You are on page 1of 80

ELEMEN 1MENGUMPUL FAKTA SEJARAH Akhbar Star Metro, 5 Mei 2011, halaman 8 Star Metro, 18 Mei 2011, halaman 3

Buletin Sekitaran MPSJ, keluaran bulan Januari-Jun 2010

Internet http://ocps.mpsj.gov.my http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya

Brosur Demam Denggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Risalah Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Bukti 1: Akhbar

Star Metro, 5 Mei 2011, halaman 8 Star Metro, 18 Mei 2011, halaman 3

Bukti 2: Buletin Nama Buletin Tarikh Halaman Penerbit : : : : Sekitaran MPSJ Bulan Januari-Jun 2010 Muka surat 1-35 Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya

Bukti 3: Internet http://ocps.mpsj.gov.my http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya

Bukti 4: Brosur Demam Denggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Bukti 5: Risalah Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

SENARAI KANDUNGAN

Bil. 1 2 3 4 Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 5 6 7

Tajuk

Muka Surat 1 2 3 4

Institusi Pentadbiran TempatanPihak Berkuasa Tempatan Latar Belakang Majlis Perbandaran Subang Jaya Peranan Majlis Perbandaran Subang Jaya Perkembangan Majlis Perbandaran Subang Jaya 47 48 73

Rumusan Lampiran Rujukan

1.0 PENGHARGAAN Penghargaan dan terhutang budi sesungguhnya tidak dapat dilahirkan dengan sempurna dalam beberapa baris ucapan. Namun begitu, setinggi-tinggi penghargaan perlulah ditunjukkan kepada pihak-pihak yang telah memberi bantuan kepada saya untuk menjayakan folio sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR tahun 2011 dengan jayanya. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya dan ahli keluarga saya yang lain. Mereka telah telah banyak berkorban masa dan wang mereka demi membantu saya dalam kerja kursus ini. Mereka juga membantu saya menyiapkan folio sejarah ini dengan memberikan maklumat dan dorongan kepada saya.

Terima kasih juga kepada guru Sejarah saya, Puan Chandra dan juga Puan Pengetua SMK Subang Utama, Puan Rahanim Bt Abdul Rahim yang telah memberikan tunjuk ajar, sokongan serta sedikit tip kepada saya untuk membuat folio sejarah ini. Bantuan yang dihulurkan oleh beliau telah banyak membantu saya menyiapkan folio sejarah ini pada masa yang ditetapkan.

Tidak dilupai juga semua pegawai dan staf sokongan Majlis Perbandaran Subang Jaya yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dengan menyediakan informasi yang lengkap tentang Majlis Perbandaran Subang Jaya.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi kerja kursus sejarah ini adalah untuk melatih softskill pelajar. Melalui kajian ini saya akan dilatih bagaimana untuk mengumpul dan maklumat merekod maklumat. Proses tersebut memerlukan pelajar menggunakan kemahiran mengenalpasti dan menyelesaikan masalah. Dalam jangka waktu menyiapkan kerja kursus ini pelajar akan menghadapi pelbagai masalah, pelajar memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyelesaikan masalah tersebut, ini dapat meningkatkan kekuatan mental pelajar. Melalui kajian ini, saya diberikan pendedahan bagaimana peranan MPSJ/MBSA dalam mempertingkatkan semangat nasionalisme dan memperkukuh integrasi nasional bagi menjayakan harapan kerajaan bagi membentuk satu bangsa Malaysia tanpa membezakan warna kulit. Saya diamanahkan untuk mencari nilai patriotisme yang diketengahkan oleh MPSJ dan peranan yang dimainkan oleh MPSJ bagi menjayakannya. kesemua nilai patriotisme dan peranan MPSJ akan direkodkan didalam kajian ini. Kajian ini dapat menanamkan semangat patriotik dan memupuk nilai-nilai murni di dalam diri saya. Ianya membuatkan saya berbangga sebagai rakyat Malaysia, cinta akan bangsa dan negara, bersefahaman dan bermuafakat, mematuhi peraturan dan undang-undang serta tabah menghadapi cabaran.

3.0 KAEDAH KAJIAN Semasa menjalanka kerja kursus ini, saya telah mengumpul dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus saya dengan menggunakan beberapa kaedah. Antara kaedah yang saya guna itu ialah: i) Lawatan dan Pemerhatian Saya telah melawat ke Majlis Perbandaran Subang Jaya yang terletak di Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan pada 5 Mei 2011 untuk mendapatkan maklumat kerja kursus. ii) Analisis Dokumen Saya menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapakan maklumat tambahan. Antara dokumen yang dianalisis termasuk keratan akhbar, gambar-gambar berkaitan dengan perkembangan dan juga aktiviti kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya. iii) Melayari Internet Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus serta untuk mendapatkan contoh-contoh kerja kursus. . iv) Penyelidikan Perpustakaan Saya telah menjalankan kaedah ini dengan mencari mencari majalah-majalah serta buku ilmiah yang terdapat di pusat sumber sekolah saya yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus saya.

4.0 HASIL KAJIAN 4.1 4.1.1 Institusi Pentadbiran TempatanPihak Berkuasa Tempatan (PBT) Nama Rasmi/ Nama Ringkas/ Nama Lain

Nama rasmi majlis perbandaran yang saya pilih ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya. Nama ringkasnya ialah MPSJ. M mewakili Majlis, P mewakili Perbandaran, S mewakili Subang dan J mewakili Jaya. 4.1.2 Lokasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terletak di antara Jalan USJ5/4 di utara, Jalan USJ5/1 di barat, Persiaran Perpaduan di selatan, dan Persiaran Bakti di timur. Pintu utama (Pintu A) Majlis Perbandaran Subang Jaya terletak di hadapan Persiaran Bakti, manakala pintu tepi (Pintu B) dan pintu untuk masuk stadium MPSJ (Pintu C) terletak di hapadan Persiaran Perpaduan. Di bawah ialah peta MPSJ yang paling terkini.

Peta 4.1

4.1.3 Matlamat/ Objektif/ Misi/ Visi Penubuhan Matlamat/ Objektif:

Majlis Perbandaran Subang Jaya bertanggungjawab ke atas perancangan kawasan dan pengawalan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan serta bertanggungjawab dalam membuat dasar berkenaan dengan perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.

Antara objektif MPSJ termasuk merancang dan melaksanakan program-program pembangunan, sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Selain itu, MPSJ harus memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan Undang-Undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.

MPSJ juga perlu memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk kemudahan dan keselesaan awam. Sistem percukaian dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan serta reliable juga perlu diwujudkan oleh MPSJ.

Seterusnya, objektif MPSJ adalah untuk memastikan perkhidmatan perbandaran pada tahap yang memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan serta memastikan kawasan persekitaran MPSJ mempunyai landskap yang cantik di samping penjagaan taman rekreasi dan padang permainan yang diselenggarakan dengan baik.

Visi, Misi dan Moto Penubuhan: Misi Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Menguruskan perkhidmatan perbandaran bertaraf antarabangsa ke arah menjadikan Majlis sebuah perbandaran sejahtera, bestari dan dinamik menjelang 2020 manakala visi Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman. Moto Majlis Perbandaran Subang Jaya pula ialah Ke Arah Tadbir Urus Yang Gemilang Bendera:

Pengibaran bendera MPSJ bertujuan meningkatkan taat setia warga MPSJ kepada organisasi dan seterunya bersedia untuk lebih komited dalam tugas masing-masing. Bentuk V melambangkan kejayaan yang dicapai melalui perkhidmatan berkualiti yang menjadi teras budaya kerja. Pada bahagian di sebelah atas terdapat huruf SJ iaitu singkatan perkataan Subang Jaya

Logo MPSJ di tengah bendera melambangkan asas yang dinamik, moden dan menonjolkan imej korporat. Warna putih melambangkan keikhklasan semua warga MPSJ berkhidmat dengan penuh disiplin, kemesraan dan kekuatan menempuh cabaran. Warna biru pula melambangkan kesungguhan MPSJ melaksanakan tanggungjawab sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan kegunaan tanah dan bangunan dalam kawasannya. Logo:

Reka bentuk logo ini diserasikan untuk memberi tumpuan khusus terhadap identitinya yang nyata iaitu berkesan, mudah dan terkini. Perletakan elemen reka bentuk dan warna logo asal tidak diubah untuk mengekalkan persamaan dan kebiasaan pada logo asal. Simbol pada logo

mencerminkan nadi majlis, melambangkan daya usaha, dedikasi, komitmen, amanah dan perpaduan warga MPSJ manakala simbol memberi maksud melompat kea bad 21 dengan

tekad yang membara. Secara keseluruhan, reka bentuk logo ini melambangkan MPSJ sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang progresif dan komited.

4.1.4 Carta Organisasi dan Senarai Pentadbir Carta Organisasi:

Jawatan Yang Dipertua masih kosong, tetapi Pembantu Tadbir (PA) atau Timbalan Yang Dipertua ialah Nor Afifa binti Hussein. Setiausaha Perbandaran Merangkap Timbalan Yang Dipertua ialah Tuan Abdullah bin Marjunid, dengan pembantu beliau, Jastina binti Abu Saman. Antara jabatan yang tertinggi ialah Jabatan Undang-Undang, Jabatan Audit Dalam, dan Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan. Pengarah Jabatan Undang-Undang ialah Puan Hajah Anita binti Abdul Jalil. Penolong Pengarah Kanan Jabatan Audit Dalam ialah Puan Noraziah binti Ali, manakala Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan ialah Encik Nazarudin bin Mashtuki.

Senarai Pentadbir:

Y. Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi, Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir, Encik Loka Ng Sai Kai dan Encik Tan Jo Hann merupakan 4 daripada 25 ahli majlis yang berkhidmat di Majlis Perbandaran Subang Jaya. Mereka adalah Ahli Majlis bagi tempoh 7 Julai 2010 hingga 31 Disember 2011.

Y. Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi merupakan Yang Dipertua yang kelima sejak penubuhan MPSJ pada tahun 1997. Y.Bhg.Dato Asmawi Bin Kasbi telah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun. Beliau berkhidmat 15 tahun dengan Kerajaan Persekutuan dan baki 15 tahun dengan kerajaan negeri Selangor. Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan Sumber Tanah pernah memegang beberapa jawatan penting dalam tempoh perkhidmatannya. Antaranya adalah Penolong Pengarah Tanah dan Galian Selangor (1979), Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2002), dan Pegawai Daerah Tanah Kuala Langat (2005) sehingga Mei 2011 sebelum dinaikkan pangkat.

Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir dilantik sebagai ahli majlis MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) sejak bulan Jun 2008. Beliau dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi JKP (Jawatankuasa Penduduk) untuk Zon 4 meliputi kawasan USJ 1.

Encik Loka Ng Sai Kai telah mempelajari sejarah dan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO). Beliau merupakan penasihat kepada sesuatu organisasi yang digelar Bangkok-based World Fellowship of Buddhist Youth and Young Malaysian Movement.

Encik Tan Jo Hann merupakan seorang ahli majlis MPSJ yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi JPK di Zon 16, iaitu meliputi kawasan Taman Wawasa, Persiaran Wawasan di Pusat Bandar Puchong. Beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti sosial. Beliau selalu berusaha untuk menangani masalah berkaitan dengan orang miskin, masalah perumahan dan tanah.

Y. Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi

Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir

Encik Loka Ng Sai Kai

Encik Tan Jo Hann

4.2

Latar Belakang Majlis Perbandaran Subang Jaya

4.2.1 Sejarah Penubuhan (Asal Usul/Tarikh/ Pengasas) Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26 bertarikh pada 2 Januari 1997 berikutan eksesais kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.

Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.

Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong), Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya juga terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah Petaling.

Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.

4.2.2 Undang-Undang Tubuh/ Undang-Undang Kecil/ Garis Panduan Penubuhan MPSJ Undang-Undang Tubuh: Undang-undang MPSJ telah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian Pendakwaan, Bahagian Khidmat Nasihat, Perundangan dan Litigasi Sibil, dan juga Bahagian Pentadbiran.

Undang-Undang Kecil: Majlis Perbandaran Subang Jaya mempunyai Undang-Undang Kecil yang penting seperti Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Subang Jaya) Kerajaan Tempatan (2005); Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Subang Jaya (Jalan, Parit Dan Bangunan (2005); Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Pasar (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MPSJ) 2007; UndangUndang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007; Undang-Undang Kecil Vendalisme (MPSJ) 2005; Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah Sarap (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Taman (MPSJ) 2005; Undang-Undang Kecil Kolam Renang ( MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPSJ) 2005; Undang-Undang Kecil Pusat Sukan (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Krematorium(MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPSJ) 2005; UndangUndang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Kawasan Ketetapan (Tred, Perniagaan atau Pekerjaan Yang Tidak Boleh Ditubuh atau Dijalankan)

(MPSJ) 2003; Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MPSJ) 2005; Perintah Tetap Mesyuarat (MPSJ) 2007; Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007; dan Undang-Undang Kecil Hotel 2007. Akta:

Antara akta yang dikuatkuasakan oleh MPSJ ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ( Pindaan P.U.B 384/1994); Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) ( Pindaan Akta A1129/2001); Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) ( Pindaan Akta A903/1994); Akta Pengangkutan Jalan 1987( Akta 333); Akta Makanan 1983 (Akta 281) ( Pindaan Akta A1117/2001); Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) (Pindaan P.U.A 280/2002); dan Emergency (Essential Powers) Ordinance No 22/1970[PU(A) 73/1970.

Enakmen:

Antara enakmen MPSJ termasuk Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995; Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) (Pindaan) 1998; Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) (Pindaan) 2001; Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan Penyeliaan) (Selangor) 1998; Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 1993; dan PeraturanPeraturan Kawalan Tembakau (Pindaan 1997).

Garis Panduan: Terdapat 18 garis panduan yang ditetapkan untuk 6 jabatan. Jabatan pertama ialah Jabatan Perlesenan. Antara garis panduan jabatan ini termasuk Garis Panduan Meletakkan Kerusi Meja Diluar Premis; Garis Panduan Bazar Ramadhan; Garis Panduan Lesen Pasar Malam & Pasar Pagi; Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran; Garis Panduan Pasar Basah; Garis Panduan Permit Sementara Kiosk Penjaja; Garis Panduan Permit Sementara Penjaja; Garis Panduan Pusat Hiburan Keluarga; Syarat-Syarat Lesen Hiburan (Am); Syarat-Syarat Lesen Hiburan (Karaoke); Syarat-Syarat Lesen Hiburan (Snooker); dan Garis Panduan Pusat Siber dan Kafe Siber.

Jabatan kedua ialah Jabatan Undang-Undang. Jabatan ini mempunyai satu garis panduan iaitu Garis Panduan Tatacara Penggunaan Web Dan Mel di Agensi-Agensi Kerajaan.

Jabatan ketiga ialah Bahagian Khidmat Masyarakat. Jabatan ini mempunyai satu garis panduan sahaja, iaitu Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ.

Jabatan keempat ialah Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan. Garis panduan jabatan ini ialah Garis Panduan Pembelian Tender/ Sebutharga Secara 'online'.

Jabatan kelima ialah Jabatan Perkhidmatan Bandar. Garis panduan jabatan ini termasuk Garis Panduan Pengurusan Sampah & Penyediaan Tong Sampah; dan Garis Panduan Pengurusan Sampah Pasar Malam & Pasar Pagi.

Jabatan keenam ialah Jabatan Bangunan. Garis panduan untuk jabatan ini ialah Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Bagi Rumah Kediaman/Bangunan Perniagaan Yang Dijadikan Asrama Pelajar.

4.2.3 Perincian Peranan/ Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir MPSJ

Pentadbir MPSJ memikul beberapa tanggungjawab dan memainkan beberapa peranan yang penting. Pentadbir MPSJ perlu mengeluarkan Notis dan Notis Peringatan, menerima dan menjawab surat-surat Jabatan, memasukkan data-data ke dalam sistem komputer, BKPI dan star rating, mengemaskini, menyelaras rekod-rekod Jabatan, kes-kes saman dan bicara, menguruskan Aset / Logistik Jabatan, menguruskan sistem pemfailan dan rekod Jabatan, menguruskan kursus / bengkel untuk kakitangan Jabatan, mengemaskini Laman Web Jabatan serta menyelaras pemantauan bagi Operasi Penurunan Bunting Dan Iklan-Iklan Haram di sekitar kawasan angkat Jabatan.

Terdapat 21 jabatan/bahagian dalam MPSJ. Antaranya termasuk Bahagian Audit Dalam, Jabatan Hasil, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, Bahagian Perkhidmatan Bandar, Sekretariat OSC, Bahagian Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Perancangan Korporat, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Undang-Undang, Sekretariat Pesuruhjaya Bangunan, Bahagian Lanskap dan Bahagian Belia, Sukan Dan Kebudayaan.

Jabatan pertama, iaitu Bahagian Audit Dalam memainkan peranan dalam menentukan sama ada operasi-operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan memastikan bahawa dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang diwajibkan adalah diikuti. Selain itu, Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab mengulangkaji dan menilaikan secara teratur dan sistematik operasi-operasi agensi dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, kekesanan dan ekonomi. Jabatan ini juga perlu mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasioperasi agensi berkenaan dalam bidang-bidang yang memerlukannya atau dalam keadaan di

mana tindakan pembetulan adalah diperlukan.akhirnya, jabatan ini perlu memberi kepada Yang Dipertua laporan-laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya (timely) mengenai operasi-operasi agensi tersebut supaya beliau dapat meninjau akan kedudukan Majlis, bagaimana rancangan dijalankan, matlamat dicapai, wang awam telah digunakan dengan sepatutnya dan sumber diperuntukkan dengan cekap.

Antara Piagam Pelanggan Bahagian Audit Dalam termasuk mengemukakan Laporan Audit kepada Yang Dipertua MPSJ dalam tempoh 1 minggu selepas auditan muktamad dijalankan; membentangkan Laporan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun 4 kali setahun; mengemukakan Laporan Suku Tahun Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat kepada pihak Seksyen Berkuasa Tempatan (SPBT), Pejabat SUK Selangor; 4 kali setahun; dan menjawab surat-surat balasan penerimaan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Jabatan kedua, Jabatan Hasil mempunyai tanggungjawab menyelenggara dan menyediakan laporan hasil dan terimaan kutipan majlis secara keseluruhan mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan untuk tujuan penilaian serta pemerhatian pihak pengurusan majlis dan pihak kewangan negeri termasuk pihak audit. Selain itu, Jabatan Hasil perlu melaksanakan semua aspek peraturan dan kewangan mengikut Arahan Perbendaharaan dan Piagam Pelanggan ke atas semua proses kerja kutipan dan terimaan hasil majlis. Jabatan ini juga memikul tanggungjawab mentadbir dan memantau semua urusan pembayaran dan jenis kutipan hasil pejabat cawangan majlis seperti di Puchong dan Serdang Jaya. Bukan itu sahaja, jabatan ini menyediakan perkhidmatan pembayaran lebih pelbagai serta maklumat umum berkaitan cukai taksiran melalui internet perbankan dan agensi-agensi luar terutama Pejabat Pos Malaysia, Bank Tempatan dilantik, Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dan Pejabat Tanah Dan Galian

( PTDG ) Selangor untuk bil cukai taksiran terkini MPSJ. Jabatan Hasil perlu menguatkuasa tugasan berkaitan kutipan cukai taksiran ke atas semua pegangan harta dalam kawasan perbandaran termasuk tindakan memungut tunggakan cukai (Borang E), waran dan sitaan disamping memupuk sikap bertanggungjawab dikalangan komuniti di dalam kawasan perbandaran. Malah, tugas mengendalikan urusan pembayaran dan pungutan hasil cukai tanah dan pintu / taksiran secara integrasi dikalangan semua Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dan Pejabat Tanah Dan Galian (PTDG) Negeri Selangor sebagai langkah merealisasikan saranan Pihak Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan pembayaran cukai yang lebih mudah dan meluas kepada penduduk Negeri Selangor juga dipikul oleh Jabatan Hasil. Jabatan ini juga menjalankan usaha-usaha inovasi dan peningkatan kualiti perkhidmatan penyampaian terbaik kepada pelanggan serta organisasi terutamanya kaedah saluran pembayaran cukai taksiran yang lebih pelbagai serta bersesuaian dengan kehendak pelanggan seperti pengenalan Kios Mesin Pembayaran Elektronik Bil Cukai Taksiran. Akhirnya, jabatan ini memperkasakan usaha-usaha menjana dan mempertingkatkan sumber hasil bukan cukai majlis sebagai satu aspek penyumbang terimaan hasil selain hasil cukai sedia ada disamping mewujudkan suatu sistem pemantauan dan pelaporan yang lebih seragam, berinformasi, cekap dan berkesan.

Antara Piagam Pelanggan Jabatan Hasil termasuk menguruskan permohonan pembayaran tunggakan cukai pintu secara rundingan dan ansuran mengikut syarat ditetapkan, menerima dan membantu menyelesaikan aduan berkaitan cukai pintu di kaunter konsultasi, memberi maklumbalas surat-surat diterima.

