You are on page 1of 33

Pencawang elektrik secara asas mengandungi satu atau beberapa litar pendatang (in-coming) dan keluar (out-going) yang

dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi dan bertemu disatu atau lebih sistem basbar yang sama. Secara amnya, pencawang elektrik adalah point dalam sistem pembahagian dimana:

i.

Beberapa perkakasan atau radas elektrik dipasang dan digunakan untuk mengarah pengaliran tenaga elektrik dalam sistem kuasa.

ii.

Memastikan keselamatan pada sistem tersebut dengan menyediakan satu skim perlindungan automatik.

iii.

Satu atau beberapa litar pendatang dan keluar bertemu pada satu atau lebih sistem basbar dan dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi yang kemudiannya dikendalikan untuk penyuisan.

iv. v.

Nilai voltan diubah dan dikawal. Beban diagih, dikawal dan dilindungi.

4.2 Jenis-Jenis Pencawang 1. Pencawang Berbangunan (PB). 2. Pencawang Atas Tiang (PAT). 3. Pencawang Luar Berpagar (PL). 4. Pencawang Padat (PP).

Tumpuan akan diberikan kepada tiga jenis pencawang yang selalu didapati sahaja, iaitu Pencawang Berbangunan, Pencawang Atas Tiang dan Pencawang Luar Berpagar. Ini kerana Pencawang Padat jarang didapati dan kurang digunakan.

4.3 Fungsi-Fungsi Pencawang

Fungsi pencawang ialah untuk :


y

Membentuk satu nodal point dimana kuasa boleh diubah atau dan diagih daripadanya ke pencawang lain atau pengguna.

Membolehkan penyuisan masuk atau keluar ke bahagian-bahagian lain dalam satu sistem.

Membolehkan bahagian yang rosak dalam satu-satu sistem diasingkan dengan cara penyuisan dan pembekalan elektrik dapat diteruskan melalui litar yang lain.

4.4 Sistem Bekalan

Di dalam sistem bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia, kita mempunyai tiga jenis voltan iaitu:
y y y

voltan penjanaan voltan penghantaran voltan pembahagian

4.4.1 Sistem Bekalan Elektrik

Voltan Pembahagian 415V 11V

Voltan Penghantaran 275kV 132kV 66kV

Voltan Penjanaan 11kV 33kV 6.6kV 0.4kV

Jadual 4.4.1

4.4.2 Keperluan Pencawang Elektrik

Nilai voltan yang terjana akan dinaikkan untuk penghantaran dan direndahkan untuk pembahagian. Proses pengendalian meninggi atau merendah nilai voltan memerlukan pencawang.

1. Diantara faedah-faedah voltan tinggi untuk penghantaran ialah:  Nilai susutan voltan rendah.  Kos perbelanjaan pengalir kurang.

2. Diantara faedah-faedah voltan rendah untuk pembahagian:  Kos perbelanjaan perkakas suis rendah.  Senang dibekal kepada pengguna-pengguna sebab alat-alat yang digunakan oleh pengguna memerlukan voltan rendah.

4.5 Definisi Pencawang

Pencawang elektrik ialah pengumpulan komponen-komponen perkakas suis yang digunakan untuk mengarahkan pengaliran tenaga elektrik di dalam sistem kuasa, dan memastikan keselamatan sistem dengan menyediakan satu-satu badan dimana alat-alat perlindungan automatik dan pelencongan pengaliran tenaga. Pencawang Elektrik mungkin juga berkaitan dengan Stesen Janakuasa secara terus mengawal pengaliran kuasa ke dalam suatu sistem, atau mengubah nilai voltan bekalan samada merendah atau meninggikan dengan adanya pengubah kuasa atau mungkin juga menyambungkan beberapa cawangan bekalan yang mempunyai sama nilai voltannya. Secara asas Pencawang Elektrik mengandungi beberapa litar pendatang (in-coming circuit) dikawal oleh perkakasuis-perkakasuis bertemu di satu sistem busbar yang sama, yang kemudiannya dikendalikan untuk penyuisan atau ditinggikan/rendahkan nilai bekalan voltan untuk penghantaran atau pembahagian.

