P. 1
Folio Geografi Tingkatan 3

Folio Geografi Tingkatan 3

|Views: 1,149|Likes:
Published by Nurul Syazwin Zamri
Folio Geografi Tingkatan Tiga tajuk Kajian Tentang Pencemaran Alam di Pokok Sena :)
Folio Geografi Tingkatan Tiga tajuk Kajian Tentang Pencemaran Alam di Pokok Sena :)

More info:

Published by: Nurul Syazwin Zamri on Jun 12, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2013

pdf

text

original

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 (2011

)

NAMA SEKOLAH: SEK. MEN. KEB. [A] AL-IRSHAD, POKOK SENA NAMA PELAJAR: NURUL SYAZWIN BINTI ZAMRI TINGKATAN: 3 AL-FARABI (2011) NOMBOR K/P: 960806-07-5852 TAJUK : PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI POKOK SENA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG NAMA GURU SUBJEK: ENCIK MUSTAFA BIN MAN

KAJIAN

TENTANG

PENCEMARAN

ALAM SEKITAR

DI POKOK SENA,

KEPALA BATAS,

PULAU PINANG

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

ISI KANDUNGAN Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian :Rumusan Rujukan Lampiran

MUKA SURAT

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk ³Kajian Tentang Pencemaran Alam Sekitar´ . Folio ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Geografi.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad (SMKAAI), Encik Mohd. Radzi Bin Bahari yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek Geografi saya, Encik Mustafa Bin Man kerana beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana beliau memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya, Zamri Bin Ali dan Sharibanun Binti Shaarom kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana membe rikan saya bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio ini amat saya hargai. Budi k alian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Selain itu, tidak lupa juga kepada para responden yang juga merupakan penduduk di kawasan kajian ini yang sudi memberi dan berkongsi maklumat serta memberi komited ketika kajian dilakukan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihak pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menyiapkan kerja khusus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Nama saya Nurul Syazwin Binti Zamri. Saya penuntut tingkatan 3 Al-Farabi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pokok Sena. Sebagai memenuhi kehendak subjek Geografi, saya diwajibkan menyiapkan satu kerja lapangan Kajian Geografi yang bertajuk ³Kajian Tentang Pencemaran Alam Sekitar di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang´. Kawasan lapangan yang telah saya pilih untuk kajian ini adalah kawasan perumahan di Taman Desa Sena.

Bahagian kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan tema-tema Geografi yang telah dipelajari dalam Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga. Kawasan persekitaran saya gunakan sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk memahami beberapa aspek d konsep yang an telah dipelajari.

Sebelum menjalankan kajian ini pertama sekali, guru Geografi saya telah membincangkan dan menerangkan tentang kajian yang akan saya jalankan nanti. Saya menjalankan kajian ini pada hujung minggu. Kajian ini telah dijalankan selama tiga bulan, iaitu dari bulan April hingga Jun 2011. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Selain itu, saya telah menetap di kawasan ini lebih tujuh tahun. Selama saya menetap di sini, saya mempunyai ramai rakan-rakan, jiran tetangga dan keluarga yang yang dapat memudahkan saya menyiapkan folio ini. Di samping itu, kos kajian yang murah kerana tidak perlu menaiki bas, kereta dan teksi untuk pergi ke kawasan kajian.

Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod. Tempoh untuk saya menyiapkan kajian ini adalah lebih kurang 11 minggu.

Sepanjang tempoh Kajian Geografi dijalankan, berbagai-bagai jenis kajian yang saya lakukan. Objektif kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kawasan kajian saya itu Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kajian-kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif. Antara objektif khusus Geografi ini dijalankan adalah untuk: 

Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar 

Menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar 

Menyenaraikan punca pencemaran alam sekitar 

Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 

Memberikan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar 

Bertujuan menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Saya sangat berbangga dan amat menghargai peluang untuk mengkaji tentang pencemaran alam sekitar yang terdapat di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang dengan lebih lanjut.

