You are on page 1of 11

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA JPN

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1. 2. 3.

ISI KANDUNGAN Pengenalan Keterangan Umum SPPBS Penggunaan Sistem Secara Menyeluruh 3.1 Laman Utama SPPBS 3.2 Login 3.3 Kemaskini Profil 3.4 Laman Utama JPN 3.5 Import/Eksport 3.6 Laporan 3.6.1 Senarai SUP 3.6.2 Senarai Sekolah 3.7 Cetakan 3.8 Bantuan 3.8.1 Pegawai Yang Boleh Dihubungi 3.8.2 Manual Pengguna 3.9 Keluar

MUKA SURAT 3 3 4 4 5 7 9 10 10 11 11 11 11

2 / 11

1. PENGENALAN Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian. 2. KETERANGAN UMUM SPPBS Secara umumnya, berikut adalah gambarajah keseluruhan SPPBS.

SPPBS menyediakan skrin-skrin bagi melakukan proses-proses kerja yang diperlukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Skrin-skrin tersebut dapat dicapai melalui menu yang boleh dipilih sebelah kiri skrin. Senarai menu tersebut ialah : a. Login b. Laman Utama c. Laporan i. Senarai SUP ii. Senarai Sekolah d. Cetakan e. Import/Eksport f. Pengguna i. Kemaskini profil g. Bantuan i. Pegawai Yang Boleh Dihubungi ii. Manual Pengguna h. Keluar

3 / 11

3. PENGGUNAAN SISTEM SECARA MENYELURUH 3.1 LAMAN UTAMA SISTEM

Klik untuk ke laman login

Skrin ini akan dipaparkan pada permulaan sistem apabila memasuki laman web Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Pengguna Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) akan memasuki sistem ini melalui perkataan Jabatan Pelajaran Negeri. Ia perlu diklik untuk memaparkan skrin login ke Sistem bagi JPN. 3.2 LOGIN

4 / 11

JPN perlu memasukkan Nama Login dan Kata Laluan yang telah diberikan. Setelah itu, butang <Masuk> perlu diklik bagi tujuan pengesahan pengguna sistem. Skrin Nama Login dan Kata laluan yang tidak sepadan

Sekiranya Nama Login dan Kata Laluan tidak sepadan atau salah, skrin dan paparan mesej seperti di atas akan dipaparkan. JPN perlu memasukkan semula Nama Login dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan sekali lagi. Sekiranya pengesahan berjaya, skrin pengemaskinian maklumat pengguna JPN akan dilakukan sendiri oleh pengguna JPN. 3.3 KEMASKINI PROFIL

5 / 11

Menu sistem yang dipaparkan pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja. JPN perlu memasukkan semua maklumat Nama Pengguna, Unit, Alamat Pejabat, No. Telefon, No. Faksimili, Kata Laluan Lama, Kata Laluan Baru dan Ulang Kata Laluan Baru. Pengemaskinian kata laluan adalah untuk keselamatan sistem serta melindungi data dalam sistem. Sekiranya kata laluan lama tidak sepadan seperti yang diberikan, maka skrin yang mempunyai mesej dibawah akan dipaparkan. Skrin kata laluan lama yang tidak sepadan

JPN perlu mengulangi langkah memasukkan kata laluan lama, kata laluan baru dan Ulangan kata laluan. Kata laluan baru dan Ulangan kata laluan yang dimasukkan juga perlu sepadan.

6 / 11

3.4 LAMAN UTAMA JPN

Skrin Laman Utama JPN akan memaparkan maklumat mengenai pengguna JPN yang telah didaftarkan. Di sebelah kiri skrin pula memaparkan Menu Sistem yang boleh dicapai oleh Pengguna JPN. 3.5 IMPORT/EKSPORT Apabila menu <Import/Eksport> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan. JPN perlu klik pada butang <Import> untuk mengimport kata kaluan bagi SUP.

7 / 11

Apabila butang <Import> diklik, kotak mesej seperti di bawah akan dipaparkan bagi tujuan pengesahan. Jika butang <OK> diklik, maka proses import kata kaluan akan dilakukan oleh sistem. Jika butang <Cancel> diklik, proses import akan dibatalkan.

Kemudian, pengguna JPN perlu klik pada butang <Jana> untuk menjana kata kaluan bagi semua SUP.

8 / 11

Apabila butang <Jana> diklik, kotak mesej seperti di bawah akan dipaparkan bagi tujuan pengesahan. Jika butang <OK> diklik, maka proses jana kata kaluan akan dilakukan oleh sistem. Jika butang <Cancel> diklik, proses jana akan dibatalkan.

3.6 LAPORAN 3.6.1 SENARAI SUP

Apabila sub menu <Senarai SUP> diklik pada menu <Laporan>, senarai semua pengguna SUP yang telah dijana akan dipaparkan.

9 / 11

3.6.1

SENARAI SEKOLAH

Apabila sub menu <Senarai Sekolah> diklik pada menu <Laporan>, senarai semua senarai sekolah akan dipaparkan. Dalam skrin ini juga, pengguna JPN boleh mencari sekolah sama ada carian mengikut negeri atau kemasukan kod sekolah.

3.7 CETAKAN Apabila menu <Surat login JPN> diklik, skrin carian bagi surat login SUP akan dipaparkan. Carian adalah sama ada melalui senarai daerah dalam negeri atau memasukkan kod sekolah.

10 / 11

Setelah carian dilakukan, maka surat login untuk semua SUP dalam negeri akan dipaparkan. Pihak JPN hanya perlu print surat login ini dan diserahkan kepada semua SUP sama ada melalui pos, faks atau emel. Surat login ini akan dipaparkan dalam bentuk jenis file .pdf.

3.8

BANTUAN 3.8.1 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

Sekiranya pengguna JPN klik pada sub menu <Pegawai Yang Boleh Dihubungi> pada menu <Bantuan>, maka paparan berkenaan pegawai yang boleh dihubungi oleh JPN akan dipaparkan. 3.8.2 MANUAL PENGGUNA

Sekiranya pengguna JPN klik pada sub menu <Manual Pengguna> pada menu <Bantuan>, maka manual pengguna JPN akan dipaparkan. 3.9 KELUAR Apabila menu <Keluar> diklik, JPN tidak dapat mencapai segala proses yang boleh dilakukan di dalam sistem. JPN perlu memulakan semula proses dengan memasukkan nama login dan kata laluan sekiranya hendak memasuki sistem.

11 / 11

You might also like