PENGENALAN

Program kesihatan pergigian merupakan salah satu program kesihatan umum. Program kesihatan pergigian bertujuan untuk mengatasi masalah kesihatan yang dihidapi oleh pesakit dan masyarakat, dalam hal ini khususnya yang berhubungan dengan kesihatan pergigian. Menurut definisi Organisasi Kesihatan Sedunia: ³SIHAT dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan kesihatan yang menyeluruh baik daripada aspek jasmani, rohani mahupun social dan tidak hanya terbatas kepada ketiaadaan penyakit.´ Oleh itu, untuk mencapai taraf kesihatan yang diharapkan terdapat banyak factor yang mempengaruhi individu tersebut. Persekitaran juga memainkan peranan dalam membentuk taraf kesihatan yang diharapkan. Maksud program pendidikan kesihatan : Menurut Jawatankuasa Keahlian tentang Pendidikan Kesihatan untuk

Organisasi Kesihatan Sedunia, laporan teknikal nombor 89, 1954 : Tujuan umum sesuatu Program Pendidikan Kesihatan adalah : Untuk menjadikan kesihatan masyarakat sebagai suatu harta yang paling berharga. y Menolong orang ramai menjadi lebih cekap untuk menjalankan aktiviti pendidikan yang terpaksa mereka lakukan baik secara perseorangan mahupun sebagai suatu kelompok. Untuk menyedarkan orang ramai
1

y

tentang

definisi

keadaan

SIHAT

seperti

yang

tercatat

dalam

perlembangaan Organisasi Kesihatan Sedunia. y Untuk meningkatkan perkembangan dan penggunaan yang betul daripada perkhidmatan kesihatan yang baik dan betul. Pendekatan pendidikan kesihatan pergigian ini telah mengambil tempat di sebuah sekolah rendah Pekan Keningau,sabah dan lokasi aktiviti bertempat adalah di kantin sekolah tersebut. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah ceramah, pameran, dan demonstrasi.

Perlaksanaan program ini memerlukan perancangan yang teliti dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Program seperti ini hendaklah dilakukan bagi menyampaikan info tentang kesihatan pergigian kepada kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran mereka tentang kesihatan pergigian.

2

tujuan sesuatu pendidikan kesihatan itu mestilah diarahkan kepada usaha-usaha berikut. tugas seorang pendidik kesihatan adalah untuk memastikan bahawa individu atau masyarakat yang sihat akan tetap mempertahankan aras kesihatannya. 3 . Yang berbeza hanyalah pendengarnya. ³«tidak kira dalam bentuk bagaimana sesuatu program pendidikan itu dilakukan. sementara yang sakit atau cacat pula akan berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatannya kepada tahap optimum agar mereka dapat hidup dengan selesa dan sihat.BAHAGIAN 1 PERSONEL KESIHATAN PERGIGIAN SEBAGAI PENDIDIK KESIHATAN Pendidikan kesihatan pergigian bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. melalui laporan teknikalnya nombor siri 89.seorang pendidik kesihatan tidak hanya membatasi tugasnya kepada pesakit tetapi juga perlu menumpukan tenaga dan usahanya kepada yang sihat dan segar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Dengan erti kata lain.1954 . Jika tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu kepada muridnya. Peranan seorang pendidik kesihatan pergigian juga tidak jauh bezanya dengan seorang guru. iaitu : y Menyedarkan individu atau masyarakat bahawa kesihatan mereka ialah suatu harta yang tidak ternilai harganya. tempat penyelengaraanya dan tujuan pendidikan yang diberikan.

4 .y Menggalakkan individu atau masyarakat untuk mengamalkan dan mempertahankan amalan-amalan yang akan menjamin keselesaan kehidupan sehari-harinya. dan y Memberikan dorongan kepada individu atau masyarakat itu untuk belajar berdikari dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan status kesihatan dan lingkungan persekitaran mereka ³. seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut :  Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapinya. intergrasi antara berbagai-bagai bidang perubatan dengan alam sekitar merupakan factor yang penting. Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi. Menurut meraka. dalam melaksanakan tugas tersebut. y Menggalakkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada dengan betul dan sebaik mungkin. Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. dalam melaksanakan sesuatu program pendidikan kesihatan. Ia penting agar tujuan yang ingin kita sampaikan itu adalah sekata.  Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat itu.

