You are on page 1of 24

KARANGAN CERAMAH

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi
teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu. Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era dotcom ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan. Hadirin yang budiman, Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga atau e-commerce, cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan

seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan. Hadirin yang dimuliakan, Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Tuan-tuan dan puan-puan, Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? Hadirin sekalian, Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak. Hadirin yang dikasihi, Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Sekian, terima kasih.

Rujukan: www.khirjohariamajid.blogspot.com

KARANGAN MEMORANDUM Tajuk: Anda merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mewah, sebuah taman perumahan yang terletak dalam sebuah kawasan bandar besar yang sibuk. AJK Persatuan Penduduk kawasan anda mendapati beberapa buah pusat hiburan telah beroperasi sehingga jam 4.00 pagi walaupun kerajaan negeri telah menetapkan bahawa pusat-pusat hiburan hanya boleh beroperasi sehingga jam 1.00 malam. AJK Persatuan meminta anda menyediakan suatu memorandum untuk dihantar kepada pihak berkuasa, menyatakan bantahan terhadap keadaan tersebut. Sediakan memorandum tersebut.

Kepada : Yang Dipertua Majlis Perbandaran Mulia Jaya Daripada : Persatuan Penduduk Taman Mewah, Bandar Mulia Jaya Tajuk : Bantahan Terhadap Tindakan Pengusaha Pusat-pusat Hiburan yang Beroperasi sehingga Lewat Malam di Taman Mewah 1. Pendahuluan Bandar Mulia Jaya merupakan sebuah bandar yang amat pesat membangun. Bandar ini bukan sahaja menjadi pusat perniagaan dan pendidikan, terutamanya institusi pendidikan swasta, tetapi juga menjadi pusat pelbagai jenis perkhidmatan yang salah satu daripadanya ialah perkhidmatan hiburan. Kemajuan ini memang banyak kebaikannya kepada kami, penduduk Taman Mewah. Walau bagaimanapun, wujud suatu gejala yang amat membimbangkan kami, iaitu kegiatan pengusaha pusat-pusat hiburan, seperti pusat snuker, pub, dan kafe yang beroperasi sehingga lewat malam di premis masing-masing. Mereka ketara tidak mematuhi arahan kerajaan negeri agar menghentikan operasi selewat-lewatnya pada pukul 1.00 pagi. 2. Penyataan bantahan 2.1 Langkah pengusaha pusat-pusat hiburan tersebut telah menimbulkan kebisingan yang teruk kepada kami. Pusat-pusat tersebut dikunjungi oleh pelanggan yang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur mereka adalah lingkungan 18-30 tahun. Kebisingan bukan sahaja disebabkan oleh bunyi muzik yang kuat di pub dan kafe, tetapi juga bunyi hilai ketawa pengunjung yang sesetengahnya mabuk. Mereka bergurau senda dan kadang-kadang bertempik apabila ada sesuatu yang menggembirakan mereka tanpa mempedulikan ketenteraman orang lain. Kami boleh bertolak ansur sekiranya kejadian seperti itu berlaku sebelum jam 12.00 malam, tetapi apabila kebisingan tidak dapat dikawal sehingga jam 4.00 pagi, kami berasa amat terganggu. 2.2 Masalah kesesakan juga mengganggu kami. Kami tidak mengetahui dari mana datangnya para pengunjung, tetapi yang nyata jumlah mereka ramai. Mereka mula mengunjungi pusat-pusat tersebut seawal jam 8.00 malam dan kehadiran mereka menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di pusat bandar. Mereka juga meletakkan kenderaan mereka di kawasan perumahan sehingga kadang-kadang mengganggu kami untuk keluar masuk ke kawasan kediaman kami.