4.5.1 Pembinaan Pencawang Berbangunan 11kv

Sebelum pekerjaan dijalankan kita mestilah dapat merancang pekerjaan tersebut. Dengan itu tidaklah berlaku kelambatan perlaksanaan projek dan pembaziran yang tidak menentu ( seperti menyediakan alat-alat yang tidal perlu atau berlebihan dan sebagainya). Di bawah ini disertakan panduan-panduan bagi melaksanakan pencawang berbangunan 11kV. 1. Melukis Pelan Pencawang 2. Pelan bangunan mestilah dilukis dan didluluskan oleh jabatan yang berkenaan. 3. Senarai Barang-Barang 4. Senarai Barang-barang untuk pembinaan penncawang berbangunan mestilah disediakan. 5. Membuat Persediaan Tempat Pencawang Berbangunan 6. Pastikan kedudukan pengubah, perkakasuis, tapak papan agihan dan peparitpeparit untuk kabel voltan tinggi dan rendah. 7. Pepasangan Pengubah 8. Kedudukan pengubah mesti ditentukan dipasang ditengah-tengah tapak pengubah. 9. Pepasangan perkakasuis 10. Pastikan jenis perkakasuis yang dipasang dan sediakan tapak seperti ukuran perkakasuis tersebut. 11. Pepasangan Papan Pembahagian Voltan Rendah Dan Kabel 12. Tentukan saiz papan pembahagian voltan rendah dan lokasi kedudukannya. 13. Pembumian Perkakasuis Dan Pengubah

Semua perkakasuis mestilah dibumikan. Pembumian dilakukan kepada semua badan pengubah, perkakasuis dan kabel, kemudian disambungkan kepada punca pembumian utama yang direntang dibahagian bangunan tersebut dan seterusnya ke sistem pembumian pencawang. Gambarajah pencawang berbangunan (Indoor) :

Gambarajah 4.5.1 : Pandangan hadapan Pencawang Berbangunan.

4.5.2 Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11kv

Sebelum kerja-kerja dijalankan kita mestilah merancangkan kerja tersebut. Dengan ini tidaklah berlakunya kelewatan perlaksanaan perojek dan pembaziran yang tidak menentu (seperti menyediakan alat-alat yang tidak perlu dan sebagainya). Dibawah ini disertakan panduan-panduan bagi melaksanakan Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11kv :

1. Melukis Pelan Pencawang Atas Tiang 11kV.


y

Lukisan pelan hendaklah dibuat mengikut spesifikasi. Dengan berpandukan pelan yang disediakan para pelatih akan dapat membuat pelan pancawang dengan menyertakan segala alatan ukuran dan tempat kedudukan alat.

2. Membuat Senarai Barang-Barang.


y

Dengan berpandukan gambarajah pencawang kita dikehendaki memberikan senarai barang-barang bagi pembinaan pencawang tersebut.

3. Persiapan Barang Bagi Pembinaan Pencawang :


y

Persediaan 2 tiang besi yang berukuran 11.4sm x 14sm x 1066.8sm (4 x 5 x 6 5/8 x 35).

Pastikan kedua-dua tiang mempunyai lubang untuk menyokong pengubah kemudian pastikan ia telah dicat dengan anti-rusk dan disalut pula dengan cat aluminium. Jika perlu tiang-tiang tersebut hendaklah dicat semula.

Persediaan palang besi untuk penebat pin, peti kabel, penangkap kilat, fius jatuh, penebat pin shakel, pengubah dan pengalas pengubah dengan menggunakan besi alur 10.2 x 5.1sm x 0.635sm (4 x 2 x ).

Sedia maklum, setelah alat-alat tersebut telah pun disediakan, kita di kehendaki menyemak kembali barang-barang tersebut. Jika perlu kita dikehendaki membuat tambahan. Periksa lubang serta ukuran-ukuran berpandukan gambarajah pencawang atas tiang 11kV. Palang-palang tersebut hendaklah dicat kembali jika perlu.

4. Persediaan pengapit kabel berukuran 5.1sm x 0.635sm (2 x ).


y

Kabel dialurkan selari dengan paras tiang, kita dikehendaki menyemak jumlah pengapit kabel yang diperlukan. Ianya perlu dicat kembali jika keadaannya tidak memuaskan. Palang untuk fius tiang diperbuat daripada kayu cengal berukuran 7.6sm x 7.6sm (3 x 3). Semak kembali palang tersebut. Jika perlu kita dikehendaki membuat yang baru.

