You are on page 1of 9

Di Sebalik Wajah (Abang Saifuddin Abang Bohari)

Sinopsis Doktor Fikri merupakan remaja yang pintar dan cemerlang naming dalam masa yang sama dia terpaksa cekal menghadapi ketentuan Tuhan terhadap dirinya. Dia dilahirkan balar. Seboleh mungkin ibu bapanya, Saiful dan Puan Halipah mencuba memberikan yang terbaik buat anak t unggal mereka itu. Cerita bermula apabila Doktor Fikri bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Di sini Doktor Fikri mendapat kawan-kawan baru dan suasana yang lebih baik berbanding dengan di sekolah lama. Para perlajar dan guru di sekolah ini menerimanya dengan baik. Namun, terdapapt beberapa orang pelajar yang bertindak sebaliknya termasuklah Narius dan rakan-rakannya. Pada suatu hari mereka terlah mengugutnya agar menyerahkan sejumlah wang kepada mereka. Akibatnya tengah hari esoknya, Narius dan rakan-rakannya itu telah dirotan oleh Pengetua di depan perhimpunan sekolah. Mereka mendendami Doktor Fikri kerena mengesyaki Doktor Fikrilah yang melaporkan perlakuan kepada Pengetua. Pada suatu hari, Narius dan rakan-rakannya telah bertindak menganiaya Doktor Fikri. Mereka memasukkan buku-buku perpustakaan dan barang-barang pelajar ke dalam beg Doktor Fikri. Akhirnya Doktor Fikri telah dianggap mencuri buku-buku dan barang tersebut pleh Cikgu Wahab. Kejadian tersebut menyebabkan Doktor Fikri telah dipulaukan oleh para perlajar Tingkatan Dua Mawar. Doktor Fikri amat sedih tetapi tetap bersemangat untuk meneruskan pembelajarannya. Suatu hari, Cikgu Wahab memberitahu Doktor Fikri bahawa basikal yang hilang itu telah pun ditemukan. Rupa-rupanya Narius dan rakan-rakannya telah ditahan polis kerana terlibat dalam kejadian kecurian. Mereka jugalah yang turut mencuri basikal Doktor Fikri. Mereka juga telah mengaku menganiaya Doktor Fikri selama ini. Doktor Fikri juga telah meminta bapanya menolong menjamin Narius daripada ditahan di lokap polis. Tidak lama selepas kejadian itu, Doktor Fikri tidak ke sekolah selama dua hari. Tiba-tiba Narius datang ke kelas Tingkatan Dua Mawar untuk meminta maaf atas tindakannya yang selama ini menganiaya Doktor Fikri dan mengakibatkan rakan-rakan memulaukan Doktor Fikri. Dia juga datang membawa sepucuk surat yang diwakilikan oleh Dayang Mahani itu, Doktor Fikri memberitahu bahawa dia telah ke Jepun mengikut keluarganya selama lima tahun. Dia juga meminta maaf jika ada kesalahan yang berlakukan selama ini. Setelah setahun di Jepun, Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti di tanah air. Rakan-rakannya menyambut kepulanggannya dengan gembira. Sementara cuti itu, Doktor Fikri mengambil peluang untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Inti Pati Bab Bab 1 Bab 2 Bab ini bermula apabila seorang lelaki, iaitu Cikgu Saiful, telah datang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal untuk mendaftarkan anaknya Semua pelajar memberi perhatian kepada Doktor Fikri kerana sifat fizikalnya yang berbeza dengan pelajar lain Ketua kelas, Dayang Mahani telah meminta Fikri untuk memperkenalkan dirinya. Sewaktu rehat, Fikri keseorangan kerana tiada seorang pelajar pun yang mahu mengajaknya rehat bersama Seorang pelajar perempuan bernama Josy, iaitu pelajar kelas Tingatan 2 Melati berkenalan dengannya Narius, pelajar tingkatan 4 bersama dua orang kawannya mengambil bekal yang dibawa oleh Fikri dan menghabiskannya Tindakan Narius dan kawan-kawannya terhadap Fikri mendatangkan rasa simpati pelajar kelas itu dan menyuruhnya melaporkan hal tersebut kepada Cikgu Wahab, iaitu Guru Disiplin di sekolah itu. Cikgu Saiful resah menanti isterinya, Puan Halipah yang sedang sakit hendak bersalin Teringat akan peristiwa isterinya mengidam daging rusa Isterinya terpaksa dibedah Berjumpa dengan Doktor Fikri dan bersembahyang bersama Isteri selamat melahirkan tetapi Cikgu Saiful tidak mengaku anaknya itu kerana penyakit balar Akhirnya, sedar dan menerima hakikat sebenarnya

