You are on page 1of 1

Langkah-langkah mengatasi masalah obesiti Pada era globalisasi ini, obesiti telah menjadi masalah yang melanda negara

kita. Rakyat negara kita yang menjadi gemuk bertambah banyak. Salah satu langkah yang harus diimplementasikan ialah kita patut kurangkan makanan yang berlemak, bergula dan bergaram. Makanan seperti ini akan menyebabkan seseorang diserap obesiti di samping menjejaskan kesihatan. Oleh itu, kita patut menjadikan pyramid makanan sebagai asas pemakanan. Makanan bergoreng mesti dielakkan. Selain itu, makanan yang direbus atau dikukus wajar dilebihkan. Makanan yang direbus atau dikukus lebih berkahsiat untuk badan kita. Di samping itu, penggantian susu rendah lemah dan elakkan makanan yang bersantan seperti kuih-muih dan nasi lemak. Elakkan diri daripada makanan segera dan banyahlah makan sayur-sayuran dan buahbuahan. Seterusnya, masyarakat harus makan mengikut jadual dan amalkan makan secara berdisiplin. Lupakan snek dan makanan ringan dan tumpuhan pemakanan pada sarapan pagi, tegah hari dan malam sebelum 7:00 malam. Akhirnya, lakukanlah lebih banyak aktiviti fizikal yang berfaedah tiga kali seminggu selama 30 minit seperti berjalan kaki, berenang, bermain badminton dan lain-lain. Lantasan itu, kita boleh cuba menaiki tangga ke tingkat atas daripada mengunakan lif atau escalator. Dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai ini barulah kita dapat mengatasi masalah obesity.

You might also like