You are on page 1of 1

Mohd Taufik Hidayat Bin Hamdan, DML-206 Asrama Lelaki, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Beranang(KKTM), Lot 2333

Jln. Kajang Seremban, 43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan. Hal Ehwal Pelajar(HEP), Kolej Kemahiran Tinggi Mara Beranang(KKTM), Lot 2333 Jln. Kajang Seremban, 43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan. Tuan/Puan, MEMINTA KEBENARAN UNTUK PULANG TERLEBIH AWAL Merujuk perkara di atas, saya Mohd Taufik Hidayat Bin Hamdan dari Jurusan Diploma in Electronic Engineering (Robotic And Automation) bernombor ID : K27-209-0030 ingin memohon jasa baik dari pihak Tuan/Puan agar membenarkan saya untuk pulang awal daripada tarikh sebenar 11 JUN 2011. 2. Antara sebab ketiadaan saya di kolej adalah kerana terpaksa pulang terlebih awal dari kolej ke rumah di Teluk Intan, Perak pada 9 JUN 2011 kerana ingin menyelesaikan segala urusan berkaitan dengan lesen kenderaan. Hal ini adalah kerana sebagai persediaan saya untuk menghadapi Latihan Industri pada hujung tahun ini yang memerlukan saya membawa kenderaan untuk tiba ke Latihan Industri tepat pada masanya dan melakukan Latihan Industri dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah. 3. Saya berharap agar pihak Tuan/Puan tidak merekodkan rekod kehadiran saya sebagai ponteng disebabkan oleh ketidakhadiran saya. Sebagai bukti ketidakhadiran, saya sertakan sekali salinan surat pendaftaran Institut Memandu dimana saya membuat lesen kenderaan sebagai rujukan pihak Tuan/Puan. 4. Saya amat berharap agar pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan masalah saya ini seterusnya meluluskan permohonan saya ini. Segala kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan saya amat hargai dan dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, YANG BENAR, .. (MOHD TAUFIK HIDAYAT BIN HAMDAN) .. (

6 JUN 2011

DISAHKAN OLEH: ............................... )

You might also like