Bab 3 Rakan-rakannya terpegun melihat hiasan dalaman bilik bacaan Doktor Fikri dan kepelbagaian koleksi buku yang terdapat dalam bilik tersebut Doktor Dikri mengajak rakan-rakannya turun melihat hasil kebunnya. Sebelum itu, Doktor Fikri juga memberitahu bahawa pada hari Ahad akan datang dia akan menjual sayur-sayuran tersebut ke Tamu Menggatal. Dia juga mengajak rakan-rakannya mengikutinya ke sana Sementara itu, Sanin bertanya kepada Doktor Fikri tentang ayam peliharaannya yang dilihat di dalam reban itu yang kelihatan jinak. Doktor Fikri mahu juga memiliki basikal supaya ayahnya tidak perlu susah-susah menghantarnya ke sekolah

Bab 4 Doktor Fikri terlewat sampai di sekolah barunya Setelah diberi amaran, Cikgu wahab membenarkan dia masuk ke kelas Didalam Kelas Cikgu Aswani menanyakan hal kelewatannya lalu sekali lagi dia meminta maaf Doktor Fikri menyatakan dia tidak akan mengulangi hal tersebut Cikgu Aswani berpesan kepada murid-murid kelas Tingkatan Dua Mawar agar cinta akan ilmu pengetahuan dan rajin membaca buku Sanin dan Doktor Fikri pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Jasmi dan dan berbincang mengenai rumah sukan yang bakal disertai oleh Doktor Fikri

Bab 5 Enam orang sahabat, iaitu Dayang Mahani, Josy, Suriani, Sanin, Aziz dan Doktor Fikri pergi menjual sayur-sayuran di pecan Menggatal Mereka tidak dapat menjual kesemua sayuran yang mereka bawa itu kerana hujan telah turun menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat berteduh

Bab 6 Narius, Jais, dan Jamadi menunggu Doktor Fikri yang digelar mereka sebagai doktor balar Tindakan Jamadi menahan basikal Suriani menyebabkan Suriani terjatuh mengugut akan membuat laporan polis jika Narius, Jais, dan Jamadi masih menghalang mereka Narius, Jais, dan Jamadi kemudiannya melihat Doktor Fikri dan menahannya memberi amaran supaya membayar wang kepada mereka sebagai cukai keselamatan

Bab 7 Pengetua, Puan Hamidah member taklimat dan nasihat kepada semua pelajar tingkatan satu hingga lah tingkatan enam atas Pengetua berasa marah dengan tiga orang pelajar yang melanggar peraturan sekolah Mereka ialah Narius, jamadi, dan Jais Mereka dihukum rotan tiga kali di punggung kerana memeras ugut, mencuri dan membuli pelajar yang lemah agar membayar cukai keselamatan

Bab 8 Bab 9 Menceritakan persiapan untuk mengadakan sukan tahunan sekolah Ada yang sedang mengadakan raptai perbarisan, ada yang sedang mendirikan khemah, dan ada yang menganyam daun-daun kelapa untul dibuat perhiasan Di dalam kelas tingkatan Dua Mawar , tiba-tiba ada pemeriksaan mengejut - banyak murid yang mengadu kehilangan barang buku perpustakaan dan dompet Setelah diperiksa beg Doktor Fikri penuh dengan buku-buku perpustakaan, dompet dan pen dakwat yang mahal Doktor Fikri dibawa oleh Cikgu Wahab ke bilik kaunseling untuk disoal Di dalam kelas, dia disisihkan oleh rakan sekelas

Bab 10 Doktor Fikri mengambil bahagian dalam acara 1500 meter lelaki B Namun begitu, penyertaan Doktor Fikri yang mewakili Rumah Tun Ismail tidak disokong oleh ahli rumah sukannya Josy yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memberi sokongan kepada Doktor Fikri Semasa acara berlangsung, Doktor Fikri berlari dengan begitu laju untuk membuktikan keupayaannya ~ Doktor Fikri tidak mengalah ~ jatuh pengsan beberapa langkah sebelum menamatkan lariannya