Sesetengah penduduk yang memiliki kenderaan lebih daripada dua buah, begitu bermasalah untuk mendapatkan parkir selepas jam 10.00 malam. Pengunjung nampaknya langsung tidak mempedulikan keselesaan penduduk setempat. Apabila ditegur, mereka memberikan reaksi yang tidak menyenangkan. 2.3 Untuk makluman pihak tuan, langkah pengusaha pusat hiburan melanjutkan tempoh operasi sedemikian panjang juga boleh mengundang masalah jenayah dan maksiat. Tidak mustahil jika pusat tersebut menjadi sarang penjenayah untuk berkumpul dan berhibur. Mereka mungkin melakukan kegiatan mengedar dadah, memeras ugut, dan menyamun di pusat sedemikian. Selain itu, gejala maksiat juga mungkin berlaku, khususnya minum minuman keras, mengambil pil khayal, dan melakukan aktiviti pelacuran. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di tempat seperti itu memang membuka ruang yang luas kepada berlakunya gejala yang dinyatakan itu. Hal ini juga boleh membawa impak yang buruk kepada penduduk setempat. 2.4 Seterusnya, jika kegiatan mereka itu tidak dibendung, maka ini boleh mendatangkan imej buruk kepada pihak berkuasa. Kegagalan menangani masalah ini memberikan gambaran bahawa pihak berkuasa tidak tegas dalam melaksanakan undang-undang yang ditetapkan. Jika gejala seperti ini gagal ditangani, ada kemungkinan masalah lain yang lebih serius juga gagal dibanteras. Itulah antara kemungkinan tanggapan orang ramai terhadap pihak berkuasa tempatan. Selain itu, imej buruk itu juga boleh menakutkan orang luar untuk datang ke bandar ini, malah sekarang pun, sudah terdapat pihak tertentu yang telah melabelkan kawasan kediaman kami sebagai kawasan yang tidak selamat untuk dikunjungi. 3. Cadangan tindakan Memandangkan tindakan pengusaha seperti yang dinyatakan di atas membawa kesan negatif kepada kami, maka kami memberikan cadangan agar tindakan tindakan tegas dikenakan ke atas mereka. Pihak berkuasa hendaklah memantau pusat-pusat tersebut, tersebut, terutamanya selepas jam 12.00 malam dan serbuan mengejut hendaklah dibuat agar segala perbuatan yang membahayakan dapat dikesan dan diatasi dengan segera. Kita tidak mahu golongan remaja kita terutamanya, terjebak dalam gejala negatif yang bukan sahaja merugikan diri mereka malah juga negara. Kita juga tidak mahu pihak pengusaha pusat hiburan tersebut mengaut keuntungan dengan mengetepikan undang-undang dan menafikan hak orang lain untuk beristirahat dengan tenteram di rumah mereka sendiri.

4. Penutup Kami amat berharap agar pihak tuan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap bantahan kami ini. Kami tidak menghantar memorandum ini hanya semata-mata untuk memburukburukkan tindakan pengusaha pusat hiburan, tetapi yang lebih penting adalah untuk mengekalkan imej baik pihak berkuasa tempatan di daerah ini dan juga nama baik taman perumahan kami. Kami berharap agar pihak tuan melakukan pemeriksaan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa bantahan kami berasas. Kami penduduk Taman Mewah akan memberikan apa-apa juga bentuk kerjasama yang diperlukan. Yang penting bagi kami, walaupun kemajuan berkembang pesat di bandar ini, tetapi nilai hidup timur yang sekian lama diamalkan dapat terus dikekalkan. . (AZLI AMAN) Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mewah, Bandar Mulia Jaya Tarikh: 24 April 2010

Rujukan: www.karanganstpm.com KARANGAN UCAPAN Tajuk: Anda merupakan seorang pegawai tinggi di Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkans semula perkembangan sektor pertanian di negara ini, anda telah diminta untuk memberikan ceramah kepada ahli sebuah persatuan belia yang kebanyakannya terdiri daripada siswazah menganggur. Tajuk ceramah anda adalah tentang usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk memajukan lagi sektor pertanian di negara ini. Sediakan teks ceramah tersebut. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saudara Pengerusi Majlis, Presiden Persatuan Belia Senayan, Ahli-ahli Jawatankuasa, dan hadirin sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan ahli-ahli persatuan kepada saya untuk memberikan ceramah berkaitan usaha yang perlu kita ambil untuk memajukan sektor pertanian di negara ini. Kita maklum bahawa pada masa ini kerajaan memang memberikan tumpuan yang lebih terhadap usaha untuk mengetengahkan imej kita sebagai sebuah negara pertanian yang maju dan dikenali di peringkat antarabangsa. Kalau sebelum ini kita giat berusaha dalam sektor industri dan meminggirkan sektor pertanian, maka kini keadaan berubah. Ini disebabkan kerajaan sendiri sedar bahawa kita mempunyai kelebihan dalam sektor ini dan sektor pertanian juga ada sumbangannya terhadap perkembangan ekonomi negara. Saudara dan saudari sekalian, Sektor pertanian amat erat kaitannya dengan bioteknologi kerana hasil kajian dan penyelidikan dalam bidang ini dapat membantu kita memajukan sektor pertanian. Sebagai contoh, teknologi pembiakbakaan membantu pakar bidang pertanian menemukan baka tanaman atau ternakan yang bermutu. Tanpa kajian dan penyelidikan dalam bidang ini, kita akan terikat kepada baka lama yang tidak lagi kompetitif dari segi hasil. Ternakan kacukan, seperti kacukan antara kambing tempatan dengan biri-biri dan kajian kesesuaian ternakan rusa dan burung unta contohnya membawa dimensi baharu kepada sektor pertanian di negara kita. Oleh itu, pengetahuan kita dalam bidang bioteknologi perlu ditingkatkan. Anda yang mempunyai kelulusan dalam bidang yang berkaitan sebenarnya dapat membantu. Di negara kita, walaupun jentera telah digunakan dalam kerja-kerja pertanian, tetapi belum lagi meluas dan menyeluruh kerana sesetengah ladang, tenaga buruh masih banyak digunakan. Hal ini juga perlu diberikan perhatian. Untuk mengurangkan kos buruh dan memastikan pengusahaan ladang lebih ekonomik, penggunaan mesin amat penting. Mesin dapat mempercepat kerja disamping dapat menjamin pengekalan mutu. Mesin hendaklah digunakan pada semua peringkat pengusahaan, iaitu daripada peringkat pembajakan tanah sehinggalah kepada pemprosesan hasil. Masalah yang berpunca daripada kelemahan dan kecuaian manusia dapat dielakkan dengan penggunaan mesin dan dengan ini hasil daripada sektor pertanian kita akan bertambah baik.