5. Persediaan paip pembinaan.


y

Pembumian bolehlah dijalankan seperti gambarajah dibawah. Jarak diantara batang paip mestilah 2 kali ganda panjang batang paip tersebut. Jenis paip bumi ialah :

  

Batang tembaga 15.24sm x 1.6sm Dia. (6 x 5/8) G. I. Paip 30.5sm x 6.35sm Dia. (10 x 21/2 dia). Adalah baik pembumian dibuat secara gelung dan penyambungan jejari (spur) jikalau nilai rintangan tidak mencukupi 3 ohm. Pembumian penangkap kilat mestilah diasingkan dan ditanam berhampiran dengan tiang. Ini adalah untuk mengelakkan dari gelangan yang berlebihan.

6. Penyimpai penebat pin 11kV.


y

Bagi penyimpai pin 11kV peraturan membuatnya mestilah megikut panduan. Saiz dawai ialah S. W. G. 16 Tembaga.

7. Kedudukan tiang dan penentuan tapak.


y

Kita dikehendaki membuat penentuan tapak pada pencawang atas tiang iaitu dengan memancang kayu, serta memutuskan arah alur lubang bagi menaikkan tiang. Lebat tapak mestilah tepat, iaitu 183sm x 122sm persegi. (6 x 4 persegi).

Gambarajah 4.5.2.1 : Pencawang Atas Tiang.

Gambarajah 4.5.2.2 : Pengubah PAT.

4.5.3 Pembinaan Pencawang Luar Berpagar 11kv.

Sebelum pekerjaan dijalankan kita mestilah dapat merancang perkerjaan tersebut. Dengan itu tidaklah berlaku kelambatan perlaksanaan projek dan pembaziran. Dibawah ini disertakan panduan-panduan bagi perlaksanaan Pencawang Luar 11kV.

1. Pelan Pencawang.
y

Pembinaan pencawang luar hendaklah mengikut pelan yang diluluskan.

2. Kedudukan pengubah.
y

Pengubah diletakkan diatas pelapik simen konkrit berukuran 152.4sm x 91.5sm x 61sm (5 x 3 x 2) untuk pengubah 300kVA. Pelapik simen konkrit ini diletakkan 152.4sm (5) dari garis pusat pelapik simen ke pagar. Cara campuran konkrit ialah ( 1-pasir, 2-simen, 4-batu).

3. Kedudukan perkakas suis.


y

Untuk memudahkan kendalian perkakas suis tersebut, ianya diletakkan di penjuru pagar bertentangan dengan pintu.

Ruang lapang berukuran 81.3sm (2 8) mesti diberi diantara perkakasuis dan pagar supaya kerja penyeranggaraan senang dibuat.

4. kedudukan peti pembekal.


y

peti pembekal biasanya terletak di sudut pagar, pintu peti pembekal biasanya terletak selaras dengan pagar supaya fius boleh ditukar tanpa masuk ke dalam pencawang.

5. Kedudukan pagar.
y

jika keluasan tanah yang diperolehi berukuran 762sm x 609.6sm (25 x 20), pagar yang dibina mestilah berukuran 609.6sm x 457.2sm (20 x 15). Jika tanah yang diperolehi 762sm x 762sm(25 x 25) pagar pencawang mestilah berukuran 609.6sm x 609.6sm (20 x 25). Untuk merentang kabel voltan tinggi (H.T.) dan voltan rendah (LV) biasanya ia selari berhampiran dengan pagar, diantara tujuannya adalah: 

Untuk mengelakkan kerosakan pada kabel bila kenderaan berat masuk ke pencawang.

Senang bagi kerja-kerja sambungan dimana masa akan datang kerana kabel tersebut masih cukup untuk menbuat penyambungan.

6. Lima pelit DANGER dilekatkan pada bahagian pagar, 1 dipintu pagar, 4 ditengah tiap-tiap dinding pagar tersebut. 7. Pelit Dilarang Masuk dilekatkan pada bahagian pintu pagar. 8. Nama Pencawang.
y

Ditulis pada bahagian luar peti pintu pembekal untuk senang mengenali pencawang tersebut.