Bab 11 Aziz, Sanin, Suriani, dan Dayang Mahani sibuk memperkatakan kehilangan basikal Doktor Fikri Tidak menunjukkan simpati mengata-ngatai lagi Doktor Fikri

Bab 12 Doktor Fikri dalam dilema ~ mengenangkan basikalnya yang dicuri ~ dituduhkan mencuri dompet dan perpustakaan ~ kawan baiknya, iaitu Josy telah berpindah sekolah Doktor Fikri dipelawa oleh Cikgu Wahab untuk ke bilik kaunseling bersamanya kerana ada hal yang perlu diperkatakan ~ menceritakan perkara yang sebenar berkenaan kehilangan basikal dan kes kecurian yang lain sebenarnya dilakukan oleh Narius, Jamadi, dan Jais ~ Narius dan rakannya telah mengaku kesalahan mereka ~ Cikgu Wahab berasa bersalah atas tindakan menengking Doktor Fikri sebelum ini

Bab 13 Memberitahu ibu dan bapanya bahawa basikal kepunyaan sudah ditemukan orang yang mencurinya pun sudah ditangkap Berasa kesihan terhadap bapa Narius meminta bapanya menjamin Narius daripada tahanan polis

Bab 14 Rakan-rakan Doktor Fikri, iaitu Suriani dan Dayang mahani mengesyaki bahawa Narius, Jamadi, dan Jais telah mempengaruhi dan menghasut Doktr Fikri untuk melakukan perbuatan jahat

Bab 15 Menceritakan murid-murid kelas Tingkatan Dua Mawar yang tertanya-tanya akan kegagalan Doktor Fikri menghadiri kelas selama dua hari Narius datang ke kelas Tingkatan Dua Mawar dengan membawa sepucuk surat Menyerahkan sepucuk surat yang dikirim melalui Narius untuk dibacakan di kelas Tingkatan Dua Mawar sebelum dia berangkat ke Jepun Semua berasa sedih apabila Dayang Mahani selesai membaca surat itu

Bab 16 Doktor Fikri bersama ayah dan ibunya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Kedatangan mereka disambut .oleh sahabat-sahabat Fikri iaitu Aziz, Dayang Mahani, Suriani, dan Sanin Meminta Doktor Fikri menceritakan pengalamannya belajar di Jepun Mengeluarkan album dan menunjukkan gambar-gambarnya selama berada di Jepun Doktor Fikri hamper terlupa mengenai hadiah yang dibeli untuk kawan-kawannya dari Jepun

Bab 17 Teringat akan Gunung Kinabalu dan berhasrat dapat menjejakkan kakinya ke sana Pada keesokan harinya, bapanya membawa berita yang gembira bapanya telah menenpah bilik untuk ke Gunung Kinabalu

Bab 18 Mengisahkan perjalanan Doktor Fikri dan ibu bapanya melawat ke Taman Negara Kinabalu Suasana di sana begitu tenang dan sejuk sekali Doktor Fikri juga bersiar-siar untuk melihat alam semula jadi yang terdapat di sana Pulang ke calet kerana waktu itu sudah tidak sesuai jika berada di Taman Negara Kinabalu suhunya yang begitu sejuk

Bab 19 Doktor Fikri dan ibu bapanya bersiap sedia sebelum menaiki pikap yang disediakan olwh pihak Taman Negara Pendakian ke puncak Gunung Kinabalu dimulakan masing-masing kepenatan semua peserta berhenti rehat di rumah rehat mereka akan meneruskan perjalanan pada pukul tiga pagi

Bab 20 Doktor Fikri ketakutan kerana telah tersesat ketika mendaki Bermacam-macam perkara telah difikirkan ketika dia dalam keadaan takut Dia terbayangkan kedua-dua ibu bapanya Dia telah teringat akan sebuah cerita dongeng tentang seekor naga yang bersembunyi dalam batu dan akan keluar untuk membalas dendam terhadap seorang perwira Kemudian tidak lama selepas itu, dia terkejut kerana terserempak dengan naga tersebuut yang hanya dianggap sebagai dongeng

Doktor Fikri mencuba menyelamatkan diri menjerit meminta pertolongan namun naga itu mengejar dan ingin membunuhnya tercampak ke dalam gaung

