KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011

TAJUK:
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

SENARAI KANDUNGAN

Bil. 1 2 3 4 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian 5 6

Tajuk

Muka Surat 1 2 3 4

Peta Lokasi Subang Jaya di Lembah Klang Peta Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya 8 9

Kaedah Kajian Dapatan Kajian Konsep Pencemaran Alam Sekitar Jenis Pencemaran di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya

7 8 9

Rumusan Lampiran Rujukan

28 29 37

1.0

PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya telah

dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 Tahun 2011 dengan jayanya. Tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengalaman dan pengetahuan semasa membuat kajian pada masa hadapan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Subang Utama, Puan Rahanim Binti Abdul Rahimdan dan guru pembimbing saya, iaitu Puan Lim Lay Choo kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, iaitu ayahanda Lee Man Seng dan bonda Yeo Bee Lai yang turut membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka, kemungkinan besar saya tidak mampu menyiapkan kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya memerlukan motivasi, buah fikiran dan juga sedikit wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya, terutamanya rakan sekumpulan saya iaitu Lim Sing Yee, Leong Joe Yie, Yap Pei Er, Wong Tan Yuen dan Shemnics Leong Yuan Qi yang mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.

0 PENDAHULUAN Bagi memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Geografi untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Kami menjalankan kajian selepas waktu persekolahan dan pada hujung minggu. iaitu Persiaran Tujuan dan Jalan Subang Utama. Di kawasan SS18 juga terdapat jaringan jalan raya yang sibuk. kereta atau teksi untuk pergi ke sekolah. pelajar-pelajar Tingkatan 3 wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi. Kami memilih membuat kajian di kawasan SS18 kerana lokasi ini berdekatan dengan tempat tinggal saya di kawasan SS14. Rumah saya terletak kira-kira 800 meter dari kawasan kajian. Kami juga memilih kawasan SS18 sebagai kawasan kajian kerana terdapat banyak kawasan petempatan dan kawasan perniagaan di sini. kami cuma perlu menaiki basikal dan berjalan kaki. kami memilih kawasan SS18 sebagai kawasan kajian kerana kos kajian murah dan kami tidak perlu menaiki bas. Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpul secara berkumpulan. Saya dan rakan-rakan saya memilih tajuk ³Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian SS18. Saya mengambil masa kira-kira lima bulan iaitu dari bulan Febuari hingga Julai untuk menjalankan dan menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR Tahun 2011 ini. Selangor Darul Ehsan´. Di samping itu. Sebaliknya. Subang Jaya.2. .

Subang Jaya.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian yang saya jalankan ialah: 1. Subang Jaya. Subang Jaya. 2. Selangor. Selangor. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian. Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18. Selangor. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18. Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18. Selangor. Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18. 3. Selangor.3. Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18. 6. Subang Jaya. 5. 4. Subang Jaya. .

Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) telah menyerahkan pentadbiran Subang Jaya dan USJ kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). SS16. Kawasan SS18 yang juga merupakan salah satu kawasan Subang Jaya pada asalnya merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang dikenali dengan nama Seafield Estet. dan beberapa kawasan perniagaan termasuk kompleks perniagaan (shopping complex) Subang Parade dan Carrefour. Selama beberapa tahun. Kawasankawasan pentadbiran MPSJ tidak hanya termasuk Subang Jaya sahaja tetapi juga merangkumi USJ.0 KAWASAN KAJIAN Kawasan yang dikaji untuk Kerja Kursus Geografi Tahun 2011 bertajuk ³Pencemaran Alam Sekitar´ ialah kawasan kajian SS18. Subang Jaya .4. hospital (Pusat Perubatan Subang Jaya). dan perhubungan. Pada tahun 1997. Subang Jaya telah dinaiktarafkan sebagai perbandaran. SS13. Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling. iaitu sebuah Syarikat Pemaju Hartanah yang juga merupakan anak syarikat Sime Darby Berhad. Kawasan Subang Jaya terdiri daripada kawasan SS12. Selangor. SS17. Selangor Darul Ehsan. dan sebahagian kawasan yang terdapat di Daerah Petaling. dalam kawasan Lembah Klang. Pembinaan Subang Jaya bermula pada tahun 1974 oleh Sime UEP Berhad. Subang Jaya menjadi sebuah bandar yang lengkap dari segi perancangan kemudahan. Pihak Berkuasa Tempatan pada masa itu. SS19 dan kawasan USJ. SS14. Pembangunan Subang Jaya telah mewujudkan kemudahan sekolah. Sime UEP telah merancang pembukaan tanah untuk pembukaan kawasan USJ. Pada tahun 1988. SS!5.SS18. Malaysia. pengangkutan. kolej. Bandar Sunway. Subang Jaya. Puchong.

