You are on page 1of 8

A) Anda dikehendaki membuat refleksi kendiri tentang punca berlakunya isu-isu moral dan peranan seorang guru.

Isu-isu moral ataupun krisis masalah sosial kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan tidak sihat ini.Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini adalah terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita terus meruncing dan meningkat setiap tahun. Apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti membunuh, melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas, membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari rumah, berkelakuan lucah, menjadi bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi disko, membuli, merokok dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini memang amat membimbangkan kesemua golongan terutamanya ibubapa, pemimpin politik dan juga para polis. Ia jelas terbukti dengan berita-berita yang terpapar dalam akhbar dan majalah setiap hari dan ia menunjukkan bilangan remaja yang terlibat dalam masalah sosial semakin meningkat masa ke semasa. Terdapat beberapa punca-punca yang menyebabkan isu-isu moral ini masih berleluasa di negara kita. Didapati masalah sosial ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
1

Selain itu, sikap ibu bapa atau suasana keluarga juga mendorong golongan remaj terlibat dalam gejalah sosial di negara kita. Walaupun keadaan bukan berlaku di setiap keluarga malah ia berlaku di kebanyakkan keluarga yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak mereka ataupun terlalu mengongkong anak mereka. Segelentir ibubapa pulak terlalu mementingkan kekayaan yang menyebabkan mereka tidak peduli akan anak mereka yang diabaikan begitu sahaja. Maka, mereka diberi kebebasan yang lebih sehingga nilai keagamaan, kerohanian dan nilai-nilai murni semakin diabaiakan.Golongan ibubapa yang terlalu mongongkong anak-anak mereka pula sentiasa mengawal anak-anak mereka dengan menetapkan beberapa peraturanperaturan tersendiri dan langsung tidak memberikebebasan. Oleh itu,kebanyakan golongan remaja terlibat dalam gejalah sosial hanya untuk mendapat kebebasan atau ketenteraman dalamkehidupan mereka. Pengaruh media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejalah sosial. Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih seperti internet, telefon bimbit, permainan video, televisyen dan sebagainya. Media massa tersebut merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai maklumat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adeganadegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton dan menjurus ke pemikiran dan kelakuan yang negatif. Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru harus menunjukkan komitmen bagi menguatkuasakan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah di kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab semua guru.

Antara cara terbaik untuk mengatasi isu sosial dalam kalangan pelajar adalah melalui proses interaksi dan komunikasi berkesan. Guru-guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dalam keadaan ini, setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Para pelajar itu sendiri akan mampu menyampaikan atau meluahkan segala masalah, pandangan, pendapat dan

perasaannya. Dengan cara ini juga, pelajar berasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar boleh diwujudkan di sekolah-sekolah yang bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes-kes yang tidak diingini. Keadaan ini juga akan mengelakkan pelajar daripada melepaskan tekanan permasalahan mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme.

Selain daripada itu, guru juga perlu mempunyai hubungan baik dengan pihak ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas danmelibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatukegiatan yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusansekolah dan pihak penguat kuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan danpenyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegahdan membasmi masalah sosial dalam kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dantindakan bersama juga perlu bagimenghapuskan aktiviti-aktiviti gengster dan aktiviti buli disekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin

Guru haruslah mempunyai perwatakan atau personality yang baik. Tingkah laku guru haruslahboleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Contohnya adalah tidak masuk akal seseorangguru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kalitidak memasuki kelas tanpa alasan. Jangan
3

sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebihcelik memerhatikan guruguru mereka. Oleh itu, semua guru perlu memberi sepenuh perhatian terhadap diri sendiri daripada tidak membuat kesilapan. Disamping mengajar, guru juga adalah role model yang utama kepada pelajar-pelajar. Guru-guru perlu memainkan peranan yang baik dalam membentuk sahsiah diri pelajar-pelajar.

Guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap pelajar dengan tidak kira bangsa atau agama. Nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, berbudi bahasa, bersopan-santun, merendah diri dan lain-lain lagi tidak seharusnya dipelajari dalam matapelajaran moral sahaja malah perlu diserapkan dalam semua matapelajaran yang lain. Maka ini akan membantu para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni dan mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian mereka.

Setiap guru harus mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan kempenkempen, bengkel ataupun aktiviti aktiviti yang akan mempertingkatkan akhlak pelajar. Contoh-contohnya seperti kempen budi bahasa, kempen motivasi, aktiviti gotongroyong, ceramah-ceramah daripada pihak polis, kementerian pelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu lawatan ke rumah anak yatim dan rumah orang tua juga akan mengelakkan pelajar-pelajar daripada terjebak dalam gejala masalah sosial. Tambahan pula guru-guru perlu membawa pelajar-pelajar mereka ke pusat penangihan dadah, penjara dan sebagainya supaya pelajar akan menyedari kesan yang timbul akibat terlibat dalam gejala-gejala yang tidak diingini. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti seperti ini akan mendisplinkan diri mereka dan juga mengamalkan kehidupan sihat.