Bab 21 Rupa-rupanya Fikri mengigau Jeritannya telah mengejutkan orang lain Semua penghuni bergegas ke biliknya Ada yang mengatakan bahawa tempat itu keras Doktor Fikri berazam untuk mengikut ibu dan ayahnya meneruskan pendakian ke puncak Gunung kinabalu

Tema Kegigihan dan kecekalan seorang remaja yang berpenyakit balar dalam mengatungi kehidupan. Persoalan (a) Kecekalan dalam mengarungi kehidupan. (b) Nilai setia kawan ketika susah dan senang. (c) Sikap mudah berprasangka tanpa menyelidiklebih dahulu. (d) Peranan pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin para pelajar. (e) Ketabahan dalam menangani ketentuan Tuhan. Watak dan Perwatakan (a) Watak utama Doktor Fikri (b) Watak sampingan Cikgu Saiful, Puan Halipah, Josy, Narius, Cikgu Wahab, Suriani, Dayang Mahani, Sanin, dan Aziz. Doktor Fikri (a) Mempunyai kecatatan, iaitu berpenyakit balar sejak lahir. (b) Wajah putih kemerah-merahan dan berambut kuning keemasan. (c) Anak tunggal dalam keluarga. (d) Umur empat belas tahun. (e) Pandai menabung. (f) Minat membaca buku terutamanya novel. (g) Mempunyai keazaman yang tinggi.

Cikgu Saiful (a) Suami kepada Puan Halipah dan bapa kepada Doktor Fikri. (b) Asal bekerja sebagai gutu tetapi berhenti dan bekerja kepada pihak swasta. (c) Bapa yang penyayang terhadap anaknya. (d) Suami yang menyayangi isterinya. (e) Bersikap sabar dalam memelihara anak yang berpenyakit balar. Josy (a) Pelajar kelas Tingkatan Dua Melati. (b) Berkulit cerah dan berambut penjang. (c) Mempunyai tahi lalat di tengah-tengah dahinya. (d) Peramah. (e) Ikhlas dan jujur dalam bersahabat. Cikgu Wahab (a) Guru disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. (b) Adil dalam setiap tindakannya (c) Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang melanggar undang-undang. (d) Bijak menangani permasalahan murid. Plot (a) Pada Permulaan cerita, Cikgu saiful menunggu dengan penuh debar akan kelahiran anaknya. Terdapat peristiwa imbas kembali apabila Cikgu Saiful teringat akan peristiwa isterinya, Puan Halipah yang mengidam makan daging rusa. Penulisan menggambarkan kisah Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang akhirnya reda menerima kelahiran bayi mereka yang tidak sesempurna bayi lain. Bayi mereka yang dinamakan sebagai Doktor Fikri,dilahirkan balar. Doktor Fikri digambarkan sudah di tingkatan dua. Bapanya sudah berhenti daripada menjadi guru dan kini bekerja di Menggatal. Doktor Fikri mula bersekolah di sekolah baru, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. (b) Pada bahagian perkembangan pula, Doktor Fikri digambarkan diterima baik oleh pelajar di kelas Tingkatan Dua Mawar berbeza dengan penerimaan di sekolah lamanya. Namun ada beberapa orang pelajar yang tidak menyukainya malahan mengugutnya. (c) Konflik mula berlaku apabila Narius dan rakan-rakan dihukum oleh Pengetua. Mereka mengesyaki bahawa Doktor Fikrilah yang telah melaporkan perbuatan mereka kepada Pengetua. Mereka mendendami Doktor Fikri. Mereka membalas dendam dengan menganiaya Doktor Fikri dengan meletakkan buku-buku perpustakaan ke dalam beg Doktor Fikri. Akhirnya Doktor Fikri dituduh mencuri buku-buku tersebut . Doktor Fikri dipulaukan oleh rakan-rakannya.

(d) Apabila Cikgu Wahab memberitahu Doktor Fikri bahawa Narius dan rakan-rakan telah ditangkap kerana mencuri. Mereka telah mengaku turut mencuri basikal Doktor Fikri dan selama ini mereka juga meletakkan buku-buku perpustakaan ke dalam beg Doktor Fikri. Narius akhirnya dibebaskan setelah bayaran ikat jamin itu dibayar oleh Doktor Fikri. Narius terus insaf. (e) Apabila belum sempat rakan-rakan

You might also like