9. Dawai kawat.
y

Dipasangkan di bahagian atas pagar untuk mengelakkan orang daripada memanjat pencawang.

10. Membuat Persediaan Tempat Pencawang Luar. 11. Membuat pintu pagar pencawang.
y

Kawasan bagi pembinaan pencawang mestilah dipancang mengikut pelan yang disediakan, disini perkara yang dititik beratkan ialah pintu masuk.

12. Membuat susunan tapak pengubah, peti pembekal dan perkakasuis. Kedudukan alat-alat tersebut adalah mengikut pelan. 13. Pembumian Tiang Pagar.
y

Sambungan tiang diantara tiang pagar dengan dawai bumi utama keempat penjuru tiang pagar.

14. Cara-Cara Mengangkut Dan Memindah Pengubah.


y

Keselamatan pada masa pengangkutan pengubah mestilah dititik beratkan.

15. Pepasangan Perkakasuis.


y

Pepasangan perkakasuis mestilah dikendalikan dengan susunan yang dikehendaki.

y y

Papasangan basbar mesti mengikut piawaian. Segala ikatan bolt dan nat mestilah ketat dan tekanan ikatannya mestilah sama. Ini untuk mengelakkan dari kebocoran minyak pada perkakasuis.

16. Membuat Pengadang Voltan Rendah dan Penyokong Kabel Kepada Pengubah. Dengan berpandukan saiz pengubah yang dikehendaki sediakan pengadang voltan rendah pengubah, serta penyokong kabel.

Gambarajah 4.5.3 : Pencawang Luar Berpagar.

4.6 Pengubah Kuasa. Pengubah kuasa ialah sebuah alat statik arus ulangalik yang digunakan untuk mengalih kuasa elektrik dari satu litar ke litar yang lain dengan mengubah voltan dan arus tetapi tanpa mengubah frekuensinya.

Prinsip kerja pengubah ialah, kuasa boleh dipindahkan secara efektif melalui induksi magnetik magnetic induction dari satu gegelang lilitan kepada yang lain dengan daya magnetik yang dihasilkan oleh arus ulang alik. Apabila arus ulangalik ini dihidupkan ke lilitan utama primary, arus yang mengalir ini membuat teras besi ron core menjadi magnetik. Arus ini mulanya mengalir pada satu arah dan kemudian sebaliknya arus ulangalik.

Medan magnetik yang dihasilkan mengelilingi seluruh litar magnetik teras besi dan menghasilkan induce voltan ke litar utama primary dan pendua secondary kerana kedua-dua litar ini disambungkan dengan medan magnetik yang sama.

Voltan yang dihasilkan di satu lilitan per turn di litar utama primary dan lilitan pendua secondary adalah sama dan di arah yang sama. Voltan yang dihasilkan di lilitan pendua adalah bergantung kepada voltan yang dimasukkan pada lilitan utama dan bilangan lilitan pendua. Oleh kerana voltan di lilitan utama dan lilitan pendua berubah, arus di lilitan pendua juga turut berubah.

Kuasa VA = Voltan x Arus

Gambarajah 4.6 : Binaan Pengubah.

4.6.1 Nisbah Pengubah. Di sebuah pengubah yang sempurna ideal, nisbah pengubahan di antara voltan, arus dan bilangan lilitan adalah seperti berikut :

Vp = Vs
y

Np Ns

Di mana: Vp = ialah voltan di lilitan utama Vs = ialah voltan dililitan pendua Np = ialah bilangan lilitan di lilitan pertama Ns = ialah bilangan lilitan di lilitan pendua Dan

KVA masuk = KVA keluar Vp x Ip = Vs x Is Vp = Is Vs Ip

Di mana: Is = ialah arus di lilitan pendua Ip = ialah arus di lililtan utama

 Kesimpulan di antara Voltan, Arus dan Bilangan Lilitan ialah :

Vp Vs

Is Ip

Np Ns

4.6.2 Keupayaan Pengubah.

Keupayaan pengubah ditafsirkan di dalam KVA atau MVA, contohnya 100 KVA, 200 KVA, 1 MVA, 30 MVA. Adalah mustahak untuk mengetahui keupayaan pengubah kerana ini dapat menentukan:  Arus maksima di bahagian utama primary dan pendua secondary.  Kadar fius yang akan digunakan dibahagian utama dan pendua.

