You are on page 1of 8

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi.Kuala Lumpur : Penerbit Mikamas Jasman Ahmad.1996.

Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn. Bhd. Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka William P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science: A Global Concern.United States of America: WM C.Brwon Publishers

LAMPIRAN

Pencemaran Udara : Pelepasan Asap dari kilang 18

1.0 PENCEMARAN UDARA


1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan1 yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran

udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal2. Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal3. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara. 1.2 KesanKesan Pencemaran Udara 1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan1

Environmental Management in Sabah : Issues and Challenge (Hal 3) Environmental Science : A Global Concern (Page464) Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 40) Environmental Science : A Global Concern (Page477)

bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. 1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan

kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu. 1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 19506. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut. 1.2.4 Kesan Terhadap Bahan Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain8. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira- kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, kakisan
5

Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 41) 6 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42) 7 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42) 8 Alam sekitar

Anugerah Tuhan (Hal42)

logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandar-bandar tersebut. 1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini10. 1.2.6 Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersamasama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur12. 1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan
9

Monitoring The Environment (Page 28) Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176) 11 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page70) 12

10

Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 45)

PENUTUP
Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia. Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan- lahan. Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia.

Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segalagalanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. 16 Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.

RUJUKAN
Abu Bakar Yang.2004.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of America : Oxford University Press David D. Kemp.1990.Global Environmental Issue: A Climatological Approach.London : Routledge Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From Marine Pollution. United States Of America:Island Press ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge.Kota Kinabalu : ECD Sabah EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD Sabah. Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook. United States Of America : McGraw-Hill, Inc Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM Jan G Laurman, Roger A. Sedjo.1992.Global Forest: Issues For Six Billion People.New Yor: McGraw-Hill,Inc. 17

You might also like