Hal ini demikian kerana Subang Jaya terletak di tengah-tengah kawasan bandar dan bandar raya yang terkemuka di Malaysia seperti Kuala Lumpur. Kedudukan Subang Jaya adalah di sebelah barat daya Petaling Jaya.83 km persegi serta mempunyai jumlah penduduk melebihi 55. Kawasan kajian SS18. Kawasan SS18 terletak kira-kira 12 km dari Shah Alam. 14 km dari Damansara dan 4 km dari Sunway. Kawasan kajian SS18 merupakan sebahagian daripada kawasan Subang Jaya.meliputi tanah seluas 5. Damansara dan Sunway.000 orang. Putrajaya dan Puchong. SS14 timur. . Petaling Jaya. Subang Jaya terletak tidak jauh dari Shah Alam. Shah Alam. Kawasan SS18 terdiri daripada tanah beralun. Kawasan SS18 terletak di antara SS19 di barat. SS17 di utara dan USJ 2 di selatan. Pola petempatan di kawasan SS18 berjenis berpusat jenis terancang dan berjajar mengikut jalan raya. Penduduk di kawasan ini dapat ke bandar tersebut dengan mudah dan dapat menggunakan segala kenderaan awam seperti bas dan teksi.

PETA-.LOKASI SUBANG JAYA DI LEMBAH KLANG: .

SUBANG JAYA: .PETA KAWASAN KAJIAN SS18.

Sila rujuk borang soal selidik yang disertakan di lampiran.5. Kami juga mengambil beberapa keping gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai. 4) Kaedah rujukan Untuk melengkapkan laporan kami ini. internet. Kami merujuk kepada buku teks. kami juga telah menggunakan kaedah rujukan. . Soalan yang kami berikan adalah tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18. buku rujukan dan beberapa orang sumber.0 KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat dan data untuk melengkapkan kerja kursus saya. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk lampiran untuk gambar-gambar tersebut. 2) Kaedah soal selidik Kami telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan ini. Sila rujuk borang temu bual yang disertakan di lampiran. Antaranya termasuk: 1) Kaedah pemerhatian Kami telah melakukan kaedah pemerhatian untuk menyatakan jenis pencemaran yang terdapat di kawasan kajian SS18. 3) Kaedah Temu bual Kami telah menemubual 3 orang responden yang terdiri daripada penduduk kawasan kajian ini.

Antara pencemaran alam termasuk: Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran tanah Pencemaran bunyi Pencemaran bau Pencemaran visual Pencemaran terma Pencemaran radioaktif y y y y y y y y . biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan. keselamatan atau kebajikan awam organisma-organisma lain. pencemaran alam sekitar merujuk kepada perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya. Akta Kualiti Alam Sekitar 1947 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik.6. meletakkan atau mengeluarkan buangan sehingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR Menurut Kamus Dewan edisi keempat.0 DAPATAN KAJIAN 6. kimia.

haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. motosikal. kilang industri dan juga melalui pembakaran terbuka di kawasan ini. nitrogen dioksida dan gas metana yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk abuk.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18. Contoh jalan besar tersebut ialah Persiaran Tujuan yang juga terletak berhampiran dengan kawasan kajian SS18. Pencemaran udara jelas kelihatan di kawasan kajian SS18. sulfur dioksida. SUBANG JAYA A) Pencemaran Udara Pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. dan bas yang melalui jalanjalan besar di sekitar kawasan kajian. kabus dan gas beracun seperti karbon monoksida.6. iaitu kebisingan selang-seli. Seramai 98% responden menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran bunyi. kebisingan selenjar. Hal ini demikian kerana udara tidak segar dan kelihatan asap-asap hitam dilepaskan ke udara oleh kenderaan-kenderaan bermotor seperti kereta. klorofluorokarbon (CFC). tumbuh-tumbuhan. B) Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi merujuk kepada bunyi bising yang keterlaluan serta boleh memekakkan telinga. van. lori. Pencemaran bunyi terhasil daripada bunyi mesin. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Kedengaran bunyi- . Sebanyak 97% responden menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran udara yang serius. dan binatang. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Semua gas beracun tersebut mampu mengganggu atau membahayakan manusia. kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. asap.

Longkang tersebut telah melepaskan gas-gas yang tidak menyenangkan pernafasan ke udara. Kelihatan beberapa orang yang memicit hidung mereka semasa menghampiri longkang tersebut. . C) Pencemaran Bau Pencemaran bau ialah bau yang busuk dan menjijikkan yang menyukarkan pernafasan. Hal ini demikian kerana longkang besar yang terletak di Jalan SS18/4G mengalami pencemaran bau yang teruk. Udara tercemar mampu mengganggu aktiviti harian penduduk. Seramai 78% responden menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran bau. Perancangan yang kurang baik yang menempatkan jalan raya besar dan rumah kediaman secara bersebelahan menambah kepada pencemaran bunyi kepada penduduk di kawasan ini. Persiaran Jengka dan juga Persiaran Tujuan yang terletak berhampiran dengan kawasan kajian SS18.bunyi bising dari Jalan Subang Utama. Pencemaran bau menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di persekitarannya.

Karbon Monoksida(66%). lebih kurang 13. Terdapat 89% . Antaranya termasuk: A) Kenderaan Sistem pengangkutan yang maju di kawasan kajian SS18 merupakan punca utama berlakunya pencemaran udara. Karbon Dioksida(30%). SUBANG JAYA Terdapat beberapa punca kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran alam sekitar yang serius. van dan lori yang dibaiki di kedai mekanik dan juga kenderaan yang melalui jalan raya besar di sekitar kawasan kajian seperti Jalan Subang Utama. Bunyi seperti hon yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor juga menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Seramai 100% responden menyatakan bahawa kawasan SS18 mengalami pencemaran akibat penggunaan kenderaan. dan sebagainya daripada ekzos kenderaan. Dianggarkan setiap tahun. teksi.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18. Jalan Jengka dan Persiaran Tujuan. Semua gas-gas tersebut dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta. motosikal. Plumbum(32%). asap.6. Benzena(74%) yang merupakan bahan beracun. Pencemaran udara bertambah buruk dengan jumlah kenderaan yang banyak yang melalui jalan raya tersebut. Hidrokarbon(42%). Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan melepaskan Nitrogen Oksida(64%). B) Pembakaran Terbuka Pembakaran sampah-sarap dan daun-daun kering di kawasan kajian SS18 untuk tujuan mengurangkan sampah-sarap boleh membawa kepada pencemaran udara. bas.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan dilepaskan ke udara.