Takut sakit semasa diberi rawatan. Kebiasaan yang jauh berbeza dengan kehendak kesihatan pergigian. Dalam menyampaikan maklumat terdapat halangan-halangan yang dikatakan menjadi penyebab kegagalan penyampaian Pendidikan Kesihatan Pergigian. Kurang kesabaran dalam menerima dan member rawatan pegigian. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai. Kesukaran pesakit menepati temujanji rawatan pergigian. Konflik budaya. Pentadbiran yang kurang baik. Diantara halangan-halangan yang dikenalapsti adalah Perbezaan pendapat diantara profesion kesihatan dan orang biasa tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian disebabkan tidak cukup informasi atau pengetahuan dikalangan mereka.  Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Personality personel kesihatan sendiri 5 . Tingkahlaku samada dipihak pesakit mahupun perawat. Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan.kurang memberi perhatian kepada kebajikan pesakit. Dengan adanya kesedaran ini. Masalah ekonomi. Halangan bahasa. diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya.kekurangan pendapatan menjadikan penjagaan pergigian sebagai pilihan yang kurang penting.

Terdapat 4 gaya pendidik iaitu gaya memerintah. gaya permisif dan gaya bertolak ansur. dalam menjalankan tugas kita sebagai seorang pendidik terdapat berbagai cara yang digunakan untuk mendidik individu bagi pendidikan yang berkesan dapat dilakukan. Ia akan mewujudkan suasana saling faham memahami. Gaya memerintah adalah bertujuan untuk mendapatkan perhatian yang sepenuhnya.Selain itu juga. Gaya permisif pula ialah gaya yang mengikut kehendak pesakit supaya tidak timbulnya percanggahan emosi. Pesakit akan bertutur manakala pendidik akan mendengar sambil mengambil kesempatan untuk mendorong esakit dalam perubahan sikap pesakit itu sendiri. Sifat kebapaan pula adalah bertujuan untuk melindungi pesakit. Gaya ini sesuai digunakan untuk pesakit yang sedia menerima pendapat atau pendangan daripada personel pergigian dan tidak sesuai untuk mengendalikan pesakit yang agresif dan berpendirian sendiri. Faktor-faktor penggalak dalam memberi kesihatan pergigian ialah individu. hormat menghormati dan saling percaya antara pendidik dan pesakit. bahagian pendidikan. Gaya yang terakhir ialah gaya bertolak ansur di mana gaya ini menimbulkan komunikasi dua hala. perawat (doktor dan jururawat). Pendidik bertutur manakala pesakit hanya akan mendengar. sifat kebapaan. Gaya ini mempunyai kebaikannya iaitu pesakit akan merasa senang hati namun keburukannya ialah pendidik akan kurang memberikan penjelasan dan akhirnya pesakit akan terbiar. organisasi dan 6 .

masyarakat. Individu merupakan salah satu jalan yang paling baik untuk memperbaiki kehidupan supaya menjadi lebih sihat. Masyarakat juga perlu bekerjasama untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya. 7 . Bahagian pendidikan berperanan untuk menggunakan cara dan kemudahan yang ada sebaik mungkin untuk mencapai hasil yang maksima. Melalui organisasi. Pendidikan Kesihatan Pergigian merupakan satu cara untuk mendapatkan kesan maksimum daripada perkhidmatan kesihatan yang telah diberi atau disediakan. Perawat pula bertanggungjawab untuk melaksanakan program mereka dengan sebaiknya.