Arus Maksima

KVA x 1000
3 x V

4.6.3 Diskriminasi Fius Voltan Tinggi.

Fius yang dipasang di bahagian voltan tinggi mesti dapat menahan arus masuk magnetik magnetising in-rush current di pengubah yang dikira 12 kali arus maksima dalam jangka masa 0.1 saat.

y y

Dapat menahan arus lampau sebanyak 150% Perlindungan kepada kerosakan di sesumbu pendua unit masuk atau basbar.

4.6.4 Rekabentuk Pengubah Pembahagian.

Pengubah kuasa ialah satu perkakas elektrik yang boleh mengubah voltan dan voltan yang tinggi ke voltan yang rendah atau dari voltan yang rendah ke voltan yang tinggi. Pengubah yang digunakan untuk sistem pembahagian biasanya ialah yang mengubahkan voltan dari voltan tinggi ke voltan rendah, untuk dialirkan kepada pengguna.

Voltan yang dikeluarkan oleh pengubah pembahagian biasanya ialah 415V, tiga fasa. Biasanya pengubah yang digunakan untuk sistem pembahagian mempunyai kumpulan vektor Dy 11 iaitu dinamakan Delta Star.

Berpandukan kepada gambarajah, kita dapat menamakan komponen luar pengubah seperti berikut:

1. Peti Kabel.
y

Peti Kabel adalah tempat dimana kabel voltan tinggi disambungkan.

2. Gebok Putusan Voltan Tinggi.


y

Ruang ini adalah untuk sambungan lilitan pengubah ditangki utama dengan peti kabel.

3. Tangki Konservator.
y

Adalah ruang untuk menyimpan minyak. Ianya menentukan paras minyak tangki utama. Tang Konservator memastikan yang tangki utama dipenuhi minyak dan juga mengurangkan luas permukaan minyak bertemu dengan udara dan menyediakan ruang untuk minyak mengembang apabila panas.

4. Ruang Jangka suhu.


y

Ruang berupa silinder, berisi minyak pengubah dimana suhu minyak ditangki dapat diukur.

5. Tolok Paras Minyak.


y

Menunjuk paras minyak di tangki konservator.

6. Injab.
y

Injab dimana aliran minyak dari tangki konservator ke tangki utama dikawal.

7. Dehydrating Breather.
y

Di dalam Breather di isikan dengan silica gel ke paras tengah dan dibawahnya diisikan dengan minyak pengubah.

Breather bertugas sebagai sistem pernafasan bagi pengubah. Apabila minyak didalam tangki utama memanas dan mengembang, udara dari pengubah akan keluar melaluinya dan semasa minyak menyejuk dan menurun, udara akan masuk melalui Breather.

Silica gel didalam Breather ialah untuk mengeringkan udara lembab yang mealuinya dan masuk ke dalam pengubah. Begitu juga dengan kegunaan minyak, iaitu supaya udara yang mengandungi air dan habuk tidak masuk ke dalam tangki utama pengubah. Warna silica gel akan bertukar dari biru ke

merah samar setelah beberapa lama digunakan kerana udara yang mengandungi lembapan melaluinya.

8. Suis Penukar Tap.


y

Suis penukar tap ialah untuk meninggi atau merendahkan voltan yang keluar dari pengubah. Suis penukar tap ini hanya boleh diputar apabila pengubah telah dimatikan.

9. Pengelak Haba .
y

Pengelak haba digunakan untuk menyejukkan minyak didalam pengubah dengan cara menyediakan permukaan yang lebih luas untuk mengalirkan haba.

10. Pelit Kadar.


y

Pelit yang menunjukkan rajah skematik pengubah serta lain-lain maklumat.

11. Pili Saring Minyak.


y

Tempat dimana contoh minyak boleh diambil untuk diuji penebatannya.

12. Injap Pengering Minyak.


y

Ialah saluran dimana minyak dikeluarkan semasa menukar atau menggantikan minyak lama dengan minyak yang baru.

13. BUSHING Voltan Rendah.


y

Sesumbu dimana bekalan voltan rendah 415V, tiga fasa dikeluarkan dan dibekalkan kepada pengguna-pengguna. Ia mempunyai tiga punca untuk fasa dan satu punca untuk neutral. Kabel voltan rendah disambung ke papan pembahagian voltan rendah melalui sesumbu ini.

