P. 1
Manual PBS/LP

Manual PBS/LP

|Views: 102|Likes:
Published by Sawittri Shotiwuth

More info:

Published by: Sawittri Shotiwuth on Jun 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/15/2011

pdf

text

original

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA LP

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1. 2. 3.

ISI KANDUNGAN Pengenalan Keterangan Umum SPPBS Penggunaan Sistem Secara Menyeluruh 3.1 Laman Utama SPPBS 3.2 Login 3.3 Kemaskini Profil 3.4 Laman Utama LP 3.5 Import/Eksport 3.6 Laporan 3.6.1 Senarai JPN 3.6.2 Senarai Sekolah 3.7 Cetakan 3.8 Bantuan 3.8.1 Pegawai Yang Boleh Dihubungi 3.8.2 Manual Pengguna 3.9 Keluar

MUKA SURAT 3 3 4 4 5 7 9 9 10 10 11 11 11

2 / 11

1. PENGENALAN Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian. 2. KETERANGAN UMUM SPPBS Secara umumnya, berikut adalah gambarajah keseluruhan SPPBS.

SPPBS menyediakan skrin-skrin bagi melakukan proses-proses kerja yang diperlukan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Skrin-skrin tersebut dapat dicapai melalui menu yang boleh dipilih sebelah kiri skrin. Senarai menu tersebut ialah : a. Laman Utama b. Laporan i. Senarai JPN ii. Senarai Sekolah c. Cetakan d. Import/Eksport e. Pengguna i. Kemaskini profil f. Bantuan i. Pegawai Yang Boleh Dihubungi ii. Manual Pengguna g. Keluar

3 / 11

3. PENGGUNAAN SISTEM SECARA MENYELURUH 3.1 LAMAN UTAMA SISTEM

Klik untuk ke laman login

Skrin ini akan dipaparkan pada permulaan sistem apabila memasuki laman web Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Pengguna Lembaga Peperiksaan (LP) akan memasuki sistem ini melalui logo LP. Ia perlu diklik untuk memaparkan skrin login ke Sistem bagi LP. 3.2 LOGIN

LP perlu memasukkan Nama Login dan Kata Laluan yang telah diberikan. Setelah itu, butang <Masuk> perlu diklik bagi tujuan pengesahan pengguna sistem. 4 / 11

Skrin Nama Login dan Kata laluan yang tidak sepadan

Sekiranya Nama Login dan Kata Laluan tidak sepadan atau salah, skrin dan paparan mesej seperti di atas akan dipaparkan. LP perlu memasukkan semula Nama Login dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan sekali lagi. Sekiranya pengesahan berjaya, skrin pengemaskinian maklumat pengguna LP akan dilakukan sendiri oleh pengguna LP. 3.3 KEMASKINI PROFIL

5 / 11

Menu sistem yang dipaparkan pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja. LP perlu memasukkan semua maklumat Nama Pengguna, Unit, Alamat Pejabat, No. Telefon, No. Faksimili, Kata Laluan Lama, Kata Laluan Baru dan Ulang Kata Laluan Baru. Pengemaskinian kata laluan adalah untuk keselamatan sistem serta melindungi data dalam sistem. Sekiranya kata laluan lama tidak sepadan seperti yang diberikan, maka skrin yang mempunyai mesej dibawah akan dipaparkan. Skrin kata laluan lama yang tidak sepadan

LP perlu mengulangi langkah memasukkan kata laluan lama, kata laluan baru dan Ulangan kata laluan. Kata laluan baru dan Ulangan kata laluan yang dimasukkan juga perlu sepadan.

6 / 11

3.4 LAMAN UTAMA LP

Skrin Laman Utama LP akan memaparkan maklumat mengenai pengguna LP yang telah didaftarkan. Di sebelah kiri skrin pula memaparkan Menu Sistem yang boleh dicapai oleh Pengguna LP. 3.5 IMPORT/EKSPORT Apabila menu <Import/Eksport> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan. LP perlu klik pada butang <Import> untuk mengimport kata kaluan bagi JPN.

7 / 11

Apabila butang <Import> diklik, kotak mesej seperti di bawah akan dipaparkan bagi tujuan pengesahan. Jika butang <OK> diklik, maka proses import kata kaluan akan dilakukan oleh sistem. Jika butang <Cancel> diklik, proses import akan dibatalkan.

Kemudian, pengguna LP perlu klik pada butang <Jana> untuk menjana kata kaluan bagi semua JPN.

8 / 11

Apabila butang <Jana> diklik, kotak mesej seperti di bawah akan dipaparkan bagi tujuan pengesahan. Jika butang <OK> diklik, maka proses jana kata kaluan akan dilakukan oleh sistem. Jika butang <Cancel> diklik, proses jana akan dibatalkan.

3.6 LAPORAN 3.6.1 SENARAI JPN

Apabila sub menu <Senarai JPN> diklik pada menu <Laporan>, senarai semua pengguna JPN yang telah dijana akan dipaparkan.

9 / 11

3.6.1

SENARAI SEKOLAH

Apabila sub menu <Senarai Sekolah> diklik pada menu <Laporan>, senarai semua senarai sekolah akan dipaparkan. Dalam skrin ini juga, pengguna LP boleh mencari sekolah sama ada carian mengikut negeri atau kemasukan kod sekolah.

3.7 CETAKAN Apabila menu <Surat login JPN> diklik, maka surat login untuk semua JPN akan dipaparkan. Pihak LP hanya perlu print surat login ini dan diserahkan kepada semua JPN sama ada melalui pos, faks atau emel. Surat login ini akan dipaparkan dalam bentuk jenis file .pdf.

10 / 11

3.8

BANTUAN 3.8.1 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

Sekiranya pengguna LP klik pada sub menu <Pegawai Yang Boleh Dihubungi> pada menu <Bantuan>, maka paparan berkenaan pegawai yang boleh dihubungi oleh LP akan dipaparkan. 3.8.2 MANUAL PENGGUNA

Sekiranya pengguna LP klik pada sub menu <Manual Pengguna> pada menu <Bantuan>, maka manual pengguna LP akan dipaparkan. 3.9 KELUAR Apabila menu <Keluar> diklik, LP tidak dapat mencapai segala proses yang boleh dilakukan di dalam system. LP perlu memulakan semula proses dengan memasukkan nama login dan kata laluan sekiranya hendak memasuki system.

11 / 11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->