Kajian ini dijalankan di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan ini terletak di daerah Kepala Batas. Saya memilih kawasan Kepala Batas sebagai kawasan kaj an i saya. Sebelum dibangunkan tapak perumahan, Taman Desa Sena, merupakan kawasan pertanian ladang kelapa sawit. Kawasan ini mula dibangunkan kawasan perumahan kos sederhana dan kos rendah. Terdapat rumah pangsa, rumah teres dan rumah banglo. Terdapat juga pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk di sini seperti tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, balai raya dan bekalan elektrik. Segala kemudahan awam dan infrastruktur disediakan dan dijaga rapi.

Taman Desa Sena mempunyai keluasan seluas 30 kilometer persegi. Lokasi kawasan ini adalah di Seberang Perai Utara, (SPU) Pulau Pinang. Taman Desa Sena terletak berhampiran dengan kawasan yang lain juga seperti Pusat Sumber Pendidikan Negeri, (PSPN) Pulau Pinang, Kompleks Dato¶ Kailan, Stadium Bertam dan lain-lain lagi.

Peta dibawah menunjukkan kedudukan sekolah saya yang turut terletak dalam kawasan Kepala Batas. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa permukaan bumi kawasan ini hampir rata. Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan oleh sebab itu, kawasan ini dianugerahi tanih yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian teruatamanya menanam padi. Penanaman getah dan kelapa sawit juga turut terdapat di kawasan ini kerana kawasan yang bertanih laterit dan bersaliran baik.

Kawasan kajian pilihan

Kawasan ini mempunyai pel agai fungsi. Antaranya sebagai tempat kediaman, sosial dan ekonomi. Kepala Batas juga merupakan kawasan tumpuan penduduk dan petempatan kerana kegiatan ekonomi tertumpu di tanah pamah. Jenis ekonomi yang dijalankan dikawasan kajian saya ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Contohnya, perniagaan makanan, barangan runcit, hiasan, perabot dan lainlain lagi. Jenis perkhidmatan yang disediakan adalah seperti salon rambut, membuat cermin mata, pendidikan dan komputer. Perniagaan dan perkhidmatan inilah yang membangunkan Kepala Batas.

Pada awalnya, Taman Desa Sena merupakan sebuah kawasan yang tidak begitu maju, tetapi setelah dibina petempatan dan lebuhraya yang berdekatan, kawasan Taman Desa Sena telah menjadi sebuah kawasan yang petempatan yang semakin maju dan berkembang pesat.

Taman Desa Sena adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan Cina.

Peratusan Kaum di Kawasan Kajian
India 7%

Cina 3%

Melayu 90%

Peratusan kaum di kawasan kajian

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan : 

Kaedah Pemerhatian Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap konsep pencemaran yang berlaku di sekitar kawasan kajian. Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti konsep pencemaran alam di kawasan kajian dan jenis pencemaran alam. Kaedah ini penting untuk melihat apa yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku cattan untuk dig unakan semasa membuat laporan nanti. 

Rujukan: Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian atau melalui kaedah soal selidik. Saya juga turut mengumpulkan maklumat tambahan dengan merujuk buku teks Tingkatan Tiga dan beberapa buku rujukan yang dipinjam. 

Soal Selidik: Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kawasan kajian. Beberapa orang responden telah disoal untuk mengetahui pendapat mereka terhadap pencemaran alam di Kepala Batas. Contoh borang soal selidik terdapat di bahagian lampiran. 

Temu bual : Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan kajian. Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau menemukakan soalan, memimta pandangan dan pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan dimana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai, tuan imam, penghulu, orang tua dan penduduk di kawasan kajian.

KONSEP

PENCEMARAN

ALAM

SEKITAR

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Contohnya, pembuangan sampah seperti plastik, kaca, bahan kimia dan seumpamanya ke dalam sungai boleh mengakibatkan sungai tercemar. Begitu juga pembuangan atau pelepasan asap dari kenderaan bermotor boleh mencemarkan udara manakala pembuangan sampah domestik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran bau dan mengalakkan pembiakan kuman serta berbagai jenis penyakit.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan dan mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah dimana ia boleh menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuhan dan haiwan. Contohnya, pembuangan sisa-sisa toksid dari kilang kelapa sawit ke sungai akan mengakibatkan hidupan akuatik di tempat tersebut terjejas dan pupus. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam iaitu: pencemaran udara pencemaran air pencemaran bunyi Prncemaran tanah pencemaran laut

JENIS

PENCEMARAN

ALAM

SEKITAR

DI KAWASAN

KAJIAN

JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

Pencemaran bunyi

Pencemaran udara

Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Pencemaran air

Pencemaran bau

Jenis pencemaran alam sekitar yang menjadi masalah dihadapi oleh pendudukpenduduk yang menetap di kawasan ini ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan pencemaran bau.