rumpai-rumpai. Racun serangga dan racun rumpai digunakan di kawasan kajian SS18 dari semasa ke semasa untuk membasmi nyamuk Aedes yang menyebarkan demam denggi dan juga untuk mengawal pertumbuhan rumpai di tepi jalan. C) Racun Serangga/ Racun Rumpai Penggunaan racun serangga dan racun rumpai juga merupakan punca pencemaran. tumbuhan patogen. kira-kira 80% responden manyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran udara akibat penggunaan racun serangga dan racun rumpai.responden yang menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran akibat pembakaran terbuka. Api dari pembakaran terbuka bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi api tersebut juga menjejaskan pertumbuhan flora dan kesihatan manusia. Mengikut hasil soal selidik saya. iaitu bahan yang digunakan untuk membunuh atau merencatkan pertumbuhan makhluk perosak. dan menyebar penyakit. Racun serangga atau racun rumpai merupakan salah satu jenis pestisid. . Pestisid ini boleh terdiri daripada bahan-bahan kimia. mamalia. Perosak di sini termasuklah serangga. Racun serangga dan racun rumpai ini juga digunakan di rumah. agen biologi (seperti virus dan bakteria). burung-burung. cecacing dan mikrob-mikrob yang bersaing dengan manusia untuk makanan. Partikel jelaga daripada pembakaran terbuka boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara di sekitar kawasan ini. bahan nyahjangkit atau segala peranti yang digunakan terhadap organisma perosak. selain mengganggu kegiatan manusia. ikan. moluska. memusnahkan harta benda.

Contoh sisa domestik jenis organik ialah plastik. Sampah domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Secara purata boleh dikatakan bahawa setiap individu menghasilkan 0. tin logam. inorganik dan sampah-sarap yang bersaiz besar. Kebanyakan residen memicit hidung mereka semasa tengah berjalan di Jalan SS18/4G dan Jalan SS18/5. sampah komersial. Sampah-sarap yang dijumpai dalam longkang tersebut merupakan sampah domestik. pencemaran sampah dan pencemaran alam sekitar. Bau busuk daripada sampahsarap memaksa penduduk yang tinggal berhampiran dengan longkang tersebut untuk menutup tingkap dan pintu mereka.8 kilogram sampah setiap hari. . Peningkatan penghasilan sisa domestik ini telah menyumbang kepada masalah tapak pelupusan. E) Bahan Sisa Domestik Kawasan kajian SS18 dicemari dengan bahan sisa domestik. Contoh sampah inorganik ialah kaca. tekstil dan bekas makanan. Sampah-sarap tersebut dijumpai terutamanya dalam longkang besar yang terletak di antara Jalan SS18/4G dengan Jalan SS18/5. tin aluminium dan contoh sisa domestik yang bersaiz besar ialah barangan elektrik. Bilangan penduduk yang banyak di kawasan kajian SS18 menandakan sisa domestik di kawasan ini juga banyak. Bahan sisa domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa buangan toksid. kertas. dan sampah pembinaan. Seramai 16 responden menyatakan bahawa kawasan SS18 mengalami pencemaran yang berpunca daripada sisa domestik. Pencemaran bau berlaku akibat pengurusan sampah yang tidak teratur di kawasan SS18. iaitu organik. sampah tanaman dan perabot.D) Sampah-Sarap Kawasan kajian SS18 juga dicemari dengan sampah-sarap yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

G) Perniagaan Kawasan kajian SS18 penuh dengan pelbagai pusat perniagaan dan deretan kedai. . Pembinaan dan pengubahsuaian rumah juga menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi kerana sisa bahan binaan seperti abuk akan terbang ke udara dan bunyi yang dihasilkan oleh pembinaan mampu mengganggu pendengaran penduduk di sekitar kawasan tersebut.F) Pembinaan Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pengubahsuaian rumah penduduk di kawasan SS18. sisa-sisa pepejal akan dibuang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran oleh pekerja. Terdapat peniaga yang tidak menguruskan pembuangan sampah atau sisa makanan dengan baik. terutamanya kedai menjual makanan yang membuang sisa makanan ke dalam sistem perparitan. Perlakuan sebegini menyebabkan pencemaran kerana parit akan tersumbat dan mengeluarkan bau busuk. Keadaan ini akan mengganggu ketenteraman penghuni kawasan tersebut. Sebanyak 60% responden menyatakan bahawa kawasan SS18 mengalami pencemaran akibat aktiviti pembinaan. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah. Seramai 80% responden bersetuju bahawa pencemaran berpunca daripada aktiviti perniagaan. Hal ini akan menyebabkan pencemaran kerana sisa pepejal akan menghakis keindahan alam. Pencemaran bunyi juga berlaku kerana pusat perniagaan dan deretan kedai selalunya mempunyai bunyi bising.