Diantaranya ialah : a) CERAMAH 8 . Ilmu atau mesej lebih mudah diterima dan diserap apabila mesej disampaikan menggunakan alat bantuan mengajar atau kaedah yang dipelbagaikan. Oleh itu cara atau pendekatan mengajar untuk berinteraksi dengan pelajar iaitu kumpulan sasar atau subjek perlu dirangka agar dapat mencapai objektif yang diharapkan. Memberi pendidikan kesihatan merupakan satu proses perhubungan yang melibatkan penyaluran maklumat yang berupa pengetahuan kepada pesakit samada secara individu mahupun secara berkumpulan. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang untuk menarik gologan sasar. Proses penerimaan pengetahuan baru penting untuk memastikan ilmu atau mesej disampaikan dengan betul dan berkekalan. Ia merupakan sebahagian dari proses pendidikan.BAHAGIAN 2 KETERANGAN MENGENAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIRANCANG. Pendidik juga perlu bijak memilih kaedah yang bersesuaian dengan kumpulan sasarnya dan perlu tahu menggunakan alat bantuan mengajar yang dipilih dengan betul dan berkesan malah penyampaian mesej perlulah menarik.

Ceramah merupakan penyampaian maklumat secara pertuturan di antara pendidik kepada kumpulan sasarnya. 9 . Penggunaan komputer riba. mesej dan ilmu pengetahuan pendidikan kesihatan pergigian dapat disampaikan melalui teoriteori mengenai kejadian karies serta pencegahan sesuatu penyakit pergigian. Tajuk yang dipilih untuk disampaikan kepada kumpulan ini adalah ringkas dan mudah difahami. Antaranya adalah makanan seimbang. Persiapannya merangkumi penyediaan isi kandungan bagi ceramah serta penggunaan peralatan bantuan mengajar yang akan digunakan. Aktiviti ini merupakan langkah pertama dalam mempromosikan pendidikan kesihatan pergigian kepada masyarakat umum khususnya kepada kumpulan sasaran.dapat ditayangkan dengan jelas serta menarik. Melalui ceramah. Isi kandungan dan mesej ceramah yang disediakan adalah ringkas. Pemilihan alatan bantuan mengajar juga penting untuk mewujudkan suasana penyampaian ceramah yang menyeronokkan bukan leteran semata-mata. mudah difahami dan sesuai bagi tahap pemikiran serta kefahaman kumpulan sasar. mikrofon dan skrin sangat berkesan kerana gambar dan tulisan boleh dibuat dengan berwarna-warni. LCD. pembesar suara.

FEBRUARI 2009 SEKOLAH : PRA SEKOLAH KAMPUNG BUKIT BIL.Contoh pelan yang dibuat : PERANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN NAMA JURURAWAT : AZLIFAH BINTI ALI TARIKH : 27.00 PAGI TEMPAT : KANTIN TAJUK : CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN OBJEKTIF UMUM : MENERANGKAN CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN OBJEKTIF SPESIFIK p MENERANGKAN KEPENTINGAN MEMBERUS GIGI p MENERANGKAN KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG DALAM KESIHATAN PERGIGIAN pMENERANGKAN MAKANAN YANG BAIK DAN TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN PERGIGIAN p MENERANGKAN KEPERLUAN MELAKUKAN PEMERIKSAAN SECARA BERKALA 10 .MURID : 20 MURID MASA : 9.

Metadologi Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajar Aktiviti Murid ABM Penilaian 3 minit Set induksi y y 3 minit Objektif 1 y Menerangka n kepentingan memberus gigi 3 minit Menerangka n kepentingan makanan seimbang dalam kesihatan pergigian Objektif 2 y Memperke nalkan diri Mengemu kakan tajuk ceramah Menunjuk kan gambar memberus gigi Memberi ceramah y Mend engar y Mikrof on y Pemerh atian y y Melih at gamb ar Mend engar ceram ah y y Mikrof on Slide show y Pemerh atian y y y Menunjuk kan gambaraj ah piramid makan Memberi ceramah Memberi soalan y y y Melih at gamb ar Mend engar ceram ah Menja wab soala n y y Mikrof on Slide show y Pemerh atian 11 .

