You are on page 1of 10

5.

1 Pengenalan

5.1.1 TUJUAN

Mesin pengisar berbeza daripada mesi-mesin lain dari segi penggunaan mata alat dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang digunakan ialah mata alat tunggal atau mata alat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus kepada mata alat yang sedang berputar. Kedalaman pemotongan pula dibuat dengan menggunakan meja mesin.

5.1.2 PENERANGAN

Antara kerja-kerja yang dapat dijalankan dengan menggunakan mesin pengisar ialah :1) Mengisar permukaan rata, ufuk, tegak dan permukaan bersudut atau condong. 2) Memotong berbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam bajang. 3) Mengisar permukaan berbentuk atau tidak berbentuk dengan menggunakan mata alat pengisar berbentuk. 4) Dengan menggunakan kepala pembahagi, permukaan yang berjarak sama boleh dimesin, umpamanya bongkah segi empat sama, bongkah segi enam dan sebagainya. Lurah berjarak sama juga boleh juga dipotong muka lilitan bar bulat atau permukaan berbentuk silinder. Lurah termasuklah lurah lurus dan lurah heliks seperti gear, tap, pelulas, gerudi, mata alat pengisar dan gelugur.

5.2 JENIS-JENIS MESIN PENGISAR 5.2.1 Mesin Pengisar Ufuk

Mesin ini dinamakan mein pengisar ufuk kerana spindalnya terletak dalam kedudukan mengufuk. Mata alat pula dipasang kedalam arbor yang dipasang mengufuk pada hujung spindal yang terletak pada permukaan turus. Mesin pengisar ufuk terdiri daripada dua jenis yang asas :

i. ii.

Mesin pengisar ufuk biasa Mesin pengisar ufuk universal

Kedua-dua jenis mesin ini menpunyai bentuk yang serupa, bezanya dari segi meja. Meja mesin pengisar ufuk biasanya tidak boley dikilas, sementara meje mesin pengisar universal boleh dikilas kepada sebarang sudut sehingga 45 darjah. Ini membolehkan kerja mengisar sudut dan heliks dilakukan, umpamanya lurah gear heliks, gerudi dan pelulas.

5.2.2 Mesin Pengisar Tegak

Mesin pengisar tegak mempunyai spindal yang berkedudukan tegak seperti kedudukan spindal mesin gerudi. Ciri-ciri yang lain seperti serupa dengan mesin pengisar ufuk. Begitu juga dengan alat tambahan dan aksesorinya yang boleh ditukar ganti.

5.2.3 Mesin Pengisar Turret Mesin pengisar tegak, kepalanya boleh dikilas dengan dijonketkan. Ini membolehkan kerja mengisar sudut atau melubang condong dapat dilakukan dengan mudah. Satu daripada kelebihan mesin pengisar tegak ialah dapat melakukan kerja

melubang dengan jitu terutama dalam meletakkan jarak pusat lubang. Mesin pengisar tegak biasanya menggunakan pelbagai jenis mata alat pengisar hujung.

5.3 BAHAGIAN MESIN KISAR Setiap mesin kisar direkabentuk untuk memenuhi sebahagian keperluan industri pengeluaran. Untuk memulakan operasi mesin kisar, perlulah kenal setiap bahagian utama mesin kisar.

5.3.1 Tapak

Fungsi tapak adalah untuk menyokong mesin supaya tegak kedudukannya. Ia juga menjadi tempat letak takungan bendalir pemotong.

5.3.2 Turus

Turus menjadi tulang belakang pada mesin kisar, ia dipasang tegak pada tapak dan berfungsi untuk menyokong dan memegang lutut meja. Turus juga menempatkan motor, gear penukar kelajuan dan hantaran mesin.

5.3.3 Lutut

Lutut dipasang pada turus menerusi landasan VEE dan digerakkan menaik dan menurun secara manual atau automatik. Lutut juga menempatkan bahagian utama lain iaitu sela dan meja.