barang elektrik yang sudah rosak. . perabot lama dan sebagainya akan dikenakan kos pengangkutan. Penduduk kawasan SS18 hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Terdapat juga penduduk yang membuang sampah mengikut sesuka hati mereka sahaja. pembuangan sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari.H) Petempatan Petempatan juga menyebabkan pencemaran. Seramai 70% responden bersetuju bahawa pencemaran alam sekitar disebabkan oleh petempatan. Tong-tong sampah telah disediakan bagi petempatan di kawasan SS18. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni. parit dan sungai yang berhampiran. Namun. Hal ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang. Penduduk membuangnya di tempat-tempat yang tersorok kerana mereka tidak mahu menanggung kerugian.

Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia. nitrogen dioksida. Antara kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18 termasuk: A) Hujan Asid Seramai 79% responden bersetuju bahawa kawasan SS18 mengalami hujan asid. Hal ini demikian kerana air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Kesan negatif terhadap alam sekitar jelas kelihatan di kawasan ini. gas metana dan juga asap yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan bermotor.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18. klorofluorokarbon (CFC). tanih menjadi lebih berasid. sisa bahan binaan dan juga penyebaran racun serangga serta racun rumpai dalam jumlah yang banyak. tumbuh-tumbuhan dan binatang. Hujan asid mampu menyebabkan bangunan rosak. Jerebu menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur dan kurang jelas. aktiviti pembakaran terbuka. Gas-gas tersebut termasuk karbon monoksida. penyakit kulit terhadap masyarakat di sekitar kawasan ini dan juga penyakit respirasi seperti asthma. atmosfera yang kurang . SUBANG JAYA Pencemaran alam sekitar di kawasan SS18 meninggalkan pelbagai kesan negatif. sulfur dioksida. B) Jerebu Kawasan kajian SS18 selalu mengalami jerebu yang teruk akibat pembakaran terbuka di kawasan ini. Tempoh cuaca kering yang panjang. Hal ini dapat dibuktikan kerana seramai 90% responden bersetuju bahawa kawasan SS18 mengalami jerebu. Air hujan secara semulajadi adalah berasid.6.

Individu tersebut tidak dapat membezakan bunyi konsonan seperti f. dengue. Dengan ini. Pencemaran bunyi pula mampu menyebabkan kehilangan pendengaran. asthma.stabil dan pelepasan bahan-bahan pencemar menyumbang kepada pembentukan jerebu. tuberkolosis. telinga kita akan kehilangan pendengaran dengan kadar yang sedikit. s. th. hidung berair dan kerap bersin. batuk-batuk. mata terasa pedih dan berair. Pencemaran bau akan menarik perhatian lalat. u. Pencemaran udara. Jika telinga terus terdedah kepada kebisingan yang tinggi pada jangka masa yang panjang. lipas dan pelbagai haiwan perosak lain untuk membiak di sekitar kawasan. z. bronkitis. terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. malaria. Kesankesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong. nyamuk. Contoh-contoh penyakit ialah cirit-birit. tikus. pencemaran bunyi dan pencemaran bau yang dialami di kawasan kajian SS18 mampu menyebabkan penyakit yang membawa maut. C) Penyakit Seramai 80% responden bersetuju bahawa pencemaran alam akan mengakibatkan penyebaran penyakit. Leptospirosis dan sebagainya. dan sh juga selepas julat pendengarannya dikurangkan. gangguan mental dan gangguan tidur ke atas seseorang individu. julat pendengaran seseorang individu akan dikurangkan. Pencemaran udara menyebabkan manusia menghidap pelbagai penyakit seperti barah paru-paru. Persekitaran yang dipenuhi dengan haiwan perosak juga menjadi tempat penyakit mudah merebak. . pneumonia dan sebagainya akibat menghidu udara yang tercemar. ch. kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. Pencemaran bunyi turut memberi gangguan percakapan.