2 minit Objektif 3 y y Menerangka n makanan yang baik dan tidak baik 4 minit Menerangka n keperluan melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala 2 minit rumusan y Objektif 4 y y Memberi ceramah Menunjuk kan gambar makanan manis dan buahbuahan Memberi ceramah Menunjuk kan gambar y y Mend engar ceram ah Melih at gamb ar y y Mikrof on Slide show y Pemerh atian y y Mend engar ceram ah Melih at gamb ar y y Mikrof on Slide show y Pemerh atian Soal jawab Memden gar menjawab y mikrof on y pemerh atian 12 .

iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam sebelum kita tidur.adik semua. Adik-adik sihat tak hari ini? Kakak harap adik semua sihat-sihat belaka. Adik-adik tahu tak macam mane nak jaga kesihatan gigi adik-adik? Kakak nak tanya antara dua gambar ini. kakak nak member ceramah yang bertajuk ³ cara-cara menjaga kesihatan pergigian´.OBJEKTIF Set induksi ISI KANDUNGAN Assalamualaikum dan selamat pagi adik. nama kakak Azlifah Binti Ali. Hari ini. Kenapa kita perlu gosok gigi kita pada waktu pagi? Kita perlu gosok gigi kita pada waktu pagi bagi mengelakkan nafas kita ABM Mikrofon i) Menerangkan kepentingan memberus gigi Mikrofon 13 . yang mana lagi cantik?mestilah gambar yang kedua kan? Ada tak diantara adik-adik yang ada gigi macam gambar yang pertama? Ok. kakak hendak perkenalkan diri. mula-mula kakak nak tanya macam mana kita nak jaga gigi kita supaya sentiasa nampak cantik dan sihat? Pertama kita mestilah mengosok gigi kita dua kali sehari. Ok. Kalau ada yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat ye.

Kalau kita malas mengosok gigi pada waktu pagi. kita perlu minum sekurangkurangnya 8 gelas air sehari. Paling bawah didalam piramid makanan adalah air.berbau dan gigi kita bersih selepas kita bersarapan. mesti rakan-rakan kita tidak mahu berkawan dengan kita kerana mulut kita berbau busuk. Kita dah tahu kenapa kita perlu mengosok gigi pada waktu pagi. Ada tak diantara adik-adik yang ada gigi yang berlubang? ii) meneranakan kepentingan makanan seimbang dalam kesihatan pergigian Sekarang cuba adik-adik tengok gambar nie. bijirin dan roti untuk memebekalkan tenaga Mikrofon 14 . sekarang kenapa pula kita perlu mengosok gigi pada waktu malam? Pandai.kita juga perlu mengambil banyak karbohidrat seperti nasi. kita perlu mengosok gigi pada waktu malam kerana kita tidak mahu makanan yang tertinggal dalam mulut kita menjadi makanan kepada bacteria didalam mulut dan menyebabkan gigi kita berlubang. Adik-adik tahu tak gambar apa? Betul. ini adalah gambar piramid makanan. Piramid makanan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kita mengamalkan pemakanan yang seimbang.

kepada kita. Makanan yang manis ini akan merosakkan gigi kita dan menyebabkan adik-adik sakit gigi. cara yang terakhir sekali untuk kita mengekalkan kesihatan pergigian kita adalah dengan melakukan pemeriksaan secara berkala di klinik pergigian yang berdekatan dengan adik-adik. Ok adik-adik. Vitamin C didalam buah-buahan adalah baik untuk kesihatan gusi kita. Oren sepertimana yang adikadik tahu mengandungi banyak vitamin C yang amat abgus untuk gusi kita. Adik-adik perlu melakukan Mikrofon IV)menerangkan keperluan melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala Mikrofon 15 . Adik-adik boleh makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menjaga kesihatan gigi kita. aiskrim dan kek adalah makanan yang tidak bagus untuk kesihatan pergigian kita. iii) Menerangkan makanan yang baik dan tidak baik untuk gigi Adik-adik tahu tak apa makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi kita? Ok. adik-adik hendaklah mengurangkan pengambilan makanan tersebut. kita perlu makan banyak buah-buahan untuk menjaga kesihatan gigi kita. coklat. Sekarang kakak nak bagitau adik-adik makanan seperti gula-gula. Selain itu juga. pandai adik-adik.

