You are on page 1of 13

KESAN-KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ISU ALAM SEKITAR Pembangunan sektor pertanian melalui penukaran tanah dari hutan

kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan serta hidupan liar,penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah. Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti orgonofosfat dan organoklorin. Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. Sektor perindustrian amat berkembang di Malaysia.Pelbagai jenis kilang telah menghasilkan bahan buangan ke dalam sungai,terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada sektor ini. Di antaranya ialah pencemaran sumber air di kawasan tapak perkilangan.Pihak kilang akan biarkan sisa kumbahan serta bahan toksid yang beracun mengalir ke dalam sungai yang berdekatan.Tindakan kilang tersebut secara langsung telah menyebabkan kehidupan sungai seperti ikan,udang mati. Selain itu,pihak kilang turut akan melepaskan asap-asap yang hitam dan kotor ke udara atmosfera.Proses menghasilkan barang dari kilang secara besar-besaran akan menghasilkan asap hitam.Asap hitam tersebut yang mengandungi pelbagai CFC serta karbon diosida boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti mengakibatkan penyakit paru-paru jika seseorang itu dihisap.

Sistem saliran yang buruk mengkibatkan banjir kilat August 21st, 2008 by Augustine Towonsing Tumpuan kajian ke atas sistem saliran di kawasan ini adalah merujuk kepada sistem perparitan di kawasan sekolah serta kawasan sekitar terutama sekali Taman Sri Utama kerana sistem saliran memainkan peranan penting sebagai agen pemindahan air yang berlebihan ke sistem saliran utama. Hasil daripada tinjauan, didapati bahawa sistem saliran di kawasan ini adalah sempurna kerana air hujan yang berlebihan dapat dialirkan ke saliran utama. Walau bagaimanapun, terdapat fenomena baru yang muncul iaitu sistem perparitan di kawasan ini menjadi agen pengangkutan pencemaran air yang menyebabkan berlaku pencemaran di saliran utama. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengusaha industri makanan segera di kawasan kajian menjadikan sistem perparitan sebagai sistem penyaliran air buangan domestik yang menyebabkan pencemaran air. Gambar-gambar di bawah menunjukkan keadaan sistem saliran di kawasan kajian yang menjadi agen pengangkutan air buangan domestik termasuk sampah sarap. Sebagai contoh, gambar di bawah yang diambil di belakang kantin sekolah memperlihatkan air buangan domestik disalurkan terus ke dalam parit.

a)

b)

a)Manakala, gambar di bawah memperlihatkan timbunan sampah yang terdiri daripada plastik yang terkumpul akibat daripada pembuangan sampah oleh penduduk sekitar. Malah, timbunan sampah ini menunjukkan belum ada kesedaran di kalangan penduduk terhadap kesan pencemaran plastik ini yang tidak akan reput. b)Malahan, didapati juga parit utama di Taman Sri Utama tersumbat oleh sampah sarap serta daun yang memperlihatkan pengurusan sistem perparitan tidak sempurna di mana sampah sarap ini akan disalirkan terus ke sungai yang menyebabkan pencemaran.

c) c)Gambar yang seterusnya di bawah memperlihatkan sistem perparitan menjadi agen pengangkutan air buangan domestik ke sungai yang menjadi saliran utama di kawasan kajian.

d)

d)Manakala gambar di bawah memperlihatkan parit utama yang memasuki sungai yang memperlihatkan kesan hakisan serta timbunan sampah sarap yang menjadi punca pencemaran di sungai yang terletak di belakang sekolah SMK Gurun.

Hakisan Tanah

PENGENALAN
Hakisan ialah proses pemecahan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak. Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian Hakisan tanah merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Hakisan tanah juga merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun dan aliran sampah cetek

BENTUK HAKISAN TANAH


1. Hakian Serata 2. Hakisan Alur 3. Hakisan Gaung 4. Hakisan Tebing Sungai 5. Tanah Runtuh

CARA-CARA HAKISAN a) Tindakan Hidraul


-Melibatkan penyerbuan dan hempasan yang mengalir ke dalam struktur batuan yang lemah seperti rekahan, retakan dan lubang ditebing dan dasar sungai. Hakisan ini amat berkesan apabila halaju air adalah tinggi.Mencungkil keluar butiran batuan daripada struktur batuan yang lemah.lemah. Aliran air yang deras akan menghasilkan kuasa yang kuat untuk melakukan hakisan ini.melakukan hakisan ini. Hakisan ini giat berlaku di kawasan hulu di bahagian air terjun,jeram, lubang periuk. -Melibatkan kegiatan geselan antara muatan sungai dan air sungai terhadap tebing dan dasar sungai.sungai.

b) Proses Lelasan/Liliran
Proses lelasan dapat melicinkan permukaan batuan yang berbucu tajam kepada yang lebih bulat.bulat. Bekalan muatan bergantung kepada keberkesanan proses-proses luluhawa dan pergerakan jisim di sepanjang lurah sungai. Lelasan boleh mendalam dan melebarkan alur sungai.

c) Proses Lagaan
Merujuk kepada pergeselan antara batuan atau muatan sungai itu sendiri apabila berlaga sesama sendiri semasa pengalirannya.semasa pengalirannya. Ketulan batuan besar boleh mengalami penghausanl sehingga menjadi kumin- kumin batuan yang kecil apabila mengalami proses lagaan.

d) Proses Larutan
Air sungai bertindak balas secara kimia terhadap batuan.terhadap batuan. Amat berkesan di lurah sungai yang terdapat di kawasan batuan lemah seperti batu kapur, dolomit atau batuan mudah lerut kapur, dolomit atau batuan mudah lerut seperti yang berunsur kalsium, seperti yang berunsur kalsium, natriumsulfat atau klorida.

