You are on page 1of 11

F3023 - CYBERPRENEURSHIP

AKAUN PERDAGANGAN DAN AKAUN UNTUNG RUGI

TUJUAN PENYEDIAAN AKAUN PERDAGANGAN DAN AKAUN UNTUNG RUGI


Akaun Perdagangan disediakan dengan tujuan untuk menentukan untung atau rugi kasar perniagaan pada akhir tempoh perakaunan Untung kasar diperolehi jika jualan bersih melebihi kos jualan manakala rugi kasar diperolehi jika kos jualan melebihi jualan bersih. Akaun Untung Rugi disediakan untuk mencari untung atau rugi bersih perniagaan pada akhir tempoh perakaunan

TUJUAN PENYEDIAAN AKAUN PERDAGANGAN DAN AKAUN UNTUNG RUGI Untung bersih diperolehi jika untung kasar tambah hasil melebihi belanja atau jika hasil melebihi rugi kasar tambah belanja Rugi bersih diperolehi jika belanja melebihi untung kasar tambah hasil atau jika rugi kasar tambah belanja melebihi hasil

PENYEDIAAN AKAUN PERDAGANGAN

Merekodkan semua butir yang berkaitan secara langsung dengan pembelian dan penjualan barang niaga Perkara-perkara seperti jualan, pulangan jualan, stok awal, belian, pulangan belian, belanja belian (angkutan masuk, duti import, insurans atas belian, dan upah atas belian), dan stok akhir perlu di ambil kira. Boleh disediakan dalam bentuk T atau bentuk penyata. Tajuk bagi akaun perdagangan ialah Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010

PENYEDIAAN AKAUN UNTUNG RUGI

Disediakan dengan memindahkan untung kasar atau rugi kasar daripada Akaun Perdagangan Semua perbelanjaan hasil akan didebitkan dan semua penerimaan hasil akan dikreditkan dalam Akaun Untung Rugi Contoh-contoh perbelanjaan hasil ialah gaji,insurans kadar bayaran, belanja membaiki, alat tulis, diskaun diberi dan lain-lain. Penerimaan hasil termasuk komisen diterima, sewa diterima, diskaun diterima, dan pendapatan yang lain

PENYEDIAAN AKAUN UNTUNG RUGI


Boleh disedikan dalam bentuk T atau bentuk penyata. Tajuk bagi akaun untung rugi ialah Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2010. Akaun pendapatan dan akaun untung rugi juga boleh digabungkan.

F3023 - CYBERPRENEURSHIP

KUNCI KIRA-KIRA

KUNCI KIRA-KIRA

Merupakan satu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada tarikh tertentu. Disediakan pada akhir tempoh perakaunan selepas Akaun Penamat, iaitu Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi disediakan Tidak mempunyai bahagian debit dan kredit kerana ia bukan satu akaun dan bukan merupakan sebahagian daripada sistem catatan bergu Merupakan satu penyata yang menyenaraikan semua aset dan liabiliti yang wujud pada akhir tempoh perakaunan

TUJUAN PENYEDIAAN KUNCI KIRAKIRA

Disediakan untuk beberapa tujuan:


kewangan perniagaan Menunjukkan sama ada kedudukan kewangan perniagaan adalah cair atau tidak Menunjukkan nilai ekuiti pemilik,iaitu jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik, keuntungan atau kerugian yang diperolehi, serta ambilan yang dibuat oleh pemilik Menunjukkan baki aset dan liabiliti perniagaan pada satu tarikh yang tertentu
Menunjukkan kedudukan

PENYEDIAAN KUNCI KIRA-KIRA

Dikelaskan sebagai aset, liabiliti dan ekuiti pemilik dan disusun mengikut kecairan. Kecairan bermaksud kemudahan sesuatu aset ditukarkan kepada tunai.

Aset yang sukar ditukarkan kepada tunai (aset bukan semasa) disenaraikan dahulu dan diikuti dengan aset yang lebih mudah ditukarkan kepada tunai (aset semasa) Liabiliti yang susah diselesaikan atau yang boleh diselesaikan dalam jangka masa yang panjang disenaraikan dahulu (liabiliti bukan semasa) diikuti dengan liabiliti yang boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek (liabiliti semasa), iaitu kurang daripada setahun

PENYEDIAAN KUNCI KIRA-KIRA


Tajuk kunci kira-kira ialah Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2010 sekiranya akhir tahun perakaunan ialah pada tarikh tersebut. Boleh disediakan dalam bentuk T atau penyata

You might also like