Sentiasa senyum kerana senyuman kita akan buat orang lain bahagia. Adik-adik ada soalan untuk tanya pada kakak? Ok. Kakak harap adik-adik semua akan sentiasa berusaha untuk menjaga kesihatan gigi adikadik. Terima kasih a) PAMERAN Pameran bertujuan menyampaikan mesej untuk kumpulan masyarakat dan memerlukan kerjasama kumpulan dalam organisasi. 16 . menjaga pemakanan kita dan melakukan pemeriksaan gigi secara berkala.pemeriksaan gigi sekurangkurangnya dua kali setahun bagi memastikan gigi adikadik sentiasa sihat dan cantik. Rumusan Untuk menjaga kesihatan gigi kita. mestilah mempunyai gigi yang cantik. Ia juga adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai teori-teori dan isi kandungan yang telah dibentangkan dalam sesi ceramah yang diterima. kita hendaklah selalu memberus gigi. Tapi untuk senyuman yang cantik.

b) DEMONSTRASI Demonstrasi dilakukan adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej secara pemerhatian yang dibuat oleh murid-murid.Pemerhatian ini mendorong murid-murid untuk berfikiran secara logik dan cuba untuk 17 . Bahan-bahan pameran seperti jenis-jenis makanan yang tidak sihat dan yang baik untuk kesihatan dipilih untuk dipamerkan dalam program ini. dipamerkan untuk memberi gambaran sebenar tentang penjagaan kesihatan pergigian. pameran adalah maklumat tambahan dalam mempromosikan pendidikan kesihatan pergigian. mesej-mesej pendidikan kesihatan pergigian dapat disampaikan. Papan-papan pameran juga diperlukan dalam meletakkan poster-poster berkaitan. secara tidak langsung memuatkan mesej pendidikan kesihatan pergigian.Melalui pameran juga. Ia juga merupakan cara pengajaran yang paling sesuai untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dan cara terbaik untuk mengaplikasikan pelajaran teori ke praktikal. Penggunaan poster-poster dan gambar-gambar serta peralatan pergigian yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan pergigian. Pengedaran risalah-risalah mengenai pendidikan kesihatan pergigian kepada masyarakat juga. Dalam hal kata lain.

Demonstrasi yang biasa dibuat adalah latihan memberus gigi dan penggunaan flos pergigian. Melalui aktiviti demostrasi ini juga dapat menarik minat mereka untuk cuba mengikuti cara-cara yang betul untuk membersihkan gigi. 18 .mengingati langkah-langkah yang ditunjukkan oleh jururawat pergigian semasa memberikan demonstrasi.

Oleh yang demikian.BAHAGIAN 3 PERLAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DISUSUN DAN PENILAIAN AKTIVITI Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu dilaksanakan dengan sistematik dan berperingkat-peringkat. adalah penting untuk memastikan semua bahan yang diperlukan dalam setiap aktiviti tersedia dan berfungsi dengan baik. peralatan elektronik seperti komputer. LCD serta skrin haruslah disediakan dengan lebih awal. Sebelum menjalankan mana-mana aktiviti yang telah dirancang. Bahan-bahan dalam aktiviti pameran juga perlu disediakan sehari sebelum hari perlaksanaan program. semasa perlaksanaan dan penilaian. Persiapannya merangkumi. seboleh-bolehnya sehari sebelum hari perlaksanaan program dilancarkan. Sebelum memberikan ceramah. persiapan awal mesti dilakukan untuk 19 . Aktiviti PKP perlu dilihat melalui 3 peringkat iaitu sebelum aktiviti. mikrofon. Walaubagaimanapun adalah penting untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang boleh timbul pada hari perlaksanaan program. penempatan poster-poster dan papan-papan pameran di tempat yang sesuai dengan lokasi pameran. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga boleh mengugat pelancaran perlaksanaan program nanti. pembesar suara.