Udara di kawasan ini dicemarkan dengan penggunaan kenderaan. ekosistem terganggu. Selain karbon dioksida. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas. E) Udara Tercemar Udara di kawasan kajian SS18 adalah sangat tercemar jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar. Bau busuk terhasil di kawasan SS18 kerana terdapat . Hal ini dapat dibuktikan kerana kesemua responden bersetuju bahawa kawasan kajian SS18 mengalami udara tercemar akibat pencemaran alam. pembinaan dan sebagainya. Kelihatan beberapa penduduk yang memakai topeng mulut dan hidung semasa meniggalkan rumah mereka. hidrokarbon. karbon monoksida. Pencemaran udara merupakan punca utama peningkatan suhu. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Seramai 80% responden menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mempunyai bau busuk yang berpunca daripada pencemaran alam. Bahan-bahan pencemar ini menerima dan menyerap sinaran matahari gelombang pendek dengan banyak ke bumi dan menyebabkan suhu bumi meningkat. Sebanyak 68% responden bersetuju bahawa kawasan kajian SS18 mengalami peningkatan suhu akibat pencemaran alam. F) Bau Busuk Bau busuk dapat dikesan di kawasan kajian SS18 terutamanya di kawasan-kawasan yang terbiar. pembakaran terbuka.D) Peningkatan Suhu Keadaan ini berlakunya terutamanya di kawasan kajian SS18 yang terdedah kepada pencemaran udara. banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. habuk dan debu turut memainkan peranan dalam peningkatan suhu. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. oksida nitrogen.

. Kesan-kesan yang dialami akibat pencemaran alam sekitar sepatutnya menyedarkan kita tentang kepentingan menyayangi dan menjaga alam sekitar ini yang merupakan kurniaan Tuhan. ulat dan sebagainya akan menyebabkan sampah ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.sampah-sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik. Kita sepatutunya bersyukur kepada Tuhan dengan memelihara dan memulihara alam sekitar ini yang semakin dicemari. kehadiran lalat. Apabila sampah-sarap mula meluput.

B) Kempen Cintai Alam Sekitar Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen kitar semula. Namun begitu. Selain itu. dan juga Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih. kesankesan tersebut dapat dikurangkan jika langkah-langkah di bawah dipraktikkan. SUBANG JAYA Terdapat banyak kesan yang dialami akibat pencemaran alam sekitar. Antara contoh perundangan yang telah dibuat untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar adalah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.6. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Dalam kempen-kempen ini. 1978) yang mengehadkan jarak kawasan perindustrian dengan kawasan kediaman kepada 1000 meter. 1985 (Pindaan) dibahagikan kepada 6 bahagian termasuk Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap. peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. 1977) yang mengehadkan pelepasan asap kenderaan iaitu kepada 50 HDU. Undang-undang juga perlu diketatkan bagi menyedari penduduk tentang kesan-kesan pencemaran alam sekitar agar kawasan ini tidak tercemar.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18. 1985 (Pindaan). Antaranya termasuk: A) Kuat Kuasa Undang-Undang Pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. kempen kitar semula dapat . Penguatkuasaan undang-undang juga dapat dibuat dengan menggubal undang-undang yang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan munasabah. sahabat alam dan sebagainya.

Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar. dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu. terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).menggalakkan pengguna mengamalkan amalan mengitar semula bahan yang dapat dikitar semula. kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat dapat dipupuk. televisyen dan radio. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. C) Pendidikan Alam Sekitar Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Sahabat alam menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga. . Selain itu. Hal ini demikian kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Kesedaran dalam kalangan rakyat dapat dipupuk melalui pendidikan. mereka perlulah mempunyai kesedaran. Pendidikan alam sekitar adalah penting untuk membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Melalui pendedahan ini. majalah. khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.

