You are on page 1of 18

Objektif : Membolehkan murid memahami konsep kelas pemakanan dalam kehidupan seharian mereka.

MAKANAN DAN NUTRISI


GIZI
1. Semua benda hidup memerlukan tenaga untuk terus hidup,

berkembang,bergerak dan sebagainya. 2. Makanan yang mengandungi semua jenis kelas makanan yang diperlukan oleh manusia setiap hari dalam kuantiti dan nisbah yang betuluntuk mendapatkan tenaga dan di kenali sebagai gizi. 3. Pada umumnya kita memerlukan makanan untuk :i.

ii. iii. iv.

Mendapatkan tenaga dalam bentuk ATP (adenosina trifosfat) bagi segala kegiatan badan seperti gerakkan, pengucupan otot jantung. dan sebagainya Membekalkan nutrien untuk membentuk tisu-tisu baru semasa pertumbuhan dan juga untuk membaiki tisu-tisu yang rosak. Membekalkan tenaga haba kepada manusia untuk mengekalkan suhu badan. Memastikan badan manusia mempunyai segala nutrien dan mengelakkan jangkitan penyakit dan pada masa yang sama,mengekalkan kesihatan umum manusia.

1. Makanan manusia boleh dibahagikan kepada tujuh kelas makanan yang

utama:-

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Karbohidrat. Protein. Lemak. Vitamin. Garam mineral. Air. Pelawas.

1. Semua makanan di atas di ambil dalam kadar yang mencukupi dan mengikut keperluan semasa. 2. Gizi yang seimbang mestilah terdiri daripada:a. Semua jenis kelas makanan yang disebut di atas dalam kadar

yang betul. b. Jumlah kalori makanan yang mencukupi.

Kelas Makanan, Fungsi dan Sumbernya. 1. Setiap manusia memerlukan komposisi makanan yang betul dan mencukupi untuk mengekalkan kesihatan umum yang baik. 2. Suatu contoh makanan yang mempunyai kesemua kandungan zat yang diperlukan oleh badan ialah susu. 3. Oleh itu, bayi yang baru dilahirkan boleh mendapatkan bekalan zat makanan yang diperlukan untuk tenaga, pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan umumnya daripada susu. 4. Walau bagaimanapun bagi orang dewasa susu tidak cukup untuk memberi zat-zat yang mencukupi. 5. Oleh itu, orang dewasa memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, vitamin, air dan juga pelawas dalam gizi hariannya.

Karbohidrat.
a. Karbohidrat merupakan satu kumpulan sebatian organik yang

mengandungi unsur,unsur seperti karbon, hidrogen danoksigen. b. Fungsi utama karbohidrat ialah:a. Membekalkan tenaga bagi aktiviti harian seperti gerakkan,

pertumbuhan dan lain-lain aktiviti sel di dalam badan.

b. Membekalkan tenaga haba untuk memastikan suhu badan

manusia kekal pada 36.9 C.


c. Sebagai makanan simpanan dalam haiwan dan tumbuhan.

Sebagai contoh:i. ii.

iii.

Glukosa yang berlebihan akan di ubah menjadi glikogen untuk disimpan dalam hati. Glukosa yang berlebihan juga boleh diubah menjadi lemak dan di simpan di dalam tisu-tisu adipos di bawah kulit, pelvis, pinggang dan dada. Tumbuhan menyimpan karbohidrat dalam bentuk kanji.

a. Setiap gram karbohidrat dapat menghasilkan kira-kira 17 kJ ( kilojoule) tenaga kepada badan kita. b. Sumber-sumber karbohidrat ialah:a. Makanan yang berkanji seperti nasi, roti dan ubi kentang. b. Makanan yang bergula seperti buah-buahan manis, madu dan

kuih-muih. a. Contoh-contoh karbohidrat adalah seperti berikut::-

b. Karbohidrat dibahagikan kepada: a. Monosakarida b. Disakarida. c. Polisakarida.