Saudara dan saudari yang saya kasihi, Sebagaimana yang kita ketahui, di negara ini masih banyak lagi kawasan tanah terbiar. Pada hemat saya, jika tanah ini terus dibiarkan, maka ini merupakan satu pembaziran. Oleh hal yang demikian, langkah drastik perlulah diambil agar kawasan tanah tersebut dapat memberikan manfaat. Hadirin yang masih belum mempunyai pekerjaan, jika berminat untuk mengusahakannya bolehlah menemui kami di Jabatan Pertanian agar kita dapat mengadakan perbincangan tentang cara menebus guna tanah tersebut. Kami yakin bahawa sebahagian besar daripada kawasan itu masih boleh digunakan untuk tanaman tertentu yang bersesuaian dengan keadaan tanah. Sesetengah kawasan tersebut juga sesuai untuk ternakan haiwan, seperti lembu dan kambing, di samping untuk ternakan ikan air tawar. Satu lagi usaha yang tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan lagi usaha memajukan kegiatan hiliran sektor pertanian. Yang saya maksudkan dengan kegiatan hiliran dalam konteks ini ialah usaha mengeluarkan produk akhir daripada sesuatu keluaran pertanian. Sebagai contoh, getah dapat menghasilkan pelbagai jenis produk yang mempunyai pasaran, bukan sahaj daripada susunya, malah daripada batang dan daunnya. Keluaran pertanian lain, seperti kelapa, nanas, koko, kekacang, dan lain-lain harus dikaji dan diselidiki agar hasil hiliran yang pelbagai dapat ditemukan. Jika hal ini dapat dilakukan, bererti kita bukan sahaja dapat menjual keluaran tersebut sebagai bahan mentah, tetapi juga sebagai hasil industri berasaskan pertanian. Saudara dan saudari sekalian, Dalam apa-apa juga perniagaan , aspek pemasaran merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. Dalam hal ini, kita mestilah mencuba sedaya upaya untuk mempercekap pemasaran hasil-hasil pertanian bukan sahaja sebagai bahan mentah tetapi juga sebagai hasil industri. Pasaran yang lebih luas mestilah diterokai dan pasaran janganlah terhad kepada pasaran tempatan, tetapi harus meliputi pasaran antarabangsa. Kita harus mencontohi negara yang sedia maju dalam sektor pertanian, seperti Australia, New Zealand, dan China. Negara-negara tersebut telah menguasai pasaran dunia dalam produk pertanian tertentu, seperti susu dan buah-buahan awet kering. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hendaklah kita manfaatkan sepenuhnya untuk tujuan ini. Saudara dan saudari, Kalau selama ini kita memandang negatif terhadap sektor pertanian kerana hasilnya yang kurang lumayan dan kerja pengusahaannya yang lebih bersifat pekerjaan kolar biru, kini sikap tersebut mesti diubah. Kita mestilah yakin akan keupayaan sektor ini dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi kemajuan sektor ini. Saya yakin, pihak swasta juga akan tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan. Sebagai akhir kata, saya berharap agar ceramah saya ini memberikan semangat kepada anda untuk menceburi bidang ini dan yakin bahawa usaha yang bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan. Sekian, sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Rujukan: www.karanganstpm.com

KARANGAN LAPORAN Tajuk: Kini, kerajaan begitu giat menjalankan usaha mencegah kemasukan buruh asing secara haram ke negara ini. Banyak serbuan dan tangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan ramai pendatang tanpa izin tersebut dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Sebagai seorang penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi yang membuat pengkhususan dalam bidang sains sosial, anda diminta mengenal pasti tujuan kerajaan bertindak demikian. Sediakan laporan lengkap tentang hasil tinjauan anda itu.

TUJUAN PENGHANTARAN PULANG PENDATANG TANPA IZIN 1.0 Pendahuluan Malaysia membangun dengan amat pesat sejak awal tahun 1980-an lagi dan disebabkan kemajuan tersebut, tenaga kerja yang banyak diperlukan. Rakyat Malaysia pula ramai yang tidak berminat dalam bidang pekerjaan tertentu, terutamanya pekerjaan kolar biru. Ini menyebabkan kebanyakan sektor ekonomi negara kekurangan tenaga kerja dan pengambilan buruh asing termasuk pendatang tanpa izin, merupakan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Memandangkan kemasukan tenaga asing secara haram membawa banyak kesan negatif, maka kerajaan telah mengambil langkah tegas menahan dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Untuk mengetahui matlamat kerajaan itu saya telah menemu bual beberapa pihak yang terlibat dalam operasi tersebut. Yang berikut ialah hasil temu bual itu 2.0 Senarai responden 1. Othman Yahaya-wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 2. Maarof Abu-wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 3. Ali Atan-Pegawai Polis Marin 4. Abd Rahman Alias-Pegawai Polis

