You are on page 1of 10

Soalan 1 Tahun Jun 2005 Nov 2005 Jun 2006 Nov 2006 Jun 2007 Nov 2007 Jun

2008 Nov 2008 Jun 2009 Nov 2009 Jun 2010 Nov 2010 Soalan 2 Tahun Jun 2005 Nov 2005 Jun 2006 Nov 2006 Jun 2007 Nov 2007 Jun 2008 Nov 2008 Jun 2009 Nov 2009

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 KERTAS 1 ( Bahagian B 5 Soalan / 100 m / 1 jam 30 minit ) Fokus Diri Soalan 1: Fokus Diri Jelaskan cabaran dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai cita-cita Memberikan ulasan tentang trend remaja kini daripada segi gaya hidup dan pakaian Mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang bertajuk Amalan Gaya hidup Sihat Faedah menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Cara-cara melaksanakan amalan berjimat cermat. Mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang bertajuk Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti. Kebaikan Kitar Semula Menyediakan laporan lengkap tentang Majlis Anugerah Cemerlang Perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan berjaya dalam temuduga - tiada soalan dimensi diri -

Fokus Keluarga, Masyarakat dan Sekolah Soalan 2: Fokus Keluarga, Masyarakat dan Sekolah Memberikan komen tentang pendapat yang mengatakan keruntuhan akhlak remaja berpunca daripada keluarga. Memberikan pendapat tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Memberikan komen tentang kejayaan seseorang berdasarkan peranan ibu bapa, ahli keluarga dan usaha sendiri. Menyampaikan ceramah bertajuk Menghargai Jasa Ibu Bapa sempena sambutan Hari Keluarga Kebaikan-kebaikan rumah terbuka. Kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari dalam seminggu. Hubungan baik sesama ahli keluarga dapat menjamin sebuah keluarga. Ciri-ciri petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga. Menyertai syarahan. a. Ibu Bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai. b. Aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan harian di sekitar kawasan rumah seperti penanaman cili, serai dan sayur-sayuran perlu digalakkan dalam kalangan masyarakat. Huraikan kebaikan-kebaikannya.

Jun 2010 Nov 2010 Soalan 3 Tahun Jun 2005 Nov 2005 Jun 2006 Nov 2006 Jun 2007 Nov 2007 Jun 2008 Nov 2008 Jun 2009 Nov 2009 Jun 2010 Nov 2010 Fokus Negara Soalan 3 : Fokus Negara Menyertai Pertandingan syarahan dengan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia. Menulis rencana tentang usaha-usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Aktiviti-aktiviti untuk memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia. Peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian negara. Tulis sebuah rencana bertajuk kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan. Tujuan penubuhan institusi berasaskan kemahiran. Menyertai pidato dengan tajuk Dadah Membawa Padah. Faktor-faktor dan langkah-langkah bagi menangani deman denggi. Kebaikan menyertai sukan lasak. Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara kita amat penting difahami oleh setiap rakyat demi memupuk rasa cinta akan negara.

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 Soalan 4 Tahun Jun 2005 Nov 2005 Jun 2006 Nov 2006 Jun 2007 Nov 2007 Jun 2008 Nov 2008 Jun 2009 Nov 2009 Jun 2010 Nov 2010 Soalan 5 Tahun Jun 2005 Nov 2005 Jun 2006 Nov 2006 Jun 2007 Nov 2007 Jun 2008 Nov 2008 Jun 2009 Nov 2009 Jun 2010 Nov 2010 Fokus Antarabangsa Soalan 4 : Fokus Antarabangsa Membincangkan keperluan memelihara hubungan Malaysia dengan negara jiran. Memberikan komen tentang persengketaan dan peperangan yang menjejaskan keharmonian dan perkembangan ekonomi dunia. Peranan negara untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia. Kerjasama Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah jerebu. Sebagai pencadang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara. Sumbangan negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin. Peranan rakyat Malaysia di luar negara dalam mempromosikan negara di peringkat antarabangsa. Memberikan pendapat tentang penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan di peringkat kebangsaan . Usaha yang perlu dilakukan dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi keperluan negara. Kesan-kesan pemanasan global terhadap bumi dan hidupannya

Fokus Komsas Soalan 5 : Fokus Komsas Peranan yang perlu dimainkan untuk mempopularkan sastera tradisional. Tulis sebuah cerpen berdasarkan cerpen peribahasa Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca karya bertemakan semangat patriotik. Memberikan komen tentang penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca. Memberikan pendapat tentang kebaikan membaca karya sastera dalam meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif, dan penerapan nilai-nilai murni. Tulis sebuah cerpen atau drama berdasarkan petikan yang berakhir dengan keinsafan. Menulis cerpen berdasarkan peribahasa Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam. Berdasarkan pantun yang diberikan, jelaskan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat. Tindakan untuk mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke luar negara. Jelaskan pengajaran-pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.