Dengan menggunakan petrol tanpa plumbum. Plumbum menjadi kusam (sebam) apabila terdedah kepada udara. Penukar bermangkin dua hala (two-way Catalytic Converter) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan hidrokarbon dan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan wap. Keracunan plumbum ialah kondisi di mana sejenis besi plumbum meningkat dalam kandungan darah yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf. Plumbum juga merupakan neurotoksin yang sangat poten (berbahaya). paladium dan rodium untuk menukarkan gas-gas toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya seperti gas nitrogen. karbon dioksida dan wap air. kes keracunan plumbum akan berkurang. Catalytic converter berfungsi dengan menggunakan bahan pemangkin seperti platinum. sama seperti raksa. petrol tanpa plumbum bermaksud petrol yang kandungan plumbumnya dikurangkan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. penyakit buah pinggang. nitrogen oksida dan hidrokarbon. Plumbum mampu merosakkan sistem saraf badan kita. penyakit yg berkaitan dengan jantung dan turut membagikan kesan kepada sistem peranakan.D) Petrol Tanpa Plumbum Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat. Kenderaan yang menggunakan catalytic converter mestilah menggunakan petrol tanpa . E) Catalytic Converter Catalytic converter juga dikenali sebagai pemangkin asap. Plumbum cenderung untuk bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang yang boleh membawa kepada keracunan plumbum. Penukar bermangkin tiga hala (three-way Catalytic Converter) pula boleh mengoksidakan oksida-oksida nitrogen tertentu tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Catalytic converter adalah alat yang dipasang pada sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan toksik di dalam asap ekzos seperti karbon monoksida.

Hal ini demikian kerana plumbum dan sulfur adalah racun kepada bahan mangkin yang digunakan. kita patutlah bekerjasama dengan pihak kerajaan. . masyarakat dan semua yang terlibat untuk mengurangkan kesan alam sekitar secara berkesan. beberapa bahan lain iaitu zink.plumbum (bagi kenderaan berenjin petrol) atau minyak diesel bersulfur rendah. mangan. Oleh itu. Kita haruslah bersyukur kerana Tuhan telah memberkati kita pelbagai cara untuk mengurangkan kesan yang dialami akibat pencemaran alam sekitar. bermaksud bahan-bahan tersebut menghalang bahan mangkin untuk berfungsi dengan sempurna dan akhirnya merosakkan bahan mangkin. fosforus dan silikon juga adalah racun kepada catalytic converter. Selain itu.

1: Jenis-Jenis Pencemaran .BAHAN GRAFIK Peta Minda 6.

4. 3.2: Punca-Punca Pencemaran di Kawasan Kajian SS18. 6. 1. 5. 2. Kenderaan Punca-Punca Pencemaran Jumlah Responden 23 20 18 18 17 16 16 13 141 Pembakaran terbuka Racun Serangga/Rumpai Perniagaan Sampah Sarap Sisa Domestik Petempatan Pembinaan Jumlah: Sumber: Soal selidik dan temu bual dengan penduduk di kawasan kajian SS18 .BAHAN GRAFIK Jadual 6. 8. 7. Subang Jaya Bil.

Subang Jaya .BAHAN GRAFIK Graf 6.3: Punca-Punca Pencemaran di Kawasan Kajian SS18.

