You are on page 1of 1

Gejala sosial dalam kalangan remaja :

Pada zaman moden ini, gejala sosial merupakan sesuatu gejala yang amat
diminati dalam kalangan remaja. Remaja yang terlibat dalam gejala sosial
sering menimbulkan masalah kepada masyarakat. Antara gejala sosial ialah
seperti merosakkan harta awam, menconteng dan sebagainya. Perbuatan
tersebut amat merugikan sesiapa sahaja terutamanya kerajaan.
Untuk mengelakkan berlakunya gejala sosial, terdapat pelbagai tindakan
untuk mengatasinya. Antaranya ialah nilai kasih sayang haruslah diamalkan
sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur telur biarlah dari rebungnya.
Mereka akan mempunyai kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas, lama-kelamaan mereka akan
menghindari daripada gejala sosial. Lantaran itu, mereka juga akan sentiasa
mengingati dan mengamalkan nilai tersebut kerana mereka mengamalkannya
sejak kecil lagi.
Selain itu, para remaja yang terlibat dalam gejala sosial juga patut
mengamalkan nilai harga diri. Hal ini demikian kerana kegiatan gejala sosial
ini akan menjatuhkan nama dan maruah diri serta keluarga. Mereka seharusnya
patut mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan
menjaga maruah diri dalam kehidupan. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam
kegiatan gejala sosial ini adalah kerana untuk melepaskan perasaan tidak pusa
hati. Hal ini banyak berlaku kerana mereka berpendapat mereka tidak perlu
menanggung perbuatan meraka yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, mereka juga harus mengamalkan nilai
bertanggungjawab. Para pelajar perlu mempunyai kesanggupan diri untuk
memikul dan melaksanakan tugas tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Dengan mengamalkan nilai bertanggungjawab, mereka akan sedar akan
perbuatan tersebut sama ada betul dilakukan atau tidak. Secara tidak langsung,
mereka akan menjauhi kegiatan gejala sosial dan tahu akan akibatnya.
Kesimpulannya, saya sedar bahawa kegiatan gejala sosial mempunyai
banyak keburukan dan saya berazam tidak akan sesekali terlibat dalam kegiatan
gejala sosial. Lantaran itu, semua pihak yang berkenaan haruslah berganding
bahu mengatasi masalah tersebut. Bak kata pepatah, pemudi tiang negara,
pemuda harapan bangsa. Remaja kini harus insaf supaya dapat menjadi
seseorang yang berbakat dan berguna terhadap negara pada masa yang akan
datang.

You might also like