Pertamanya, jenis pencemaran utama yang berlaku di kawasan ini ini ialah pencemaran udara. Hal ini berpunca daripada asap dari kenderaan bermotor yang sering lalulalang tanpa henti dan juga pembakaran sampah secara terbuka. Keadaan ini menjejaskan kualiti udara. Asap kenderaan yang mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

Selain itu, longgokan sampah yang telah dibuang ke dalam longkang mengakibatkan pencemaran air dan pencemaran bau. Keadaan ini menyebabkan terdapat longkang -langkang yang tersumbat. Tambahan lagi apabila ada musim perayaan seperti sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bazaar Ramadhan akan dibuka di kawasan ini. Oleh itu, plastik-plastik makanan yang dibeli akan dibuang begitu sahaja.

Jenis pencemaran lain yang berlaku di Taman Desa Sena ialah pencemaran bunyi. Hal ini kerana, semakin hari, jumlah pertambahan kenderaan yang dinaiki semakin meningkat. Punca bunyi ini datangnya daripada bas, motorsikal, kereta, kapal terbang dan sebagainya.

PUNCA

PENCEMARAN

ALAM

SEKITAR

DI KAWASAN

KAJIAN

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

Pembuangan sampah sarap

Pembinaan

Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Pembakaran terbuka

Kenderaan

Kawasan yang dipilih ini terdapat beberapa pencemaran yang didorong oleh beberapa faktor. Kebanyakannya berpunca dari masyarakat setempat yang hanya endah tak endah tentang perkara ini dimana mereka hanya lebih mementingkan diri sendiri.

Faktor berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan kajian ialah berpunca daripada masyarakat setempat yang sering membuang sampah merata -rata. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tong sampah yang disediakan oleh pihak pemaju. Tambahan, masalah ini juga sering berlaku di kawasan pasar basah di mana mereka gagal menyediakan sistem pembuangan sampah yang teratur dan menyebabkan tempat pembuangan sampah tersebut mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus.

Di samping itu, pembakaran terbuka turut menyumbangkan pencemaran alam sekitar semakin serius. Hal ini demikian kerana, ramai penduduk suka membakar sampah meratarata secara terbuka. Ada sebilangan penduduk yang membakar kawasan semak -samun tanpa

mengambil kira perasaan orang lain. Aktiviti membakar sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar berlaku. Kemudian, pencemaran alam sekitar juga berlaku apabila terdapat pembinaan rumahrumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala, selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal dan dibuang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Keadaan ini akan memcemarkan lagi kawasan ini dan berkemungkinan akan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

Fakta juga ada menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gasgas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Hal ini turut berlaku di kawasan kajian saya. Di bawah saya sertakan jadual jumlah kenderaan selama tiga minit. Jenis Kenderaan Kereta Lori Bas Motorsikal Jumlah Bilangan Kenderaan //// //// //// //// / //// // //// //// //// /// 45
n sel

Gas beracun ini turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan penduduk sekeliling. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

¡¡

Ju l h ender

  ¡ ¡
3

¢ ¡ 

init

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita seharusnya peka dengan pencemaran yang sedang berlaku dipersekitaran kita supaya dapat bersama-sama memikirkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ini. Oleh itu, kita perlu bekerjasama dan berganding bahu untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk setempat akan membuatkan masyarakat sekeliling dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

kesan

PENCEMARAN

ALAM

SEKITAR

DI KAWASAN

KAJIAN

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

Hujan asid
Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Suhu meningkat

Jerebu Penyakit

Bau busuk

Segala punca pencemaran yang telah dinyatakan memberi impak yang besar terhadap kawasan kajian dan penduduk sekeliling.

Kesan daripada pembakaran terbuka akan menyebabkan berlakunya hujan asid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat.

Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda dan golongan tua. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma. Manakala jerebu pula akan menyebabkan bahagian kerongkong terasa gatalgatal dan batuk-batuk, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

Kemudian, asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Jerebu dapat menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi dan keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Di samping itu, kehadiran bau busuk juga akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan -bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.

CADANGAN UNTUK

MENGURANGKAN

PENCEMARAN

ALAM

SEKITAR

DI KAWASAN

KAJIAN

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

Penggunaan µcatalytic converter¶

Cadangan untuk Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Wujudkan Kawasan Hijau

Gotong-royong Kempen

Penggunaan petrol tanpa plumbum

Bagi langkah-langkah mengurangkan masalah pencemaran yang dihadapi oleh penduduk di Taman Desa Sena, Kepala Batas bagi masalah sampah-sarap yang sering tersumbat di dalam longkang. Untuk mengurangkan masalah ini, pihak yang

bertanggungjawab perlu membuat satu aktiviti bergotong-royong bagi mengelakkan longkang tersumbat. Mereka perlulah menulis surat kepada pihak yang terlibat dalam memperdalamkan lagi parit supaya masalah ini tidak akan berlaku lagi.

Di samping itu, langkah bagi mengatasi masalah pencemaran udara pula adalah dengan mewujudkan Kawasan Hijau (Green Belt) di kawasan petempatan. Kawasan ini ditanami dengan pokok-pokok yang boleh mengurangkan kandungan karbon dioksida di udara dan dapat meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesi nya. s Tambahan lagi, pokok-pokok ini turut boleh memberikan penduduk petempatan suasana yang segar.

Selain dari langkah diatas bagi membendung masalah pencemaran udara ialah penggunaan µcatalytic converter¶ dalam ekzos kereta bermotor juga boleh mengurangkan karbon monoksida yang dilepaskan oleh kereta bermotor. Alat ini dapat menukarkan karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida.

Di samping itu, penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

Malah, pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan mengadakan kempen mencintai alam sekitar. Kempen yang sering disiarkan di media massa seperti TV, radio dan internet hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

Setiap pemasalahan semestinya ada jalan penyelesainnya seperti masalah yang dihadapi di Taman Desa Sena, Kepala Batas. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan yang selesa, tidak seperti negara lain yang mengalami kepadatan penduduk sehingga sebahagian rakyat di sana tidak mempunyau tempat tinggal. Contohnya ialah Bangkok, Thailand. Keberkesanan segala langkah yang bakal dilakukan bergantung sepenuhnya kepada setiap diri kita.

Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk di Taman Desa Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kegiatan penduduk-penduduk di Kepala Batas bukan hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan, dan menyediakan banyak kemudahan tetapi juga membawa kesan negatif.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah pembuangan sampah sarap, pembinaan, pembakaran terbuka dan penggunaan kenderaan bermotor. Kesan-kesan yang muncul daripada pencemaran ialah hujan asid, jerebu, suhu meningkat dan kehadiran bau busuk. Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.

Pengguna

memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah

pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Di sini, saya berharap penduduk-penduduk tempatan dapat berkerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah-masalah seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi boleh dikurangkan pada masa yang akan datang. Jika penduduk-penduduk tempatan sihat setiap hari, negara kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.

Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

Peta Daerah Pulau Pinang

Peta Daerah Kepala Batas

Peta Kawasan Kajian

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad,

__________________________ Borang Temu Bual/Selidik__________________________

. Nama Murid: ________________________________________________________ . Tingkatan: ________________________ . Tarikh: _____________________
. Kawasan Kajian: _____________________________________________________ . Nama Responden : ____________________________________________________ . Jantina: Lelaki / Perempuan

. Pencemaran di kawasan kajian: Pencemaran Udara Pencemaran Bau Pencemaran Bunyi Lain-lain (Nyatakan):______________________ . Punca pencemaran di kawasan kajian: Kenderaan Pembinaan Pembuangan sampah sarap Lain-lain (Nyatakan):______________________

. Kesan pencemaran di kawasan kajian: Bau busuk Suhu meningkat Hujan asid Lain-lain (Nyatakan):______________________

. Cadangan untuk mengatasi pencemaran tersebut: Gotong-royong Kempen Wujudkan Kawasan Hijau Lain-lain (Nyatakan): _____________________

¦¥¥¤£  © ¨  §  

Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->