Jabatan yang ketiga ialah Jabatan Bangunan. Jabatan Bangunan dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian pertama, iaitu Bahagian Kelulusan Pelan Dan Kawalan Bangunan menguruskan dan memproses permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan Pindaan Kepada

Pelan Bangunan Bagi Bangunan Baru Dan Tambahan / Ubahsuaian Bangunan Bukan Kediaman; Kelulusan Sijil Layak Menduduki/Sijil Siap Dan Pematuhan 'CCC'; mengurus Permohonan Kelulusan Sijil Pengesahan Menduduki; Kelulusan Permit Billboard, Perniagaan Dan Skim Komuniti Berpagar; dan mengurus Permohonan Kelulusan Lanjutan Tempoh Pelan Bangunan dan Pembaharuan Permit. Bahagian kedua ialah Bahagian Penguatkuasaan & Aduan yang bertanggungjawab menjalankan rondaan dan siasatan bagi kesalahan kacauganggu, salahguna bangunan dan pembinaan tanpa kelulusan; menyelaras / melakukan siasatan awal terhadap aduan-aduan yang diterima berkaintan sebaran pembinaan bangunan; serta menyelaras perlaksanaan kerja-kerja perobohan. Bahagian ketiga ialah Bahagian Pembangunan Bermasalah Dan CCC. Bahagian ini menjalankan pemantauan dan penyelesaian projek-projek bermasalah; dan memantau kepatuhan konsultan dan mengemaskini data sistem CCC. Bahagian keempat ialah Bahagian Pentadbiran Dan Kaunter Bersepadu. Bahagian ini mengurus permohonan kelulusan pelan bangunan dan permit 1hari; mengurus permohonan pelan setara; memberi perkhidmatan konsultansi kepada pelangan; dan mengurus sumber manusia, bajet dan aset jabatan.

Piagam Pelanggan jabatan ini adalah memproses pemohonan kelulusan pelan bangunan dan pindaan kepada pelan kelulusan bagi bangunan baru dan tambahan / ubahsuaian bangunan bukan kediaman dengan syarat permohonan lengkap; memproses permohonan pelan bangunan dan permit sementara kelulusan 1 hari dengan syarat permohonan lengkap; memproses permohonan kelulusan sijil pengesahan menduduki bagi tambahan / ubahsuaian rumah kediaman dan borang F rumah sesebuah dengan syarat permohonan lengkap; memproses permohonan permit sementara iklan billboard / unipole / peniagaan / skim komuniti berpagar dengan syarat permohonan lengkap; memproses permohonan lanjutan tempoh kelulusan dan pembaharuan permit dengan syarat permohonan lengkap; menjalankan prosedur pelaksanaan

tindakan peruntuhan penguatkuasaan bangunan; memproses permohonan pelan setara untuk kerja-kerja kecil rumah kediaman teres dengan syarat permohonan lengkap; memproses dan mengeluarkan surat tuntutan wang cagaran kepada jabatan perbendaharaan, MPSJ dengan syarat permohonan lengkap; memproses pengeluaran permit harian dengan syarat permohonan lengkap; dan mengambil tindakan aduan syarat aduan diterima lengkap.

Jabatan keempat ialah Jabatan Kejuruteraan. Jabatan ini memainkan peranan penting dalam pengurusan kawalan pembangunan infrastruktur daripada proses pengemukaan pelan sehinggalah pengesahan siap kerja di tapak; pengurusan projek-projek menaiktaraf dan penyelenggaraan jalan, perparitan, sistem kestabilan cerun, lampu jalan dan lampu isyarat daripada proses pengukuran di tapak sehinggalah pengesahan siap kerja; pengurusan projek kemudahan awam dan harta-harta Majlis seperti projek Kompleks 3C, Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (3K), kompleks sukan, perpustakaan, pasar, dewan serbaguna, balai masyarakat, kiosk, gerai dan medan selera; penyelenggaraan perabot-perabot jalan seperti papan tanda, garisan jalan dan bonggol jalan; pembangunan projek-projek khas bagi persimpangan bertingkat dan menaiktaraf jalanraya di dalam kawasan Majlis; memantau pembangunan dan penyelenggaraan utiliti dan infrastruktur; menjalankan pemantauan, pengawasan dan penguatkuasaan ke atas pembangunan dan aktiviti pemaju; pemantauan dan perancangan untuk menangani masalah banjir dan sistem kestabilan cerun; dan pengurusan proses pengeluaran permit korek jalan dan kerja-kerja pemantauan.

Jabatan ini memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk membantu dengan layanan yang mesra, cekap dan tepat dalam menjalankan tugasan mengikut piawaian seperti berikut, iaitu aduan kerosakan kecil jalanraya diambil tindakan dalam tempoh 1 hari bekerja; aduan kerosakan lampu isyarat diambil tindakan 1 hari bekerja; aduan kerosakan lampu

jalan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari bekerja; aduan kerosakan longkang diambil tindakan dalam masa 1 hari bekerja; aduan tebing runtuh (keruntuhan kecil) diambil tindakan dalam tempoh masa 1 hari bekerja; permohonan permit mengorek jalan diluluskan dalam tempoh masa 2 hari bekerja; permohonan bonggol diproses/diputuskan dalam tempoh masa 14 hari bekerja; permohonan kelulusan pelan-pelan jalan dan perparitan dan lampu jalan diluluskan dalam tempoh masa 14 hari bekerja; dan permohonan kelulusan pelan-pelan kerja tanah diluluskan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Jabatan kelima ialah Jabatan Kesihatan. Jabatan ini berfungsi menjalankan sistem penggredan premis makanan bagi memastikan makanan yang dijual adalah selamat bagi semua perniagaan yang berkaitan dengan makanan; meningkatkan tahap kualiti aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan kebahayaan yang berkaitan dengan vektor pembawa penyakit dan vektor kacau ganggu; menjalankan pemeriksaan dan ulasan kesihatan bagi premis sensitive seperti taska/tadika/pusat jagaan, salun, spa, rumah urut, hotel dan lain-lain premis; dan merancang dan melaksanakan aktiviti kesihatan persekitaran seperti program anti-tembakau, penguatkuasaan kebersihan tandas, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemantauan kualiti air minum dan rekreasi.

Jabatan ini komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berjanji melaksanakan tugas-tugas piawaian seperti menangani semua jenis aduan dalam tempoh 10 hari bekerja; melulus dan mengeluarkan lesen anjing (bagi permohonan yang mematuhi syarat) sertamerta; dan menjawab Surat-Menyurat dalam 3 hari.

Jabatan keenam ialah Jabatan Khidmat Pengurusan. Jabatan ini merangkumi empat bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran Am, Sumber Manusia, Urusetia dan Latihan dan Peperiksaan. Jabatan Khidmat Pengurusan berfungsi menguruskan perolehan secara efektif bagi

mencapai dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dengan mengenalpasti keperluan bekalan pejabat dan membuat perancangan pembelian dari segi kos dan kuantiti; menyediakan Borang Pesanan/Obligasi dan mendapatkan tandatangan sokongan dari ketua jabatan; menguruskan permohonan penggunaan logistik iaitu dengan mengenalpasti lokasi, tujuan, tarikh, dan jenis peralatan yang diperlukan; menguruskan permohonan penggunaan kenderaan rasmi majlis yang digunakan secara gunasama oleh jabatan-jabatan iaitu dengan memastikan penggunaan mengikut tarikh, tujuan, lokasi dan jenis kenderaan beserta pemandu; menguruskan mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat majlis iaitu dengan memastikan bilik mesyuarat dan semua peralatan untuk digunakan semasa mesyuarat lengkap dan sedia untuk digunakan; menguruskan permohonan perjawatan kakitangan baru, pengesahan jawatan kakitangan tetap dan penyediaan dokumen persaraan kakitangan yang akan bersara; menguruskan kebajikan kakitangan seperti permohonan kuarters, perubatan, insuran berkelompok dan pinjaman pendidikan dan perumahan kakitangan; dan menguruskan kursus, latihan dan seminar kepada kakitangan bagi melengkapkan diri agar menjadi pekerja yang cemerlang. Setiap kakitangan dikehendaki menjalani kursus, latihan dan seminar sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

Antara Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk memproses borang pesanan pembelian tempatan (LO) dalam 14 hari; meluluskan permohonan penggunaan logistic dalam 7 hari; menguruskan pengesahan jawatan kakitangan bertaraf tetap setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam 1 bulan; menguruskan dokumen persaraan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum mencapai umur persaraan dalam 3 bulan; menyediakan keperluan kursus/latihan sebelum tarikh pelaksanaan dalam 7 hari; dan mengedarkan minit-minit mesyuarat selepas mesyuarat diadakan dalam 7 hari.

Jabatan ketujuh ialah Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan. Jabatan ini berfungsi mengurus dan melaksanakan sistem 'online' iaitu pendaftaran kontraktor dan penjualan dokumen; menyelaras penyediaan dokumen tender dan sebutharga bagi kerja bina, bekalan dan perkhidmatan; menguruskan peti tender dengan memastikan peti tender ditutup dan dibuka pada waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pembuka Peti yang dilantik; menyelaras penyediaan laporan Penilaian Tender/ Sebutharga oleh Jawatankuasa Penilaian yang dilantik; mengurus pengeluaran surat tawaran dan surat setujuterima kepada kontraktor bagi kerja-kerja bina projek Majlis; menguruskan penyediaan Dokumen Kontrak; membuat pengesyoran bayaran bagi kerja-kerja bina projek Majlis; menyediakan dokumen perubahan kerja (V.O) untuk pengesahan harga; mengurus dan mengadakan Lawatan Serah Tapak bagi projek yang telah disiapkan dan mengeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC); mengeluarkan Sijil Membaiki Kecacatan (CMGD) selepas tamat tempoh Tanggungan Kecacatan; menyediakan Sijil Perakuan Muktamad (Final Account); dan mengumpulkan data prestasi kerja kontraktor (penggredan) bagi kerja-kerja Majlis.

Komitmen jabatan ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk membantu dengan layanan yang mesra, cekap dan tepat dalam menjalankan tugasan mengikut piawaian seperti menguruskan pengesahan Pendaftaran Kontraktor secara online dalam 3 hari; menyediakan surat tawaran dan setuju terima kepada kontraktor yang berjaya setelah minit mesyuarat sebutharga/ tender dikeluarkan dalam 3 hari; menguruskan proses pengesyoran dan pengeluaran sijil perakuan pembayaran kepada kontraktor dalam 3 hari; dan menjawab surat-surat balasan penerimaan dalam 3 hari.

Jabatan kelapan ialah Bahagian Perkhidmatan Bandar. Jabatan ini berfungsi menjalankan aktiviti pengawalan dan penyeliaan terhadap perkhidmatan perbandaran supaya kawasan Majlis

sentiasa bersih dan indah; mengawal dan mencegah punca pencemaran; dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

Bahagian Perkhidmatan Bandar berjanji akan berusaha meningkatkan taraf kebersihan dan keindahan persekitaran di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya ke tahap yang terbaik melalui perancangan, pelaksanaan dan pengawasan yang dinamik dan menyeluruh. Jabatan ini berjanji akan menyiasat aduan berkaitan pembersihan kawasan dan pencemaran berkaitan alam sekitar dalam 3 hari bekerja; dan mengawal selia perkhidmatan penyelenggaran sisa pepejal dan pembersihan kawasan di bawah tanggungjawab Alam Flora Sdn. Bhd.

Jabatan kesembilan ialah Sekretariat OSC. Jabatan ini berfungsi melibatkan permohonan pembangunan tanah (serentak pecah sempadan dan tukar syarat serta penyerahan dan pemberimilikan semula), kebenaran merancang, pelan bangunan dari pemohon ke Pejabat Tanah dan jabatan-jabatan dalaman dalaman MPSJ serta jabatan/ agensi teknikal luaran yang berkaitan; mengedarkan keputusan rasmi perakuan Mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Agensi Teknikal berkaitan dan Pentadbir Tanah Daerah; memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Mesyuarat Majlis Penuh, MPSJ; menyediakan laporan rekod-rekod permohonan; mengkaji & menganalisa masalah permohonan yang diterima & membuat syor penambahbaikan bagi mempertingkatkan pelaksanaan OSC; dan melapor status pemohonan ke Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri. Sekretariat OSC berjanji untuk memproses permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan Sijil Layak Menduduki mengikut Garis Panduan OSC KPKT dan memastikan projek-projek rekabentuk Majlis dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan kakitangan Majlis. Antara jenis permohonan termasuk permohonan kelulusan kebenaran merancang untuk pendirian bangunan; permohonan kelulusan kebenaran merancang

untuk pelan pembangunan; permohonan kebenaran merancang membuat perubahan matan kegunaan tanah; permohonan kebenaran merancang membuat perubahan matan kegunaan bangunan; permohonan perlanjutan kebenaran merancang; permohonan pengesahan pelan praperhitungan; permohonan nama taman, nama bangunan dan pelan alamat (nama jalan dan nombor bangunan); permohonan kelulusan penukaran penukaran nombor bangunan; permohonan kelulusan pembangunan tanah secara serentak; permohonan kelulusan kerja tanah; permohonan kelulusan pelan jalan, perparitan dan lampu jalan; permohonan kelulusan pelan bangunan dan pindaan kepada pelan kelulusan bagi bangunan baru dan tambahan/ubahsuaian bangunan bukan kediaman; permohonan kelulusan sijil layak menduduki; permohonan kelulusan pelan/pindaan kepada pelan kelulusan bagi tambahan/ubahsuian rumah kediaman sediada; permohonan kelulusan lanjutan tempoh kelulusan; permohonan kelulusan permit sementara pembinaan dan struktur telekomunikasi; permohonan kelulusan permit sementara pembinaan papan iklan (billboard dan unipole) dan permit sementara perniagaan; permohonan kelulusan pelan landskap Penerimaan perakuan berperingkat (borang g1-g21) dan perakuan penyiapan dan pematuhan (ccc) borang f. Jabatan yang kesepuluh ialah Bahagian Pelesenan. Fungsi Bahagian Pelesenan termasuk memproses semua permohonan lesen perniagaan dan iklan; memproses semua permohonan lesen tadika dan taska; memproses semua permohonan lesen hiburan dan tempat hiburan; memproses semua permohonan lesen gerai; memproses permohonan pembaharuan lesen; memproses permohonan permit-permit sementara, penjaja, iklan (sepanduk, bunting, papan tanda sementara, iklan luaran dan permit sementara hiburan); memproses semua permohonan lesen pasar basah; memproses semua permohonan lesen pasar pagi; dan memproses semua permohonan lesen pasar malam.

Antara Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk kelulusan permohonan Lesen Perniagaan Dan Iklan dengan serta-merta; kelulusan permohonan Lesen Perniagaan Dan Iklan (Memerlukan Ulasan Jabatan Teknikal) dalm 14 hari; kelulusan permohonan Lesen Hiburan Dan Tempat Hiburan dalam 30 hari, kelulusan Permohonan dan Pengeluaran Lesen Gerai dalam 30 hari, kelulusan Permohonan Permit Sementara seperti iklan, kiosk, penjaja, hiburan dan perniagaan dalam 5 hari; kelulusan Permohonan Pembaharuan Lesen dengan serta-merta; dan permohonan Tuntutan Cagaran Dan Pembatalan Lesen dalam 5 hari.

Jabatan yang kesebelas ialah Jabatan Penguatkuasaan. Jabatan ini memainkan peranan menguruskan aduan pada peringkat penerimaan, siasatan dan seterusnya laporan siasatan; menguruskan notis amaran, bangunan dan kacauganggu dari tahap pengeluaran sehingga susulan; menguruskan notis tawaran kompaun pada peringkat pengeluaran, penyampaian dan seterusnya perekodan; menguruskan aktiviti rondaan pada peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan seterusnya penilaian hasil; menguruskan aktiviti operasi pada peringkat risik, perancangan, penyelarasan, perlaksanaan, pemantauan kerja dan seterusnya penilaian hasil; menguruskan aktiviti bantuan kepada jabatan lain yang memerlukan bantuan penguatkuasaan samada dari segi anggota atau kenderaan; menguruskan rekod-rekod pejabat seperti borang kedatangan, borang lebih masa, pendaftaran notis dan aduan; menguruskan hal ehwal pentadbiran seperti permohonan cuti, penjadualan kerja, tuntutan kerja lebih masa, suratmenyurat, mesyuarat, kertas-kertas kerja dan semboyan; menguruskan hal ehwal stor bekalan jabatan seperti bekalan peralatan dan pakaian kepada anggota; menguruskan hal ehwal kenderaan jabatan seperti perjadualan, penggunaan, guna sama antara jabatan dan penyelenggaraan minor; dan mengawal dan menyampaikan maklumat kepada jabatan lain menerusi Unit Semboyan jabatan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas utama jabatan lain yang memerlukan tindakan segera.

Jabatan Penguatkuasaan berjanji dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cekap didalam menjalankan tugas-tugas mengikut piawaian yang berikut, seperti Melaksanakan rondaan dan kawalan harian; menguruskan aduan dalam tempoh 7 hari; mengeluarkan notis amaran / kacauganggu secara serta-merta; mengeluarkan notis tawaran kompaun dengan serta-merta; mengawal lalulintas setiap hari; sitaan dan kompaun ke atas halangan secara serta-merta; dan memindahkan kereta buruk / tinggal dalam tempoh 3 hari.

Jabatan ke-12 ialah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta. Jabatan ini berfungsi menyediakan Senarai Nilaian mengikut peruntukan Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171); menjalankan kerja-kerja pindaan kepada Senarai Nilaian mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dari masa ke semasa; menjalankan kerja-kerja penilaian semula ke atas semua pegangan berkadar sekurang-kurangnya setiap lima tahun sekali dengan kelulusan pihak berkuasa negeri; menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas harta-harta milik Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun bagi menuntut Caruman Membantu Kadar; mengendalikan proses pendengaran bantahan; menetapkan kadar-kadar cukai bagi semua jenis pegangan; memproses permohonan remisi terhadap bangunan-bangunan yang tidak diduduki dan tidak dapat disewakan; memproses permohonan pindahmilik cukai taksiran; memproses permohonan tukar alamat pos untuk bil cukai taksiran; menjalankan kajian dari aspek viabiliti dan bentuk sumbangan kepada Majlis bagi projek penswastaan; menjalankan urusan pembelian dan pelupusan harta tanah; menguruskan aset tetap milik MPSJ dari segi penyelenggaraan, penyewaan, kebersihan bangunan, rekod dan daftar harta; menguruskan penyerahan kontrak dan pemantauan kerja-kerja penjagaan kebersihan bangunan oleh kontraktor yang dilantik bagi premis Majlis seperti Pejabat Tunda, Tandas Awam; Medan Selera, Pasar Awam, Kompleks 3C dan Kuarters Permata Sari; menguruskan permohonan tanah-tanah kerajaan bagi maksud pemberimilikan, Lesen Menduduki Sementara atau pewartaan serta

menguruskan hal ehwal tanah bagi kepentingan MPSJ; menguruskan pengambilan polisi insurans kebakaran, semua risiko dan tanggungan bagi aset tetap MPSJ serta mengurus perkaraperkara yang bersangkutan tuntutan insurans; menguruskan hal ehwal kuarters dari segi pemantauan aduan, pengeluaran bil air semasa, penyerahan dan pemulangan kunci / kad akses dan lain-lain yang berkaitan dengan kuarters; menguruskan pendaftaran dan penyewaan Rumah Peranginan dan Rumah Rakyat (Council Homes); menguruskan penyediaan bekalan dan perkhidmatan seperti pewangi udara, sanitizer, sanitari bin, gubahan bunga hidup / tiruan, papan tanda dan kawalan serangga mengikut jadual bulanan; dan menguruskan proses pembayaran berkaitan dengan perkhidmatan, pengurusan dan utiliti seperti TNB, SYABAS, Indah Water Konsortium dan Syarikat Perbadanan Pengurusan.

Komitmen Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan tugas-tugas mengikut piawaian. Bahagian penilaian memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan tugas-tugas mengikut piawaian berikut, iaitu menguruskan permohonan mendapatkan carian rasmi dalam 7 hari bekerja; menguruskan permohonan mendapatkan carian persendirian secara serta-merta; meluluskan permohonan Pindahmilik dan Tukar Alamat Surat-Menyurat Bil Cukai Taksiran (Sekiranya Lengkap) dalam 1 hari; menghantar Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian kepada pemilikpemilik yang terlibat dalam tempoh tidak kurang daripada 1 bulan sebelum tarikh Cukai Taksiran dikuatkuasakan; mengadakan Mesyuarat Pendengaran Bantahan selepas Notis Pindaan dikeluarkan dalam 2 bulan; dan menghantar surat keputusan bantahan kepada pemilik-pemilik yang terlibat selepas Mesyuarat Pendengaran Bantahan dalam 1 bulan. Bahagian Pengurusan Harta pula mempunyai piagam pelanggan seperti menjalankan lawatan pemeriksaan tapak ke Tandas Awam, Medan Selera, Pasar Awam, Kuarters Permata Sari dan aset-aset tetap lain bagi mengawalselia kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor yang dilantik melalui proses sebutharga /

tender setiap minggu; mengemukakan permohonan tanah bagi maksud Pemberimilikan, Lesen Menduduki Sementara (TOL) dan Penswastaan dari tarikh permintaan permohonan dibuat dalam tempoh 14 hari; menguruskan penyewaan bagi mendapatkan bangunan / ruang untuk Majlis menyewa atau bangunan / ruang majlis untuk disewakan dari tarikh tutup iklan dalam tempoh 30 hari; memproses permohonan, pendaftaran dan kemasukan ke Rumah Rakyat "Council Homes" dari tarikh permohonan dikemukakan dalam 7 hari; mencetak bil tuntutan sewaan kepada penyewa dari tarikh bil diproses dalam sehari; dan mengeluarkan bil air semasa bagi Kuarters Kakitangan dan Medan Selera dari tarikh bacaan meter diambil dalam dua hari.

Jabatan ke-13 ialah Jabatan Perancangan Bandar. Jabatan ini mempunyai tanggungjawab memproses permohonan kebenaran merancang berdasarkan kaedah kawalan perancangan, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); menguatkuasakan peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bagi aktiviti salahguna tanah dan salahguna bangunan; melaksanakan program pemutihan kilang tanpa kebenaran; menyediakan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Stuktur dan Rancangan Tempatan mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, (Akta 172); menyediakan dan menyelaras Program Local Agenda 21 (LA 21), Bandar Selamat dan Laporan Petunjuk Bandar Mampan melalui MURNINET; mengemaskini dan menyelaras pangkalan data GIS serta maklumat pembangunan majlis; menyelaras perkhidmatan pengangkutan awam; dan menjalankan pemantauan dan penyelesaian aduan awam.

Jabatan ini memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berjanji akan melaksanakan tugastugas piawaian seperti memproses Permohonan Kelulusan Kebenaran Merancang untuk Pendirian Bangunan dalam 30 hari; memproses Permohonan Kebenaran Merancang untuk pelan Pembangunan dalam 30 hari; memproses Permohonan Kelulusan Kebanaran Merancang untuk

Menukar Syarat, Memecah Sempadan dan Mencantum Tanah dalam 14 hari; memproses Permohonan Kelulusan Kebenaran Merancang untuk membuat Perubahan Matan Kegunaan Tanah dalam 30 hari; memproses Permohonan Kelulusan Kebenaran Merancang untuk membuat Perubahan Matan Kegunaan Bangunan dalam 30 hari; memproses Permohonan Kelulusan Perlanjutan Tempoh Kebenaran Merancang dalam 14 hari; memproses Permohonan Pengesahan Pelan Pra Hitungan dalam 14 hari; memproses Permohonan Kelulusan Nama Taman, Nama Bangunan dan Pelan Alamat (nama jalan dan nombor bangunan) dalam 14 hari; memproses Permohonan Kelulusan Penukaran Nombor Bangunan dalam 14 hari; menyediakan Laporan Rancangan Pemajuan dan lain-lain laporan mengenai perancangan bandar dalam tempoh yang ditetapkan dalam asas rujukan; membantu pengumpulan maklumat-maklumat perancangan dan gunatanah yang diminta oleh agensi awam/swasta, orang awam dan pelajar; dan menjual peta, pelan dan bahan-bahan bercetak yang berkaitan.

Jabatan ke-14 ialah Jabatan Perancangan Korporat. Jabatan Perancangan Korporat merangkumi enam bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Kualiti; Bahagian Perhubungan Awam; Bahagian Penerbitan; Bahagian Khidmat Pelanggan; Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan; dan Bahagian Khidmat Masyarakat. Jabatan ini berfungsi membentuk imej korporat dan Budaya Kerja Cemerlang melalui pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh, 'Perfomance Management'. dan penerapan 'Good Governance; meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan menerusi pengurusan aduan dan perkhidmatan pelanggan yang mesra, cekap dan berintegriti; menjadi saluran maklumat rasmi kepada pelanggan; memperkasa penyampaian perkhidmatan organisasi menerusi penyelidikan dan pembangunan.

Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk menerima dan mengedarkan aduan kepada Jabatan / Bahagian dalam sehari; memberikan Surat Akuan Terima secara serta-merta; memberikan Surat

Maklumbalas Status Aduan kepada pengadu dalam 14 hari; menjalankan Pertukaran status selesai kepada tutup dalam tempoh 3 hari; memberikan Surat Maklumbalas Penutupan Aduan dalam 3 hari; dan menjawab surat-surat balasan penerimaan dalam 3 hari. Pergurusan Aduan Hotlaine pula mempunyai piagam pelanggan seperti menjawab panggilan telefon dalam 3 kali deringan; dan membuat siasatan aduan ke lokasi.

Jabatan ke-15 ialah Jabatan Perbendaharaan. Jabatan ini berfungsi menyediakan Belanjawan Tahunan; menguruskan Pembayaran kepada Pembekal dan Kontraktor; membayar Gaji dan Elaun kakitangan; menyediakan Penyata Kewangan Majlis; dan menyelenggara Sistem Tempat Letak Kereta.

Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk mengeluarkan cek bayaran tuntutan oleh kontraktor dengan dokumen sokongan yang lengkap dalam 14 hari; meluluskan permohonan Pas Bulanan Letak Kereta secara serta-merta; meluluskan permohonan Pelekat Kereta Kawasan Kediaman; dan meluluskan permohonan Petak Khas Letak Kereta dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam 7 hari.

Jabatan ke-16 ialah Jabatan Teknologi Maklumat. Fungsi Jabatan Teknologi Maklumat adalah untuk merancang hala tuju ICT MPSJ; merancang dan membangunkan infrastruktur dan infostruktur ICT; merancang tindakan pencegahan pencerobohan keselamatan ICT; merangka, melaksanakan dan memantau keselamatan teknologi; melaksana dan mengurus projek dan program ICT; mengurus dan menilai rekod data elektronik; melaksanakan pemeriksaan aset dan inventori fizikal dan logikal ICT; merancang dan melaksana penyenggaraan ICT secara berkala; menganalisa pencapaian dan keperluan teknologi; merangka dan melaksanakan dasar ICT mengikut keperluan dan arahan dari masa ke semasa; mengurus dan bertindak sebagai bantuan

sokongan; memberi khidmat nasihat berkaitan ICT; dan merancang pembangunan knowledge worker.

Jabatan Teknologi Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar untuk memberi perkhidmatan pengkomputeran MPSJ kepada pelanggan seperti mengambil tindakan ke atas setiap aduan ICT MPSJ dalam tempoh satu jam; melaksanakan penyenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) perkakasan komputer sebanyak 4 kali setahun; memastikan downtime system ICT tidak melebihi 2 jam; dan memproses permohonan fasiliti ICT MPSJ serta-merta atau dalam tempoh tidak melebihi 14 hari tertakluk kepada jenis permohonan.

Jabatan ke-17 ialah Jabatan Undang-Undang. Jabatan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Bahagian Pendakwaan; Bahagian Khidmat Nasihat, Perundangan Dan Litigasi Sibil; dan Bahagian Pentadbiran Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk menetapkan kadar kompaun bagi setiap notis tawaran mengkompaun suatu kesalahan secara serta-merta; menyemak dokumen perundangan dan memastikan dokumen yang lengkap dan teratur dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan dokumen tertakluk kepada dokumen lengkap dan teratur; meluluskan rayuan pengurangan kadar kompaun dari tarikh Notis Tawaran Mengkompaun dikeluarkan dalam masa 60 hari dari tarikh notis tawarn mengkompaun dikeluarkan; menjawab surat menyurat dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan surat; dan menjalankan Tindakan Pendakwaan dari tarikh Notis Tawaran Mengkompaun dikeluarkan selepas 9 hari dari Notis Tawaran Mengkompaun dikeluarkan tertakluk kepada kertas siasatan lengkap. Jabatan ke-18 ialah Sekretariat Pesuruhjaya Bangunan. Bahagian Sekretariat Pesuruhjaya Bangunan adalah sebuah bahagian yang bertanggungjawap bagi urusan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663). Akta ini mula berkuatkuasa mulai 12 April 2007. Fungsi Bahagian ini termasuk

mewujudkan, menyenggara dan mengemaskini maklumat pemajuan berstrata; menjaga perlaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663) dan Bahagian VI dan VII Akta Hakmilik Strata (Akta 318); memastikan pemaju mengadakan mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC); menguruskan pendaftaran dan pengeluaran sijil JMB; menguruskan aduan berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan harta bersama; memberi Khidmat nasihat kepada pemaju JMB / MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama; dan memberi taklimat / penerangan berkenaan Akta 663 dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan JMB / MC.

Antara Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk menjawab Surat Menyurat dalam 3 hari bekerja; memaklumbalas aduan dalam 7 hari bekerja; menyemak Akuan Teraudit dalam 14 hari bekerja; menyediakan Sijil Pendaftaran JMB dalam 14 hari bekerja; dan mengeluarkan surat membayar tunggakan caj kepada pemilik yang mempunyai tunggakan dalam 14 hari bekerja.

Jabatan ke-19 ialah Bahagian Lanskap. Fungsi Jabatan ini adalah untuk menjalankan aktiviti pengawalan dan penyeliaan terhadap perkhidmatan perbandaran supaya kawasan Majlis sentiasa bersih dan indah; mengawal dan mencegah punca pencemaran; dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan. Piagam Pelanggan jabatan ini pula termasuk meluluskan permohonan pelan Landskap dalam 10 hari bekerja.