3.0 Matlamat penahanan dan penghantaran pulang pendatang tanpa izin Daripada temu bual yang diadakan dengan responden, saya dapat menyimpulkan beberapa matlamat yang tersirat daripada langkah kerajaan itu. Antaranya: 3.1 Memastikan kedatangan mereka tidak menjejaskan peluang pekerjaan penduduk tempatan. Kita mengakui bahawa kedatangan buruh asing memang menggugat peluang pekerjaan penduduk tempatan. Terdapat dua sebab yang mewujudkankeadaan tersebut. Pertama, mereka sanggup melakukan apa-apa juga pekerjaan, termasuk pekerjaan dalam bidang pertanian, pembinaan, pembantu rumah, jualan, perkilangan, dan restoran yang tidak digemari oleh rakyat tempatan. Kedua, mereka sanggup menerima upah yang lebih rendah disebabkan nilai mata wang kita jauh lebih tinggi dan di negara asal, mereka tidak mempunyai pekerjaan yang dapat menawarkan pendapatan lumayan. Keadaan mereka ini tentunya membawa persaingan kepada rakyat tempatan dan sekiranya dibiarkan, pendatang tanpa izin akan menguasai pasaran buruh di negara kita. 3.2 Mengelakkan berleluasanya gejala sosial. Walaupun peluang pekerjaan banyak di negara ini, tetapi tidak semua pendatang

pendatang akan menganggur. Pengangguran dalam kalangan mereka boleh membawa kesan negatif kepada negara ini, iaitu masalah jenayah akan meningkat. Di samping itu, kedatangan mereka juga menimbulkan masalah penempatan. Mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyewa rumah di kawasan yang sesuai atau tinggal di rumah sanak saudara atau rakan yang sudah lama tinggal di Malaysia. Kemungkinan besar ramai juga antara mereka yang akan tinggal di kawasan setinggan. Ini tentunya menambahkan masalah setinggan yang sedia wujud. 3.3 Mengurangkan pengaliran wang keluar. Boleh dikatakan semua pekerja asing yang bekerja di negara ini membawa balik wang yang diperoleh ke negara asal mereka. Setiap bulan, mereka mengirimi keluarga mereka wang hasil pendapatan yang diperoleh. Mereka sanggup berjimat dan berbelanja berdikit-dikit di negara ini asalkan mereka dapat membawa banyak wang apabila pulang ke tanah air mereka. Malah, pernah satu tinjauan dibuat oleh wartawan kita ke satu daerah di negara jiran dan mendapati daerah tersebut telah membangun dengan pesat setelah ramai penduduknya bekerja di Malaysia dan kembali ke tanah air dengan wang yang banyak. Kajian juga pernah dijalankan secara rambang dan didapati setiap pekerja asing secara puratanya menghantar wang sebanyak RM200 setiap bulan ke negara asal mereka. Ini bermakna pengaliran wang berlaku dengan begitu deras dan dalam jangka panjang keadaan ini akan merugikan negara. 3.4 Memastikan undang-undang di negara ini dipatuhi. Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan berdaulat serta mempunyai undangundangnya sendiri yang mesti dipatuhi oleh semua orang termasuk rakyat asing. Jika Rujukan: www.karanganstpm.comsecara haram, bermakna mereka melanggar peraturan dan mereka masuk ke negara ini mencabuli kedaulatan undang-undang kita. Kita tidak mahu hal ini berterusan kerana ini KARANGAN PERBINCANGANnegara kita. Jika kita gagal mengawal kemasukan mereka, akan menjejaskan nama baik semua rakyat asing akan menganggap Malaysia mudah dimasuki. Oleh itu, akhirnya TajukMalaysia akan menjadi destinasi kemasukan rakyat asing. : Pada masa ini, kerajaan sedang giat berusaha untuk memajukan bidang bioteknologi di negara ini. Pada pendapat anda, apakah sumbangan bidang tersebut terhadap pembangunan sektor pertanian negara kita. Bincangkan. Walaupun di negara yang maju dalam sektor pertanian, seperti Belanda, dan New Zealand, kajian bioteknologi telah berkembang pesat tetapi di negara ini bidang bioteknologi masih baharu dan memerlukan penekanan yang lebih. Bidang kajian ini ialah suatu bidang sains yang menggunakan bahan kajian bioteknologi untuk dimanfaatkan dalam pengeluaran industri. Sebagai contoh, penghasilan ubat-ubatan berasaskan hasil keluaran pertanian ialah daripada kajian dan penyelidikan dalam bidang bioteknologi. Memandangkan pertanian merupakan suatu bidang yang telahMengelakkankita usahakan maka peningkatan kajian bioteknologi memang bermanfaat 3.5 sekian lama pihak tertentu mengeksploitasi pendatang asing. bagi negara kita. menyaksikan wujudnya pihak tertentu mengambil kesempatan terhadap Kita sering pendatang tanpa izin. Ada majikan tergamak mendera mereka dengan teruk sehingga Sumbangan kajian bioteknologi yang palingpula yang mengeksploitasi ternakandengan menyebabkan kecederaan parah. Ada asas ialah penemuan baka mereka dan benih tanaman yang lebihpekerjaan dan tahan rintang, yang dapat menghasilkan pengeluaran dengan memberikan bermutu kepada mereka, tetapi apabila tiba hari diberi gaji, mereka lebih banyak, cepat, dan berkualiti kepada Banyak contoh yang dapat kita kemukakantahananhal diperangkap dan diserahkan tinggi. pihak berkuasa. Mereka dihantar ke pusat dalam ini, misalnya hasil kacukanwalau sesen pun. Ini merupakan suatu kekejaman yang mestilembu tanpa menerima gaji biri-biri Australia dengan kambing tempatan, hasil kacukan tempatan dengan baka lembu dari New Zealand, dan penemuan benih limau dan belimbing madu, dihindari. Selain itu, terdapat juga agensi haram yang membawa mereka masuk dengan buah duku langsat serta buah-buahan yang lain. Penemuan baka dan benih baharu yang lebih baik bayaran yang tinggi dan dijanjikan peluang pekerjaan yang baik. Malangnya, kebajikan dan membawa harapan mereka tidak diberi pengusaha sektor pertanian untuk melibatkan diri dengan keselamatan yang cerah kepada jaminan. lebih aktif dalam kegiatan ini. Perkembangan yang menggalakkan dalam sektor pertanian di negara ini akan dapat mengurangkan jumlah import bekalan makanan. 4.0 Penutup Kehadiran buruh asing di negara ini memang membawa manfaat kerana mereka dapat Hasil kajian bidang bioteknologi juga dapat membantu kita menemukan produk-produk baharu membantu pertanian. Kalau hasil daripada kelapa sawit dapat mereka, kita memang bagi sesuatu hasilmempercepat pertumbuhan ekonomi negara. Tanpa kita keluarkab produk kekurangan tenaga buruh dan dan vitamin E, maka tidak mustahil hasil-hasil pertanian seperti minyak, susu, lilin, mentega, jika kita hanya berharap kepada tenaga buruh tempatan, lain pengusaha tidak akan dapat menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, kedatangan mereka secara haram dan dengan jumlah yang ramai boleh menggugat kedudukan negara. Oleh itu, langkah tegas yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini wajar diteruskan agar kesan negatif daripadanya dapat dielakkan. Dalam hal ini, bukan kita tidak bersimpati terhadap masalah mereka, sebaliknya kita masih mengamalkan sikap bertimbang rasa.

..... (MOHD HAIZAL HAMID) juga dapat kita manfaatkan untuk menghasilkan produk akhir yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dalam konteks ini, masih banyak lagi bahan pertanian did negara kita yang belum lagi kita kaji dengan mendalam, khususnya tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Banyak pokok herba yang tumbuh liar di hutan di negara ini dipercayai boleh dijadikan asas rawatan sesuatu penyakit jika diproses secara saintifik. Penemuan produk baharu yang bernilai akan memberikan satu dimensi baharu kepada ekonomi negara kita. Selain itu, teknik penanaman moden juga dapat dihasilkan melalui kajian bioteknologi. Kaedah hidroponik dan earoponik misalnya tidak lagi asing kepada kita, sebaliknya kaedah ini sudah dimanfaatkan dengan agak meluas dalam kalangan petani moden di negara ini. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan tanah dan hasilnya pula bermutu. Pada masa ini, satu lagi teknik pertanian yang terkini telah kita import dari Belanda. Teknik itu dinamakan teknik fertigasi dan teknik ini telah pun digunakan dengan jayanya dalam penanaman rock melon. Dengan menggunakan teknik ini, saiz dan kemanisan buah dapat dikawal melalui bekalan nutrien yang disediakn untuk tanaman. Teknik penanaman ini hanya memerlukan plastik yang dibubuh dengan air serta baja disamping penyiraman tanaman sebanyak 2 hingga 3 jam sehari. Buah-buahan musim sejuk dapat ditanam dengan menggunakan teknik ini. Baja, racun makhluk perosak, hormon dan ubat-ubatan tidak dapat kita nafikan kepentingannya dalam kegiatan pertanian. Pokok memerlukan baja dan racun makhluk perosak untuk tumbuh subur, manakala haiwan ternakan pula memerlukan hormon dan ubat-ubatan untuk membesar. Semuanya ini dapat dipenuhi dengan jayanya jika kita memanfaatkan kajian bidang bioteknologi. Bidang kajian bioteknologi dapat mengenal pasti nutrien yang diperlukan khusus oleh sesuatu tanaman, begitu juga dengan cara mengelakkannya daripada dimusnahkan oleh serangga perosak. Demikian juga dengan pengawalan tumbesaran haiwan. Pemakanan dan perawatan khusus dapat dikenal pasti melalui kajian bidang bioteknologi. Satu lagi sumbangan yang tidak dapat dikesampingkan ialah teknologi pemprosesan hasil pertanian. Hasil mentah pertanian mungkin tidak mempunyai nilai yang menguntungkan, tetapi dengan ciptaan teknologi tertentu, bahan tersebut dapat diproses tanpa menjejaskan mutunya atau dijadikan produk hiliran yang mempunyai nilai komersil. Sebagai contoh, buah pisang jika tidak diproses dan dibungkus dengan menggunakan bahan kimia tertentu, akan cepat masak dan busuk. Tetapi, dengan kajian yang dijalankan, pisang dapat dibungkus dengan kaedah tertentu dan tempoh masaknya lebih lambat. Selain itu, pisang juga dapat diproses menjadi produk lain, seperti kek, dan perasa aiskrim. Kerajaan kini memang jelas cuba mengubah perhatian masyarakat agar tidak lagi memandang rendah terhadap sektor pertanian. Pendedahan yang berkaitan dengan usaha kerajaan itu secara meluas membuktikan hal tersebut. Usaha tersebut memberikan nafas baharu kepada pengusaha sektor pertanian dan diharap kita dapat mengembalikan peranan sektor ini sebagaimana dahulu. Dengan demikian, usaha kerajaan itu perlu diberikan sokongan. Ini disebabkan negara kita memang pada asasnya ialah sebuah negara pertanian. Jika kita berjaya dalam bidang bioteknologi, bermakna masa hadapan kita bukan sahaja cerah dalam sektor pertanian malah juga dalam sektor hilirannya.