Para guru boleh mengatasi gejala sosial dalam kalangan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah. Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum, sikap pelajar akandibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk denganaktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiarhidup dan sebagainya. Nilai-nilai yang diterapkan
4

melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan danbekerjasama akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpamengira bangsa, keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilainilai murni danbersandarkan kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-pelajar yang beragama Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkanibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspekmoraliti dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan pengukuhansahsiah. Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin

keseronokan dan kepuasan kepada pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik. Secara tidak langsung masalahsosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan. Pelajar-pelajar kini mudah berasa bosan dengan pengajaran guru. Kebanyakkan pelajar tidak menyukai cara pengajaran guru-gurunya lalu mengambil keputusan untuk memonteng kelas mahupun sekolah. Maka, guru-guru harus peka sentiasa membuat perubahan mengikut citarasa pelajar-pelajar. Guru-guru juga perlu mengubahsuaikan teknik-teknik pengajaran untuk menambah atau menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. Antaranya penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas dapat membantu mengembangkan pemikiran pelajar dan seterusnya dapat membanteras gejala lepak, ponteng kelas dan sekolah.

Guru memainkan perana penting dalam melahirkan anak-anak murid supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Walaubagaimanapun, semua pihak yang terlibat seperti ibubapa, kerajaan dan golongan remaja itu sendiri memainkan peranan masing-masing dalam menangani isuisu sosial yang semakin meruncing di negara kita.

B) Dengan meggunakan pengurusan grafik, buat refleksi kendiri tentang sahsiah anda sebelum dan semasa mengikuti kursus ini.

Sebelum

Bagaimana aplikasikan nilai-nilai murni?

Pengajian moral sama seperti apa yang dipelajari dahulu.

Apakah peranan guru dalam isu-isu sosial?

Kurang kefahaman nilainilai murni atau moral.

Anggap pendidikan moral tidak penting.

Semasa
Pengaplikasian nilai-nilai murni. Peranan guru di sekolah dalam mengajar pendidikan moral.

Kefahaman yang baik tentang nilai-nilai murni.

Pertimbangan nilai-nilai moral. (benar, baik dan patut)

Mengetahui kepentingan pendidikan moral di sekolah.

Sebelum saya mengikuti kursus pendidikan moral ini, terdapat pelbagai persoalan dan tanggapan yang salah dalam pemikiran saya. Saya tidak mengetahui peranan-peranan guru dalam mendidik seseorang murid dengan mengajar pendidikan moral di sekolah. Ini adalah kerana, pekerjaan saya tidak berkaitan dengan pendidikan dan juga tidak sangka bahawa boleh menerima tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Oleh itu, saya tidak mementingkan pendidikan moral dan juga tidak berusaha untuk menimba ilmu yang banyak dalam pendidikan moral.Pengetahuan saya adalah guru hanya mengajar matapelajaran ini di sekolah dan itu sahaja peranan mereka. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa pengetahuan yang saya sudah ada dalam pendidikan moral ini adalah mencukupi dan tidak memerlukan pembelajaran lagi dalam pendidikan ini. Saya menggangap pendidikan moral yang dipelajari di sekolh dahulu cukup memadahi dan ia adalah sama juga apa yang dipelajari peringkat tinggi. Tambahan pula, saya hanya mempunyai pengetahuan moral dan tidak tahu bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ini adalah keranasaya mempunyai kefahaman yang kurang tentang nilai-nilai murni. Selain itu, saya juga hanya mengamalkan nilai-nilai murni yang tertentu sahaja dan tidak mengaplikasikan nilai-nilai murni yang lain. Namun, semasa saya mengikuti kursus ini saya mengetahui beberapa maklumat yang penting mengenai pendidikan moral. Pertama, saya mengetahui bagaimana setiap nilai-nilai murni boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. Ini disebabkan, setiap nilainilai murni tidak boleh diaplikasikan dalam semua situasi yangkita hadapi. Oleh itu, ia membantu saya untuk mempunyai kefahaman yang lebih baik tentang setiap nilai murni berbanding masa dahulu. Selain itu, saya juga telah mengetahui apakah peranan guru yang mengajar pendidikan moral di sekolah. Setiap guru memainkan peranan penting bukan sahaja dalam mengajar matapelajaran ini tetapi mereka memainkan peranan penting dalam membina insane yang berguna. Guru juaga melahirkan budaya yang berdisplin, budaya yang bermoral dengan mengajar pendidikan moral disekolah. Secara tidak langsung, guru membantu murid-murid supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.
7

You might also like