KERTAS 1 Skema Pemarkahan dan Teknik Belajar Bahasa Melayu SPM Bahagian Kertas 1 Bahagian A (30m/45 minit) Panduan Ringkas ( sebaik-baiknya - 5 perenggan ) Perenggan 1 pendahuluan ringkas , umum dan kaitkan dengan kehendak soalan ( menarik perhatian pembaca) Perenggan 2 4 Perenggan isi, satu isi satu perenggan diikuti oleh huraian & contoh. ( jangan ulang isi ) Perenggan 5 Perenggan Penutup- buat rumusan / pandangan. Kesimpulan ringkas & menarik. Peringkat Cemerlang Markah 26-30 Kriteria Karangan menepati tema, idea jelas & matang, Pengguna kosa kata luas & tepat, menggunakan ungkapan menarik. ( lebih 1 1/2 muka surat )

Kepujian Memuaskan Kurang memuaskan Pencapaian Minimun

20-25 15 19 10-14 01-09

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 Karangan menepati tema, idea jelas , Pengguna kosa kata luas, unsur bahasa bervariasi. Karangan masih menepati tema, idea masih relevan, bahasa masih gramatis, unsur bahasa masih bervariasi. Karangan masih / kurang menepati tema, idea masih/kurang relevan, kesalahan tatabahasa ketara, unsur bahasa kurang bervariasi Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

Bahagian B (100m/ 1 jam 30 minit) Panduan Ringkas ( sebaik-baiknya -7 perenggan ) Perenggan 1 pendahuluan yang menarik , umum dan kaitkan dengan kehendak soalan . ( menarik perhatian pembaca) menggunakan pelbagai pendekatan . Perenggan 2 6 Perenggan isi, satu isi satu perenggan diikuti oleh huraian & contoh. ( jangan ulang isi masukkan ungkapan-ungkapan menarik - peribahasa ) Perenggan 7 Perenggan Penutup- buat rumusan / pandangan. Kesimpulan ringkas & menarik.

( pamakatsake )
Bil 0 1 0 2 0 3 0 4 0 5 Idea Ibu bapa Agama Masyarakat Media Massa Kerajaan Peribahasa / ungkapan yang sesuai digunakan Melentur buluh biarlah dari rebungnya menberi didikan agama Seperti menatang minyak yang penuh memberi kasih sayang Benteng kukuh menjadi penghalang, bezakan baik dan buruk , dosa & pahaha Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. - berkerjasama Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing mementingkan diri sendiri Mempunyai pengaruh yang besar terhadap minda masyarakat Seperti melepaskan batuk di tangga Seperti hangat-hangat tahi ayam

( pamakatsake )
Bil 0 1 Idea Ibu bapa Huraian idea Memberikan kasih sayang , nasihat , perhatian , luangkan masa, Mengikuti perkembangan sahsiah anak-anak ( kawan-kawan / aktiviti ) Menjadi contoh teladan sikap Memberikan pendidikan yang sempurna ( formal sekolah & tidak formal di rumah ) Benteng kukuh menjadi penghalang, bezakan baik dan buruk , mengenal erti dosa & pahala. Mengunjungi pusat-pusat ibadat, menyertai aktiviti keagamaan. Redha dengan ketentuan takdir. Sikap prihatin dan peka - tampil sebagai saksi , membuat laporan Beri buah fikiran, cadangan atau maklumat Media elektronik - Terbitan rancangan tv pendek, radio, laman-laman web. Media cetak artikel, poster, surat khabar . Pemaparan aksi-aksi yang mengandungi unsur-unsur negatif / positif mempengaruhi minda remaja/masyarakat Pengguatkuasaan undang-undang ( hukuman penjara, denda, sebat ) Pemantauan, pemeriksaan. Kempen berterusan memberi kesedaran/ maklumat Program-program kerajaan Rakan Muda /PLKN/Kem Bina Insan