Monosakarida.

1. Merupakan gula yang paling ringkas dan dikenali sebagai gula ringkas. 2. Formula amnya ialah CnH2nOn dan formula kimianya ialah C6H12O6 . 3. Ciri-ciri monosakarida ialah: a. b. c. d. Larut dalam air. Berasa manis. Mempunyai kuasa penurunan. Mempunyai bentuk hablur.

4. Monosakarida digunakan untuk mendapatkan tenaga dalam aktiviti sel. 5. Contoh-contoh monosakarida ialah: a. Glukosa. Ia juga dikenali sebagai dektrosa yang merupakan gula utama dalam darah manusia. Ia boleh dijumpai dalam buah seperti anggur, bawang dan madu. Madu mengandungi lebih kurang 35% glukosa. b. Fruktosa. Merupakan gula yang paling manis dan terdapat dalam buah-buahan dan madu. c. Galaktosa. Merupakan satu komponen laktosa atau gula susu. Ia terbentuk dalam badan kita apabila gula susu dicernakan.
1. Semua monosakarida adalah gula penurunan kerana monosakarida

boleh bertindakbalas dengan larutan Fehling atau Benedict untuk menurunkan ion kuprum (ii) kepada ion kuprum (i) oksida dengan membentuk mendakan merah bata.

Disakarida. 1. Disakarida adalah gula kompleks.

2. Formula kimianya ialah C12H22O11 . 3. Disakarida mempunyai ciri-ciri berikut: a. b. c. d. e. Larut dalam air. Berasa manis. Semua disakarida boleh menghablur. Semua disakarida adalah gula penurunan kecuali sukrosa. Semua disakarida boleh diubah kepada monosakarida dengan mudah. Proses inimemerlukan air dan dikenali sebagai hidrolisis. Hidrolisis boleh dilakukan dengan pendidihan atau dengan tindakan enzim atau asid. a. C12H22O11 + H2O C6H12O6 + C6H12O6

4. Contoh-contoh disakarida ialah: a. Sukrosa.


o o o

Sukrosa merupakan gula bukan penurunan. Boleh di dapati dalam tebu, lobak merah, pisang,buah-buahan yang manis serta akar-akar penyimpanan yang tertentu. terbentuk daripada gabungan 1 unit glukosa dan i unit fruktosa. b. Maltosa.

o o o o

Sejenis gula penurunan. Boleh di dapati dalam bijirin yang ditapaikan dan juga bijirin yang sedang bercambah. Contoh gula barli didapati daripada pengekstrakan barli yang sedang bercambah. Terbentuk daripada pencernaan separa kanji dan merupakan gabungan dua molekul glukosa. c. Laktosa.

o o o

Adalah gula penurunan. Didapati dalam semua susu haiwan mamalia termasuk manusia. Terbentuk daripada gabungan 1 molekul glukosa dan 1 molekul galaktosa.

Polisakarida.
1. Merupakan karbohidrat kompleks dan terdiri

daripada rangkaian molekul monosakarida. 2. Formula amnya ialah (C6H10O5)n .

3. Ciri-ciri: a. Bukan gula penurunan. b. Tidak mempunyai rasa manis. c. Mempunyai berat molekul yang tinggi. d. Tidak larut dalam air tetapi membentuk larutan koloid. e. Tidak mempunyai bau. f. Tidak menghablur. (bersifat amorfus). 4. Contoh-contoh: a. Kanji. Merupakan sumber karbohidrat yang paling penting dalam makanan dan ia adalah karbohidrat simpanan utama dalam tumbuhan. Ia terdapat dalam kentang, ubi, roti, nasi dan gandum. Karbohidrat boleh wujud dalam bentuk serbuk putih dan ia tidak boleh dibina semula dan disimpan oleh haiwan. b. Selulosa. Wujud sebagai bahan binaan utama pada dinding sel tumbuhan. Ia terdiri daripada beribu-ribu molekul glukosa yang bercantum menjadi satu rantai lurus dan panjang. Ia tidak dapat dicernakan oleh manusiadan ia bertindak sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. c. Glikogen. Bentuk simpanan karbohidrat yang penting dalam manusia dan haiwan. Ia terdiri daripada molekul-molekul glukosa yang dikondensasikan bersama untuk membentuk rantai yang panjang dan bercabang. Ia berwarna putih dan tidak larut di dalam air. Bagi mamalia, glikogen disimpan sebahagian besarnya dalam hati dan otot. Protein.
1. Merupakan sebatian organik yang komplks dan terdiri daripada unsur-

unsur seperti karbon, hidrogen, oksigen dannitrogen. 2. Sesetengah unsur protein mengandungi unsur-unsur seperti sulfur dan fosforus.

3. Unit asas bagi protein ialah asid amino. Satu molekul protein

mengandungi beratus-ratus atau beribu-ribu unit asid amino.


4. Terdapat 25 jenis asid amino tetapi hanya 20 jenis sahaja yang wujud

dalam alam semulajadi. 5. Setiap molekul asid amino mengadungi:


a. Satu kumpulan amino. (- NH2) b. Satu kumpulan karboksil. (- COOH).

1. Asid amino boleh dibahagikan kepada: a. Asid amino perlu. b. Asid amino tak perlu.
1. Asid amino perlu. a. Terdapat lapan jenis asid amino perlu. Di antaranya ialah Glisina,

Lisina, Valina, dan Leusina. b. Asid amino ini tidak dapat dibentuk dalam badan manusia dewasa. c. Sumber-sumber bagi asid amino adalah seperti daging, ikan dan kuning telur. d. Kebanyakkan protein tumbuhan kurang mengandungi protein jenis ini. 8. Asid amino tak perlu.
a. Asid amino jenis ini dapat disintesis oleh badan kita daripada

sebatian sebatian yang lain. b. Kebanyakkan protein tumbuhan mengandungi asid amino jenis ini. 9. Satu gram protein boleh mennghasilkan kira-kira 17 kJ tenaga. 10.Badan kita hanya menggunakan protein sebagai sumber tenaga apabila berlaku kebuluran. 11.Ciri-ciri protein termasuklah:
a. Molekul yang sangat besar oleh itu ia tidak boleh meresap

melalui membran plasma. b. Ia tidak larut dalam air tetapi membentuk larutan koloid, oleh itu protein mesti dicernakan menjadi asid amino dahulu. c. Asid amino adalah molekul-molekul yang paling ringkas. d. Ia larut dalam air dan boleh meresap melalui membran plasma.

e. Oleh itu, badan kita menyerap protein dalam bentuk asid amino.

12. Badan kita memerlukan protein kerana protein:


a. diperlukan dalam proses pembentukan sel baru untuk b. c. d. e. f.

menggantikan sel yang mati atau rosak. diperlukan bagi pertumbuhan badan. diperlukan dalam sintesis sebatian sebatian protein seperti enzim, hormon dan antibodi. boleh dioksidakan untuk membekalkan tenaga kepada aktivitiaktiviti badan. yang berlebihan akan diubah menjadi lemak. Lemak itu akan disimpan dalam tisu-tisu adipos. boleh digunakan untuk mensintesis hemoglobin dan melanin (pigmen kulit).

10. Kehadiran protein boleh dikesan dengan ujian Biuret dan ujian Millon.

Lemak
1. Lemak dan minyak dibentukkan daripada unsur, karbon,

hidrogen dan oksigen sepertimana karbohidrat. 2. Perbezaan antara lemak dan minyak ialah lemak wujud dalam bentuk pepejal manakala minyak dalam bentuk cecair. 3. Lemak merupakan sumber tenaga. Kebanyakkan organisma menyimpan lemak atau minyak sebagai stor tenaga. 4. Tenaga diperolehi daripada 1 gram lemak adalah 2 kali jumlah tenaga yang diperolehi daripada 1 gram karbohidrat. 5. Lemak yang disimpan di bawah kulit haiwan bertindak sebagai penebat untuk mencegah kehilangan haba dari badan. 6. Minyak merupakan pelarut bagi vitamin A, D, E, dan K. 7. Contoh makanan yang kaya dengan lemak atau minyak termasuklah mentega, lemak haiwan, minyak masak, dan bijian. 8. Lemak haiwan merupakan lemak tepu manakala lemak tumbuhan adalah lemak tak tepu. Lemak tepu mudah dimendakkan dipermukaan dalam salur darah, mengecilkan salurannya, dan menaikkan tekanan darah. Oleh itu pengambilan minyak tumbuhan adalah digalakkan berbanding lamak haiwan. 9. Unit asas yang membentuk lemak ialah asid lemak dan gliserol. Molekul lemak terbentuk daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak. 10.Hidrolisis asid lemak akan menghasilkan gliserol dan asid lemak semula.

11.Lemak/minyak tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam alkohol.

Vitamin 1. Vitamin adalah bahan organik, iaitu bahan yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen. Kebanyakkan vitamin juga mengandungi oksigen dan nitrogen dan ada juga yang mempunyai unsur zink dan kobalt. 2. Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk memelihara kesihatan badan. 3. Vitamin memainkan peranan dalam fisiologi dan metabolisma badan. 4. Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan : i. ii. Vitamin yang larut dalam air, ( vitamin B dan C) Vitamin yang larut dalam minyak, ( A, D, E dan K)

1. Dalam penyediaan makanan, makanan yang mengandungi vitamin B dan

C harus dimasak dalam minyak kerana jika dimasak di dalam air sebahagian besar vitamin B dan C akan melarut. 2. Vitamin mudah termusnah akibat haba yang tinggi dan sinar ultraungu. 3. Kekurangan vitamin akan mengakibatkan kesihatan merosot.
Vitamin

Sumber Susu, hati, telur, bayam, minyak hati ikan kod, tomato, cili, lobak merah, mentega, keju.

Fungsi Mensintesis rodopsin bagi retina supaya dapat melihat dalam cahaya samar. Bagi pertumbuhan dan pemeliharaan kulit yang sihat. Menggalakkan pertumbuhan. Menentang jangkitan respi-rasi. Mengawal bekalan karbohidrat ke sel-sel saraf dan otot-otot. Koenzim dalam tindak balas membebaskan tenaga.

Penyakit Rabun malam. Xeroftalmia kornea, mata menjadi kering. Kulit menjadi kering dan bersisik.

A (Retinol)

B1 (Tiamina)

Hati, kacang tanah, yis, sayursayuran hijau, germa gandum, beras tak ceruh.

Beri-beri. Hilang selera makan. Kejang otot. Gangguan saraf. Kadar denyutan jantung bertambah.

B2 (Riboflavin)

Yis, hati, telur, kacang pea, bayam, susu, gandum, keju, sayur-sayuran hijau.

Memelihara kesihatan kulit. Menggalakkan pembebasan tenaga semasa respirasi. Mengawal kadar pertumbuhan. Pertumbuhan dan kesihatan sistem saraf. Menolong dalam pembebasan tenaga daripada karbohidrat. Memelihara kesihatan kulit dan sistem saraf. Memelihara kesihatan kulit. Menolong dalam pencemaran makanan. Menyelaraskan sistem saraf. Koenzim dalam sintesis protein. Terlibat dalam proses sintesis asid nukleik. Penting bagi tindak balas enzim. Menolong dalam penyerapan besi. Memelihara kesihatan kulit. Menggalakkan pembentukan gigi dan tulang.

Sakit mata. Tepi mulut merekah. Lidah menjadi bengkak dan berwarna ungu. Masalah kulit. Sistem saraf terjejas. Kemerosotan tindak balas saraf. Cirit-birit Pelagra.