5.3.4 Sela

Sela dipasang pada lutut menerusi landasan VEE dan boleh mengesot keluar dan masuk dari turus, secara manual atau autumatik. Di bahagian atasnya dipasang meja mesin. Bagi mesin pengisar biasa, meja dipasang terus pada sela, tetapi bagi jenis universal, meja dipasang diatas tapak berkilas, ini membolehkan ia dikilas kepada sudut maksimum 45 darjah dari paksinya.

5.3.5 Meja mesin

Meja mesin dipasang di atas tapak atau terus pada sela. Dengan bantuan landasan, ia boleh berkesot ke kiri atau ke kanan secara manual atau automatik. Binaan yang sedemikian membolehkan meja bergerak membujur atau melintang. Kesemua pergerakan meja dan lutut mesin pengisar dapat diukur dengan tepatnya dengan adanya relang petunjuk yang diukur dengan mikrometer sehingga 1/100 milimeter (0.01mm).

5.3.6 Overarm

Ia merupakan bahagian mesin yang paling atas bagi mesin pengisar ufuk dan dipasangkan pada turus menerusi tanggam bajang dan boleh berkesot. Overarm berfungsi sebagai penyokong dan menempatkan penjajaran arbor dan alat tambah yang lain. Kedudukan boleh dilaras mengikut panjang arbor dan kedudukan mata alat.

5.3.7 Spindal

Spindal berfungsi sebagai pemacu kepada arbor, mata alat dan pelbagai alat tambah mesin kisar. Dial penunjuk kelajuan pula menunjukkan tingkat kelajuan yang dibuat oleh spindal.

5.3.8 Penyokong arbor

Ia dipasang pada overarm dan boleh pula ditempatkan dimana-mana kedudukan disepanjang overarm. Fungsinya ialah untuk menyokong dan menjajar pelbagai jenis arbor dan alat tambah mesin kisar.

5.3.9 Ragum mesin Ragum mesin terbahagi kepada 3 jenis :

5.3.9.1 Ragum biasa

Ragum biasa dipasang terus pada meja menggunakan bolt dan nat dalam dua kedudukan iaitu dengan menghala rahangnya selari dengan pergerakan meja dan bersudut tepat dengan pergerakan meja.

5.3.9.2 Ragum berkalis

Ragum berkalis dipasang pada tapak berkalis. Ia boleh dikilas kepada sebarang sudut. Tapak berkilas ini mempunyai senggatan bagi memudahkan kerja mengilas.

5.3.9.3 Ragum universal

Ragum universal bukan sahaja membolehkan ragum dikilas tetapi ia juga boleh dijongketkan kepada sudut maksimum 90 darjah pada satah tegak. Dengan itu, benda kerja dapat dikisar pada sebarang point dan sudut

5.4

Cara pengendalian mesin kisar semasa latihan

5.4.1 Kelajuan pemotongan dan kadar hantaran. Kelajuan dan hantaran untuk setiap jenis mata kisar bergantung kepada beberapa faktor, jika kelajuan dan hantaran ini terlalu laju atau terlalu perlahan ia akan meninggalkan kesan pada mata alat atau benda kerja.

5.4.1.1 Kelajuan pemotongan.

Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan kelajuan pemotongan adalah :

a) Jenis bahan kerja yang dimesin b) Jenis bahan mata alat. c) Garis pusat mata kisar. d) Kedalaman dan lebar pemotongan. e) Jenis penyudahan kerja yang diperlukan. f) Ketegapan mesin dan kaedah bahan kerja diikat.

Bahan

Mata kisar keluli tahan lasak m / min

Mata kisar karbida m / min

Keluli mesin Keluli alat Besi tuang Gangsa Aluminium

21 30 18 20 15 25 20 35 150 300

45 75 40 60 40 60 60 120 150 300

Jadual 5.1 Kelajuan pemotongan mata kisar keluli tahan lasak dan karbida.