Jabatan ke-20 ialah Jabatan Belia, Sukan Dan Kebudayaan. Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk menyelesaikan urusan sewaan Kompleks 3K MPSJ, Serdang raya dalam sehari; menyelesaikan urusan sewaan Dewan Serbaguna MPSJ dalam sehari; menyelesaikan urusan sewaan Kompleks Sukan MPSJ, Subang Jaya dalam sehari; menyelesaikan urusan sewaan Stadium Tertutup MPSJ, serdang Jaya dalam sehari; menyelesaikan urusan sewaan Laman Sukan MPSJ, USJ 14, Subang Jaya dalam sehari; menyelesaikan urusan sewaan Pakej Persembahan

Kebudayaan dalam sehari; menyelesaikan urusan penggunaan padang- padang permainan dalam sehari; dalam sehari; menyelesaikan urusan penggunaan Laman Sukan MPSJ, USJ1, Subang Jaya dalam sehari; menyelesaikan urusan Tuntutan Cagaran bagi Sewaan Kompleks 3K, Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan, Stadium Tertutup, Laman Sukan dan Padang- padang Awa dalam 30 hari; melaksanakan Program Rakan Muda dalam 7 hari; melaksanakan Program dan Acara Sukan dalam 7 hari; melaksanakan Program Pembangunan Sukan dalam 7 hari; melaksanakan Program Mesra Rakyat dalam 7 hari; melaksanakan Program Kebudayaan dan Kesenian dalam 7 hari; melaksanakan Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam 7 hari; melaksanakan Program Anak Angkat Sukan dalam 7 hari; menguruskan Penggunaan Peralatan Sukan, Rakan Muda, Muzik dan Sistem Siaraya dalam sehari; dan menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan sukan (Dewan Serbaguna, Stadium, Kompleks Sukan, Laman Sukan, Padangpadang Awam) dalam 30 hari.

4.2.4 Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan Ahli-ahli Majlis: Pengurusan dan kawalan pembangunan MPSJ untuk ahli-ahli majlis adalah melalui perlantikan oleh kerajaan negeri seksyen 4 mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) menetapkan syarat bagi perlantikan ahli-ahli majlis. Jumlah ahli yang dilantik tidak boleh melebihi 25 orang. Ahli-ahli majlis tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran atau dari kalangan ahli politik. Perkhidmatan tersebut bertempoh 3 tahun dan boleh dilantik semula. Keanggotaan adalah dari kalangan ketua Jabatan perikat negeri dan wakil parti politik. Bagi MPSJ, peranan ahli-ahli majlis dilaksanakan oleh Lembaga Pelantikan. Peranan pertama ialah berfungsi menasihati Datuk bandar dan dilantik oleh DYMM, Yang Dipertuan Agong dengan nasihat menteri. Peranan kedua ialah tidak boleh masuk campur dalam urusan pentadbiran tetapi boleh menjadi pengerusi, jawatankuasa atau ahlinya untuk tugasan spesifik atau umum. Peranan ketiga ialah Sistem Jawatankuasa dibentuk dibawah Seksyen 28 Akta Kerajaan Tempatan 1976, diguna pakai dalam Pentadbiran Kerajaan Tempatan.

Jawatankuasa Penduduk (JKP): Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ telah ditubuhkan pada 10 Februari 2001 dan merupakan PBT yang pertama di Malaysia yang melaksanakan konsep hubungan 2 hala antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan dengan harapan agar suara penduduk dapat disampaikan kepada pihak pengurusan MPSJ melalui wakil JKP yang telah dilantik secara rasminya untuk tempoh 2 tahun bagi 1 sesi.

Setelah persempadanan semula dijalankan, Zon JKP yang dulunya menpunyai 29 zon telah dikecilkan menjadi 24 Zon sahaja. Pembahagian 24 Zon JKP ini merangkumi hampir 540,000 orang penduduk di seluruh kawasan pentadbiran MPSJ meliputi 4 kawasan iaitu DUN Subang, DUN Kinrara, DUN Sri Serdang dan DUN Seri Kembangan dengan keluasan 161.8 km. Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk hendaklah tidak kurang dari 10 orang dan tidak melebihi 15 orang jumlahnya. Antara jawatan yang wujud dalam struktur pentadbiran Jawatankuasa Penduduk adalah Pengerusi (Ahli Majlis), Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Kecil.

4.3

Peranan Majlis Perbandaran Subang Jaya Dalam usaha membangunkan bandar Subang Jaya, MBSJ berperanan besar daripada segi

ekonomi, kemasyarakatan, kebajikan dan keagamaan. 4.3.1 Ekonomi Majlis Perbandaran Subang Jaya melibatkan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil kepada penguasa tempatan serta memesatkan ekonomi setempat. Kiosk disediakan kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Subang Jaya, Puchong dan Seri Kembangan dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan. Pemberian lesen juga dipermudahkan. Kiosk tersebut beroperasi selama 19 jam, iaitu dari pukul 6.00 pagi hingga 1.00 pagi pada hari yang seterusnya. Selain itu, Pasar Pagi & Pasar Malam juga disediakan di Subang Jaya, Puchongm Kinrara dan Serdang/ Seri Kembangan. Pasar Pagi dan Pasar Malam ialah mana-mana tempat di mana menjaja dibenarkan pada waktu malam atau pagi pada setiap hari atau hari-hari dan masa tertentu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa melesen. Pemegang lesen menjaja terdiri daripada manamana orang yang memegang lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil. Mana-mana ruangan yang ditandakan oleh Pihak Berkuasa Melesen di mana makanan, minuman atau barang dari apa-apa jenis boleh dijual atau didedahkan untuk jualan. Datuk Bandar, Yang Dipertua, Setiausaha sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua mempunyai hak untuk meluluskan lesen. Undang-undang kacil yang digunapakai pula adalah Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007. Undang-undang kecil ini mula berkuatkuasa pada 19 Julai 2007.

Bukan itu sahaja, MPSJ juga meluluskan beberapa kawasan perindustrian. Perindustrian memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi tempatan. Antara kawasan perindustrian di Subang Jaya termasuk Kawasan Perindustrian Subang Hi-Tech, Kawasan Perindustrian Sime UEP, Kawasan Perindustrian Subang USJ1/ Sg. Penaga dan Kawasan Perindustrian SS13 dan PJS11. Di Puchong pula, kawasan perindustrian termasuk Kawasan Perindustrian Bukit Tandang, Kawasan Perindustrian Kinrara, Kawasan Perindustrian Bandar Bukit Puchong, Kawasan Perindustrian Puchong Seksyen 1, Kawasan Perindustrian Puchong Utama dan Kawasan Perindustrian Pusat Bandar Puchong. Kawasan perindustrian di Seri Kembangan termasuk Kawasan Perindustrian Taman Bukit Serdang Sek. 7, 8 dan 9, Kawasan Perindustrian Taman Bukit Serdang Sek. 14 dan Kawasan Perindustrian Taman Serdang Jaya.

4.3.2 Kemasyarakatan Kemasyarakatan merupakan fungsi yang memberi faedah kepada semua. Ini termasuk usaha mewujudkan keadaan ekologi yang seimbang seperti perancangan guna tanah yang optimum dan mengadakan keadaan landskap yang baik serta menyediakan kawasan rekreasi yang baik iaitu mewujudkan kemudahan-kemudahan sosial yang mencukupi untuk membolehkan penduduk menjalankan beriadah. Program Pembangunan Masyarakat yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasan pentadbiran MPSJ melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat. MPSJ juga berfungsi menangani aduan orang ramai mengenai isu kutipan sampah berjadual, aduan tentang anjing liar, pencemaran oleh kilang-kilang, jadual potongan rumput dan sebagainya. MPSJ juga mengadakan latihan senaman aerobik setiap Sabtu pada 7.30 hingga 8.00 pagi yang dipimpin oleh seorang jurulatih untuk penduduk setempat. Latihan senaman aerobik ini adalah percuma dan dapat pisertai oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, terdapat beberapa kemudahan awam yang disediakan untuk masyarakat setempat seperti Kompleks 3C (Children Creativity Centre) yang dibangunkan bagi memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab MPSJ kepada masyarakat dalam pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan kreatif bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Kompleks 3C juga menyediakan segala aktiviti dan program yang boleh menambahkan lagi kebolehan dan kemahiran kanak-kanak yang mana tidak terdapat di mana-mana tadika dan taman bimbingan kanak-kanak lain di Subang Jaya. Kompleks 3C merupakan projek pembangunan "unique" bagi kanak-kanak di Malaysia yang menyediakan prasarana ruang dan masa bagi perkembangan mental , fizikal , dan intelektual kanak-kanak. Secara tidak langsung ianya berguna bagi menyekat masalah dan isu sosial di kalangan remaja sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Seterusnya, Majlis Perbandaran Subang Jaya menyediakan Stadium Tertutup MPSJ. Stadium Tertutup MPSJ yang terletak di Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor menyediakan kemudahan bersukan seperti gelanggang badminton, bola tampar, squash, bola jaring, bola keranjang, ping-pong dan sepak takraw untuk kemudahan masyarakat Subang Jaya. Kemudahan tersebut memudahkan masyarakat bersukan dan beriadah.

Di samping itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya turut menyediakan Perpustakaan Hipermedia. Perpustakaan ini berfungsi sebagai Pusat Pembelajaran yang menjadi tempat rujukan dan akses kepada pelbagai maklumat. Perpustakaan hypermedia juga merupakan Pusat Maklumat kerana merupakan tempat pengumpulan, penyebaran dan pengaksesan maklumat yang pelbagai. Malah, perpustakaan ini ialah Pusat Penyelidikan. Perpustakaan ini ialah tempat rujukan untuk pengguna yang ingin mendapatkan maklumat bagi tujuan penyelidikan. Akhirnya, perpustakaan berfungsi sebagai Pusat Rekreasi. Perpustakaan sebagai tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti riadah. Perpustakaan Hipermedia ini mempunyai beberapa objektif tertentu,

iaitu untuk menanam dan memupuk tabiat membaca dikalangan masyarakat awam agar menjadi masyarakat berilmu dan celik IT; mengaplikasikan teknologi terkini sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisien; dan memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.

4.3.3 Kebajikan

Majlis Perbandaran Subang Jaya memainkan peranan yang penting dalam kebajikan penduduk setempat. Ini termasuklah perlindungan individu daripada pelbagai bahaya yang boleh dikaitkan dengan kesihatan awam, harta benda atau perkhidmatan pembersihan.antaranya ialah penularan wabak denggi.

Dalam memainkan peranan menjaga kebajikan dan kesihatan penduduk, MPSJ telah mengadakan kawalam vektor. Unit Vektor bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menilai semua aktiviti bagi mengawal dan mencegah penyakit bawaan vektor iaitu penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah. Tindakan yang dijalankan adalah berdasarkan kes demam denggi/ demam denggi berdarah yang dilaporkan oleh hospital/klinik dan hasil kajian aedes yang dijalankan di sesuatu kawasan.

Malah, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) juga dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu meringankan beban tanggungan keluarga, membina keupayaan dan menjana pendapatan keluarga miskin dan miskin tegar di bandar. Penduduk yang miskin dan miskin tegar dapat meminta bantuan kewangan melalui program ini.