14. Tank Cover Lifting Lug.


y

Pemegang unuk mengangkat penutup tangki utama pengubah.

15. Tapak Pengubah.


y

Tapak bawah pengubah untuk menampung pengubah.

16. Haulage Holes.


y

Digunakan untuk menjalankan pengubah dari sati tempat ke satu tempat yang lain.

17. Punca Pembumian.


y

Punca pembumian tangki pengubah untuk disambungkan ke sistem pembumian di pencawang.

18. Minyak Pengubah.


y

Minyak didalam tangki pengubah yang digunakan sabagai bahan penebat diantara lilitan dan juga badan badan pengubah. Minyak ini juga berfungsi sebagai bahan untuk penyejukkan di pengubah.

Gambarajah 4.6.4 : Pengubah.

4.7 Perkakas suis.

4.7.1 Perkakas suis Long dan Crawford (Long & Crawford Switchgear).

 Fius suis GF3  Perkakasuis jenis GF 3 ialah sebuah fius suis yang dibuat oleh Long & Crawford. Ianya ialah kombinasi fius serta suis yang bertebatkan minyak. Fius-fius bagi jenis GF 3 dipasang di sebuah pembawa (carrier) tiga fasa. Pembawa (carrier) tersebut dipasang dengan sesentuh bergerak bagi suis minyak.

 Pembawa fius tersebut ada tiga kedudukan iaitu ON, OFF dan RESET. Di dalam keadaan ON, hujung fius yang mempunyai pelantik pin akan berada dalam kedudukan yang sama dengan striker plate.

 Jika berlaku kerosakan, salah satu atau pun lebih fius akan menyebabkan fius suis GF3 dibuka secara automatik kerana jenis fius tersebut menggunakan pelantik pin. Panjang fius yang digunakan ialah 254mm atau pun 359mm.

Gambarajah 4.7.1 : Fius Suis GF3

Gambarajah 4.7.1 : Switchgear Long & Crawford

 Perkakasuis jenis OLU Oil Link Unit

 Perkakas ini mempunyai dua ruangan iaitu:   Ruangan sesentuh yang dipenuhi dengan minyak. Ruangan pesawat kerja yang bertebat udara.

 Perkakasuis ini tidak mempunyai fius dan sesentuhnya berisi minyak. Perkakasuis ini juga boleh dikendalikan dalam tiga kedudukan iaitu ON, OFF dan MEMBUMIKAN KABEL. Hanya satu lengan kendalian disediakan. Dengan berpandukan kepada gambarajah alat-alat diperkakasuis OLU adalah seperti berikut:

1. Penunjuk Kendalian Perkakasuis.

Menunjukkan tiga kedudukan, MEMBUMIKAN KABEL, OFF dan ON .

2. Lengan Kendalian Perkakasuis. 

Untuk mengendalikan perkakasuis dalam salah satu kedudukan, MEMBUMIKAN KABEL, OFF dan ON.

3. Penutup Lengan Kendalian.

Untuk menutup ruang lengan perkakasuis.

4. Peti Kabel.

Punca penyambung kabel voltan tinggi.

5. Soket Penguji Test Socket 

Soket untuk membuat pengujian kabel voltan tinggi.

Gamabarajah 4.7.1 : Perkakas suis OLU (Outdoor)

Gambarajah 4.7.1 : Perkakas suis OLU (Indoor)

4.7.2 Perpasangan Basbar Perkakas Suis OLU Busbar Connection HFU/OLU.

 Basbar HFU mempunyai tiga fasa. Fasa Merah, Kuning dan Biru. Apabila dipasang didalam HFU menerusi pelit hujung yang akan menyambung di antara OLU atau ruang basbar tertakluk kepada susunan HFU/OLU yang dipasang.  Kemudian dipasang basbar pendek, basbar ini menyambungkan diantara basbar utama dengan punca sesentuh bergerak.  Sebelum memasang basbar, adalah mustahak diteliti antara sambungansambungan basbar itu supaya fasa-fasanya betul iaitu basbar fasa merah disambungkan kepada punca sesentuh bergerak fasa merah dan seterusnya untuk fasa kuning dan fasa biru.  Setelah basbar lengkap dipasang, kerja penbersihan hendaklah dilakukan pada basbar-basbar dan juga ruang basbar dengan kain yang bersih.

