Batu Karang Hempedu

Oleh: Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan Malaysia Dr. Abd. Hamid Mat Sain Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahanbahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. "Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. "Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu. Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan. Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Selepas rasa sakit berkurangan. "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu. Jika tidak dirawat segera. anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. akan menular ke belakang atau bahu kanan. Apabila ini berlaku. Abd. "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus. konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. ia boleh mengancam nyawa. Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas. batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Hamid. berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya. Serangan batu karang hempedu tidak menentu.Simptom-simptom • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual. Selalunya. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu. . ada ketikanya. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. angin. • • Loya dan muntah." jelasnya. kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen. Abd. Hamid. kata Dr. rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Tambah Dr." katanya. Kadangkala. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba. mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis.

Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan. air kencing yang gelap. risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat. demam panas dan sejuk. Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat. walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti: • • • • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki. Faktor-faktor Risiko Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Abd. Batu karang hempedu berpigmen. Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.sila dapatkan penjagaan kecemasan. Jenis-jenis batu karang hempedu • Batu karang hempedu berkolesterol. anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis. Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia. dan demam panas dan sejuk . Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu. • .sakit di bahagian abdomen. warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis). Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda. air kencing berwarna gelap. "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya. menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu. "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu .Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis)." terang Dr. Hamid.

tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal. kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari. atau bilirubin yang berlebihan. . Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan.• Batu karang hempedu duktus primer. Rawatan Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya. pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. "Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu. hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal. doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh.yang dilakukan atas sebab-sebab lain. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan. Hamid memberitahu. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan." Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu. anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan. Walau bagaimanapun. batu karang jenis ini agak jarang berlaku. Pembedahan • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Walau bagaimanapun. • Pembedahan terbuka. jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom. "Sewaktu pemeriksaan tersebut. terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan. dikesan sewaktu ujian dijalankan . kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom. Abd.termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer . doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal. Diagnosis Dr.

doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut: • Pil garam hempedu. Kira-kira tiga bulan lalu dia diserang kesakitan yang amat sangat di bahagian perut.Bukan pembedahan Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.my Foto ZAKARIA IDRIS Siti Nur Aisyah Razali. Aisyah yang dimasukkan ke hospital dua hari sebelum pembedahan turut mengidap sickle cell atau penyakit berkaitan darah. apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit. RAZAK noraini. Sejak disahkan mengidap sickle cell dia juga tidak boleh bergiat aktif. Pusat Perubatan UKM. Kuala Lumpur. 17. Hasil ujian ultrasound yang dijalankan ke atasnya mendapati dia mengidap penyakit batu di dalam hempedu. Walau bagaimanapun. Gadis itu dibawa ke klinik dan di peringkat awal diberi ubat tahan sakit. penyakit tersebut dihidapinya sejak sekolah rendah. Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Dia yang ditemui Mingguan Malaysia sejam sebelum pembedahan memberitahu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall). • Laparaskopik buang hempedu Oleh NORAINI ABD. Ketika itu dia sedang menikmati nasi lemak. pakar perubatan mencadangkan dia menjalani pembedahan membuang hempedu. Dr. Pakar Runding Pembedahan. Oleh kerana keadaannya serius. pelajar SMK Perimbun. Namun kesakitan yang dialami Aisyah tidak juga reda. Biar pun meminati bidang sukan namun Aisyah tidak mempunyai pilihan dan hanya menjadi penonton. Kesakitan Aisyah menyebabkan dia tidak mampu berjalan. gadis itu mengidap penyakit batu di dalam hempedu . Batu 10. Aisyah ditemani ibunya Saoyah akur terhadap cadangan pakar perubatan supaya dia menjalani pembedahan lantaran tidak sanggup lagi menanggung kesakitan. yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan.com. Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Cheras. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.razak@utusan. Hairol Azrin Othman ditanya kes Aisyah memberitahu.

Tan Guan Hee dan Mejar Dr. keadaan itu memerlukan pundi hempedu berkenaan dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang. Peluang masuk ke dewan bedah bersama jurugambar menyaksikan prosedur membuang hempedu Aisyah sememangnya mengujakan. ia lazimnya adalah radang pundi hempedu yang penyebab utamanya adalah batu hempedu.'' katanya. Dr. Beliau berkata. Kaedah itu. Dr. namun menyaksikan sendiri Dr. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hairol menjelaskan. hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. ''Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya. Pakar Runding Pembedahan itu dibantu Dr. Menurut Dr. Simptom batu dalam hempedu Ditanya sama ada terdapat simptom spesifik penyakit pundi hempedu. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan. Hairol lebih baik kerana ia tidak melibatkan parut yang besar. di bawah tulang rusuk. Fungsi hempedu Ditanya mengenai fungsi hempedu. Ngoo Kay Seong untuk memastikan pembedahan ke atas Aisyah berjalan lancar. individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah berpotensi untuk mendapat masalah batu di dalam hempedu.disebabkan sickle cell yang dideritainya sejak lama dulu. Walaupun kaedah laparaskopik semakin biasa digunakan dalam banyak kes (bukan batu hempedu saja). Hairol bersama pasukannya menjalankan prosedur tersebut memberi gambaran yang sangat jelas. Hairol. biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi. Prosedur membuang hempedu tersebut menggunakan teknik lubang kekunci (Key-hole surgery) di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah menggunakan kamera dan peralatan laparoskopik tanpa perlu membuat luka yang besar pada badan. Beliau memberitahu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan. mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. . Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu. Hairol memberitahu. lebih kosmetik dan cepat sembuh. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal. menurut Dr. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan.

tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom-simptom tersebut malah hanya hanya segelintir sahaja yang melaluinya. Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian. kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. katanya. . Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak. i. kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak. ii. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: Batu Hempedu Kristal yang menyakitkan Oleh SHANIKA ABDULLATIB PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. ada dua jenis kesakitan disebabkan oleh batu hempedu.'' Dilihat dari sudut faktor pemakanan. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu. Dr. Dr. mungkin jika seseorang itu berpantang makanan yang berlemak atau berminyak boleh mengawal daripada mengalami sakit biliari kolik. Hairol ketika ditanya mengapa ada individu tidak mengalami simptom biarpun mempunyai batu dalam hempedu berkata: ''Ini soalan yang susah hendak dijawab kerana sakit itu sendiri sesuatu yang relatif. katanya. Hairol memberitahu. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik. Ditanya punca kesakitan tersebut dirasai. Untuk simptom radang pundi hempedu pula. ''Mungkin sesekali seseorang itu mengalami senak perut selepas makan tetapi tidak berapa serius dan menjangka hanya mengalami gastrik.Bagaimanapun. namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.

” “Batu pigmen pula terdapat pada mereka yang menghidap penyakit berkaitan darah seperti anaemia hemolitik dan berwarna hitam serta agak keras. Hairol Othman. “Kerana itu. BATU hempedu ditarik keluar dengan menggunakan endoskopi. Tambah Hairol. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. pundi hempedu akan mengecut untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak tersebut. kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa sehingga ke tulang belikat.” ujarnya. Beliau menjelaskan. Dr. Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya disebabkan batu tersebut bergesel pada dinding pundi hempedu.” jelasnya. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar. Seringkali terjadi apabila seseorang itu mengambil makanan berlemak. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis. . terdapat dua faktor utama terjadinya batu dalam pundi hempedu iaitu kolesterol dan kalsium bilirubinate yang tinggi dalam badan. “Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol dan garam hempedu menjadi tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan akan membesar lalu menjadi batu. ini membolehkan berlakunya radang pundi hempedu. Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. lembut serta berwarna kuning seolah-olah tanah liat. batu hempedu terdiri daripada tiga jenis iaitu batu hempedu kolesterol. Jenis ini selalunya terdapat di kalangan masyarakat Asia yang disebabkan oleh jangkitan atau pemakanan yang mengandungi kolesterol dan kalsium tinggi. Lebih parah jika serpihan batu hempedu tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi tersebut pada usus. Bagi batu bercampur pula. pigmen dan campuran kedua-duanya yang dapat diketahui melalui warna.Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). kriterianya mirip kedua-dua batu tadi. ramai antara pesakit yang mengalami penyakit kuning (jaundis) jika lambat menerima rawatan. Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi hempedu. “Batu kolesterol biasanya berlaku di kalangan masyarakat Barat.” katanya. INILAH fizikal batu hempedu yang dikeluarkan dari pundi hempedu yang gagal berfungsi dengan baik.

Menurutnya lagi. makanan yang mengandungi kolesterol seperti makanan segera. 15 hingga 20 peratus daripada populasi masyarakat akan mendapat masalah batu hempedu terutama di negara Barat. Hairol menjelaskan tiada kesan sampingan pada sistem tubuh manusia biarpun dengan ketiadaan organ tersebut. “Ia melibatkan cara hidup kita. Pencegahan Corak dan gaya hidup adalah faktor utama dalam mencegah masalah pembentukan batu hempedu. berminyak dan berlemak adalah penyumbang utama dalam masalah pundi hempedu ini Disebabkan faktor tersebut. Walaupun hempedu dibuang.Justeru. Tambahnya. Dalam pada itu.” jelas Hairol. Hanya itu caranya untuk mencegah kewujudan batu hempedu tepu kolesterol dalam pundi. ia perlu dibuang dengan teliti bagi mengelakkannya tersumbat atau beralih dan terlekat pada salur hempedu. Rawatan Proses bagi membuang pundi hempedu beserta batu-batu hempedu di dalamnya boleh dilakukan menerusi kaedah kolesistektomi laparoskopik . tidak kira besar atau kecil saiz batu hempedu.” tegas Hairol. kami menggunakan kolesistektomi laparoskopik iaitu dengan memasukkan kamera melalui luka di bahagian pusat dan tiga lagi luka kecil di bahagian atas abdomen untuk mengeluarkan pundi hempedu berkenaan. kaedah pembedahan lubang kekunci tersebut memiliki beberapa kelebihan iaitu ia lebih selamat. . mengikut statistik. jus hempedu dihasilkan oleh hati dan jus hempedu yang dikeluarkan setiap hari boleh menampung keperluan badan. terutama melibatkan aspek pemakanan. “Di PPUKM. kurang meninggalkan kesan parut dan tempoh pemulihan yang lebih pantas.