You are on page 1of 2

PROPOSAL FOR REUNION KERTAS KERJA CADANGAN MENGADAKAN SERTA MELAKSANAKAN MAJLIS REUNION BEKAS-BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SAINS MUAR, JOHOR UNTUK PELAJAR-PELAJAR BATCH KE-15, SPM TAHUN 1998. 1. Abstrak Dasawarsa ini, setelah hampir sepuluh (10) tahun berlalu sejak hari terakhir kita menduduki kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1998 yang lalu, adakah anda maseh lagi mempunyai semangat Sukan Komanvel 98/ semangat reformasi/ semangat perjuangan harmoni yang kental di jiwa? Adakah perkataan2 seperti di bawah ini membawa apa-apa erti terhadap kehidupan anda :Ikan terapung, ayam karbon, nasi lemak runner, monkey bar, tangga jepun, gym, fishpond, gazebo kubur, astaka, taman astakona, gema tanjung, coaster, dewan makan, coral speaking, bilik tayang 1, MRS, kopab, wak lu! ??? Jika jawapan anda; Tidak, benda-benda mengarut ini tidak pernah membawa impak maksima di dalam hidupku Maka sesungguhnya anda memerlukan seseorang, mahupun dua atau tiga atau lebih untuk mengingatkan anda tentang perkara tersebut Konklusinya, ayoh kita buat REUNION. 2. Objektif Menjalinkan semula hubungan persahabatan yang terputus setelah sepuluh (10) tahun berpisah. Merapatkan ukhwah serta tali silaturrahim yang telah terputus. Merisik khabar rakan-rakan yang sudah lama tidak didengar ceritanya, MIA (Missing In Action). Bertukar2 pendapat serta idea mengenai kehidupan, social, politik, mahupun peluang untuk melebarkan jaring downline perniagaan MLM anda. Reunion ini juga boleh dijadikan medan untuk membalas dendam aprilfool yang pernah dikenakan terhadap anda serta menuntut hutang-hutang lapuk. 3. Aktiviti Pihak kami mencadangkan untuk mengadakan majlis ini dalam bentuk yang ringkas, santai dan kasual. Tidak perlu protokal-protokol rasmi yang merumitkan serta karenah2 birokrasi yang memeningkan. Oleh yang demikian, kami merancang untuk mengadakan majlis tersebut di panggung wayang gambar (pawagam). Kami akan menempah satu (1) hall khas untuk kita menikmati tayangan filem yang akan ditetapkan kelak. Tiada ucapan serta sesi pengenalan secara rasmi semasa majlis berlangsung. Para peserta hendaklah memanafaatkan masa sebelum/selepas tayangan untuk bermesra rakyat sesama kita samada diluar panggung atau di kedai-kedai mamak yang berhampiran. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak penganjur mungkin akan menokok tambah aktiviti yang difikirkan sesuai. 4. Pendaftaran/ Penyertaan Penyertaan terbuka kepada semua bekas-bekas pelajar batch-15 (97-98) Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. Tidak kira samada anda berjaya menghabiskan pengajian sehingga SPM 1998 ataupon yg kecundang ditengah jalan. Termasuk kepada mereka yang telah dibuang, digantung 2 minggu, kene public canning kat depan surau sebab memekak main rumble time bdk junior baca yassin ataupon yang tak tahan dok asrama & keluar masa form 4. Sesiapa yang berminat untuk menyertai REUNION ini bolehlah membuat pengesahan dengan mendaftarkan nama anda serta pasangan (optional) di dalam list yang disediakan di sini: http://groups.yahoo.com/group/scmr9798/ Kerana tempat adalah terhad, penyertaan dibuat berdasarkan first come first serve basis. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan anda sekiranya tempat yang diperuntukkan telah penuh; sebarang surat-menyurat/email/sms/ym tidak akan dilayan.

5. Bayaran Pihak penganjur berbesar hati untuk memberi subsidi tiket PERCUMA kepada semua warga Sains Muar batch 15 yang ingin menyertai majlis ini. Walaubagaimanapun, pasangan yang dibawa akan dikenakan bayaran yang berpatutan yang akan dikonfemkan kelak. Berita baik kepada mereka yang membawa pasangan yang terdiri dari batch 15 sendiri, maka secara automatiknya pasangan anda akan turut menikmati subsidi tiket percuma tersebut. Bayaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 minggu dari tarikh kejadian. 6. Usul/Tentatif Awal Tentatif awal adalah seperti berikut :Tarikh : 26@27 July 2008 @ 2@3 August 2008 Tempat : GSC Signatures, I Utama/ TGV 1 utama/ Cathay Cineplexes Damansara Filem : Berdasarkan keputusan Undian oleh SPR Upcoming titles in July - Aug 08 (Subject to change): 10 July: Hellboy 2: The Golden Army (Action)17 July - Batman: The Dark Knight (Action) 25 July - The Mummy 3 (Action) 31 July - 21 (Casino/Drama) & X-Files 2 Masa : Berdasarkan keputusan Undian oleh SPR Notes: On Friday, bookings are fixed for shows before 8pm. On weekends (Sat/Sun), bookings are fixed at 11am or 1pm show. Tentatif awal ini akan dimuktamadkan setelah menimbangkan cadangan-cadangan serta mendapat persetujuan majoriti 2/3 mahupun majoriti mudah dari semua pihak yang terlibat. Sila layarihttp://groups.yahoo.com/group/scmr9798/polls untuk mengundi. Tarikh akhir undian ialah pada 20 May 2008 sebelum atau pada 12am. Aktiviti tambahan akan direncana sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkkan. 7. Cadangan & Pertanyaan Kami masih lagi menerima serta mengalu-alukan sebarang cadangan dari para peserta yang berminat untuk penambahbaikkan program ini. Perlu diingatkan bahawa sebarang cadangan yang melibatkan penambahan kos tidak akan mendapat subsidi dari pihak penganjur, dengan erti kata yang lain, para peserta akan menanggung sendiri sebarang penambahan kos yang dikenakan. Sebarang cadangan atau pertanyaan bolehlah dibuat terus melalui email yahoogroups ini atau hubungi pihak penganjur :1. M.Z.Izzy tel: 01XXX5X1X3 YM: mr_zulizzy@yahoo.com 2. Gumpet tel: 01X646X9X6 YM: fazlipad@yahoo.com 8. Rumusan Konklusinya, diharap anda semua dapat memberikan kerjasama untuk mengambil bahagian menjayakan cadangan perlaksaan REUNION ini. Adalah diharapkan juga agar anda semua membantu pihak penganjur untuk menyebarkan khabar angin ini kepada rakan-rakan kita yg lain melalui sms/ 3G/ friendster/ myspace/ facebook/ email/ surat-menyurat (potong mana yang tidak berkenaan). With that, I thank you OTHER SUCCED TOGETHER WE EXCEL MACHO, BOLEH!

You might also like