0 2 0 3 0 4 0 5

Agama

Masyarakat Media Massa

Kerajaan

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 Idea-idea lain 0 Pendidikan / 6 sekolah 0 7 0 8 Badan badan Bukan Kerajaan Tempat untuk menuntut ilmu pengetahuan, rumah kedua pelajar , Penentu hala tuju seseorang individu. Peranan guru tidak pernah kenal erti jemu dan penat mendidik , bersikap adil & beri kasih sayang

Penanda Wacana ( Digunakan dalam penulisan karangan )


01. Penanda Wacana permulaan karangan a. Pada era globalisas ini, b. Dalam meniti kehidupan pada marcapada, c. Pada zaman pascakemerdekaan ini d. sejak sedekad yang lalu, e. Dalam meniti arus kemodenan sejak negara menikmati arus kemodenan f. Dewasa ini, g. kebelakangan ini, h. Pada masa ini, i. Sejak akhir-akhir ini, 02. Penanda Wacana memulakan isi baru a. Selain itu, b. Di samping itu, c. Sementara itu, d. Lebih-lebih lagi, e. Dalam pada itu, f. Lain daripada itu, g. Pada waktu yang sama, h. Dalam pada itu, i. Seterusnya, 03. Penanda huraian isi karangan a. Hal ini demikian kerana b. Hal ini berlaku kerana c. Hal ini terjadi kerana d. Hal ini disebabkan oleh e. Hal ini wujud akibat daripada f. Hal ini bersangkut-paut dengan g. Hal ini berpunca daripada h. Hal ini tercetus apabila 06. Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a. Walau bagaimana pun, b. Walakin begitu, c. Namun demikian, d. Daripada perspektif yang berbeza, e. Jika dilihat dari sudut lain, f. Dengan kata lain, g. Kontrakdiksinya, h. Di sebalik itu, i. Dalam pada itu, j. Dari sudut lain,

07. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a. Bak kata peribahasa, .................... b. Bak kata peribahasa Melayu, .................... c. Bak kata orang tua-tua,......................... d. Bak kata mutiara,................................ e. Bak peribahasa , ...................... f. Bak kata cendekiawan,...................... g. Persis kata peribahasa,........................ h. Persis kata peribahasa Melayu,................. i. Persis kata orang tua-tua,............................ 08. Penanda menutup isi a. Kesannya, b. Natijahnya, c. Akibatnya, d. Dengan itu, e. Dengan berbuat demikian, f. Dengan keadaan sedemikian

04. Penanda memberi contoh dalam karangan a. Sebagai contoh, b. Tamsilnya, c. Sebagaimana yang kita sedia maklum, d. Antaranya adalah seperti e. Hal ini timbul apakala 05. Penanda menghuraikan contoh a. Hal ini mengakibatkan b. Hal ini menyebabkan c. Oleh itu, d. Maka, e. Oleh hal yang demikian f. Oleh sebab itu, g. Jelaslah bahawa h. Justifikasinya,

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 09. Penanda memulakan perenggan penutup a. Kesimpulannya, b. Intihanya, c. Secara tuntasnya, d. Konklusinya, e. Sebagai penutup wacana, f. Sebagai penghias bicara akhir, g. Sebelum mengakhiri wacana ini, h. Secara keseluruhannya, i. Secara totalnya,

Semua Pendahuluan Karangan Boleh dihafal Pengenalan Ramai calon menghadapi masalah untuk membina pendahuluan bagi menjawab karangan umum. Oleh itu, empat contoh pendahuluan ini boleh digunakan calon ( sekurang-kurangnya satu). Sebaik-baiknya calon perlu mengubahsuai serba sedikit contoh yang diberi mengikut kemampuan calon. Selepas mencatat pendahuluan yang diberi, calon perlu mengaitkan dengan kehendak soalan. (a) Contoh Pendahuluan 1 Wawasan 2020 dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad ketika melancarkan penubuhan majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Wawasan 2020 mengandungi sembilan cabaran yang hendak dipenuhi menjelang tahun 2020, yang meliputi aspek-aspek dalaman dan luaran bagi menentukan arah tujuan dan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju. Cabaran tersebut ialah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu: melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri; membangunkan masyarakat demokratis yang matang; membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai agamanya; mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran; membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif; mewujudkan masyarakat yang adil ekonominya dan mewujudkan masyarakat yang makmur. Namun, kemajuan tidak membawa erti sekiranya .................................................................................. ( kaitkan dengan kehendak soalan )...... (b) Contoh Pendahuluan 2 Kebanyakan program pembangunan ekonomi Malaysia kini di landasan kukuh sejak negara mencapai kemerdekaan 52 tahun lalu dan kini menuju menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Kerajaan juga sentiasa fokus untuk meningkatkan lagi ekonomi dengan menyediakan perancangan ke depan bagi menghadapi cabaran dan persaingan pasaran dunia. Seiring dengan pelaksanaan mekanisme Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Dagangan Malaysia berkembang ke tahap satu trilion setahun, manakala permodalan pasaran di Bursa Malaysia juga mencapai satu trilion dianggap satu pencapaiaan tertinggi yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Kejayaan ini merupakan hadiah paling bermakna kerajaan kepada rakyat pada setengah abad kemerdekaan negara. Banyak lagi program yang akan dilaksanakan termasuk menjadikan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor sama seperti Pembangunan Shanzhen di China. Namun

Pembangunan negara kehendak soalan )......

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 .................................................................................. ( kaitkan dengan

(c) Contoh Pendahuluan 3


Terikan keramat Merdeka sebanyak tujuh kali oleh putera Sultan Kedah, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 menandakan negara kita bebas daripada cengkaman penjajah 446 tahun. Sejak beliau memimpin negara, Tanah Melayu, kemudian ditukar kepada Malaysia pada tahun 1963, negara terus menuju pembangunan yang pesat. Negara kemudiannya dipimpin oleh anak watan berjiwa besar iaitu Tun Abdul Razak Hussain, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Keruntuhan Kota Melaka telah didirikan telah didirikan Putrajaya. Malaysia kini telah gah di mata dunia. Kita bangga mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang canggih. Dunia berasa kagum dengan terdirinya Bangunan Berkembar Petronas, antara bangunan tertinggi di dunia. Namun Kekaguman tersebut tiada ertinya sekiranya ............................................................ ( kaitkan dengan kehendak soalan )......................................................................

(d) Contoh Pendahuluan 4


Tepat jam 2121 tanggal 10 Oktober 2007, Rabu, 28 Ramadhan 1428 hijrah, terakam dalam sejarah apabila angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 35 tahun, berjaya ke angkasa, 46 tahun enam bulan sesudah Yuri Gargarin, berada di angkasa lepas selama satu jam 48 minit dengan sekali pusingan melingkar, orbit bumi di atas kapal Vostok-1. Malah catatan Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan ke-141 amat bermakna kepada negara kerana berlangsung bersempena 50 usia kemerdekaan negara. Penglibatan ini memberi gambaran jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas dengan menghantar angkasawan pertama selepas tiga tahun ditawarkan berbuat demikian. Tiada siapa boleh menidakkan betapa kejayaan angkasawan pertama negara menjadi kebanggan kita sekali gus melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Walaupun rakyat Malaysia berjaya menerokai angkasa lepas, namun ...................................................... ( kaitkan dengan kehendak soalan ).........................

Pengembangan Isi... Semua ayat-ayat berikut boleh digunakan untuk penghuraian isi ...... berusaha untuk mengingatinya...

(a) Isi Utama pertama : Ibu Bapa


Pepatah Melayu ada menyebut, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Pepatah ini membawa maksud, bagaimana kelakuan ibu bapa, begitulah kelakuan anaknya. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting untuk mengubah kelakuan anak masing-masing. Sehubungan dengan hal itu, ........................................................................................... (b) Isi kedua : Pegangan Agama Agama merupakan benteng yang menjadi inspirasi kepada insan ciptaan tuhan bagi mengharungi liku liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri dalam marcapada yang serba moden ini. Individu yang tidak berpegang teguh pada ajaran agama diibaratkan kapal yang kehilangan arah tujuan. Masa depan mereka akan karam di tengah laut disebabkan oleh jati diri mereka yang tidak utuh kerana seseorang yang imannya tidak kukuh akan terumbang ambing di samudera tanpa hala tujuan yang tetap. Mereka mudah digoyah dan terpengaruh oleh keseronokan hidup. Sehubungan dengan hal itu, ........................................................................................... . (c) Isi Ketiga : Masyarakat Hendrik Ibsen ada berkata, Masyarakat adalah seperti perahu, semua orang perlu membantu bagi menentukan arah kemudinya. Kata-kata itu sengaja dipilih untuk menunjukkan masyarakat

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 berperanan dalam mengubah institusi keluarga, seterusnya kehidupan seseorang . Oleh hal demikian ........................................................................ (d) Isi keempat : Media massa Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan televisyen dan radio. Rancangan televisyen dan radio semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini. Tambahan pula, setiap rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyendan radio. Hal ini memudahkan para penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen dan radio. (e) Isi Kelima : kerajaan Yang perlu dijaga adalah urusan yang kecil-kecil supaya jangai sampai merosakkan bahagian yang besar kata-kata itu diucapkan oleh Jesse untuk menggambarkan sesuatu perkara yang kecil jangan diperbesar untuk mengelakkan masalah yang lebih kronik. Dalam hal ini, jelaslah kepada kita akan pentingnya peranan kerajaan, khususnya pemerintah untuk memastikan masalah rakyat dapat diatasi dengan baik. Oleh itu, ................................................................................

Contoh 3 : Langkah mengatasi gejala sosial remaja


Langkah terbaik untuk mengatasi masalah .................... adalah dengan memberi pendidikan agama yang ........................ ke dalam diri anak-anak sejak kecil. Agama ialah .......................................... berdasarkan kaumnya. Agama terdiri daripada ................................... Pendidikan agama akan menjadikan seseorang................... yang berperkerti mulia. Penerapan nilai-nilai agama dan moral yang baik patut diamalkan oleh setiap ...................... di muka bumi ini.Tujuan penyerapan agama dan nilai moral dalam kalangan generasi muda ini akan membantu mereka untuk ..................buruk baik sesuatu perkara yang mereka lakukan. Selain itu, didikan agama ini juga mampu menjadi benteng kepada remaja supaya tidak terlibat dalam ........................... sosial yang kian menular bagai virus epedemik dalam masayarakat kita. Pendidikan agama ini .....................kerana semua agama menyeru umatnya melakukan perkara-perkara baik. Oleh itu, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan nanti kita dikatakan sudah .................. .................. .................. kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, Ibu bapa harus menyemai didikan agama ini dengan bersungguh-sungguh supaya bilangan remaja yang terlibat dalam masalah sosial semakin berkurangan. [ 164 patah perkataan ]

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 Sahsiah seseorang terbentuk melalui nilai-nilai yang diamalkan dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorangitu. Bincangkan. Keluarga yang bahagia dapat .................. anak-anak yang berjaya. Bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi juga dari aspek pembentukan moral kepada anak-anak. Anak-anak yang dididik dengan penuh kasih sayang dan dengan rasa saling menghormati dapat mewujudkan insan yang ..................terpuji dan mulia. Hal ini dapat kita perhatikan sendiri melalui keperibadian dan sahsiah yang terdapat pada diri Rasulullah s.a.w. iaitu baginda merupakan contoh yang .................. di muka bumi ini hasil didikan dan asuhan serta nilai-nilai murni yang telah diterapkan ke dalam dirinya sejak kecil lagi. Baginda diasuh dan dididik oleh datuknya, Abdul Mutalib dan oleh bapa saudaranya Abu Talib dengan..................murni yang cukup mulia di sisi Islam sehingga dapat menjadinya sangat mulia di sisi Allah Taala. Hal ini membuktikan bahawa nilai- -nilai murni yang diterapkan di dalam diri anak-anak oleh ibu bapa ..................membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna. Ingatlah, anak-anak ibarat kain putih yang perlu diwarnakan dengan sebaik-baiknya agar mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik. Seandainya kain dicorakkan dengan warna yang bercahaya dan cerah .................. warnanya, pastinya hasilnya akan bekualiti. Sebaliknya, jika kain diwarnai dengan warna hitam , tentulah lukisan yang terhasil adalah buruk dan tidak boleh dibanggakan. [188 pp ] Didikan dan asuhan yang di berikan kepada seseorang sejak kecil juga mempengaruhi pembentukan sahsiah sesorang itu. Didikan agama yang .................. ke dalam diri anak-anak sejak kecil menjadikannya insan yang berperkerti mulia. Penerapan nilai-nilai Islam yang baik patut diamalkan oleh setiap individu di muka bumi ini.Tujuan penyerapan agama dan nilai moral dalam kalangan generasi muda ini akan membantu mereka untuk ..................buruk baik sesuatu perkara yang mereka lakukan. Selain itu, didikan agama ini juga mampu menjadi benteng kepada remaja supaya tidak terlibat dalam kebejatan sosial yang kian menular bagai virus epedemik dalam masayarakat kita. Pendidikan agama ini ..................kerana semua agama menyeru umatnya melakukan perkara-perkara baik. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, Aku tidak tinggalkan apa-apa kepada kamu semua melainkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang teguh kepada kedua-duanya. Oleh itu, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan nanti kita dikatakan sudah .................. .................. .................. kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, Ibu bapa harus menyemai didikan agama ini dengan bersungguh supaya bilangan remaja yang terlibat dalam masalah sosial semakin berkurangan. [185 pp ]

GEJALA SOSIAL . Perkara yang amat membimbangkan ialah golongan remaja yang masih bertemankan buku telah terlibat dalam gejala negatif tersebut. Justeru, pelbagai pihak telah mengambil langkah untuk mengkaji faktor yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa kerana setiap fenomena yang berlaku mesti ada penyebabnya. [114 pp] Setelah pemerhatian yang proaktif dijalankan, faktor perdana yang menyumbang kepada gejala buli dan samseng sehingga menjadi berleluasa ialah kelalaian ibu bapa dalam proses membentuk sahsiah anak. Pada zaman yang penuh ini, kebanyakan ibu bapa telah dikaburi oleh habuan kebendaan yang tidak boleh dibawa ke alam baka. Mereka ghairah dan rakus mengejar kemewahan dan kekayaan sehingga alpa akan tanggungjawab mereka yang diamanahkan oleh tuhan untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Mereka menganggap kehidupan yang kaya-raya mampu memenuhi anak mereka, justeru mereka bertungkus-lumus untuk membanting tulang untuk mencapai kejayaan dalam karier masing-masing. Anak-anak yang ketandusan belaian kasih sayang ibu bapa ini mencari keseronokan hidup supaya meninggalkan kebosanan yang dialami sendirian di rumah. Mereka meluahkan ketidakpuasan yang menghantui jiwa mereka melalui kegiatan buli dan samseng terhadap junior mereka di sekolah. Di samping itu, ibu bapa yang suka berlumba-berlumba asyik memaksa anak-anak supaya mencapai prestasi yang cemerlang dalam semua aspek agar mereka dapat menunjukkan kehebatan di depan kawan dan saudara, seperti harimau menunjukkan belang. Anak anak