Rujukan: www.khirjohariamajid.blogspot.com KARANGAN SYARAHAN Anda telah menyertai Pertandingan Syarahan sempena Minggu Bahasa Melayu yang berlangsung disekolah anda. Anda dikehendaki menyampaikan syarahan yang berkaitan dengan Kes Penderaan Kanak-Kanak. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya. KARANGAN LENGKAP Salam perpaduan dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha, Tuan Pengetua Zulkarnain Farihin Abdullah, barisan panel hakim yang berpegang teguh kepada panji-panji keadilan, tuan-tuan dan puan-puan serta siding hadirin yang saya muliakan. Pada hari yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Penderaan Kanak-Kanak. Hadirin yang saya muliakan, Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Hadirin yang saya sanjungi, Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang. Hadirin-hadirat sekalian, Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Hadirin yang saya hormati, Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. Hadirin berjiwa wawasan, Konklusinya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti. Sekian, terima kasih.

Rujukan: www.karanganstpm.com SOALAN KARANGAN Pengambilan orang gaji asing telah menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan masalah yang timbul akibat pengambilan orang gaji asing bekerja di Negara kita dan usaha-usaha untuk mengatasinya. KARANGAN LENGKAP Dalam keghairahan kita merealisasikan pelbagai visi kudsi negara seperti Wawasan 2010, 1 Malaysia, dan Model Ekonomi Baru, kita harus peka dengan persekitaran sosial yang berlaku di sekeliling kita. Salah satu daripadanya ialah isu pengambilan orang gaji asing. Secara literalnya, orang gaji asing didefinisikan sebagai orang yang bukan warganegara diambil bekerja sebagai pembantu rumah di negara kita. Nampaknya, hari demi hari kit akan berhadapan dengan pelbagai fenomena sama ada baik atu buruk berkaitan dengan pengambilan orang gaji asing ini. Oleh itu, masalah-masalah yang timbul dan usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Sudah terang lagi bersuluh, masalah utama yang wujud ialah penderaan ke atas orang gaji asing semakin membimbangkan. Penderaan tersebut biasanya dilakukan oleh majikan. Majikan cenderung untuk mendera orang gaji mereka disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan hidup ataupun sikap cuai orang gaji asing yang bekerja dengan mereka. Pada kebiasaannya, penderaan yang dilakukan ke atas orang gaji adalah dengan menyimbah badan mereka dengan air panas, tidak memberi mereka makan, membiarkan mereka bekerja tanpa berehat, dan sebagainya. Akibatnya, banyak orang gaji yang melarikan diri kerana tidak tahan didera oleh majikan mereka. Jelaslah bahawa penderaan ke atas orang gaji merupakan masalah yang wajar diberikan perhatian oleh pelbagai pihak.

Sudah jelas lagi nyata, masalah perdana yang perlu diteliti ialah hubungan diplomatik antara dua negara boleh terjejas. Pemimpin di negara asal orang gaji tersebut biasanya menyalahkan kerajaan negara kita setiap kali berlakunya kes penderaan ke atas orang gaji yang berasal dari negara mereka. Hal ini demikian kerana mereka terpengaruh dengan laporan berat sebelah yang disiarkan oleh media massa. Kenyataan yang berupa kritikan dan kadang kala amaran boleh menimbulkan perbalahan jika tidak ditangani dengan bijaksana. Akibatnya, penghantaran orang gaji asing ke negara kita mungkin akan diberhentikan. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengambilan orang gaji asing boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara negara yang terbabit. Seterusnya, masalah lain yang tidak kurang pentingnya ialah pengambilan orang gaji asing memerlukan kos yang tinggi. Kos yang tinggi diperlukan untuk membiayai pelbagai urusan dengan syarikat yang menguruskan pengambilan orang gaji asing. Hal ini demikian kerana kebanyakan syarikat mengenakan pelbagai caj tertentu yang mencecah ribuan ringgit kepada kita. Perkara ini menyebabkan majikan mudah panas hati apabila mereka diberikan orang gaji yang tidak tahu bekerja dan sentiasa menyusahkan mereka. Sebagai contohnya, majikan terpaksa membayar sejumlah RM5000 hingga RM7000 bagi mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah dari Indonesia. Tuntasnya, kos yang tinggi merupakan satu lagi masalah yang wujud ekoran pengambilan orang gaji asing. Masalah ini wajar ditangani segera. Di samping itu, usaha mengatasi yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkan rakyat tempatan bekerja sebagai pembantu rumah. Pada masa ini, rakyat tempatan tidak suka menjadi pembantu rumah. Hal ini demikian kerana kerjaya ini dianggap kerjaya yang tidak glamour dan bergaji rendah. Jadi, kerajaan haruslah memikirkan cara-cara yang lebih sistematik dan pragmatik untuk menarik minat rakyat tempatan untuk menceburi kerjaya ini. Sebagai contohnya, gaji pembantu rumah boleh dinaikkan sehingga RM800.00 sebulan. Dalam hal ini dapatlah dirumuskan bahawa sekiranya rakyat tempatan berminat menjadi pembantu rumah masalah yang melibatkan orang gaji asing sedikit sebanyak dapat dikurangkan. Selanjutnya, kita juga perlu melihat perkara ini dari aspek penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi orang gaji asing daripada dianiaya dan didera oleh majikan. Sesetengah majikan bertindak kejam dengan melakukan penderaan ke atas pembantu rumah sehingga ada yang cedera parah. Hal ini berlaku disebabkan pelbagai faktor sama ada berpunca daripada majikan mahupun pembantu rumah itu sendiri. Sebagai contohnya, ada pembantu rumah yang disimbah dengan air panas, dicucuh dengan puntung rokok, ditekap dengan sterika, dipaksa bekerja tanpa rehat dan sebagainya. Tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini menyebabkan pembantu rumah asing takut untuk datang bekerja di Malaysia. Jadi, penguatkuasaan undangundang akan menjadikan nasib orang gaji asing lebih terbela di negara kita. Berdasarkan segala huraian di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengambilan orang gaji asing bekerja di negara kita memang ada pro dan kontranya. Sama ada kita sedar atau tidak, kita terlalu bergantung kepada orang gaji asing untuk menguruskan kehidupan kita sehari-hari. Dengan itu, masyarakat harus berkesedaran bahawa kebahagiaan dan keutuhan sesebuah institusi kekeluargaan bertungangkan pengorbanan mereka terhadap keluarga mereka sendiri. Kita tidak

mahu lambakan orang gaji asing yang bekerja di negara kita menimbulkan pelbagai masalah sosial. Insya-Allah, berkat doa dan usaha yang berterusan segala yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan.

Rujukan: www.karanganstpm.com SOALAN KARANGAN Fenomena Skim Cepat Kaya semakin menular di negara kita. Biarpun banyak pendedahan yang dilakukan tentang keburukan Skim Cepat Kaya namun masih ramai yang terpedaya. Pada pendapat anda, apakah punca-punca dan langkahlangkah untuk mengatasi masalah ini.

Skim cepat kaya juga dikenali sebagai pengambilan deposit secara haram.Skim cepat kaya adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetuju terima deposit tanpa lesen sah di bawah Akta bank dan institusi-institusi kewangan 1989 (ABIK). Skim ini telah mencetusan banyak kes penipuan yang melibatkan kerugian yang banyak. Walau bagaimanapun, ramai masyarakat kita masih terjebak dengan skim cepat kaya. Mereka seolah-olah tidak mengetahui impaknya. Oleh itu, kita harus mengenal pasti sebab dan langkah untuk mengatasi masalah ini daripada terus menular dalam kalangan masyarakat. Pada pendapat saya, punca perdana masyarakat kita mudah terpedaya dengan skim cepat kaya ialah sikap tamak yang menyelubungi diri individu. Memang tidak dapat dinafikan terdapat individu yang tidak pernah bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan akan mudah terjebak dengan skim cepat kaya. Mereka sering terpengaruh dengan skim tersebut kerana sikap tamak untuk memperolehi keuntungan yang lumayan. Tanpa disedari, skim tersebut hanya menjanjikan pulangan wang yang palsu. Ini akan menyebabkan mereka mendapat kerugian yang yang banyak sehingga jutaan ringgit.