B3

Daging, susu, ikan, yis.

B5 (Niasin atau asid nikotinik)

Ginjal, yis, daging pejal, hati, kuning telur, sayursayuran segar.

B6 (Piridoksina)

Gandum, daging, hati, sayursayuran kacang bijirin, yis.

Pelagra. Cirit-birit. Sakit kulit. Anemia.

B12(Sianokobalamin) Asid folik

Hasil tenusu, hati, telur, daging, ginjal. Yis, tiram, bayam, hati, ikan, bijirin, sayursayuran hijau. Yolka, telur, hati, susu, yis. Tomato, betik, sayur hijau, buah sitrus.

Lambat membesar. Anemia. Anemia.

H (Biotin) C ( Asid askorbik)

Dermatitis. Anemia. Skurvi-gusi lembut dan berdarah. Mudah dijangkiti penyakit respirasi. Luka lambat sembuh.

D (kalsiferol)

Hati, ikan kod, telur, susu

Membantu Rikets-cacat dalam penyerapan tulang. kalsium dan Sakit gigi. fosforus. Mengawal kepekatan kalsium dan fosfat di dalam darah. Pembinaan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Membantu dalam sistem pembiakan tikus. Mencegah kemandulan pada manusia. Pembentukan eritrosit. Sebagai pengganti oksida dan merencat pengoksidaan makanan yang mengandunsi lemak dan minyak. Untuk memangkinkan pembentukan prototrombin yang diperlukan dalam proses pembekuan darah. Kemandulan pada tikus jantan dan betina.

E (Tokoferol)

Sayuran hijau bijirin salad, minyak jagung, telur, susu, germa gandum.

K (Philokuinon)

Kubis, salad, tomato, bayam, hati, kuning telur, sayursayuran hijau.

Anemia. Darah lambat membeku atau tidak membeku langsung.

Garam Mineral
1. garam mineral merupakan sebatian bahan tak organik yang diperlukan

oleh badan untuk berfungsi dengan sempurna dan juga mengekalkan kesihatan badan. 2. Berat badan manusia terdiri daripada 5% hingga7% garam mineral. 3. Garam mineral boleh di bahagikan kepada dua kumpulan:
a. Unsur-unsur mineral utama (yang diperlukan dalam kuantiti

yang banyak) misalnya kalsium, fosforus, kalium, natrium, magnesium, dan klorin.

b. Unsur-undur surih (yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil)

misalnya fluorin dan klorin. 1. Kekurangan sebarang unsur garam mineral akan menyebabkan penyakit kekurangan zat.
Mineral

Sumber Telur, daging, hati, bayam, kacang, ginjal, sayursayuran hijau

Fungsi Membina hemoglobin untuk mengangkut oksigen ke tisu. Mengekalkan kesihatan kulit.

Penyakit Anemiapenghidap akan berasa ltih dan lemah kerana kekurangan oksigen dalam darah. Kulit kering dan bibir mulut merekah. Gigi tidak terbentuk dengan sempurna dan sering sakit. Rikets-kecacatan rangka badan seperti kaki dan lutut bengkok ke arah dalam. Darah lambat beku. Tetanus-kejang dan sakit otot atau ketar akibat pengecutan otot yang terputus-putus. Goiter-kelenjar tiroid membesar iaitu menyebabkan pembengkakan bi leher. Kretinismekanak-kanak mengalami pertumbuhan terbantut, otak terencat, rambut jarang-jarang, gigi lambat tumbuh,

Besi

Kalsium.

Keju, susu, sayuran hijau, kuning telur, ikan bilis, sardin, kacang.

Pembekuan darah. Pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Otot berfungsi dengan betul

Iodin.

Makanan lautikan, ketam, rumpai laut, udang.

