akan memajukan perindustrian sesebuah negara. Pelaburan asign yang amat berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan jentera yang canggih ke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari negara Jepun, Amerika Syarikat dan Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan membawa teknologi dari negaranya. Secara tidak langsung, Malaysia dapat menikmati dua faedah pada masa yang sama iaitu kemasukan teknologi dan kemajuan perindustrian. ----- Salah satu langkah telah diambil oleh kerajaan untuk merapatkan jurang perkauman adalah melalui perlaksanaan pelbagai dasar-dasar. Contohnya, dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional. Dasar-dasar ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta menyemarakkan semangat patriotisme antara kaum. Seterusnya, memajukan negara dari segi politik dan sosial. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini telah merapatkan jarak hubungan antara kaum dan membina persefahaman kaum dan bangsa. Dengan ini, negara kita barulah akan maju, dan penduduk akan hidup dengan penuh harmoni. ----- Di samping itu, kempen, aktiviti dan program-program perpaduan juga harus

diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum harus diperbanyakkan. Dengan ini, sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara masyarakat berbilang kaum dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. ----- Secara tuntasnya, sokongan padu dan kerjasama sayugianya menyeluruh semua pihak supaya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum dapat dikurangkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia. "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'

You might also like