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 yang tidak mampu menanggung bebanan hidup akan mengalami stress yang kehidupan mereka sehingga mereka mencetuskan idea untuk membuli pelajar lemah dan menyertai kumpulan samseng. Manifestasinya, ibu bapa yang alpa tentang kewajipan dan terlalu mementingkan pencapaian turut menyebabkan gejala buli dan samseng semakin berleluasa di negara kita. [212 pp] Kebanyakan remaja terlibat dalam buli dan samseng adalah disebabkan oleh kekurangan didikan agama. Mereka tidak didedahkan oleh kemurniaan ajaran agama sejak kecil kerana ibu bapa gagal memainkan peranan sebagai khalifah Allah yang diamanatkan untuk mencurahkan didikan agama kepada anak supaya senantiasa menjaga keperibadian diri. Agama merupakan benteng kukuh yang menjadi inspirasi kepada insan ciptaan tuhan bagi mengharungi liku liku kehidupaan yang penuh dengan onak dan duri dalam marcapada yang serba moden ini. Remaja yang tidak berpegang teguh pada ajaran agama diibaratkan kapal yang kehilangan . Masa depan mereka akan karam di tengah laut disebabkan oleh jati diri mereka yang tidak utuh kerana seseorang yang imannya tidak kukuh akan terumbang ambing di samudera tanpa hala tujuan yang tetap. Mereka mudah digoyah dan terpengaruh oleh keseronokan hidup. Justeru, mereka melibatkan diri dalam gejala buli dan samseng kerana tidak sedar bahawa tuhan akan menjatuhkan tulah kepada sesiapa yang mengingkari ajaran dan arahan-Nya yang mampu memimpin pengikut-Nya pada masa depan yang cerah. Tambahan pula, sistem pendidikan yang merupakan modus operasi yang menjamin perkembangan intelek, rohani, dan jasmani gagal menyerlah fungsinya. Kementerian Pendidikan yang menyelitkan Pendidikan Moral dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di samping mewajibkan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah gagal mencapai aspirasi yang ditentukan kerana anak murid tidak berminat untuk mempelajari inti pati yang berkaitan dengan keindahan budi bahasa. Guru yang merupakan pembimbing anak watan juga lalai menunaikan kewajipan yang mustahak dengan sempurna. Tuntasnya, kekurangan didikan agama dan kegagalan sistem pendidikan telah mengakibatkan gejala buli dan samseng semakin seperti virus epidemik di ibu pertiwi kita. [266 pp] Zaman remaja merupakan zaman transisi yang sukar untuk diharungi kerana kehidupan mereka dipenuhi pelbagai godaan yang menyebabkan fitrah mereka untuk mencari sesuatu yang luar biasa. Mereka mudah terpengaruh oleh budaya-budaya barat yang disebar melalui media yakni media elektonik dan media cetak yang menyalurkan gaya hidup masyarakat Eropah yang bertentangan dengan norma masyarakat Timur. Filem-filem yang memaparkan adegan-adegan unsur keganasan sehingga remaja yang cenderung kepada kehebatan aksi tersebut dan mempraktikkan kelakuan negatif dalam realiti. Mereka membuli kanak-kanak yang lebih kecil dan melibatkan diri dalam kumpulan samseng untuk menunjukkan kuatan fizikal. Ibu bapa yang memberikan kebebasan sepenuh kepada anak-anak tidak mampu mengawasi perbuatan anak mereka yang keji. Mereka tidak menyedarkan bahawa anak merupakan manakala ibu bapa yang mencorakkan lembaran di atas. Jikalau warna bercahaya dan cerah gemerlapan dicorakkan pada kain itu, maka masa depan anak terjamin. Namun, jika warna hitam yang diconteng, maka musnahlah masa depan anak. Ibu bapa yang cenderung kepada unsur-unsur kebaratan gagal menjadi teladan suria kepada anak kerana anak akan mengikut jejak sikap yang dipaparkan oleh ibu bapa yang dipanggil model kepada mereka, bak kata pepatah , dengan ini, jelaslah bahawa gejala buli dan samseng semakin berleluasa di negara kita.[198 pp] Masyarakat yang mengamalkan sikap , melepaskan pucuk masing-masing tidak suka menjaga tepi kain orang tetap menyebabkan kemelut sosial, yakni gejala buli dan samseng semakin menular. Sikap dan mementingkan diri sendiri, tidak sanggup menghulurkan bantuan kepada pihak kerajaan untuk melaporkan kes-kes yang berlaku di sekitar mereka kepada pihak berkuasa. Di samping itu, mereka tidak mahu campur tangan dalam usaha membantu kerajaan untuk mengatasi gejala sosial kerana mereka takut dirinya akan diancam oleh remaja tersebut. Justeru, masyarakat yang tidak prihatin turut mengakibatkan gejala buli dan samseng semakin berleluasa dalam masyarakat kita pada hari ini.[98 pp]

Intihanya, gejala buli dan samseng yang melibatkan golongan remaja haruslah dibanteras tanpa melenggah lagi. Kebejatan sosial ini adalah lebih ganas daripada api kerana api hanya mampu

Bahan Seminar Bahasa Melayu SPM 2011 memusnahkan bangunan tetapi kemelut sosial ini dapat tamadun kita. Gejala yang senantiasa terpampang di dada akhbar dan di corong media elektronik dianggap duri dalam daging yang amat membimbangkan komuniti kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja merupakan yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa depan. Justeru, Kementerian Sukan dan Belia telah memeras otak menformulasikan strategi yang berkesan disertai usaha masyarakat yang istiqamah untuk membendung gejala ini agar kita dapat menyorak langkah menggapai visi kudsi wawasan yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita untuk menzahirkan sesebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di persada antarabangsa khususnya dalam menghadapai cabaran globalisasi dan ................... langit. [125 pp]

10

You might also like