Sintesis tiroksina untuk perkembangan otak dan badan kanakkanak.

tidur sangat lama tetapi masih terasa penat. Fluorin. Air minuman yang diperkayakan dengan fluorin, ikan dan sayur-sayuran. Susu, daging, kacang, ikan, telur, hati, sayuran hijau. Pembentukan gigi dan tulang yang sihat dan kuat. Pembentukan gigi dan tulang. Pengecutan otot. Pembinaan ATP. Penyakit karies gigi.

Fosforus

Tulang dan gigi terbentuk dengan tidak elok. Pereputan gigi selalu berlaku. Terhalangnya proses pengecutan otot. Terhalangnya proses penghasilan tenaga. Sel-sel tidak dapat berfungsi dengan baik. Penghantaran utusan dalam saraf terjejas. Otot-otot menjadi kejang. Membawa maut dalam keadaan teruk.

Kalium.

Terdapat dalam kebanyakan makanan, daging, susu, pisang, sayuran hijau. Terdapat dalam semua jenis makanan terutamanya susu, daging, telur dan garam biasa.

Tugas-tugas biasa sel. Penghantaran utusan dalam saraf.

Natrium

Kompenen yang mustahak dalam darah. Pemeliharaan tekanan osmosis yanng normal bagi bendalir darah. Pemeliharaan ketelapan yang normal bagi membran sel. Sebagai pengaktif enzim untuk mengekalkan fungsi norma tisu saraf dan otot. Memangkinkan tindak balas pembentukan tenaga.

Magnesium.

Makanan laut, sayuran hijau, susu dan kacang.

Otot menjadi lemah.

Klorin.

Garam biasa.

Diperlukan untuk mensintesis asid hidroklorik dalam perut.

Pencernaan protein yanng tidak lengkap.

Pelawas
1. Merupakan bahan gentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan. 2. Pelawas terdiri daripada selulosa yang boleh di dapati dalam makanan

seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. 3. Pelawas mempunyai nilai makanan yang rendah. 4. Walaubagaimanapun pelawasa adalah penting kepada badan kerana ia menggalakkan peristalsis dalam sistem pencernaan. 5. Kesan kekurangan pelawas ialah: a. makanan yang tidak dicernakan akan berada dalam usus besar untuk jangka masa yang lebih panjang. b. Oleh itu lebih banyak air akan diserap oleh usus besar. c. Akibatnya tinja menjadi kering dan keras serta sukar dikeluarkan melalui dubur. Fenomena ini dikenali sebagaisembelit. Air. 1. Merupakan komponen penting bagi protoplasma. 2. Lebih kurang 60% hingga 70% berat manusia terdiri daripada air. 3. Air adalah penting kepada badan kerana;
a. merupakan pelarut yang baik. b. Diperlukan untuk tindak balas badan. c. Diperlukan untuk mengekalkan tekanan osmosis darah dan

bendalir tisu.. d. Memainkan peranan yang penting dalam kawalan suhu badan. 1. Manusia memperolehi sebahagian daripada keperluan airnya melalui: a. air minuman. b. Air metabolisma oleh pengoksidaan makanan. 1. Air yang berlebihan disingkirkan dari badan melalui: a. air kencing oleh ginjal. b. Wap air oleh paru-paru. c. Peluh oleh kulit.

Kelas Makanan Karbohidrat Protein

Lemak

Kelas Makanan y Karbohidrat Protein Lemak

Air Vitamin Garam Mineral Serabut dan Air Gizi Seimbang Gizi tidak seimbang Karbohidrat Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. y F ungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga. T iga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida, disakarida,dan polisakarida.

Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia terdiri daripada glukosa, fruktosa, dan galaktosa. D isakarida terdiri daripada maltosa, sukrosa, dan laktosa. Ia manis dan larut dalam air. Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen yang larut di dalam air. ia berasa manis. C ontoh polisakarida ialah kanji, selulosa, dan glikogen Air Vitamin Garam Mineral Serabut dan Air

You might also like