menghadapi sebarang kemungkinan. Keadaan akan menjadi sesak dan tidak terkawal jika pengawalan tidak dilakukan. Perlaksanaan program ini mengambil tempat di kantin sekolah. Kedudukan stesen-stesen aktiviti seperti lokasi pameran. Kawalan juga harus dirancang untuk mengawal keadaan yang mungkin menjadi masalah pada hari perlaksanaan nanti kerana program ini melibatkan ibu bapa dan murid-murid. Kawasan kantin ini dapat menampung murid-murid seramai 20 orang. Penyediaan sumber elektrik seperti generator juga perlu sebagai pengganti sumber tenaga elektrik jika masalah berkaitan sumber ini timbul. P E N T A S T E M P A T D U D U K M U R I C E R A M A P A M E R A N D E M O N S T R A SI 20 . ceramah.dan demostrasi ditempatkan di suatu lokasi yang strategik untuk mengelakkan sebarang kesesakan berlaku.

Antara beberapa persoalan yang mungkin timbul ataupun terjawab dengan adanya proses penilaian ini dinyatakan dibawah: y y y y y Patutkah program yang sedia ada dikekalkan Penggunaan sumber Aspek etika Penilaian kaedah atau tatacara penyampaian Penerimaan ikhtisas Penilaian dilakukan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung.jawapan yang diberikan. Melalui jawapan. Disini yang dilihat adalah kesan aktiviti yang ditinggalkan. Murid-murid akan menjawab salan-soalan dalam borang tersebut berpandukan pengetahuan yang mereka dapat melalui ceramah yang telah diterima. Penilaian dapat dibuat dengan menyediakan borang kuiz selepas ceramah diadakan.Sesuatu program itu sebenarnya dinilai untuk melihat sejauh mana si pelaksana telah dapat mencapai objektifnya setelah menjalankan program tersebut dengan sumber kewangan dan tenaga serta alat yang diperuntukkan. maka tahap penerimaan murid-murid 21 . Hasil penilaian akan banyak membantu seseorang pentadbir dalam meninjau kembali hasil usaha yang dijalankan dan memberi pentadbir tersebut ruang untuk membuat sebarang perubahan yang perlu.

Ini adalah disebabkan.kumpulan ini dapat dikesan dan keberkesanan perlaksanaan program ini dapat dinilai. Kelemahan dalam perlaksanaan program promosi pendidikan kesihatan pergigian adalah tiada bentuk dorongan seperti hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi. Pemilihan aktiviti ini amatlah sesuai untuk kumpulan sasar kerana ianya boleh melibatkan kumpulan yang besar serta penerimaan pengetahuan yang sama rata. Ianya mudah untuk dilakukan tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Oleh itu ganjaran yang cukup besar diterima adalah ilmu pengetahuan mengenai pendidikan kesihatan pergigian. program ini bertujuan untuk mempromosikan pendidikan kesihatn pergigian. 22 .

23 .iaitu kerana kemahuan mereka sendiri. Program ini malah dapat merupakan alat yang sangat penting dan membantu kakitangan kesihatan bagi menjayakan program kesihatan mereka untuk mencapai matlamat rakyat sihat hidup sempurna.KESIMPULAN Umumnya bagi merencanakan atau melaksanakan sesuatu program kesihatan . focus seringkali hanya diarahkan kepada program itu sendiri dan seringkali juga memencilkan peranan masyarakat atau orang perseorangan yang merupakan pengguna utama program itu. Program pendidikan kesihatan umum dan pergigian adalah suatu proses pendidikan yang bertujuan untuk menolong masyarakat atau orang perseorangan bagi mengubah pengertian dan sikap serta tindakan dan tingkah laku mereka secara sukarela. Hal ini sebenarnya salah dan akan mencapai kegagalan .

Ilmu pergigian pecegahan. The dental public health specialist.1995. panduan untuk penuntut dan pengamal pergigian. Dewan bahasa dan pustaka. dental services division ministry of health Malaysia. 3. 4.RUJUKAN 1. Dental services ministry of health Malaysia. Rahimah Adbul kadir. Dewan bahasa dan pustaka. September 2006 5. Pendidikan Kesihatan. Oral healthcare for school children in Malaysia. dental division ministry of health Malaysia 1986. Rahimah Abdul kadir. 1997 24 . Teori dan amalan. 199I:207-214 2.

LAMPIRAN 25 .

26 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful