You are on page 1of 40

BAHASA MELAYU BMK2012

Kuliah 1

SEJARAH, DASAR DAN PERANAN BM SBG BHS KEBANGSAAN


Pengertian Melayu -Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda antara bangsa-bangsa lain di dunia. -Kerajaan Mo-lo-yeu- dipercayai di daerah Jambi - I-Tsing= penggunaan kata Maloyu merujuk dua buah kerajaan yg dilawatinya sekitar 675 thn Masihi (Darwis Harahap, 1992:13). - Bahasa Melayu yg disebut sbg Kw un Lun di Sriwijaya digunakan sbg bhs perdagangan&pemerintahan pd abad ke-7.

Zuber Usman- perkataan Melayu berasal drpd perkataan Himalaya dan kemudian menjadi Malaya seterusnya menjadi Melayu . - Perkataan Himalaya berasal drpd perkataan Hima dan alaya . - Hima=salji/salju alaya=tempat - Himalaya=tempat sejuk, seperti di puncak gunung yg tinggi.

Slametmuljana=kata Melayu berasal drpd perkataan Sanskrit. - Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yg berbeza, iaitu di seberang Utara Selat Melaka dan di seberang sebelah Selatan. - Di seberang Utara Selat Melaka= perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya, iaitu Malaya - Di seberang sebelah Selatan- mengalami perubahan bunyi, menjadi Melayu .

Pendapat pengkaji lain=perkataan Melayu berasal drpd perkataan pamalayu , iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kartanegara dr Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Di kawasan tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa sbg peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud Ekspedisi Melayu , iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.

Dalam pengertian yg luas, istilah Melayu merujuk kpd bangsa-bangsa Austronesia yg terdapat di Semenanjung T. Melayu & kaw. yg secara tradisional disebut sbg gugusan pulaupulau Melayu. Kamus Dewan (2006:1014), mendefinisikan Melayu merujuk kpd nama suatu bangsa & bhs terutama di Semenanjung Malaysia.

Kajian UNESCO (1972): - Bangsa Melayu merupakan satu keluarga bangsa yg mempunyai satu keluarga bahasa yg sama. - Bentuk fizikal tubuh bdn hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, mempunyai ketinggian sederhana, penduduk asli di satu kaw. yg sgt besar, iaitu dr Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Island) di lautan Pasifik berhampiran dgn Republik Chile di Timur, kemudian dr kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di selatan.

Takrifan tersebut menyimpulkan bhw apa yg dimaksudkan sbg Melayu itu dr segi penentuan taraf kewarganegaraan, penduduk yg menjadi rakyat negara Melayu berkenaan boleh menjadi sesiapa shj selain rakyat Melayu sendiri. Pengertian Melayu dari suku bangsa bermaksud mereka ini mestilah berketurunan Melayu dari segi darah dagingnya. Agama Islam tidak menjadi syarat.

Di Malaysia- Org Melayu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat istiasat Melayu. Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu dlm perkara 160(2) menakrifkan: - Orang Melayu sbg seorg yg beragama Islam - Bertutur bahasa Melayu - Mengamalkan adat istiadat Melayu - Lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Dari segi takrifan antrapologi, Syed Husin Ali menjelaskan bhw org Melayu itu dr segi lahiriah; *lazimnya berkulit sawo matang *berbadan sederhana besar serta tegap dan *selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.

Teori Asal Usul Bangsa & Bhs Melayu


1. Teori Yunan - Teori yg lebih popular - Dinamakan juga sbg Teori Affinities Gendang Dongsong- dikemukakan oleh H.Kern dan R.H Geldern. - Org Melayu dikatakan dtg ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yg utama - Melayu Negrito Melayu Proto Melayu Deutro.

Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria) Orang-orang zaman neolitik (org darat MonKhmer) yg membawa kebudayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu (Ismail Hussien, 1984:2) - Teori ini lemah- ditolak krn kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pd zaman yg sama.

Hendrick Kern (1889) - Beliau merumuskan BM adalah berasal drpd satu bahasa induk yg ada di Asia. - Mengkaji beberapa perkataan yg digunakan seharian, antaranya tebu, nyiur, buluh, bambu dll. - Perkatan-perkataan ini digunakan di Pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik hgga ke Pulau Pass di Amerika sama dgn perkataan2 yg terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea.

Asmah Hj. Omar (1988) -Menyokong teori Hendrick Kern - Namun menyatakan bhw, proses migrasi atau perpindahan mereka tidak sekali gus dan tidak juga melalui satu jln. - Ada yg melalui jalan darat (tanah semenanjung), ada yg melalui jln laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yg melalui arah Timur, iaitu melalui Laut China Selatan.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abd. Hamid Mahmod (1997) - Menyokong teori bhw penutur2 BM dtg dari daerah Yunan dan telah turun dlm beberapa gelombang pergerakan manusia. - Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara thn 2500 S.M hgga thn 1500 S.M. - Masyarakat Ausronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.

2. Teori Nusantara-Bangsa Melayu dikatakan telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama John Crawford(1884) - Membuat perbandingan antara BM dgn bhs Lampung, BM-bhs Sunda, BM-bhs Madura, BM-bhs Bali, BM-bhs Bugis dan beberapa bhs di Indonesia Timor, Pulau Roti danPulau Sawu. - Terdapat juga perbandingan BM dgn bhs Tagalog, Bisaya, Campa, Farmosa dan beberapa bhs lain di lautan Pasifik hgga bhs Malagasi di Pulau Madagaskar. - Merumuskan bhw bangsa Melayu dan bangsa Jawa menjadi induk bg semua bhs tersebut- dinamakan Malayan . - Berpendapat bahasa Jawa ialah bhs tertua & menjadi induk kpd bhs2 lain.

Sutan Takdir Alisjahbana (ahli bhs Indonesia) - Menyatakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yg tinggal di Asia Tenggara spt di Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia. - Penduduk2 ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yg sama. - Mempunyai persamaan dari segi warna kulit dan saiz bentuk badan. - Manusia kuno spt Homo Soloinensis dgn Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. - Penemuan manusia kuno menunjukkan kemungkinan org Melayu adalah keturunan drpd manusia kuno tersebut yg berasal dari Jawa.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ATMA, UKM) - Menegaskan bhw org Melayu sudah berada di Semenanjung sejak 35 000 thn lalu. - Bukti- kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni. - Mengemukakan teori evolusi atau perubahan - Faktor berlakunya evolusi ialah perdagangan jalan darat dan perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar. - Org Melayu dan bumiputera sebenarnya berasal drpd satu baka sahaja-membezakan org Melayu dengan bumiputera adalah anutan agama.

Rumpun Bahasa Melayu Rumpun bahasa Austronesia terdiri drpd 4 keluarga bahasa yg lebih kecil, iaitu: i. Bahasa-bahasa Nusantara (Bahasa-bahasa kepulauan Melayu) spt- BM, Aceh, Jawa Sunda, Dayak, Tagalog, Solo dll. ii. Bahasa-bahasa Polinesia spt bhs Tonga, Hawaii, Maori & Haiti. iii. Bahasa-bahasa Melanisia spt bahasa2 di Kepulauan Fuji, Irian dan kepulauan Kaledonia. iv. Bahasa2 Mikronesia spt bahasa2 di Kepulauan Marshall, Carolina, Marianna & Gilbert.

Keluarga Bahasa Melayu - Bahasa Melayu menjadi bhs kebangsaan di 4 buah negara Asia tenggara, iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. - Di Malaysia- BM turut dikenali sbg Bahasa Malaysia dan di Singapura dan Brunei sbg Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan. - BM turut dituturkan di kepulauan Farmosa hgga ke Madagaskar. - Faktor yg menyumbang kpd penyebaran BM ialah perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan.

Di Malaysia- BM menyebar, berkembang dan membentuk beberapa dialek yg kebetulan ditandai dgn persempadanan negeri. Wujud dialek Utara (Kedah dan Utara Perak), dialek P.Pinang, dialek Perak, dialek Johor, dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang, dialek Kelantan, dialek Terengganu,dialek N.Sembilan, dialek Sarawak dan dialek Sabah.

Perkembangan Bahasa Melayu 1. Bahasa Melayu Kuno 2. Bahasa Melayu Klasik, dan 3. Bahasa Melayu Moden

a.Bahasa Melayu Kuno - Kegemilangannya berlaku dari abad ke-7 hgga ke abad ke-13, iaitu pd zaman Sriwijaya. - BM menjadi lingua franca dan bhs pentadbiran kerana: - bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar - tidak terikat kpd perbezaan susun lapis masyarakat - mempunyai sistem yg lebih mudah berbanding dgn bahasa Jawa. -Bhs Melayu Kuno byk dipengaruhi oleh sistem bhs Sanskrit

- BM Kuno dapat dilihat pada batu2 bersurat abad ke-7 yg ditulis dgn huruf Palava: i. Batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang (683M) ii. Batu bersurat Talang Ruwo, dkt Palembang (684 M) iii. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686M) iv. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambin(686 M) -Bhs Melayu Kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dlm huruf Nagiri.

Ciri-ciri BM Kuno: Penuh dgn kata2 pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w (cth: bulan-wulan) Bunyi e pepet tidak wujud (cth: dengan-dgan @dangan) Awalan ber- ialah mar- (cth:berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- (cth:diperbuat-niparwuat) Ada bunyi konsonan yg diaspirasikan spt bh,th, ph, dh, kh, h (cth: sukhatshitta) Huruf h hilang dlm bhs moden (cth: semuasamuha, saya-sahaya)

Peralihan BM Kuno ke BM Klasik -Dikaitkan dgn pengaruh agama Islam yg semakin mantap di Asia Tenggara -BM mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan -Terdapat 3 batu bersurat yg penting memperlihatkan peralihan ini: i. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) -ditulis dlm huruf India -mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit -Bhsnya berbeza sedikit drpd bhs batu bersurat abad ke-7.

ii. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) - Masih memakai abjad India - Buat pertama kali terdapat penggunaan kata2 Arab spt kalimat nabi, Allah dan rahmat iii. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) -ditulis dalam tulisan jawi -membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam BM pd abad itu Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan BM krn selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dlm bentuk tulisan.

b. Bahasa Melayu Klasik - Dibahagikan kpd 3 zaman penting: -Zaman kerajaan Melaka - Zaman kerajaan Acheh - Zaman kerajaan Johor-Riau

Ciri-ciri bahasa Klasik -ayat:panjang, berulang, berbelit2 -byk ayat pasif -menggunakan bhs istana Kosa kata klasik:ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masghul (sedih) -banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat):sebermula, alkisah, hatta, adapun -ayat sonsang -banyak menggunakan partikel pun dan lah

c. Bahasa Melayu Moden -Bermula pada abad ke-19 -Karya karangan Munsyi Abdullah dianggap sbg permulaan zaman BM moden -Sblm penjajahan British-BM mencapai kedudukan yg tinggi, berfungsi sbg bhs perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bhs pengantar di pusat pendidikan Islam. -Slps Perang Dunia Kedua-British mengubah dasar menjadikan BI sbg bhs pengantar dlm sistem pendidikan. -Semasa Merdeka- Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan BM sbg bahasa kebangsaan. -Akta bhs Kebangsaan 1963/1967 menetapkan BM sbg bhs rasmi negara dlm sistem pendidikan negara.

Perkembangan BM Moden a. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) -bertanggungjawab utk merancang pemodenan BM spt perancangan penetapan bunyi atau sebutan, perancangan sistem ejaan,peristilahan, tatabahasa, perkamusan,dan penyuburan bhs melalui penerbitan dan penghasilan karya sastera. Usaha ini dilakukan dgn kerjasama ahli2 bhs dan pertubuhan serantau terutamanya MABBIM.

b. Melalui sistem pendidikan - Laporan Razak (1956)-mencadangkan BM dijadikan bhs pengantar di semua sekolah kebangsaan dan diajar di sekolah jenis kebangsaan. - Maktab Perguruan Bahasa ditubuhkan pd tahun 1956 bertujuan utk melatih guru2 agar dpt mengajar dlm BM dgn baik. - Tahun 1970- penggunaan BM diperluas di sekolah2 jenis kebangsaan. Beberapa subjek yg disampaikan dlm bhs ibunda spt sivik, pend.jasmani dan pend. Seni diajar dlm BM.

- Peperiksaan LCE, MCE dan HSC dimansuhkan dan di peringkat institusi pengajian tinggi sebahagian drpd kursus2nya disampaikan dl BM. - Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada thn 1970 khas utk memartabatkan BM.

c. Peranan badan2 bukan kerajaan (NGO) - NGO turut serta dalam usaha2 memajukan BM - Antaranya syarikat ESSO dan GAPENA. - Kedua-duanya telah beberapa kali menganjurkan peraduan mengarang dlm bahasa Melayu sbg usaha memajukan BM - Institut Insurans Malaysia telah bekerjasama dgn DBP utk mencipta istilah dalam bidang perakaunan dan Persatuan Linguistik Malaysia(PLM) dalam bidang kebahasaan. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) setiap tahun menganjurkan aktiviti debat BM, pertandingan menulis dan pelbagai aktiviti kebahasaan sempena minggu amanah saham. - Kerjasama dgn NGO menyumbang ke arah usaha memantap dan memajukan lagi BM agar setaraf dgn kedudukannya sbg bhs kebangsaan dan bhs rasmi Malaysia.

d. Peranan Kerajaan dan Perjuangan Mendaulatkan BM i.Perdaulatan Bahasa Melalui Perlembagaan dan Akta ii. Perdaulatan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan iii. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) iv.Kerjasama serantau dan antarabangsa

BM dalam Pendidikan a. Laporan Razak (1956) mencadangkan: - Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan - Pengakuan matlamat akhir BM menjadi bhs pengantar utama - Permulaan kurikulum yg berorientasikan alam sekeliling Malaysia - Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bg semua

b. Laporan Rahman Talib (1961) mencadangkan: -Penegasan kpd pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. -Penegasan kpd pendidikan kerohanian yg kukuh dan unsur2 disiplin yg diingini. -Penengasan kpd kurikulum berorientasikan Malaysia -Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional -Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 thn -Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

c. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67memperuntukkan slps 1 September 1967, bhs kebangsaan hendaklah digunakan bg maksud2 rasmi, kecuali dlm beberapa kes tertentu spt undang2 yg sedia ditulis dalam BI. - Akta ini menimbulkan ketidakpuasan hati org2 Melayu dgn jaminan bhw BI terus digunakan dan dilihat sbg mengancam kedudukan BM sbg bahasa rasmi.

d. Pemberitahuan Undang2 No. 410/1967 diwujudkan utk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dengan bersyarat digunakan bagi tujuan2 rasmi shj. e. Akta Pendidikan 1995, fasal 17(1) memperuntukkan bhw: Bhs Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dlm Sistem pendidikan Kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan yang ditentukan di bawah seksyen 28 atau mana2 institusi pendidikan lain yg dikecualikan oleh Menteri drpd subseksyen ini .

f. Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan 1957- Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan sekolah menengah 1970- Bahasa pengantar darjah 1 1975- Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan 1976- Bahasa pengantar Tingkatan 1 1979- Bahasa Pengantar Tingkatan VI aliran sastera 1980- Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti 1981- Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 1982- Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 1983- Bahasa pengantar semua kursus di universiti
(Sumber: Bhgn Dasar dan Pengurusan Korporat, KPM)

You might also like