4.3.4 Keagamaan

MPSJ juga memainkan peranan penting dalam memajukan bidang keagamaan. Banyak tempat ibadat didirikan dan diselenggara oleh pihak MPSJ seperti masjid, kuil, gereja dan tokong Buddha. Selain itu, MPSJ juga bertanggungjawab dalam menyediakan program-program keagamaan bagi masyarakat Subang Jaya. Contohnya projek `Cyber Mosque MPSJ. Projek ini adalah usahasama MPSJ dan Masjid Al-Falakh USJ . MPSJ berhasrat supaya peranan, fungsi serta kepentingan institusi masjid bukan hanya dilihat sebagai sebuah pusat ibadat tetapi juga bersifat global. Begitu juga dengan rumah ibadat lain seperti Tokong Buddha yang terletak di SS13. MPSJ juga berkerjasama dengan pihak Persatuan Buddha Subang Jaya dalam menjalankan aktiviti keagamaan tersebut.

Selain daripada itu, MPSJ juga memainkan peranannya semasa sambutan majlis perayaan keagamaan. Contohnya semasa sambutan Hari Raya Haji, pihak MPSJ turut sama melakukan ibadat korban dan mengagihkan daging korban kepada masyarakat Subang Jaya. Semasa sambutan Hari Wesak pula Pihak MPSJ turut sama menyertai dalam program Bazar Amal.

4.4

Perkembangan Majlis Perbandaran Subang Jaya

Beberapa perancangan penting untuk perkembangan sesebuah organisasi: 4.4.1 Sumber Kewangan Menurut Ronnie Liu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, kerajaan negeri Selangor masih dalam kajian untuk menurunkan cukai pintu memandangkan prestasi kewangan setiap Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini masih lagi belum berada di dalam keadaan kukuh. Berdasarkan penyata kewangan PBT sehingga 31 Disember 2009, Selangor hanya mempunyai lima PBT yang mampu beroperasi sekiranya tiada langsung hasil dapat kutip. Lima PBT ini termasuk MBPJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya (5.94 bulan), MPAJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya (3.21 bulan) , MPKJ Majlis Perbandaran Kajang (4.37 bulan) , MPSP Majlis Perbandaran Sepang (5.45 bulan) dan MDSB Majlis Daerah Sabak Bernam (4.37 bulan). Manakala tujuh PBT lain tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada kutipan dikutip dalam tempoh setahun. Malah, terdapat PBT yang berada dalam kedudukan kewangan yang tidak baik. Namun demikian, berdasarkan penyata kewangan MPSJ yang terkini, MPSJ mempunyai simpanan duit sebanyak lebih kurang RM 211 ribu. Ini menandakan MPSJ berada dalam kedudukan kewangan yang agak baik.

4.4.2 Pembangunan Prasarana/ Fizikal

MPSJ membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam membina dan menyediakan kemudahan awam untuk rakyat. Misalnya projek pembangunan Stadium Tertutup MPSJ sebanyak 1 unit; Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan3K sebanyak 2 unit; Perpustakaan Hipermedia sebanyak 2 unit; Balai Masyarakat sebanyak 27 unit; Jejantas sebanyak 13 unit; Pusat Perkembangan Kanak-Kanak3C sebanyak 1 unit; Pusat Kitar Semula sebanyak 16 unit; Dewan Serba Guna sebanyak 7 unit; Kiosk sebanyak 28 unit; Medan Selera sebanyak 57 unit; Taman Rekreasi sebanyak 188 unit; Bazaar sebanyak 21 unit; Persimpangan Bertingkat Interchange; dan Taska MPSJ sebanyak 4 unit.

Dalam membangunkan tanah di kawasan Subang Jaya, MPSJ telah membangunkan 19% tanah sebagai kawasan kediaman, iaitu kawasan tempat tinggal penduduk yang mempunyai rumah. Sebanyak 17% kawasan tanah disumbangkan untuk pembangunan komited manakala 6% tanah digunakan untuk perindustrian. Aktiviti pertanian merangkumi 5% daripada tanah di Subang Jaya diikuti oleh kawasan komersil yang merangkumi 3% daripada jumlah tanah di Subang Jaya. Tanah yang selebihnya (50%) digunakan untuk kegunaan lain-lain seperti dijadikan kawasan lapang, Rezab kerajaan, Rezab hutan dan sebagainya.

4.4.3 Pengiktirafan/ Penghargaan

Berdasarkan usaha dan sumbangan MBSJ, MPSJ layak diberi pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya. MPSJ telah menerima banyak anugerah sepanjang 13 tahun iaitu dari tahun 1999 hingga tahun 2010.

Pada tahun 1999, MPSJ telah menerima Anugerah Inovasi Selangor. Tahun yang seterunya, iaitu tahun 2000, MPSJ dianugerahi Anugerah Internet Malaysia (2000); serta Anugerah Kualiti PBT. Pada tahun 2001 pula, MPSJ mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Record (RFID) dan Malaysia Book of Record (E-Court). MPSJ juga memperoleh Anugerah Kaunter Berkualiti SUK Selangor dan Anugerah Internet Malaysia (2001) pada tahun tersebut.

Manakala pada tahun 2002 pula, MPSJ memperoleh Anugerah Kualiti PBT sekali lagi dan juga Anugerah MB Selangor. MPSJ juga mendapat pengiktirafan pada Hari Habitat (ICT) pada tahun 2002. Tahun yang seterunya, iaitu tahun 2003, MPSJ sekali lagi memperoleh Anugerah MB Selangor dan Anugerah Juri ICT MB Selangor.

Seterusnya, pada tahun 2005, MPSJ mendapat pengiktirafan melalui MS ISO 9001:2000. Pada tahun 2006 pula, Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara diperoleh oleh MPSJ. Tahun yang berikut, tahun 2007 MPSJ berjaya memperoleh 3 anugerah termasuk Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Anugerah Pengiktirafan Bangunan dengan Kemudahan Akses OKUKategori Bangunan Kerajaan 2007; dan juga Anugerah Bandar Lestari/ Anugerah Alam Sekitar 2006/2007. Portal Rasmi MPSJ juga diiktiraf sebagai Portal Rasmi Kerajaan dan Laman Web Terbaik 2007 oleh MDEC.

Tahun 2008, MPSJ berada pada kedudukan ketiga di kalangan PBT-PBT dan mencapai taraf 4 bintang yang melayakkan MPSJ menerima hadiah RM2000 000 bagi membina sebarang mereu tanda di kawasan MPSJ. MPSJ juga memperoleh Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan; Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC); dan Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Segala usaha untuk mencipta kemajuan tercapai apabila MBSJ juga memenangi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang serta diiktiraf sebagai Pameran Terbaik Sempena Majlis Sambutan Hari Kualiti 2009 Pentadbiran Kerajaan Selangor pada tahun 2009. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dinobatkan sebagai antara pihak berkuasa tempatan paling berjaya di Selangor sepanjang tahun 2010 ini apabila berjaya memenangi dua anugerah dalam satu majlis. MPSJ telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor untuk tahun 2010 melalui Sistem STAR Rating Individu dan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan Sijil. MPSJ juga berjaya menduduki tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) dan menerima Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor (AIMBS) dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.00.

4.4.4 Cabaran yang Dihadapi

MPSJ tetap berhadapan dengan masa hadapan yang lebih mencabar. Sebagai bandar yang kian maju, bilangan penduduk Subang Jaya meningkat dengan kadar mendadak menjadi satu cabaran luaran kepada pengurusan perbandaran. Cabaran lain termasuk memastikan penyertaan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Manakala cabaran dalaman pula berbentuk mempertingkatkan kemahiran staf MPSJ dan mengenal pasti sumber kewangan yang baru.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh MBSJ ialah persaingan antara Subang Jaya dengan bandarbandar lain seperti Putrajaya, Cyberjaya, Klang, Selayang dan Shah Alam. Persaingan bandarbandar ini berlaku daripada segi pembangunan, ekonomi dan lainlain. Implikasi jangka panjang daripada pembangunan bandar-bandar ini boleh menjejaskan penarafan bandar Subang Jaya bahkan daya tarikan Subang Jaya akan menurun berikutan dengan penghijrahan penduduk ke bandar-bandar lain. MPSJ juga menghadapi cabaran dalam menangani aduan orang ramai mengenai pelbagai isu yang melanda kawasan mereka. MPSJ juga menghadapi masalah dengan ketidakpuasan terhadap keutuhan pentadbirannya sehingga terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan, prasangka dan tanggapan negatif. Akan tetapi, tohmahantohmahan tersebut dianggap sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan. Kejayaan dalam mengatasi cabaran ini memerlukan komitmen daripada kesemua pihak. Mentaliti budaya kerja yang lebih positif adalah sangat penting bagi memastikan misi MPSJ dapat dicapai menjelang 2020.

5.0 RUMUSAN Kesimpulannya, dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya berjaya mengumpul banyak maklumat dan pengalaman serta nilai yang akan saya amalkan dalam kehidupan seharian untuk menjadi individu yang cemerlang. Hasil kajian ini membolehkan saya menyelidik dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang pihak berkuasa yang bertanggungjawab mentadbir Subang Jaya. Seterusnya, kajian ini menjadikan saya lebih menghargai pihak berkuasa bandar Subang Jaya. Selain itu, kajian ini juga mengajar saya tentang sifat gigih dan tidak kenal erti putus asa seperti pihak MPSJ yang gigih memajukan Subang Jaya walaupun menghadapi banyak cabaran seperti tohmahan dan pelbagai prasangka buruk. Hasilnya, segala impian yang diimpikan akan tercapai. Selain itu, kajian ini juga mendidik sesebuah masyarakat itu supaya mengamalkan sikap bersatupadu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk penduduk yang sentiasa bermuafakat. Malah, semangat ini memudahkan pihak berkuasa yang mentadbir kawasan tersebut. Negara pula aman dan makmur hasil daripada pentadbiran bandar yang cekap dan efektif. Oleh itu, kuasakuasa asing sukar untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara kita kerana kesedaran individu, kerjasama sesebuah masyarakat dan hasil pentadbiran yang bijak dan cekap. Dalam menghasilkan kerja kursus ini, saya benarbenar merasai kaedah pengkajian sejarah yang sebenar. Perkara yang paling penting sekali ialah saya mendapat pengalaman yang paling berharga bagi meningkatkan kemajuan diri ke arah mencapai matlamat individu bersahsiah cemerlang.

6.0 LAMPIRAN Lampiran 1 Gambar-Gambar:

Gambar 6.1.1: Bangunan MPSJ di Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Gambar 6.1.2: Kaunter Perkhidmatan di MPSJ.