5.4.1.2 Kadar hantaran

Hantaran adalah kadar pergerakan bahan kerja kemata kisar yang sedang berputar. Kadar hantaran bergantung kepada faktor berikut:

a) Rekabentuk dan jenis mata kisar. b) Lebar dan dalam pemotongan. c) Jenis bahan kerja yang digunakan. d) Ketajaman mata kisar. e) Jenis penyudahan yang diperlukan. f) Ketegapan mesin dan kaedah bahan kerja yang dipasang.

Kadar hantaran yang baik ditentukan dengan mendarab saiz tatal per gigi (tpg) dengan mata gigi pada mata kisar dan putaran per minit (ppm) mata kisar. Tatal per gigi adalah kuantiti bahan yang dipotong oleh setiap gigi mata kisar apabila mata kisar berputar dan bergerak ke dalam bahan kerja.

Bahan

Kisar muka (mm)

Kisar heliks (mm)

Kisar tepi dan alur (mm)

Kisar hujung (mm)

Kisar mengerat (mm)

Aluminium

0.55

0.45 0.28 0.25 0.25 0.20 0.13

0.35 0.20 0.18 0.18 0.15 0.10

0.28 0.18 0.18 0.15 0.13 0.08

0.13 0.08 0.08 0.08 0.08 0.05

Loyang dan gangsa 0.35 Besi tuangan Keluli mesin Keluli alat Keluli taahn karat 0.33 0.30 0.25 0.15

Jadual 5.2 menunjukkan (tpg) yang dicadangkan

5.4.1.3 Kedalaman pemotongan Untuk mendapatkan hasil kerja yang jitu dengan penyudahan yang licin, amalannya adalah dengan melakukan satu pemotongan kasar dan satu pemotongan penyudahan.

a) Untuk pemotongan kasar, buat pemotongan sedalam yang mampu dilakukan pada mesin itu. Mata kisar jenis heliks yang mempunyai bilangan gigi yang sedikit boleh melakukan pemotongan kasar dengan cekap kerana ia kuat dan mempunyai ruang yang cukup untuk mengeluarkan tatal.

b) Untuk pemotongan penyudahan, kedalaman pemotongan mestilah halus tetapi tidak kurang daripada 0.4mm. Pemotongan halus dengan kadar hantaran yang terlalu perlahan tidak digalakkan kerana tatal yang dihasilkan nipis dan boleh menyebabkan mata kisar bergesel pada permukaan bahan kerja. Untuk mendapat penyudahan yang licin, kurangkan kadar hantaran dan bukan menambahkan

kelajuan spindal mesin. Biasanya mata kisar cepat tumpul disebabkan oleh kelajuan mesin berlebihan dan bukan hantaran yang laju.

5.4.1.4 Sebab / Punca kerosakan mata kisar

a) Haba yang terlalu tinggi menyebabkan mata kisar kehilangan sifat kekerasan dan ini mengurangkan kecekapan pemotongan mata kisar.

b) Lelasan tertentu apabila mata kisar bergesel dengan bahan kerja. Lelasan menyebabkan lilitan pada mata kisar menjadi tumpul dan geseran bertambah.

c) Tatal yang tersekat pada lurah mata kisar menyebabkan lubang tersumbat dan mata kisar menjadi rosak.

d) Gigi mata kisar yang sumbing / patah kerana beban potongan yang berlebihan. Lilitan mata kisar menjadi tumpul.

e) Tatal yang terlalu panas pada permukaan berhampiran dengan hujung pemotong akan melemahkan mata kisar. 5.4.1.5 Pengiraan masa permesinan atau kisaran

Masa permesinan (T) = Panjang keseluruhan (L) Kadar hantaran (F)

Panjang atau jarak perjalanan mesin bergantung kepada panjang kisaran, jenis mata pemotong dan jenis operasi yang dilakukan.

You might also like