Jelas sekali, sikap tamak individu menyebabkan mereka mudah terjebak dengan skim cepat kaya. Selain itu, masalah sosiobudaya yang melanda masyarakat juga merupakan salah sebab mereka mudah terdorong untuk menyertai skim cepat kaya. Hidup mewah merupakan trend baharu dalam kalangan masyarakat dan mereka telah mengambil jalan mudah untuk memperolehi kemewahan dengan sekelip mata tanpa mengetahui akibatnya. Akibatnya, mereka telah menyertai skim cepat kaya dengan menyerahkan sejumlah wang dan mengharapkan pulangan yang berlipat kali ganda. Sesetengah daripada mereka mengikuti skim ini hanya untuk menunjuk-nunjuk kemewahan mereka kepada saudara-mara. Tidak dapat disangkal lagi, masalah sosiobudaya yang melanda masyarakat telah menyebabkan mereka terjebak dengan skim cepat kaya. Di samping itu, tekanan hidup akibat masalah kewangan turut menyebabkan mereka terpaksa mengikuti skim cepat kaya. Mereka yang mengalami kesempitan hidup mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya kerana mereka amat memerlukan wang untuk keperluan hidup. Individu yang mengetuai skim tersebut akan mengambil kesempatan di atas kelemahan seseorang dengan menjanjikan pulangan deposit yang lumayan. Tanpa teragak-agak mereka akan bersetuju menyerahkan kesemua wang simpanan mereka dengan mengharapkan wang tersebut menjadi lebih banyak. Individu yang tidak bertanggungjawab pula akan melarikan wang tersebut tanpa memikirkan nasib orang yang mengalami kesempitan hidup tersebut. Jelaslah bahawa, tekanan hidup sesorang menyebabkan mereka terjerumus dengan skim cepat kaya. Sementelahan itu, untuk membenteras masalah ini penguatkuasaan undang-undang amatlah penting. Hukuman yang sedia ada seperti penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda bagi setiap kesalahan tersebut yang berterusan harus diperketatkan lagi. Hukuman yang berat akan menyebabkan individu sedar akibat melakukan kes penipuan seperti skim cepat kaya. Pindaan Akta bank dan institusi-institusi kewangan 1989 memberi kuasa kepada polis melakukan penyiasatan, menggeledah premis dan menangkap pesalah melalui waran. Jadi, tindakan yang tegas akan membantu kita untuk membenteras masalah yang semakin bermaharajalela ini. Langkah seterusnya ialah sikap masyarakat kita harus diubah bagi mengelakkan mereka daripada mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya. Setiap individu harus mempunyai keinginan untuk berubah. Mereka kita harus membuang sikap tamak dan sentiasa ghairah mengejar kemewahan tanpa rasa bersyukur pada Tuhan. Sebagai manusia, kita hendaklah mengamalkan cara hidup bersederhana. Kita harus bersyukur kepada Tuhan dengan segala nikmat dan kurniaan-Nya. Dengan ini, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan janji-janji skim cepat kaya yang memberi pulangan wang yang palsu. Oleh itu, sikap setiap individu amatlah penting dalam usaha kita mengatasi masalah ini. Seterusnya, peranan media massa sama ada media cetak atau media elektronik amat dituntut dalam usaha mengatasi masalah ini. Media elektronik seperti televisyen dan internet mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat. Oleh itu, tayangan iklan

dan peringatan tentang akibat skim cepat kaya dapat menyedarkan masyarakat daripada terjerumus dengan masalah ini. Melalui media cetak seperti surat khabar, risalah, dan majalah pula maklumat mengenai skim cepat kaya harus didedahkan. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir masyarakat yang terlalu mudah percaya. Dengan adanya pendedahan yang berterusan melalui media massa, masalah ini pasti dapat dikurangkan. Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Skim cepat kaya harus dibanteras daripada menjadi beban kepada masyarakat kita. Jika tidak diatasi, masalah ini sudah pasti akan menjejaskan nama negara dan mencemari maruah bangsa. Kita ingin melahirkan masyarakat yang berkeperibadian mulia berdasarkan acuan kita sendiri, namun jika masih ada yang melakukan Skim Cepat Kaya sudah pasti usaha kita hanyalah sia-sia sahaja. Secara tidak langsung, kita telah melahirkan bakal pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan ke atas individu yang lain. Oleh itu, kita mesti berganding bahu untuk bersama-sama menangani masalah ini.

Rujukan: www.karanganstpm.com Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehandaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2009 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat. Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar. Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami

bertolah dari sekolah. Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan. Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara bukubuku itu dijilid, disusun, dan sebagainya. Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan. Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan. Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Dilaporkan Oleh, 12 Mei 2009. Farid Asfar (FARID ASFAR B ABD GHANI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Karangan Rencana Masalah pencemaran alam semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Anda ingin menulis rencana tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis rencana anda selengkapnya. Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Oleh Hamzani Hamzah Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak belakangan ini. Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut. Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara. Walau bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini. Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di

tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang melakukan pencemaran. Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam. Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalannya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika alam sekitar terus terabai, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang

lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mengatasi gejala pencemaran alam dengan lebih berkesan.

Rujukan: http://drghazali.blogspot.com

You might also like