Gambar 6.1.3: Kompleks Sukan MPSJ Lampiran 2 Peta:

Peta 6.2: Lokasi MPSJ

Peta 6.3 Lokasi MPSJ di USJ 5

Lampiran 3 Akhbar: Star Metro, 5 Mei 2011, halaman 8

Star Metro, 18 Mei 2011, halaman 3

Lampiran 4 Buletin Nama Buletin Tarikh Halaman Penerbit : : : : Sekitaran MPSJ Bulan Januari-Jun 2010 Muka surat 1-35 Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya

Lampiran 5 Internet http://ocps.mpsj.gov.my http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya

Lampiran 6 Brosur Demam Denggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Lampiran 7 Risalah Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Lampiran 8 Bendera MPSJ:

Logo MPSJ:

Lampiran 9: Senarai Nama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya Bagi Tempoh 7 Julai 2010 - 31 Disember 2011 Bil Gambar Nama Nama, E-Mel Dan Nombor Telefon : Y. Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi

Alamat : Majlis Perbandaran Subang Jaya, 1. Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610,

Subang Jaya, Selangor, Darul Ehsan.

E-Mel

: ydp.asmawi@mpsj.gov.my

No. Telefon : 0380263102 (Pejabat) 0356376569 (Fax) Nama : Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd

2. Alamat

Shahir : No 8, Jalan SS14/8H, 47500, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

E-Mel

: roslan.shahir@mpsj.gov.my

No. Telefon : 0132277779 (HP) 0356210592 (Fax)

Nama

: Encik Ismail Kamal Bin Abdul Rahman

Alamat : No 7A, Tiara Square, 3. Jalan Tiara, Taman Perindustrian UEP, 47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : ismail.kamal@mpsj.gov.my

No. Telefon : 0193692173 (HP) 0380248542 (Fax) Nama : Encik Pooi Weng Keong

Alamat : No 24, Jalan 20/9, Paramount Garden, 4. 46300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : pooi@mpsj.gov.my

No. Telefon : 0123307280 (HP) 0340424240 (Fax)

Nama Alamat 5.

: Encik Arumugam A/L Kalimuthu : No 9-2, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari, 46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

E-Mel

: aru@mpsj.gov.my

No. Telefon : 0162108770 (HP) 0356301210 (Fax)

Nama

: Encik Mohd Nasir Bin Yusoff

Alamat : Lot 145, Jalan Berkat 5, 6. Kampung Seri Aman, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : mohd.nasir@mpsj.gov.my

No. Telefon : 0192710234 (HP) 0380614801 (Fax) Nama : Encik Keshminder Singh A/L K.Karam

Alamat : 86, Jalan SS23/31, Taman Sea, 7. 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : keshminder@mpsj.gov.my No. Telefon : 0193350250 (HP) 0378803088 (Fax)

Nama

: Encik Chin Sou Bong

Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk 8. (JKP) MPSJ, Jalan BP 2/2, Bandar Bukit Puchong, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : bongcs@mpsj.gov.my No. Telefon : 0122330095 (HP) 0379551058 (Fax)

Nama 9.

: Tan Jo Hann

Alamat : Kabin Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47610, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : jotan@mpsj.gov.my No. Telefon : 0192145451 (HP) 0379685415 (Fax) Nama : Encik Cheah Sang Soon

Alamat : 12A-2, Jalan USJ 21/7, 10. 47630, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : sooncs@mpsj.gov.my No. Telefon : 0162639627 (HP) 0380231876 (Fax) Nama : Puan Norhesni Binti Ismail

Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk 11. (JKP) MPSJ, Jalan Permai 1/11, Taman Puchong Permai, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : hesni@mpsj.gov.my No. Telefon : 0173331500 (HP) 0380604420 (Fax)

Nama 12.

: Encik Sapiyan Bin Mohd Din

Alamat : 50, Jalan Dahlia 2, Taman Puchong Perdana, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : sapiyan@mpsj.gov.my No. Telefon : 0173438677 (HP) 0380615839 (Fax)

13.

Nama

: Encik Tai Cheng Heng

Alamat : Pusat Khidmat Aduan Seri Kembangan, 1121-1B, Jalan Sekolah, 43300, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : taichengheng@mpsj.gov.my No. Telefon : 0162123960 (HP)

Nama 14. Alamat

: Encik Ng Sze Han : 1-12A, Jalan SP 5/3, Taman Serdang Perdana, Seksyen 5, 43300, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

E-Mel : ngszehan@mpsj.gov.my No. Telefon : 0192766828 (HP) 0380681446 (Fax)

Nama 15.

: Dr Loi Kheng Min

Alamat : 27-3, Jalan USJ 9/5Q, 47620, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan E-Mel : kmloi@mpsj.gov.my No. Telefon : 0129438821 (HP) 0380246757 (Fax) Nama : Encik Robert Tan Siang Chiok

16.

Alamat : No 3B, Jalan USJ 10/1D, 47620, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan E-Mel : robert88@mpsj.gov.my No. Telefon : 0192223348 (HP) 0356323348 (Fax) Nama : Encik Rajiv A/L Rishyakaran

17.

Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Jalan USJ 2/4S, 47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : rajiv@mpsj.gov.my Website : www.rajiv4malaysia.com Blog : http://rajiv4malaysia.blogspot.com/ Twitter : http://twitter.com/rajiv4malaysia Facebook : www.facebook/rajiv4malaysia No. Telefon : 0123111585 (HP) 0356350230(Fax)

Nama 18. Alamat

: Encik Michael Tamilarason A/L K.Nadaysen : Kabin Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Jalan PU9/5, Taman Puchong Utama, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.

E-Mel : tamilarason@mpsj.gov.my No. Telefon : 0102654161 (HP) 0358910460 (Fax)

Nama 19.

: Encik Sufari Bin Tinnin

Alamat : No 27, Jalan 1/9H, Bandar Baru Bangi, 43650, Bangi, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : sufari@mpsj.gov.my No. Telefon : 0133943129 (HP) 0389256204 (Fax)

Nama 20.

: Encik Chong Hoon Ming

Alamat : Pusat Khidmat Adun Seri Kembangan, 1121-1B, Jalan Sekolah, 43300, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : chonghoonming@mpsj.gov.my No. Telefon : 0122617931 (HP) 0389421850 (Fax)

Nama 21.

: Encik Jaberi Bin Ami

Alamat : Kabin Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Jalan Putra Bahagia 8/2B, Putra Heights, 47650, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : jaberiami@mpsj.gov.my No. Telefon : 0123025673 (HP)

Nama : Encik Loka Ng Sai Kai 22. Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Jalan SB Indah 2, Taman SG. Besi Indah, 43300, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : loka@mpsj.gov.my No. Telefon : 0123966355 (HP) 0380236355 (Fax)

Nama 23.

: Encik Noor Azam Bin Abdul Aziz

Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, George Lim Ah Soo, Jalan Putra Permai 3, Taman Equine, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : noorazam@mpsj.gov.my No. Telefon : 0192233446 (HP)

Nama : Puan Azizan Binti Jamaluddin 24. Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Kg Tengah B, Bt 13, Jalan Klang, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : azizanj@mpsj.gov.my No. Telefon : 0193889005 (HP)

Nama 25. Alamat

: Encik Edward Ling Sieak Meeng : 24A, Jalan SS14/1A, 47500, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

E-Mel : edwardling@mpsj.gov.my No. Telefon : 0173393636 (HP)

Lampiran 10: Kertas-Kertas Rujukan

Lampiran 11: Dokumen-Dokumen dari MPSJ

Lampiran 12: Surat-Surat Kebenaran

7.0 RUJUKAN Akhbar Star Metro, 5 Mei 2011, halaman 8 Star Metro, 18 Mei 2011, halaman 3

Buletin Sekitaran MPSJ, keluaran bulan Januari-Jun 2010

Internet http://ocps.mpsj.gov.my http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya

Brosur Demam Denggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Risalah Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

TUGASAN 2 Soalan: Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita? Institusi pentadbiran negara seperti Majlis Perbandaran, FELDA dan Majlis Daerah memainkan peranan yang penting dalam integrasi national di negara kita. Dalam pentadbiran tempatan, elemen-elemen patriotisme telah diterapkan untuk mencapai perpaduan antara rakyat.

Pertama, institusi pentadbiran tempatan menjadi teladan yang baik kepada kita untuk berbangga sebagai rakyat Malaysia. Mereka merupakan contoh yang baik kepada orang awam untuk menghormati raja dan pemimpin negara dan juga menghormati lambang-lambang negara seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara. Hal ini penting kerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional.

Selain itu, unsur patriotik yang diterapkan ialah semangat setia negara. Kakitangankakitangan yang bekerja di institusi pentadbiran tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam pengurusan dan pentadbiran. Mereka harus sentiasa menjauhkan diri daripada gejala negatif seperti rasuah. Hal ini demikian kerana mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat yang sememangnya bencikan rasuah. Jika rasuah serta gejala negatif dihapuskan, maka rakyat akan mencintai bangsa dan negara serta hidup bersatu padu.

Selain itu, unsur semangat kekitaan yang diterapkan oleh institusi pentadbiran tempatan bantu memperkukuh integrasi nasional. Hal ini demikian kerana kakitangan-kakitangan di institusi pentadbiran tempatan menerapkan nilai bertolak ansur dan bertoleransi terhadap

penduduk. Mereka melayan sebarang aduan serta masalah yang dihadapi oleh penduduk dengan senyuman tanpa melihat warna kulit dan agama. Cara mereka ini mampu mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan berharmoni.

Seterusnya, institusi pentadbiran tempatan mengamalkan nilai berdisiplin yang membawa kepada integrasi nasional. Kakitangan-kakitangan yang bekerja di institusi pentadbiran tempatan sentiasa berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Sebarang tindakan yang diambil oleh mereka adalah secara adil dan saksama tanpa berat sebelah. Misalnya, sebarang undang-undang dan peraturan yang ditetapkan munasabah dan relevan terhadap penduduk untuk memastikan penduduk sudi bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan mematuhi peraturan tersebut.

Malah, institusi pentadbiran tempatan turut menerapkan nilai berusaha dan produktif yang membantu mencapai perpaduan antara rakyat. Sebarang aktiviti seperti gotong-royong, larian lebuh raya, karnival dan sebagainya memerlukan banyak usaha untuk dijayakan. Sikap rajin dan gigih membantu menjayakan sesuatu aktiviti. Staf-staf institusi pentadbiran tempatan juga perlu tabah menghadapi cabaran yang datang untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Aktivitiaktiviti tersebut secara tidak langsung menerapkan integrasi nasional.

Konklusinya, unsur-unsur patriotisme perlu diterapkan dalam institusi pentadbiran tempatan jika kita hendak hidup harmoni dan bersatu padu. Kakitangan awam haruslah mempunyai komitmen yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

You might also like