mengadakan kempen mencintai alam sekitar dan pendidikan alam sekitar. pembuangan sisa domestik. udara yang tercemar. pembinaan. saya juga dapat mengetahui kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18. peningkatan suhu. perniagaan dan petempatan. penggunaan racun serangga dan racun rumpai.0 RUMUSAN Saya bersyukur dan berbangga kerana dapat mempersembahkan Kerja Kursus Geografi pada masa yang ditetapkan. Subang Jaya. menggunakan petrol tanpa plumbum dan memasang catalytic converter pada kenderaan. penyebaran penyakit dan bau busuk akibat pencemaran alam sekitar. Berdasarkan kajian yang dijalankan. Kajian ini membolehkan saya memahami konsep pencemaran alam sekitar. . Selain itu. Kawasan SS18 mengalami pencemaran kerana penggunaan kenderaan. Kawasan SS18 mengalami hujan asid. Selangor iaitu pencemaran udara.7. saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan SS18. saya belajar menghargai dan mencintai alam sekitar yang merupakan ciptaan Tuhan. Melalui kerja kursus ini. pembakaran terbuka. pembuangan sampah-sarap. saya juga dapat mengetahui tentang jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan SS18. Saya turut dapat mengenalpasti langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan SS18. Saya sedar bahawa kita perlu berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran yang dialami di kawasan SS18. jerebu. Subang Jaya. pencemaran bunyi dan pencemaran bau. iaitu dengan menguatkuasakan undang-undang. Seterusnya.

8.0 LAMPIRAN .

1. . Gambar 8.1.GAMBAR/ FOTO Gambar 8. Gambar 8.1²Pembinaan yang dijalankan di kawasan kajian SS18.3²Longkang besar yang terletak di antara Jalan SS18/4G dengan Jalan SS18/5 mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.1.2²Sampah sarap yang dijumpai berhampiran dengan longkang besar yang terletak di antara Jalan SS18/4G dengan Jalan SS18/5.

15. 7. 13. 8. 19. 10. 23. 4. 21. 16. 17. 18. 14. 22. 12. 1. 20. Casablanca Wong Chua Boon Keong Nama Responden Peguam Penjaja Pelajar Pekerjaan Victor Tan Tze Chung Elizabeth Ganam Sam Ramesh Leong Mei Jing Cindy Yong John Thye Ong Siew Heok See Kuan Yeak Vincent Tang Tze Peng Wong Tan Yang Indo Sumalti Yeoh Fu Lai Asnah Binti Ahmad Keng Meng Chui Angie Tan Siew Ping Zamzida Ram Lee Jenny Lee Min Wee Wei Shu Yuan Mok Thye Lok Alkinson James Yeo Pek Tee Peniaga swasta Polis Pengasuh kanak-kanak Suri rumah Pengurus Peniaga Pelajar Pelajar Peniaga Pengunting rambut Doktor Suri rumah Pesara Peniaga Penjaja Jururawat Pelajar Peniaga Pesara Pengurus . 9. 11. 5.SENARAI NAMA RESPONDEN SOAL SELIDIK DAN TEMU BUAL Bil. 6. 3. 2.

Abu Samah. Chonf Mui Sen.PDF 9. Buku Teks Tingkatan 2 Geografi KBSM.wikipedia. Azizan bin Hj.wikipedia. . Puan Cindy Yong. Tingkatan 1 Geografi KBSM.wikipedia. Chong Hui Ling. Kang Chai Yoeng. Chong Yoon Choi. Chong Yoon Choi.2 Internet http://ms. Percetakan Saufi. Bhd.com/doc/16516971/Pencemaran-Alam-Sekitar-Folio-Moralhttp://ms.scribd. Penerbitan Pelangi Sdn.org/wiki/Pencemaran_bunyi http://ms. 9.org/wiki/Pencemaran http://www. Responden kawasan kajian.my/8321/1/MohdAnuarJailani1999_EmisiEkzosDariKenderaanBermotor. 2003. Guru Geografi SMK Subang Utama. 2009. Media Network Sdn.utm.1 Buku Teks Buku Teks.9. Bhd. 2002. Kang Chai Yoeng. 9.4 Buku Rujukan Focus ACE PMR.0 RUJUKAN 9. Darminar Singh.3 Orang Sumber Puan Lim Lay Choo.org/wiki/Pencemaran_udara http://eprints. Chong Hui Ling.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.