FAKTOR-FAKTOR HAKISAN TANAH


1)Hakisan geologi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan agen-agen

yang menyebabkannya iaitu:

A ) hakisan oleh air


Hakisan oleh air boleh terbahagi kepada 4 kategori iaitu percikan, galur atau lurah kecil , gerakan jisim dan hakisan sungai. Hakisan air bermula dengan titisan hujan yang terdedah ke tanah dalam jangka masa yang panjang akan mencungkilkan tanih, merosakkan penggranulan dan percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan bagi setengah-setengah keadaan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah begitu kuat sekali sehingga granulgranul tanih yang terkenal bukan sahaja tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah. Di bawah pukulan titisan hujan, tanih akan terdedah dan mungkin lenyap. Hakisan galur pula adalah secara meluas. Misalnya permukaan yang dikatakan licin itu terdapatnya lekukan-lekukan kecil di mana air boleh berkumpul. Menurut kajian, sebahagian besar daripada mendak yang tersingkir dari cerun bukit adalah akibat hakisan galur. Oleh itu, sebahagian dari bahan-bahan ini diperolehi dari kawasan antara galur yang dihanyutkan ke dalam galur oleh aliran dataran dan percikan hujan. Hakisan gerakan jisim bergantung sebahagian besarnya kepada pembasahan jisim yang bergerak iaitu pengaliran campuran batu dan tanah bersama air hujan. Apabila bahan-bahan yang mengalir itu sudah banyak bercampur dengan air, maka mulalah ia mengalir sebagai jisim yang likat.

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh permintaan dalam bidang industri maka penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil dibakar secara berleluasa. Pembakaran bahan api fosil ini akan menghasilkan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Gas-gas ini apabila bergabung dengan air hujan akan menghasilkan hujan asid.

Apakah yang dikatakan sebagai hujan asid...?

Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14; pH kurang daripada 7 adalah berasid manakala pH yang nilainya lebih daripada 7 adalah beralkali dan pH 7 adalah bersifat neutral. Biasanya, air hujan yang bersih adalah bernilai di antara pH 5.6 - 6.0. Air hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5.6 adalah dianggap berasid.

Proses Pembentukan Hujan Asid


Bagaimanakah hujan asid terhasil..?
Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx), hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.

Hujan asid terdiri daripada dua jenis;


1. Hujan asid lembap (mendapan basah) 2. Hujan asid kering (mendapan kering)

Hujan Asid Lembap Fenomena ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang banyak sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahanbahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asidnya tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yang disertai dengan kilat.

Nitrogen + Oksigen nitrik dan asid nitrus Hujan Asid Kering

Nitrous oksida

Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H2O)

Asid

Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain dalam keadaan cuaca baik. Bukan itu sahaja, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan dan tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemendapan kering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera membentuk pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid nitrik).

Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Punca daripada kegiatan manusia
1. Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran

bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera. 2. Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum. 3. Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta. 4. Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik. Punca semulajadi
1. Letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon

dioksida dan karbon monoksida. 2. Penguraian bahan organik : aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida. Anaerobik beerti dalam keadaan tidak beroksigen biasanya di kawasan air bertakung seperti di kawasan tanah lembap. Dalam proses penurunan sulfat ini, bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup. Hidrogen sulfida bergabung dengan oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida. Sulfur dioksida ini bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid. 3. Semburan Lautan : lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat yang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan. Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam edaran sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang mudah meruap seperti dimethylsulfida (DMS). Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan menghasilkan hujan asid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesan negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan. 4. Kebakaran hutan membebaskan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida
KESAN-KESAN HUJAN ASID PD MANUSIA DAN ALAM

Kesihatan
y

Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit athsma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema.

y y

Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak. Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)

Terhadap tanah dan tumbuhan


y y y y y

Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg. 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini. Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. Memusnahkan fungsi daun. Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.

Ekosistem akuatik
y y y

Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia. Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini. Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh hidupan akuatik seperti ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada ikan akan mati juga eg. burung laut); berlaku di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik di situ.

Bangunan dan peralatan bangunan


y y y

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemndapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Meluntur dan merosakkan cat kereta. Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.

Gambar di sebelah kiri menunjukkan kesan hujan asid kepada skulptur (gambar asal di sebelah kanan)

Gambar di sebelah kanan adalah skulptur yang terkena hujan asid secara berterusan, gambar asal di sebelah kiri

Saliran yang ditinggalkan menjadi tercemar akibat hujan asid akibat terkena hujan asid

Tumbuhan tidak berdaun

Daun tumbuhan yang menghala ke bawah, menunjukkan kesan-kesan hujan asid yang minor

Hujan asid merosakkan binaan dan peralatan bangunan

You might also like