Gambarajah 4.7.2 : Basbar

4.8 Papan Pengagihan Voltan Rendah (PPVR).

 Papan pengagihan voltan rendah mengandungi bahagian-bahagian berikut: 1. Jangka TDI Thermal Demand Indicator Meter. 2. Basbar. 3. Unit Mendatang Incoming Unit. 4. Unit Pengagih Outgoing Unit. 5. Pengubah arus Current Transfomer.

 Penerangan. 1. Jangka TDI.

Untuk mengukur beban iaitu bekalan elektrik yang digunakan oleh keseluruhan pengguna.

2. Basbar.

Menyambung bekalan dari unit mendatang ke unit pengagih. Terdapat empat busbar dari fasa merah, kuning, biru dan neutral.

3. Unit Mendatang.

Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan dari pengubah ke basbar di PPVR.

4. Unit Pengagih.

Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan atau memberi bekalan kepada pengguna.

5. Pengubah Arus. 

Untuk merendahkan nilai arus yang mengalir pada busbar supaya dapat dibaca oleh jangka TDI mengikut nisbah pada pengubah arus.

6. Contoh Beberapa ukuran PPVR/LV board.

  

1000 Ampiar 1600 Ampiar 2000 Ampiar

7. Cara Mengendali. 

Untuk mengendali PPVR, kita mestilah berdiri sekurang-kurangnya 2 kaki dari PPVR. Untuk mengasingkan bekalan dari pengubah ke basbar, bekalan boleh diasingkan di unit mendatang dengan menggunakan kayu penyambung.

Gambarajah 4.8 : Papan Pengagihan Voltan Rendah (PPVR).

4.9 Bateri.

 Penerangan.

Bekalan arus terus dalam pencawang digunakan untuk menutup gelung salenoid, untuk perlantikan pemutus litar minyak, penunjuk arah keluar atau masuk dan isyarat kecemasan. Voltan beteri biasanya ialah 100V untuk peralatan 33kV dan 30V untuk peralatan 11kV. Jadi bateri mesti di dalam keadaan baik. Kalau tidak pemutus litar minyak tidak boleh terpelantik apabila ada kerosakan.

 Keselamatan. 1. Sel bateri mengandungi asid sulfurik yang dicairkan. Jangan sentuh asid itu. Kalau tersentuh, cucikan tempat yang terkena asid dengan air paip dengan segera.

2. Apron, pelindung mata, sarung tangan getah, alatan kerja yang bertebat hendakllah dipakai dan digunakan apabila menyerenggarakan bateri. 3. Cegahkan api semasa berada di bilik bateri. Apabila bateri sedang dicas, gas hidrogen akan terhasil. 4. Jangan gunakan jangka tumpat yang sama pada sel sel asid dan alkali.

 Senggaraan Bateri. 1. Ambil ketumpatan bandingan semula sel dengan jangka tumpat.

2. Jangka tumpat mesti dipam perlahan-lahan beberapa kali sebelum bacaan diambil supaya mendapat bacaan yang betul. 3. Semua electrolyte mesti disimpan balik pada sel yang sama. 4. Ketumpatan bandingan sesuatu sel yang mencukupi cas mesti di antara 1.210 1.240 bergantung kepada jenis bateri. Untuk YAG 5 yang tertentu ketumpatan bandingan ialah 1.210 dan untuk L. C. P 5 ketumpatan bandingan ialah 1.250. 5. Cas perlahan (Trickle Charge) untuk keadaan biasa. Arus cas ialah 15mA30mA. 6. Isikan air suling dalam sel sampai paras yang ditentukan. 7. Cas cepat/cas bosst hanya digunakan semasa kecemasan untuk cas semula bateri yang sangat lama digunakan. Jangan letakkan bateri itu dalam keadaan itu selama-lama. 8. Bateri dan balik bateri mesti selalu berada didalam keadaan yang bersih dan kering. 9. Catkan rak bila perlu dengan cat rintangan asid. 10. Voltan bateri boleh diperiksa dengan suis ujian.

Gambarajah 4.9 : Rak Bateri.

You might also like